The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dianarashid82, 2022-06-22 13:11:36

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 48 2021

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022


































KALI KE-49







24 JUN 2022 ( JUMAAT )




3.00 PETANG






http://tiny.cc/PIBG-49SKST






DIRASMIKAN OLEH:


EN. MOHD NORHIESAM BIN ISMAIL



(YDP PIBG SK SERI TASEK)
9

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022







ISI KANDUNGAN


Bil Perkara Muka surat

1. Atur Cara Majlis 1

2. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 49 2
3. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2021 3

4. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 48 4 - 17

5. Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2021 18 - 19
6. Laporan Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2021 20

7. Senarai Usul/Cadangan PIBG 2022 21 - 22

8. Senarai Ahli Jawatankuasa Sesi 2022/2023 23




AGENDA MESYUARAT


1. Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 48

3. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

4. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2021-2022
5. Perbahasan Usul/Cadangan 2022

6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022/2023

7. Pemilihan Juru Audit Dalaman

8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022






ATUR CARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 49 2022




2.45 petang : Pendaftaran kehadiran ( G.Form )

3.00 petang : Majlis Bermula

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar
(Puan Hjh. Noorhasimah Binti Ismail)

Ucapan Perasmian
(Encik Mohd Norhiesam Bin Ismail)
( YDP PIBG )

3.30 petang : Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 49 dimulakan

4.30 petang : Cabutan Bertuah





















1

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 49 2022



Penasihat : Pn. Hjh. Noorhasimah Bt. Ismail (Guru Besar)
Pen. Penasihat : En. Nik Faizul B. Nik Wel (Pen. Kanan Pentadbiran)
Pn. Rasidah Bt. Rashid (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Pn. Azizah Bt. Osman (Pen. Kanan Kokurikulum)
Pengerusi : En. Mohd Norhiesam B. Ismail
Setiausaha : Cik Noordiana Bt. Rashid
Bendahari : En. Rosfa Nizam B. Abu Seman


JAWATANKUASA KERJA

Pengacara AJK ICT/Teknikal
Pn. Syahida Bt. Saad En. Hazim Syahmi B. Sajali
En. Noor Zais B. Ismail


Bacaan Doa AJK Dokumentasi
En. Abdul Ghani B. Awang Puteh Pn. Zaiton Bt. Embong
Pn. Zurina Bt. Abdul Rahman


AJK Digital AJK Pencatat Minit
En. Mohd Faris B. Abdul Razak Pn. Nuratika Bt. Che Yusoff
Pn. Syakira Bt. Sayuti Pn. Nik Aini Bt. Nik Muhammad
Pn. Afifah Bt. Othman Cik Siti Hawani Bt. Saudin
Cik Noor Aida Bt. Nayan


AJK Buku Program AJK Hadiah Cabutan Bertuah
Cik Noordiana Bt. Rashid Pn. Siti Aisyah Bt. Abu Bakar
Pn. Siti Zalwaniza Bt. Wan Chek Pn. Sarina Bt. Zakaria
Pn. Che Tom Bt. Abdul Hamid





2

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022






SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021



BIL NAMA JAWATAN KAWASAN
1. PN. HJH. NOORHASIMAH BT. ISMAIL PENASIHAT
2. EN. MOHD NORHIESAM B. ISMAIL YDP
3. EN. SHAMSUL FAHMI B. SAHAROM NYDP

4. CIK NOORDIANA BT. RASHID SETIAUSAHA
5. EN. ROSFA NIZAM B. ABU SEMAN BENDAHARI
6. EN. AZHAR B. ABDUL RAZAK AJK WARIS Kg. Tasek Chempedak
7. EN. ISHAK B. ZAKARIA AJK WARIS Kg. Seberang Tasek
8. EN. MOHD HASNAN B. HJ ADOL AJK WARIS Kg. Kuala Tasek

9. PN. NOR AZURA BT. HAMZAH AJK WARIS Kg. Balik Bukit
10. PN. NOR SHUHADA BT. SHUKOR AJK WARIS Kg. Padang Lalang
11. PN. NOR ASMAWIDA BT. YUSOF AJK WARIS Taman Tasek Maju
12. PN. SAZULIANA BT. SAZALEE AJK WARIS Taman Puteri Gunung /BTM

13. PN. SURAYA BT. MOHD NOR AJK WARIS Kg. Sepulau
14. EN. ZAIDI B. ABU AJK WARIS AJK Tambahan

15. PN. HASDATUL MARNI BT. ABU HASSAN AJK WARIS AJK Tambahan
16. EN. MUHAMMAD FAIRUL NIZAM B. YAACOB AJK WARIS AJK Tambahan
17. EN. ROSLI B. ABDUL RAHIM AJK GURU

18. EN. MOHD SHAHRIL B. ABU BAKAR AJK GURU
19. PN. SYAHIDA BT. SAAD AJK GURU
20. PN. SITI ZALWANIZA BT. WAN CHEK AJK GURU
21. PN. NOOR SHAKILA BT. MAHAMAD SUKRI AJK GURU
22. EN. MAT SOHAILEE B. DARUS JURU AUDIT I

23. PN. ZAIDATUL ANA BT. NGAH JURU AUDIT II









3

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK
14120 SIMPANG AMPAT
SEBERANG PERAI SELATAN



MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK
2021

Tarikh : 23 Oktober 2021
Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Platform : Google Meet

Agenda Majlis :
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Penasihat PIBG SKST ( Pn. Hjh. Noorhasimah Binti Ismail )
3. Ucapan YDP PIBG SKST dan Perasmian oleh En. Mohd Norhiesam Bin Ismail (YDP PIBG)
4. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47
5. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
6. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sepanjang tahun 2020-2021

7. Perkara Berbangkit
8. Perbahasan usul dan cadangan
9. Pembubaran AJK PIBG tahun 2020 dan pelantikan AJK PIBG tahun 2021
10. Pemilihan Juru Audit Dalaman
11. Hal-hal lain
12. Ucapan penangguhan



1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Puan Mawarni selaku pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan
selamat datang kepada YDP PIBG SKST merangkap perasmi iaitu Encik Mohd
Norhiesam Bin Ismail serta semua waris yang sudi meluangkan masa untuk
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 48 ini yang diadakan secara atas
talian.
4

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





1.2 Pn. Mawarni meminta kerjasama daripada semua waris untuk menutup speaker
bagi mengelakkan gangguan audio. Para waris juga diminta untuk mengimbas QR
CODE kehadiran pada hari ini yang telah disediakan dalam Google Form.

