BULETIN BIL. 1
MAJLIS PERHUBUNGAN GURU SARJANA NOV
2020
DAERAH JOHOR BAHRU
AGIHAN BANTUAN
KEPADA PARA
PELAJAR B40
MESYUARAT
AGONG MPGSDJB
DARI MEJA PENAUNG
MAJLIS PERHUBUNGAN GURU SARJANA
DAERAH JOHOR BAHRU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
SYABAS ! Saya ucapkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perhubungan
Guru Sarjana Daerah Johor Bahru yang berjaya menerbitkan E-Bulletin khas
untuk ahli-ahli dan juga warga pendidikan amnya.
Penerbitan E- Bulletin ini membuktikan bahawa MPGSJB telah mengambil satu
inisiatif yang bersungguh dalam menyediakan platform kepada guru-guru sarjana
di daerah ini untuk berkongsi ilmu mereka melalui artikel-artikel yang berimpak
tinggi dalam disiplin masing-masing. Adalah menjadi satu kerugian besar kepada
warga pendidikan seandainya ilmu yang diperolehi dan dipraktikkan tidak
disebarluaskan. Dengan kecanggihan teknologi komunikasi masakini, E-Bulletin
MPGSJB mampu dikongsikan melalui semua medium yang sedia ada secara maya.
Peranan MPGSJB untuk menyatukan semua guru sarjana di bawah satu bumbung
menjadi realiti dengan sokongan yang padu. Pelbagai aktiviti telah dirancang
melalui biro-biro yang telah ditubuhkan bertujuan melibatkan guru-guru sarjana
bergerak aktif. Seminar MPGSJB yang telah berlangsung baru-baru ini mendapat
sambutan yang luarbiasa dan menjadi indikator bahawa MPGSJB mampu untuk
mengorak langkah lebih jauh dan berupaya untuk menganjurkan lebih banyak
forum-forum pendidikan di pelbagai peringkat. Walaupun kita berada dalam situasi
yang agak mencabar dan tertekan akibat COVID-19, namun segala perancangan
tetap dilaksanakan untuk memastikan guru-guru sarjana sentiasa bermotivasi tinggi
dan bersedia untuk mengambil bahagian aktif dari lokasi masing-masing.
Selaku Penaung MPGSJB saya sedia menghulurkan apa jua bantuan untuk
memastikan kelancaran organisasi ini. Pelantikan Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Sektor Pengurusan Sekolah dan School Improvement Partners SIP+
sebagai Penasihat MPGSJB membuktikan kesungguhan PPD Johor Bahru
menjayakan agenda memperkasa guru-guru sarjana dalam Daerah Johor Bahru.
TAHNIAH !
ISHAK BIN MAHBOB
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH JOHOR BAHRU
RINGKASAN AKTIVITI MPGSJB
BIL TARIKH AKTIVITI
1. 18 OGOS 2020 Mesyuarat kali pertama MPGSJB di PPDJB
2. 2 SEPTEMBER Mesyuarat kali ke- 2 MPGSJB di STF
2020
3. 7 SEPTEMBER Mesyuarat kali ke-3 MPGSJB di SJKC Foon Yew 1
2020
4. 9 SEPTEMBER Semakan Draf Perlembagaan MPGSJB di SMK Majidi Baru 2
2020
5. 11 SEPTEMBER Perbincangan aturcara dan teks pengacaraan Program
2020 Bicara Profesional di RnR Bistro, BBU
6. 12 SEPTEMBER Program Bicara Profesional bersama YB Tn Hj Aminuddin
2020 Adam
7. 12 SEPTEMBER Mesyuarat Agong MPGSJB
2020
8. 12 SEPTEMBER Taklimat keahlian dan Kebajikan YGMB bersama Ketua
2020 Pegawai Eksekutif YGMB, Dato' Wan Munadi bin Wan
Mamat
9. 23 SEPTEMBER Perbincangan bersama Biro Khidmat Masyarakat dan Biro
2020 Book Club bagi Program Galakan Membaca di SMK Tun
Syed Nasir Ismail
10. 8 OKTOBER 2020 Mesyuarat kali ke-4 MPGSJB di PPDJB
11. 11 OKTOBER Penyerahan sumbangan dari Lotus Light Society dgn
2020 kerjasama MPGSJB kepada pengetua SMK Tun Syed Nasir
Ismail untuk diserahkan kepad murid yang terlibat Program
Membaca
12. 12 OKTOBER Program Galakan Membaca dan Penyerahan Sumbangan
2020 Bekalan Makanan Murid Terkesan Covid 19 di SMK Tun
Syed Nasir Ismail
13. 12 OKTOBER Mesyuarat kali pertama Biro ICT MPGSJB diketuai En Fadzil
2020 di PPDJB
14. 10 NOVEMBER Sumbangan bantuan makanan oleh Biro Khidmat
2020 Masyarakat MPGSJB kepada keluarga ibu murid pesakit
kanser di Kampung Teluk Serdang, Taman Perling.
