The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Muhammad Firas Muqri bin Abd Samat
Tugasan 2 (Penulisan) MPU3551a - Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia I

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firasmuqri1, 2024-04-25 14:55:05

E-ESEI BSMM

Muhammad Firas Muqri bin Abd Samat
Tugasan 2 (Penulisan) MPU3551a - Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia I

E-ESEI B U L A N S A B I T M E R A H M A L A Y S I A LAWATAN KE PUSAT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN TAWAU BSMM PISMP JUN 2021/2026


TAKWIM AKTIVITI 02 SKIM LATIHAN 07 SECEBIS PENGENALAN PROGRAM YANG DILAKSANAKAN 04 RANCANGAN AKTIVITI 03 PENUTUP 11 01 ISI KANDUNGAN RUJUKAN 12


SECEBIS PENGENALAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA BSMM PISMP JUN 2021/2026 BSMM CAWANGAN TAWAU "Per Humanitatem ad Pacem" - Di dalam perang ada kebajikan "Inter arma caritas" - Dengan kemanusiaan, ke arah keamanan Terdapat program penarafan skim latihan yang disediakan bagi murid sekolah rendah oleh BSMM yang dikelolakan oleh pusat BSMM Daerah seperti Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Tawau. Pusat cawangan ini turut memainkan peranan bagi memperkasakan program unit beruniform melalui penyelarasan dan perangkaan aktiviti-aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1948. Persatuan ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan ini mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia. PEMBANGUNAN 0 1


PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Sebagai Pusat BSMM Daerah, BSMM cabang Tawau tidak terkecuali dalam menyediakan perancangan orientasi untuk digunakan oleh sekolah-sekolah di sekitar daerah Tawau. Perancangan tersebut dirangka dengan mengambil kira aspek takwim, rancangan aktiviti, program-program dan skim latihan terkini. la perlu selari dengan takwim persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar perancangan orientasi dapat dilaksanakan dengan lancar. Berdasarkan jadual itu, dapat diperhatikan bahawa perancangan orientasi Bulan Sabit Merah Malaysia bagi sekolah-sekolah di daerah Tawau turut mengambil kira aspek takwim iaitu mengikut sesi persekolahan tahun tersebut. Maka pelaksanaan setiap aktiviti tidak bertembung dengan Tarikhtarikh cuti seperti pertengahan penggal dan akhir tahun. Aktivit juga disusun mengikut keperluan kurikulum yang telah ditetapkan agar pelaksanaan aktiviti sentiasa berada di landasan yang tepat serta memastikan ada nilai tambah yang dapat diperoleh oleh ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Justeru, takwim yang telah dibina dijangka dapat membawa impak yang mempan terhadap pembangunan jati diri ahli Bulan Sabit Merah Malaysia di akhir tahun nanti. -BSMM CAWANGAN TAWAU Jenis Aktiviti Garis Masa Kursus Berkaitan Program/Aktiviti Sekolah Orientasi Persatuan Sasaran Program Takwim Aktiviti BSMM CAWANGAN TAWAU Kandungan takwim: TAKWIM TAHUNAN Bulan Sabit Merah Malaysia BSMM PISMP JUN 2021/2026 0 2


BSMM PISMP JUN 2021/2026 “ Jauh perjalanan, luas pemandangan“ Terdapat program dan aktiviti yang wajib dilaksanakan di dalam takwim seperti mesyuarat dan kursus-kursus yang wajib diambil oleh ahli BSMM sekolah rendah. Maka ia turut menekankan aspek rancangan aktiviti dalam memilih aktiviti bersesuaian yang untuk dilaksanakan di peringkat sekolah rendah mengikut waktu yang diperuntukkan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi unit beruniform. Pelaksanaan aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia di peringkat sekolah rendah haruslah selari dengan objektif dan 7 prinsip asas BSMM. Ia adalah penting bagi menerapkan murid dengan prinsip-prinsip BSMM sejak usia kecil lagi. Kajian bertajuk "Mendominasi Kemahiran Penyelesaian Masalah Secara Kritis Melalui Penglibatan Kokurikulum Badan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia" yang dijalankan oleh Universiti Tun Husseion Onn Malaysia pada tahun 2021 turut menjelaskan bahawa kepentingan perancangan aktiviti kreatif dalam pembelajaran kursus-kursus BSMM bagi mengembangkan kreativiti murid dan kemampuan berfikir melalui dorongan persekitaran yang sesuai. RANCANGAN AKTIVITI BSMM BSMM PISMP JUN 2021/2026 0 3


Pelaksanaan program tahunan yang dirancang terbahagi kepada dua iaitu melibatkan dalaman iaitu sesama warga sekolah ataupun aktiviti luaran yang melibatkan masyarakat. Menurut Amir Hamzah Aman dalam penulisannya yang bertajuk Bulan Sabit Merah Malaysia yang diterbitkan oleh Penerbitan Malaysia pada tahun 2016, terdapat beberapa cadangan aktiviti yang sesuai dijalankan oleh ahli-ahli persatuan pada peringkat sekolah rendah. PROGRAM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA L A W A T A N 2 0 2 4 0 4 PR O G R A M Y A N G D I L A K S A N A K A N BSMM PISMP JUN 2021/2026


