The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Q- BULETIN 2023 EDISI PERTAMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DR. SHARLINA BINTI OSMAN (HDOK), 2024-02-19 02:56:14

Quality Buletin HDOK

Q- BULETIN 2023 EDISI PERTAMA

1


Sekapur Sirih 2


Pendahuluan Unit Kualiti Hospital Duchess Of Kent Sandakan ditubuhkan pada 2009 berdasarkan saranan daripada surat pekeliling dari Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM Bil. (35) dlm KKM bertarikh 30 Januari 2002 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti. Pada permulaan, unit ini bertempat di Jabatan Rekod Perubatan & Dokumentasi. Bermula pada 15 Oktober 2012, Unit Kualiti telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu di Pejabat Pengurusan Klinikal, Aras 2, bangunan Klinik Pakar. Unit ini bertanggungjawab dalam memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti yang dijalankan oleh semua penyelaras Jawatankuasa Kualiti yang telah dilantik. ★ Untuk yang terkini unit ini dianggotai oleh 1 Pegawai Perubatan dan 1 Ketua Jururawat. Hari 3


Perancangan untuk HDOK menjalani pensijilan akreditasi MSQH telah dibuat pada peringkat awal tetapi tertangguh disebabkan Pandemik Covid-19 yang melanda dunia bermula pada hujung tahun 2020. Setelah Covid-19 terkawal, aktiviti-aktiviti berkaitan pensijilan akreditasi di giatkan semula. Pelbagai latihan di peringkat hospital diadakan untuk menghadapi pensijilan MSQH kali pertama. Pasukan Task force yang terdiri daripada pelbagai kategori kakitangan dibentuk untuk menjayakan dan memudahkan pensijilan serta menjadi rujukan bagi kakitangan. Simulasi Survey ( Mock Survey) telah dijalankan pada 20-22 September 2023 dari pihak JKNS dan Penilaian akreditasi sebenar daripada pihak MSQH telah selamat dijalankan pada 6-8 November 2023. 4


Bengkel ini telah diadakan oleh pihak JKNS bagi membantu semua kakitangan dan pihak HDOK untuk menempuh pensijilan Akreditasi MSQH buat pertama kali. Bengkel ini turut disertai oleh wakil dari Hospital Kinabatangan dan Hospital Beluran. Selain ceramah berkaitan akreditasi dan sesi soal-jawab, lawatan ke Unit dan Jabatan serta “ Night Survey” turut dijalankan. 5


Simulasi Survey telah diadakan pada 20-22 September 2023 bagi membantu serta memberi gambaran berkenaan survey sebenar kepada kakitangan HDOK. 6


Penilaian sebenar akreditasi oleh pihak MSQH telah berjaya dilakukan pada 6-8 November 2023 dengan kerjasama dari semua kakitangan HDOK. 7


8


Mesyuarat JK Keselamatan Pesakit telah diadakan julung- julung kalinya secara bersemuka pada 9 Jun 2023 dan telah di pengerusikan oleh Pengarah Hospital iaitu Dr Mohd Fahmie bin Othman. Mesyuarat ini digabungkan bersama dengan JK Laporan Insiden HDOK. Ketika mesyuarat, takwim serta data berkaitan telah dibentangkan. Minggu Keselamatan Pesakit telah dirancang pada 18- 22 September 2023 sempena sambutan World Patient Safety Day pada 17 September 2023. Tema Sambutan adalah “ MELIBATKAN PESAKIT UNTUK KESELAMATAN PESAKIT”. Walaubagaimanapun, Sambutan ini ditunda kepada 2-6 Oktober sebagai memberi laluan kepada Mock Survey Akreditasi dari pihak JKNS. Selain itu, Nyalaan lampu oren di papan tanda HDOK telah berjaya dilaksanakan pada 17 September 2023. 9


Sambutan Minggu Keselamatan Pesakit ini telah di rasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan iaitu Dr Aminudin Baki pada hari pertama sambutan iaitu pada 2 Oktober 2023. 10


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mengikut Goals masing-masing seperti yang terdapat dalam MPSG 2.0 ( Malaysian Patient Safety Goals). ★ 2 Oktober 2023 Patient Safety & Incident Reporting ★ 3 Oktober 2023 Infection control & Prevention ★ 4 Oktober 2023 Transfusion Error ★ 5 Oktober 2023 Safe Surgery Saves Lives ★ 6 Oktober 2023 Medication Error & Sambutan World Pharmacist Day 11


