The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 0909mc, 2023-05-09 22:38:35

PRISMA

PRISMA

MODUL PRISMA | i KATA-KATA ALUAN DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Penerbitan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia merupakan satu usaha mensejahterakan minda murid oleh pihak Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Menerusi dapatan saringan minda sihat kebangsaan, keperluan untuk melakukan intervensi ke atas murid sasaran ini amat diperlukan ekoran keputusan yang diperoleh tidak mencapai tahap minima bagi kesejahteraan mental. Modul ini juga merupakan wadah yang amat penting dalam merawat emosi murid yang berada pada tahap rendah untuk mengikuti pelbagai aktiviti terapi emosi bagi mengembalikan emosi mereka ke paras normal atau sejahtera. Modul (PRISMA) yang diterbitkan ini bakal menjadi salah satu medium rujukan bagi semua Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dalam usaha mencapai aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menerusi anjakan 10 dalam memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meskipun penularan Virus Covid-19 memberikan cabaran dalam menjalankan usaha ini, namun peningkatan kadar vaksinasi warga Malaysia sangat memberangsangkan. Keputusan ini membenarkan sesi persekolahan bersemuka dapat dilakukan. Justeru, semua (GBK) akan dapat melakukan intervensi secara bersemuka dengan lebih berkesan. Selain itu, kita sebagai warga pendidik harus memastikan keadaan sekolah sentiasa menjadi institusi yang selamat untuk seluruh warganya. Pandemik Covid-19 memberikan peluang kepada (GBK) untuk mengubah cara berfikir dan bertindak secara kritis dan kreatif bagi mengatasi isu berkaitan bimbingan dan kaunseling khususnya dalam bidang psikososial dan kesejahteraan mental murid. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua Jurulatih Utama Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan dan Negeri yang telah bertungkus lumus dalam usaha penerbitan modul ini. Semoga modul ini memberi impak kepada kemenjadian murid dan menjadi kebanggaan warga Guru Bimbingan dan Kaunseling Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.


MODUL PRISMA | ii KATA-KATA ALUAN ENCIK ZAINAL BIN ABAS PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang merakamkan kata-kata aluan dalam Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan modul ini. Intervensi dalam aspek psikososial dan kesejahteraan mental murid amat penting dan bermanfaat kepada kumpulan murid sasaran dalam usaha memperkasakan kemahiran pengurusan emosi juga sosial. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Jurulatih Utama Kebangsaan dan Negeri yang bersama-sama menjana idea dalam penghasilan naskhah modul ini. Emosi murid merupakan elemen terpenting dalam kemenjadian dan kecemerlangan dunia pendidikan. Kestabilan elemen psikologi ini membantu dalam usaha mencapai kualiti pembelajaran dan impak sahsiah yang bestari dalam kalangan murid. Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di peringkat sekolah haruslah bijak memainkan peranan utama bagi memastikan intervensi dapat dijalankan dengan berkesan. Selain itu, saya turut sama menggesa agar jurulatih utama di semua peringkat bersama (GBK) di seluruh negara untuk terus menjana siri pencambahan idea juga inovasi dalam mempelbagaikan penghasilan kreativiti untuk dunia pendidikan bimbingan dan kaunseling. Hasil karya ini mampu memberikan impak pada kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid kerana merupakan hasil didikan kognitif, jiwa dan tingkah laku ke arah nilai positif sebagai penggalak pembinaan karakter juga kecemerlangan secara total. Semoga nadi (GBK) mampu membina landskap pendidikan Malaysia menjadi sebuah arena kecemerlangan global menjelang tahun 2025.


