INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 2 Tahun 1 (2022) Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : __Nazifa___ __Yuhanis____ ___Tamilarasi___ _______________ Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3 Pelajar 4 Tarikh : 30 MAC 2023 Nama Pensyarah PUAN SITI RODZIYAH BINTI NYAN Tarikh Terima Tarikh Serahan 30 MAC 2023 (Diisi oleh Pensyarah) Pengesahan Pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan : __Nazifa___ __Yuhanis____ ___Tamilarasi___ _______________ Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3 Pelajar 4 Tarikh : 30 MAC 2023 SJHK 3223 SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN BIL. 1. 2. 3. 4. KUMPULAN / UNIT: SEJARAH A NAMA NAZIFA SYAHIRAH BINTI MOHD SHAFFIE NURSYADATUL YUHANIS BINTI KHUSHAILI TAMILARASI A/P SINIVASAN ANGKA GILIRAN 2021232340304 2021232340315 2021232340528 NO. KAD PENGENALAN 030430-08-0504 030131-08-0096 030610-02-0074 TUGASAN BERKUMPULAN
TRANSKRIPSI SJHK 3223 SEJARAH IPG KAMPUS PERLIS PENSYARAH: PUAN SITI RODZIYAH BINTI NYAN NAZIFA SYAHIRAH BINTI MOHD SHAFFIE NURSYADATUL YUHANIS BINTI KHUSHAILI TAMILARASI A/P SINIVASAN DISEDIAKAN OLEH: 1. 2. 3.
ISI KANDUNGAN SEJARAH IPG KAMPUS PERLIS LATAR BELAKANG WAWANCARA TRANSKRIPSI WAWANCARA
SEJARAH IPG KAMPUS PERLIS
Perlis merupakan satu-satunya negeri yang belum mempunyai Maktab Perguruan. Menyedari hal ini, pada tahun 1982, YB Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah maktab perguruan di bumi Perlis. Atas ikhsan Kerajaan Negeri Perlis, pada tahun 1996 sebidang tanah seluas 89.6 ekar di kawasan Behor Pulai, Mukim Sena, Kangar telah diperuntukkan untuk tujuan pembinaan maktab tersebut. Kos keseluruhan pembinaan maktab perguruan yang menggunakan nama Maktab Perguruan Kangar (MPK) adalah sejumlah RM 55 juta. MPK telah siap dengan sepenuhnya pada pertengahan tahun 1999. Pada 21 September 1999, MPK telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (sekarang Tun), Perdana Menteri Malaysia dalam satu upacara khas yang penuh gilang gemilang. Semasa perasmian tersebut, beliau telah menamakan semula Maktab Perguruan Kangar sebagai Maktab Perguruan Perlis (MPP) bagi mengelakkan kekeliruan dengan Majlis Perbandaran Kangar yang juga menggunakan kata singkat yang sama iaitu MPK. Kini setelah semua maktab perguruan dinaiktarafkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, MPP telah dinamakan sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis mulai tahun 2007 dan kumpulan pertama graduannya akan tamat pengajian pada tahun penghujung tahun 2010.
Seterusnya, terdapat sebuah sekolah di dalam kawasan IPG Kampus Perlis iaitu Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malayisa. Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (SK IPGM), Perlis telah ditubuhkan pada tahun 2007. Kebenaran menubuhkan sekolah ini telah mendapat restu kementerian selaras dengan keputusan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan Sekolah Dalam Institut pada tahun 2003. Idea awal menubuhkan sekolah ini dicetuskan oleh Yang Berbahagia, Dr. Hamzah b. Ihsan, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Perlis dengan menggunakan konsep ”Teaching School” seterusnya telah mendapat kelulusan pendaftaran penubuhan sekolah ini pada September 2006 dengan kod RBA0091. Dua buah bangunan Jabatan Teknikal telah dijadikan lokasi sementara untuk bangunan sekolah. Pada tahun 2007, dua buah bilik darjah telah diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah bagi menempatkan seramai 42 orang murid Tahun 1 iaitu 22 orang Tahun 1 Wawasan dan 20 orang 1 Bestari. Pada tahun tersebut seramai 24 orang pensyarah dengan dibantu oleh 2 orang PKS telah dikenalpasti sebagai tenaga pengajar sambilan dan pembantu pengurusan murid.