1.3 Pn. Mawarni menjemput Encik Mohd Faisal Bin Shafai untuk bacaan doa
pembuka majlis.

2. UCAPAN PENASIHAT PIBG SK SERI TASEK ( PUAN HJH. NOORHASIMAH BINTI ISMAIL )
2.1 Ucapan terima kasih kepada En. Mohd Norhiesam Bin Ismail kerana sudi hadir
menyemarakkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 ini.
2.2 Ucapan penghargaan dan kesyukuran kepada semua waris yang berjaya
menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini walaupun secara atas

talian.
2.3 Guru Besar mengalu-alukan kerjasama antara sekolah bersama komuniti luar
dan juga pihak swasta untuk kecemerlangan sekolah.
2.4 Guru Besar memaklumkan bilangan terkini guru SKST ialah seramai 50 orang dan
6 orang staf. SKST kekurangan 3 orang guru iaitu Pn. Hjh. Che Su yang telah
bersara pada bulan September dan Pn. Hashimah yang akan bersara pada akhir
bulan Oktober. En. Marzuki B. Dahaman pula dinaikkan pangkat sebagai
Penolong Kanan Kokurikulum di SK. Bakap Indah.
2.5 Sesi persekolahan 2021 akan diteruskan sehingga Mac 2022 mengikut kelas yang
sama. Dalam tempoh itu, iaitu bermula 17 Mei sehingga sekarang kelas PdPR
dijalankan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

2.6 Bermula 1 November, sekolah di negeri-negeri yang masuk Fasa 3 termasuk
Pulau Pinang akan menerima murid Prasekolah. Negeri di Fasa 4 pula akan
menerima murid-murid tahun 1 hingga 3. Kehadiran murid adalah secara
penggiliran.
2.7 Guru Besar memaklumkan untuk data vaksin, pihak sekolah iaitu semua staf dan
guru adalah 100% telah lengkap 2 dos.
2.8 Bagi vaksin dewasa, hanya murid tahun 6 yang lahir sebelum Oktober sahaja
yang akan menerima vaksin. Bagi murid SKST, Seramai 71 orang murid telah

menerima vaksin dan hanya 5 orang murid belum menerima vaksin bagi yang
telah layak. 15 orang murid belum layak menerima vaksin kerana lahir pada
Oktober hingga Disember. Seramai 8 orang waris yang telah menolak vaksin
untuk anak.




5

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





2.9 Gotong-royong dijalankan bagi menerima murid prasekolah dan pihak sekolah
akan sentiasa sedaya upaya mengikut SOP yang telah ditetapkan dalam
menerima murid prasekoah.

2.10 Untuk makluman semua waris, pengudaraan dan pencahayaan diutamakan.
Langsir, kain dan alas meja telah ditanggalkan. Tiada kegusaran oleh waris untuk
menghantar anak ke sekolah.
2.11 Pihak sekolah yang akan menentukan murid-murid bagi kumpulan A dan B ini.
Sesi penggiliran ialah secara 50% bagi kumpulan A dan B iaitu 50% murid akan
hadir ke sekolah dan 50% lagi akan belajar di rumah.
2.12 Untuk makluman waris, peperiksaaan UPSR telah dimansuhkan. Jadual PdPR
telah ditetapkan mengikut penjajaran dan dalam sesi PdPR telah dijalankan juga

pentaksiran PBD. Pentaksiran PBD ini masih lagi diteruskan untuk menguji
penguasaan murid. Setiap guru perlu menyediakan laporan melalui sistem SPDPR
pada setiap hari.
2.13 Cabaran guru yang paling utama ialah murid yang tidak mengikuti kelas PdPR.
Pihak sekolah mengadakan sesi kaunseling secara atas talian bagi murid yang
tidak mengikuti PdPR. Jika diizinkan, pihak sekolah akan mengadakan ziarah
cakna bagi mengetahuai masalah-masalah yang dihadapi murid.
2.14 Guru telah mewujudkan Telegram, WhatsApp dan pelbagai inisiatif
pembelajaran digunakan seperti Google Meet bagi sesi kelas PdPR ini. Guru juga
menyediakan modul dan penggunaan bahan yang sedia ada seperti buku teks,
buku aktiviti dan buku kerja yang ada pada murid.

