PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK AIR TAWAR UNIT HAL EHWAL PELAJAR
UNIT HAL EHWAL PELAJAR GARIS PANDUAN DISIPLIN TINGKATAN ENAM 1. OBJEKTIF PERATURAN SEKOLAH 1.1. Mewujudkan suasana kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk semua. 1.2. Melatih pelajar membentuk disiplin kendiri. 1.3. Mewujudkan tingkah laku yang baik dalam kalangan warga sekolah demi kemajuan individu dan institusi. 2. RASIONAL HUKUMAN 2.1. Mencegah berulangnya kesalahan. 2.2. Menyedarkan dan menginsafkan mereka yang bersalah. 2.3. Meminimumkan masalah agar semua warga sekolah berada dalam suasana yang kondusif untuk Pdp berlangsung 3. WAKTU PERSEKOLAHAN 3.1. Waktu persekolahan adalah seperti berikut: 1. Isnin 7.30 pagi hingga 2.30 petang. 2. Selasa 7.30 pagi hingga 2.30 petang. 3. Rabu 7.30 pagi hingga 3.10 petang. 4. Khamis 7.30 pagi hingga 3.10 petang. 5. Jumaat 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari 4. KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH 4.1. Pelajar yang tidak hadir hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat sakit daripada doktor atau surat ketidakhadiran daripada ibu bapa/penjaga. 4.2. Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab dianggap ponteng sekolah. .
4.3. Surat amaran tidak hadir ke sekolah akan dikeluarkan oleh guru tingkatan seperti berikut: Catatan: a. Guru Tingkatan akan mengeluarkan surat amaran / buang sekolah mengikut syarat seperti ketetapan di atas. b. Di samping mengeluarkan surat amaran, guru tingkatan akan menghubungi ibu bapa. 5. GARIS PANDUAN BERPAKAIAN TINGKATAN ENAM Pakaian pelajar tingkatan enam mengikut surat pekeliling KP/KPPM/6 Jilid 2(5) bertarikh 5 Disember 2014. 5.1. PAKAIAN MURID LELAKI Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja dan berseluar panjang lengkap dengan kasut dan berstokin. Bil Surat Tidak Hadir Berturut – turut Tidak Hadir Berselang – Selang 1 Amaran Pertama 3 hari 10 hari 2 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama (Hari Ke 10) 10 hari selepas Amaran Pertama (Hari ke 20) 3 Amaran Terakhir 14 hari selepas Amaran Terakhir (Hari ke 17) 20 hari selepas Amaran Kedua (Hari ke 40) 4 Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir (Hari ke 31) 20 hari selepas Amaran Terakhir (Hari ke 60)
BAJU 5.1.1. Baju murid lelaki ialah kemeja lengan panjang atau pendek berwarna bebas tanpa corak. Hanya kemeja polos, berjalur atau berpetak. Sekiranya memakai kemeja berlengan panjang, lengan hendaklah dikancing atau dibutang sepenuhnya. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tuck in). Batik Malaysia dibenarkan. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. SELUAR 5.1.2. Seluar bagi murid lelaki ialah seluar Panjang. Panjang seluar hendaklah sekurang-kurangnya separas buku lali. Bentuk seluar ialah potongan slek yang tidak ketat dan tidak berlipat. Jean, Cargo pants, atau seluar pendek tidak dibenarkan. Warna seluar yang dibenarkan adalah bebas kecuali warna garang (striking). Jika memakai tali pinggang, gancu (kepala tali pinggang) hendaklah tidak melebihi 5 cm. Gancu yang bermotif ganas, lucah, tahyul dan berimej negatif tidak dibenarkan. KASUT 5.1.3. Kasut bagi murid lelaki ialah kasut yang tertutup dan lengkap berstokin. Capal hanya boleh dipakai dengan pakaian kebangsaan. Selipar, cerpu, sandal atau yang sejenis dengannya tidak dibenarkan. SONGKOK 5.1.4. Murid lelaki dibenarkan memakai songkok hitam yang standard tidak melebihi 10 cm. JURA/SERBAN DAN KARA 5.1.5. Bagi murid lelaki berketurunan Sikh dibenarkan memakai jura/serban mengikut kepercayaan dan agama mereka semasa di sekolah. 5.1.6. Pemakaian kara (steel bangle) oleh murid lelaki yang berketurunan Sikh dibenarkan. PAKAIAN ALTERNATIF MURID LELAKI Di samping jenis pakaian yang dinyatakan di atas, murid lelaki juga dibenarkan memakai: 5.1.7. Pakaian Kebangsaan Pakaian baju Melayu yang lengkap bersamping dan bersongkok hitam yang standard. Hanya pakaian baju Melayu polos dibenarkan. 5.1.8. Pakaian Tradisional Pakaian tradisional budaya kaum masing-masing yang lengkap juga dibenarkan dipakai oleh murid lelaki kaum berkenaan. TALI LEHER 5.1.9. Pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher sepanjang berada di sekolah. Warna tali leher adalah bebas.