12


13


Pada tahun 2023 , JK Laporan Insiden bagi Keselamatan Pesakit telah dibentuk di peringkat HDOK dan telah melibatkan pelbagai direktorat termasuk klinikal dan sokongan klinikal. AJK-AJK ini telah dilantik sebagai wakil bagi jabatan atau unit masing- masing. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada tahun 2023 terutamanya dari segi latihan berkaitan pelaporan insiden serta aktiviti untuk meningkatkan kesedaran kakitangan berkaitan insiden keselamatan pesakit. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: ★ 13 Julai 2023 CME Pengenalan IR/RCAA 2.0 bagi Penolong Pegawai Perubatan secara hybrid dan melibatkan hospital kluster ★ 21 Julai 2023 Bengkel TOT Incident Reporting HDOK Bil 1/2023 ★ 27 Julai 2023 CNE Pengenalan IR/ RCAA 2.0 bagi Jururawat secara hybrid melibatkan hospital kluster. ★ 28 Julai 2023 Patient Safety dan IR 2.0 dibentangkan ketika mesyuarat perhimpunan pagi HDOK. ★ 2 Oktober 2023 Bengkel Patient Safety & Incident Reporting Sempena Minggu Keselamatan Pesakit ★ 11 Oktober 2023 Roadshow Awareness IR 2.0 - Penyeliaan Fail IR Unit /Jabatan serta Kajian Kefahaman Polisi IR. 14


Roadshow Awareness IR 2.0 julung-julung kali telah diadakan di HDOK sebagai salah satu aktiviti untuk memantau Fail IR Unit/Jabatan serta menjalankan kajian kefahaman kakitangan berkaitan Insiden keselamatan Pesakit. Selain itu, Penyeragaman Fail IR bagi setiap Unit dan Jabatan telah dilaksanakan bagi memudahkan pemantauan serta pelaksanaan IR yang lebih berkesan serta efektif. Polisi Operasi Laporan Insiden HDOK serta Metodologi Pelaporan IR juga telah dibentuk pada 2023 bagi menambahbaik sistem pelaporan IR di HDOK. 15


Sepanjang 2023, Pelaporan IR telah dipantau dan pelaporan kedalam e-IR telah dilakukan oleh penyelaras. Pecahan IR mengikut bulan 2023 seperti di bawah; Pelbagai tindakan penambahbaikan telah dijalankan termasuk memberi latihan serta peringatan secara berterusan kepada semua kakitangan untuk membuat pelaporan yang telus meliputi semua insiden keselamatan pesakit termasuk insiden Near miss.Semua Insiden yang dilaporkan akan disiasat untuk tindakan segera supaya kejadian sama tidak berulang dan keselamatan pesakit terjaga. 16


Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mendapat pengiktirafan 2-STAR EMGS pada 2018 dan telah menjalani Audit Pensijilan 3-STAR pada 11-13 Oktober 2023. Jumlah penjimatan ( Sept 2022 sehingga Aug 2023) adalah sebanyak RM 164,963 dengan Building Energy Index sebanyak 6.09%. Pelbagai tindakan dalam memastikan pengurusan tenaga yang efektif serta cekap telah dijalankan oleh pihak Jawatankuasa. Terdapat beberapa OFI yang telah dikenalpasti oleh pihak Auditor ketika audit berlangsung. Justeru itu, penambahbaikan sedang giat di jalankan dalam memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mendapat pensijilan 3-STAR. 17


Pada tahun 2023 juga telah menyaksikan Jabatan Dietetik & Sajian HDOK telah berjaya mendapatkan beberapa pensijilan seperti berikut: GMP ( Good Manufacturing Practices) 13 Feb 2023 sehingga 12 Feb 2026 HACCP ( Hazard Analysis and Critical Control Point) 13 Feb 2023 sehingga 12 Feb 2026 MESTI 13 Feb 2023 sehingga 12 Feb 2026 TRUST MYCATERING 25 Sept 2023 sehingga 24 Sept 2026 18


