MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
E-MAJALAH
BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN
" HILANG BAHASA
LENYAPLAH BANGSA"
PENSYARAH: PUAN MAZLINA BINTI OMAR
AHLI KUMPULAN:
1-MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD FUAD
(16DAT21F1035)
2-MUHAMMAD ALIF HAIKAL BIN NAZARUDIN
(16DAT21F1037)
3-INTAN NUR SYAWANI BINTI SAIPOL AZMI
(16DAT21F1003)
PENULIS:
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD FUAD
SUNTINGAN:
MUHAMMAD ALIF HAIKAL BIN NAZARUDIN
INTAN NUR SYAWANI BINTI SAIPOL AZMI
Diterbitkan oleh: Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah, Kulim Hi-tech Park, 09000 Kulim,
Kedah
Hak Cipta (2021)-Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah
Cetakan Pertama: 2021
Hak Cipta Terpelihara
ISI
KANDUNGAN
Pengenalan---------------------------------------------------- 2
Fungsi utama Bahasa Melayu------------------------ 3
Bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan ----------------------------3-4
Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi ------------------------------ 4
Bahasa Melayu sebagai
lingua franca ----------------------------5-6
Bahasa Melayu sebagai
lambang jati diri ------------------------------ 7
Bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi dan pengantar---------8-11
Kesimpulan----------------------------------------------------12
Rujukan---------------------------------------------------------13
1
PENGENALAN
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan yang
menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang
diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan
segala dasar kerajaan.Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak
boleh dipinda oleh Parlimen.Hal ini kerana kata putus terletak di
tangan Majlis Raja-Raja. Perkara berikut dinyatakan dengan jelas
oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5). Kedudukan yang
sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap
ke dalam batang tubuh Perlembagaan. Contohnya, orang Melayu
juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana
yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga
kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut
meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang
kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan
bersuara.Ia malah boleh dikatakan sebagai sudah mencapai tahap
suci. Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa
kedudukan sedemikan tidak harus digunakan secara zalim dan
menyekat atau digunakan secara membuta tuli. Inilah yang dapat
dikatakan apabila kita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah
Perkara 152. Fasal (1)(a) dan (b) umpamanya membenarkan
pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak
dalam konteks kegunaan rasmi. Ini semua sebenarnya telah
diamalkan sejak sebelum dan selepas merdeka lagi. Hanya dalam
beberapa tahun kebelakangan ini sahaja beberapa undang-
undang dan dasar tertentu yang berlawanan dengan peruntukan
dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini menimbulkan persoalan
yang sangat serius tentang kesahihan mereka dan kelihatannya
tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitan dan
kekeliruan. Selain itu kelemahan pelaksanaan Perkara 152 tidak
harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan kehendak
Perkara 152 yang sebenarnya turut didokong oleh Suruhanjaya
Reid sendiri. Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini
dengan betul kerana para hakim telah diwajibkan oleh mahkamah
untuk memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui
seksyen 1 Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.
2
FUNGSI UTAMA BAHASA MELAYU
-Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
-Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
-Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
-Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri.
-Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan pengantar.
1.Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
Apabila membicarakan tentang kemajmukan ia bukan hanya dilihat
dari segi ras yang berbeza tetapi budaya, tutur kata, acuan dan
bahasa yang pelbagai. Mansor Mohd Noor (1999) pernah
menyatakan, masyarakat majmuk di Malaysia berbeza dari segi etnik,
budaya dan agama tetapi berpegang kuat dengan ikatan
kewarganegaraan yang kuat. Kepelbagaian kaum di Malaysia pada
awalnya dikesan sejak zaman Kepulauan Melayu dan Nusantara.
Penghijrahan antara wilayah di kepulauan Melayu telah mewujudkan
masyarakat yang saling berhubung walaupun pada dasarnya mereka
adalah berbeza ras dan etnik. Konflik etnik merupakan cabaran
terbesar bagi negara yang di dalamnya terdiri dari masyarakat yang
pelbagai kemahuan dan kehendak. Keharmonian masyarakat yang
pelbagai di dalam sesebuah negara amat penting bagi menjamin
kelansungan politik, ekonomi dan keharmonian hidup berkomuniti.
Konflik antara etnik akan mewujudkan suasana kucar kacir sekaligus
membantutkan usaha memajukan masyarakat, ekonomi dan negara.
Konflik etnik boleh mengancam bukan sahaja keselamatan negara
malah pembangunan negara secara menyeluruh. Bagi Malaysia yang
didiami oleh masyarakat pelbagai kaum, isu perkauman tidak dapat
dielakkan. Malaysia pernah mengalami situasi di mana ia mengukir
sejarah pahit di kalangan masayarakat yang berbilang kaum. Justeru
banyak agenda kerajaan dibentuk dan dilaksanakan bagi
mengelakkan berlakunya perbalahan kaum terjadi semula. Antaranya
adalah mewujudkan semangat perpaduan antara etnik di Malaysia.