TANDA/TAG NAMA 5.1.10 Pelajar tingkatan enam diwajibkan memakai tag nama sepanjang berada di kawasan sekolah. 5.1.11 Pemakaian tag nama adalah secara menggantung di leher dengan menggunakan tali yang sesuai. 5.2. PAKAIAN MURID PEREMPUAN Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two piece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim atau lycra tidak dibenarkan. BLAUS DAN KEMEJA 5.2.1. Murid perempuan dibenarkan memakai blaus berlengan atau kemeja berlengan daripada jenis kain dan warna yang bersesuaian serta tidak jarang dan tidak ketat. SKIRT DAN SELUAR 5.2.2. Skirt atau seluar juga dibenarkan dipakai oleh murid perempuan. Labuh skirt hendaklah sekurang- kurangnya di bawah paras lutut. Murid perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang yang tidak ketat. Jean, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. TUDUNG/ TELEKUNG MINI/ SELENDANG 5.2.3. Murid perempuan dibenarkan memakai tudung/telekung mini/selendang. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. KASUT 5.2.4. Murid perempuan hendaklah memakai kasut yang tertutup. Selipar, cerpu, terompah, sandal atau sejenis dengannya tidak dibenarkan. 5.3. LARANGAN PEMAKAIAN KEMEJA-T Murid dilarang memakai kemeja - T semasa menghadiri kelas. 5.4. PAKAIAN KETIKA AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 5.4.1. Murid lelaki dan perempuan digalakkan memakai seluar panjang atau track bottom sekolah (tingkatan 6) yang sesuai dan kemeja-T berlengan panjang atau pendek mengikut kesesuaian aktiviti yang dijalankan. Kemeja-T yang bermotif ganas, lucah, tahyul, politik, dan berimej negatif tidak dibenarkan.
5.5. PAKAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM 5.5.1. Murid lelaki dan perempuan yang menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah memakai kemeja-T yang telah ditetapkan oleh Tingkatan Enam. 5.2.5. PAKAIAN SUKAN Pelajar hanya dibenarkan memakai kemeja-T PERTINAM sekolah berserta track bottom sekolah SAHAJA pada hari-hari yang telah ditetapkan. 5.2.6. PAKAIAN UNIFORM Pelajar dikehendaki membeli baju uniform lengkap dan kemeja-T Pengakap/PISPA dan memakainya pada setiap hari Rabu. 5.6. LARANGAN PAKAIAN YANG MENCOLOK MATA 5.6.1. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan, dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. 5.7. RAMBUT 5.7.1. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Pengertian berambut panjang ialah seperti berikut Di belakang: Rambut jatuh melebihi garisan kedua cuping telinga. Di hadapan: Rambut menutup garisan tengah dahi. Di sebelah tepi: Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung. Di atas: Rambut panjang melebihi 8 cm. 5.7.2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut, atau jambang. 5.7.3. Pelajar perempuan tidak dibenarkan menjatuhkan rambut sehingga ke bahu. Mereka yang berambut panjang hendaklah mengikat dengan tocang atau ekor kuda, menggunakan reben berwarna hitam supaya kelihatan kemas. 5.7.4. Rambut tidak boleh diwarnakan.
ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR TINGKATAN 6 CONTOH PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN CONTOH PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI
5.8. HARTA BENDA SEKOLAH 5.8.1. Pelajar tidak dibenarkan merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Jika berlaku, pelajar dikehendaki membayar denda yang setimpal dengan kerosakan. 5.8.2. Pelajar tidak boleh menggunakan sebarang alat atau perkakas sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah. 5.8.3. Pelajar dilarang menulis/ melukis/ mengotor/ mencemar/ mana-mana bangunan sekolah/ tandas/ papan kenyataan/ notis/ poster dan sebarang tampalan. 5.8.4. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah. 5.8.5. Pelajar juga bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar kawasan sekolah. Pelajar dilarang membuang sampah merata-rata. 5.9. TANDAS SEKOLAH 5.9.1. Pelajar hendaklah membuang air kecil atau air besar dengan cara yang baik dan berperaturan. 5.9.2. Pelajar tidak boleh membuang sampah merata-rata ataupun menconteng dinding-dinding tandas dengan sebarang alat tulis. 5.9.3. Pelajar tidak dibenarkan sekali-kali masuk ke tandas guru atau berlawanan dengan jantina pelajar tersebut. Pelajar mesti menggunakan mengikut blok tingkatan masing-masing. 5.10. KANTIN SEKOLAH 5.10.1. Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan semasa PdP/ pertukaran masa/ kegiatan kokurikulum. 5.10.2. Pelajar mesti beratur dan bersopan semasa membeli makanan atau minuman dan ditegah sama sekali membuat bising. 5.10.3. Pelajar dilarang makan di dalam kelas dan mesti makan di kantin sekolah 5.10.4. Pelajar dilarang membeli makanan yang dijual di luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan.