15. 11 NOVEMBER Mesyuarat secara maya google meet MPGSJB kali ke-5
2020
16. Cakna Deepavali
PERANAN MAJLIS PERHUBUNGAN GURU
SARJANA DALAM
MEREALISASIKAN PPPM 2013-2025.
‘Mengimaginasi Kecemerlangan Majlis Guru Sarjana Johor Bahru’
merupakan bingkisan idea daripada perbincangan yang telah
berlangsung di antara Ahli-ahli Jawatankuasa Guru Sarjana
untuk membantu membangunkan aspirasi negara untuk menjadi
sebuah negara yang maju dari segi pendidikan. Dengan ini,
Majlis Sarjana Guru Johor Bahru telah menjemput YB Tuan Haji
Aminudin Bin Adam Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(Operasi Pendidikan), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menjayakan program yang unggul ini. Beliau juga meupakan
Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad.
Menurut beliau, Daerah Johor Bahru pernah menjadi daerah
terbaik dari pelbagai aspek di negeri Johor khususnya dan
Malaysia amnya dengan penglibatan guru sarjana secara aktif.
Kelebihan yang ada di daerah Johor Bahru sepatutnya
diteruskan dengan momentum kecemerlangan yang pernah
dirintis oleh pemimpin terdahulu. Guru sarjana mempunyai
kepakaran tersendiri yang perlu digembleng untuk mencapai
hasrat PPPM iaitu kemenjadian murid, guru kualiti, pemimpin
berkesan dan aktif. Gerak kerja guru sarjana adalah menuju
kepada gagasan sekolah kualiti dan tranformasi 2025.
Guru Sarjana melalui Majlis Perhubungan perlu sekerap
mungkin menjalankan R&D berkaitan sistem pendidikan di
Malaysia dan antarabangsa. Guru sarjana perlu menguasai
konsep un-pack curriculum (merungkai dan merangkai) dari
DSKP-RPT-RPH.
Murid perlu diberi keadilan dengan tidak membunuh
kreativiti mereka dan tidak mengamalkan ujian setara serta
menekan mereka. Mengapa tidak mengguna pakai data
psikometrik dalam mengkelaskan murid? Guru sarjana perlu
memikirkan kaedah bagaimana mewujudkan iklim dan
atmosfera happy di sekolah sebelum melahirkan murid yang
kreatif dan kritis.
Definisi ‘new-norm’ sedikit berbeza apabila dikaitkan
dengan sistem pendidikan. KPM telah lama memulakan inisiatif
new-norm dalam sistem pendidikan dan kini masih berjalan.
