The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN INDIVIDU - E-FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KUMP V)
DISEDIAKAN OLEH : AQILAH HASYA BINTI HARIS FADZILLAH
NO. MATRIKS : D20211100936

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilahhasyahf, 2022-07-02 10:01:51

E-FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN(KUMP V)

TUGASAN INDIVIDU - E-FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KUMP V)
DISEDIAKAN OLEH : AQILAH HASYA BINTI HARIS FADZILLAH
NO. MATRIKS : D20211100936

KPS 3014-PENGURUSAN PEMBELAJARAN
TUGASAN INDIVIDU
E-FOLIO

NAMA : AQILAH HASYA BINTI HARIS
FADZILLAH

NO. MATRIKS : D20211100936
KUMPULAN KULIAN : V

NAMA PENSYARAH : PROFESOR DR. ABDUL
RAHIM BIN HAMDAN

ISI KANDUNGAN

TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
TAJUK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID
TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER
TAJUK 8 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
TAJUK 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN MURID
TAJUK 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI BUDAYA
TAJUK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN
PEMBELAJARAN

Apa itu sosiologi?




Sosiologi buat pertama kali diungkapkan oleh ahli falsafah dan juga ahli sosiologi
Perancis iaitu Auguste Comte (1798-1857) dalam buku Positive Phislosophy (1842) .
Menurut Comte, asalnya sosiologi berasal dari perkataan latin iaitu ‘socious’ dimana
ertinya rakan atau masyarakat dan ‘logos’ dalam perkataan Yunani bermaksud ilmu

pengetahuan.

Sosiologi pendidikan didefinisikan sebagai
satu kajian saintifif yang menghubungkan
antara pendidikan dan masyarakat. Menurut Amir Hasan (2006), pendidikan
merupakan proses pemindahan samada formal atau tidak formal pengetahuan,
kemahiran, dan nilai yang berlaku antara generasi.

Teori fungsionalisme (Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857))

• Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri.
• Struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian dalam
perjalanan masyarakat.
• Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarakat. Teori ini
lebih menekankan kepada persefahaman masyarakat atau ‘Konsensus’ untuk
mencapai kestabilan masyarakat.
• Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat.
• Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti sekolah adalah
penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar). Misalnya seperti aspek
kurikulum, pedagogi, disiplin murid, peperiksaan, dsb.

Teori Konflik (Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan Max Webber

(1864 – 1920))

Aliran Karl Marx
• Teori ini lebih melihat dari segi perspektif konflik dan perubahan terhadap
masyarakat. Perubahan masyarakat merupakan persaingan yang berlaku dalam
sesebuah masyarakat. Konflik boleh berlaku diantara kelas sosial berbeza atau
sama .
• Faktor-faktor ekonomi merupakan asas kepada pembentukan masyarakat.

Aliran Max Weber
• Menyatakan bahawa konflik antara kelas sosial adalah lebih kepada
pengiktirafan atau Proses legitimisasi (pengesahan).
• Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa dicapai oleh sesuatu
kumpulan status/kelas sosial.
• Aliran Marx menyebut bahawa faktor ekonomi ialah sebagai punca konflik yang
berlaku dalam masyarakat .

TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN
PEMBELAJARAN

Teori Interaksionisme Simbolik (Dipelopori oleh George Herbert
Mead (1863-1931)).

• Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk
oleh interaksinya dengan orang lain.
• Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan,
objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah
mesra.
• Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru, bentuk
hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku
yang kerap dilakukan.

Teori sosiologi diklasifikasikan dengan cara berbeza mengikut ahli
sosiologi. Teori yang lebih fokus kepada analisis sosial yang berskala

besar dan jangka panjang ialah teori sosiologi makro, manakala
dalam konteks teori sosiologi mikro pula lebih menfokuskan analisis
terperinci mengenai manusia. Teori sosiologi meso pula, merupakan

teori yang menghubungkan antara teori makro dan mikro.

Sosiologi ini berkait rapat dengan masyarakat. Oleh itu,

skop kajian adalah sangat meluas dan tidak terhad.

Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan

pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia Rumusan
sosial. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia

pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam

perspektif sosiologi.




Rujukan

https://www.scribd.com/presentation/85348394/Sosiologi-Dan-Pembelajaran

Khairul Iksan. (2020). TEORI SOSIOLOGI.pdf diakses 1 Februari , 2021, dari Teori

Sosiologi laman web: https://www.academia.edu/36127724/TEORI_SOSIOLOGI_pdf

Maksum, A. (2016). Sosiologi pendidikan. Malang: Madani.

https://drive.google.com/drive/folders/1X3t3sxZqgGpsBQP5UQEQSWsv0b8torxL?

usp=sharing

TAJUK 2 : INTERAKSI DAN
PEMBELAJARAN

Interaksi berlaku dalam proses pembelajaran antara guru dan pelajar. Ianya
diertikan apabila terdapat tindak balas di antara sekurang-kurangnya dua
pihak. Interaksi merupakan tindakkan ataupun perhubungan aktif antara satu
sama lain yang melibatkan dua pihak atau lebih. Manakala, pembelajaran ialah
proses belajar sama ada secara formal atau tidak formal. Oleh itu interaksi dan

pembelajaran menunjukkan kepada perhubungan aktif dalam proses
pembelajaran sama ada antara guru dan pelajar ataupun antara pelajar

dengan pelajar yang lain.

Jenis interaksi

• Interaksi sehala – Kaedah pengajaran • Interaksi dua hala – berlaku ketika guru
yang lama dan pasif. Pelajar dipaksa bertanya kepada pelajar atau ketika
menerima sahaja ilmu pengetahuan mereka menjawab atau sebaliknya
yang diberikan sama ada secara arahan tetapi interaksi di antara rakan sekelas.
atau penerangan.
Memberikan kesan kepada pelajar
ketika menerima ilmu seperti bosan dan
terpaksa kerana terlalu banyak fakta
yang harus diingati.