19


Tempat kerja yang kondusif, seragam dan bersih adalah menjadi satu budaya dan amalan yang perlu diterapkan di kalangan semua kategori kakitangan. HDOK telah menjalani pensijilan EKSA sebanyak 3 kali bermula pada tahun 2015. Pensijilan terkini adalah pada tahun 2019 yang telah berjaya dengan kategori Baik. Pensijilan semula telah dirancang dan permohonan kepada pihak MAMPU telah dibuat. Audit Dalaman EKSA telah dijalankan sebanyak 2 kali sepanjang 2023 dan tahap pematuhan terhadap amalan EKSA menunjukkan peningkatan ketika Audit Dalaman Ke 2. 20


Sepanjang Audit Dalaman berlangsung, pelbagai inovasi dan kreativiti dapat dilihat seperti di dalam gambar. Kebanyakan inovasi yang dilaksanakan dapat memberikan ruangan kerja lebih kemas, teratur serta “ Go green” di mana penggunaan barang-barang terpakai seperti kotak, botol plastik dan sebagainya. 21


HDOK pertama kali nya menjalani Pensijilan Hospital Mesra Ibadah pada 24 Oktober 2023. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebelum audit sebenar berlangsung. Aktiviti-aktiviti melibatkan kakitangan dan terutamanya pesakit-pesakit dalam memberi pemahaman berkenaan hospital mesra ibadah dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memberi kemudahan kepada semua dalam menjalankan kewajiban beribadah. Penerangan berkaitan cara-cara bertayamum serta cara solat ketika sakit diberikan oleh kakitangan dengan pemantauan daripada AJK HMI hospital. 22


23


Latihan Kebakaran (fire drill) telah diadakan pada 1 Disember 2023. Kebakaran adalah di kawasan dapur dan linen yang disebabkan letupan tong oksigen. Latihan turut dibantu pihak bomba Sandakan. Pelbagai kelemahan dapat dikenalpasti ketika latihan diadakan. Tindakan penambahbaikkan serta latihan yang berterusan telah dirancang bagi meningkatkan kesedaran terhadap tindakan segera yang perlu diambil sekiranya kebakaran berlaku bagi mengelakkan kemalangan jiwa terjadi. 24


Kerjasama dari semua kakitangan hospital dapat dilihat dalam menjayakan fire drill ini. Latihan akan terus dijalankan dari masa ke semasa untuk memantapkan lagi pengurusan kebakaran sekiranya berlaku di HDOK di masa akan datang. 25


Sepanjang tahun 2023 JK Kawalan Infeksi telah menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya dalam pemantauan data-data berkaitan serta latihan kawalan jangkitan dan pematuhan Hand Hygiene. 17 April 2023 Pertandingan Kebersihan Tangan peringkat Kluster Sandakan 16 Mei 2023 Sambutan World Hand Hygiene Day 2023 dan Seminar Pencegahan dan Kawalan Infeksi peringkat Kluster 12-23 Jun 2023 Audit Hand Hygiene Penggal 1 (Jan-Jun) 11-16 Julai 2023 Latihan Kawalan Jangkitan untuk kakitangan CLS Sedafiat HDOK Ogos 2023 Latihan Kawalan Jangkitan di kalangan staf keselamatan 2 November 2023 Latihan Kawalan Jangkitan di kalangan staf Dental HDOK 13-20 November 2023 Audit Hand Hygiene Penggal 2 (Jul-Dis) 24 November 2023 Sambutan AMS Week 6 Disember 2023 Kursus Link Nurse Bil 2 / 2023 pada 26


Sambutan World Hand Hygiene Day 2023 dan Seminar Pencegahan dan Kawalan Infeksi peringkat Kluster telah berjaya diadakan pada 16 Mei 2023 bertempat di ILKKM Sandakan.Sambutan ini telah di rasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan iaitu Dr Aminudin Baki. Pelbagai aktiviti dalam memberi kesedaran berkaitan kepentingan kebersihan tangan telah dijalankan. Selain itu, pemenang-pemenang bagi pertandingan video singkat berkenaan hand hygiene turut diraikan. 27


28


Bersempena World Antimicrobial Resistance (AMR) Awareness Week 2023, Jawatankuasa Antimicrobial Stewardship dan Unit Kawalan Infeksi HDOK telah menjemput semua warga kerja HDOK untuk menyertai sambutan ini. Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kerintangan antimikrobial dalam kalangan orang awam dan staf-staf kesihatan di HDOK. Open Webinar Antimicrobial Resistance telah diadakan pada 23 November 2023 dan Perasmian serta booth pameran telah dilaksanakan pada 24 November 2023 29