Perpaduan adalah medium penting dalam mewujudkan keharmonian
masyarakat di Malaysia. Antara perkara yang diguna pakai oleh
kerajaan dalam membentuk perpaduan antara kaum adalah dengan
mewujudkan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan
masyarakat. Selaras dengan faktor sejarah dan merupakan bahasa
yang mempunyai penutur terbanyak di Malaysia, bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa perpaduan.
3
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak dapat
disangkal kerana bahasa ini merupakan bahasa yang paling
mudah difahami oleh semua peringkat umur. Pemahaman
terhadap sesuatu bahasa pertuturan adalah sangat penting bagi
menjamin intipati perbualan dapat difahami dengan jelas.
Pengunaan bahasa yang berbeza dapat mewujudkan sikap
prasangka di mana maksud sebenar perbualan tidak dapat
difahami. Sebagai contoh, kebanyakan masyarakat Melayu tidak
pandai berbahasa Tamil dan berbahasa Cina, tetapi
kebanyakan masyarakat India dan Cina pandai menuturkan
bahasa Melayu. Ia sekaligus mengutuhkan semangat saling
berharmoni antara masyarakat yang berbilang kaum dan
bangsa.
2.Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa rasmi yang menjadi sarana komunikasi
dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa
bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan,
kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran
undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen
8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).
4
3.Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Lingua franca membawa maksud bahasa perantaraan atau
bahasa perhubungan antara kumpulan masyarakat atau
orang-orang yang berlainan bangsa.
Pada awal abad ke-7, bahasa Melayu telah digunakan oleh
Empayar Srivijaya sebagai bahasa perantara (lingua
franca) di rantau Asia Tenggara dan berterusan sehingga
abad ke-19.
Penemuan batu bersurat tertua di Kedukan Bukit,
Palembang yang bertarikh (683 Masihi) ini adalah bukti
bahwa bahasa Melayu kuno dalam tulisan Pallava (tulisan
India) dan peranannya di dalam pemerintahan Srivijaya. Ini
diikuti penemuan batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang
(684 Masihi), dan di Karang Brahi, Meringin (686 Masihi).
Bahasa Melayu klasik bermula dari abad ke-14 sehingga ke
akhir abad ke-18. Penemuan batu bersurat Terengganu
dijadikan sandaran bermulanya bahasa Melayu klasik dan
juga tulisan Jawi tertua yang telah ditemui. Penggunaan
bahasa Melayu berkembang sehingga ke negara Barat dan
seluruh Asia. Kepentingan bahasa Melayu juga dizahirkan
dengan kewujudan buku-buku daftar kata. Contohnya Cina-
Melayu, Itali-Melayu, Melayu Belanda dan Melayu-Inggeris.
Pasca kemerdekaan negara, karya-karya Kesultanan
Melayu Melaka telah ditafsirkan dalam bahasa Rusia
seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Sang Boma, Hikayat
Seri Rama dan banyak lagi. Universiti-universiti di seluruh
pelusok dunia juga mengiktiraf pengajian bahasa Melayu
seperti Leiden University di Belanda dan Ohio Universiti di
Amerika Syarikat.
Lebih menariknya sarjana-sarjana antarabangsa
memandang tinggi bahasa Melayu dan menunjukkan
keseronokan mereka ketika bercakap berkenaan bahasa
Melayu. Sarjana Belanda, Francois Valentijin pernah
berkata "Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu
sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita
kehilangan jejak.”
5
Faktor-faktor yang menjadikan Bahasa Melayu
lingua franca di persada antarabangsa sebelum
abad ke-20:
-Bahasa Perdagangan
Melayu berupaya menjadi lingua franca kerana
pemerintah pada masa itu memanfaatkan pengaruh
mereka sebagai pusat maritim utama di rantau ini.
Keluasan jajahan Srivijaya sehingga ke Selat Melaka
dan Selat Sunda telah mengembangkan penggunaan
bahasa Melayu antara raja-raja dan rakyat jelata.
Oleh itu, pedagang asing perlu menguasai bahasa
Melayu untuk berurusan.
-Bahasa Pemerintahan
Kebangkitan Empayar Srivijaya pada abad ke-7
telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Mereka selaraskan penggunaan
bahasa Melayu dalam pemerintahan dan
jajahannya yang luas di Alam Melayu
menyebabkan bahasa Melayu menjadi lingua
franca di rantau Asia Tenggara. Sehingga ke abad
ke-19, bahasa Melayu digunakan di dalam
pentadbiran, perundangan dan bahasa rasmi
kerajaan kerajaan Melayu.
6
4.Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri.
Bahasa Melayu merupakan lambang bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu negara Malaysia.
