KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah MODUL IHSAN
PROGRAM IHSAN INSAN HOLISTIK SUBUR AKHLAK NILAI Insan Holistik Subur Akhlak Nilai IHSAN
PENGENALAN Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Program IHSAN merupakan satu strategi dan inisiatif untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan sumber manusia dalam sebuah organisasi seperti di sekolah. Sasaran program ini adalah untuk memastikan keberadaan guru yang sejahtera emosi di sekolah yang akhirnya menjurus kepada kemenjadian murid.
MATLAMAT Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Program IHSAN adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2021 yang memberi penekanan dalam aspek kualiti guru. Keberadaan guru yang berkualiti dan sejahtera emosi sudah pasti dapat meningkatkan kualiti PdPC dan PdPR bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Memastikan keberadaan 100% guru berkualiti di sekolah. Membantu guru meningkatkan nilaian prestasi PBPPP melebihi 80% Menerapkan rasa kecintaan terhadap bidang keguruan dan berusaha melakukan yang terbaik terhadap tugas yang diamanahkan.
SASARAN Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Guru yang memperoleh skor Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di bawah 80% daripada Panel Sumber Manusia Guru yang kurang kompeten dan amalan profesional dalam bidang keguruan yang minimum.
KONSEP Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Program IHSAN dapat membantu PGB untuk memantau dan membimbing secara berterusan guru yang kurang kompeten selaras SKPMg2 Standard 1 : Kepimpinan Aspek 1.2 : PGB sebagai pembimbing Aspek 1.3 : PGB sebagai pendorong. Di samping itu, sokongan sumber, bimbingan, konsultasi dan bantuan daripada Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Psikologi dan Kaunseling, Sektor Pembelajaran dan Sektor Perkhidmatan dan Intergriti kepada guru-guru yang dikenal pasti.
KERANGKA KONSEP Insan Holistik Subur Akhlak Nilai SUMBER Guru kurang kompeten : * Skor Prestasi PBPPP di bawah 80% * Masalah disiplin * Masalah kesihatan berpanjangan * Masalah interpersonal / komunikasi * Tidak melaksanakan PdPc / PdPr * Penyalahgunaan dadah * Masalah kewangan PROSES * Analisis dan tapisan isu Guru IHSAN * Pemantauan & Intervensi PGB * Khidmat bantu Kaunselor Pendidikan Daerah & SISC+ PENCAPAIAN Guru Kompeten skor prestasi PBPPP melebihi 80% * Guru kurang kompeten ditempatkan dalam jawatan Kumpulan (POOL) yang bermasalah kesihatan mental/fizikal * Guru bermasalah kesihatan akan bersara secara medical board atau bersara pilihan * Exit Policy untuk tindakan tatatertib hingga diberhentikan kerja yang tiada perubahan sikap. * Tindak Susul kepada guru tidak kompeten yang tiada masalah kesihatan & tindakan tatatertib. HASIL Guru yang kompeten akan sentiasa konsisten, kepelbagaian, berkesan, aktif, menyeluruh, tindakan susulan, kritis & kreatif dan Inovatif, menguasai, merancang serta menganalisis keperluan dan kesesuaian agar terus cemerlang di persada pendidikan.
PENGURUSAN Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Jawatankuasa Peringkat Negeri PENGERUSI Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri NAIB PENGERUSI Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah SETIAUSAHA Ketua Penolong Pengarah Unit Intergriti AHLI JAWATANKUASA KPPK Unit Intergriti KPPK Sektor Pengurusan Sekolah KPPK Sektor Psikologi dan Kaunseling KPPK Sektor Sumber Manusia
PENGURUSAN Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Jawatankuasa Peringkat Daerah PENGERUSI Ketua Pegawai Pendidikan Daerah NAIB PENGERUSI Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah SETIAUSAHA Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah AHLI JAWATANKUASA Timbalan PPD Sektor Perancangan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Timbalan Sektor Pembangunan Murid Kaunselor Pendidikan Daerah Semua Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah
PENGURUSAN Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Jawatankuasa Peringkat Sekolah PENGERUSI Pengetua / Guru Besar SETIAUSAHA Penolong Kanan Pentadbiran AHLI JAWATANKUASA Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Petang Semua Ketua Bidang / Guru Kanan
PELAKSANAAN Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Tempoh pelaksanaan Program IHSAN adalah sepanjang tahun sehingga guru berkenaan mencapai kompentensi yang disasarkan iaitu Skor Prestasi PBPPP melebihi 80%
JADUAL AKTIVITI Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Bil. Bulan Perkara Tindakan 1. Januari hingga Februari Pemilihan Guru IHSAN di peringkat PPD 1.Analisis data skor guru di bawah 80% PBPPP dan tapisan isu bersama Jawatankuasa IHSAN & Kaunselor Pendidikan Daerah. 2. Mac Pelaksanaan Program IHSAN di peringkat sekolah. 1.PGB melantik Penyelaras IHSAN (Penolong Kanan Pentadbiran) dan merancang intervensi. 2.PGB mengesahkan penilaian Guru Guru IHSAN di dalam Borang IHSAN/01. 3. April hingga September Pemantauan & Bimbingan Profesional oleh PGB & Pentadbir Sekolah. Khidmat bantu daripada Kaunselor Pendidikan Daerah kepada PGB. 1.Penyelaras dan PGB melaksanakan pemantauan & bimbingan profesional kepada Guru IHSAN. 2.Merekod bimbingan dan keberadaan Guru IHSAN di sekolah 3,Khidmat bantu daripada Kaunselor Pendidikan Daerah & SISC+ 4. Oktober Lawatan Task Force IHSAN ke sekolah 1.Semakan dan pengesahan rekod Guru IHSAN. 2.PGB mengesahkan refleksi dan ulasan pencapaian Guru IHSAN di dalam Borang IHSAN /02 dan IHSAN/03 5. November Analisis dan pelaporan pencapaian Program IHSAN di peringkat PPD 1.Penyelaras IHSAN di PPD mengumpul, Borang IHSAN/01, IHSAN/02 dan IHSAN/03 untuk penilaian dan pencapaian Guru IHSAN. 2.Pelaporan awal pencapaian pelaksanaan Program IHSAN di peringkat Daerah kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan penambahbaikan.
TANGGUNGJAWAB Insan Holistik Subur Akhlak Nilai PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Urus Setia Program IHSAN ∙ Mengurus, menyelaras dan menilai keberkesanan perlaksanaan program. ∙ Mengadakan mesyuarat penyelarasan Program IHSAN di peringkat JPN/PPD. ∙ Merancang dan melaksanakan penataran Program IHSAN. ∙ Menganalisis data keberkesanan dan melaporkan pencapaian guru IHSAN kepada pihak pengurusan tertinggi JPN/PPD.
TANGGUNGJAWAB Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Jabatan Pendidikan Negeri ∙ Memastikan perlaksanaan Program IHSAN mengikut garis panduan yang disediakan. ∙ Mengurus, menyelaras dan menilai perlaksanaan Program IHSAN. ∙ Memantau perlaksanaan Program IHSAN secara berkala. ∙ Mengumpul, menyemak dan menganalisis data pencapaian Program IHSAN daripada PPD. ∙ Melaporkan perlaksanaan dan pencapaian Program IHSAN kepada pengurusan tertinggi JPN. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB Insan Holistik Subur Akhlak Nilai PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Pejabat Pendidikan Daerah ∙ Membimbing PGB melaksanakan Program IHSAN mengikut garis panduan yang ditetapkan. ∙ Melaporkan perlaksanaan dan pencapaian Program IHSAN kepada pengurusan tertinggi PPD /JPN. ∙ Memantau perlaksanaan Program IHSAN secara berkala. ∙ Mengumpul, menyemak dan menganalisis data pencapaian Program IHSAN daripada sekolah. ∙ Memastikan keberkesanan intervensi yang dilaksanakan oleh PGB/PPD.
TANGGUNGJAWAB Insan Holistik Subur Akhlak Nilai PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Pentadbir Sekolah ∙ PGB memastikan perlaksanaan Program IHSAN mengikut garis panduan yang ditetapkan. ∙ Melantik seorang penyelaras bagi Program IHSAN peringkat sekolah iaitu Penolong Kanan Pentadbiran. ∙ Memantau kehadiran, PdP, komunikasi dan sahsiah guru IHSAN. ∙ Membimbing secara berterusan guru IHSAN dari aspek motivasi diri, insaniah dan tanggungjawab. ∙ Merekod pencapaian guru IHSAN secara berkala di dalam borang instrumen penilaian. ∙ Mengumpul, menyemak dan menganalisis data pencapaian guru IHSAN. ∙ Melaporkan pencapaian guru IHSAN kepada PPD.
