The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syu Jafry, 2019-04-28 10:06:44

Minit hem 2019 BIL 1

Minit hem 2019 BIL 1

UNIT HEM
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA
01000 KANGAR
PERLIS

MINIT MESYUARAT HEM KALI PERTAMA 2019

TARIKH : 27 DISEMBER 2018 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKPK

KEHADIRAN
1. EN. MUSTAFA B CHE CHAN
2. EN. CHE RASAIDI B CHE YOB
3. EN. MAHIME B MAT ISA
4. CIK NUR ASMA BT ZULKIFLI
5. EN. SALLEHUDDIN B AHMAD
6. EN. SURIADY B IDRIS
7. EN MOHD YUSREE B WAN CHEK
8. EN. MOHD NIZAM B ABDUL RAZAK
9. PN. FATIMAH BT SHAARI
10. PN. FAAIZAH BT BAKAR
11. PN. NOORAINI BT MUSTAPHA
12. PN. SHABRINA BT HUSIN
13. PN. ZAIRA YASMIN BT ZAINI
14. PN. NOR SURIATI BT ABU SAMAH
15. PN. NOR SYUHADA BT JAFRY
16. PN ZIZAH BT MUSTAFA
17. PN. NORMAYATI BT HUSIN
18. PN. NORSIDAH BT HAMID
19. EN. MUHD HASIFUL INSAN B HUSSAIN
20. EN KHAYRIL ANUAR B AHMAD
21. EN SUZAIRI B SUBOH
22. PN. FADRISHAH BT SABU
23. PN NORIAH BT MAT ISA
24. EN AZHAM B MAT ISA
25. PN. WAN FADZINI BT WAN HARON

TIDAK HADIR

26. EN. WAN NASIR B WAN MUSTAPA
27. EN. NAZRUL RIDZUAN B SHAFIE

PERKARA 1 – UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 En Mahime mengucapkan selamat datang kepada semua guru ke mesyuarat kali pertama
2019. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas kerjasama
yang telah diberikan dan kejayaan melaksanakan tugasan yang diamanahkan tahun lepas.

PERKARA 2 – UCAPAN GURU BESAR

2.1 En Mustafa b Che Chan memaklumkan tarikh pendaftaran murid untuk sesi persekolahan
2019 adalah pada 31 Disember 2018. Kelas tahun 1 tahun ini akan diletakan bersebelahan
dengan bilik tayangan

2.2 Tahun 2019 SK Padang Kota diberi amanah untuk menjadi tuan rumah kejohanan balapan
dan padang PKP Paya

2.3 Masih ada dua lagi bantuan yang belum diterima oleh murid, seramai 10 orang untuk
bantuan TNB dan 75 untuk bantuan asnaf.

2.4 Jumlah murid bagi sesi 2019 adalah seramai 208 orang murid, 14 orang murid ppki dan 23
orang pra sekolah.

2.5 Waktu bekerja guru bermula 7.40 pagi hingga 2.00 petang. Kehadiran guru selewatnya 5
minit sebelum sekolah bermula. Kehadiran guru bertugas mestilah seawal 7 .00 pagi. Guru
pulang selepas murid pulang dari sekolah. Minggu peperiksaan murid balik jam 1.30
petang.

2.6 Pemantauan pertama buka sekolah akan dihadiri oleh Pn sarimah daripada unit ko
kurikulum JPN Perlis

2.7 Pemantauan unit kurikulum, hem dan ko kurikulum akan dilaksanakan pada bila-bila masa
memandangkan kedudukan sekolah pada tangga 73 dan merupakan diantara 10 sekolah
yang terendah.

2.8 Mesyuarat olahraga akan dilaksanakan pada bulan Februari 2019

PERKARA 3- PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Cik Nur Asma bt Zulkifli membentangkan minit mesyuarat ketiga 2018
3.2 En Suriady b Idris mencadangkan supaya minit mesyuarat kali ketiga 2018 diterima

dan disahkan

3.3 En Azham b Mat Isa menyokong minit untuk diterima dan disahkan
Tindakan : Setiausaha

PERKARA 4 – PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit dimaklumkan

Tindakan : Makluman

PERKARA 5 – AGIHAN TUGAS DAN PERINCIAN TUGAS-TUGAS HEM 2018

5.1 En Mahime b Mat Isa memaklumkan agihan tugas adalah berdasarkan pertimbangan yang
seimbang bagi semua guru menerima tugas dengan seimbang dan berpuas hati dengan
tugasan masing-masing.

Tindakan : Semua Guru

PERKARA 6 – HAL-HAL LAIN

6.1 En. Mahime memaklumkan setiap taklimat akan dilaksanakan ketika perhimpunan pagi.
Acara rasmi semua guru wajib hadir dengan pakaian rasmi. Lain-lain acara juga sekiranya
berkaitan dengan murid akan dianggap acara rasmi.

6.2 Hari ko kurikulum murid perlu memakai uniform atau t shirt ko kurikulum. Murid yang tidak
mampu membeli lebih baju t shirt aktiviti, boleh menggunakan baju sukan sekolah.

6.3 Setiap aduan yang dibuat mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan
6.4 Persekitaran sekolah selepas pemantauan dilaksankan bersih. Guru kelas dan guru bilik khas

perlu memastikan semua bilik dalam keadaan bersih dan kemas sebelum bermulanya hari
pertama persekolahan.
6.5 Prasarana OKU terutama tandas bilik pendidikan khas belum lagi dilaksanakan.
6.6 Pendaftaran murid bukan warganegara masih dalam proses levi.
6.7 Bilik kesihatan masih belum ditambahbaik. Tindakan Pn Normayati dan jawatankuasa
diperlukan bagi memastikan bilik ini selesa untuk kegunaan murid.
6.8 Keselamatan kawasan sekolah perlu lebih di selia kerana masih ada kawasan perabot lama
yang tidak dipakai tidak di urus dengan baik. Kawasan yang berbahaya perlu di labelkan
supaya murid tidak menghampiri kawasan tersebut.

6.9 Agihan buku teks berjalan dengan lancar. Buku aktiviti bahasa inggeris belum diedarkan dan
akan diagihkan selepas minggu transisi.

6.10 Pengurusan kantin berjalan seperti biasa. Pihak sekolah berharap prestasi kantin dapat
dikekalkan seperti tahun sebelumnya. Makanan yang disediakan perlulah sentiasa
dititikberatkan daripada sudut kebersihan dan keselamatan murid untuk makan makanan
yang disediakan. Jumlah murid yang menerima RMT tahun 2 hingga 6 adalah seramai 34
orang termasuk murid ppki.

Tindakan : Semua Guru

PERKARA 7– HAL-HAL LAIN
En Mahime memaklumkan mengenai program transisi yang akan dilaksanakan selama 2
minggu. Guru-guru perlu berada di kelas pada masa yang ditetapkan bagi meneglak berlakunya
perkara yang tidak diigini kepada murid.

Tindakan : Makluman

PENUTUP
En Mahime sekali lagi berharap supaya semua guru berpuas hati dengan agihan tugas dan tidak
tertekan dengan tugas yang diamanahkan. Guru yang merasakan tugasan berat pada satu-satu
masa hendaklah meminta bantuan daripada rakan guru yang lain supaya tugasan yang
diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………………………. ………………………………………..
(CIK NUR ASMA BT ZULKIFLI) (EN MAHIME B MAT ISA)
Penolong Setiausaha HEM Penolong Kanan HEM
SK Padang Kota SK Padang Kota
Kangar, Perlis. Kangar, Perlis.


Click to View FlipBook Version