Hasrat ini telah diungkapkan dalam dasar bahasa dengan
merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu. Oleh yang demikian, Bahasa Melayu telah
dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal
ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai
bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan
bahasa. Oleh yang demikian, Bahasa Melayu memainkan
peranan sebagai lambang negara Malaysia di persada
dunia. Sekali gus, bahasa Melayu berperanan sebagai
perakuan jati diri bangsa Malaysia demi memenuhi maksud
kemajuan mengikut acuan sendiri. Bahasa Melayu selaku
bahasa negara adalah wahana utama dan medium satu-
satunya yang perlu digunakan oleh warga Malaysia untuk
menerus dan mengekalkan peradaban nasional dalam
pelbagai bidang, menyampai dan menyebarkan peradaban
nasional kepada generasi mendatang seperti yang
diamalkan oleh mereka semenjak turun-temurun. Dalam
hal ini, bahasa Melayu memang berkeupayaan dalam
memajukan warganya, sekali gus negara Malaysia
berteraskan kapasitinya sebagai bahasa rasmi yang
merangkumi fungsi selaku bahasa ilmu. Selain itu
keupayaan bahasa Melayu yang terpenting ialah ia
memiliki modal linguistik yang cukup agam, selain mampu
berkembang ke tahap status sebagai bahasa moden. Jelas
sekali bahawa peranan bahasa Melayu dalam
mencorakkan jati diri warga Malaysia begitu besar
cabarannya.
Oleh itu, aspirasi dan misi nasional dalam membentuk
negara bangsa Malaysia yakni menyatupadukan warganya
dan membentuk jati diri sepunya dalam kalangan warganya
tidak akan tercapai jika warganya tidak menampilkan
semangat waja untuk memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya menjadi
kebanggaan negara kita. Bulan semakin terang, bayang
kian jelas bahawa negara bangsa dan jati diri boleh
dibentuk melalui pelbagai cara, dan antaranya ialah
bahasa, khususnya melalui promosi bahasa kebangsaan.
7
5.Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
dan pengantar.
Bahasa Melayu berfungsi sebagai
bahasa pengantar. Bahasa pengantar
boleh dikatakan sebagai bahasa yang
ditetapkan oleh sesebuah negara
sebagai bahasa yang digunakan untuk
sistem pendidikannya seperti bahasa
Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan,
bahasa Cina di sekolah rendah jenis
kebangsaan Cina dan bahasa Tamil
untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Bahasa-bahasa ini telah ditetapkan oleh
Laporan Abdul Razak Hussien (1956)
dan Laporan Pelajaran Abdul Rahman
Talib (1960) sebagai bahasa
pengantar.Dengan berkuatkuasanya Akta
Pelajaran pada tahun 1961, bahasa
Melayu telah diangkat sebagai bahasa
pengantar utama dalam institusi
pendidikan. Menurut ensiklopedia
keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka
menjelaskan bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu yang
menyampaikan ilmu pengetahuan moden
seperti fizik, kimia, kejuruteraan,
perubatan, ekonomi, undang-undang,
kesusasteraan dan agama.
8
Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan komunikasi:
-Menyatupadukan rakyat Malaysia
Dengan penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah ia dapat menyatupadukan penduduk Malaysia
yang berbilang kaum dan agama. Dengan kata lain ia menjadi
bahasa perpaduan di Malaysia. Bahasa Perpaduan dapat
diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia (antara individu dengan individu yang lain)
yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dalam sebuah negara.
Penduduk Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu,
Cina dan India. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan
pada zaman penjajahan menyebabkan penduduk di Tanah
Melayu berpecah belah. Orang-orang Melayu tinggal di kawasan
kampung, orang-orang Cina pula hidup di bandar-bandar
manakala orang-orang India pula tinggal di kawasan-kawasan
estet. Kewujudan sekolah vernakular juga telah menyebabkan
masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem
persekolahan masing-masing dan menyebabkan hubungan antara
mereka semakin renggang. Selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan, soal perpaduan kaum menjadi agenda utama
dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu. Melalui
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah;
kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap akan dapat
memupuk kembali perpaduan rakyat yang renggang sebelum ini.
Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa 9
pengantar dalam sistem pendidikan negara telah bermula sejak
sekian lama. Pelbagai akta dan dasar seperti Akta Pelajaran
1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963, Akta Bahasa kebangsaan
1967 serta Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1982) telah dirancang, digubal dan
dilaksanakan. Akta Pelajaran 1961 memberikan fokus kepada
usaha mengembangkan pendidikan di negara ini melalui bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar menggantikan bahasa
Inggeris.