MODUL PRISMA | iii KATA-KATA ALUAN ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON TIMBALAN PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia atas kejayaan menerbitkan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi sekolah rendah dan menengah. Pembinaan modul ini adalah salah satu komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Melalui pelan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia terus bertekad untuk meningkatkan pencapaian murid dengan menyediakan sistem pendidikan yang efisien. Peningkatan kualiti, ekuiti dan akses dalam pendidikan akan terus diperkukuh untuk memastikan kelangsungan kejayaan yang telah dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan. Di bawah anjakan ke-10 (memaksimumkan keberhasilan murid dalam setiap ringgit), pelbagai program dirangka dan dilaksanakan di peringkat bahagian dan sekolah bagi merealisasikan aspirasi pelan ini, khususnya dalam menghasilkan kemenjadian murid dan pembentukan karakter murid. Ketika negara dilanda wabak pandemik Covid-19, bermula tahun 2020 hingga 2021, ramai murid yang terkesan dan mengalami gangguan emosi disebabkan penutupan sekolah, faktor ekonomi keluarga, kehilangan ahli keluarga rapat dan masalah-masalah lain yang timbul kesan daripada pandemik Covid-19. Berikutan peningkatan kes kesihatan mental murid yang semakin membimbangkan, kementerian melalui Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, mengambil inisiatif melaksanakan Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu yang dijalankan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental murid. Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) adalah kesinambungan daripada Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu yang memberi fokus kearah peningkatan kemahiran murid meregulasi emosi dengan baik dan kemahiran gaya daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku. Guru Bimbingan dan Kaunseling telah diberi mandat untuk melaksanakan program intervensi minda sihat ini di sekolah. Diharapkan penghasilan modul ini dapat membantu para Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan program-program intervensi minda sihat di sekolah dengan lebih teratur dan berkesan.


MODUL PRISMA | iv 1.0 KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA i 2.0 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ii 3.0 KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM iii 4.0 PROSEDUR PELAKSANAAN 1 5.0 JADUAL PELAKSANAAN PRISMA 4 6.0 TEMPLAT PRA, PASCA DAN PENILAIAN 5 7.0 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PRISMA 6 8.0 TEMPLAT DOKUMENTASI 7 9.0 BORANG LAPORAN SUSULAN INTERVENSI 11 10.0 CARTA ANSUR MAJU 12 11.0 STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS 13 12.0 LIRIK LAGU TEMA 14 13.0 SOALAN PRA 16 14.0 KESEDARAN KENDIRI (SELF - AWARENESS) 13.1 AKTIVITI 1 : JOM KENALI EMOSI 17 13.2 AKTVITI 2 : TERMOMETER EMOSI 20 13.3 AKTIVITI 3 : CHICI CHACA EMOSIKU 23 13.4 AKTIVITI 4 : TEKNIK DAUN LURUH 25 15.0 REGULASI KENDIRI (SELF - REGULATION) 14.1 AKTIVITI 5 : DI SAAT DIRIKU TERSAKITI 27 14.2 AKTIVITI 6 : APA SAYA BUAT BILA MARAH 30 14.3 AKTIVITI 7 : TENANGKAN MINDA 33 14.4 AKTIVITI 8 : JAGA DIRIMU SELALU 35 16.0 MOTIVASI (MOTIVATION) 15.1 AKTIVITI 9 : JOM URUS RASA MARAH 38 15.2 AKTIVITI 10 : FUH….FUH…. 41 15.3 AKTIVITI 11 : TEROPONG DIRI 43 17.0 SOALAN PASCA 46 18.0 RUJUKAN ATAU SUMBER 47 19.0 PENGHARGAAN 48 ISI KANDUNGAN


MODUL PRISMA | 1 PROSEDUR PELAKSANAAN SEBELUM 1.0 Pelaksanaan Fasa Kenal Pasti Peserta Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) akan menganalisa hasil Saringan Minda Sihat dan mengenal pasti murid yang memilih jawapan YA pada item nombor 12 dalam soal selidik pengurusan emosi untuk menjadi peserta program. GBK juga perlu memilih peserta untuk menjadi kumpulan kawalan sama bilangan mengikut peserta kumpulan rawatan. GBK meminta peserta kumpulan kawalan menjawab soalan pra dan soal selidik pengurusan emosi. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada semua peserta dan ibu bapa atau penjaga berkaitan pelaksanaan Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) beserta jadual aktiviti untuk makluman dan memastikan mereka memberi komitmen dalam program ini. 2.0 Dokumen 2.1 Analisa Dapatan Saringan Minda Sihat 2.2 Senarai Nama Peserta Kumpulan Kawalan 2.3 Soalan Pra 2.4 Soal Selidik Pengurusan Emosi 2.5 Senarai Nama Peserta Program 2.6 Surat Makluman Kepada Ibu Bapa atau Penjaga 2.7 Borang Kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga 2.8 Senarai Keperluan Program 2.9 Jadual Pelaksanaan Program


