CARTA FUNGSI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID, BPSH 1. Meneraju, merancang dan menyelaras kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk kemenjadian murid yang holistik. 2. Meneraju, merancang dan menyelaras dasar pengoperasian serta intervensi disiplin dilaksanakan bagi pemantapan sahsiah murid. 3. Meneraju, merancang dan menyelaras hala tuju pendidikan kerjaya murid bagi mengembangkan kemahiran dan pengetahuan ke arah profesion pilihan. 4. Meneraju hala tuju bagi meningkatkan taraf kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah ke arah masyarakat sihat. 5. Meneraju hala tuju bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran asrama, prasarana dan persekitaran yang kondusif serta selamat bagi menjana kreativiti dan inovasi murid di asrama harian dan asrama 1 Malaysia. 6. Meneraju peningkatan dalam pengetahuan, kesedaran dan kemahiran tentang bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV dengan merancang, menggubal, menyelaras dan menilai pelaksanaan pendidikan pencegahan dan intervensi dalam kalangan murid dan seluruh warga bagi mewujudkan sekolah bebas dadah. 7. Memastikan bantuan berkenaan dengan murid supaya berjalan dengan sempurna, sistematik dan selaras dengan hasrat meningkatkan kesejahteraan dan pencapaian murid. 8. Menerajui, merancang, dan menyelaras pengurusan bencana di sekolah harian. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. Mengurus, menyelaras dan mengawalselia dasar pengoperasian dan standard kualiti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling murid 2. Merancang, menyelaras pelaksanaan dan menilai program perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling murid. 3. Mengurus, mengawalselia dan membina keupayaan profesional guru bimbingan dan kaunseling dalam bimbingan dan kaunseling murid 4. Merancang, menyelaras, mengawalselia dan membangunkan dasar pengoperasian, pelan straegik dan hala tuju pendidikan kerjaya murid 5. Menganalisa, menentusahkan, mengawalselia dan merumus data pentaksiran psikometrik murid. 6. Merancang, menyelaras dan menilai program intervensi kerjaya murid 7. Merancang dan menyelaras program kaunseling dan kerjaya dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan 8. Mengurus dan menyelaras pengurusan bencana serta pasukan bantuan sukarelawan Smart Support Team 9. Berperanan sebagai pakar rujuk dengan melaksanakan latihan, penataran, khidmat bantu, verifikasi dan penilaian kepada pegawai pelaksana program pendidikan dan intervensi di JPN dan PPD. SEKTOR PENGURUSAN KAUNSELING DAN KERJAYA MURID 1. Mengurus, menyelaras, mengawalselia dan menatar dasar pengoperasian, pelan strategik serta garis panduan pengurusan disiplin dan pembangunan sahsiah murid 2. Merancang, menyelaras dan menilai intervensi disiplin dan program pembangunan sahsiah murid 3. Menganalisa, menentusahkan dan merumus data pengoperasian disiplin murid. 4. Merancang dan melaksana program pembangunan ilmu dan kepakaran profesional dalam peraturanperaturan disiplin serta pembangunan sahsiah murid. 5. Merancang, mengawalselia dan menyelaras program intervensi, pemantapan nilai dan pembangunan sahsiah dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NBOS) 6. Membina plan strategik, dasar pelaksanaan, penunjuk utama prestasi (KPI), buku panduan pelaksanaan , hala tuju dan fokus pelaksanaan pengoperasian program pendidikan dan intervensi dadah, rokok, inhalan, alkohol, HIV & AIDS di sekolah harian kerajaan dan bantuan kerajaan. 7. Berperanan sebagai pakar rujuk dengan melaksanakan latihan, penataran, khidmat bantu, verifikasi dan penilaian kepada pegawai pelaksana program pendidikan dan intervensi di JPN dan PPD. 8. Merancang dan melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pelaksanaan berdasarkan data yang dikumpul dan dianalisis (data pelaksanaan program, verifikasi, maklumbalas pelanggan, usul dan cadangan pemegang taruh, perkembangan semasa). SEKTOR PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID
1. Membina plan strategik, dasar pelaksanaan, penunjuk utama prestasi (KPI), buku panduan pelaksanaan, hala tuju dan fokus pelaksanaan pengoperasian Asrama Harian dan Asrama Malaysia yang berada di sekolah harian kerajaan dan bantuan kerajaan. 2. Merancang, menyediakan dasar pelaksanaan, menyelaras, menilai, menyemak dan pelaporan keperluan asrama dan murid asrama (kebajikan, keperluan asas, keselamatan, pemakanan, fizikal asrama) dan membuat penyelarasan permohonan kepada pihak berkenaan. (BP, Bkew, BPPA, BPSM, BPM) 3. Menyediakan garis panduan, dasar pelaksanaan, penyediaan kemudahan, peraturan-peraturan bagi program murid (Keagamaan, Sahsiah, Perpaduan, Riadah, Kokurikulum, Sosial dan aktiviti masa senggang) dan menyelaras pelibatan ibubapa (waris) dan komuniti dalam pembangunan asrama. 4. Menyediakan dasar pengambilan, permohonan, pemilihan, kemasukan murid, program perpaduan murid, kepimpinan murid dalam Program Asrama 1Malaysia. 5. Menyedia, melaksanakan dasar pelaksanaan, SOP, menyemak, memeriksa dan memastikan semua aspek pengoperasian asrama (fizikal, perkhidmatan, kakitangan dan peruntukan) dipatuhi dan seterusnya memperakui permohonan bagi pembinaan / naik taraf / baikpulih asrama harian oleh pihak swasta / luar daripada JPN. 6. Merancang dan melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pelaksanaan berdasarkan data yang dikumpul dan dianalisis (data pelaksanaan program, verifikasi, maklumbalas pelanggan, usul dan cadangan pemegang taruh, perkembangan semasa). 7. Berperanan sebagai pakar rujuk dengan melaksanakan latihan, penataran, khidmat bantu, verifikasi dan penilaian kepada pegawai penyelaras Asrama Harian dan Asrama Malaysia di JPN dan PPD. 8. Menentusahkan pematuhan kontrak perkhidmatan dan tindakan penambahbaikan terhadap ketidakpatuhan kepada kontrak bagi Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Asrama, Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Kawasan (KBK) dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan penyediakan pelaporan ketidakpatuhan kepada kontrak perkhidmatan dan syor penambahbaikan dan syor penamatan kepada pihak berkenaan (BPPA) 9. Menyediakan dasar pelaksanaan Latihan, modul latihan dan taklimat pelaksanaan berkaitan bidang tugas kepada kakitangan (GPK HEM, Warden Asrama, Penyelia Asrama dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Asrama) yang berkaitan pengurusan asrama. SEKTOR PENGURUSAN ASRAMA HARIAN 1. Membina plan strategik, dasar pelaksanaan, penunjuk utama prestasi (KPI), buku panduan pelaksanaan , hala tuju dan fokus pelaksanaan pengoperasian program kesihatan, kebersihan dan keselamatan di sekolah harian kerajaan dan bantuan kerajaan. 2. Berperanan sebagai pakar rujuk dengan melaksanakan latihan, penataran, khidmat bantu, verifikasi dan penilaian kepada pegawai pelaksana program Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan di JPN dan PPD. 3. Merancang dan melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pelaksanaan berdasarkan data yang dikumpul dan dianalisis (data pelaksanaan program, verifikasi, maklumbalas pelanggan, usul dan cadangan pemegang taruh, perkembangan semasa). 4. Membina plan strategik, dasar pelaksanaan, penunjuk utama prestasi (KPI), buku panduan pelaksanaan , hala tuju dan fokus pelaksanaan pengoperasian bantuan pendidikan (akademik dan sokongan) kepada semua murid/pelajar yang berada di sekolah harian kerajaan dan bantuan kerajaan. 5. Berperanan sebagai pakar rujuk dengan melaksanakan latihan, penataran, khidmat bantu, verifikasi dan penilaian kepada pegawai pelaksana program bantuan murid/pelajar di JPN dan PPD. 6. Merancang dan melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pelaksanaan berdasarkan data yang dikumpul dan dianalisis (data pelaksanaan program, verifikasi, maklumbalas pelanggan, usul dan cadangan pemegang taruh, perkembangan semasa). SEKTOR PENGURUSAN KEBAJIKAN DAN KESIHATAN MURID