The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Merangkumi semua tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 5 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maznaj, 2021-05-20 11:34:34

MODUL MUMTAZ PENDIDIKAN ISLAM SPM 2021 (KEFAHAMAN AYAT))

Merangkumi semua tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 5 KSSM

Keywords: SPM

MODUL MUMTAAZ

1|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ [2 markah]

TILAWAH (CIRI CIRI MUKMIN BERJAYA )
1. Senaraikan ciri – ciri mukmin berjaya yang terdapat di dalam ayat.

Ciri-ciri mukmin berjaya ialah:
F1 Beriman kepada Allah Taala.
F2 Khusyuk dalam solat.
F3 Menjauhi perkara yang sia-sia.
F4 Menunaikan zakat.
F5 Menjaga kehormatan diri.
F6 Menjaga amanah dan janji.
F7 Sentiasa memelihara solat

2. Jelaskan maksud ciri mukmin yang berjaya beriman kepada Allah [2 markah]

Maksud ciri mukmin yang beriman kepada Allah ialah orang yang
sentiasa meyakini bahawa hanya Allah yang berhak di sembah dengan
melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

3. Jelaskan maksud ciri mukmin yang berjaya khusyuk dalam solat. [2 markah]
Maksud ciri mukmin yang khusyuk dalam solat ialah menumpukan
sepenuh hati dan penghayatan dengan cara menetapkan anggota,
memahami bacaan dan perbuatan ketika mendirikan solat.

4. Jelaskan maksud ciri mukmin yang berjaya menjauhi perbuatan dan [2 markah]
perkataan sia-sia.

Maksud mukmin yang berjaya menjauhi perbuatan dan perkataan yang

sia-sia ialah menjauhkan diri perkataan dan perbuatan yang tidak

mendataangkan faedah atau perkara yang merosakkan akhlak.

5. Jelaskan maksud ciri mukmin yang berjaya menunaikan zakat. [2 markah]

Maksud mukmin yang berjaya menunaikan zakat ialah mereka yang
mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada

2|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ

golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh syarak.

6. Jelaskan maksud ciri mukmin yang berjaya menjaga kehormatan diri. [2 markah]

Maksud mukmin yang berjaya menjaga kehormatan diri ialah menjaga
dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh
syarak seperti zina, sumbang mahram dan hubungan seks luar tabi’i.

7. Jelaskan maksud ciri mukmin yang berjaya menjaga amanah dan janji. [2 markah]

Maksud mukmin yang berjaya menjaga maruah dan janji ialah menjaga

tanggungjawab dalam setiap urusan seperti dalam urusan pekerjaan,

harta benda dan kesahsiaan.

8. Jelaskan maksud ciri mukmin yang berjaya memelihara solat . [2 markah]

Maksud ciri mukmin yang berjaya menjaga solat ialah menunaikan solat

pada waktunya dengan menyempurnakan segala syarat dan rukunnya.

9. Nyatakan janji Allah kepada orang yang menjaga waktu solat. [2 markah]
Janji Allah SWT kepada orang yang menjaga waktu solat ialah Allah

akan memasukkannya ke dalam syurga Allah.

10. Nyatakan maksud zina berserta contoh [4 markah]
Maksud : Zina ialah perbuatan melakukan persetubuhan haram tanpa

nikah antara lelaki dengan perempuan.

Contoh : Persetubuhan haram antara pasangan kekasih. [4 markah]

11. Nyatakan maksud sumbang mahram berserta contoh
Maksud : Sumbang mahram ialah melakukan persetubuhan haram
antara lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin kerana faktor
keturunan, penyusuan dan persemendaan.

Contoh : Persetubuhan antara bapa kandung, bapa tiri, adik beradik
kandung atau adik beradik tiri.

12. Nyatakan maksud hubungan seks luar tabi’i berserta contoh [4 markah]
Maksud : Ialah melakukan persetubuhan haram dengan cara yang

bertentangan dengan tabiat semulajadi manusia.

3|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ

Contoh : Liwat, musahaqah, onani dan persetubuhan dengan haiwan. [4 markah]
13. Senaraikan akibat salah laku seksual .