Selain itu, pada tahun 2023 juga telah menyaksikan berlakunya CRE Outbreak di Wad Perubatan Lelaki dan Wad Perubatan Perempuan pada bulan Mei dan Jun. Pemantauan Surveilans MDRO telah dijalankan pada setiap bulan. Pemantauan Data ini dapat mengenalpasti kenaikan kes-kes CRE seterusnya tindakan serta merta diambil untuk penambahbaikan dan kawalan infeksi. Tindakan pengawalan termasuk “ TERMINAL CLEANING” di wad berkaitan, kawalan bilangan pelawat , pengasingan pesakit serta mengetatkan pematuhan Hand hygiene. Tindakan-tindakan yang diambil telah menunjukkan kesan positif dan CRE Outbreak berjaya dikawal. Sehingga kini, pemantauan berterusan tetap dijalankan. 30


31


JK HPIA/KPI telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang 2023 seperti berikut 13 Mac 2023 Audit Silang ke Hospital Tawau 17 Mac 2023 Audit Silang HLDU ke HDOK 4 April 2023 Pembentangan HPIA/KPI bagi suku tahun pertama di dalam Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan 14 Julai 2023 Taklimat Borang SIQ - Latest Version 17-21 Julai 2023 Audit Dalaman HPIA/KPI Bil 1/2023 4 Ogos 2023 Sesi Pembelajaran Track & Trending Jumlah indikator yang dipantau adalah seperti berikut: DISIPLIN 2020 2021 2022 2023 HPIA 29 29 29 21 Specific Indicator 10 10 - - Medical Based 10 10 10 10 Surgical Based 17 18 19 19 Clinical Support 21 21 21 21 TOTAL 87 88 79 71 32


Pencapaian mengikut kategori ; DISIPLIN JUMLAH INDIKATOR PENCAPAIAN JAN-JUN 2023 JUL-DIS 2023 TERCAPAI SIQ N/A TERCAPAI SIQ N/A HPIA 21 17 2 2 20 1 - MEDICAL BASED 10 7 3 - 8 2 - SURGICAL BASED 19 16 3 - 15 4 - CLINICAL SUPPORT 21 21 0 - 21 0 - Purata indeks prestasi “Performance Index” bagi JAN-DIS 2023 mengikut kategori adalah seperti berikut: DISIPLIN PERFORMANCE INDEX PURATA PERFORMANCE INDEX HDOK HPIA 1.19 1.08 MEDICAL BASED 0.94 SURGICAL BASED 1.05 CLINICAL SUPPORT 1.12 33


Performance index ( Indeks Prestasi) bagi setiap kategori dan disiplin adalah seperti berikut: 34


35


36


37


Sepanjang tahun 2023, sebanyak dua kali Mesyuarat C&P telah diadakan iaitu pada 5 April 2023 dan 18 September 2023. Secara keseluruhan pencapaian C&P di HDOK pada 2023 adalah sebanyak 90.49%. Bil Kategori Jumlah Perjawatan Ada Privileging Tiada Privileging Peratusan Pencapaian 1 Pakar 78 75 3 96.15 % 2 Pegawai Perubatan 183 159 24 86.88% 3 Pen. Pegawai perubatan 98 92 6 93.87% 4 Jururawat 548 488 60 89.1 % 5 Juru X-ray 25 25 0 100% 6 Juruteknologi Makmal 14 14 0 100% 7 Fisioterapi 14 14 0 100% 8 Pemulihan Cara Kerja 18 18 0 100% 9 Dietetic 5 4 1 80% 10 Optometri 4 4 0 100% 11 Pemulihan Pertuturan 1 1 0 100% JUMLAH PENCAPAIAN 988 894 94 90.49% 38


39


Sebanyak 49 Aduan telah diterima sepanjang 2023 melibatkan pelbagai Unit dan Jabatan. 4 aduan yang diterima adalah aduan kompleks dimana 3 aduan melibatkan kes medikolegal. 40


41


Semua Aduan yang diterima samaada dalaman ataupun melibatkan pihak awam, Siasatan teliti telah dijalankan dan tindakan yang sewajarnya telah diimplementasi. Aduan-aduan yang diterima dijadikan motivasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan kepada masyarakat di Sandakan yang datang mendapatkan rawatan di HDOK. Selain aduan, pihak HDOK juga telah menerima pelbagai penghargaan pada 2023. 42


Gambar2 penghargaan dari pesakit-pesakit kepada kakitangan 43


44


45


Click to View FlipBook Version