5.10.5. Pelajar dilarang memasuki bahagian dalam kantin sekolah. 5.10.6. Semua pinggan/ sudu/ gelas hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. 5.11. MAKMAL SAINS DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 5.11.1. Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi semua arahan dan peraturan yang ditetapkan mengikut tempat berkenaan. 5.12. PEPERIKSAAN SEKOLAH 5.12.1. Kehadiran dalam semua ujian / peperiksaan adalah wajib. 5.12.2. Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan semua mata pelajaran yang diajar kepadanya di dalam kelas. 5.12.3. Pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin jika didapati melakukan sebarang bentuk peniruan/ penipuan/ pemalsuan/ pemulauan dan penyeludupan. 5.12.4. Pelajar mesti mematuhi semua bentuk arahan yang dikeluarkan semasa ujian/ peperiksaan. 5.13. LAWATAN DAN PELAWAT 5.13.1. Sebarang lawatan pihak luar sama ada rombongan atau perseorangan yang bertujuan untuk bertemu dengan seseorang pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan Tingkatan Enam/ Ketua-Ketua Unit Tingkatan Enam / Ketua Guru Disiplin. 5.14. KENDERAAN SEKOLAH 5.14.1. Semua kenderaan hendaklah dikunci dan diletakkan di tempat yang ditetapkan. 5.14.2. Dilarang sama sekali meletakkan kenderaan di tepi atau kaki lima bangunan sekolah. 5.14.3. Semua pelajar yang berkenderaan mesti menjaga keselamatan kenderaan masing-masing. 5.14.4. Pelajar dilarang sama sekali berbasikal atau bermotosikal dalam kawasan sekolah. Basikal/ motosikal hendaklah dituntun sehingga ke pintu pagar sekolah. 5.14.5. Pelajar yang berkenderaan hendaklah memenuhi syarat undang-undang
lalu lintas yang ditetapkan. 5.14.6. Pelajar yang berkereta ke sekolah perlu meletakkan kereta masing masing di luar kawasan sekolah tanpa menghalang/ menganggu lalu lintas/ orang awam. 5.15. TATATERTIB DI DALAM KELAS 5.15.1. Pelajar mesti berada di dalam kelas masing-masing mengikut jadual waktu kelas. 5.15.2. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas sewaktu proses PdP berjalan kecuali dengan kebenaran guru mata pelajaran. 5.15.3. Pelajar perlu mengatur proses pembelajaran sendiri semasa ketiadaan guru mata pelajaran di dalam kelas. 5.15.4. Ketua kelas/ penolong ketua kelas bertanggungjawab mengawasi kelas dan memberitahu guru yang sepatutnya memasuki kelas selepas 5 minit waktu belajar bermula. 5.15.5. Pelajar tidak dibenarkan berada, berjalan-jalan/ berlari-lari dan berkejar kejar diserambi / ditangga bangunan sekolah semasa proses PdP sedang berjalan. 5.15.6. Guru mata pelajaran akan mencatat nama pelajar yang menganggu proses PdPc ke dalam Buku Rekod Pemantauan Kelas. 5.16. TATATERTIB MASUK KELUAR KELAS MENGIKUT LONCENG 5.16.1. Pelajar mesti berada dalam kelas semasa loceng pertama berbunyi sebelum 7.30 pagi 5.16.2. Pelajar hanya dibenarkan keluar dari kelas setelah loceng berbunyi pada waktu rehat 10.10 pagi dan waktu tamat persekolahan pada 2.30 petang. 5.17. TATATERTIB SEMASA PETUKARAN KELAS 5.17.1. Pertukaran mesti berjalan dalam tempoh 3 minit dalam keadaan teratur dan senyap. 5.17.2. Sebelum meninggalkan kelas, pastikan bahawa suis kipas angin, lampu ditutup dan pintu dikunci. 5.17.3. Semua pelajar mestilah berjalan serentak dan berbaris berdua-dua.
