MINIT MESYUARAT
GURU SK PADANG KOTA BIL.2/2019
Tarikh : 5 April 2019 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPK
Kehadiran :
Pengerusi : En.Mustafa Bin Che Chan– Guru Besar
1. Che Rasaidi bin Che Yob Penolong Kanan Pentadbiran
2. Mahime bin Mat Isa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3. Azham bin Mat Isa
4. Khayril Anuar bin Ahmad
5. Mohammad Nizam bin Abdul Razak
6. Mohd Hasiful Insan bin Hussin
7. Mohd Yusree bin Wan Chek
8. Sallehuddin bin Ahmad
9. Suriady bin Idris
10 Suzairi bin Suboh
11. Faaizah bt Bakar
12. Fadrishah bt Sabu
13. Fatimah bt Shaari
14. Nooraini bt Mustapha
15. Nor Suriati bt Abu Samah
16. Nor Syuhada bt Jafry
17. Noriah bt Mat Isa
18. Normayati bt Hussin
19. Norsidah bt Hamid
20. Nur Asma bt Zulkifli
21. Shabrina bt Husin
22. Wan Fadzini bt Wan Haron
23. Zaira Yasmin bt Zaini
24. Zizah bt Mustafa
.
1. UCAPAN PENGERUSI – GURU BESAR (ENCIK MUSTAFA BIN CHE CHAN)
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab Al Fatihah dan ucapan aluan
pengerusi
1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri
mesyuarat guru kali ke 2.
1.3. Pengerusi membentangkan agenda mesyuarat.
1.4. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus
menyiapkan fail dan membuat persediaan untuk pemantauan JPN.
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1. Fatimah bt Shaari – Cadangan
2.2 Nooraini bt Mustapha - Sokong
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Pn. Noriah mengucapkan terima kasih kepada pentadbir kerana memberikan 3 kipas
kaki kepada PPKI.
3.2 Guru Besar mengingatkan guru bertugas mingguan agar datang awal dan mengikut
jadual bertugas.
Guru 1 – Laporan/perhimpunan
Guru 2 – Kantin/RMT
Guru 3 – Pintu Pagar
3.3 Guru Besar juga memaklumkan saranan membaca 3 buah buku bahasa inggeris
perlu dilaksanakan dalam NILAM.
3.4 Cikgu Mahime mencadangkan buku ringkasan mengajar guru dihantar pada pegawai
penilai masing-masing seperti tahun lepas.
4. LAPORAN PEMANTAUAN UNIT JPN PADA 1 APRIL 2019
4.1 KURIKULUM – GURU BESAR (EN MUSTAFA BIN CHE CHAN)
4.1.1 Guru Besar memaklumkan laporan unit JPN akan menyusul.
4.1.2 Prestasi UPSR merosot antara faktor pemantauan.
4.1.3 JPN turun untuk bimbingan dan semakan dokumen.
4.1.4 Pegawai JPN menemuduga beberapa orang murid untuk membaca.
4.1.5 Peratus kehadiran murid yang rendah juga antara faktor pemantauan,
4.1.6 Pencerapan PDP guru perlu dilakukan oleh pentadbir.
4.1.7 Markah prestasi guru tidak boleh kurang dari 87% bagi mengelakkan
masalah kenaikan pangkat.
4.1.8 Sistem fail kurikulum mesti selari dengan pelan strategik.
4.1.9 SKPK tidak merangka pelan strategik, hanya merangka pelan taktikal.
4.1.10 Pelan strategik 2019-2021 perlu dibuat semula.
4.1.11 Hala tuju SKPK juga tidak jelas dan perlu dibuat semula.
4.1.12 Penyelerasan pemantauan akan diperinci mengikut instrument yamg
betul.
4.2 HAL EHWAL MURID - GPK HEM (EN MAHIME BIN MAT ISA)
RMT
4.2.1 Menu RMT SKPK tidak mengikut menu yang dicadangkan di dalam buku
pengurusan RMT. Menu yang sama dan berulang.
4.2.2 Papan kenyataan RMT perlu dikemaskini.
4.2.3 Guru bertugas perlu mengisi buku Laporan RMT dan akan disemak oleh
PK HEM.
4.2.4 Buku rekod kehadiran murid RMT perlu diwujudkan – kad RMT.
4.2.5 RMT perlu mengikut SOP kerana melibatkan peruntukan kewangan
kerajaan.
4.2.6 Jumlah murid RMT bertambah dari 37 kepada 70 orang murid setelah
rayuan RMT dibuka.