• Interaksi kumpulan – Melibatkan guru • Interaksi antara kumpulan – Hasilnya
dilihat apabila selesai menjalankan
sebagai pemudah cara. Ianya perbincangan dalam kumpulan. Kumpulan
lain boleh mengemukakan soalan kepada
menggalakkan pelajar supaya sentiasa kumpulan yang membentang mengenai
tajuk tersebut
bergiat aktif dalam kerja berkumpulan.

Oleh itu, interaksi ini mereka dapat

berkongsi maklumat dan pendapat di

samping mampu memupuk nilai positif

dalam diri mereka.

Kepentingan • Membolehkan guru memotivasikan murid supaya dapat
interaksi dalam menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
bilik darjah • Dapat melaksanakan rancangan pengajaran mengikut objektif
pembelajaran yang ditentukan.

• Mengeratkan perhubungan guru bersama murid-murid dalam bilik
darjah yang mana membawa penyampaian pelajaran yang berkesan.

• Mengalakkan murid untuk berfikir menerusi aktiviti seperti soal jawab.

TAJUK 2 : INTERAKSI DAN
PEMBELAJARAN

Interaksi yang • Sesuatu penyampaian mesej yang dilakukan dengan jelas bagi
berkesan memastikan tidak berlaku sebarang konflik di antara penyampai
dan penerima.
· Setiap pertuturan yang disampaikan hendaklah menggunakan
bahasa yang baik kepada pelajar.
· Sentiasa menerima segala pendapat dan pandangan daripada
pelajar.
· Mengamalkan sikap beramah mesra antara pelajar dan guru.

Interaksi dalam pembelajaran dapat mengeratkan Rumusan
hubungan antara guru dengan pelajar. Interaksi membantu

guru untuk menyampaikan pelajaran dengan lebih
berkesan apabila perhubungan muid dengan guru menjadi

mesra melalui interaksi. Oleh itu, pelajar dan guru akan
dapat saling berinteraksi secara aktif dan berkesan.





Rujukan

Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran

https://www.slideshare.net/puterifasya/interaksi-dlm-pngurusan-pembljrn

https://drive.google.com/drive/folders/1vfZkYBfs1KL2jcYYSjqh7vD2Nb_2gKkN?
usp=sharing

TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN

Pengurusan ialah suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi bagi mencapai sesuatu objektif.

Pembelajaran diukur melalui stimuli iaitu tindak balas, menghasilkan
perubahan tingkah laku seseorang.Pengurusan dan pembelajaran penting

dalam meningkatkan prestasi pelajar. Ia bertanggungjawab dalam
menentukan objektif atau hasil pembelajaran

Strategi pengurusan pembelajaran

• Berpusatkan Guru • Berpusatkan Bahan
1.Guru menguasai proses pengajaran
dan pembelajaran. 1.Guru menggunakan bahan seperti
2.Guru mengarah pemikiran dan
buku, blok-blok binaan, bahan lukisan,
penglibatan pelajar contoh: kuliah,
peralatan saintifik, komputer, pusat
penghafalan, menyalin nota, membuat
sumber, dan lain-lain untuk
latihan serta soalan-soalan yang diberi
menjalankan pengajarannya.
oleh guru.
2.Bahan pembelajaran yang diperlukan

akan disusun mengikut kesesuaian

perancangan dan guru juga

berperanan sebagai pembimbing.

• Berpusatkan Pelajar
1.Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang
diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
2. Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti
dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.
3.Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan- kumpulan
kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.

Kaedah • Kaedah pendekatan pengurusan dan pembelajaran yang
pengurusan berkait dengan model, prinsip, dan teori pembelajaran.
·Kaedah set induksi yang baik, yang mampu menarik minat
dan pelajar.
pembelajaran ·Kaedah demontrasi digunakan bagi melaksanakan
strategi berpusatkan guru.
pelajar




·Pengurusan menambah pengetahuan.

·Pengurusan meningkatkan mutu amalam kerja guru.

·Pengurusan yang cekap dan sistematik akan menambah Kepentingan
produktiviti.

TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN

Rumusan Pengurusan dan pembelajaran yang efektif
membawa kepentingan kepada proses

pembelajaran yang lebih berkesan. Bermula dari
pengurusan sekolah sehingga pengurusan bilik
darjah haruslah memastikan setiap pelajar bersedia

untuk menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran.

Rujukan

ISyed Ismail Syed Mustapa. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
https://sosiopembelajaran.blogspot.com/2019/04/topik-3-pengurusan-dan-
pembelajaran.html

https://drive.google.com/drive/folders/1mGu8Jf7m6kEQgrVfn4E2xeqD3UYsOgxP
?usp=sharing

TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN
ORGANISASI

Organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang
menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan
untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang
terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan.
Organisasi merupakan satu unit sosial manusia yang bekerjasama dan
saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat
setiap manusia itu dan organisasinya

Kepimpinan membawa maksud kepada proses pengarahan tingkah laku
orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Kepimpinan juga
merupakan salah satu kemampuan dan keterampilan seseorang yang
menduduki jabatan sebagai pemimpin. Kepimpinan adalah daya
mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia
sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang
dipersetujui, Jamaliah Abdul Hamid (2005: 65).

Organisasi dan kepimpinan sekolah

Pengetua sebagai pemimpin tertinggi di sekolah.

Penolong kanan ialah mengajar dan membantu

pengetua dalam pengurusan kurikulum.

Penolong kanan hal ehwal murid juga

bertanggungjawab dengan pengurusan

kebajikan dan disiplin pelajar.

Penolong kanan ko-kurikulum ialah mengajar

pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

Guru bimbingan dan kaunseling juga

memainkan peranan penting dalam sekolah

termasuk menyusun program pelaksanaan

bimbingan dan kaunseling.

TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN
ORGANISASI

Jenis Gaya Kempimpinan

Gaya kepimpinan adalah perilaku pemimpin dalam mempengaruhi
bawahannya iaitu kemampuan pemimpin untuk menyatakan sesuatu hal

dengan gaya kepimpinan tertentu.

Autokratik

Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada
kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Gaya kepimpinan ini menggunakan
interaksi sehala iaitu pengetua memberi arahan dan guru-guru hanya
mendengar dan mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh pengetua. Dalam
konteks bilik darjah, guru hanya memberi arahan dan menentukan segala
aktiviti.

Demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya kepimpinan bersifat lebih terbuka dan
amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya.Gaya kepimpinan ini
menggunakan interaksi dua hala antara pengetua dan guru. Ia enggalakkan
percambahan minda apabila guru-guru diberi peluang memberikan idea. Ini juga
dapat menimbulkan suasana kondusif dan harmoni dalam kalangan warga
sekolah.

Laissez-faire
Kepimpinan bercorak laissez-faire merupakan gaya kepimpinan yang berlawanan
dengan autokratik. Pemimpin banyak memberikan kebebasan,mempunyai kurang
unsur-unsur kawalan, dan kurang memberikan pandangan yang mana guru diberi
kebebasan sepenuhnya oleh pengetua untuk membuat keputusan. Pengetua
memberi kebebasan sepenuhnya kepada guru-guru untuk membuat keputusan.

Rumusan Kepimpinan dan organisasi amat penting bagi
membangunkan sesebuah organisasi terutamanya
sekolah. Organisasi sekiolah yang terdiri daripada
para guru perlu bekerjasama dengan pengetua dalam
menjadikan sekolah lebih baik dan mengurus dengan

sistematik.



Rujukan

https://sosiopembelajaran.blogspot.com/2019/04/topik-4-organisasi-dan-
kepimpinan.html
https://drive.google.com/drive/folders/1cewt8RKSNr9q3rJ6nlXrYBQEar1QIUn
9?usp=sharing

TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal
ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan

mencerminkan prestasi sekolah Pengurusan murid merupakan proses-
proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi

murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan
penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah
yang berkesan dalam pengurusan organisasi. Kepimpinan sekolah
haruslah memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan
fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan

Pengurusan rekod murid

Mengurus rekod murid merupakan satu bidang pengurusan yang

bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan,
penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan
memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod

• Educational Mangement Information System Online (EMIS)
• Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)
• Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
• Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
• Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Kesediaan murid belajar
Kesediaan murid belajar merupakan keadaan seseorang individu untuk bersedia
dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi
pengalaman pembelajaran yang baru.

Kesediaan kognitif – berkait rapat dengan mental untuk memahamu dan juga
berfikir. Di samping itu, perkembangan mental bergantung kepada umur
seseorang.
Kesediaan afektif – merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat
dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan. Bagi pelajar yang
bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang
aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
Kesediaan psikomotor – merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusatkan
kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan
pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.

TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID

Cara Memotivasikan Murid

1) Persekitaran pengajaran dan pembejaran

Menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif.
Menentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai
oleh setiap pelajar.
Menentukan penglibatan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di
dalam mahu pun luar kelas.

2) Teknik intrinsik dan Teknik ekstrinsik.
Mendorong minat yang terdapat pada diri seseorang murid untuk
melakukan sesuatu
Mendorong pelajar yang lemah supaya meningkatkan pencapaian kerja
mereka

Rumusan Pengurusan murid merangkumi tiga aspek yang
terdiri daripada mengurus rekod murid, kesediaan
murid belajar dan memotivasikan murid. Pengurusan
murid penting bagi menghasilkan pembelajaran yang

efektif dan memperolehi kemahiran. Kemahiran
pengurusan murid perlu dikuasai oleh setiap guru

untuk mengenalpasti tahap dan masalah
pembelajaran murid.




Rumusan

Nur Sakinah Mohd Isa. (2016). Sistem pengurusan rekod dokumen sekolah.
Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

https://drive.google.com/drive/folders/1tU0_eRrZrPKJBk_xGjGf-Z0hVTBTtPLz?
usp=sharing

TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK
DARJAH

Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai sebuah proses untuk mendapatkan
penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-
objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

Bilik darjah pula boleh ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang sangat
mudah, terdiri daripada beberapa orang guru dan pelajar dalam
lingkungan-lingkungan umur yang sama serta mempunyai matlamat dan
impian yang sama.

Menurut Lemlech (1988, pengurusan bilik darjah ini disinonimkan dengan orkestra
dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,
penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Pengurusan bilik darjah

berfungsi sebagai tindakan dan strategi yang akan digunakan untuk mengekalkan
peraturan bilik darjah, malahan ia merupakan satu kemahiran yang amat penting

dan perlu ditingkatkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus
pembelajaran dengan lebih berkesan.

Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah

Kemahiran pengajaran yang mana ia bergantung kepada strategi dan pendekatan
pengejaran yang berfokuskan kepada objektif, teratur , jelas, mudah difahami,
melibatkan pelajara secara aktif, penggunaan alat bantu bantu mengajar secara
kreatif dan inovatif. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan satu
kemahiran yang signifikan untuk dikuasai oleh seorang guru. Bahan bantu mengajar
(BBM) yang digunakan ini mestilah mampu memberikan rangsangan dan minat
kepada pelajar.

Kemahiran interpersonal iaitu seseorang guru perlu menangani pelbagai masalah
personal dan konflik interpersonal yang wujud dalam corak hubungan di dalam bilik
darjah. Guru juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang mana seseorang
guru perlulah bijak dalam menerang untuk menyampaikan maklumat, konsep
ataupun isi kandungan kepada pelajar dan kemahiran ini biasanya digunakan pada
peringkat perkembangan proses pengajaran

TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK
DARJAH

Kemahiran penutup yang mana boleh dilihat dari segi perkaitan kognitif dan sosial.
Penutup perkaitan kognitif dilakukan oleh guru dengan mengaitkan kembali isi-isi
penting dengan penutup pelajaran. Guru juga boleh memberikan tugasan sebagai
pengukuhan seterusnya mengadakan aktiviti susulan untuk memastikan objektif
yang ditetapkan dapat dicapai

Menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa lapang dalam
satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah mereka tetapi masih mengekalkan
budaya belajar pada ruang tersebut seperti perpustakaan mini. Ruang ini bolehlah
dihiasi dengan dengan hiasan yang unik dan kreatif agar pelajar berasa lebih selesa
dan tenang.

