The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGELUARAN TERNAKAN (VAA 3013)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d096370, 2022-01-06 09:28:06

EFEKTIF MIKROORGANISMA

PENGELUARAN TERNAKAN (VAA 3013)

Keywords: EFEKTIF MIKROORGANISMA

E-BOOK PENGELUARAN TERNAKAN (VAA3013)
PEMAKANAN TERNAKAN
AHLI KUMPULAN
EFFECTIVE
MICROORGANISM Muhammad Amin Hafizuddin
Muhammad Hafiz Danial Bin Helmi
Siti Zubaidah Binti Adzmi
Nurul Aida Fazlina Binti Yusoff
Muhammad Kamal Aiman Bin
Kamarul Baharin
Nor Aisyah Binti Mohamed Zabidi
Nurul Nadiah Binti Hashim
Farhan Heykal Bin Suhaimi

PENGENALAN EFFECTIVE MICROORGANISM (EM)

Effective microorganisms atau nama singkatannya EM ini ialah campuran anaerobik yang mempunyai kesan baik
terhadap proses pembentukan produk pertanian.
Bakteria asid laktik merupakan salah satu elemen penting dalam EM kerana asid laktik secara umumnya dapat
menggalakkan proses penapaian bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan silaj.
Elemen microb utama dalam EM ini terdiri daripada asid laktik, bakteria fotorosintetik dan yis.
Microorganisma ini terdapat secara semula jadi dalam persekitaran.
Bahan makanan juga boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma tersebut untuk dijadikan campuran
mikroorganisma bermanfaat.
Campuran bakteria baik ini dapat merencatkan pertumbuhan bakteria patogen yang terdapat di dalam ekosistem
tanah.

OBJEKTIF

Mengkaji bagaimana mikro dalam EM bertindak.
Menyenaraikan kelebihan dan kekurangan pengunaan teknologi em.
Menjelaskan cara penggunaan EM.
Menyatakan ciri-ciri em yang berkualiti dan tidak berkualiti.

BAGAIMANA MIKRO DALAM EM BERTINDAK

EM terdiri daripada tiga kumpulan mikroorganisma dalam cecair EM iaitu :
Bakteria fotosintetik (Rhodopseudomonas spp.).
Bakteria asid laktik (Lactobacillus spp.).
Yis (Saccharomyces spp.).

BAGAIMANA MIKRO DALAM EM BERTINDAK

Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria)
Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod. Juga
berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.
Yis / Ragi (Yeast)
Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.
Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)
Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan
tanaman.
Pertanian yang ideal mestilah merangkumi :-
Boleh mengeluarkan makanan yang bersi berkhasiat untuk kesejahteraan manusia
Ekonomi dan memberi manafaat kepada petani dan pengguna
Lestari dan senang dipraktikkan
Aktinomisit dan kulat berfementasi
Digunakan sebagai inokulum untuk meningkat kepelbagaian hayat dalam tanah
Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah

KELEBIHAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI EM UNTUK TERNAKAN

Mengurangkan bau busuk di dalam kandang dan kolam.
Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

KEKURANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI EM UNTUK TERNAKAN

Penggunaan EM mestilah diamalkan bersama amalan perladangan
yang baik iaitu (Good Animal Husbandy Practice)
Jika tidak diuruskan dengan baik akan memberi imlikasi yang negatif.

CIRI-CIRI EM

Mempunyai 3 jenis bakteria baik:
Bakteria asid laktik: bahan organik tapaian dan menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. Ia
digunakan untuk membuat yogurt dan jeruk.
Yis atau Ragi: bahan organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid amino. Ia digunakan untuk membuat roti.
Bakteria Fototropik: bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia membantu mengekalkan keseimbangan
mikroorganisma bermanfaat yang lain dan mewujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain.

CIRI-CIRI EM

Penggunaan EM hendaklah diamalkan bersama amalan perladangan yang baik (Good Animal Husbandy Practice). Ini
kerana aktiviti ternakan jika tidak diuruskan dengan baik akan memberi implikasi yang negatif. Oleh itu teknologi EM
digunakan dengan amalan perladangan yang baik dapat membantu penternak meningkatkan produktiviti ternakan.
Penggunaanya diberi dalam air minuman, makanan, semburan pada ternakan dan kandang dan merawat sisa ladang
seperti najis ternakan.