Pengurusan sekolah diketuai oleh Puan Sabarian bt. Morad selaku Penyelaras dan juga merangkap pengurus sekolah sebelum diambil alih oleh Puan Rokiah bt. Karim sehingga 3 Januari 2008. Pada September 2007, mesyuarat penyelarasan antara Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, wakil BPG Kementerian Pendidikan Malasia, Timbalan Pengarah IPP serta beberapa Ketua Jabatan Institut Perguruan Perlis telah diadakan di Pulau Pinang dan keputusan untuk menempatkan seorang Guru Besar Gred Hakiki dan staf sekolah telah mendapat kelulusan kementerian. Mulai 3 Januari 2008, pengurusan sekolah sepenuhnya diambil alih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Guru Besar yang pertama telah dilantik secara hakiki ialah Tuan Hj. Kamarudin b. Ismail pada 3 Januari 2008. Pada tarikh yang sama juga ditempatkan seorang Penolong Kanan Pentadbiran (Puan Che Rahmah bt. Ismail) dan Penolong Kanan HEM (Encik Zamhari b. Johar). Penempatan Penolong Kanan Kokurikulum (Puan Hjh. Hasnah bt. Daim) telah dibuat pada Februari 2008.
IPG KAMPUS PERLIS VISI MISI ALAMAT Institut pengajian tinggi unggul meneraju kecemerlangan pendidikan guru yang memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Melaksana program pendidikan guru untuk melahirkan guru profesional, kompeten dan berwatak yang bersedia menjunjung aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta menyanjung warisan budaya Negara Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Jalan Behor Pulai 01000 Kangar, Perlis
VIDEO KORPORAT Lhttps://youtu.be/no4PJp4Y6Y VIDEO TEMUBUAL https://youtu.be/dt9teJn6AZI
T A J U K W A W A N C A R A T A R I K H / M A S A / J U M L A H J A M T O K O H D I W A W A N C A R A P E W A W A N C A R A L A T A R B E L A K A N G WAWA N C A R A WAWANCARA SEJARAH IPG KAMPUS PERLIS 29 MAC 2023 (12.00p.m. - 12.30p.m.) 1/2 JAM PUAN HARYATI BINTI HAMDAN NAZIFA SYAHIRAH BINTI MOHD SHAFFIE NURSYADATUL YUHANIS BINTI KHUSHAILI 1. 2. 3. TAMILARASI A/P SINIVASAN
Penyediaan transkripsi ini dilakukan oleh Tamilarasi a/p Sinivasan, Nazifa Syahirah Binti Mohd Shaffie dan Nursyadatul Yuhanis Binti Khushaili. Ia dilakukan berdasarkan ‘kata demi kata’ (verbertim) atau mengikut struktur ayat yang disampaikan oleh diwawancara dan pewawancara. Penyuntingan juga telah dilakukan oleh ketiga-tiga pengkaji. Penyuntingan dibuat berdasarkan bahan rakaman asal dan ia dilakukan dari segi pembetulan perkataan, ejaan dan tanda bacaan tanpa mengubah struktur ayat. Namun terdapat sesetengah perkataan yang diberikan penerangan dalam bentuk [ ] bagi memberikan maksud yang sebenar terutama bagi menggunakan singkatan perkataan. Manakala penerangan dalam bentuk ( ) adalah berkaitan suasana ketika wawancara berlangsung dan terjemahan nombor. KEADAAN WAWANCARA Wawancara ini dijalankan dalam keadaan yang memuaskan dan mendapat kerjasamanya daripada tokoh yang diwawancara. Sebelum rakaman dijalankan, soalan-soalan disediakan oleh pewawancara sebagai panduan kepada tokoh yang diwawancara. Soalan tambahan juga dikemukakan kepada tokoh semasa sesi wawancara sesuai dengan penceritaan tokoh agar penjelasan lanjut mengenai satu penceritaan/cerita diperolehi. PENYEDIAAN TRANSKRIPSI/PENYUNTINGAN :