5 Bentuk Program Terdapat Melibatkan fasiliti, perkhidmatan, undangudang dan perlindungan. It's a way of life that holds the promise of a better, peace world Perkhidmatan Ambulans dan Bantuan Bencana Alam diwujudkan untuk memenuhi keperluan kecemasan dalam pelbagai situasi yang memerlukan Buan Sabit Merah Malaysia menghulurkan bantuan kepada Masyarakat apabila terjadinya bencana alam seperti banjir, ribut dan lain-lain lagi. Pelaksanaan Program Pembangunan Belia yang berfungsi dalam melahirkan modal insan yang mengetahui tanggungjawab dalam membangunkan negara. Ditawarkan kepada kanak-kanak seawal umur sembilan tahun dan diteruskan sehingga meningkat kepada unit belia dan unit pasukan bantuan sukarela. BSMM PISMP JUN 2021/2026 PR O G R A M Y A N G D I L A K S A N A K A N 0 5


Promosi Kempen dan Program Darah, AIDS serta Anti Dadah. Kerjasama BSMM dengan program Tabung Darah Negara menjayakan program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah seperti masalah kekurangan darah membantu mangsa kemalangan, urusan pembedahan dan lain-lain aktiviti yang memerlukan darah. Kesedaran terhadap penyebaran Undang-Undang Kemanusiaan. Sebagai satu-satunya badan dunia yang terlibat dengan aktiviti kemanusiaan pada peringkat global, Bulan Sabit Merah Malaysia di bawah Palang Merah Sedunia memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia berkaitan undang-undang kemnusiaan seperti hak-hak dalam aman dan peperangan agar tidak menjadi mangsa jenayah perang. BSMM PISMP JUN PR O G R A M 2021/2026 Y A N G D I L A K S A N A K A N Pencetusan Program Pertolongan Cemas bagi Orang Awam. Aktiviti ini dijalankan bagi berkongsi kepakaran Bulan Sabit Merah Malaysia berkaitan pengetahuan asas pertolongan cemas. 0 6


SKIM LATIHAN Skim latihan merupakan kursus-kursus yang perlu dilalui oleh ahli BSMM bagi memperolehi lencana kecekapan dalam bidang tertentu. Merujuk kepada Buku Panduan No.7 berkaitan Peraturan Kursus Peperiksaan dan Persijilan Bulan Sabit Merah Malaysia, skim latihan yang ditawarkan bagi ahli BSMM peringkat sekolah rendah adalah pada seksyen 4: Lencana Kecekapan Ahli Muda (Junior). S KIM LA T IH A N B S M M BSMM PISMP JUN 2021/2026 2 Bahagian | 7 Komponen Skim Latihan BSMM TERAS Lencana Kecekapan Lencana Kecekapan ELEKTIF 0 7


Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah JERC1001 Pertolongan Cemas Junior JJFA1021 Pendidikan Kesihatan JHED1031 LENCANA KECEKAPAN TERAS SKIM LAT IHAN BSMM BSMM PISMP JUN 2021/2026 0 8


Kawad Kaki JFDR1051 Persahabatan Antarabangsa JIFR1061 Pendidikan Pengurangan Risiko Bencana JDRR1071 Perkhemahan JCAM1081 LENCANA KECEKAPAN ELEKTIF BSMM PISMP JUN 2021/2026 0 9


SKIM LATIHAN Sijil akuan akan diberikan apabila ahli muda laitu murid sekolah rendah lulus dalam penilaian Lencana Kecekapan BSMM untuk ahli Muda dan layak memakai lencana kecekapan yang diambil. Bagi setiap komponen, kursus yang terkandung di dalam Lencana Kecekapan Teras adalah diutamakan. Bulan Sabit Merah Malaysia BSMM PISMP JUN 2021/2026 1 0


Lawatan ke Pusat Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Tawau diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada wakil BSMM cabang Tawau. Pelaksanaan BSMM sebagai unit kokurikulum sekolah rendah khususnya bagi murid di sekolah daerah Tawau semakin diberdayakan bagi mencapai 7 prinsip asas BSMM. Tanpa perancangan yang mendasar dan menyeluruh, sesebuah organisasi tidak dapat mencapai misi dan visi pertubuhannya baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Justeru, pemantapan kemahiran diri ahli Bulan Sabit Merah Malaysia perlu diperkukuhkan khususnya di Tawau bermula dari generasi muda di sekolah rendah. PENUTUP BSMM PISMP JUN 2021/2026 1 1


“Keamananadalahhak untuksemua” Amir Hamzah Aman. (2016). Bulan Sabit Merah Malaysia. Penerbit Multimedia Sdn Bhd. Bulan Sabit Merah Malaysia. Buku Panduan No.7 (Peraturan Kursus, Peperiksaan dan Pensijilan BSMM). Bulan Sabit Merah Malaysia. Fadilah Ismail, Ahmad Aidil Nasir., Roziana Haron., & Nur Azila Kelewon. (2021). Mendominasi Kemahiran Penyelesaian Masalah Secara Kritis Melalui Penglibatan Kokurikulum Badan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 446-455. A RUJUKAN BSMM PISMP JUN 2021/2026 1 2


Click to View FlipBook Version