2.15 Program kelas tambahan Perda untuk murid tahun 6 dan tahun 5 yang mengikuti
kelas tambahan Bahasa Inggeris masih dijalankan seperti biasa. Pihak sekolah
menjalankan Program Permata Pintar yang ditaja oleh PERDA. Program ini telah
diuruskan oleh Cikgu Rosli dan Cikgu Susanti untuk murid-murid yang terpilih
yang tidak dapat menguasai kemahiran asas.
2.16 Program Literasi Bahasa Melayu dan Matematik yang telah ditetapkan oleh
Kementerian kepada murid yang terlibat dengan kelas pemulihan. Pihak sekolah
juga menjalankan 1 program intervensi untuk murid kurang kemahiran dan yang

menghadapi masalah keciciran dalam PdPR iaitu Program Sinar PdPR.
2.17 Pihak sekolah telah menjalankan program Bintang PdPR dibawah Unit HEM
Program ini ialah verifikasi hasil daripada kajian dan juga kaji selidik yang telah
dijalankan semasa program sesi PdPR dimana antara isu yang diutamakan ialah
kehadiran murid menepati masa, tahap penglibatan murid dalam kelas, tugasan
yang sempurna untuk perekodan guru dan adab komunikasi yang terbaik.
6

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





2.18 PPD selatan telah memilih SKST mewakili pertandingan di peringkat negeri
untuk Amalan Terbaik di antara sekolah-sekolah di Seberang Perai Selatan.
Semoga SKST mencapai kejayaan di peringkat negeri seterusnya mewakili ke

peringkat kebangsaan.
2.19 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada murid dan waris yang telah berjaya
dan terpilih mengikut aliran dalam program Bintang PdPR. Guru Besar juga
mengucapkan syabas dan tahniah kepada waris yang telah terpilih menerima
hadiah dalam Anugerah Ikon Ibu Bapa Cakna PDPR juga mengikut aliran.
2.20 Guru Besar mengharapkan semua waris untuk mengambil berat tentang PdPR
murid. Tahniah kepada ibu bapa yang sentiasa cakna dengan kelas PdPR ini.
Program Bintang PdPR ini akan diteruskan jika ada sumbangan dari mana-mana

pihak sama ada akan dijalankan pada hujung tahun atau pada tahun 2022. Pada
kebiasaannya, pihak sekolah akan mengadakan Anugerah Kecemerlangan
Akademik dan program Bintang PdPR ini akan menjadi program tahunan sekolah.
2.21 Guru Besar juga memaklumkan program kokurikulum turut diteruskan secara
atas talian dan pelbagai kejayaan telah dicapai. Antaranya ialah:
2.21.1 Seorang murid SKST telah terpilih ke Pertandingan Kriket Perempuan
bawah 12 tahun MSSM mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
2.21.2 Johan peringkat daerah dalam pertandingan Cabaran Siber Tunas Kadet
Remaja sekolah (TKRS) 2021.
2.21.3 Naib Johan peringkat Negeri dalam pertandingan Menulis Esei Bahasa
Melayu secara atas talian Kategori Sekolah Rendah.

2.21.4 Pingat Gangsa di peringkat negeri dalam pertandingan Kemahiran Asas
Sukan Badminton MSSPP.
2.21.5 Pingat Perak mewakili peringkat negeri dalam Kuiz Kemahiran Asas
Sukan Boling Tenpin Pembangunan MSSPP Siri 1.
2.22 Guru Besar memaklumkan semua pertandingan ini diadakan secara atas talian.
Pihak sekolah sentiasa menghantar pertandingan untuk disertai oleh murid-
murid. Sedikit kekecewaan apabila penyertaan-penyertaan yang diberikan tidak
mendapat sambutan daripada pihak waris.

2.23 Untuk mengekalkan prestasi sekolah sebagai sekolah TS25 dan bakal menjadi
sekolah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), pihak sekolah mengambil inisiatif
dengan menggalakkan anak-anak guru untuk menyertai pertandingan.
2.24 Guru Besar mengharapkan pihak waris supaya dapat memberi sokongan kepada
anak-anak untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang telah diwar-


7

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





warkan. Ucapan terima kasih kepada waris yang sentiasa memberi sokongan
kepada anak-anak dalam bidang kokurikulum.
2.25 Perancangan sekolah iaitu projek menaik taraf telah dilakukan dengan mengecat

bangunan blok A,B dan C, baik pulih lantai surau dan mengecat bahagian luar
surau serta masih dapat proses membaikpulih beberapa tandas. Ini semua
adalah tanggungjawab Guru Besar sebagai pentadbir SKST untuk memastikan
prasarana sekolah berada dalam keadaan kondusif, selamat dan juga ceria.
2.26 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah dalam perancangan untuk mewujudkan
studio interaktif. Program ini memerlukan dana dan Guru Besar mengharapkan
untuk mendapatkan dana dari badan-badan korporat, alumni dan orang
perseorangan khususnya bekas murid-murid SKST untuk melengkapkan hasrat

Guru Besar dan guru-guru untuk menjadikan SKST sekolah TS25 sebagai sekolah
model ICT yang pertama bagi daerah Seberang Perai Selatan.
2.27 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP, AJK PIBG dan para
waris yang sentiasa memberi sokongan kepada program-program sekolah.
Diharapkan dengan kerjasama yang ada antara pihak sekolah dapat dieratkan
lagi dan PIBG ini adalah satu landasan hubungan antara pihak sekolah bersama
dengan pihak waris untuk memantapkan lagi sekolah dalam semua bidang
akademik, kemenjadian murid dan juga sahsiah murid seiring dengan hasrat
TS25. Ribuan terima kasih juga kepada YDP yang dapat bersama menjayakan
mesyuarat ini dan juga para waris yang dapat hadir dalam mesyuarat ini.



3. UCAPAN YDP PIBG DAN PERASMIAN (En. Mohd Norhiesam Bin Ismail)
3.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis. Ucapan aluan kepada
Guru Besar, barisan Penolong Kanan, NYDP dan guru serta AJK PIBG guru dan
waris serta para waris SKST. Menyatakan rasa syukur kerana masih dapat
bersama walaupun dalam suasana baharu yang diadakan secara alam maya
disebabkan pandemik Covid 19 ini. Pelbagai gerak kerja berjaya dirancang dan
digerakkan bersama-sama dengan pihak sekolah dengan sedaya mungkin

walaupun pada masa pandemik ini.
3.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana berjaya
menjalankan pelbagai aktiviti dalam suasana pandemik ini. Terima kasih juga
kepada para waris atas semua komitmen yang telah diberikan kepada pihak
sekolah dalam menghadapi suasana baru ini.