Faktor Pengurusan Bilik darjah

Faktor Fizikal
• Mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal.
• Kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat
pembelajaran, bakul sampah, apan tulis dan lain-lain akan membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin
murid-murid dalam bilik darjah.
• Penyusunan kerusi dan meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan
memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Faktor teknikal
• Digunakan untuk meningkatkan semangat dan kesediaan belajar.
• Merangkumi aspek seperti kecekapan seorang guru dalam menggunakan alat
bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh
meningkatkan fokus and semangat pelajar ketika aktiviti pembelajaran sedang
berlangsung seperti pertandingan perbahasan, kuiz, deklamasi sajak dan
sebagainya.

Faktor Psikososial
• Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial
yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi
dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah.

TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK
DARJAH

Pendekatan pengajaran

·Keperluan pelajar termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif
pengajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui
hubungan antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan
mereka, menikmati kejayaan, memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara
positif dengan rakan sebaya.

Gaya Kepimpinan guru
• Gaya kepimpinan autokratik mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman
sehingga mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik.
• Gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang guru adalah bersifat
demokratik. Guru tersebut akan berkongsi tanggungjawabnya dengan muridnya.
Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dengan murid.
• Gaya kepimpinan yang seterusnya adalah bersifat laissez-faire. Guru akan
membuat kerja sendiri dan memberi kebebasan tanpa batasan

Komunikasi dan corak interaksi
• Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam
menjalinkan hubungan dengan murid.
• Komunikasi dua hala turut menggalakkan interaksi antara guru dan murid. Pada
masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam
kumpulan dan saling membantu serta bertukar idea.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan

• Menggunakan tingkah laku murid yang sesuai
• Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan
optimum
• Komunikasi yang berkesan
• Mengurangkan masalah disiplin
• Membentuk suasana pembelajaran yang kondusif

Rumusan Pengurusan bilik darjah ini mestilah menjadi aspek yang sangat
penting ke arah sistem pendidikan yang cemerlang sejajar dengan
pembelajaran kini. Seorang guru yang bertindak sebagai pengurus bilik
darjah akan berusaha mempertingkatkan serta melengkapkan dirinya

dengan pelbagai ilmu pengurusan yang berguna, termasuklah
kemahiran dalam menguruskan bilik darjah. Pengurusanbilik darjah
yang berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Rujukan

Dali, M. H., & Salleh, M. J. (2009). Pengurusan bilik darjah. Dalam Noraini Idris dan Shuki
Osman (Eds.), Pengajaran dan pembelajaran: Teori dan praktis.
Ari, A. (2014, November 28). 13. Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah. Academia. Diperoleh Mei 13,
2022, pada https://www.academia.edu/9537942/13_Tajuk_5_Pengurusan_Bilik_Darjah
https://drive.google.com/drive/folders/1e1aqwFbDxssWRN8jnp3IYNL-UqI56uUB usp=sharing

TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber
organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Menurut Kamus Dewan, sumber bererti keterangan yang bertulis atau bercetak,
surat yang mampu menjadi bukti. Pengurusan sumber bermaksud satu proses
membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui
usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Pengurusan sumber merupakan salah

satu medium rujukan untuk mencari maklumat.

Jenis-jenis sumber

Sumber berasaskan manusia, berlaku sekiranya berlaku sesuatu interaksi
atau komunikasi antara dua atau lebih pihak. Tetapi maklumat ini tidak
dapat terjamin kualiti dan benar.
Sumber bahan cetak yang mana sumber ini mudah diperolehi dan mudah
diterima oleh semua pelajar tetapi terdapat beberapa maklumat didalamnya
bukan maklumat yang terkini.
Sumber pandang dengar yang mana hampir semua mampu
memperolehinya dan digunakan pada masa kini tetapi ia merupakan
peralatan mudah rosak berbanding buku yang boleh dibaca dimana sahaja
tanpa perlu risau mengenai kualitinya.
Akhir sekali adalah sumber berasaskan komputer yang mana zaman
sekarang zaman moden yang mana menyimpan pelbagai dokumen
berkaitan pengajaran dan pembelajaran di dalam komputer tersebut.

Cara Pengguanaan Sumber Pembelajaran

• Membincangkan fakta-fakta penting yang terkandung dalam sumber
pembelajaran
• Haruslah disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Guru merancang penggunaan sumber pembelajaran supaya Objektif
pengajaran dicapai.
• Guru menunjuk ajar terhadap pelajar tentang bagaimana menggunakan
sumber pembelajaran tersebut.

Kepentingan Sumber Pembelajaran

• Memberi peluang pelajar dalam mempelajari sesuatu mengikut keupayaan
• Dapat mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran
belajar sepanjang hayat.
• Dapat mempertingktakan motivasi belajar kerana hasil daripada pelbagai
pendekatan bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi.
• Penggunaan waktu dan ruang belajar yang lebih fleksibel.

TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER

Kepentingan Sumber Pembelajaran

• Memberi peluang pelajar dalam mempelajari sesuatu mengikut keupayaan
• Dapat mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemhiran belajar
sepanjang hayat.
• Dapat mempertingktakan motivasi belajar kerana hasil daripada pelbagai pendekatan
bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi.
• Penggunaan waktu dan ruang belajar yang lebih fleksibel.

Rumusan Pengurusan sumber membantu pelajar dalam
mendapatkan rujukan dan juga maklumat. Pengurusan
sumber pembelajaran adalah menjadai kewajipan sebagai
salah satu alat bantu dalam sistem pembelajaran pelajar.
Oleh yang demikian, kelebihan kepada pendidik dapat
juga menyampaikan sesuatu pengajaran dengan lebih
berkesan berpandukan kepada sumber sebagai rujukan.