-Alat komunikasi
Bahasa Melayu berperanan sebagai medium
komunikasi bagi sebuah negara yang berbilang kaum
seperti Malaysia. Menurut A. Aziz Deramankekuatan
bahasa juga akan menjamin kelangsungan
peradaban. Bahasa Kebangsaan ialah pemersatu dan
alat komunikasi rakyat yang sangat utama. Peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah bahasa
komunikasi lisan dan tulisan yang digunakan bagi
semua maksud urusan rasmi dalam bidang
pendidikan. Pengajaran semua subjek mata pelajaran
dalam bahasa Melayu di semua peringkat sekolah
rendah dan menengah kecuali mata pelajaran bahasa
Inggeris amat jelas selaras dengan Dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu. Pengajaran mata
pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu
adalah contoh yang paling jelas bagaimana bahasa
Melayu berfungsi sebagai alat komunikasi di antara
pelajar dan guru. Pengajaran dalam bahasa Inggeris
menyebabkan pelajar terutama pelajar Melayu jauh
ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak faham akan
bahasa Inggeris.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain
dapat diwujudkan tanpa mewujudkan rasa curiga.
Langkah ini juga mempercepatkan lagi perpaduan
dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Penyata
Razak yang telah diakui dan diluluskan menjadi
Ordinan Pelajaran pada tahun 1957 yang mewajibkan
semua sekolah menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus
untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi
wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kaum
etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.
Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan,
fungsi bahasa Melayu sebagai alat komunikasi tidak
perlu dipersoalkan lagi kerana rata-rata pelajar-pelajar
kita berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah dan
di rumah dalam bahasa Melayu.
10
-Menyalurkan Ilmu Pengetahuan
Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu di dalam
kalangan rakyat Malaysia. Nikmat daripada kesejahteraan
rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian melalui
ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu telah memperkasa anak
tempatan dalam pelbagai bidang khususnya bidang
pendidikan, sains teknologi dan ekonomi sekaligus dapat
melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi
dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin
pembangunan bangsa dan negara.
Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang
mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting
iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Kedua-dua ciri ini
terdapat pada bahasa Melayu di mana ia mampu menyampaikan
kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan
dan ia juga mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,
keberkesanan dan keindahan.
11
KESIMPULAN
Hubungan etnik di Malaysia pernah mengalami sejarah hitam yaang pahit untuk ditelan
dan dilupakan. Pergolakan yang berlaku bukan sahaja disebabkan oleh kegagalan
menyeimbangkan ekonomi diantara masyarakat yang berbilang kaum tetapi pada
dasarnya pergolakan yang berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya rasa tolak ansur
dan perpaduan antara kaum yang terlibat. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam
mendokong semangat perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum. Bahasa
Melayu dilihat sebagai bahasa yang mempunyai penutur teramai dan mudah difahami
sehingga dapat mengelakkan rasa prasangka dalam kalangan masayarakat yang
berbilang bangsa dan agama. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah menyemarakkan lagi penggunaan bahasa tunggal dikalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Walaupun begitu bahasa ibunda setiap kaum
masih dijaga dengan toleransi bahasa yang berlaku. Ia digunakan sebagai bahasa
pertuturan harian.
Matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan telah tercapai dengan
penggunaannya yang meluas di Malaysia. Akan tetapi apa yang mencacatkan keindahan
bahasa Melayu yang bukan sahaja sebagai pemangkin perpaduan antara kaum dan
pencorak jati diri masyarakat Malaysia adalah sikap masyarakat yang kurang sayang
dengan nilai bahasa itu sendiri. Percampuran bahasa dengan bahasa Inggeris dan
penggunaan bahasa yang tidak betul harus dilihat agar ia dapat membawa bersama nilai
jati diri mengikut acuan Malaysia.
12
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_160_Perlembagaan_
Malaysia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_152_Perlembagaan_
Malaysia
http://www.jpapencen.gov.my/english/CAT289562/Publishe
d/perkara152-Ma.Html
https://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Ma
laysia/Jadual-Jadual#JADUAL_KEENAM
https://www.scribd.com/embeds/75244614/content?
start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-
fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
https://www.sinarharian.com.my/article/15938/KHAS/Pend
apat/Bahasa-Melayu-bahasa-rakyat-Malaysia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_kebangsaan
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30118?
language=my
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=lingua%20franca
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lingua_franca#Bahasa_Melay
u
https://sejkssrt5t1u123.wordpress.com/2017/08/18/unit-
3bahasa-melayu-warisan-kita/
https://sarawakvoice.com/2016/09/30/lambang-jati-diri-
bangsa/
https://drive.google.com/file/d/18OHNwcTZtZ9qe_3CHs-
74qZaotRXX-AB/view?usp=sharing
https://news.ump.edu.my/general/memartabatkan-bahasa-
melayu-tanggungjawab-semua
Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul
Hakim Bin Samuri dan Muslimin Bin Fadzil.(2010).Sejarah
Tingkatan 5.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
13