8

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





3.3 YDP menyeru kepada semua waris bersama pihak sekolah bagi menjayakan
aspirasi pendidikan dalam kejayaan anak-anak sekolah walaupun secara konsep
baru dan di awal PdPR terdapat banyak masalah dan rungutan daripada waris.

Walaupun waris mempunyai pelbagai kekangan dan kekok serta mempunyai
kerisauan sama ada keberkesanan PdPR dapat membantu murid tetapi setelah
hampir 2 tahun pandemik ini pelbagai pencapaian dan telah dijalankan dengan
sebaiknya oleh waris dalam menghadapi PdPR ini. Ucapan terima kasih kepada
semua waris yang memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah serta
membantu dalam menghadapi PdPR ini.
3.4 YDP dimaklumkan ada antara waris terpaksa berkongsi telefon dan mengalami
kekurangan data serta ada murid yang terpaksa menunggu waris pulang kerja

untuk melaksanakan PdPR semasa awal dilaksanakan PdPR ini. Sekiranya waris
ada mempunyai masalah boleh berbincang dan maklum kepada pihak sekolah.
3.5 YDP memaklumkan PIBG akan terus menjadi teras kepada kekuatan agenda
pendidikan di kawasan Lembah Tasek dan juga kawasan SKST.
3.6 YDP juga menyeru kepada semua waris untuk mengambil suntikan vaksin kerana
kita akan hidup dalam endemik dan bersama virus Covid 19 ini. Dalam keadaan
suasana hari ini, kita dapat menjalankan aktiviti dengan sebaiknya.
3.7 SKST adalah antara sekolah terawal TS25 dan dapat menggerakkan program
mengikut ketetapan dan juga pelbagai perancangan yang telah disediakan.
Banyak pencapaian dan kejayaan telah dilakar oleh SKST walaupun berada dalam
suasana pandemik ini dalam bidang pendidikan, kokurikulum dan sebagainya.

Ucapan syabas dan tahniah kepada Guru Besar dan semua guru yang tidak henti-
henti berjuang dan memastikan supaya anak-anak tidak ketinggalan dan terus
seiring bersama dengan agenda pendidikan yang ada pada hari ini.
3.8 PIBG akan meneruskan agenda bagi memperkasakan PIBG dan bersama-sama
pihak sekolah membantu kecemerlangan akademik anak-anak dan tidak akan
meminggirkan anak-anak yang tidak mampu dan memastikan bahawa semua
masalah murid akan dapat diringankan bagi menjayakan pencapaian akademik
yang baik.

3.9 Dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG, pihak PIBG sentiasa akan mengambil berat
dan prihatin apabila penerangan dan taklimat daripada pihak Guru Besar dan
juga Penolong Kanan Pentadbiran berkaitan tentang perkembangan akademik
anak-anak. YDP melihat perkembangan yang cukup baik namun ada beberapa
kelompongan daripada pihak waris dan PIBG akan bersama-sama menampung
dan hadapi bersama.
9

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





3.10 YDP juga memaklumkan bahawa pihak PIBG akan terus memastikan pihak murid,
pihak guru dan pihak sekolah tiada yang tercicir. Selaku YDP PIBG akan cuba
memastikan dengan sebaiknya sekiranya pihak sekolah perlu berbincang dan

perlumengadakan pelbagai program untuk memastikan perancangan pihak
sekolah akan dapat dibuat.
3.11 YDP telah mendapat laporan daripada Penolong Kanan Pentadbiran
memaklumkan berkaitan tentang kekurangan dan masalah data khususnya
daripada pelajar B40. Dalam perbincangan tersebut, dimaklumkan bahawa data
amat diperlukan untuk memastikan anak-anak supaya tidak ketinggalan dan
tidak tercicir ketika menghadapi sistem PdPR ini.
3.12 YDP mewakili jawatankuasa PIBG telah menerima permohonan daripada pihak

sekolah untuk membantu pelajar tercicir dan yang tidak berkemampuan untuk
membeli data. YDP mengumumkan untuk membantu dan meluluskan bantuan
data kepada pelajar-pelajar B40 yang telah dimaklumkan kepada YDP bernilai
RM1,200.00. PIBG akan terus membantu bersama bagi menggerakkan anak-anak
supaya tidak ketinggalan dan tercicir daripada PdPR yang telah ditetapkan.
3.13 Pihak PIBG sentiasa komited bersama-sama pihak sekolah ketika menghadapi
Covid 19 membantu menyalurkan dana kewangan dan sebagainya khususnya
ketika pembukaan sekolah pada awal tahun 2021. PIBG juga membantu pihak
sekolah menyalurkan sumbangan untuk membeli peralatan bagi memastikan
SOP yang telah ditetapkan dapat dijalankan dengan sebaiknya. PIBG juga
bersama-sama pihak sekolah mencari dana dan penyumbang iaitu bagi melihat

anak-anak supaya dalam keadaan terurus dan dapat dijalankan aktiviti dengan
baik di sekolah.
3.14 PIBG telah berjaya menyediakan 2 buah khemah kepada pihak sekolah bagi
membantu anak-anak menunggu para waris mengikut SOP yang telah ditetapkan
oleh MKN. Selaku YDP dan rakan AJK akan terus bersama memastikan bahawa
kebajikan anak-anak murid yang berada di sekolah akan terus mendapat
pembelajaran yang baik sekiranya bersemuka ataupun tidak bersemuka iaitu
secara PdPR.