IR4.0 dan A.I adalah antara perkembangan teknologi yang tidak
boleh diabaikan sekaligus memerlukan perubahan gaya belajar
dan gaya berfikir. Industri sentiasa berkembang dan memerlukan
murid yang diberi kemahiran berfikir secara kritis bukan hanya
mengisi ilmu tanpa mendidik minda mereka sebagaimana dalam
teori Paulo Freire (1970) dalam konsep ‘educ as
banking’(http://puente2014.pbworks.com/w/file/fetch/87465079/f
reire_banking_concept.pdf)
Guru sarjana perlu ikhlas, tidak mengharap apa-apa
ganjaran dan minat terhadap kerjaya kerana ianya akan datang
kemudian setelah mereka dapat membuktikan hasil yang berkualiti
di mata PPD, JPN dan KPM seperti berkarya, menjalankan kajian
dan sebagainya.
PROGRAM MEMBACA DAN PENYERAHAN
SUMBANGAN
UNTUK KELUARGA TERKESAN COVID-19
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, pepatah Melayu
yang tidak asing lagi kepada kita di mana seringkali kita dengar
sejak dibangku sekolah lagi. Begitulah sungguh dekatnya
pepatah ini dihati kita. Baru-baru ini ahli jawatankuasa Majlis
Perhubungan Guru Sarjana, JB (MPGSJB) telah berganding
bahu memikul satu tanggungjawab untuk membantu
menghulurkan bantuan kepada 30 ahli keluarga B40 terkesan
COVID-19 pada 18 Oktober 2020 bertempat di SMK Tun Syed
Nasir Ismail. Seperti yang kita sedia maklum, gejala COVID
telah melanda negara dan banyak pihak terkesan dengannya.
Golongan yang dibelenggu dengan kesukaran telah mendapat
perhatian oleh pelbagai pihak termasuklah “Cikgu Karl” selaku
Naib Pengerusi MPGSJB yang begitu prihatin dengan nasib
mereka.
Cikgu Karl atau nama sebenar Muhammad Azali Kalki Bin
Abdullah merupakan seorang pendidik daripada SK Nusantara.
Beliau juga adalah pemegang Certified Professional Trainer –
TTT German Malaysian Institute (HRDF/PSMB ) Ministry of
Human Resources Associate Member Malaysian Professional
Speakers, tokoh “Sejarah Setempat Negeri Johor” (Buku Teks
Sejarah Tahun 4 Kementerian Pendidikan Tahun 2020), penulis
buku “KEYAKINAN ADALAH KUASA”, “Antologi Bintang Hati
DBP”, dan “Antologi Tebaran Derita”. Selain itu, beliau telah
menyampaikan lebih 750 ceramah “Anti Dadah & Motivasi”
sejak 1990 -2020.
Program ini adalah hasil cetusan idea
beliau dengan kerjasama Puan Hajah
Salleha Abdul Kahar (Penasihat
MPGSJB) di mana mereka telah
berjaya menggunakan kepakaran
yang ada iaitu kepakaran AJK-AJK
Guru Sarjana untuk menggerakkan
program ini. Sebelum program ini
dilaksanakan, dua mesyuarat telah
dijalankan bagi membentuk AJK
Pelaksana, membuat kertas kerja dan
membincangkan perjalanan aktiviti.
Guru yang berdedikasi iaitu Rafedah
Binti Othman telah meminta
kebenaran daripada pengetua
sekolah beliau bagi membantu
golongan terkesan di sekolahnya.
Program ini adalah hasil kerjasama dua biro iaitu Biro
Book Club dan Biro Kebajikan. Program dijalankan serentak pada
hari yang sama. Tujuan program secara tersurat adalah untuk
memupuk sifat gemar membaca. Beberapa aktiviti berkaitan dengan
aktiviti membaca. Tiga aktiviti dijalankan iaitu aktiviti membuat
rumusan, aktiviti mencari maksud perkataan dan aktiviti “book
review”. Sebuah artikel yang menarik dipilih bagi mencetuskan
minat membaca dan seterusnya membolehkan murid-murid untuk
belajar tentang kandungan bahan bacaan secara terperinci.
Manakala tujuan tersirat adalah untuk memupuk keyakinan diri
terutama bagi anak-anak B40.
