The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE-40 SMK CHERAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98412290, 2024-06-07 00:32:40

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE-40 SMK CHERAS

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE-40 SMK CHERAS

1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Visi Misi 2 2. Atur Cara 4 3. Agenda Mesyuarat 6 4. Carta Organisasi PIBG Sesi 2023/2024 8 5. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39 10-13 6. Laporan Tahunan 2023/2024 14-15 7. Laporan Kewangan 2023/2024 20-24 8. Senarai Usul 26-34 9. Senarai Kehadiran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 36 10. Senarai AJK PIBG Sesi 2023/2024 38 11. AJK Pengelola 40-46 12. Lampiran - Notis Panggilan Mesyuarat - Perakuan Pendaftaran - Usul dan Cadangan Ibu bapa PIBG kali ke-39 - Kehadiran AJK PIBG - Kehadiran Guru - Kehadiran Ibu Bapa - Catatan 48-65


2 Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera. Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. VISI SEKOLAH MISI SEKOLAH


3 ATUR CARA MAJLIS


4 ATUR CARA MAJLIS MASA ACARA 8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru 8.30 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa : Tayangan Multimedia : Ucapan YDP PIBG - En Ahmad Amin bin Ahmad Ltif : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 : Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 : Ucapan YDP Baharu sesi 2024/2025 : Ucapan Penangguhan : Penyampaian Cenderamata dan Sijil Penghargaan : Acara Cabutan Bertuah : Bersurai


5 AGENDA MESYUARAT


6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-40 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS 1. Ucapan Yang Di Pertua PIBG Sesi 2023/2024 2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 3. Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan Sesi 2023 4. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 5. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 6. Pelantikan Pengerusi Sementara 7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG (Ibu Bapa) Sesi 2024/2025 A. Seorang Yang Di Pertua B. Seorang Naib Yang Di Pertua C. Tujuh Orang AJK Ibu Bapa D. Seorang Juruaudit Ibu Bapa 8. Pelantikan Jawatankuasa Guru Sesi 2024/2025 9. Pembentangan Usul 10. Hal-hal lain 11. Ucapan Penangguhan 12. Mesyuarat Ditangguhkan


7 CARTA ORGANISASI


8 CARTA ORGANISASI PIBG SMK CHERAS SESI 2023/2024 PENASIHAT G SHARIZA BINTI SHAHARUDDIN YANG DIPERTUA AHMAD AMIN BIN AHMAD LTIF TAIN NAIB YANG DIPERTUA SAIFUL SAFUAN BIN MD SANI ZAKARIA BENDAHARI NURUL HIQMAH BINTI MD LAZI MAMAT JURUAUDIT IBU BAPA MOHD REZAL BIN ZAKARIA PEMERHATI KAUNSELOR SMK CHERAS SETIAUSAHA HAMIZAH BINTI MD ARIS AJK IBU BAPA MOHD AZRI BIN ISMAIL AZRUL EFFENDI BIN KHALID FAIZATUL DARA BINTI ARIFFIN MUHAMMAD RAZMAN ROCKEY BIN ABDULLAH SITI JULAILA BINTI OTHMAN WAN ROSLINA BINTI WAN IBRAHIM AJK GURU NORHAYA BINTI MANSOR MOHAMAD LOKMAN BIN IBROHEM AHMAD RAZIMI BIN CHE SOH JURUAUDIT GURU NORHIDAYAH BINTI MOHD DAUD


9 MINIT MESYUARAT AGUNG KE- 39


10 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK CHERAS KALI KE-39 2023 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS, KUALA LUMPUR. TARIKH : 24 JUN 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN KRIS MAS SMK CHERAS KEHADIRAN : IBU BAPA DAN PENJAGA (SEPERTI DI LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN) GURU DAN KAKITANGAN (SEPERTI DI LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN) 1. Ucapan Penasihat 1.1 Pn Rohazlina binti Othman, selaku pemangku Pengetua SMK Cheras merangkap penasihat PIBG mengalu-alukan kehadiran ibu bapa, penjaga, ahli jawatankuasa PIBG dan juga guru-guru SMK Cheras ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-39 bagi tahun 2023. 1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh AJK PIBG sepanjang sesi 2021/2022 - 2022/2023. Tindakan: Makluman 2. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2.1 Encik Abdul Razak bin Tain mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kal ke-39. 2.2 Mesyuarat Agung Tahunan ini penting kepada ibu bapa kerana para ibu bapa boleh berjumpa dengan guru-guru untuk membincangkan isu anak-anak SMK Cheras dan mencadangkan penambahbaikan untuk kemajuan anak-anak SMK Cheras. Tindakan: Makluman 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 3.1 Yang Dipertua PIBG, Encik Abdul Razak bin Tain membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 seperti yang tercatat pada 11 hingga 17 buku mesyuarat.


11 3.2 En Saiful mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 diterima dan disokong oleh En Chong Yee Ho. Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke38 diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Tindakan: Makluman 4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Sesi 2022/2023 4.1 Setiausaha PIBG, Pn Nor Diyana binti Zainol membentangkan Laporan Tahunan 2022/2023 seperti yang tercatat pada buku bermula muka surat 19 hingga 23. 4.2 Laporan Tahunan 2022/2023 diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Tindakan: Makluman 5. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 5.1 Bendahari PIBG, Pn Nurernie Zazalind binti Mohd Yusof membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2022 seperti yang tercatat pada buku bermula muka surat 26 hingga 29. 5.2 Laporan Kewangan PIBG 2022 diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Tindakan: Makluman 6. Pembentangan Usul 6.1 Usul 1: Pn Rohazlina binti Othman mencadangkan sumbangan PIBG bagi tahun 2023 seperti berikut: Sumbangan PIBG - RM 60.00 Program Kecemerlangan Akademik - RM 30.00 Penyelenggaraan - RM 20.00 Kertas Latihan dan Ujian - RM 20.00 Jumlah - RM 130.00 Keputusan mesyuarat: Usul 1 diluluskan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Tindakan: Makluman 6.2 Rujuk lampiran ( Usul ibu bapa dan maklum balas)


