51CASA DEI BAMBINI Dikenali sebagai 'Rumah Kanak-Kanak' Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri. Kanak-kanak lebih mudah untuk mempelajari sesuatu sekiranya mereka diberi peluang untuk berkomunikasi dengan persekitaran di mana saja mereka ada
52GLASS CLASSROOM Pameran bilik darjah Membolehkan penonoton untuk memerhatikan dengan kagum kanak-kanak yang sedang tekun belajar tanpa sedar kepada orang yang sedang mengelilingi mereka Membantu memajukan pendidikan Montessori di seluruh negara
53BAHAN BANTU MENGAJAR pink tower cylinder block smelling jar Berbentuk untuk mengajar pelajaran tertentu berbentuk (self-correcting)
28IMPLIKASI MODEL MONTESSORI 54
55Persekitaran yang selamat memberi keberkesanan kepada aktiviti kanak-kanak menggunakan deria mereka dengan cekap bersesuaian dengan persekitaran Menekankan pembelajaran secara induvidu atau kumpulan kecil kanak-kanak lebih berdikari dalam Persek melaksanakan aktiviti itaran menarik dan menyeronokkan dengan penggunaan alat-alat autentik dan natural kanak-kanak mempunyai kemahiran sosial yang baik serta mampu berfikiran kreatif Pembelajaran tidak bergantung kepada jadual dan peraturan tadika memberi keseronokkan kepada murid serta emosi kanak-kanak lebih stabil dan mereka lebih cekap Penggunaan bahan pembelajaran menguruskan diri yang aktif dari segi sensori, kemahiran hidup, akademik serta seni dan budaya melatih dan mengasah lagi motor kasar kanak-kanak serta mendedahkan kepada mereka dengan dunia pembelajaran yang kompetitif
20MODEL PROGRAM HEADSTART 56
Sejak ditubuhkan sehingga tahun 2003, Head start telah memberi perkhidmatan kepada 21 juta kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari aspek ekonomi. Di awalnya ia merupakan program pada musim panas dan akhirnya berkembang menjadi sebuah program yang komprehesif untuk kanakkanak Head start mendapat sokongan dan galakan dari yang kuat dari pembuat dasar di Amerika Syarikat. Menurut Zigler dan Muenchow 1992,Head Start dikenali sebagai “ the most important social and educational experiment of the second half of the twentieth century Pengenalan Program pendidikan awal kanak-kanak yang utama (Federal Programme) diperkenalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1965 57
Empat domain utama yang ditekankan ialah sosial, emosi,kognitif dan fizikal.Head start cuba menghasilkan kanak-kanak yang berkembang secara menyeluruh. Head Start mempunyai objektif yang luas dalam perkembangan dan hasil pembelajaran bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Matlamat membina kesediaan kanak-kanak ke sekolah dengan cara meningkatkan perkembangan kognitif dan sosial melalui perkhidmatan kesihatan, pendidikan, nutrisi, sosial dan keperluan lain yang dirasakan perlu 58
Dalam tahun 2002 program Head Start telah memberi perkhidmtannya kepada 912,345 kanak-kanak dari 50 buah negeri termasuk daerah di Columbia,Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Terdapat sejulah 18,865 Pusat Head start dan sejumlah 49,800 buah kelas.Seramai 198,000 kakitangan dan 1.4 juta sukarelawan yang berkhidmat untuk program Head Start. Majoriti kanak-kanak yang menerima perkhidmatan Head Start adalah yang berusia 4 tahun sebanyak 52% manakala 3 tahun adalah sebanyak 36%. Kebanyakan Head Start menawarkan perkhidmatan separuh hari persekolahan, tetapi ada ia sedang berkembang untuk menjadikan program satu hari penuh.Kebiasaannya lawatan ke rumah akan dibuat sebanyak 2 kali setahun bagi setiap kanakkanak. Organisasi dan skop semasa program Head Start 59