DISKRIPSI BAHAN RAKAMAN 1. Rakaman Sejarah Lisan mengenai sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis seperti waktu penubuhan, sebab ditubuhkan dan lain-lain. 2. Sambungan cerita berkenaan kesinambungan cerita tentang Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. BUKTI RAKAMAN
Puan Haryati Puan Haryati Pewawancara Penemuramah : : : : Assalamualaikum, harini [hari ini] kami bertiga ingin menemubual Puan Haryati Binti Hamdan. Jadi, terlebih dahulu kami akan memperkenalkan diri kami bertiga. Nama saya Nazifa Syahirah, saya Nursyadatul Yuhanis binti Khushaili dan nama saya Tamilarasi a/p Sinivasan. Jadi, bagi memulakan sesi temuramah kita pada hari ini, bolehkah puan memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit sejarah perkhidmatan puan di IPG Kampus Perlis. 00:00:39 Assalamualaikum WBT. Saya, Haryati binti Hamdan yang sekarang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Saya masuk ke sini pada tahun sembilan belas sembilan puluh sembilan (1999). Mula-mula saya masuk saya berada di Unit Perkhidmatan lepastu (selepas itu) ke Unit Stor dan kemudian terus ke Unit Hal Ehwal Pelajar sampai sekarang. 00:01:09 Jadi pada awal penubuhan IPG Kampus Perlis yang sekarang, bolehkah Puan ceritakan perubahan nama institut ini dari awal ianya dibuka dan sehingga sekarang. 00:01:10 IPG Perlis ni [ini] daripada tahun 1999 lagi eh penubuhan ipg ini daripada sembilan belas sembilan puluh enam (1996) lagi dibina. lepas tu [selepas itu], ditubuhkan pada tahun sembilan belas sembilan puluh sembilan (1999) [ketawa]. Daripada sembilan belas sembilan puluh sembilan (1999) IPG Kampus perlis ni [ini] telah dirasmi dan dikenali dengan Maktab Perguruan Perlis pada ketika itu dan pada dua puluh satu haribulan sembilan sembilan belas sembilan puluh sembilan (21/9/199) MPK telah dirasmikan oleh Dato sri
Puan Haryati Penemuramah : : Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Bila (apabila) beliau merasmikan beliau telah menamakan IPG sekarang ini dengan Maktab Perguruan Kangar kepada Maktab Perguruan Perlis kerana MPK pada waktu itu sama nama dengan Majlis Pembandaran Kangar jadi ditukarkan kepada MPP untuk mengelakkan kekeliruanlah.Apabila semua maktab dinaiktaraf oleh KPM, MPP pun (juga) dinamakan Institut Pendidikan Perguruan Kampus Perlis mulai tahun dua ribu tujuh (2007). 00:01:20 Seperti yang kita sedia maklum, di dalam kawasan IPG Kampus Perlis terdapat sebuah sekolah iaitu SK IPGM. Bilakah sekolah itu dibina dan bolehkah Puan menceritakan serba sedikit infomasi tentang penubuhan sekolah itu? 00:01:23 Ok.Sekolah Institut Pendidikan Guru Kampus dibuka (2007) ditubuhkan atas idea pada timbalan pengarah ipg dulu[dahulu] iaitu DR Hamzah Bin Ehsan dengan konsepnya’Teaching School’. Pendapat beliau telah diterima pakai [guna] oleh pihak atas la kan (pihak atas).Permulannya dua buah bangunan iaitu Jabatan Pendidikan Teknikal digunakan untuk murid-murid ditempatkan kat situ lahh (ditempatkan) pada masa itu.Darjah satu je la masa itu (Darjah 1 telah dimasukkan pada masa ketika itu). Lepastu (lepas itu), dalam 21 orang (seramai 21 orang) umtuk dua kelas iaitu Wawasan dan Bestari dan 4 orang pensyarah masa tu (pada masa itu),cikgu pun belum ada lagi,pensyarah sini je lah(guru-guru tidak hadir dan semua dikehendalikan oleh pensyarah). Tenaga pengajar dibantu oleh dua orang PKS iaitu sebagai pembantu pengurusan murid kat situ(di