3.15 YDP dimaklumkan oleh pihak sekolah memerlukan beberapa aspek perancangan
yang lebih besar khususnya apabila Guru Besar memaklumkan tentang ‘green
studio’ yang akan digunakan sebagai pusat komunikasi dan juga media kepada
pihak sekolah. ‘Green studio’ ini akan digunakan sebagai salah satu aspek
pendidikan ataupun ruang untuk pelajar-pelajar melihat pendidikan secara


10

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





secara maya dan juga pelbagai aktiviti secara maya dijalankan di ‘green studio’
ini.
3.16 YDP teruja apabila dibentangkan oleh pihak sekolah di mana sekiranya ‘green

studio’ dapat dimanfaatkan, SKST akan menjadi antara sekolah yang terawal dan
pertama di daerah Seberang Perai Selatan mengadakan bilik ‘green studio’ ini.
Guru Besar telah membentangkan bajet kepada YDP dan YDP juga
membentangkan bajet kepada beberapa pihak. YDP juga berkesempatan
berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin
Yaakob di mana YDP telah menyampaikan hasrat pihak sekolah untuk
menyediakan prasarana ‘green studio’ ini. Sama-sama doakan komitmen
daripada kerajaan untuk membantu pihak sekolah akan dapat dilaksanakan

sebaiknya.
3.17 YDP amat berharap semua ibu bapa untuk sama-sama membantu dan sentiasa
menyokong pihak sekolah. YDP mengatakan tidak ada gunanya jika kita tidak
mampu membuat sesuatu. Tidak ada gunanya hari ini jika hanya dapat bercakap
dari belakang dan tidak ada gunanya jika tidak mampu untuk menjayakan segala
aspirasi yang dirancang oleh pihak sekolah kalau tidak mahu bersama-sama
melihat anak-anak berada dalam keadaan lebih cemerlang.
3.18 YDP juga yakin SKST mempunyai potensi yang cukup besar seiring dan juga
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah yang lebih
sederhana ke atas kerana kedudukan dan juga kualiti guru-guru yang ada di
sekolah cukup baik bagi memastikan anak-anak berada di puncak pencapaian

kecemerlangan yang sebaiknya.
3.19 YDP mengajak semua waris bersama-sama berganding bahu bersama pihak
sekolah dan yakin pejabat dan bilik guru sentiasa terbuka kepada semua waris
untuk sama-sama berbincang dan juga merangka kejayaan anak-anak. YDP
mendoakan yang terbaik untuk kecemerlangan sekolah.
3.20 YDP menyeru kepada semua waris untuk bersama-sama menjaga SOP dan
memastikan keselamatan keluarga dan juga masyarakat yang ada pada hari ini
akan dapat bersama-sama memastikan pandemik Covid 19 akan dapat dijauhkan

daripada kawasan Tasek ini. Sama-sama berdoa semoga kita sentiasa dilindungi
dan dirahmati oleh Allah S.W.T
3.21 Syabas dan tahniah kepada Guru Besar, semua pentadbir dan semua guru yang
sentiasa berusaha untuk membantu kecemerlangan anak-anak. Hanya Allah
sahaja yang dapat membalas segalanya.


11

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





3.22 Dengan lafaz Bismillah, YDP merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48.
Semoga akan mendapat manfaat dan SKST akan terus maju ke hadapan menjadi
sekolah TS 25 yang lebih cemerlang. In Syaa Allah.



4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47
4.1 Cik Noordiana Binti Rashid selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung kali ke – 47 untuk disahkan.

Cadangan Pengesahan : Pn. Fadzilah Binti Othman
Sokongan : Pn. Safidah Binti Abdul Wahab



5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER
2020
5.1 Encik Rosfa Nizam Bin Abu Seman selaku Bendahari PIBG membentangkan
laporan kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2020.

Cadangan Pengesahan : En. Ahmad Husni Bin Mohamad
Sokongan : En. Azhar Bin Abdul Razak



6. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2020-2021
6.1 Cik Noordiana Binti Rashid selaku Setiausaha PIBG membentangkan laporan
aktiviti PIBG sepanjang tahun 2020-2021.
6.2 YDP memaklumkan PIBG dan KSIB memberi khidmat bantu dalam lalu lintas dan
menyediakan khemah tempat untuk murid menunggu waris semasa pulang dari
sekolah.

7. PERKARA BERBANGKIT

7.1 Tiada





12

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





8. PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN
8.1 Usul/Pandangan 1 :
1. Di simpang keluar sekolah depan kilang kertas, perlu ada penjaga lalulintas

semasa pagi dan tengah hari bagi memudahkan laluan keluar penjaga.
2. Signboard di persimpangan keluar sebelum traffic light ke kiri dan kanan
bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
3. PDPR : Untuk kedatangan pelajar bagi setiap subjek, selaraskan kedatangan
diambil melalui Google Form, bagi mengelakkan ibu bapa mengisi nama anak
masing-masing di ruangan WhatsApp yang menyebabkan panjang dan sukar
untuk mencari maklumat subjek bagi setiap guru.
8.1.1 Usul ini telah dicadangkan oleh En. Ahmad Husni Bin Mohamad.

8.1.2 YDP menjawab usul 1 iaitu memaklumkan pada tahun 2018 pintu pagar belakang
ada penjaga lalu lintas oleh MPKK iaitu Pak Rahman. Di peringkat PIBG telah
dibincangkan hal ini tetapi telah ditunda disebabkan oleh PKP.
8.1.3 YDP juga menjawab usul 2 memaklumkan akan membuat surat kepada JKR untuk
mewujudkan papan tanda di jalan belakang sekolah.
8.1.4 Guru Besar memberi respon usul 3 iaitu menerangkan setiap guru perlu
membuat pelaporan SPDPR. Data ini akan dipantau oleh JPN. Pentadbir meminta
semua guru mewujudkan group WhatsApp atau Telegram secara individu
mengikut subjek yang diajar.
8.1.5 En. Ahmad Husni mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
mengajar sepanjang PdPR ini dan berharap dapat dipertingkatkan.