12 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 – 2022/2023 dan Pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024 6.1 Berikut ialah Jawatankuasa PIBG SMK Cheras yang telah dipilih. Yang Dipertua : En Ahmad Amin bin Ahmad Ltif Naib Yang Dipertua : En Saiful Safuan bin Md Sani Setiausaha : Pn Hamizah binti Md Aris Bendahari : Cik Nurul Hiqmah binti Md Lazi AJK Ibu Bapa : En Mohd Azri bin Ismail En Azrul Effendi bin Khalid Pn Faizatul Dara binti Ariffin En Muhammad Razman Rockey bin Abdullah Pn Mardiana binti Jamaludin Pn Siti Julaila binti Othman Pn Wan Roslina binti Wan Ibrahim AJK Guru : Pn Norhaya binti Mansor En Mohamad Lokman bin Ibrorhem En Ahmad Razimi bin Che Soh Juruaudit Ibu Bapa : En Mohd Rezal bin Zakaria Juruaudit Dalaman : Pn Norhidayah binti Daud Tindakan: Makluman 8. Hal-hal Lain 8.1 Pn Zubaidah mencadangkan supaya PIBG mewujudkan ‘Group’ Whatsapp rasmi untuk ibu bapa mengetahui maklumat tentang sekolah. 8.2 AJK PIBG boleh berkongsi semua aktiviti dan maklumat kepada semua ibu bapa melalui ‘group’ tersebut. 8.3 Pn Rohazlina binti Othman memaklumkan bahawa sememangnya telah ada ‘Group’ Telegram Cherasian yang berkaitan dengan semua maklumat tentang aktiviti sekolah. 8.4 Yuran PIBG bagi tahun 2023 boleh dibayar dua kali. Tindakan: Makluman 9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Yang Dipertua PIBG, En Ahmad Amin bin Ahmad Ltif berharap semua ibu bapa berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang demi kepentingan murid dan warga SMK Cheras.


13 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. PENCATAT MINIT 1. …… …… …………………………………………………… (NORARISH @ NOR ARISHAH BINTI EIN) 2. ……………………………………………………… (PN HASLINA BINTI ABD RAHIM) 3. ………………………………………………………………. (PN NAIMAH BINTI IBRAHIM) 4. …………… ………………………………………………… (PN NORAZURA BINTI AB AZIZ) 5. ……………………………………………………………… (PN NUR FATIN ANERA BINTI ALIAS) Disediakan oleh, ………………………………… (HAMIZAH BINTI MD ARIS) Setiausaha PIBG SMK Cheras, Kuala Lumpur Sesi 2023/2024 Disemak oleh, Disahkan oleh, ………………………………. ……………………………. (AHMAD AMIN BIN AHMAD LTIF) (ROHAZLINA BINTI OTHMAN) Yang Dipertua PIBG Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Cheras, Kuala Lumpur b/p Pengetua Sesi 2023/2024 SMK Cheras, Kuala Lumpur


14 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2023


15 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2023 Melalui sumbangan PIBG yang telah diterima pada tahun 2023, dana tersebut telah diagihagihkan kepada warga SMK Cheras mengikut keperluan semasa. Berikut disenaraikan program-program yang telah dilaksanakan pada tahun 2023. A) PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK DAN KEPIMPINAN MURID SMK CHERAS Bagi memastikan kecemerlangan murid-murid berterusan, SMK Cheras bersama-sama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta dengan kelulusan daripada AJK PIBG, sebahagian daripada dana telah disalurkan bagi melaksanakan beberapa program peningkatan akademik dan kepimpinan murid-murid. Program-program yang telah dilaksanakan antaranya: 1. Bengkel penetapan matlamat SPM Program bertujuan memastikan para murid dan ibu bapa bersama-sama dengan pihak sekolah menggembleng tenaga dalam usaha memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah. 2. Sumbangan kepada murid SPM 2023 Pihak PIBG turut memberikan sumbangan dalam bentuk makanan, minuman dan juga banting kepada murid tingkatan 5 yang menduduki SPM pada tahun 2023. PIBG juga memberikan sedikit sumbangan untuk membiayai makanan semasa Program Solat Hajat bagi murid tingkatan 5. 3. Pembelian setem Surat Amaran bagi murid ponteng sekolah/salah laku. Sumbangan turut diberikan untuk pembelian setem bagi melancarkan urusan surat menyurat untuk ibu bapa dan juga urusan rasmi sekolah. 4. Program Sahsiah Murid PIBG juga turut memberikan sumbangan bagi program seperti Kem Kepimpinan, Kolosium PRS dan juga bayaran kepada penceramah bagi program, peningkatan keperibadian dan sahsiah murid. B) NAIK TARAF KEMUDAHAN SEKOLAH 5. Penapis Air Coway PIBG menanggung sepenuhnya bayaran sewa penapis air Coway setiap tahun bermula bulan Januari hingga Disember bagi membekalkan kemudahan bekalan minuman kepada murid-murid.