MODUL PRISMA | 2 PROSEDUR PELAKSANAAN SEMASA 1.0 Pelaksanaan Fasa Intervensi Fasa Intervensi akan dimulakan dengan soalan pra dan soal selidik pengurusan emosi melalui pautan google form. Dapatan soalan pra dan soal selidik pengurusan emosi akan dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian Kementerian Pendidikan Malaysia membuat rumusan. Pelaksanaan Intervensi oleh fasilitator (GBK) akan berpandukan aktiviti dan domain ansur maju seperti dalam Modul PRISMA Sekolah Rendah. Fokus pelaksanaan fasa ini adalah bagi meningkatkan tahap sosial emosi, kemahiran gaya daya tindak, minda yang sihat dan sejahtera. Pada akhir program, GBK akan mengendalikan soalan pasca dan soal selidik pengurusan emosi melalui pautan google form yang akan dimaklumkan. Dapatan soalan pasca dan soal selidik pengurusan emosi akan dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian Kementerian Pendidikan Malaysia membuat rumusan. Instrumen penilaian program juga akan diberikan kepada semua peserta. 2.0 Dokumen 2.1 Borang Kehadiran Peserta 2.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga 2.3 Soalan Pra dan Pasca (Pautan Google Form) 2.4 Soal Selidik Pengurusan Emosi 2.5 Jadual Pelaksanaan Program 2.6 Modul PRISMA Sekolah Rendah


MODUL PRISMA | 3 PROSEDUR PELAKSANAAN Domain Kesedaran Kendiri (Self – Awareness) Aktiviti 1 : Jom Kenali Emosi Aktiviti 2 : Termometer Emosi Aktiviti 3 : Chici Chaca Emosiku Aktiviti 4 : Teknik Daun Luruh Domain Regulasi Kendiri (Self – Regulation) Aktiviti 5 : Disaat Diriku Tersakiti Aktiviti 6 : Apa Saya Buat Bila Marah Aktiviti 7 : Tenangkan Minda Aktiviti 8 : Jaga Dirimu Selalu Domain Motivasi (Motivation) Aktiviti 9 : Jom Urus Rasa Marah Aktiviti 10 : Fuh…Fuh… Aktiviti 11 : Teropong Diri 2.7 Instrumen Penilaian Keberkesanan Program 2.8 Lirik Lagu Tema Program SELEPAS 1.0 Pelaksanaan Fasa Pelaporan Program Urus setia program menyediakan pelaporan menggunakan tapak yang telah disediakan untuk tujuan dokumentasi. GBK meminta peserta kumpulan kawalan menjawab soalan pasca dan soal selidik pengurusan emosi. GBK perlu menghantar laporan susulan peserta ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). 2.0 Dokumen 2.1 Tapak Pelaporan Program 2.2 Soalan Pasca 2.3 Soal Selidik Pengurusan Emosi 2.4 Borang Laporan Susulan


MODUL PRISMA | 4 JADUAL PELAKSANAAN


MODUL PRISMA | 5 TEMPLAT PRA PASCA DAN PENILAIAN RENDAH (PRA) - https://forms.gle/tNajXQM5wYmEcas66 RENDAH (PASCA) - https://forms.gle/WKeEp5tCxhFuGYBa9 Templat Google Form Penilaian Program https://forms.gle/TXaMcfwEwNZaKobC6