CARA PENGGUNAAN EFFECTIVE MICROORGANISME (EM)

1.EM yang telah dibuat ditambahkan ke dalam makanan dan minuman ternakan. Sebagai contoh mencampurkan di
dalam silaj ternakan.
2.Masukkan EM yang telah dibuat ke dalam penyembur dan semburkan pada tanah kawasan yang diperlukan.
3.Semburkan EM pada najis ternakan, lantai kandang dan banggunan ternakan.
Semburan EM ini boleh digunakan dalam kadar kekerapan 1 kali seminggu. Elakkan sembur pada waktu tengah hari dan
seeloknya sembur pada waktu pagi atau lewat petang.

KAEDAH PEMBUATAN EFFECTIVE MICROORGANISMS (EM).

Bahan – bahan.
1.Air bersih (suam)
2.EM-1
3.Gula Merah / Molases
4.Bekas tertutup/ Botol plastik / tong
Molasses adalah produk sampingan daripada proses penghasilan gula dan banyak digunakan dalam
industri pertanian dan penternakan. Antara kebaikan molases ini adalah dalam meningkatkan
kesuburan tanah.
Nisbah.
1 liter EM-1 : 1 liter Gula merah : 20 liter air bersih.

CARA PENGGUNAAN.

1.Pastikan bekas atau tong yang digunakan bersih daripada sebarang kotoran.
2.Kemudian masukkan air bersih (suam) dalam jumlah 10 liter dan 1 liter gula merah/molases ke dalam tong atau
bekas yang digunakan. Goncangkan sehingga campuran tersebur sebati.
3.Tambahkan lagi 10 liter air bersih (suam) ke dalam tong atau bekas yang digunakan dan goncangkan sehingga
campuran menjadi sebati. Tinggalkan campuran tersebut dalam tempoh 30 minit sehingga suhu campuran menurun.
4.Selepas itu, masukkan campuran EM-1 dalam jumlah 1 liter ke dalam tong atau bekas. Angkat dan goncang sekali
sahaja dan tutup tong atau bekas dengan kemas. Letakkan di kawasan yang gelap dengan suhu 30 – 40 C darjah
selsius.
( Perhatian : EM-1 ini dicampur pada peringkat akhir bancuhan sahaja.)

CARA PENGGUNAAN.

5. Pada hari ke – 3 penyimpanan, buka penutup bekas dengan perlahan – lahan dan biarkan gas yang terkumpul di
dalam tong atau bekas keluar sedikit demi sedikit. Gas ini terhasil daripada tindak balas mikrob yang berlaku. Tutup
semula tong atau bekas dengan kemas.
6. Selepas hari ke 7, periksa kadar pH sekiranya pH turunmelebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution (EMAS) sudah
sedia untuk digunakan. Pastikan air yang digunakan dalam EM-1 dan EMAS adalah air bersih yang bebas klorin.
Nisbah campuran EMAS: Air Bersih seperti berikut :
1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.
EMAS disarankan untuk digunakan dalam masa 14 hari selepas tempoh pengaktifan. Elakkan daripada terdedah kepada
cahaya matahari & suhu tinggi.

FAEDAH EM DALAM TERNAKAN

Baik untuk menghilangkan bau busuk akibat sisa buangan haiwan ternakan.
Membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit kepada haiwan.
Baik untuk makanan dan minuman ternakan dengan mencampurkan EM.
Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

KELEBIHAN EM UNTUK PENTERNAKAN KAMBING

1. Penghadaman yang baik
Ini kerana bakteria baik’ bertambah dan menyebabkan selera makan meningkat dan mempercepatkan proses
penghadaman.
2. Bulu yang cantik dan berkilat
EM membentuk proses pemakanan yang elok dan bersih.
3. Berat badan bertambah
Kehadiran bakteria ini akan mempercekapkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan menyebabkan pertambahan
berat badan meningkat dari kadar biasa.
4. Kambing menjadi tenang
Membaiki sistem penghadaman seterusnya dapat meningkatkan tumbesaran dan ketahanan terhadap penyakit.