16 6. Biz Unifi Pihak PIBG juga menyalurkan kewangan bagi kemudahan internet di sekolah kepada murid-murid dan juga guru untuk sepanjang tahun. Kemudahan ini bagi melancarkan sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Selain itu, kemudahan ini juga banyak membantu pihak sekolah melakukan lain-lain urusan rasmi sekolah. 7. Penyelenggaraan Meter Fotostat PIBG meluluskan kewangan bagi bayaran penyelenggaraan meter fotostat dari bulan Disember 2022 hingga November 2023. Penyelenggaraan ini dilakukan bagi memudahkan dan melancarkan urusan riso kertas untuk murid-murid dan guru-guru. 8. Pembelian prasarana untuk kegunaan murid PIBG telah memberikan sumbangan kepada sekolah beberapa prasarana seperti kerusi yang digunakan di dewan sekolah, rak bagi menyimpan fail murid di bilik HEM dan juga membeli 10 buah papan putih bagi menggantikan papan putih di kelas murid yang telah rosak. 9. Pembelian alatan permainan Disebabkan alatan permainan bola keranjang yang telah rosak, maka, PIBG telah menyalurkan sedikit sumbangan bagi pembelian alatan yang baru. C) DERMA DAN SUMBANGAN Pihak PIBG juga telah meluluskan dana bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan warga SMK Cheras sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan perkembangan staf. Sumbangan yang telah disalurkan antaranya ialah: 10. Sambutan Hari Perayaan Pihak PIBG bersama-sama Biro Kebajikan SMK Cheras telah menyampaikan sumbangan kepada murid-murid sempena hari perayaan yang diadakan serentak pada bulan November, dalam Program RIMUP Ceria yang diadakan bagi menyambut perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri pada bulan April dan Perayaan Deepavali pada bulan November. 11. Program Ihya’ Ramadhan Bagi bersama-sama memberkati bulan yang mulia, PIBG turut menyumbangkan untuk kemeriahan Program Ihya Ramadhan, pada bulan Mac sehingga April iaitu Program Bubur Lambuk dan Majlis Khatam Al-quran. 12. Makanan Mesyuarat Agung PIBG 2023 Pihak PIBG juga turut menyumbangkan makanan bagi mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 yang dijalankan pada 24 Jun 2023 untuk ahli jawatankuasa pengelola MAT yang hadir ke sekolah dan juga hadiah cabutan bertuah untuk ibu bapa dan guru yang hadir


17 ke Mesyuarat Agung Tahunan 2023. 13. Sumbangan Majlis Apresiasi dan Penghargaan Guru PIBG juga menyalurkan sumbangan kepada Kelab Guru bagi majlis tersebut yang dijalankan pada tahun 2023 untuk sesi 2022/2023 (Februari 2023) dan sesi 2023/2024 (Disember 2023). PIBG juga bersetuju untuk memberikan hasil dana sewaan tapak semasa Kejohanan Sukan Sekolah kepada Kelab Guru bagi menjayakan majlis ini atas menghargai jasa guru-guru yang telah bertungkus-lumus sepanjang sesi persekolahan. 14. Majlis Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan 2023 Majlis ini telah diadakan pada 24 Mei 2023, pihak PIBG telah menyumbangkan bantuan kewangan untuk tag nama ketua dan penolong kelas. 15. Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 Bagi tujuan menghargai dan mengiktiraf murid-murid SMK Cheras yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum, maka pihak PIBG telah meluluskan peruntukan kewangan bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut berlangsung pada 24 September 2023 di Dewan Sekolah. 16. Sumbangan Larian Merentas Desa & Kejohanan Olahraga Sekolah Pihak PIBG turut memberikan sumbangan makanan dan minuman kepada murid bagi aktiviti merentas desa yang berlangsung pada 21 Julai 2023. PIBG juga telah memberikan sedikit sumbangan untuk sewaan khemah yang akan digunakan murid di Stadium Mini Permaisuri semasa Kejohanan Olahraga Sekolah pada Ogos 2023. 17. Hadiah untuk aktiviti Kokurikulum Disebabkan cuaca panas, maka, aktiviti Kokurikulum terpaksa diadakan secara dalam talian. Untuk menaikkan semangat murid untuk membuat aktiviti dalam talian, Unit Kokurikulum menggalakan guru-guru penasihat untuk membuat pertandingan atas talian dan pemenang diberikan hadiah. 18. Persaraan Guru Bagi menghargai jasa guru yang telah banyak menyumbang bakti pada sekolah dan murid-murid SMK Cheras, PIBG telah memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis perpindahan 2 orang guru dan 9 orang guru yang telah bersara. 19. Majlis Pelantikan Pengawas 2023 PIBG telah meluluskan dana sumbangan bagi Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Pengawas Sekolah, 2023. Hal ini untuk memberi pengiktirafan kepada pengawas-pengawas yang dilantik dan menjadi tulang belakang bagi membantu mengawal disiplin murid-murid SMKC.


18 20. Majlis Graduasi Murid Tingkatan 5 Bagi menaikkan semangat murid tingkatan 5 untuk menduduki SPM dan tamat persekolahan, PIBG telah menyalurkan sedikit sumbangan bagi Majlis Graduasi tersebut yang diadakan sebanyak dua kali iaitu bagi murid tingkatan 5, sesi 2022/2023 pada bulan Januari 2023 dan sesi 2023/2024 pada bulan November 2023. 21. Majlis Apresiasi Murid Hal Ehwal Murid (HEM) & Kokurikulum PIBG juga turut memberikan sumbangan untuk menjayakan Majlis Apresiasi Murid dalam HEM dan Kokurikulum yang diadakan untuk menganugerahkan murid yang menaikkan nama sekolah dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Majlis ini turut diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 28/01/2023 untuk sesi 2022/2023 dan 01/12/2023 untuk sesi 2023/2024. 22. Kos sewa pengangkutan murid Sekolah telah menghantar murid ke beberapa pertandingan iaitu Pertandingan Bola Jaring, Bola Tampar, Silat dan Program Teknik Belajar Bahasa Cina SPM di luar dari sekolah, maka, PIBG telah membayar kos pengangkutan murid-murid tersebut. 23. Makanan Program Gotong-royong Madani 2023 Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG turut mengadakan Program Gotong-royong Madani pada 9 September 2023. AJK PIBG turut bersama-sama hadir bagi program ini dan membantu membersihkan kawasan sekolah serta menyumbang makanan kepada yang hadir. D) BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID Kebajikan murid-murid merupakan salah satu tanggungjawab sosial bagi PIBG. Beberapa sumbangan berbentuk bantuan kewangan telah disalurkan kepada murid-murid yang memerlukan terutamanya anak- anak yatim. 24. Sumbangan pelajar kematian ibu atau bapa Pihak PIBG memberikan sumbangan kepada pelajar SMKC yang kematian bapa atau ibu. 25. Sumbangan kepada murid yang mewakili sekolah Murid yang bernama Muhammad Mikail bin Mohd Izzuddin Guoy, telah dipilih untuk mewakili sekolah ke Jepun. PIBG telah memberikan sedikit sumbangan kepada murid tersebut bagi menampung kos perbelanjaan murid di sana. Disediakan oleh, __________________________ ( NORHAYA BINTI MANSOR ) Setiausaha PIBG SMK Cheras