4.2.7 Penjaga Murid RMT perlu mengisi surat setuju terima RMT.
APDM
4.2.8 Guru kelas merupakan AJK APDM
4.2.9 Guru kelas diminta melengkapkan data peribadi murid dalam satu fail
atau buku rekod kehadiran.
4.2.10 JPN boleh memantau APDM sepanjang masa.
4.2.11 Data murid di APDM perlu dikemaskini oleh guru kelas.
GURU KELAS
4.2.12 Buku rekod disiplin perlu ada dalam setiap kelas dan diisi oleh guru.
4.2.13 Keceriaan kelas dan bilik-bilik khas perlu dipertingkat.
4.2.14 Murid ponteng tegar boleh diambil tindakan buang sekolah selepas
mengikut semua SOP yang ditetapkan. Surat amaran mesti dikeluarkan.
LAIN-LAIN
4.2.15 Guru bertugas mingguan perlu peka dengan tugasan.
4.2.16 Pemeriksaan gigi murid akan bermula.
4.2.17 Bilik kekal untuk pemeriksaan gigi murid akan diwujudkan.
4.2.18 Guru perlu mengisi amalan baik dan salah laku murid dalam SSDM.
4.3 KOKURIKULUM- S/U KO (PUAN ZIZAH BT MUSTAFA)
4.3.1 Puan zizah memaklumkan fail Kokurikulum tahun 2018 kurang lengkap.
4.3.2 Kehadiran murid dan minit mesyuarat perlu ada.
4.3.3 Kelab/persatuan dan Unit beruniform akan diperkecil sesuai dengan
bilangan murid.
4.3.4 Aktiviti 1 murid 1 sukan juga terlampau banyak.
4.3.5 Perhimpunan bulan Kokurikulum perlu dilaksanakan.
4.3.6 Laporan perjumpaan Kelab/persatuan dan Unit beruniform perlu cop
atau pengesahan pentadbir.
4.3.7 Laman perpaduan perlu diwujudkan.
4.3.8 Perjumpaan Kokurikulum perlu dibuat 2 jam.
5. HAL-HAL LAIN
5.1 GURU BESAR (MUSTAFA BIN CHE CHAN)
5.1.1 semua unit panitia diminta melengkapkan fail panitia masing-masing.
5.1.2 LADAP fail akan dilaksanakan kepada guru-guru.
5.1.3 Panitia Pendidikan Islam diminta menyimpan laporan yang lama dari tahun 2015
ke dalam fail arkib.
5.1.4 Data Prestasi dan pencapaian TASMIK murid SKPK di Epelaporan JQAF kurang
memuaskan.
5.1.5 Fail Aset kurang lengkap
5.1.6 AJK didalam buku pengurusan akan disusun semula.
5.1.7 Semua Bilik Khas perlu mendaftar aset.
5.2 PRA SEKOLAH
5.2.1 Fail pra sekolah perlu dilengkapkan.
5.2.2 Kebersihan pra sekolah mesti diambil berat.
5.2.3 Cadangan memasang jaring di tingkap Pra Sekolah.
5.2.4 PPM perlu masak untuk murid Pra Sekolah. Order di kantin hanya jika guru PRA
tiada.
5.3 SAMBUTAN HARI GURU (PN FATIMAH BT SHAARI)
5.3.1 Tarikh sambutan pada hari Selasa 23 Mei 2019.
5.3.2 7.40 pagi hingga 12 tengahari dengan kerjasama PIBG.
5.4 JADUAL WAKTU (EN. MOHD YUSREE BIN WAN CHEK)
5.4.1 Rombakan jadual waktu akan dilakukan dengan kehadiran PK KO baru yang
5.4.2 merupakan opsyen matematik.
SKPK hanya layak seorang guru Bahasa Arab, jadual waktu guru bahasa Arab
akan dirombak.
5.5 SPLKPM (PN. NOORAINI BT MUSTAPHA)
5.5.1 PLC yang dilaksanakan oleh panitia boleh dimasukkan dalam sistem dan
disahkan.
5.5.2 Guru yang tidak cukup hari berkursus boleh sertai kursus online EPSA.
5.6 SAPS (EN. KHAYRIL ANUAR BIN AHMAD)
5.6.1 Tahun ini SAPS akan dibuka untuk pengisian markah peperiksaan pertengahan
tahun dan akhir tahun sahaja.
5.6.2 Markah peperiksaan Mac simpan untuk rekod sekolah.
6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 pm
6.2. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat .
6.3 Tarikh mesyuarat yang akan datang akan ditentukan berdasarkan takwim.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................ ...................................
(NOR SYUHADA BT JAFRY) (MUSTAFA BIN CHE CHAN)
Setiausaha , Guru Besar.
Mesyuarat Guru SK Padang Kota
SK Padang Kota