MODUL PRISMA | 6 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM


MODUL PRISMA | 7 TEMPLAT DOKUMENTASI


MODUL PRISMA | 8 TEMPLAT DOKUMENTASI


MODUL PRISMA | 9 TEMPLAT DOKUMENTASI


MODUL PRISMA | 10 TEMPLAT DOKUMENTASI


MODUL PRISMA | 11 BORANG LAPORAN SUSULAN INTERVENSI


MODUL PRISMA | 12 CARTA ANSUR MAJU 1.Mengurus pelbagai emosi dalam perhubungan. 2. Mahir memimpin, berunding dan menyelesaikan konflik. SOCIAL SKILL (KEMAHIRAN SOSIAL) 1.Mengesan dan memahami perasaan orang lain. 2.Keserasian dengan individu yang pelbagai latar belakang. EMPATHY (EMPATI) 1.Mengambil inisiatif dan bersungguhsungguh untuk memperbaiki diri. 2.Merangsang emosi untuk mencapai sesuatu matlamat. MOTIVATION ( MOTIVASI ) Mengurus emosi diri untuk mengawal keadaan. SELF REGULATION ( REGULASI KENDIRI ) 1.Memantau diri. 2.Menguasai tindakan sendiri. 3.Mempunyai penilaian realistik tentang keupayaan diri. SELF AWARENESS (KESEDARAN KENDIRI) Sumber rujukan : Daniel Goleman, Ph.D.


MODUL PRISMA | 13 STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS Tempoh Saringan Minda Sihat 1 Profil Murid (Intervensi Umum dan Khusus) Penataran Intervensi Khusus • Soalan Pra • Intervensi Khusus • Soalan Pasca • Saringan Minda Sihat 2 Pelaporan dan Dokumentasi


MODUL PRISMA | 14 LIRIK LAGU TEMA Duhai engkau sang belahan jiwa Kisahmu terukir dalam minda Di setiap langkah ku selalu berdoa Semoga kita gembira Duhai engkau tambatan hatiku Sinarkanlah bahgiamu di hidupku Ku ingin kau tahu betapa mindaku Teruslah bahagia hatiku Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Bersujud dan lalu aku meminta Semoga kita gembira Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Mindaku pasti selalu terjaga Dan aku pasti bahagia Oooooooooooooooo……… Duhai engkau tambatan hatiku Sinarkanlah bahgiamu di hidupku Ku ingin kau tahu betapa mindaku Teruslah bahagia hatiku Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Bersujud dan lalu aku meminta Semoga kita gembira Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Tenangkan hatiku selalu terjaga Dan aku pasti bahagia Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Tenangkan hatiku selalu terjaga Dan aku pasti bahagia… (Ulang rangkap ini 2 kali) Oooooooooooooo…….. VOKAL https://youtu.be/ez0N_TNZXGE TANPA VOKAL https://youtu.be/1fCf1i2dZl4


MODUL PRISMA | 15 AKTIVITI LIRIK LAGU TEMA Duhai engkau sang belahan jiwa K_ _ _ _ _ _ terukir dalam m_ _ _ _ Di setiap langkah ku selalu berdoa Semoga kita g_ _ _ _ _ _ Duhai engkau tambatan hatiku S_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ _ di hidupku Ku ingin kau tahu betapa m_ _ _ _ _ _ T_ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Bersujud dan lalu aku meminta Semoga kita g_ _ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa M_ _ _ _ _ _ p_ _ _ _ selalu terjaga Dan aku pasti b_ _ _ _ _ _ Ooooooooooooooooo… Duhai engkau tambatan hatiku S_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ _ di hidupku Ku ingin kau tahu betapa m_ _ _ _ _ _ T_ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Bersujud dan lalu aku meminta Semoga kita g_ _ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa T_ _ _ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _ selalu terjaga Dan aku pasti b_ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa T_ _ _ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _ selalu terjaga Dan aku pasti b_ _ _ _ _ (Ulang rangkap ini 2 kali) Oooooooooooooo…