19 LAPORAN KEWANGAN 2023


20


21


22


23


24 Disediakan oleh, ………………………………………… (NURUL HIQMAH BINTI MD LAZI) BENDAHARI PIBG SMK CHERAS SESI 2023/2024


25 SENARAI USUL


26 USUL 1 Dikemukakan oleh Puan G Shariza binti Shaharuddin, Pengetua SMK Cheras. Sumbangan PIBG setiap murid bagi tahun 2024 adalah seperti berikut : CADANGAN PERINCIAN KUTIPAN BAYARAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2024 BIL JENIS BAYARAN TAMBAHAN DAN SUMBANGAN PIBG PERALIHAN TING 1 TING2 TING 3 TING 4 TING 5 CATATAN RM RM RM RM RM RM 1 Majalah* 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 Dibayar oleh adik (satu keluarga sahaja) 2 Pemantapan Kurikulum 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 Semua murid 3 Pemantapan Sahsiah 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Semua murid 4 Pemantapan Kokurikulum 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00 Semua murid 5 Sumbangan PIBG 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 Dibayar oleh adik (satu keluarga sahaja) 6 Kecemerlangan SPM 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 80.00 Ting. 5 sahaja 7 Kecemerlangan Akademik 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 0.00 Peralihan, T1, T2, T3 dan T4 sahaja 8 Majlis Graduasi 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 120.00 Ting. 5 sahaja 9 Penyelenggaraan 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 Semua murid 10 Rentokil 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Murid perempuan sahaja 11 Keselamatan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 Semua murid Jumlah Bayaran Mengikut Tingkatan 190.00 190.00 190.00 190.00 190.00 310.00 Bayaran tambahan persekolahan akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG KECUALI *Bayaran Majalah dimasukkan ke dalam akaun SUWA


27 USUL 2 NAMA PEMBAWA USUL En Mohd Rahmat NAMA ANAK Afiq Abqari KELAS USUL-USUL 1. Mendidik bukan menghukum, bantu bukan menyekat. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Maklumat berkenaan syarat untuk mewakili sekolah ke mana-mana acara /pertandingan terutama berkaitan dengan isu disiplin telah disampaikan kepada semua murid semasa perhimpunan rasmi (laporan guru bertugas mingguan ) USUL 3 NAMA PEMBAWA USUL Puan Noraimi binti Sofian NAMA ANAK Nur Aleeya binti Anuar KELAS 2 Imtiaz USUL-USUL 1. Membenarkan murid-murid aliran agama untuk membeli makanan seperti sebelum ini pada rehat ke 2 mengambil kira waktu pulang sekolah lewat 2. Membenarkan anak-anak solat awal seperti sebelum ini mengambil kira anak-anak murid tidak sempat solat Zohor apabila waktu tamat persekolahan HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Penambahan masa akan berlaku apabila peruntukan waktu diberikan untuk waktu rehat dan solat. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan menyediakan soal selidik kepada semua ibu bapa murid KAA untuk mendapatkan pungutan suara supaya sekolah dapat mempertimbangkan usul ini. USUL 4 NAMA PEMBAWA USUL Puan Diana Ahmad NAMA ANAK Putra Syafiq Aizack KELAS 1 Inovatif USUL-USUL 1. Besarkan kantin HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Sekolah tiada kapasiti untuk membangunkan apa-apa binaan dalam kawasan sekolah kerana ia merupakan premis kerajaan


28 USUL 5 NAMA PEMBAWA USUL Puan Haniza binti Jais NAMA ANAK Medina binti Sobran KELAS 3 Intelek USUL-USUL 1. Mohon ambil berat berkenaan kebersihan kantin sekolah. Terdapat aduan berulang kali dari anak-anak murid tentang tahap kebersihan makanan dan penjualan air yang diambil terus dari paip sinki. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Pemantauan dari Pihak sekolah, Pegawai PPD (En Suraimi) dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dijalankan . Pihak Kantin telah menerima laporan dan teguran . Lawatan pegawai JPWP (En. Sayuti) dan sesi perbincangan dengan pengusaha kantin dilakukan pada 6/6/2024 berkenaan isu kantin dan usul ibu bapa. USUL 6 NAMA PEMBAWA USUL Puan Huraizah binti Zaini NAMA ANAK Muhammad Fariksh Hakimi KELAS 2 Intelek USUL-USUL 1. Saya berharap pihak sekolah dapat bekerjasama memberi laluan penggunaan padang sekolah bagi sesi latihan bola setiap petang. Adakan jadual secara bergilir untuk penggunaan padang supaya semua pihak dapat menggunakan fasiliti bersama. Ini disebabkan jika sesi latihan bola bermula lambat maka lewatlah habis. Kami ibu bapa terpaksa menunggu anak-anak habis latihan sehingga jam 7 petang. 2. Adakan kelas tambahan bagi anak-anak yang cicir pelajaran dan boleh diuar-uarkan kepada semua warga. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Jadual penggunaan padang SMK Cheras untuk memberi laluan kepada sukan dan permainan bola sepak telah ada, guru pasukan bola sepak juga iaitu Cikgu Razimi bin Che Soh telah maklum tentang jadual penggunaan padang untuk latihan bola sepak tersebut.


