IIX1004
KENAPA
SEJARAH
ISLAM
PERLU DITULIS
SEMULA
KUMPULAN 9
AHLI KUMPULAN
01.MUHAMMAD HAZIQ DANIAL U2100094
BIN MUHAMMED HAFEEZ U2100113
02.MUHAMMAD HISBUL HADI
BIN JULHIA
03. MUHAMMAD NOR HAFIZ U2100114
BIN MOHD NAWAI U2100078
04.TENGKU HAZIQ DANIAL BIN
TENGKU MOHD ALLAMIN
PENDAHULUAN
APA ITU SEJARAH ?
Sejarah merupakan suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan
manusia masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada
penghujungnya.
Melihat pada Al-Quran Al-Karim, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas. Ulama telah
menganggarkan kira-kira satu perenam daripada Al-Quran adalah terdiri daripada kisah-kisah
sejarah. Salah satu contoh ayat Al-Quran yang menyentuh tentang sejarah yang disebut sebagai
‘kisah’ adalah seperti berikut:
Terjemahannya:
Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Quran
ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah
termasuk orang yang belum mengetahui.
Menurut R.O. Winstedt, perkataan sejarah berasal dari bahasa Arab yang membawa makna
salasilah, tawarikh dan babad. Melalui kenyataan Winstedt ini, sejarawan Melayu seperti Ibrahim
Alfian dan Mahayuddin Yahaya berpendapat, perkataan sejarah berasal dari perkataan Arab ‘syajarat’
( ) شجرةyang bererti pohon. Pohon atau pokok yang mempunyai dahan dan ranting dinisbahkan
kepada salasilah dan jurai keturunan yang bercabang-cabang.
Al-Iji atau nama sebenarnya Muhammad bin Ibrahim al-Iji yang hidup pada kurun ke 8H/14M pemilik
buku Tuhfat al-Faqir ila Sahib al-Sarhir menyebut tentang teori sejarah didalamnya. Perbahasan
teori sejarahnya berdasarkan prinsip-prinsip agama yang dibahas mengikut perbahasan ilmu
falsafah. Pengertian sejarah menurut al-Iji ialah suatu ilmu mengenai alam yang dicipta Allah (swt)
yang mengandungi ruang lingkup masa dan peristiwa yang menjadi objeknya ialah makhluk itu
sendiri terutama manusia dan kesan daripada aktiviti-aktiviti manusia tersebut melahirkan
maklumat dan peristiwa
Al-Mukhtasar fi Ilm al-Tarikh karangan Al-Kafiyaji atau Muhyiddin Muhammad bin Sulayman
adalah seorang ahli sejarah Islam dari Turki yang lahir di Anatolia pada tahun 788H/1386M dan
meninggal pada 879H/1474M. Kitabnya mengenai sejarah Islam ialah Menurut beliau, pensejarahan
ialah cabang ilmu yang mengkaji ruang masa dan keadaannya dan juga suasana-suasana yang
berkaitan dengannya serta memberikan penentuan dan waktunya.
KEPENTINGAN MENULIS SEJARAH
Tujuan kajian dan penulisan sejarah yang paling utama adalah untuk mewujudkan
kebenaran sesuatu peristiwa. Hakikat ini adalah menyeluruh sama ada pensejarahan itu
berbentuk tradisi ataupun moden. Bahkan dalam pensejarahan Islam pada peringkat
awal juga telah menekankan kepada aspek kebenaran khususnya dalam mentafsir
al-Quran dan menolak sebarang pandangan peribadi mahupun subjektif ataupun tahyul
bagi mencapai tujuan tersebut. Begitu juga dengan kaedah yang digunakan dalam
meriwayatkan hadis.
Proses menulis merupakan proses yang sangat rumit dan sukar. Ia memerlukan
kemahiran yang dibina dengan mengambil masa yang panjang. Proses penulisan dalam
sejarah mesti menggunakan kaedah penulisan sejarah yang memasukkan penggunaan
nota kaki ataupun petikan penting dalam tulisan tersebut yang dinyatakan sumber yang
digunakan sama ada sumber primer atau sekunder.
