TARIKH: 10 MEI 2023 MASA: 7:00 AM - 5:00 PM TEMPAT: DEWAN HARUM MANIS PTSS ANJURAN: MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KEMPEN DERMA DARAH SATU BEG DARAH MAMPU SELAMATKAN 3 NYAWA
Kata Alu-aluan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa dengan berlangsungnya program Kempen Derma Darah pada tahun 2023 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk merakamkan kata alu-aluan dalam buku program ini. Matlamat program ini diadakan adalah untuk menigkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanam sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan Saya berharap agar program kempen derma darah ini dapat membuka mata semua yang hadir ke program ini bahawa sukarela untuk menderma darah merupakan satu nilai positif yang perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia kita kerana dngan hanya menderma setitik darah kita mampu untuk menyelamatkan banyak nyawa. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang bersama sama terlibat dan hadir untuk menjayakan program ini. Sekian, EN.ABDUL MALEK BIN HASSAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera
Kata Alu-aluan Ketua Penyelaras Program Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana izin serta limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama haadir ke program kempen derma darah ini. Saya mewakili semua ahli jawatankuasa program ini ingin merakamkan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran yang berhormat Tuan Pengarah Politeknik, En. Abdul Malek Bin Hassan kerana dapat meluangkan masa bersama sama kita bagi merasmikan program derma darah pada pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kassih juga saya rakamkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah kerana sudi bersama sama menjayakan program ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Saya juga amat menghargai kehadiran semua pensyarah, mahasiswi, mahasiswa atas kesudian untuk menghadiri program ini. Kerjasama anda amatlah kami hargai. Sekian, PN. ASMIZA BT OTHMAN
OBJEKTIF PROGRAM Bagi memberikan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa. Bagi menangani masalah kekurangan darah dalam tabung darah di hospital kerajaan. Bagi memupuk sifat penyayang dan sedia menolong di kalangan masyarakat Malaysia secara amnya dan mempertingkatkan interaksi dan memupuk persahabatan tanpa mengira bangsa dan agama ke arah mewujudkan integrasi masyarakat. 1. 2. 3.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah NAMA PROGRAM: Kempen Derma Darah TEMA: Tema Kempen Derma Darah 2023 ialah "Satu Beg Darah Mampu Selamatkan 3 Nyawa" ANJURAN: DENGAN KERJASAMA: TARIKH: 10 Mei 2023 MASA: 7.00 Pagi - 5.00 Petang TEMPAT: Dewan Harum Manis PTSS BILANGAN PESERTA: Peserta Terdiri Daripada 50 Orang Mahasiswa dan Mahasiswi Politeknik Dari Semester 4 dan 5 serta 30 orang Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin BUTIRAN PROGRAM
TENTATIF PROGRAM MASA TENTATIF PROGRAM 7:00 pagi Pendaftaran peserta 8:00 pagi Ketibaan pegawai kesihatan dan kakitangan Hospital Tuanku Fauziah 8:30 pagi Ucapan aluan pengerusi program dan ucapan pengarah PTSS 8:50 pagi Taklimat kesihatan dan kakitangan hospital dan penerangan tentang kempen derma darah 9:15 pagi Sudut pameran dibuka - Pameran Kempen Derma Darah - Pameran Kesihatan - Kaunter Kesihatan 9:30 pagi. Program Derma Darah bermula 9:40 pagi Kaunter Derma Darah dibuka 9:50 pagi Ujian saringan dan pemeriksaan kesihatan untuk peserta 10:15 pagi Sesi derma darah berlangsung 12:30 tghari Makan tengah hari dan rehat 2:00 petang Pemeriksaan kesihatan dan sesi derma darah diteruskan 5:00 petang Program tamat dan bersurai
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Nama Aktiviti: i) Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma ii) Kuiz Kesihatan Penganjur: Dengan Kerjasama: Hospital Tuanku Fauziah, Perlis Tarikh: 10 Mei 2023 Masa: 7:00 pagi - 5:00 petang Tempat: Dewan Harum Manis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin BUTIRAN AKTIVITI
GAMBAR AKTIVITI
PENAUNG EN ABDUL MALEK BIN HASSAN (PENGARAH) PENASIHAT PN NORLILI JUWITA BINTI ARSHAD (TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK) EN ROSNIZAM BIN KAMIS (TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK) PENYELARAS PROGRAM PN ASMIZA BINTI OTHMAN PENDAFTARAN PN JAMILAH BINTI HUSSAIN PN ZATI HAFIZA BINTI ABDUL HALIM PN NORSYAHIDA BINTI MOHD MAAMON JEMPUTAN PN NOR ASHIKIN BINTI MOHD ISA PN JUWITA BINTI MOHD JOHAN PN NORHARLINDA BINTI HARUN JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Sekalung Budi Setulus Penghargaan kepada: Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pensyarah-pensyarah dan seluruh warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Serta semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Program Kempen Menderma Darah pada tahun 2023 ini. Sekalung Penghargaan