SOALAN PRA MODUL PRISMA | 16 Bil. Penyataan Skala 1 Saya tahu emosi positif 1 2 3 4 5 2 Saya tahu emosi negatif 1 2 3 4 5 3 Saya mudah bertenang 1 2 3 4 5 4 Saya mampu menguruskan emosi 1 2 3 4 5 5 Saya mempunyai keyakinan diri 1 2 3 4 5 6 Saya boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan 1 2 3 4 5 7 Saya boleh mengawal emosi dengan baik 1 2 3 4 5 8 Saya dapat mengenal pasti perasaan orang lain 1 2 3 4 5 9 Saya berusaha memperbaiki kekurangan diri 1 2 3 4 5 10 Saya mampu bertindak untuk mencapai apa yang saya inginkan 1 2 3 4 5 11 Saya cepat pulih daripada tekanan emosi 1 2 3 4 5 12 Saya kuat dalam menghadapi cabaran 1 2 3 4 5 SEKOLAH RENDAH SOALAN PRA Anda dimohon untuk menjawab maklum balas berikut dengan jujur dan terbuka. Berdasarkan penyataan berikut, yang manakah menggambarkan diri anda. Terima kasih. 1-Sangat Tidak Setuju (STS) 2-Tidak Setuju (TS) 3-Tidak Pasti (TP) 4-Setuju (S) 5-Sangat Setuju (SS)


KESEDARAN KENDIRI AKTIVITI 1 : Jom Kenali Emosi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti emosi diri, 2. menanda (√) pada gambar emoji yang menggambarkan emosi diri, 3. menilai emosi diri dengan betul. MASA : 30 minit BAHAN : Lembaran Aktiviti Jom Kenali Emosi LANGKAH : 1. Murid menerima ‘Lembaran Aktiviti Jom Kenali Emosi’. 2. Murid memahami ciri-ciri emosi secara umum dengan betul. 3. Murid mengenal pasti emosi diri mereka dengan betul. 4. Murid menanda (√) pada gambar emoji untuk menggambarkan emosi diri mereka dengan betul. 5. Murid menilai emosi diri mereka sama ada positif atau negatif dengan betul. FALSAFAH : Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang – emosi adalah sesuatu yang tersembunyi namun boleh dikesan melalui riak wajah dan tingkah laku. MODUL PRISMA | 17


Edaran Guru MODUL PRISMA | 18


Lampiran Aktiviti 1 MODUL PRISMA | 19


KESEDARAN KENDIRI AKTIVITI 2 : Termometer Emosi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti tahap emosi diri, 2. menyatakan tahap emosi diri, 3. menilai tahap emosi diri. MASA : 30 minit BAHAN : Lembaran Aktiviti Termometer Emosi LANGKAH : 1. Murid menerima lembaran aktiviti Termometer Emosi. 2. Murid memahami tahap emosi diri secara umum dengan betul. 3. Murid mengenal pasti tahap emosi diri mereka dengan betul. 4. Murid menyatakan tahap emosi diri mereka dengan betul. 5. Murid menilai tahap emosi diri mereka dengan skala 0-5 berdasarkan lembaran aktiviti (menulis, melukis emoji atau perkongsian lisan). FALSAFAH : Bagai air di daun talas – Emosi kita selalu berubah-ubah, oleh itu perlu sentiasa dibuat penilaian dan muhasabah diri. MODUL PRISMA | 20


Edaran Guru MODUL PRISMA | 21


Lampiran Aktiviti 2 MODUL PRISMA | 22


KESEDARAN KENDIRI AKTIVITI 3 : Chici Chaca Emosiku OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti cara relaksasi melalui lagu dan pergerakan, 2. mengaplikasi teknik relaksasi melalui nyanyian dan pergerakan, 3. menilai tahap ketenangan menerusi relaksasi nyanyian dan pergerakan. MASA : 30 minit BAHAN : Video ‘Chichi Chacha‘ – Episod Emosi Rujukan : https://youtu.be/1dm2htUvAtM LANGKAH : 1. Murid memahami lirik dan pergerakan mengikut lagu yang dinyanyikan. 2. Murid mengenal pasti cara relaksasi melalui lagu dan pergerakan dengan betul. 3. Murid mengaplikasi teknik relaksasi melalui nyanyian dan pergerakan dengan betul. 4. Murid membuat refleksi mengenai jenis-jenis emosi yang terdapat dalam lirik lagu (marah, sedih, ceria, gembira, takut, jijik dan geli). 5. Murid menilai tahap ketenangan menerusi relaksasi nyanyian dan pergerakan yang dilakukan dengan skala tiada perubahan, tenang atau sangat tenang secara lisan. FALSAFAH : Orang yang bijak sentiasa mencari jalan untuk melakukan kebaikan pada diri sendiri. MODUL PRISMA | 23