8.2 Usul/Pandangan 2 : Jika sekolah telah dibuka nanti, apakah ada kelonggaran
kehadiran pada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma
kronik dan sebagainya.
8.2.1 Usul ini telah dicadangkan oleh Pn. Norhazlina Binti Abd Hani.
8.2.2 Guru Besar menerangkan bahawa jika sekolah dibuka, kehadiran murid adalah
secara bersemuka. Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah perlu

mengemukakan surat tunjuk sebab.
8.2.3 PK HEM menyatakan ketidakhadiran murid ke sekolah perlu disertakan surat
kerana guru kelas perlu masukkan kehadiran murid dalam sistem APDM. Jika
waris tidak memberi surat, guru tidak dapat menanda ketidakhadiran dengan
sebab yang betul dan ditanda sebagai ponteng sekolah. Ini adalah dapatan kes
sebelum ini iaitu sikap murid yang tidak mahu hadir ke sekolah.
13

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





8.2.4 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah akan mengadakan sesi libat urus
sebelum sesi bersemuka dengan waris prasekolah dahulu. Semasa sesi
bersemuka, murid yang hadir ke sekolah diwajibkan memakai pelitup muka

setiap masa.

8.3 Usul/Pandangan 3 : Kepentingan sukan seiring akademik.
8.3.1 Usul ini telah dicadangkan oleh En. Muhammad Fairul Nizam B. Yaacob.
8.3.2 Guru Besar memaklumkan matlamat sekolah adalah untuk mencungkil bakat
murid dalam bidang sukan. Aktiviti sukan seperti team kriket tidak dapat
dijalankan secara bersemuka.
8.3.3 Penyertaan murid dalam aktiviti sukan akan direkodkan dalam sistem PAJSK.

Murid yang aktif sukan akan diberi peluang belajar di sekolah sukan.
8.3.4 Murid yang terlibat dengan pertandingan bola sepak anjuran agensi luar juga
akan direkodkan dalam PAJSK. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum
perlu seiring dengan akademik.
8.3.5 Selepas sesi bersemuka, aktiviti sukan akan diaktifkan semula seperti kriket,
Aktiviti lain seperti unit beruniform dan persatuan akan dipertingkatkan.
8.3.6 Sekolah memilih Transformasi Potensi dan semua potensi yang ada pada murid
akan diketengahkan sehingga mereka berjaya.
8.3.7 YDP menyarankan agar mewujudkan bakat murid dalam bola sepak dan sepak
takraw. Mencari dan menyertai sukan yang kurang persaingan agar murid dapat
mengumpul sijil.

8.3.8 En. Muhammad Fairul Nizam menawarkan diri untuk memberi bantuan dan
bimbingan bagi meningkatkan team bola sepak.


8.4 Usul/Pandangan 4 : Kebajikan murid semasa makan.
8.4.1 Usul ini telah dicadangkan oleh Pn. Noraziah Bt. Idris.
8.4.2 Guru Besar menyatakan kebajikan murid semasa berdasarkan kepada isu semasa
iaitu murid makan dalam kelas dan diawasi oleh guru. Ada murid yang membawa

bekal dan ada murid yang membeli di kantin.
8.4.3 Waris yang memberi bekal kepada anak perlu menyediakan makanan yang
berkhasiat dan mudah diuruskan oleh anak.



14

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





8.5 Usul/Pandangan 5 : Saya usulkan agar diwujudkan buku agenda harian untuk
murid buat catatan tugasan/kerja rumah. Waris perlu rujuk buku tersebut
setiap hari untuk menyemak tugasan anak-anak dan berikan pengesahan

sekiranya tugasan tersebut telah disiapkan pada masa yang ditetapkan. Waris
akan lebih cakna tentang tugasan anak-anak untuk mengelak keciciran.
8.5.1 Usul ini telah dicadangkan oleh En.Adrian Sani Bin Sahimi.
8.5.2 En. Adrian Sani menerangkan tentang usul uang dicadangkan iaitu mewujudkan
buku agenda harian. Murid perlu catat tugasan agar tiada isu terlupa untuk
menyiapkan kerja rumah. Peranan ibu bapa untuk memantau anak-anak bagi
menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru.
8.5.3 Guru Besar menyatakan bahawa kerjasama semua perlu dilibatkan iaitu guru dan

waris. Waris perlu sentiasa bertanya tentang kerja rumah anak-anak.
8.5.4 YDP menyatakan cadangan yang baik. Pihak PIBG dan Kedai Buku akan
bekerjasama sekiranya cadangan ini dipersetujui.
8.5.5 Di samping buku catatan, guru juga perlu memasukkan kerja rumah dalam group
WhatsApp kelas.
8.5.6 Semua waris bersetuju dengan cadangan buku agenda harian ini. Cadagan ini
dapat membantu waris untuk memantau kerja rumah anak bagi waris yang
bekerja.
8.5.7 Guru Besar memaklumkan akan dibincangkan di peringkat sekolah dan akan
diserahkan kepada pihak Kedai Buku.



9. PEMBUBARAN AJK PIBG TAHUN 2020 DAN PELANTIKAN AJK PIBG TAHUN 2021
9.1 Pengerusi mesyuarat Encik Mohd Norhiesam bin Ismail mengumumkan bahawa
AJK PIBG bagi tahun 2020 dibubarkan secara rasmi dan membuka lantikan baru
bagi sesi 2021.
9.2 Tuan Hj. Muhammad Noor Bin Othman telah dilantik sebagai pengerusi
sementara bagi mengendalikan pemilihan dan pelantikan AJK yang baharu.
9.3 Pihak sekolah telah menyediakan Google Form undian untuk waris membuat

pemilihan sama ada untuk mengekalkan atau membuat pelantikan AJK yang
baharu bagi sesi 2021-2022.
9.4 Melalui keputusan undian dalam Google Form, 100% waris bersetuju untuk
mengekalkan AJK yang sedia ada.
9.5 Pn. Noor Salfarina Binti Nor Mohamad mencadangkan agar AJK 2021-2022
dikekalkan. Disokong oleh Pn Hasdatul Marni Bt. Abu Hasan.
15

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





9.6 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah memilih En. Mohd Shahril Bin Abu
Bakar sebagai AJK Guru baharu bagi menggantikan tempat En. Marzuki Bin
Dahaman.