Puan Haryati Penemuramah Penemuramah : : : sana). Dan pada 2008,sekolah tu(itu) telah ambil (dikehendalikan) oleh pihak JPN dan dia (beliau) melantik guru besar kalangan pada sekolah-sekolah kan (terdekat). Dilantik guru besar pertama satu tu (itu) Tuan Haji Kamarudin Bin Ismail iaitu pada 2008 ke sekolah sebagai guru besa di situ. Lepastu (lepas itu) pertama ada darjah 2 sikit-sikitlah (sedikit-sedikit) murid ditambahkan. Dan anakanak murid tu (itu) kalangan kitar(sekitar) IPG Perlis pada pendekatan dan kalangan ahli-ahli staf. Jadi depa (pihak atasan) tak (tidak) tolak lah budak-budak (murid-murid) ini. Sebab dia(sekolah) memang nama sekolah IPG.Lepastu (lepas itu), pada 2013 hingga 2015 dia(beliau) pula menggantikan Tuan Haji Kamaruddin tadi (dahulu). En.Burhan bin Muhammad Arif ,pada 2015 guru besar pula Nur Syamika Syahri dilantik sehingga 2020 dan 2021 Puan Zaiton Ibrahim yang sampai (hingga) sekarang. 00:02:54 Jadi berbalik kepada sejarah penubuhan IPG Kampus Perlis tadi, berapa ramaikah pengetua atau pengarah yang telah berkhidmat dari tahun seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan (1999) sehingga sekarang? 00:06:10 Pengarah tu (itu) saya nak bagitau (bagitahu) tak (tidak) nama sorang-sorang pengarah tu (itu)? 00:06:15 Boleh. 00:06:16
Puan Haryati : Boleh eh (ya)? Okay [Baiklah]. Pengarah yang pertama ialah Tuan Haji Muhammad Yusof bin Alias iaitu daripada hat [yang] Kinta lah dulu kan pada tahun sembilan belas sembilan puluh sembilah (1999) sampai tahun dua ribu (2000), Tuan Haji Muhammad Yusof. Kemudian, Tuan Haji Mohamad Ikhsan daripada tahun dua ribu (2000) sampai dua ribu satu (2001). Kemudian, Tuan Haji Endut bin Tam daripada satu haribulan enam tahun dua ribu satu (1/6/2001)sehingga lima belas lapan dua ribu satu (15/8/2001). Kemudian Tuan Haji Romli Desa, enam belas lapan dua ribu satu (16/8/2001) hingga dua belas dua dua ribu empat (12/2/2004). Selepas tu [itu] Tuan Haji Mohamad bin Haji Ikhsan iaitu daripada enam belas tiga dua ribu empat (16/3/2004) sehingga satu satu dua ribu lima (1/1/2005). Selepas tu [itu] Tuan Haji Ariffin bin Haji Yahya satu satu dua ribu lima (1/1/2005) hingga lima dua belas dua ribu enam (5/12/2006). Tuan Haji Mat Rosli bin Abdul Rashid enam belas satu dua ribu tujuh (16/1/2007) sehingga dua puluh enam satu dua ribu sepuluh (26/1/2010). Encik Tan Ying Kee inilah yang berbangsa Cina. Enam belas lapan dua ribu sepuluh (16/8/2010) hingga lapan sembilan dua ribu empat belas (8/9/2014). Pastu [selepas itu], Kolonel Bersekutu PA Haji Anuar bin Ahmad dari empat haribulan dua belas dua ribu empat belas (4/12/2014) sehingga dua tujuh dua ribu enam belas (2/7/2016). Kemudian Kolonel Bersekutut PA Haji Idris bin Haji Abu Bakar, empat tujuh dua ribu enam belas (4/7/2016) hingga enam belas enam dua ribu lapan belas (16/6/2018). Pastu [Selepas itu], Kolonel Bersekutu PA Abdul Muhaimin bin Osman selepas daripada tarikh tu lah dan sekarang Amran bin Mahadi bermula 7 haribulan tiga (7/3/2023), yang sekarang lah. Maknanya, dua belas orang pengarah kita. Dah macam-macam ragam dah. [Ketawa] 00:08:22