Rujukan

Addafiey Jamaludeen. (2015).Pengurusan Sumber: Pusat Sumber. Diperolehi

daripada

https://www.slideshare.net/wadanasuha/pengurusan-sumber-pusat-

sumber

Sindykhor. (2018, December 17). Tajuk 6: Pengurusan Sumber. Dimuat turun

daripada https://sindykhor.blogspot.com/2018/12/tajuk-6-pengurusan-

sumber.html.

https://drive.google.com/drive/folders/1yfOLoibNRyPh0OE2Yjp4wPkK

7q_E25Dt?usp=sharing

TAJUK 8 : PENGURUSAN BILIK
PEMBELAJARAN

Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu strategi dan tindakan yang digunakan
untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Pengurusan bilik pembelajaran

dikaitkan dengan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
yang cekap di sekolah di samping kemampuan untuk mengurus perlakuan murid,
(Ang, 2014). Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan,
perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Unsur Fizikal Bilik pembelajaran

Cara penyusunan bilik pembelajaran terdiri daripada susunan meja dan kerusi,
pengurusan rutin bilik dan penyimpan rekod bilik pembelajaran. Suatu persekitaran
pembelajaran, wujud hubungan yang kompleks antara struktur fizikal seperti
penyusunan bilik, keluasan ruang, cahaya dan susunan meja dengan aspek
psikologikal seperti interaksi guru dan pelajar. (Che Nidzam Che Ahmad, 2014).
Persekitaran pembelajaran dan elemen di dalamnya dapat memberi impak kepada
hasil pembelajaran kepada pelajar di sekolah.

Penyusunan perlu berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran
pembelajaran. Meja guru boleh diletakkan dibahagian hadapan kelas, dan guru
berada di sekitar meja pelajar bagi membantu dalam proses pembelajaran. Selain itu,
unsur fizikal menitikberatkan kebersihan dimana pelajar itu sendiri perlu memastikan
kawasan persekitaran tempat belajar berada dalam keadaan bersih dan kemas. Hal
ini boleh dilaksanakan dengan membuat jadual waktu bertugas mengikut hari untuk
mengemas bilik pembelajran dan juga kawasan persekitaran.

Interaksi fizikal

Interaksi fizikal dalam bilik darjah merupakan interaksi yang saling bertindak
melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak. Antara jenis interaksi yag dapat dilihat
ialah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, murid
dengan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan
murid serta interaksi komputer.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang
berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-guru adalah
digalakkan. Dengan menggunakan kaedah berkumpulan secara tidak langsung ianya
memberi interaksi antara murid dengan murid untuk berbincang dan murid dengan
guru untuk bertanyakan soalan serta mengukuhkan pendapat yang dibincangkan.
Pengajaran berbentuk amali juga dapat membuka minda pelajar bagi
mengaplikasikan fakta-fakta yang dipelajari

TAJUK 8 : PENGURUSAN BILIK
PEMBELAJARAN

Iklim bilik pembelajaran

Menurut Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006), suasana sekolah yang tenang dan
nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai
mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Suasana bilik darjah akan mempengaruhi
dari segi suasana sosial, suasana fizikal dan suasana emosi. Pengurusan iklim
pembelajaran juga penting kerana ia akan mepengaruhi keadaan pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Guru hendaklah lebih menfokuskan dalam mengawal suasana seperti emosi dalam
bilik darjah supaya pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan tanpa tekanan
Suasana pembelajaran yang positif akan menggalakkan murid-murid untuk terus
bertindak secara aktif dalam aktivit pembelajaran. Persekitaran pembelajaran
merupakan tunjang dalam pembelajaran pelajar. Hasil pembelajaran pelajar boleh
dipertingkatkan dengan mencipta persekitaran yang bersesuaian Penggunaan alat
bantu mengajar yang menarik juga perlu untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar.

Rumusan Pengurusan bilik pembelajaran penting dalam pengetahuan dan
kemahiran untuk memastikan kecemerlangan pelajar. Sebagai
seorang guru perlulah melengkapkan diri dengan kemahiran
dan juga mengetahui strategi dalam pengurusan bilik
pembelajaran. Kejayaan guru dalam mengurus fizikal, sumber
dan suasana bilik pembelajaran yang kondusif akan membawa
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
secara bermotivasi, cemerlang serta mencapai objektif.
.

Rujukan

k7.Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran.Dimuat turun daripada
:https://www.scribd.com/presentation/56390370/k-7Strategi-Mengurus-Bilik-
Pembelajaran (29Oktober2018)
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya
Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3 - 19 Diperoleh Daripada
Untitled-32 (Ukm.My)
https://drive.google.com/drive/folders/1_QCBcgomCGvIHy7BMa29RQBXBqtzNgsr?
usp=sharing

TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH
LAKU DAN DISIPLIN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat disiplin merupakan peraturan yang

ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkeupayaan baik seperti guru besar
akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar. Pengurusan
tingkahlaku ialah program tingkahlaku yang dilakukan untuk membentuk perlakuan
luaran dan dalaman supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang diterima
oleh masyarakat.

Menurut Dr. Ragbir Kaur (2005), pengurusan tingkah laku ini boleh ditakrifkan
sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu
matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Kemampuan guru yang
dapat mengawal sesetengah kategori pelajar bermasalah tingkah laku dan ada yang
hanya mampu untuk kategori pelajar yang lain (Campbell et al. 2004).

Tugas Guru Disiplin disekolah

Guru sebagai guru disiplin mestilah bertanggungjawab dalam menentukan
dispiplin sekolah untuk sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan baik.

• Memastikan pelajar mematuhi peraturan di sekolah sebagai contoh dari segi
kehadiran, etika berpakaian dan adab serta peilaku seseorang pelajar.
• Memastikan keselamatan persekitaran sekolah terjaga dengan membuat rondaan
di kawasan yang mempunyai risiko keselamatan. Ini untuk mengurangkan risiko
kecederaan dan bebas daripada gejala sosial.
• Memastikan pelajar yang melanggar arahan atau peraturan diberi denda atau
hukuman seperti yang tertakluk pada buku panduan pengurusan tatacara
pengurusan disiplin.

Strategi untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah

Guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menyibukkan diri murid dengan
melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran yang menarik. Guru hendaklah
memastikan agar aktiviti tersebut tidak menggunakan masa yang terlalu lama bagi
mengelakkan murid-murid berasa bosan dan dengan itu akan timbul masalah salah laku
dalam bilik darjah seperti bising dan menggganggu rakan serta berjalan-jalan ke tempat
duduk rakannya.

Guru juga boleh melaksanakan membuat borang kawalan pelajar dan juga membuat pas
keluar masuk pelajar untuk melihat dan mengawal tingkah laku pelajar semasa didalam
sekolah

Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan
perkara yang penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan persekitaran bilik darjah
yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor
emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan.

TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH
LAKU DAN DISIPLIN


Kesalahan displin dan Hukuman yang dikenakan

• Kesalahan ringan seperti Hukuman yang dikenakan adalah :
dari segi etika pemakaian o Pertama kali : Amaran bertulis
dan kekemasan diri sesorang o Kedua kali : Tingkah laku akan dibetulkan
pelajar o Ketiga kali : Dirotan satu kali dan ibu bapa
dipanggil di sekolah

• Kesalahan Sederhana Hukuman yang dikenakan adalah :
o Pertama kali : Amaran bertulis
seperti datang lewat dan juga o Kedua kali : Tingkah laku akan dibetulkan
o Ketiga kali : Dirotan satu kali dan ibu bapa
perbuatan yang tidak dipanggil di sekolah

mementingkan masa Hukuman yang dikenakan adalah :
o Pertama kali : Dilaporkan kepada Lembaga
• Kesalahan Berat seperti Tatatertib dan dirotan serta diberi amaran.
o Kedua kali : Digantung asrama tidak lebih 24
penyalahgunaan dadah, hari bagi pelajar asrama dan digantung
persekolahan tidak lebih 10 hari bagi pelajar
membawa senjata berbahaya harian.
o Ketiga kali : Dibuang dari asrama dan juga
dan juga berkelakuan kasar persekolahan.

Rumusan Pengurusan tingkah laku dan disiplin harus dilaksanakan
pihak sekolah berdasarkan yang terkandung dalam pekeliling
ikthisas dan peraturan sekolah. Setiap tindakan yang diambil

oleh guru disiplin terhadap pelajar-pelajar yang melanggar
peraturan sekolah amatlah wajar. Tingkah laku yang baik
adalah bermula daripada pengurusan tingkah laku yang

teratur dan baik untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan mengikut kaedah pengurusan yang telah
dirancang. Hal ini demikian bagi melatih setiap murid agar
berdisiplin dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.


Rujukan

Fieza. 15 Jun 2013. Pengurusan tingkah laku dan disiplin murid.

https://www.slideshare.net/fiezas0363/pengurusan-tingkah-laku-dan-disiplin-murid.

Shahrul Azniza. (2012). Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada

https://www.slideshare.net/cad092448/slide-show-pengurusan-tingkah-laku

https://drive.google.com/drive/folders/1kskKC1iMGB7l2tgnh6iy1AvIHFYbv07X?usp=sharing

TAJUK 10 : PENGURUSAN
PENASIHATAN MURID

Maksud bimbangan merupakan sebahagian daripada program yang dapat membantu
individu untuk menyelesaikan masalah. Menurut Zuraidah (1994), nasihat ialah kaedah
menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Pengurusan

Penasihatan Murid dapat dilihat dari 3 kompenan yang utama iaitu bimbingan,
penasihatan dan mentoring kepada murid untuk membantu murid mengetahui cara-

cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

Konsep Pengurusan Penasihatan Murid

Bimbingan

Menurut Othman 2001, Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses
menolong. Bimbingan juga membawa maksud kepada penasihata. Ia
melibatkan bagi membantu individu memahami dirinya untuk menggunakan
kebolehan, keupayaan dan bakat dengan sepenugnya. Sebagai contohnya,
seorang guru harus memberi bimbingan atau tunjuk ajar secara keseluruhan
kepada seorang pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Penasihatan

Memberi nasihat ialah satu cara menyelesaikan masalah tanpa memikikan
perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Konsep ini adalah lebih
berfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi. Cirinya juga adalah
berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih
berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih
berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan
pengiktirafan. Ciri yang terakhir adalah memberi nasihat adalah strategi yang
paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan
kesan.

Mentoring

Mentoring merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan
secara profesional. Mentor membawa maksud seorang rakan yang boleh
dipercayai, kaunselor atau guru. Menurut Eric Parsloe dan Monika Wray (2001),
David Megginson (1979), mengatakan bahawa mentor dan pementoran daripada
perspektif baru. “Pementoran adalah bantuan yang penting bagi perkembangan
diri staf baru. Sebagi seorang mentor seharusnya mempunyai minat yang tinggi
untuk membantu orang lain. Mentor mentee adalah satu program khidmat
sosial atau satu sistem sokongan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial
masyarakat kampus dalam konteks kerohanian, sosial, fizikal, emosi, mental dan
persekitaran.

TAJUK 10 : PENGURUSAN
PENASIHATAN MURID

Peranan Guru bimbingan dan kaunseling



Memberi penasihatan serta bimbingan kepada murid-murid seperti
kauselor mengadakan sesi kaunseling bersama pelajar secara individu
atau kumpulan.
Meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar seperti mengadakan
kursus atau program kesedaran bagi meningkatkan tahap kesedaran
dalam diri pelajar.
Membuat sebaran berkenan perkara yang berkaitan dengan bidang
kaunseling seperti mengedarkan bahan seperti poster, atau lain-lain
pada para pelajar bagi meningkatkan kesedaraan.

Rumusan Pengurusan penasihatan murid adalah saling berkait dengan

perhubungan menolong melalui perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang mana diharapkan bahawa masalah yang dihadapi
oleh individu dapat dibantu dalam mengatasinya. Pengurusan
penasihatan murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar

masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi

Rujukan

https://www.slideshare.net/rosdiramli80/pengurusan-penasihatan-murid-
pengurusan-pembelajaran-tajuk-kepimpinanan-peringkat-sekolah-dan-
kepimpinan-guru-tugasan-kumpulan-sem-1uthm
https://drive.google.com/drive/folders/12TZpFh8y-1HLg3WGg7pKU9VPk8udA91t?
usp=sharing

TAJUK 11 : PENGURUSAN MURID
PELBAGAI BUDAYA

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasil perlakuan yang dipelajari oleh
sekumpulan manusia daripada persekitaran. Pelbagai budaya membawa maksud
kepada sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan

menghormati kewujudan dalam kelompok dalam sesebuah organisasi atau
masyarakat. Dengan itu, pengurusan pelbagai budaya dimaksudkan satu

pengawalan pendidikan yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid
yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk

berinteraksi serta memahami setiap rakan dalam bilik darjah dengan baik.
(Ab Halim. Tamuri dan Nur Hanani Hussin, 2017).