29 USUL 7 NAMA PEMBAWA USUL Puan Faizatul Dara binti Ariffin NAMA ANAK Nur Damia Umaira & Ahmad Zafri Rayyan KELAS 2 Progresif / 1 Efektif USUL-USUL 1. Mohon guru-guru kelas lebih cakna dan prihatin untuk respon sebarang kemusykilan @ pertanyaan yang penting daripada kalangan ibu bapa di dalam group whatsapp kelas. Bagi soalan yang tidak berkaitan atau tidak penting mungkin boleh diabaikan. 2. Mohon guru kelas untuk lebih proaktif dalam menyampaian makluman lebih awal untuk diambil tindakan oleh murid-murid atau ibu bapa bagi tujuan penyediaan peralatan dan sebagainya. 3. Pemilihan aktiviti permainan/badan beruniform/persatuan mohon agar murid-murid sendiri membuat pilihan mengikut kecenderungan kebolehan dan minat mereka, bukannya secara rawak dan mengikut jumlah kuota yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah kerana ini sangat penting demi kemenjadian murid itu sendiri. 4. Perbanyakkan lagi aktiviti motivasi untuk para murid dan perlu ada sasaran dan berfokus untuk ke arah kesedaran sivik dan sahsiah khususnya. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG 1 dan 2 https://chat.whatsapp.com/JcddLTo11tiJ26UC6roFFD, Ini ialah link Cakna KSIB. Manakala berikut ialah link Group Telegram Cherasian Rasmi untuk sebaran semua maklumat https://t.me/cherasianrasmi 3.Pihak sekolah iaitu Unit Kokurikulum akan memberi keutamaan kepada murid membuat pemilihan ikut kecenderungan dan kebolehan minat murid, sekiranyanya murid tidak tahu memilih mana-mana unit kokurikulum guru akan membantu murid dalam membuat pemilihan. 4.Program sekolah khususnya untuk murid di bawah unit HEM adalah berdasarkan takwim sekolah dan JPWPKL serta PPDBP


30 USUL 8 NAMA PEMBAWA USUL Puan Rafizah Abdul Rahman NAMA ANAK KELAS USUL-USUL 1. Mohon pihak guru pertimbangkan atau tidak mencampur aduk kegiatan murid dalam acara sukan serta kedatangan murid. 2. Saya agak terkilan apabila mendapat tahu tiada seorang guru @ wakil guru yang lain datang untuk memberi sokongan terhadap pasukan bola sepak yang berjaya hingga ke peringkat akhir semasa Kejohanan Sukan Bola Sepak MSSM baru-baru ini. Murid-murid ini terkilan, telah bertungkus-lumus serta berpenat lelah berjuang sehabis baik untuk nama sekolah. Hargailah usaha anak-anak yang penat berjuang untuk sekolah. HADIR/TIDAK HADIR Tidak Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG PK Kokurikulum hadir memberi sokongan kepada murid-murid bola sepak semasa majlis penyampaian hadiah. Guru pengiring seramai 2 orang telah hadir dan ada bersama murid sepanjang pertandingan berlangsung. Guru-guru lain yang tidak dapat hadir kerana tiada surat kebenaran untuk keluar pada waktu pdp serta waktu pdp sedang berjalan. Selain itu, urusan sekolah belum selesai seperti acara akhir untuk sukan. USUL 9 NAMA PEMBAWA USUL Puan Norsham binti Ahamed Sha NAMA ANAK Anisa Anis Binti Abdullah KELAS 1 Efektif USUL-USUL 1. Besarkan kedai koperasi. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Sekolah tiada kapasiti untuk membangunkan apa-apa binaan dalam kawasan sekolah kerana ia merupakan premis kerajaan


31 USUL 10 NAMA PEMBAWA USUL Puan Roshida Ahmad NAMA ANAK Muhammad Izhar Bahari KELAS 5 Kreatif USUL-USUL 1. Minta pihak sekolah membenarkan murid-murid meletakkan motosikal di tempat letak motosikal dalam kawasan sekolah. Ini kerana banyak kes kecurian telah berlaku ketika motosikal diletak di luar kawasan sekolah seperti kehilangan helmet dan barang alat ganti motosikal. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Berdasarkan SPI Bil.2 Tahun 2002, Pelaksanaan Program Sekolah Selamat dan Sumber Unit HEM, JPWPKL, bahawa tiada SPI yang membenarkan murid parkir kenderaan dalam kawasan sekolah USUL 11 NAMA PEMBAWA USUL Puan Mardiana binti Jamaludin NAMA ANAK Muhammad Aidi Ikhwan KELAS 5 Kreatif USUL-USUL 1. Mohon pertimbangkan tempat letak motosikal di kawasan yang lebih selamat. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Berdasarkan SPI Bil.2 Tahun 2002, Pelaksanaan Program Sekolah Selamat dan Sumber Unit HEM,JPWPKL, bahawa tiada SPI yang membenarkan murid parkir kenderaan dalam kawasan sekolah. USUL 12 NAMA PEMBAWA USUL Puan Norsham binti Ahamed Sha NAMA ANAK Anisa Anis binti Abdullah KELAS 1 Efektif USUL-USUL Adakah dibenarkan memakai pakaian seragam bewarna hitam ke sekolah? HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Buku Peraturan Disiplin SMK WPKL m/s 16-18, tiada warna hitam yang dibenarkan kecuali songkok hitam


32 USUL 13 NAMA PEMBAWA USUL Puan Suzana NAMA ANAK Illyna Shazwanie binti Ibrahim KELAS USUL-USUL 1. Denda kesalahan bagi Kempen “Jom Ke sekolah Awal” harus dibincang kembali. Dimana dinyatakan “merotan” atas kesalahan lewat ke sekolah. HADIR/TIDAK HADIR Tidak Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Maklumat berkenaan kehadiran murid ke sekolah telah disampaikan kepada semua murid semasa perhimpunan oleh KGD dan poster telah disebar luas kepada semua (laporan guru bertugas mingguan ) USUL 14 NAMA PEMBAWA USUL Puan Halizah NAMA ANAK Adam Hariz KELAS 1 Efektif USUL-USUL 1. Mewujudkan group telegram jika ada sebarang soalan berkaitan dengan pelajaran anak seperti kelas tambahan dan sebagainya. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG 1 dan 2 https://chat.whatsapp.com/JcddLTo11tiJ26UC6roFFD, Ini ialah link Cakna KSIB. Manakala berikut ialah link Group Telegram Cherasian Rasmi untuk sebaran semua maklumat https://t.me/cherasianrasmi