Puan Haryati Puan Haryati Penemuramah Penemuramah Penemuramah : : : : : (Ketawa) 00:08:23 Macam-macam ragam yang dapat tengok lah kan. Dari segi pengarah memang macam tu lah, memang dua belas (12) orang dan macam-macam pentadbiran. Pengarah ni [ini] macam ni [ini] cara dia, dia kena cara dia kan tak sama kan. Semua tu [itu] ada masing-masinglah 00:08:45 Seterusnya, bolehkah saya tanya?. Bolehkah puan cerita pembukaan IPG Perlis seperti bagaimana kemasukan pelajar?. 00:09:08 kemasukan pelajar tu [itu] kak [kakak] tak [tidak] pasti tu [itu] sebab kak [kakak] bukan dari unit hep [hal ehwal pelajar] yang kak [kakak] tau [tahu] sembilan belas sembilan puluh sembilan (1999) memang ada kemasukan pelajar tapi [tetapi] tak [tidak] ramai lah tapi jumlah kita tidak dapat dipastikan yang ada ura-ura IPG nak tutup tu [itu] pensyarah dan staf ramai yang minta tukaq [tukar] dia takut sekali dah tutup masing-masing nak cari penempatan takda [tiada] jadi ada setengah memang dah bertukarlah tapi [tetapi] apabila tak [tidak] jadi dan ditarik balik mulalah kemasukan pelajar yang banyak sampai [sehingga] sekarang ni [ini] sedikitsedikit masuk dari IPG lain. 00:09:51 Apa sebab untuk tukar IPG ke Politeknik? 00:09.55
Puan Haryati Puan Haryati Puan Haryati Penemuramah Puan Haryati Penemuramah Penemuramah : : : : : : : Sebab masa tu (itu) mereka nak (hendak) kurangkan IPG. 00:09.57 Adakah berlakunya penambahan pelajar Politeknik? Mungkin banyak. Setiap negeri mempunyai politeknik dan mungkin bagi [serah]kepada politeknik tapi (tetapi) dekat perlis satu ipg dan tak [tidak] logik untuk tutup. Macam kedua ada dua.Penang sampai [mempunyai] 3 bukan 2.Betulkan? Perlis hanya satu depa [mereka] punya permintaan tak jadi [tidak dilakukan]. Pensyarah ramai masuk. Pensyarah pula masuk, student [pelajar] pula masuk. 00:10:54 Macam puan sendiri, puan duduk minta bertukar atau tak [tidak]? 00:10:58 Tak [Tidak]. Sebab saya rasa mungkin tak [tidak] tutup. Tunggu ditukarkan. Tapi kalau tukar pun dalam daerah ni [ini] juga. Baik kak [kakak] tunggu di sini. Ada yang pensyarah yang pergi IPDA [IPG Kampus Darul Aman]. Staf pun banyak yang pindah. 00:11:16 Kak [kakak] kan berada disini ramai pelajar dah keluar. akak [kakak] bekerja bagaimana. 00:11:24 Pelajar takda [tiada] (ketawa) hari-hari pelajar ada hari-hari kak [kakak] sibuk melayan pelajar tetapi pada ketika itu memang tidak ramai pelajar dan pensyarah pada ketika itu ramai dah takda (tiada) kerana pensyarah dari Kinta ramai
Puan Haryati Puan Haryati Puan Haryati Puan Haryati Penemuramah Penemuramah Penemuramah Penemuramah : : : : : : : balik ke negeri masing-masing. 00:11:49 Maksudnya Kinta tu [itu] pun nak ditutup? 00:14:14 Ya 00:14:15 Oh, dah [sudah] ditutup sekarang. 00:14:16 Ini daripada Kinta lah. Penubuhan sini daripada Kinta. Faham dak [tidak]? Kinta tu [itu] ditukarkan ke sinilah. 00:14:28 Itu IPG lah kan? 00:14:29 Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Dan maktab tu [itu] ditutup dan diwujudkan di Perlis. Jadi mengambil yang Kinta tu [itu] bawa ke sini. 00:14:37 Kinta tu IPG Ipoh ke [kah]? 00:14:39 Ya. Maktab lama kan? Maktab tu [itu] dah [sudah] ditutup.