Walaupun semua peristiwa ada unik dan dibatasi oleh ruang dan masa tetapi untuk
menjadikan penulisan betul-betul memiliki nilai yang tinggi jalinan pelbagai faktor
daripada pendekatan ekonomi, politik, dan sosial yang berinteraksi di antara satu sama
lain boleh dilihat dalam bentuk pola, perbandingan atau kategori yang mudah difahami
akan mewarnai penulisan sejarah sebagai bidang ilmu yang ditulis menggunakan
pendekatan sejarah yang mantap dan terbuka sifatnya
Kepentingan menulis dan penulisan amat banyak khususnya apabila ia melibatkan dan
menjadi antara faktor ilmu itu berkembang. Menjadi kebiasaan dalam sejarah dan
tamadun dunia, tamadun yang hebat dan berjaya berasal dari sebuah masyarakat yang
cintakan ilmu dan mereka yang mencintai ilmu adalah mereka yang cinta kepada buku
atau bahan bacaan dan bahan bacaan itu memerlukan aktiviti menulis dan penulisan
bagi ia menjadi sebuah buku pula.
KENAPA SEJARAH ISLAM
PERLU DITULIS SEMULA?
catatan yang tidak seimbang
Era awal seperti Sejarah Bani Umayyah hanya
dirakamkan dari sudut siasah.
kebanyakan catatan adalah berkisar tentang
pemerintahan, silih pergantian pemimpin dan peristiwa
yang berkaitan dengannya serta peperangan yang
berlaku
pengkajian dari dimensi ketamadunan seperti ekonomi
dan sosio budaya, tidak banyak ditulis
Kesannya kecenderungan tanpa sedar sesetengah kita
yang selalunya mendapat gambaran bahawa apabila
disebut Sejarah Islam, perhatiannya terlalu banyak
difokuskan kepada aspek siasah semata-mata.
persembahan islam kurang menonjolkan keindahan:tak
dapat lihat bagaimaana islam terus berniaga, hidup
berkualiti
Taasub Kaum dan Bangsa di Dalam
Dokumentasi
era Abbasiyyah mengalami kesuburan sentimen anti
Bani Umayyah
memberikan kesan kepada bahan-bahan rujukan yang
dihasilkan di zaman Abbasiyyah prejudis ke umayyah
kesannya,penulisan sejarah hanya tertumpu kepada
unsur-unsur yang terhad dan tidak menyeluruh lantaran
halangan yang dibentuk oleh sifat prejudis
Sikap Terhadap Amanah Ilmu
Kecenderungan masyarakat kita untuk mendengar
hanya berita yang dramatik, sensasi dan panas
munculnya penulisan-penulisan yang cuba untuk
bermain dengan akal dan emosi semata-mata.
Kesannya ahli sejarah terdorong kepada pengambilan
bahan Sejarah yang boleh menarik pembaca tetapi tidak
sedikitkan membantu kepada pembelajaran Sejarah.
Permasalahan Bahasa
Pengkajian sejarah era Seljuk memberikan keutamaan
kepada dokumen berbahasa Parsi berbanding dengan
yang berbahasa Arab.
Tidak ramai pengkaji, khususnya dari kalangan Muslim,
yang mempelajari bahasa Turki dan bahasa
Othmaniyyah (Osmanlıca) sebagai langkah pertama
untuk mendalami sejarah era Othmaniyyah.
kesannya ketidakupayaan pengkaji sejarah menguasai
bahasa sumber rujukan premier, mengundang kepada
kecacatan yang besar di dalam pembentangan hasil
kajian Sejarah.
masih terhadap 150 juta keping dokumen berupa
manuskrip dan surat-surat rasmi di sepanjang
pemerintahan kerajaan Othmaniyyah yang masih belum
disentuh untuk dikaji
Sumber Rujukan Yang Terkurung
bahan rujukan Sejarah kita tersimpan di institusi-
institusi yang amat rumit untuk ditembusi.
Khususnya selepas kekalahan umat Islam semasa
Perang Dunia Pertama, umat Islam telah ditimpa dengan
suatu peristiwa yang merugikan apabila banyak
manuskrip dan bahan Sejarah yang diberikan secara
percuma kepada kuasa barat untuk dibawa ke muzium-
muzium Eropah
kini,umat Islam berhadapan dengan kesulitan apabila
terpaksa pergi ke negara-negara Barat yang
sesetengahnya mengenakan pelbagai polisi yang rumit,
semata-mata untuk membolehkan kita membaca dan
mengkaji hasil tulisan datuk nenek moyang kita sendiri.
Taasub Kaum dan Bangsa di Dalam
Penafsiran Sejarah
Permusuhan di antara masyarakat Abbasiyyah dengan Bani
Umayyah berlarutan hingga ke hari ini.