Lampiran Aktiviti 3 MODUL PRISMA | 24


KESEDARAN KENDIRI AKTIVITI 4 : Teknik Daun Luruh OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti teknik pernafasan yang betul, 2. melakukan teknik pernafasan yang betul, 3. menilai tahap ketenangan emosi diri menerusi teknik pernafasan. MASA : 30 minit BAHAN : Poster ‘Mudahnya Kawal Kebimbangan’ (Teknik Daun Luruh) LANGKAH : 1. Murid duduk dengan tegak, fokus dan bayangkan diri mereka dalam keindahan alam yang mendamaikan. 2. Murid mengamati poster ‘Mudahnya Kawal Kebimbangan’ (Teknik Daun Luruh) 3. Murid memahami teknik pernafasan 5-3-5 iaitu 5 saat menarik nafas (melalui hidung), 3 saat menahan nafas dan 5 saat menghembus nafas secara perlahan-lahan (melalui mulut). 4. Murid melakukan teknik pernafasan 5-3-5 (seperti langkah 3). 5. Murid mengulangi teknik di atas sehingga lengkap satu kitaran daun. 6. Murid menamatkan satu kitaran dan berkata ‘relakslah’ sambil menepuknepuk bahu. 7. Murid melakukan aktiviti ini sebanyak 3 kitaran daun. 8. Murid menilai tahap kebimbangan pada skala sangat tenang, tenang atau tidak tenang secara lisan. RUJUKAN TAMBAHAN : 1. https://youtu.be/JsuqnzqZimQ (Muzik Instrumental) 2. https://youtu.be/gLbK0o9Bk7Q (Alternatif Teknik Pernafasan) FALSAFAH : Angin sepoi-sepoi bahasa itu lebih damai berbanding tiupan taufan – kawal kebimbangan diri dengan mengamal teknik pernafasan sebelum ianya lebih memudaratkan diri. MODUL PRISMA | 25


Lampiran Aktiviti 4 MODUL PRISMA | 26


REGULASI KENDIRI AKTIVITI 5 : Di Saat Diriku Tersakiti OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti bahagian tubuh yang sakit akibat emosi diri, 2. menyenaraikan punca menyebabkan tubuh menjadi sakit akibat emosi diri, 3. menilai kekerapan tubuh yang sakit akibat emosi diri. MASA : 15 minit BAHAN : Lembaran Aktiviti ‘Di Saat Diriku Tersakiti’. LANGKAH : 1. Murid menerima lembaran aktiviti ‘Di Saat Diriku Tersakiti’. 2. Murid memahami bahagian tubuh yang sakit atau tidak selesa. akibat perubahan emosi diri secara umum dengan betul. 3. Murid mengenal pasti bahagian tubuh mereka yang sakit atau tidak selesa akibat perubahan emosi diri. 4. Murid menyenaraikan punca menyebabkan tubuh menjadi sakit atau tidak selesa akibat perubahan emosi diri. 5. Murid menilai kekerapan bahagian tubuh yang sakit atau tidak selesa akibat perubahan emosi diri dengan menggunakan skala jarang-jarang, kerap atau sangat kerap secara lisan. FALSAFAH : Biar ribut membelah bumi, akarnya pokok usah terbongkar – perubahan emosi adalah normal dan dialami oleh semua orang, namun jangan biarkan perubahan emosi membinasakan diri sendiri. MODUL PRISMA | 27