Peranan guru dalam pengurusan pelbagai budaya

1. Membangunkan pengetahuan dan kefahaman murid mengenai masyarakat
2. Mengintegrasikan elemen-elemen kepelbagaian budaya dalam pengajaran
3. Menggunakan komunikasi secara verbal atau bukan verbal antara guru dan
pelajar digunakan untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses
pembelajaran
4. Mempunyai kemahiran mengurus bilik darjah untuk murid pelbagai budaya
5. Pendidikan mengenai pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat
sebagai sumber supaya murid dapat meningkatkan kefahaman

Isu kepelbagian budaya murid

Kekurangan sosialisasi budaya diantara pelajar disekolah, ia menyebabkan pelajar
tidak bersepadu bersama rakan yang kaum lain.
Masalah dengan kerja berkumpulan yang mana berlakunya jurang komunikasi
antara ahli. Perbezaan pendapat akan tercetus dan akan berlakunya konflik dalam
kalangan ahli kumpulan kerja kumpulan yang mana menyebabkan masalah dalam
menyiapkan tugasan
Ketidakadilan sosial juga akan berlaku, guru mungkin memberi tugasan yang
berbeza kepada pelajar yang berbeza, pelajar akan merasa tidak mempunyai
keadilan.

TAJUK 11 : PENGURUSAN MURID
PELBAGAI BUDAYA

Implikasi dan cabaran

Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu

para guru menangani perubahan secara berkesan
Menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan
kaedah dalam program perguruan asas/pra perkhidmatan.
Pendekatan program pengembangan yang menggalakkan keseluruhan staf
sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu sebenar dalam
konteks kerja yang sebenar.

Rumusan Pengurusan pelbagai budaya adalah penting kerana ia dapat
menggalakkan murid untuk mewujudkan persefahaman dan
perpaduan dalam kalangan murid yang terdiri daripada kaum
yang berbeza Kerjasama daripada pelbagai pihak tidak penting
bagi menjayakan matlamat sekolah dalam menyatupadukan

pelajar tidak kira berlainan budaya. Oleh itu, pengurusan
pelbagai budaya harus diberi perhatian oleh guru dalam usaha

untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid dan
membentuk kecemerlangan murid.

Rujukan

Wan Hanum Suraya Wan Mohamed. (2015). Pengaruh budaya sekolah, strategi

pembelajaran dan efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar

tingkatan 4 di Perak. Tanjong Malim: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamus Tribahasa Oxfard Fajar. (2000). Shah Alam: Oxfard Fajar Sdn. Bhd. Ab

Halim. Tamuri dan Nur Hanani Hussin. (2017). PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM

KEPELBAGAIAN BUDAYA: HARAPAN DAN CABARAN.

https://drive.google.com/drive/folders/1xOJ8y0HlxJw3_6OG0qQ17tVOQm4aLBHP?

usp=sharing

TAJUK 12 : PENGURUSAN MURID
PELBAGAI UPAYA

Pengurusan murid pelbagai upaya merujuk kepada pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan
lebih terarah kepada program pendidikan khas. Pengurusan pelbagai upaya
merupakan satu langkah diambil untuk memberi bantuan kepada murid-murid
yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya
ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-
pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau
mental. Pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan dari segi pemulihan,

pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas.

Pemulihan

Maksud perkataan pulih adalah merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi

kesulitan dalam pembelajaran. Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan dengan
usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu
yang tidak betul. Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang
dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan.
Pemulihan merupakan satu langkah awal dan langkah-langkah khas yang
diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira.

Pengayaan



Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada asas pembelajaran yang
dijalankan. Pengayaan mengandungi unsur- unsur untuk meluaskan pengetahuan
dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui
aktiviti murid-murid akan berpeluang untuk memperkembangkan lagi minat,
kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan di samping
melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan
dan masyarakat. Pengayaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pengayaan
mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti yang
dijalankan kepada murid yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah manakala
pengayaan menegak dilakukan kepada murid dalam kumpulan cerdas.

TAJUK 12 : PENGURUSAN MURID
PELBAGAI UPAYA

Pelbagai kecerdasan




Kecerdasan merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh

manusia seperti kemahiran menyelesaikan masalah, menangani masalah
sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif..
Terdapat lapan jenis-jenis kecerdasan yang perlu dikuasai oleh manusia
adalah Visual-linguistik, Logik-matematik, Visual-ruang, Kinestetik, Muzik,
Interpersonal dan Intrapersonal.

Berkeperluan khas

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan
untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dapat dilihat pelajar yang
dikatakan adalah dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang
lambat dalam satu atau lebih daripada sebab. Menurut Buku Garis Panduan
Pendaftaran OKU, menyenaraikan tujuh kategori OKU iaitu kurang upaya
pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan, kurang upaya
fizikal, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan pelbagai (multiple
disabilities).

Rumusan

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi

masalah didalam kelas. Guru memainkan peranan yang penting dalam
memastikan tahap keupayaan pelajar yang berbeza dan merancangkan
gaya pengajaran yang sesuai dengan pelajar telibat. Pendidikan khas sangat
memberi peranan yang penting untuk memenuhi keperluan pendidikan

murid-murid yang berkeperluan khas.

Rujukan

https://www.scribd.com/presentation/58940814/pelbagai-
upayahttps://www.scribd.com/document/135075251/Masalah-Murid-Pemulihan
https://drive.google.com/drive/folders/1_gselXsr9RCdS0wd39NukYWigL5g267q?
usp=sharing

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN
PERSEKITARAN

Menurut kamus Edisi Keempat, sekolah merujuk kepada tempat bagi belajar
dan mengajar serta tempat menerima dan memberi pelajaran. Pengurusan
sekolah bukan sahaja memerlukan kerjasama dalaman semata-mata tetapi

memerlukan kerjasama dari anggota masyarakat di luar seperti ibu bapa,
sekolah atau instituisi, jabatan dan kementerian Menurut Ahmad Kilani

Mohamed (2003) menjelaskan bahawa pengurusan sekolah merupakan satu
usaha untuk menjayakan sistem pendidikan.