9.7 Pn. Rashidah Binti Ahmad iaitu AJK Waris menarik diri dari memegang jawatan
AJK PIBG dan mencadangkan Pn. Nor Azura Binti Hamzah. Cadangan ini disokong
oleh Pn. Hasdatul Marni Binti Abu Hasan.
9.8 Pihak PIBG juga menerima peletakan jawatan Pn. Rahimi Binti Saidin sebagai AJK
Tambahan PIBG di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
9.9 Pn. Hasdatul Marni Binti Abu Hasan mencadangkan En. Muhammad Fairul Nizam
Bin Yaacob sebagai AJK baharu bagi menggantikan Pn. Rahimi. Cadangan ini
disokong oleh Pn. Noor Salfarina Binti Nor Mohamad.

9.10 En. Sabari Bin Ismail mencadangkan agar cadangan ini ditutup.
9.11 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada AJK yang dilantik untuk sesi 2021-
2022. Diharapkan semua AJK dapat menjalankan tugas untuk memantapkan lagi
program sekolah.

10. PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN
10.1 YDP mencadangkan dikekalkan juru audit waris dan guru. Disokong Oleh Guru
Besar.

11. HAL-HAL LAIN
11.1 Guru Besar mengulas tentang isu cuti iaitu cuti sekolah tertakluk kepada takwim

persekolahan asal. Makluman tentang cuti akan dimaklumkan dalam WhatsApp
kelas.
11.2 Pihak sekolah akan berhubung terus dengan waris dan dirujuk dengan Unit
Kaunseling mengenai isu ketidakhadiran murid dalam kelas PdPR. Program Sinar
PdPR akan dijalankan kepada murid yang tidak hadir kelas PdPR. Muris akan
dibantu sekiranya tiada data.
11.3 YDP mencadangkan sumbangan PIBG bagi sesi 2021-2022 dikekalkan seperti
tahun lepas iaitu sebanyak RM50.00 bagi 1 keluarga. Pn. Norhaniza Binti Ismail

menyokong dan bersetuju mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00
bagi 1 keluarga.
11.4 Semua waris bersetuju sebulat suara mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak
RM50.00 untuk 1 keluarga bagi tahun 2021-2022.
11.5 Pihak sekolah akan memaklumkan kepada waris apabila telah mendapat
kelulusan daripada pihak JPN.
16

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





12. UCAPAN PENANGGUHAN
12.1 Guru Besar mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan semua AJK PIBG
bagi sesi 2021-2022. Perkara yang baik dijadikan teladan untuk kecemerlangan

anak-anak SKST ke peringkat yang lebih tinggi.
12.2 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua waris yang
sudi hadir bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 ini. Tahniah
juga kepada semua yang telah mendapat hadiah cabutan bertuah.
12.3 YDP menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak KSIB yang cukup aktif
membantu pihak sekolah secara sukarela. Jika ada waris yang berminat untuk
membantu pihak sekolah amatlah dialu-alukan.
12.4 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa kerja yang bertugas

yang terdiri daripada pihak guru bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
48 ini. Mesyuarat yang dijalankan teratur dan lancar walaupun secara maya. KPI
kehadiran waris dalam mesyuarat juga tercapai iaitu seramai 128 orang.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 48 ditangguhkan pada pukul 12.02 tengah hari.


Disediakan oleh, Disemak oleh,



………………………………………….. …………………………………………………..
(NOORDIANA BINTI RASHID) (MOHD NORHIESAM BIN ISMAIL)
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK. Seri Tasek. SK. Seri Tasek.

















17

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022



PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK



PENYATA TERIMAAN & PERBELANJAAN (1 JANUARI - 31 DISEMBER 2021)



RM RM

Baki tunai di Bank pada 1 Januari 2021 21,826.77

215.00
Baki di Tangan pada 1 Januari 2021



TAMBAH TERIMAAN :
Sumbangan PIBG 2021 -

Tabung Dana Luar Transformasi Pendidikan Sekolah 4,400.00
Kedai Buku 16,925.00

Komisyen PTPTN 3.50
JUMLAH TERIMAAN 21,328.50


JUMLAH KESELURUHAN 43,370.27


TOLAK PERBELANJAAN :


Perbelanjaan PIBG Tahun 2021

A. Bidang Kurikulum 1,320

B. Bidang Kokurikulum -

C. Bidang Hal Ehwal Murid 7,296.00

D. Program PIBG / Pengurusan / Kedai Buku 32,378.30


E. GST / Caj Pengendalian Bank / Yuran Buku Cek 53.25


JUMLAH PERBELANJAAN 41,047.55


Baki akhir pada 31 Disember 2021 2,322.72



18

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022








KUNCI KIRA-KIRA BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
BIL BUTIRAN AMAUN
01. Pendapatan & Perolehan RM 43,370.27

02. Perbelanjaan RM 41,047.55


BAKI RM 2,322.72






Disediakan Oleh : Disemak Oleh :



EN. ROSFA NIZAM BIN ABU SEMAN EN. MOHD NORHIESAM BIN ISMAIL
Bendahari PIBG SKST Yang DiPertua PIBG SKST