Lebih jelas selepas kemusnahan jati diri umat Islam sewaku
hancurnya Khilafah Othmaniyyah pada tahun 1924. Penyebaran
fahaman nasionalisma perkauman telah mendorong kepada
sikap tidak adil dan prejudis di dalam penafsiran Sejarah Islam.
Orang Arab melihat kuasa Othmaniyyah Turki sebagai kuasa
penjajahan dan ia menjadi teras kepada penulisan ramai dari
kalangan pengkaji Arab. Mereka melabelkan Sultan Abdul
Hamid II sebagai ‘Sultan Merah’ yang kejam, zalim dan
sebagainya. tuduhan Syiah terhadap Muawiyah bin Abi Sufyan
RA.
bangsa Turki pula memandang orang Arab sebagai pengkhianat
dan mereka menulis sejarah tentang gerakan Revolusi Arab dan
lain-lain dengan bahasa kebencian yang melampaui realiti
sebenar.
KESIMPULAN
Menutup tirai,kita berharap dengan sesungguhnya agar pengkajian
Sejarah Islam yang lebih serius dan mendalam di peringkat universiti
tambahan lagi diperingkat yang lebih tinggi dapat dipertingkatkan
persembahannya dengan lebih terperinci.
Para ahli akademik janganlah tenggelam di dalam dunia akademiknya
sehingga tidak turun padang dengan ilmu dan kepakarannya kepada
masyarakat. Manakala para pendakwah, penulis dan mereka yang
bekerja di tengah-tengah masyarakat pula hendaklah
bertanggungjawab mempersembahkan teladan Sejarah secara
amanah dan telus dan bersandarkan kepada sumber yang sahih lagi
muktamad.
Kelalaian di dalam memelihara imbangan antara kedua-dua ini akan
hanya menjadikan bangsa kita iaitu bangsa Muslimin, membina
kediamannya di persada tamadun kemanusiaan dengan bangunan
yang lebih pasir dan simen, menanti hari rebah ke bumi, lemah
kepercayaan kepada Tuhan dan tiada keyakinan.
Maka dengan itu dapatlah disimpulkan di sini secara pasti dan tuntas
bahawa usaha menulis semula sejarah Islam dasawarsa ini
merupakan ikhtiar yang signifikan dalam melestarikan keagungan
islam dulu kini dan selamanya dan menjadi wadah kepada
masyarakat kehadapan untuk menilai dan mencontohi setiap sudut
kehebatan nenek moyang kita.
RUJUKAN
01. Hasrizal. (2005, October 10). Permasalahan Sejarah islam: Punca Dan
Penyelesaian: 2005. Saifulislam.Com. Retrieved January 1, 2023, from
https://saifulislam.com/2005/10/permasalahan-sejarah-islam-punca-dan-
penyelesaian-2005/
02.Says:, Z., Says:, R., says:, M., says:, L., says:, A., Says:, Z., Says:, Q., Says:, A., Says:, P.,
Says:, L., Says:, S., & says:, M. (2015, February 24). Pengertian Sejarah Menurut
Pandangan sarjana muslim dan Barat. Maruwiah Ahmat. Retrieved January 1, 2023,
from https://maruwiah.com/2010/04/09/pengertian-sejarah-menurut-pandangan-
sarjana-muslim-dan-barat/
03.Bab 2 tesis siti Aisyah Pengenalan konsep Sejarah Islam - Bab 2 KONSEP Sejarah
Islam 2 pengenalan. Studocu. (n.d.). Retrieved January 1, 2023, from
https://www.studocu.com/my/document/universiti-sultan-zainal-abidin/islamic-
economics/bab-2-tesis-siti-aisyah-pengenalan-konsep-sejarah-islam/26130162
04. Mohd, H. (2017, May 31). Kepentingan Menggunakan Metodologi Sejarah dalam
menghasilkan Sebuah Penulisan Tesis Yang Baik. Academia.edu. Retrieved January
1, 2023, from
https://www.academia.edu/33281239/Kepentingan_menggunakan_metodologi_sejara
h_dalam_menghasilkan_sebuah_penulisan_tesis_yang_baik
05.Unknown. (1970, January 1). Kisah 5 - Kepentingan Penulisan Dalam Islam. Kisah
5 - Kepentingan Penulisan dalam Islam. Retrieved January 1, 2023, from
http://zahiruddinzabidi.blogspot.com/2013/06/kisah-5-kepentingan-penulisan-
dalam.html
06. دار التوزيع والنش ر: الق اهره،وف همه كيف ية ق راءة التاريخ،)ه١٤٣٤( موسى الش ريف ب محمد
ن