KELEBIHAN EM UNTUK PENTERNAKAN KAMBING

5. Mengurangkan bau kambing dan kandang
Bakteria tidak boleh membiak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
6. Tinja tidak berbau busuk
Kadar lalat untuk menghurung tinja berkurangan dan menghidupkan suasana yang bersih dan cantik.
7. Menghasilkan baja organik
Penguraian gas-gas tersebut menjadikan tinja lebih berkesan dan berkualiti kepada tumbuh-tumbuhan.

APLIKASI EM KEPADA PENTERNAKAN CONTOHNYA KAMBING
BOLEH DILAKUKAN MELALUI :

Air minuman kambing
Menyembur pada bahagian badan dan juga kandang kambing
3.Menyembur tinja kambing yang lembap dan basah
Silaj

KOS PENGHASILAN EM

Semburan silaj (daun kelapa sawit yang diperam)kambing
Nisbah = 1 L EM : 1 L Molasses : 50 L air

Kos penghasilan EM ini bergantung pada EM yang inigin 1 pam = 20 Liter Kos Silaj = RM0.682 / 800 ekor
dihsilkan. 1 Liter = 1000ml = RM0.000853 per ekor
Jika ingin menghasilkan Em silaj, kos penghasilannya EM/Air = 1/50 x 20
adalah seperti berikut : = 0.4ml EM / 20 Liter Air 100 ekor kambing = RM 0.0853
Jumlah kos penggunaan EM untuk 100 ekor kambing :
Kos EM= RM10 per Liter
= RM10/1000ML Air minum : RM 0.0057
= RM0.01 X 0.4ML Sembur kandang : RM 0.0275
= RM0.004 PER 20 L AIR Semburan tahi kambing : RM 0.0025
Silaj kambing : RM 0.0853
KOS EM = 0.004/20 L X 60 L = RM0.012 Jumlah Kos = RM 0.121
ISIPADU = 3 X 20 L = 60L

KOS MOLASSES = RM1.40 PER LITER
PENGGUNAAN 1 TONG = 0.1 LITER
KOS MOLASSES 1 TONG = RM1.40 X 0.1 LITER
= RM0.14 PER TONG SEMBURAN
= RM0.14 X 3
= RM0.42 PER TONG SILAJ

KESIMPULAN

Proses pengkomposan merupakan salah satu kaedah atau pun alternatif untuk memulihara atau mendapatkan semula
sumber yang mempunyai banyak ciri-ciri positif di mana teknologinya boleh diubah suai mengikut situasi atau
keadaan setempat. Kompos yang dihasilkan juga merupakan produk akhir yang boleh digunakan semula sebagai
bahan penambahbaik tanah atau sebagai baja di kawasan pertanian. Kompos yang dihasilkan juga dijangkakan
mengandungi 1% unsur-unsur surih seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang sesuai untuk pertumbuhan tanaman.
Hasil sampingan daripada proses pengkomposan ini boleh dilupuskan dengan mudah di tapak-tapak kambus tanah
tanpa memberikan kesan negatif kepada persekitaran. Proses pengkomposan adalah mesra alam, bersih dan lazimnya
mengandungi bahan toksik yang rendah.

RUJUKAN

Kebaikan EM. (2016, August 16). PressReader. Retrieved January 3,2022, from
https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20160816/283214442603705.
Pengenalan effective microorganism. (2020, May 19). Kemahiran Pertanian.
https://kemahiranpertanianutm.blogspot.com/2020/05/pengenalan-effective-microorganism.html?m=1
Effective Microb (EM) Dan Kebaikan untuk Penternakan. (2018, November 15). Ilmu Untuk Ternakan Ruminan.
https://kongsiilmuternak.blogspot.com/2018/11/effective-microb-em-dan-kebaikan-untuk.html?m=1
rahman, m. a. (2015, may 13). EFFECTIVE MICROORGANISM ( EM) DALAM PENTERNAKAN AYAM. Retrieved from
facebook: https://www.facebook.com/notes/sembang-penyakit-dan-perawatan-ayam/effective-
microorganism-em-dalam-penternakan-ayam-oleh-mohammad-abdul-rahman-abg/844258392323700/


Click to View FlipBook Version