Edaran Guru MODUL PRISMA | 28


Lampiran Aktiviti 5 MODUL PRISMA | 29


REGULASI KENDIRI AKTIVITI 6 : Apa Saya Buat Bila Marah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti tingkah laku kemarahan, 2. mengaplikasi tingkah laku positif dalam pengurusan kemarahan, 3. menilai tingkah laku positif dalam pengurusan kemarahan dengan betul. MASA : 15 minit BAHAN : Lembaran Aktiviti ‘Apa Saya Buat Bila Marah’ LANGKAH : 1. Murid menerima lembaran aktiviti ‘Apa Saya Buat Bila Marah’. 2. Murid memahami tingkah laku kemarahan secara umum dengan betul. 3. Murid mengenal pasti tingkah laku kemarahan mereka dengan betul. 4. Murid membuat penilaian tingkah laku semasa marah secara kendiri. 5. Murid membuat perbandingan tingkah laku yang patut dan tidak patut dilakukan semasa dalam keadaan marah. 6. Murid dapat menjelaskan kesan dan akibat daripada tingkah laku kemarahan yang negatif dan positif dengan betul. FALSAFAH : Seperti kain kasa di atas duri – sesuatu perkara yang terlalu sukar untuk diselesaikan, harus sabar dan berhati-hati untuk mengatasinya. MODUL PRISMA | 30


Lampiran Aktiviti 6.1 MODUL PRISMA | 31


Lampiran Aktiviti 6.2 Situasi di atas adalah cadangan. GBK boleh memberikan situasi lain yang bersesuaian mengikut situasi di sekolah. MODUL PRISMA | 32


REGULASI KENDIRI AKTIVITI 7 : Tenangkan Minda OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti teknik relaksasi minda, 2. menjalankan aktiviti relaksasi minda, 3. murid menilai tahap ketenangan diri menerusi teknik relaksasi minda. MASA : 30 minit BAHAN : Video ‘Model 5R: Relax 3 (Imaginasi Minda)’ Rujukan : https://youtu.be/VZmdT4VMars LANGKAH : 1. Murid berada dalam keadaan tenang dan bersedia 2. Murid memahami audio dan cerita yang didengar dan ditonton dengan fokus. 3. Murid melakukan teknik relaksasi minda (hipnosis) dengan menutup mata dan mendengar ulangan audio dan cerita daripada video yang ditayangkan. 4. Murid menilai tahap ketenangan minda dan emosi mereka selepas aktiviti relaksasi minda pada skala sangat tenang, tenang atau tidak tenang secara lisan. 5. Guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam penceritaan. 6. Guru perlu peka terhadap murid agar kekal fokus sepanjang aktiviti. FALSAFAH : Menangi minda anda, maka anda akan menang dalam realiti MODUL PRISMA | 33


Lampiran Aktiviti 7 Rujukan : https://youtu.be/VZmdT4VMars MODUL PRISMA | 34


REGULASI KENDIRI AKTIVITI 8 : Jaga Dirimu Selalu OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti tanda-tanda kebimbangan, 2. menyenaraikan tanda-tanda kebimbangan, 3. menilai tahap kebimbangan yang dihadapi. MASA : 30 minit BAHAN : Pen atau pensil dan Lampiran ‘Kenalpasti Tanda-tanda Kebimbangan (Anxiety) LANGKAH : 1. Murid berkongsi pengalaman atau pengetahuan mereka mengenai kebimbangan dan tanda-tandanya. 2. Murid menerima lampiran ‘Kenal Pasti Tanda-Tanda Kebimbangan’ dan menandakan serta menyenaraikan tanda-tanda kebimbingan yang mereka alami. 3. Murid berkongsi tanda-tanda kebimbangan yang dialami. 4. Murid menilai tahap kebimbangan yang dihadapi pada skala sangat tenang, tenang atau tidak tenang secara lisan. FALSAFAH : i. Seperti air di dalam kolam – Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya. ii. Air dalam terenang – Hidup yang tenang dan tenteram. MODUL PRISMA | 35


Edaran Guru MODUL PRISMA | 36


Lampiran Aktiviti 8 MODUL PRISMA | 37


MOTIVASI AKTIVITI 9 : Jom Urus Rasa Marah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti cara-cara mengurus tingkah laku kemarahan, 2. mengaplikasi cara-cara mengurus tingkah laku kemarahan, 3. menilai tahap kualiti cara-cara mengurus tingkah laku kemarahan. MASA : 15 minit BAHAN : Lembaran Aktiviti ‘Jom Urus Rasa Marah’ LANGKAH : 1. Murid menerima lembaran aktiviti ‘Jom Urus Rasa Marah’. 2. Murid memahami cara-cara mengurus kemarahan secara umum dengan betul. 3. Murid mengenal pasti cara-cara mengurus tingkah laku kemarahan mereka dengan betul. 4. Murid mengaplikasi langkah-langkah mengurus tingkah laku kemarahan secara berpasangan menerusi kaedah main peranan berdasarkan situasi yang diberikan. 5. Murid menilai kualiti langkah-langkah mengurus tingkah laku kemarahan daripada hasil pembentangan main peranan rakan-rakan. FALSAFAH : Jagalah dirimu daripada sifat marah kerana kemarahan itu dimulai dengan ketidakwarasan dan berakhir dengan penyesalan. MODUL PRISMA | 38


Edaran Guru MODUL PRISMA | 39


Lampiran Aktiviti 9 MODUL PRISMA | 40


MOTIVASI AKTIVITI 10 : Fuh....Fuh.... OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti teknik relaksasi yang efektif, 2. mengaplikasi teknik relaksasi yang sesuai, 3. menilai tahap ketenangan emosi diri menerusi teknik relaksasi. MASA : 30 minit BAHAN : Belon LANGKAH : 1. Murid menerima 3 belon setiap seorang. 2. Murid mengenal pasti teknik untuk melakukan aktiviti meniup belon. 2.1 Belon A - Tiup hingga meletup. (labelkan huruf A) 2.2 Belon B - Tiup hingga membesar kemudian lepaskan belon. Udara dalam belon akan keluar dengan cepat sehingga belon mengempis. (tuliskan nama singkatan murid) 2.3 Belon C - Tiup hingga membesar kemudian keluarkan udaranya sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan sehingga belon mengempis. (labelkan huruf C) 3. Murid memahami refleksi seperti berikut; 3.1 Udara yang masuk ke dalam belon itu adalah masalah. 3.2 Belon A - Jika masalah yang ada tidak diatasi dengan baik maka masalah akan bertambah besar dan kritikal. 3.3 Belon B - Jika penyelesaian masalah dilakukan secara terburu-buru dan tidak terancang, masalah yang ada akan bertambah teruk dan gagal dikawal. 3.4 Belon C - Jika penyelesaian masalah berjaya ditemui dengan tenang dan terancang, masalah dapat diatasi dengan baik. FALSAFAH : Tenang menghadapi segala cabaran. MODUL PRISMA | 41


Lampiran Aktiviti 10 MODUL PRISMA | 42


MOTIVASI AKTIVITI 11 : Teropong Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; 1. mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri, 2. menyenaraikan kekurangan dan kelebihan diri, 3. menilai tindakan untuk mengatasi kekurangan diri dan cara memanfaatkan kelebihan diri. MASA : 30 minit BAHAN : Lembaran ‘Aktiviti Teropong Diri’ LANGKAH : 1. Murid menerima lembaran ‘Aktiviti Teropong Diri’. 2. Murid mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri. 3. Murid menyenaraikan kekurangan dan kelebihan diri pada lembaran aktiviti. 4. Murid menilai tindakan untuk mengatasi kekurangan diri dan cara memanfaatkan kelebihan diri. 5. Murid berkongsi mengenai lembaran aktviti yang telah disiapkan. 6. Murid dapat mengatasi kebimbangan dengan melakukan penilaian diri. 7. Murid dapat memanfaatkan kelebihan diri yang ada dan memperbaiki kekurangan diri dalam mengurus kebimbangan dengan bimbingan GBK. 8. Menyanyikan lagu tema program “Cintakan Ketenangan Hati” pada akhir sesi. FALSAFAH : Mensyukuri anugerah diri, menenangkan jiwa sepanjang usia. MODUL PRISMA | 43


Edaran Guru MODUL PRISMA | 44


Lampiran Aktiviti 11 MODUL PRISMA | 45


Click to View FlipBook Version