Antara akibat salah laku seksual ialah:
F1 Menggugat keharmonian hidup bermasyarakat.
F2 Hilang kelayakkan mewarisi harta pusaka bagi yang tidak sah taraf.
F3 Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga.
F4 Menyebabkan gangguan emosi dan mental.
F5 Terdedah kepada penyakit fizikal seperti Aids dan Sipilis.
F6 Mencetuskan pelbagai perbuatan jenayah.

14. Terangkan pengajaran yang boleh diambil daripada ayat. [4 markah]
F1 Kita hendaklah menunaikan solat dengan khusuk agar menjadi [4 markah]
hamba yang bertakwa.
F2 Kita hendaklah menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang
sia-sia agar dapat meningkatkan kualiti kerja.
F3 Kita hendaklah menjaga amanah dan janji agar interriti muslim
terpelihara.

15. SALAH LAKU SEKSUAL MENYEBABKAN BERLAKUNYA JENAYAH
PEMBUANGAN BAYI

Cadangkan cara mengatasi situasi ini.
CADANGAN JAWAPAN
Untuk mengatasi situasi ini kita sebagai umat Islam hendaklah kembali

kepada ajaran Islam (1m) dengan menjaga maruah diri dengan tidak

bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (1m)

Dengan tiadanya pergaulan bebas maka ruang untuk berlakunya jenayah

seksual tertutup (1m). Oleh itu, kita hendaklah mendahulukan syariat

Islam dalam kehidupan kita seharian (1m).

4|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ

TILAWAH (MEMAHAMI KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN )

1. Nyatakan dengan ringkas sebab penurunan ayat 19-20 Surah Al Taubah [4 markah]
F1 Beberapa orang sahabat berbincang tentang amalan mereka yang
utama selepas pembukaan kota Makkah.
F2 Terdapat sahabat yang menumpukan kepada memberikan minuman
kepada jemaah haji, ada yang menumpukan usaha memakmurkan
Masjidil Haram dan ada yang akan berjihad di jalan Allah.
F3 Saidina Umar telah menegur percakapan mereka kerana tidak sopan
meninggikan suara di sebelah mimbar Rasulullah SAW.
F4 Kemudian Saidina Umar telah mengadu hal ini kepada Rasulullah
SAW lalu turunlah ayat tersebut.

2. Jelaskan maksud Fikh Aulawiyat . [2 markah]

Maksud Fikh Aulawiyat

Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan
prinsip syarak.

3. Senaraikan prinsip asas Fikh Aulawiyat. [4 markah]

Prinsip asas Fikh Aulawiyat :

F1 Bersumberkan dalil syarak

F2 Mengutamakan perkara yang diutamakan oleh syarak

F3 Mengambil kira keperluan semasa dan setempat

F4 Mengutamakan keperluan atau manfaat bersama berbanding dengan
manfaat peribadi

F5 Mengambil kira tahap keupayaan individu

4. Nyatakan bidang Fikh Aulawiyat. [4 markah]
Bidang Fikh Aulawiyat :
F1 Ilmu dan pemikiran
F2 Amalan
F3 Tuntutan syarak

5|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ [2 markah]

5 Nyatakan prinsip am ilmu dan pemikiran
Maksud prinsip am ilmu dan pemikiran
Mengutamakan usaha untuk menuntut ilmu dan memahaminya
berbanding dengan melaksanakan sesuatu amalan.

6 Terangkan aplikasi ilmu dan pemikiran [4 markah]
Maksud aplikasi ilmu dan pemikiran:

F1 Mengutamakan ilmu fardhu ain berbanding ilmu fardhu kifayah.
Contohnya mengutamakan ilmu tentang solat yang betul berbanding
ilmu- ilmu lain.
F2 Mengutamakan ilmu fardhu kifayah yang menjadi keperluan semasa
bagi umat Islam. Contohnya mengutamakan mempelajari ilmu dalam
bidang perubatan dan kejuruteraan.

7 Nyatakan prinsip am amalan [2 markah]
Maksud prinsip am amalan:

Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding amalan yang
kurang manfaat.