Diperiksa Oleh :



EN. MAT SOHAILEE BIN DARUS PN. ZAIDATUL ANA BINTI NGAH
Juruaudit I PIBG SKST Juruaudit II PIBG SKST


















19

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2021-2022





Bil Aktiviti Bulan Dilaksanakan

1 Inisiatif Khemah Tempat Menunggu Mac 2021

2 Khidmat Sukarelawan Pembukaan Sekolah 2021 Mac 2021
( 5 Orang Sukarelawan )
3 Insentif Keceriaan Kelas April 2021
4 Insentif Pertandingan Kebersihan Kelas April 2021

5 Pemberian Bantuan 30 Keluarga dan Bakul Makanan Kepada April 2021
Pekerja dan Sukarelawan (Kerjasama Guru,Staf dan PIBG)
6 Sumbangan Duit Raya Mei 2021

7 Program Bintang PdPR September 2021

8 Majlis Persaraan Pn. Hjh. Che Su Bt Ashaari September 2021

9 Majlis Perpisahan En. Marzuki Bin Dahaman September 2021
10 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 2021 Oktober 2021

11 Majlis Persaraan Pn. Hashimah Bt. Abdul Rahman Oktober 2021

12 Program Data Percuma Oktober 2021

13 Majlis Perpisahan Cik Siti Nor dan En. Mohd Fazli Disember 2021

14 Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Mei 2022
15 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 2022 Jun 2022
















20

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





SENARAI USUL/CADANGAN 2022





BIL USUL/CADANGAN NAMA WARIS/PENJAGA TINDAKAN

1. Kotak simpanan buku di dalam kelas En. Mohd Haikal Bin Mohd -Dibincangkan dalam
masing-masing. (Cadangan) Sobri mesyuarat AJK PIBG.

2. Mohon Perhatian, harap pihak sekolah Pn. Hasdatul Marni Binti -PdP telah dijalankan
adakan kembali aktiviti pj dan sukan Abu Hassan seperti biasa mengikut
untuk pelajar darjah 1 di padang jadual dan SOP (bermula
sekolah. (Cadangan) bulan Mei)

3. 1. Cadangan bayaran bulanan untuk Pn. Yusniza Binti Yusoff -Waris yang berminat
makan waktu rehat kepada murid- boleh berurusan sendiri

murid yang berminat. (Cadangan) dengan pihak kantin.


2. Pihak guru membuat summary 6 -Pelaporan PBD akan

bulan sekali tentang kemahiran murid dijalankan mengikut
arahan KPM.
kepada ibu bapa. (Cadangan)


3. Cadangan membuat satu kotak satu -Dibincangkan dalam
mesyuarat AJK PIBG.
murid untuk tinggalkan buku di kelas

dan hanya bawa pulang buku yang ada
kerja sahaja. (Cadangan)


4. Mewujudkan almari/ kabinet untuk Pn. Noraida Binti Tukimin -Dibincangkan dalam
simpan buku di sekolah bagi mesyuarat AJK PIBG.
mengatasi masalah beg sekolah yang
berat. (Cadangan)











21

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022





SENARAI USUL/CADANGAN 2022




BIL USUL/CADANGAN NAMA WARIS/PENJAGA TINDAKAN


5. Pihak PIBG membentangkan usul AJK PIBG
sumbangan/ wakaf menyediakan lokar
bagi setiap murid di dalam kelas dalam
bentuk sumbangan wang. Anggaran
keseluruhan RM 20,000.00 iaitu
minimum RM 30.00 bagi seorang
murid. (Usul)

6. Mohon kerjasama waris mengajar Panitia Pendidikan Islam
atau menghantar anak-anak mengaji
Al-Quran kerana didapati terlalu ramai
murid masih tidak dapat menguasai
bacaan tersebut dengan baik.
(Cadangan)

7. Unit HEM membentangkan usul untuk Unit Hal Ehwal Murid SKST
meminta para waris mematuhi
peraturan tempat parkir kereta yang
telah ditetapkan pleh pihak sekolah.
Ini bertujuan untuk mengelakkan
daripada berlaku kesesakan ketika
waktu puncak (murid pulang) serta
untuk menjaga keselamatan murid-
murid SKST. (Usul)














22

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022






SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK SERI TASEK

SESI 2022/2023
Jawatan Nama

Penasihat Puan Hjh. Noorhasimah Binti Ismail

Yang Dipertua PIBG

Naib Yang Dipertua PIBG

Setiausaha

Bendahari
AJK Waris (Kg Padang Lalang)

AJK Waris ( Kg Seberang Tasek)

AJK Waris (Kg Tasek Chempedak)

AJK Waris (Taman Tasek Maju)

AJK Waris (Kg Balik Bukit / Junjung)

AJK Waris (Taman Puteri Gunung)
AJK Waris (Kuala Tasek)

AJK Waris (Tambahan)

AJK Waris (Tambahan)

AJK Waris (Tambahan)

AJK Waris (Tambahan)
AJK Guru

AJK Guru

AJK Guru

AJK Guru

AJK Guru
Juruaudit Dalaman I (Waris)

Juruaudit Dalaman II (Guru)

23

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Tasek Kali Ke 49 2022














SEKALUNG PENGHARGAAN




Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 merakamkan ucapan

setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada

semua yang terlibat dengan majlis ini sama ada
secara langsung atau tidak dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 terutama

kepada:

En. Mohd Norhiesam Bin Ismail
( Yang Dipertua PIBG SKST )
Guru Besar SKST

Barisan Guru Penolong Kanan

Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49

Ibu Bapa/ Penjaga

dan murid-murid
Semoga segala jasa dan sumbangan yang telah tuan/puan

berikan akan mendapat rahmat dan

keberkatan dari Yang Maha Esa.








24


Click to View FlipBook Version