Segala program yang dicadangkan telah berjaya
dijalankan walaupun guru-guru terpaksa mengorbankan masa dan
tenaga kerana mereka percaya amanah yang diberikan perlu digalas
dengan penuh tanggungjawab. Semoga program ini akan
diteruskan untuk kepentingan semua pihak dan menjadi contoh
kepada semua.
MESYUARAT KALI PERTAMA MPGSJB
OGOS 18, 2020 – Mesyuarat kali pertama MPGSJB ini telah
diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendidikan Johor Bahru.
Perjumpaan yang diadakan buat pertama kali pada tahun 2020
adalah dipengerusikan oleh Pn Hjh Salleha binti Abdul Kahar,
SIP+, Sektor Pengurusan Sekolah, PPD. Ucapan alu-aluan juga
diberikan oleh Encik Ahmad Taufik bin Hamzah, Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru selaku Penasihat
MPGSJB. Mesyuarat kali pertama ini adalah untuk
membugarkan semula dan menetapkan halatuju MPGSJB.
Penubuhan AJK baru dengan perlantikan Jawatankuasa penaja
dibuat bagi melancarkan aktiviti MPGSJB sebelum Mesyuarat
Agong dijalankan.
MESYUARAT KALI KETIGA MPGSJB
SEPTEMBER 7, 2020 – Mesyuarat kali ke 3 MPGSJB ini telah
diadakan di SJK Foon Yew 1, Johor bahru. Fokus utama
mesyuarat ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara
berkaitan perjalanan Program Bual Bicara Profesional dan
agenda Mesyuarat Agong MPGSJB yang akan berlangsung pada
12 September 2020. Perkara-perkara berbangkit dan segala
permasalahan yang timbul dibincangkan bersama. Tinjauan ke
lokasi sebenar dari pintu masuk, kantin dan auditorium juga
diadakan bagi memastikan program berjalan lancar.
PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN
MPGSJB
SEPTEMBER 9, 2020 – Perjumpaan AJK Tertinggi MPGSJB
telah diadakan di SMK Majidi Baru 2 untuk membincangkan dan
memperbaiki Deraf Perlembagaan MPGSJB yang baru. Deraf
perlembagaan dipaparkan, dibaca dan diteliti satu persatu serta
dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Tertinggi sebelum
dibentangkan dalam Mesyuarat Agong MPGSJB pada 12
September 2020.
PERBINCANGAN TEKS
PENGATURCARAAN PROGRAM BUAL
BICARA PROFESIONAL
SEPTEMBER 11, 2020 – Perjumpaan AJK Tertinggi, Pengurus
Program dan Jawatankuasa Pengacaraan telah diadakan ruang
perbincangan RnR Bistro, Bandar Baru Uda. Perbincangan
akhir yang berlangsung selama 5 jam itu adalah untuk
membincangkan teks pengacaraan dan susunan perjalanan
aturcara program.
PROGRAM BICARA PROFESIONAL – PERANAN
GURU SARJANA DALAM MEREALISASIKAN PPM
2013-2025 DAN MESYUARAT AGUNG SESI 2020-
2022
SEPTEMBER 12, 2020 – Program Bicara Profesional dengan
tajuk Peranan Guru Sarjana Dalam Merealisasikan PPPM 2013-
2025 ‘Mengimaginasi Kecemerlangan Majlis Guru Sarjana Johor
Bahru’ disampaikan oleh Mantan Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, YBhg. Tuan Haji Aminuddin bin Adam.
Program yang diadakan di Auditorium SJKC Foon Yew 1, Johor
Bahru ini dihadiri oleh seramai lebih daripada 200 orang guru-
guru Sarjana daerah Johor Bahru.
Antara intipati ucapan beliau ialah
1. Program anjuran Guru Sarjana sepatutnya diteruskan
dengan momentum kecemerlangan yang pernah dirintis oleh
pemimpin terdahulu.
2. Guru Sarjana mempunyai kepakaran tersendiri yang perlu
digembleng untuk mencapai hasrat PPPM iaitu kemenjadian
murid, guru kualiti, pemimpin berkesan dan PIBK aktif.