Head Start secara amnya mengamalkan Amalan Bersesuaian Perkembangan kanakkanak yang disarankan oleh Persatuan Pendidikan kanak-kanak kebangsaan (Bredekamp& Copple,1997). Tujuannya adalah untuk menyeimbangkan kebolehan kanak-kanak dengan aktiviti yang diarah oleh guru sama ada dalam aktiviti kelas,kumpulan dan individu. Sosiemosi pula dibina dengan cara membina kepercayaan, sifat berdikari dan kawalan diri. Kanak-kanak juga akan melalui pengalaman eksperimen,inkuiri penemuan,pemerhatian, main dan eksplorasi. Kanak-kanak juga diberi peluang mengekspreskan diri secara kreatif melalui aktiviti seni,muzik dan dialog. Tujuan program Head start diadakan di bilik darjah adalah untuk memastikan masa yang mencukupi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,ruang pembelajaran yang baik,dan juga peralatan yang mencukupi manakala program di rumah bertujuan untuk ibubapa supaya menghargai nilai perkembangan fizikal dan memberi persekitaran yang selamat dan aktiviti main yang aktif. 60
Kurikulum yang digunapakai oleh Head start adalah komprehensif dan mampu menyediakan kanak-kanak ke sekolah rendah kelak. Pada tahun 2002,Biro Head Start telah memperkenalkan Program Strategik Pendidikan untuk Guru (STEP) bertujuan untuk memberi asas pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan bertujuan mengkoordinasikan kemahiran guru-guru di sekolah kerajaan dan swasta. Head menyediakan beberapa kemudahan untuk kanak-kanak dan keluarga seperti perkhidmatan klinik kesihatan, kesihatan mental,Nutrisi, perkhidmatan untuk kanak-kanak bekeperluan khas, perpustaakan,muzium dan perniagaan yang boleh membantu ekonomi keluarga. 61
Menurut Mckey,Condelli (1985) tiada bukti yang jelas menunjukkan ia adalah berpunca dari peranan program Head Start. Ini kerana daripada 210 laporan yang disintesis hanya 72 buah laporan yang menjelaskan tentang peningkatan kognitif manakala 17 laporan menjelaskan tentang perkembangan sosioemosi. Keberkesanan Program Head Start Kajian pertama telah dilaksanakan oleh Westinghouse Learning Corporation (1969). Pada tahun 1985 sebanyak 210 laporan yang diterbitkan dan tidak diterbitkan mengenai Head Start mendapati peningkatan dan nilai tambah terhadap perkembangan kognitif, keupayaan, pencapaian motivasi, sikap menghargai diri, tingkahlaku social dan indikator berkaitan kesihatan 62
pelan yang dilaksanakan termasuk program STEP yang bertujuan untuk menyelaraskan pendidikan awal kanak-kanak dengan sekolah kerajaan agar mempunyai kesinambungan. Masa Depan Head Start Presiden George W. Birch melancarkan perancangan semula Pelan Pendidikan yang menekankan keperluan menyediakan kanak-kanak kemahiran membaca dan Berjaya di sekolah melalui peningkatan program pendidikan awal kanak-kanak termasuk program Head Start. Dalam pelan tersebut beberapa strategi telah diperkenalkan untuk mengukuhkan lagi program Head Start seperti merangka Good Start, Grow Smart Initiative, termasuk sistem akuntabiliti untuk memastikan semua Head Start mecapai standard literasi awal, bahasa dan kemahiran numerasi. 63
Selain itu Head Start perlu mengikuti perubahan keperluan keluarga yang berpendapatan rendah dan keluarga yang hidup dalam kemiskinan. Golongan tersebut memerlukan pusat asuhan untuk bayi dan kanak-kanak yang lengkap. program Head Startr perlu mempertahan dan mengukuhkan peranannya sebagai National Laboratory untuk memperkembangkan model baru berkaitan program inovatif untuk kanakkanak dan keluarga Head Start juga harus memperkukuhkan kerjasama dengan institusi dan sumbersumber lain dalam usaha kearah mencapai kejayaan Untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dan pencapaian dalam pembelajaran tidak hanya dengan meransang bilik darjah tetapi memerlukan sokongan dan hubungan antara kanak-kanak dan ibubapa dan sokongan masyarakat yang mengambil berat tentang keluarga dan persekitarannya. 64