Kepentingan sekolah dan persekitaran

• Menentukan corak kerja yang berkesan dalam usaha mecapai objektif pendidikan
yang baik
• Membina masyarakat yang berpendidikan tinggi.
• Melahirkan persekitaran tempat kerja.
• Memudahkan urusan pentadbiran dan yang penyediaan alat bantu mengajar.

Hubungan guru dan pengurusan sekolah

Di sekolah guru bukan sahaja seorang pendidik tetapi bertindak sebagai ibu bapa, dan
seorang kaunselor. Guru-guru perlu memberi perhatian kepada murid-murid ketika
mereka di sekolah. Guru juga perlu membantu pentadbiran sekolah menyediakan
soalan-soalan peperikasaan serta menyediakan surat jemputan ibu bapa. Apabila
pelajar menghadapi masalah guru juga sebagai seorang kaunselor untuk membantu
dan memberi cadangan kepada pelajar supaya memilih pilihan yang betul dalam
kehidupan mereka. Dengan mendapat bantuan dari guru pengurusan sekolah akan
menjadi lebih lancar dan persekitaran sekolah akan menjadi lebih harmoni.

Hubungan ibu bapa dengan pengurusan sekolah

Apabila pelajar di rumah ibu bapa juga bertanggungjawab untuk membimbing anak-
anak mereka. Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan
dana dan kepakaran. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab membantu
membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah. Kehadiran ibu bapa
ke program sekolah juga dapat memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru
dan murid-murid. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah
ketidakfahaman antara ibu bapa dan sekolah.

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN
PERSEKITARAN

Rumusan Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan

antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat

sekolah Selain itu, dapat menjalinkan hubungan dengan
masyarakat seperti sekolah dan pihak luar. Ia juga memberi
peluang kepada semua pihak seperti pelajar dalam proses

interaksi.



Rujukan

Ahmad Kilani Mohamed. (2003). Pengurusn Pendidikan di Sekolah (Edisi
Pertama). Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
https://drive.google.com/drive/folders/16J26LnBpfupHwAorClwNZPzHrBPkM0fD
?usp=sharing

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM
PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan proses interaksi antara murid didik dengan
pendidik agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau

penguasaan kemahiran atau pembentukan sikap dan kepercayaan pada
peserta didik, (Noor Hisham Md Nawi, 2011). Pengurusan alam pembelajaran

yang sistematik di sekolah amat penting dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berlaku dengan berkesan dan

berkualiti berdasarkan masa yang ditetapkan.





Konsep Pengurusan Pembelajaran

Peranan seorang guru bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan, akan tetapi guru juga perlu mahir bertindak sebagai seorang
pengurus. Guru perlu mempunyai kemahiran merancang, mengawal, mengelola
dan mengurus.

Sebelum: Semasa: Selepas:
i. Menyediakan alat bantu i. Mengawal peraturan i. Menyediakan soalan-
mengajar
ii. Merancang strategi bilik darjah soalan peperiksaan
dan kaedah pengajaran
yang efektif ii. Mengawal suasana ii. Menyemak tugasan

bilik darjah murid Pengurusan

pembelajaran efektif

Peranan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran

Fungsi kognitif seperti persepsi, memori bahasa dan pemikiran
berkomunikasi, penaakulan, membuat keputusan dan aspek kecerdasan,
emosi serta kesedaran
Keupayaan kognitif harus diperkaya melalui pelbagai teknik pengajaran.
Guru memahami dan mengaplikasikan proses kognitif dalam pengajaran

dan pembelajaran, maka pelajar dapat menumpukan perhatian yang

sepenuhnya terhadap pengajaran.

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM
PEMBELAJARAN

Rumusan Pengurusan alam pembelajaran di sekolah penting dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

berlaku dengan berkesan. Pengurusan alam pembelajaran
yang baik dapat mewujudkan suasana yang kondusif

sekaligus dapat meningkatkan keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kecekapan
guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurusan dapat

mewujudkan suasana yang kondusif.



Rujukan

RAEDAH BINTI MD AMIN (2013), PENGURUSAN PENGAJARAN
DANPEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI ZON BANDAR
DAERAH KOTATINGGI , Universiti
TeknologiMalaysia.http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP20
13.pdf
https://drive.google.com/drive/folders/1ftdOMolpg4fB67oAdHuiLjiQcf-1lP9-?
usp=sharing

PENUTUP

Alhamdulillah, syukur kehadrat Tuhan kerana dengan izin dan kurniaNya
saya berjaya menyiapkan tugasan individu ini pada masa yang ditetapkan.
Saya telah mendapat banyak manfaat dan juga ilmu berkaitan subjek KPS
3014 pengurusan pembelajaran melalui tugasan individu ini. Dalam proses
penyiapan tugasan ini, saya mendapat pelbagai sumber dari pelbagai
rujukan yang mana salah satunya diperolehi daripada kerjasama yang
diberikan rakan-rakan sekelas mahupun berlainan kumpulan kuliah. Oleh
yang demikian, saya mudah dalam mencari sumber dan juga maklumat-
maklumat bagi tajuk-tajuk dalam subjek ini.

Saya banyak memperoleh ilmu baharu sepanjang proses penyiapan
tugasan ini, antaranya ialah saya dapat mempelajari untuk menghasilkan
e-folio didalam bentuk bukan secara fizikal. Tugasan ini membantu saya
dalam meningkatkan nilai dan juga memberi saya peningkatan dari segi
untuk berinteraksi bersama rakan dalam menyelesaikan masalah. Hal ini
juga telah membantu saya dalam meningkatkan kesungguhan dalam
mencari sumber bagi menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat dalam membantu saya sepanjang penyiapan tugasan ini. Saya juga
ingin berterima kasih kepada pensyarah saya iaitu Profesor Dr. Abdul
Rahim Bin Hamdan kerana telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar
dalam menyempurnakan tugasan ini. Saya amat berharap agar e-folio ini
akan memberi manfaat kepada semua.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version