33 USUL 15 NAMA PEMBAWA USUL Encik Ikmal Hisham bin Shamsuddin NAMA ANAK Irfan KELAS 2 Imtiaz USUL-USUL 1. Cadangan waktu balik hari jumaat dapat diawalkan pada jam 12.15 tengah hari. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Berdasarkan Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia School Governance (MySG) dan SPI Bil 9/2016, minimum waktu untuk setiap mata pelajaran adalah 30 minit. Dalam SPI tersebut telah dinyatakan bilangan jam minimum yang WAJIB bagi setiap mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah membentuk jadual waktu yang mematuhi SPI dan garis panduan yang telah ditetapkan. USUL 16 NAMA PEMBAWA USUL Puan Nurul Hasanah binti Harun NAMA ANAK Nur Qistina Qalesya KELAS 1 Gamelan USUL-USUL 1. Rasa makanan dan minuman di kantin tidak berpatutan dengan harga yang dijual. 2. Kualiti makanan dan minuman di kantin perlu ditambahbaik seperti air minuman dijual terlalu manis @ tawar. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Perbincangan dengan pengusaha Kantin dan Pegawai JPWP En Sayuti bersama pihak sekolah diadakan pada 6/6/2024 berkenaan isu kantin serta perkara yang berkaitan kontrak /perjanjian dengan pihak sekolah dan KKM. Pihak Kantin akur dengan teguran dan akan membuat penambahbaikan


34 USUL 17 NAMA PEMBAWA USUL Puan Suriyati binti Saharin NAMA ANAK Adam Aqil Suhaid bin Dino KELAS USUL-USUL 1. Mohon pertimbangkan untuk tidak melibatkan atau memberi peluang pelajar tingkatan 5 aktif dalam sukan kerana SPM lebih penting dan jaminan. Cukup muridmurid terlibat aktif sehingga tingkatan 4 sahaja. HADIR/TIDAK HADIR Hadir MAKLUM BALAS PIHAK SEKOLAH/PENTADBIR SEKOLAH/ PIBG Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan), kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Oleh itu, penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah WAJIB. Pihak sekolah telah menetapkan penglibatan murid Tingkatan 5 dalam kokurikulum sehingga bulan Oktober sahaja. Ini adalah kerana syarat kelayakan kemasukan ke Universiti Awam, Kolej Matrikulasi KPM, IPG, 36 buah politeknik, 103 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah berdasarkan meritokrasi murid yang mengambil kira 90% (akademik) dan 10% (kokurikulum)


35 SENARAI KEHADIRAN AJK PIBG 2023/2024


36 SENARAI KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 / 2024 Kehadiran AJK PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras dalam Mesyuarat PIBG BIL NAMA JAWATAN KE-1 (14.7.2023) KE-2 (5.9.2023) KE-3 (23.11.2023) 1 EN.AHMAD AMIN BIN AHMAD LTIF Yang Di Pertua / / / 2 DR.SAIFUL SAFUAN BIN SANI Naib Yang Di Pertua / / X* 3 EN. MOHD AZRI BIN ISMAIL AJK Ibu Bapa / / X* 4 EN. AZRUL EFFENDI BIN KHALID AJK Ibu Bapa / / X* 5 EN. MUHAMMAD RAZMMAN ROCKEY BIN ABDULLAH AJK Ibu Bapa / / / 6 PN. FAIZATUL DARA BINTI ARIFFIN AJK Ibu Bapa / / / 7 PN. SITI JULAILA BINTI OTHMAN AJK Ibu Bapa X* / / 8 PN. MARDIANA BINTI JAMALUDIN AJK Ibu Bapa / / / 9 PN. WAN ROSLINA BINTI WAN IBRAHIM AJK Ibu Bapa / / / 10 EN. MOHD REZAL BIN ZAKARIA Juruaudit Ibu Bapa / / X* 11 PN. HAMIZAH BINTI MD ARIS Setiausaha / / / 12 CIK NURUL HIQMAH BINTI MD LAZI Bendahari / / / 13 PN. NORHAYA BINTI MANSOR AJK Guru X* / / 14 EN. AHMAD RAZIMI BIN CHE SOH AJK Guru / / / 15 EN. LOKMAN BIN IBRORHEM AJK Guru / / X* 16 PN. NORHIDAYAH BINTI MOHD DAUD Juruaudit Guru / X* / *BERSEBAB


37 SENARAI AJK PIBG SESI 2024/2025


38 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024 / 2025 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS PENASIHAT : YANG DI PERTUA : ……………………………………….. (Wakil ibu bapa/penjaga) NAIB YANG DI PERTUA : …………………………………………. (Wakil ibu bapa/penjaga) SETIAUSAHA : ( Wakil Guru ) BENDAHARI : ( Wakil Guru ) AHLI JAWATANKUASA :1)…………………………………………. 2)………………………………………….. 3)…………………………………………… 4)…………………………………………… 5)…………………………………………… 6)…………………………………………… 7)…………………………………………… (Wakil ibu bapa/penjaga) 1) ………………………………………….. 2)…………………………………………… 3)……………………………………………. 4)……………………………………………. JURUAUDIT : …………………………………………….. (Wakil ibu bapa/penjaga) :………………………………………………… ( Wakil Guru ) PEMERHATI : KAUNSELOR


39 AJK PENGELOLA


40 AJK INDUK Penasihat : Puan G Shariza binti Shaharuddin (Pengetua SMK Cheras) Pengerusi : Encik Ahmad Amin bin Ahmad Ltif (Yang Dipertua PIBG SMK Cheras) Timbalan Pengerusi : Dr. Saiful Safuan bin Md Sani (Naib Yang Dipertua PIBG SMK Cheras) Naib Pengerusi 1 : Puan Nur Asiah binti Che Lah (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi II : Puan Rohazlina binti Othman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi III : Puan Sabariah binti Yusoff (Penolong Kanan Kokurikulum) Penyelaras Jawatankuasa : Puan Noor Alamiyah binti Zakaria : Puan Jasmail Kaur A/P Mewa Singh : Puan Ooi Bee Khuan : Puan Khairul Akhmar binti Omar Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari : Puan Norhaya binti Mansor : Cik Nurul Hiqmah binti Md Lazi : Puan Zahirah binti Abdul Halim JAWATAN KUASA KERJA Pengurus Acara : Puan Rozinani Binti Awang Pengurus Pentas : Encik Muhamad Ikram bin Md Nor Pengacara Majlis : Puan Nur Fatin Anera binti Alias JK Sambutan & Protokol : Puan Farah Nina binti Abdul Munir JK Jemputan : Puan Rodiyah binti Mohamad JK Teks ucapan : Cik Noorshahirah binti Abu Khalid JK Pendaftaran : Cik Hufaidah binti Zakaria JK Pencatat minit JK Buku Mesyuarat Agung PIBG JK Penyemakan Akhir Buku : Cik Nur Alia binti Mohd Hamiza : Puan Norhaya binti Mansor : Puan Nor Diyana binti Zainol