Implikasi Pelaksanaan Program Head Start Di Malaysia Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu asuhan (0-4 tahun) dan pendidikan awal (4 -6 tahun) yang dikenali sebagai tadika dan prasekolah Di Malaysia, PERMATA NEGARA merupakan sebuah program asuhan untuk bayi dan kanakkanak berumur sehingga 4 tahun.Program PERMATA NEGARA merupakan satu usaha membekalkan pendidikan awal yang komprehensif yang diperkenalkan oleh Isteri Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansur dan diletakkan di bawah seliaan jabatan Perdana Menteri Sasaran utama program tersebut adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dan yang tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan asuhan yang berkualiti 65
PERMATA telah dilaksanakan pada tahun 2008 dan dianggarkan lebih kurang 27 pusat PERMATA negara beroperasi di Malaysia dan dalam usaha memperkembangkan ke semua TASKA yang beroperasi di Malaysia. Kementerian Pelajaran telah menghasilkan kurikulum yang komprehensif untuk kanak-kanak dan ia digunapakai oleh semua tadika yang beroperasi di negara ini. Seperti juga Head Start, peranan pembuat dasar adalah banyak di dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak di Malaysia. Inisiatif telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke – 10, Pelan Transformasi Kerajaan, NKRA dan NKEA di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun razak. Pendidikan Prasekolah ataupun Tabika dan Tadika di Malaysia dilaksanakan oleh tiga kementerian yang utama iaitu kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah dan Jabatan Perpaduan Negara Tadika swasta yang merupakan penyedia perkhidmatan yang pendidikan untuk kanak-kanak yang terawal di negara ini terletak dan tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia. 66
Namun demikian perbezaan yang dapat dilihat ialah penglibatan ibu bapa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Program Head Start menekankan kesinambunangan pembelajaran di bilik darjah dan di rumah Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan anak-anak mereka. Di awal Malaysia, penglibatan ibu bapa di peringkat awal pendidikan masih kurang dan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa masih perlu dipupuk.Ibu bapa agak kurang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kanakkanak. Tanggungjawab sebahagian besarnya hanya diserahkan kepada guru untuk memperkembangkan potensi anak- anak mereka. 67
68RUMUSAN Pandangan-pandangan tokoh ini dapat mencerminkan dan memberikan pendekatan yang berbeza terhadap pendidikan awal anakanak, tetapi kesemuanya berfokuskan kepada pengembangan potensi kanak-kanak melalui pengalaman, interaksi, dan perhatian terhadap perkembangan individual kanak-kanak. Model-model pendidikan awal yang pelbagai, tetapi tujuan utamanya adalah menciptakan lingkungan yang menyokong pertumbuhan dan pembelajaran anak-anak secara holistik.
FFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. PPT. (n.d.). https://www.slideshare.net/AntashaK/falsafah-pendidikan-awal-kanakkanak Unknown. (1970, January 1). Pendekatan Reggio Emilia: Provokasi Dan Kerjasama Dengan Pendidik Awal Kanak-Kanak di Amerika Syarikat. PENDEKATAN REGGIO EMILIA PROVOKASI DAN KERJASAMA DENGAN PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK DI AMERIKA SYARIKAT. https://katacikguece.blogspot.com/2015/05/pendekatan-reggioemilia- provokasi-dan.html Scribd. (n.d.). Pengurusan pelaksanaan program pakk - model montessori. Scribd . https://www.scribd.com/presentation/384586062/Pengurusan-Pelaksanaan-ProgramPakk-Model-Montessori Montessori. Dunia Pendidikan Kanak-Kanak.(n.d.). http://nurafida.weebly.com/montessori.html Darwisyaayom. (2022, November 4). Implikasi Serta Sumbangan,tokoh Dan Model pendidikan Awal Kanak-Kanak - flip ebook pages 1-15: Anyflip: Darwisyaayom. AnyFlip. https://anyflip.com/xkyvz/uuzd/basic Scribd. (n.d.-a). Pandangan Tokoh-Tokoh Pakk. Scribd. https://www.scribd.com/presentation/398195459/Pandangan-Tokoh-Tokoh-Pakk RUJUKAN 69