8 Terangkan aplikasi amalan . [4 markah]
Maksud aplikasi amalan .
F1 Mengutamakan amalan yang banyak manfaat kepada masyarakat
mengikut keperluan dan situasi. Contohnya bersedekah.
F2 Mengutamakan aktiviti kemasyarakatan berbanding ibadat sunat
yang berbentuk peribadi. Contohnya program berbentuk kebajikan
masyarakat.

9 Nyatakan prinsip am tuntutan syarak [2 markah]
Maksud prinsip am tuntutan syarak:

Mengutamakan perkara pokok berbanding perkara cabang.

10 Terangkan aplikasi tuntutan syarak. [4 markah]
Maksud aplikasi tuntutan syarak :

6|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ

F1 Mengutamakan amalan fardhu ain berbanding fardhu kifayah.

Contohnya mengutamakan pelaksanaan zakat yang wajib sebelum

bersedekah.

F2 Mengutamakan amalan fardhu berbanding amalan sunat. Contohnya
mengutamakan membantu ibubapa berbanding i’tikaf.

F3 Menguasai akidah berbanding dengan perkara syariat. Contohnya

mempelajari asas akidah Islam terlebih dahulu sebelum memperhalus

isu akidah.

11 Jelaskan kepentingan Fikh Aulawiyat kepada individu [4 markah]
Kepentingan Fikh Aulawiyat kepada individu:

F1 Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik.

F2 Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif.

F3 Mengamalkan semua tuntutan Islam mengikut susunan yang tepat.

12 Jelaskan kepentingan Fikh Aulawiyat kepada masyarakat. [4 markah]
Kepentingan Fikh Aulawiyat kepada masyarakat:

F1 Mewujudkan kesejahteraan sosial dalam melestarikan pengurusan
kehidupan.
F2 Menyeimbangkan kehidupan masyarakat dalam pelaksaan tuntutan
syariat.
F3 Mewujudkan masyarakat yang berjaya menguruskan sistem
kehidupan yang cekap.

13. Terangkan pengajaran yang boleh diambil daripada ayat. [4 markah]
Pengajaran yang boleh diambil daripada ayat

F1 Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT

dan hari akhirat kerana keimanan ialah kunci penerimaan segala ibadah.

F2 Kita hendaklah sentiasa berazam untuk berjihad dengan tenaga dan

harta supaya kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

F3 Kita hendaklah sentiasa berhijrah kepada yang lebih baik supaya

menjadi insan yang produktif.

F4 Kita hendaklah sentiasa berlumba- lumba melakukan kebaikan

kerana akan diberi ganjaran pada hari akhirat.

7|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ

14. TERDAPAT SEBILANGAN REMAJA MENGUTAMAKAN RAKAN [4 markah]
SEBAYA BERBANDING IBUBAPA MEREKA

Berdasarkan penyataan di atas, huraikan pendapat anda berdasarkan
Fikh Aulawiyat .

CONTOH JAWAPAN
Pada pendapat saya, perkara ini tidak wajar berlaku kerana ibubapa
merupakan keutamaan dalam kehidupan berbanding rakan- rakan (1m).
Hal ini kerana ibubapalah yang melahirkan kita dan memenuhi
keperluan kita dari kecil hinggalah dewasa (1m). Kesannya akan
lahirlah anak-anak yang bertanggungjawab dan berbakti kepada
ibubapa. (1m). Oleh itu, kita hendaklah menjaga hati ibubapa dalam
pergaulan seharian kita agar mereka tidak merasa terpinggir dalam
menjalani kehidupan (1m).

TILAWAH ( KEPELBAGAIAN BANGSA DALAM ISLAM )

1. Nyatakan dengan ringkas sebab penurunan ayat 13 Surah Al Hujurat. [2 markah]

F1 Berikutan peristiwa di mana Rasulullah SAW telah meminta Saidina
Bilal bin Rabah r.a. melaungkan azan semasa pembukaan kota Mekah.

F2 Terdapat sahabat yang memandang rendah kepada Bilal. Jibril telah
memberitahu Rasulullah SAW. Baginda bertanyakan tindakan mereka
itu, lalu turunlah ayat ini.