41 Mesyuarat Agung PIBG JK Sijil /hadiah : Puan Farisah Najwa binti Shaharudin JK ICT /Siar Raya : Encik Mohamad Lokman bin Ibrorhem JK Back Drop / Banner : Encik Muhammad Hariff bin Kamaruddin JK Bacaan Doa : Encik Amiruddin bin Abdul Manaf JK Fotografi : Puan Noor Husna binti Mohd Zain JK Persiapan Pentas : Puan Hashida binti Md Isa JK Susun Atur Dewan JK Pengiraan Undi : Encik Muhammad Bukhari bin Saripuddin : Encik Mohd Azmi bin Osman JK Dokumentasi : Puan Noor Nadiah binti Tajuddin JK Jamuan : Puan Haslina binti Abd Rahim JK Disiplin dan Lalu Lintas : Encik Yahya bin Mat Yasin JK Kebersihan : Encik Lee Kwang Huat JAWATANKUASA PELAKSANA PENYELARAS Puan Noor Alamiyah binti Zakaria Bil JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1 Pengurus Program Puan Rozinani binti Awang (K) Puan Norhaya binti Mansor • Memantau persiapan mesyuarat dan tugasan yang diberikan kepada AJK pelaksanaan berjalan lancar. • Memastikan perjalanan program berjalan lancar dari mula hingga akhir. • Mengawal perjalanan majlis. 2 Pendaftaran Cik Hufaidah binti Zakaria (K) Puan Nur Aqilah binti Zulkepli Puan Siti Nadirah binti Rashid Puan Kavitha A/P Chelliah Puan Naimah binti Ibrahim • Menyediakan borang kedatangan ibu bapa/penjaga • Menyediakan buku pelawat untuk ditandatangani. • Mengedarkan buku program kepada AJK dan guru . 3 Pengacara Majlis Puan Nur Fatin Anera binti Alias (K) • Menyediakan skrip pengacaraan • Mengacarakan majlis dari awal hingga akhir • Mengawal perjalanan majlis


42 4 Pencatat Minit Mesyuarat Puan Nur Alia binti Mohd Hamiza (K) Cik Nur Amira Syuhada binti Rosman Cik Rahimah binti Mohd Yusof Puan Amira binti Mamat • Mencatat minit Mesyuarat Agung semasa mesyuarat • Setelah ditaip dan dikemaskini perlu diserahkan kepada setiausaha pada 15.6.2024 5 Jawatankuasa Teks Ucapan Cik Noorshahirah binti Abu Khalid (K) Puan Nurul Noorasyikin binti Mohamad • Menyediakan teks ucapan Pengetua dan YDP PIBG • Menghantar kepada pentadbir untuk semakan terlebih dahulu Puan Jasmail Kaur A/P Mewa Singh PENYELARAS 6 Bacaan Doa Encik Muhammad Amiruddin bin Abdul Manaf • Menyediakan teks doa yang sesuai • Membaca doa semasa majlis. 7 Backdrop/Banner 1. Encik Muhammad Hariff bin Kamaruddin (K) 2. Encik Abdull Azis bin Arbi • Menyediakan design dan softcopy backdrop seperti butiran berikut : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 2024 SMK Cheras Tarikh : 9 Jun 2024(Ahad) Masa: 7.30 pagi – 10.00 pagi • Menyerahkan softcopy backdrop kepada JK Buku Program dan JK ICT • Menempah banner seperti butiran berikut : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 2024 & Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Sesi 2023/2024 SMK Cheras Tarikh : 9 Jun 2024(Ahad) Masa: 7.30 pagi – 1.00 tengah hari


43 8 Jawatankuasa Buku Mesyuarat Agung PIBG Puan Norhaya binti Mansor (K) Puan Murni binti Mat Jali Cik Nurul Hiqmah binti Md Lazi Puan Nurul Iman binti Rosli Puan Nur Izzati binti Md Zaidi Puan Nor Afzani binti Shahidin Cik Lie Kiet Wei Puan Norshahizan binti Baharum • Mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk buku program • Menaip dan menyemak maklumat yang diperolehi • Menghantar draf buku mesyuarat kepada pengetua untuk disemak • Menerima soft copy buku program telah siap dalam bentuk pdf • Mencetak buku mesyuarat 30 set. • Menukarkan soft copy buku program (PDF) dalam bentuk flipbook dan menyerahkan pautan kepada penyelaras. 9 Jawatankuasa Penyemakan Akhir Buku Mesyuarat Agung PIBG Puan Nor Diyana binti Zainol (K) Puan Soraya binti Abd Rafar • Membuat semakan akhir buku program Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 dari segi -Kandungan,muka surat, kata dan ejaan 10 Jawatankuasa Pengiraan Undi. Encik Mohd Azmi bin Osman (K) Encik Mursyid bin Baharom Encik Chan Yoong Keong Puan Ang Choon Ai Puan Kanagambigai A/P Ramoo • Mengira undi sewaktu pemilihan Jawatankuasa AJK baharu sesi 2024/2025 • Memaklumkan jumlah bilangan yang diperoleh kepada jawatankuasa ICT