3. Gerak kerja Guru Sarjana adalah menuju kepada gagasan
sekolah kualiti dan tranformasi 2025.
4. Guru Sarjana sekerap mungkin menjalankan R&D berkaitan
sistem pendidikan di Msia dan antarbangsa.
5. Guru sarjana perlu menguasai konsep un-pack curriculum
(merungkai dan merangkai) dari DSKP-RPT-RPH. Kemahiran
semua pedagogi yang disenaraikan seperti 21st century
learning, diff learning, flipp class dan sebagainya.
6. Guru Sarjana menguasai pendekatan linear dan modular dan
keperluannya ke arah pembelajaran bermakna.
7. Guru Sarjana perlu memikirkan kaedah bagaimana
mewujudkan iklim dan atmosfera happy di sekolah sebelum
melahirkan murid yang kreatif dan kritis.
Ucapan yang disampaikan selama 1jam 30 minit itu, memberi
kesan yang mendalam dan banyak memberi motivasi berguna.
Disamping itu,guru sarjana juga perlu menguasai konsep un-
pack curriculum (merungkai dan merangkai) dari DSKP-RPT-
RPH serta mahir dalam mengendalikan semua pedagogi yang
disenaraikan seperti 21st century learning, diff learning, flipp
class dan sebagainya. Guru sarjana juga perlu menguasai
pendekatan linear dan modular dan keperluannya ke arah
pembelajaran bermakna.
Selain itu, murid perlu diberi keadilan dengan tidak
membunuh kreativiti mereka. Mereka perlu diberikan galakan
dan sokongan dalam usaha memperkembangkan kreativiti
mereka. Ujian yang setara dan tidak menekan pelajar perlu
dilaksanakan.
Guru sarjana perlu ikhlas, tidak mengharap apa-apa
ganjaran dan minat terhadap kerjaya kerana ianya akan datang
kemudian setelah mereka dapat membuktikan hasil yang
berkualiti di mata PPD, JPN dan KPM seperti berkarya,
menjalankan kajian dan sebagainya.
KARYA AHLI
MPGSDB
Tekanan Kanak-kanak Dalam Mendepani Norma Baru Covid 19
Farrah Syuhaida Binti Ismail, PhD
Penularan wabak COVID-19 yang berlarutan dan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mampu
memberi kesan kepada emosi, sikap dan tingkah laku seseorang individu. Seperti orang dewasa, kanak-kanak
juga berdepan dengan tekanan dalam melalui COVID-19 dan arahan PKP. Lumrah kehidupan seorang kanak-
kanak adalah mereka suka meneroka pelbagai benda baru bersama rakan-rakan di sekolah, suka bermain
bersama-sama, bergurau, belajar dan sebagainya. Dengan kata lain naluri seorang kanak-kanak normal adalah
suka bersosial. Mereka tidak suka belajar dan bermain sendirian dan terkurung dalam sesuatu tempat dalam
jangka masa yang lama.
Namun disebabkan COVID-19 dan arahan PKP, mereka tidak boleh ke sekolah seperti biasa dan bermain
di luar rumah secara bebas bersama rakan-rakan. Oleh itu proses pembelajaran menjadi terencat dan
berlawanan dengan fitrah semula jadi kanak-kanak dan menggugat perkembangan sosial dan emosi mereka.
Meskipun kanak-kanak antara golongan yang kurang berisiko dijangkiti COVID-19, namun kanak-kanak
merupakan golongan yang paling terjejas dari segi emosi dan tingkah laku mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak
masih mentah dalam kehidupan dan memerlukan sokongan individu yang berada di sekeliling mereka untuk
memahami perubahan yang berlaku. Mungkin ada ibu bapa yang tertanya-tanya sejauh mana keadaan ini boleh
memberi impak terhadap emosi dan tingkahlaku anak-anak mereka?
Umum mengetahui bahawa, disebabkan arahan PKP sekolah sering ditutup apabila sesuatu kawasan
diisytiharkan sebagai zon merah. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak terpaksa belajar secara atas talian di
rumah dan ada dalam kalangan mereka yang sendirian di rumah bersama adik beradik kerana ibu dan ayah
perlu keluar mencari rezeki. Hal ini juga boleh mendorong tekanan dari dalam diri anak-anak apabila mereka
ditinggalkan tanpa pengawasan dan pemerhatian ibu bapa. Pelbagai kejadian yang tidak diingini juga boleh
berlakunya contohnya pergaduhan dengan adik beradik. Ada juga ibu bapa yang meninggalkan anak-anak di
rumah tanpa meenyediakan kemudahan yang mencukupi untuk anak-anak mengikuti kelas atas talian. Hal ini
juga boleh membawa kepada tekanan dalam diri anak-anak.
Perbincangan di media sosial tentang Covid-19 juga kadangkala meningkatkan kerisauan dan
kebimbangan anak-anak. Ibu bapa tidak seharusnya menganggap bahawa anak-anak mereka kerdil dan belum
memahami keadaan yang berlaku sekarang. Walhal kanak-kanak juga mempunyai naluri takut atau bimbang
sama seperti orang dewasa, malahan ada yang lebih. Berita tentang penularan yang cepat ini sehingga boleh
membawa kepada kematian boleh menyebabkan kerisauan dan kebimbangan pada sesetengah kanak-kanak. Ibu
bapa perlu memastikan emosi anak-anak tidak terganggu dengan berita yang dihidangkan setiap hari oleh
media sosial dan ibu bapa perlu sering kali mengingatkan anak-anak bahawa keluarga dan persekitaran mereka
dalam keadaan selamat dan ibu bapa akan memastikan mereka selamat.
Penularan pandemik Covid-19 dan arahan PKPB juga menyebabkan ada segelintir ibu bapa terpaksa
bekerja dari rumah. Apabila ibu bapa bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama terpaksa memantau kelas
atas talian anak-anak, ada ibu dalam masa yang sama harus menyiapkan kerja-kerja rumah diselangi lagi
dengan pergaduhan antara anak-anak. Situasi ini boleh menyebabkan tekanan kepada ibu bapa dan apabila
keadaan tidak terkawal dek kerana kepenatan, anak-anak akan menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan.
Hal ini juga antara punca menyebabkan berlakunya tekanan emosi dalam diri anak-anak jika mereka sering
menjadi tempat melepaskan kemarahan ibu bapa.
Terbukti di sini bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam menghadapi Pandemik Covid-19
ini kerana anak-anak akan mengikut tauladan dan sikap yang ditonjolkan oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu
mempamerkan tauladan yang baik serta mengambil berat tentang emosi anak-anak. Jika anak yang dahulunya
periang berubah menjadi pendiam, ini mungkin kerana si anak sedang mengalami tekanan. Jadi ibu bapa perlu
bertanyakan anak-anak kenapa mereka kelihatan berubah, adakah mereka berasa tertekan dengan keadaan yang
berlaku sekarang atau sebaliknya. Dengan sokongan dan perhatian ibu bapa, kebanyakan kanak-kanak dapat
mengelakkan diri dari tekanan.
Jika Pandemik Covid-19 berlarutan, pastinya kanak-kanak akan mengalami kesan jangka panjang dan
sekaligus memberi kesan kepada emosi mereka. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan emosi anak-anak
Mereka perlu tahu adakah anak-anak mereka terkesan dengan pandemik ini, mereka juga perlu mengajar anak-
anak tentang SOP contohnya mencuci tangan dengan hand sanitizer serta memakai pelitup muka. Terangkan
kepada mereka bahawa kita semua harus mengikuti arahan penjarakan sosial bermaksud berada jauh daripada
orang lain sehingga jangkitan Covid-19 dapat dikawal. Pandemik Covid-19 yang berlarutan tanpa sokongan
dari individu terdekat dengan mereka bukan sahaja akan menyebabkan tekanan malah juga menyebabkan
kebosanan dan kebimbangan dalam diri anak-anak.
Menurut Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan, UPM,Dr Rahima Dahlan @ Mohd Shafie, ibu bapa perlu merancang aktiviti atau jadual
harian bagi mengelakkan anak-anak mudah merasa bosan dan timbul kebimbangan. Pastikan kita mempunyai
jadual untuk mereka sepanjang berada di rumah. Selang-selikan waktu kerja rumah atau kerja sekolah dengan
aktiviti yang menarik dan menyeronokkan di samping waktu untuk rehat. Memandangkan kuarantin di rumah
boleh menyebabkan mereka tertekan, ibu bapa boleh merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak contohnya 1
jam setiap hari untuk membuat aktiviti dengan keluarga seperti melukis, bermain permainan saidina, bersenam
atau memasak bersama-sama. Berikan juga peluang untuk mereka berinteraksi dengan kawan di atas talian.
Hal ini sekaligus dapat mengelakkan kanak-kanak dari bosan dan tertekan.
Penggunaan gajet ketika pandemik Covid-19 adalah sesuatu yang normal dan sangat penting. Hal ini
kerana pembelajaran sepanjang sekolah ditutup dan semuanya adalah dalam atas talian. Namun penggunaan
gajet biarlah bersederhana. Ibu bapa perlu limitkan dan memantau masa penggunaan gajet untuk anak-anak
setiap hari. Contohnya anak-anak hanya dibenarkan menggunakan gajet dari jam 8 pagi sehingga 2 petang
sahaja. Kemudian anak-anak boleh melakukan aktiviti lain yang tidak memerlukan gajet, contohnya seperti
menonton televisyen atau membaca buku cerita. Ibu bapa juga boleh menyediakan tempat khas untuk untuk
anak-anak belajar. Adalah penting untuk kanak-kanak mempunyai satu ruang pembelajaran sendiri kerana
ruang ini boleh membantu mereka untuk fokus ketika belajar. Apabila mereka diberikan ruang belajar mereka
sendiri, mereka akan lebih bermotivasi untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.
Wabak COVID-19 merupakan satu bentuk jangkitan pandemik yang agresif walaupun tidak mempunyai
kadar kematian yang tinggi. Oleh yang demikian, perkara yang perlu kita lakukan adalah ambil tahu dan beri
kerjasama bagi membendung wabak ini dari terus merebak dan mengakibatkan kesan kepada emosi anak-anak.
Perubahan yang melibatkan sesi persekolahan dan aktiviti sosial yang terhenti seketika turut memberi kesan
kepada emosi dan tingkah laku anak-anak. Justeru Ibu bapa harus memainkan peranan yang sangat penting
kerana ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak-anak. Kita juga tidak tahu sampai bila
pandemik ini akan berakhir dan langkah sewajarnya perlu diambil agar emosi anak-anak tidak terjejas.
Learning Mathematics In School Through Problem Based
Learning
Soh Hon Mun
Traditional educational approaches have resulted in an incongruity between what is taught to
the students in schools and what the industry nowadays needs. Traditional educational
approaches make students lose the ability to think and to have difficulties with self-directed
learning. Consequently, many schools are moving towards problem-based learning as a
solution to producing students who are more creative, can think critically and analytically.
Problem-based learning is seen as an innovative measure to encourage students to “learn how
to learn” via “real-life” problems (Boud and Feletti, 1999).
Problem-Based Learning exists as a teaching method grounded in the ideals of
constructivism and student-centered learning. When using Problem-Based Learning,
Mathematics teachers in school could help students to focus on solving problems within a
real-life context, encouraging them to consider the situation in which the problem exists
when trying to find solutions (Nasir, 2008). Students steeped in inquiry are good. Oftentimes,
once students reach a solution for a mathematic problem, if teacher provided additional
routes to a solution, or the potential for multiple solutions, students thinking will commence.
Besides, Problem-Based Learning wasn’t that students were necessarily better at
mathematics, but that since they were used to reading, analyzing and problem solving a
mathematic problem without direct instruction, they won’t freak out when they saw a
complex mathematic problem. Instead of simply, say, doing mix mathematics operation
together every number in a long word problem, students could actually read the problem and
tried to parse out what they knew and what they didn’t know. Furthermore, along with
reading critically, writing mathematically is also universal good.
Generally, Problem-Based Learning offers an alternative instructional approach to help
motivate students to engage in authentic problem solving and to develop skills required for
lifelong independent learning.
Minda Kelas Pertama Dalam Kalangan Pemimpin Sekolah: Satu
Tinjauan Bersasar Sekolah Daerah Johor Bahru
Salleha Abd Kahar, Jaafar Jamian, Raziah Abdul Rahim dan Poonkuzhali
Palaniandy
Teras kedua daripada lima misi nasional seperti yang digariskan kerajaan pimpinan mantan
Perdana Menteri ke-5 Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2006
ialah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta
memupuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat jelata. Minda merupakan psikik
sistem dan proses yang unik dan dinamik di dalam otak manusia. Minda terbahagi kepada
tiga fungsi iaitu minda fikir, minda perasaan dan minda kemahuan. Penjanaan minda
bermaksud menggunakan intelektual dalam otak melalui berbagai teknik don pendekatan
untuk menghasilkan satu pilihan dan keputusan terbaik untuk semua.
Penjanaan minda boleh membentuk minda kelas pertama iaitu mereka yang berfikiran
agung, global dan total. Manusia minda kelas pertama berfikiran ke hadapan untuk mencapai
visi yang ditetapkan. Manusia minda kelas pertengahan pula sedar keperluan cara berfikir
dan melatih serta mengamalkan. Mereka cuba memperbaiki diri tetapi kurang berlatih.
Manusia minda kelas ketiga adalah mereka yang tercabar pemikirannya disebabkan sesuatu.
Minda mereka tidak reflektif sehingga mereka tidak menyedari masalah tentang cara
mereka berfikir. Penjanaan minda sehingga membuat seseorang berminda kelas pertama akan
menghasilkan beberapa tabiat minda yang boleh membantu menghasilkan tingkah laku yang
boleh membantu diri sentiasa dinamik, kreatif, responsif dan kritis. Sebagai pegawai di
bidang pendidikan yang berminda kelas pertama sudah pastinya produk akhir bukan sahaja
bernilai tambah, tetapi mampu menghasilkan nilai yang mempunyai perbezaan signifikan
untuk melahirkan insan kamil. (Ismail Ilias, 2006).
Untuk melihat persoalan ini dengan lebih jelas dan objektif, tinjauan telah dijalankan
oleh kumpulan bimbingan 2 PPD Johor Bahru yang dianggotai Pn. Hjh Salleha bt Abd Kahar
(SIP+), En. Jaafar bin Jamian (SISC+), Pn. Hjh Raziah bt Abdul Rahim (SISC+) dan Pn.
Poonkuzhali a/p Palaniandy (SISC+). Tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan
instrumen yang dibangunkan khas oleh kumpulan ini untuk melihat lebih dalam berkaitan
kedudukan dan status kelas minda pemimpin sekolah kumpulan 2 dalam daerah Johor Bahru.
Apa yang menariknya, dapatan tinjauan ini rata-rata pemimpin sekolah kumpulan ini
menunjukkan mereka berada pada tahan minda kelas pertama walaupun tidak semua
mencapai lima bintang.
Tinjauan kelas minda ini akan dijalankan pada skala yang lebih besar pada masa akan
datang untuk melihat trend dan gaya berfikir pemimpin sekolah dalam daerah Johor Bahru
samada kelas pertama lima bintang atau sebaliknya. Berikut merupakan antara dapatan yang
diperolehi dari tinjauan ini. Mereka dikelaskan dalam kluster sekolah berdasarkan tahap
pencapaian akademik dari rendah, sederhana dan tinggi.