CARTA ALIR Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Carta Alir Pengurusan Peringkat Sekolah MULA Menerima Surat dan Data Guru IHSAN PGB dan Jawatankuasa IHSAN Merancang Pemantauan dan Bimbingan Setiausaha merekod Pemantauan dan Bimbingan Profesional PGB Membuat Penilaian dan Pelaporan Pencapaian Guru IHSAN kepada PPD TAMAT
Guru IHSAN SOKONGAN DARIPADA PGB & KAUNSELOR PENDIDIKAN DAERAH PRESTASI RENDAH 0 – 59.99% PRESTASI SEDERHANA 60 - 79.99% PRESTASI CEMERLANG 90 – 100% PRESTASI TINGGI 80 – 89.99% PROGRAM IHSAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Carta Alir Pelaksanaan Program IHSAN Guru IHSAN Analisis data guru skor PBPPP di bawah 80% dan tapisan isu bersama Kaunselor Pendidikan Daerah Pemantauan & Bimbingan Profesional dan Penilaian daripada PGB Pemantauan & Khidmat Bantu daripada Task Force IHSAN Analisis pencapaian Guru IHSAN Pelaporan pencapaian Program IHSAN kepada KPPD dan JPN Tindak Susul berterusan guru tidak kompeten Guru POOL Masalah mental/fizikal Masalah Kesihatan Medical Board Bersara Pilihan Exit Policy Tindakan tatatertib SELESAI JAN - FEB MAC - SEPT OKTOBER NOVEMBER DISEMBER KOMPETEN TIDAK KOMPETEN
INSTRUMEN Insan Holistik Subur Akhlak Nilai INSTRUMEN PROGRAM GEMS : 1. Borang IHSAN / 01 2. Borang IHSAN / 02 3. Borang IHSAN / 03 4. Borang Profil Guru IHSAN tiny.cc/profilihsan 5. Rekod Pemantauan & Bimbingan tiny.cc/bimbinganihsan 6. Rekod Keberadaan Guru IHSAN tiny.cc/keberadaanihsan 7. Rekod Khidmat Bantu tiny.cc/khidmatbantuihsan
PELAPORAN PROGRAM Insan Holistik Subur Akhlak Nilai Aplikasi prezi tiny.cc/IHSAN2020 tiny.cc/IHSAN2021 tiny.cc/IHSAN2022
SOALAN LAZIM Insan Holistik Subur Akhlak Nilai SOALAN LAZIM 1. Apakah objektif pelaksanaan Program IHSAN ? Objektif pelaksanaan Program IHSAN adalah untuk meningkatkan kompetensi, potensi dan keberhasilan guru dalam PBPPP. 2. Siapakah yang terlibat dengan Program IHSAN? Guru yang terlibat ialah guru yang memperoleh skor prestasi PBPPP di bawah 80% dan guru yang dicadangkan oleh PGB. 3. Berapa lamakah tempoh pelaksanaan Program IHSAN? Pelaksanaan Program IHSAN adalah sepanjang tahun semasa.
SOALAN LAZIM Insan Holistik Subur Akhlak Nilai 4. Siapakah yang akan terlibat dalam Program IHSAN di sekolah? PGB dan pihak pentadbiran di sekolah. 5. Bagaimanakah pemilihan Guru IHSAN dibuat? Penyelaras Program IHSAN dan Kaunselor Pendidikan Daerah di PPD akan membuat tapisan isu daripada analisis data guru yang memperoleh skor prestasi PBPPP di bawah 80% yang dibekalkan oleh Panel Sumber Manusia JPN dan cadangan daripada PGB untuk pemilihan Guru IHSAN.
SOALAN LAZIM Insan Holistik Subur Akhlak Nilai 6. Adakah guru yang mempunyai masalah kesihatan yang berpanjangan termasuk dalam Program IHSAN ? Ya. Guru yang mempunyai masalah kesihatan yang berpanjangan akan dirujuk kepada Kaunselor Pendidikan Daerah untuk proses pengesahan daripada KKM sebelum ditawarkan medical board atau bersara pilihan. 7. Bilakah Program IHSAN ini dilaksanakan? Program IHSAN dilaksanakan sebaik sahaja PGB menerima surat dan data Guru IHSAN daripada PPD
SOALAN LAZIM Insan Holistik Subur Akhlak Nilai 8. Adakah Program IHSAN ini boleh dilaksanakan di luar waktu persekolahan? Tidak. Program IHSAN hanya dilaksanakan pada waktu hari bekerja sahaja (Sesi persekolahan). 9. Adakah Guru Kaunseling di sekolah terlibat dalam program ini? Tidak. Guru Kaunseling di sekolah tidak terlibat dalam program ini. Program ini hanya melibatkan PGB dan pihak pentadbir sekolah sahaja. 10. Bolehkah PGB mencadangkan guru lain yang mempunyai masalah keberadaan dan disiplin dimasukkan dalam Program IHSAN ? Boleh. PGB boleh mencadangkan guru lain dengan memberikan isu guru berkenaan sebagai justifikasi.
PROGRAM IHSAN Insan Holistik Subur Akhlak Nilai SEKIAN TERIMA KASIH RAMLAN BIN HJ MISLAN Pen.PPD Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah PPD Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang