The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daniahannani00, 2021-07-26 02:24:40

KARANGAN A PONTENG SEKOLAH pdf

KARANGAN A PONTENG SEKOLAH pdf

KARANGAN

KARANGAN RESPONS TERHAD (A)

• Soalan:
Maklumat di bawah berkaitan dengan ponteng sekolah. Huraikan pendapata anda tentang
masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid.

PONTENG SEKOLAH

CERAKINKAN SOALAN

1)Arahan soalan (AS): Huraikan pendapat anda…

2)Kehendak soalan (KS):Tentang masalah ponteng
sekolah…

3)Penerus soalan (PS): …dalam kalangan murid.

PENDAHULUAN

• Ayat binaan takrif (ABT): Ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai pelajar yang
menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa
kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

• Ayat binaan ehwal (ABE): Perbuatan ponteng sekolah telah menjadi satu masalah sosial
yang biasa dalam kalangan remaja di negara kita.

• Ayat semasa (AS): Perbuatan murid ponteng sekolah pada hari ini semakin leluasa.
• Ayat tanya/tala (AT): Persoalannya ialah mengapakah mereka ponteng sekolah ?
• 55 patah perkataan

PERENGGAN ISI:
ISI 1

• Ayat jawapan (AJ): Punca utama murid ponteng sekolah ialah mereka terpengaruh oleh
ajakan rakan sebaya.

• Ayat contoh (AC): Sebagai contohnya, mereka diajak untuk menghabiskan masa diluar
sekolah atas faktor keseronokan.

• Ayat huraian jawapan (AHJ): Oleh sebab mementingkan nilai setia kawan, mereka terpaksa
merelakan diri untuk menurut ajakan dan kehendak mereka.

• Ayat simpulan (AS):Tegasnya, mereka menerima ajakan ponteng sekolah supaya tidak
disingkirkan daripada kumpulan.

• 51 patah perkataan

PERENGGAN ISI:
ISI 2

• (AJ) Satu daripada kesan negatif apabila murid ponteng sekolah ialah mereka akan
ketinggalan jauh dalam pelajaran.

• (AC) Contohnya, jika guru mengajarkan mata pelajaran Sains pada hari tersebut, mereka
tidak akan mengetahui dan memahami apa-apa tajuk yang diajar.

• (AHJ):Apabila mereka ponteng sekolah, mereka sudah pasti tidak akan mengikuti
pelajaran yang disampaikan oleh guru pada hari tersebut.

• (AS): Oleh itu, perkara ini sudah tentu akan merugikan murid itu sendiri.
• 60 patah perkataan

PENUTUP

• Ayat tegasan (AT):Tegaslah bahawa ponteng sekolah pengaruh rakan sebaya menjadi
penyebab utama pelajar ponteng sekolah.

• Ayat ajakan (AJ): Punca murid ponteng sekolah perlulah dikenal pasti supaya pelbagai
Langkah dapat diambil untuk menanganinya.

• Ayat harapan (AH): Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengawal tindak-tanduk anak-anak
mereka dengan lebih ketat lagi.

• Ayat simpulan (AS): Kesimpulannya, mereka yang sering ponteng sekolah mestilah pulang
ke pangkal jalan sebelum nasi menjadi bubur.


Click to View FlipBook Version