Puan Haryati Puan Haryati Puan Haryati Penemuramah Penemuramah Penemuramah : : : : : : Benda tu [itu] semualah mai [mari] ke sini. Hat [yang] berguna lagilah yang bawa. 00:14:49 (Ketawa) 00:14:50 Kak [Kakak] ingat ada yang dibawa ke sini. Poster kot? Kalau yang baru tu [itu] semua yang kitalah. 00:14:59 Satu batch [pengambilan murid] dari IPG masuk taktau [tidak tahu] memang mereka masuk dari ipg lain? 00:15.01 Ada yang daripada luaq [luar] masuk ke sini. Ada yang masuk sultan Mizan ada, Teknik ada [Pelajar-pelajar telah dipindahkan dari Ipg Sultan Mizan dan Ipg Teknik]. 00:15.47 Ipg Perlis kan tak [tidak] banyak opsyen kan. Kenapa mereka tidak pelbagaikan major ? Pada pengetahuan puan,bilakah IPG Kampus Perlis berada di tahap yang paling tertinggi iaitu cemerlang dari segi akademik, kecekapan pentadbiran, aktif dalam semua bidang dan menyebabkan IPG Kampus Perlis dikenali ramai? 00.19.35 Ya. sebab masa TESL kan tak [tidak] ramai sebab pensyarah tak cukup. Kalau masuk banyak , tidak cukup kemudahan. Kelas Bm pun dah sampai (j) eh (i). Mungkin ada kelas tambah lagi lepas ni [selepas ini]. Kecapaian tu (itu) akak(
Puan Haryati Puan Haryati Penemuramah Penemuramah : : : : kakak) tak (tidak) pasti sebab akak(kak)berada di unit stor. Ada tahun 2021, seorang student [pelajar] cemerlang nama apa [siapa] muhammad basri..Tapi [tetapi] ada orang siswa tapi [tetapi] kak tak kenai [kenal]. Kalau kat [berada] di sini boleh bagitahu ohh.. Pensyarah yang lama lagi berada di sinin tau [tahu)].Boleh tanya mama (PN.Siti Rodziyah Binti Nyan). Ada banyak pensyarah tapi [tetapi] tak [tidak] pasti. 00:19.37 Berdasarkan pemerhatian Puan, adakah IPG Kampus Perlis mempunyai perubahan dari segi bangunan atau pentadbiran. Dan adakah terdapat perubahan yang sangat ketara berlaku sepanjang Puan berkhidmat di sini? 00:19:51 Bangunan sama ja [sahaja] tiada perubuhan (ketawa) sama saja [sahaja] dari dulu sampai [sehingga] sekarang cuma ada penambahan seperti dicat tapi cat asrama hampa [kalian] pon dah [sudah] terukkan (ketawa) cuma dari segi internet sudah okay [bagus] sikit [sedikit]. pastu [selapas itu] kedudukan bangunan semua sama tiada beza dan ada penambahan sedikit kemudahan seperti tempat parking [letak kereta]. 00:20:12 Asalnya ramai lah kan pensyarah dia semua keseluruhan. 00:20:40 Ya semua dari Kinta. Timbalan dia pun dari Kinta. Dan pengarah dia dulu pun orang Perak. Pengarah, timbalan, Encik Ibrahim timbalan Encik Usop (Yusof) depa [mereka] orang sana juga. Depa [mereka] pencen baru depa [mereka] balik sana.
Puan Haryati Puan Haryati Puan Haryati Penemuramah Penemuramah Penemuramah Penemuramah : : : : : : : 00:21:10 Depa [Mereka] angkut sekali pengarah. (Ketawa) 00:21:14 Barang-barang pun depa [mereka] angkut. Takdak [tidak] lah semua depa [mereka] angkut. Yang elok tu [itu] semualah depa [mereka] angkut. Bukan senang nak bawa pun, berlorilori. 00:21:26 (Ketawa) 00:21:27 Memanglah tak [tidak] jauh kan? Dari Perak ke Perlis. Tapi koslah semua kan? Tapi persekitaran ni [ini] semua yang sama. Takdak [tiada] perubahan. Tak [tidak] pastilah tapi yang kak [kakak] tau memang takdak [tiada]. 00:21:45 Alhamdulillah. Kita sudah selesai menemubual Puan Haryati binti Hamdan. Sekian, terima kasih. 00:21:53 Terima kasih na [ya] semua. 00:21:55 Terima kasih puan .
00:21:58