44 11 Jawatankuasa Jamuan Puan Haslina binti Abd Rahim (K) Puan Yusmila binti Mohamad Yunus Puan Maizan binti Mat Nasir Puan Roslina Garit Cik Nor Afiqah binti Mohd Sidek Puan Siti Fauziah binti Cheklah Puan Aisyatul Nazliah binti Abdul Rani Puan Aida Azlina binti Ramli Puan Amirah binti Mohamed Kamil Puan Nurul Shafini binti Abdul Hadi AJK PIBG Wan Roslina binti Wan Ibrahim Puan Mardiana binti Jamaludin • Menyediakan menu dan perbelanjaannya. • Menentukan tempat jamuan • Menempah makanan dan minuman yang sesuai untuk tetamu kehormat. • Mengedarkan makanan untuk tetamu jemputan, guru-guru, ibu bapa dan murid –murid yang membantu. • Mengemas semua peralatan setelah majlis tamat. Puan Ooi Bee Khuan • PENYELARAS 12 Jawatankuasa Sijil dan hadiah Sijil Cik Farisah Najwa binti Shahrudin (K) Puan Maizatul Akma binti Mamat Puan Mas Atikah binti Zakaria Hadiah AJK Ibu Bapa Puan Faizatul Dara binti Ariffin Puan Siti Julaila binti Othman Puan Encik Mohd Azri bin Ismail Encik Muhammad Razman Rockey bin Abdullah Encik Azrul Effendi bin Khalid • Menyediakan sijil untuk AJK PIBG 2023/2024 • Mengendalikan hadiah semasa majlis dan menyediakan cenderamata untuk AJK PIBG 2023/2024 • Menyediakan hadiah cabutan bertuah bertuah untuk yang hadir pada hari Mesyuarat Agung. • Menyediakan 14 hadiah untuk guru kelas yang mengutip sumbangan 100%. 13 Persiapan Pentas Puan Hashida binti Md Isa (K) Cik Jamaliah Azmirakarimah binti Mohd Ali Puan Aziyanti binti Abu Khanipah Puan Usha Kumari A/P Ramu • Menghias pentas dengan hiasan yang bersesuaian. 14 Jemputan Puan Rodiyah binti Mohamad (K) Puan Nurernie Zazalind binti Mohamad Yusop • Menyediakan surat jemputan kepada perasmi dan ibu bapa


45 15 Protokol dan sambutan Puan Farah Nina binti Abdul Munir (K) Puan Nabira binti Mohd Shah Puan Adlin Munirah binti Hamzah Puan Nur Fatin Nadirah binti Adnan • Menerima buku program untuk VIP daripada JK buku program. • Menyerah buku program, membawa buku lawatan dan menghidang air untuk VIP 16 Fotografi /Video Puan Noor Husna binti Mohd Zain (K) Encik Mohd Syafiq Mustaqim bin SaifulBahar Encik Mohd Saifudin bin Azmi ( Video) • Mengambil gambar sepanjang sepanjang majlis • Memastikan dua orang murid Sidang Redaksi bertugas untuk mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung 17 Dokumentasi & Penilaian Program Puan Noor Nadiah binti Tajuddin (K) Cik Nor Zalifah binti Hanafi Cik Alyaa Amirah binti Mohd Alwi Cik Norarish @ Nor Arishah binti Ein • Mendapatkan bahan daripada AJK Pelaksana. • Menyediakan laporan mesyuarat Agung PIBG Kali ke40 sesi 2024/2025 • Menghantar dokumentasi penuh Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 40 pada 21/6/2024 Puan Khairul Akhmar binti Omar PENYELARAS 18 Susun Atur Dewan Encik Muhammad Bukhari bin Saripuddin (K) Encik Muhammad Ikram bin Md. Noor Encik Ahmad Firdaus bin Mohamad Ya Encik Kamarudin bin Zulkafli Puan Lalithaa A/P Thanapal Puan Rohana binti Man Cik Tiew Sheau Fang Puan Nurul Arina binti Asha’ari Puan Norzamani binti Mohd Nordin Cik Tuong Loy Mui Encik Harith Aiman bin Azhar • Menyediakan karpet, kerusi lebalkan tempat VIP dan meja kopi untuk VIP, Pengetua dan barisan Penolong Kanan di hadapan pentas. • Menyediakan dan menyusun kerusi tetamu jemputan barisan pentadbir, guru dan ibu bapa. • Meja dan kerusi untuk juruacara • Menyediakan meja dan alas meja untuk pendaftaran. • Memastikan dewan telah tersedia semasa raptai sehari sebelum kejadian • Memastikan dewan dalam keadaan bersih dan teratur semasa dan selepas majlis • Menyediakan meja komputer riba untuk JK Multimedia – Slaid • Melabel kerusi untuk tetamu


46 19 Teknikal dan Siar Raya Encik Mohamad Lokman bin Ibrorhem (K) Encik Muhammad Adib bin Luqman Hakim Encik Ahmad Razimi bin Che Soh Encik Zarul Suzaimi bin Zali • Menyediakan peralatan Siar raya dan ICT. • Menyediakan lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan lagu Sekolah • Memastikan bilangan mikrofon mencukupi 20 Keselamatan Disiplin dan Lalu Lintas Encik Yahya bin Mat Yasin (K) Encik Nik Rahmat bin Nik Mood Encik Ikhwan bin Che Muda • Memastikan tempat letak kereta untuk VIP, tetamu dan guru - guru. • Menyediakan murid untuk mengawal tempat letak kereta. 21 Kebersihan Encik Lee Kwang Huat (K) Puan Ratna Dewi A/P P. Gopalakrishna Puan Uminur Atikah binti Ramli Puan Farah Aisyah binti Shamsudin Cik Wong Lee Keong • Memastikan kebersihan kawasan sekolah terutama di sekitar dewan dan kantin sebelum, semasa dan selepas majlis. 22 Multimedia –Penyediaan Slaid/ video Cik Noor Syaheerah binti Hamdan (K) Puan Uminur Atikah binti Ramli Puan Nik Nur Farahan binti Nik Md Noordin • Menyediakan slaid, penyampai ucapan, dan pembaca doa, minit mesyuarat, dan laporan program • Menyediakan video yang menarik tentang aktiviti/program PIBG sesi 2023/2024 • Memastikan slaid disiapkan / sebelum majlis.


47 LAMPIRAN


48


49


Click to View FlipBook Version