2. Senaraikan kandungan ayat. [2 markah]
Kandungan ayat surah Al-Hujurat ayat 13:
F1 Tuntutan saling mengenali dalam kalangan pelbagai bangsa.
F2 Keutamaan taqwa.

3. Jelaskan sebab tuntutan saling mengenali dalam kalangan pelbagai [4 markah]
bangsa.

Sebab tuntutan saling mengenali dalam kalangan pelbagai bangsa ialah

8|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ

supaya semua manusia:
F1 .Menjalin perpaduan dan perhubungan yang harmoni.
F2 Mengiktiraf kemuliaan dan harga diri manusia tanpa mengira

rupa paras, warna kulit, pangkat, keturunan dan etnik.
F3 Menjalin hubungan dengan orang Islam seluruh dunia dan bukan

Islam selagi mereka tidak memusuhi Islam.
F4 Menggalakkan interaksi, bantu membantu dan kerjasama yang

akan saling melengkapi antara satu sama lain.

4. Jelaskan sebab keutamaan takwa dalam kehidupan [4 markah]

Sebab keutamaan takwa dalam kehidupan ialah:
F1. Manusia adalah sama di sisi Allah SWT.
F2. Allah SWT tidak melihat jantina atau bangsa tetapi Allah SWT

memandang hati dan amalan hambanya.
F3. Meyakini kekuasaan Allah SWT melalui makhluk ciptaan-Nya

sebagai asas keimanan kepada Allah SWT.
F4. Menunaikan hak sesama manusia walaupun berbeza kaum dan

budaya kerana perkara itu merupakan sebahagian daripada
perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.

5 Bagaimanakah sifat takwa boleh membentuk perpaduan. [4 markah]

Sifat takwa boleh membentuk perpaduan dengan:
F1 Melihat dan menilai semua manusia adalah sama di sisi Allah

SWT dan memuliakan mereka, bukan menghina.
F2 Berpegang bahawa semua manusia adalah bersaudara kerana

berasal dari keturunan yang sama iaitu dari Nabi Adam a.s. dan
Hawa.
F3 Meyakini bahawa Allah SWT tidak melihat jantina bangsa dan
warna kulit hitam atau sebaliknya tetapi Allah memandang hati dan
amalannya.
F4 Menunaikan hak sesama manusia walaupun berbeza kaum,
sempadan negara dan budaya kerana ia merupakan perintah Allah
SWT.

9|PPD KINTA UTARA PERAK

MODUL MUMTAAZ

6 Terangkan pengajaran yang boleh diambil daripada ayat. [4 markah]

F1 Kita hendaklah saling bekerjasama untuk membina kehidupan yang
aman dan harmoni.

F2 Kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya orang lain
supaya wujud persefahaman dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat.

F3 Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak agar menjadi
insan bertakwa, mulia, dihormati serta dikasihi Allah SWT.

7 KEPELBAGAIAN BANGSA MEMBERIKAN PELUANG [4 markah]
BAGI MEMBINA INTEGRASI YANG HARMONI.

Kemukakan hujah anda untuk menyokong penyataan di atas.

Kepelbagaian bangsa merupakan satu keunikan dan baik kerana ia boleh
dijadikan ruang serta peluang untuk memberikan manfaat buat semua
manusia di seluruh dunia (1m). Contohnya, manusia akan dapat saling
mengenali, menjalinkan silaturrahim dan bermuamalat antara satu sama
lain (1m). Kesannya, manusia dapat mencari satu titik persamaan dalam
kehidupan yang akhirnya akan dapat mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya (1m). Oleh itu , kita
kendaklah saling faham memahami juga menerima kewujudan
kepelbagaian bangsa dalam dunia ini agar dapat membina intergrasi
nasional yang harmoni dan mendapat keredaan serta kerahmatan Allah
SWT.

10 | P P D K I N T A U T A R A P E R A K

MODUL MUMTAAZ

11 | P P D K I N T A U T A R A P E R A K


Click to View FlipBook Version