5.18. TATATERTIB SEWAKTU PERHIMPUNAN 5.18.1. Semua pelajar mesti berada di tapak perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan bermula. 5.18.2. Pelajar-pelajar mesti berbaris mengikut kelas masing- masing dan bersedia menerima arahan daripada guru disiplin/ guru pengawas/ pengawas tingkatan enam 5.18.3. Semasa berada di tapak perhimpunan, pelajar mestilah senyap dan bersopan. 5.18.4. Pengawas Tingkatan Enam berhak mencatat nama /menegur pelajar yang bising dan tidak bersopan. 5.18.5. Sebarang pengumuman yang hendak disampaikan hendaklah diserahkan kepada guru bertugas/ guru pengawas tingkatan enam sebelum perhimpunan dimulakan. 5.18.6. Selepas perhimpunan tamat, pelajar bersurai dalam keadaan senyap mengikut arahan guru bertugas 5.19. KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH 5.19.1.Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sewaktu persekolahan tanpa kebenaran. 5.19.2. Pelajar yang hendak pulang perlu mendapatkan kebenaran daripada PK Tingkatan Enam/Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar dengan mengisi borang balik awal yang boleh diperolehi daripada bilik guru tingkatan enam / pejabat sekolah. 5.19.3. Pelajar yang memerlukan pemeriksaan/ rawatan perubatan hendaklah mengisi Borang Rawatan Perubatan daripada pejabat sekolah dan ditandatangani oleh Pengetua / PK Tingkatan Enam/ Ketua Unit HEM / Penyelaras Tingkatan Enam. 5.19.4.Tiada seorang pun dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dengan sesiapa pun termasuk ibu bapa/ penjaga tanpa kebenaran daripada Pengetua/ PK Tingkatan Enam / Ketua Unit HEM. 5.19.5.Pelajar tidak dibenarkan berbual dengan orang luar/pelawat kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua/ PK Tingkatan Enam/ Ketua Unit HEM. 5.19.6. Jika disyaki orang luar berada di kawasan sekolah, hendaklah laporkan dengan segera kepada Pengetua / PK Tingkatan Enam / Ketua-ketua Unit HEM / Ketua Guru Disiplin / Guru Bertugas. 5.19.7. Sebarang kemalangan yang berlaku dalam kawasan sekolah mesti diberitahu dengan segera kepada guru/ guru bertugas /guru disiplin.
5.20. KEBAKARAN 5.20.1. Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan sekolah hendaklah melaporkan kepada guru/ guru bertugas/ guru disiplin/pentadbir sekolah. 5.20.2. Loceng/ siren akan dibunyikan secara berpanjangan.. 5.20.3. Pelajar-pelajar mestilah keluar dari bangunan sekolah atau dari kelas dengan cepat/ pantas dan senyap tetapi dalam keadaan yang tenang ke tempat berkumpul. 5.20.4. Jika berada di luar kelas hendaklah segera ke tempat berkumpul dan laporkan diri kepada guru tingkatan/ guru bertugas. 5.20.5. Kedatangan akan diambil oleh guru kelas. 5.21. BADAN DISIPLIN TINGKATAN ENAM 5.21.1. Anggota Badan Disiplin Tingkatan Enam Pengerusi : Pengetua Timbalan Pengerusi : PK Tingkatan Enam Naib Pengerusi : Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar Setiausaha : Ketua Guru Disiplin AJK : Guru-guru Disiplin Tingkatan Enam
5.22. GARIS PANDUAN HUKUMAN DAN GANJARAN 5.22.1. Sekolah menggunakan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) untuk semua salah laku dan amalan baik. 5.22.2. Sistem secara online yang boleh dipantau secara terus oleh waris, guru , pengetua, PPD, JPN dan KPM. 5.22.3. Kiraan mata diberikan pada salah laku dan amalan baik o Salah laku ( -1 ) o Amalan Baik ( +1 ) 5.22.4. 5 Klasifikasi sahsiah: 1. Terpuji 2. Amat baik 3. Baik 4. Perlu perhatian 5. Perlu perhatian serius 5.22.5. Kesalahan dilakukan – rekod di SSDM – hukuman/tindakan - panggil waris – kaunseling 5.22.6. Amalan baik dibuat – direkod di SSDM – token amalan baik diberikan Sijil SSDM akan diberikan kepada setiap selepas tamat pengajian ( Dalam sijil ini terdapat rekod salah laku, amalan baik dan status sahsiah) Catatan: Segala peraturan yang ditentukan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak skeolah dan hukuman/ tindakan tidak semestinya berdasarkan urutan yang telah ditentukan seperti di atas.