The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazkruw99, 2022-06-02 03:52:36

KUMPULAN 3

KUMPULAN 3

E – Folio

MPU 23052

SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Tajuk : Al-Mashaqqah Tajlibu Al-Taysir

Ustazah Naimah Binti Ghazali

Senarai Ahli Kumpulan

NAMA NO. MATRIKS
SYAZANI B.ABD HAMID 14DET19F2021
MUHAMMAD HAMIRUL SYAHFIQ BIN MOHD RIDZUAN 14DET19F2029
MOHAMAD HASZIQ HAIKAL BIN MINHAT 14DET19F2025
MUHAMMAD NAZRI BIN ZAHRI 14DET19F2019
MEOR NAZHAN BIN MEOR ZAINAL ABIDIN 14DET19F2018

1

Isi Kandungan Muka surat
Tajuk 3
4
1. Pengenalan 5
2. DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR) ‫ال َّت ْي ِس ْيـ َرُ َتـ ْج ِل ُب الـ َم َش َّق ُة‬ 6
7
(KESUKARAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN) 8
3. Aplikasi kaedah Al-Mashaqqah Tajlibu Al-Taysir

4. Isu semasa Al-Mashaqqah Tajlibu Al-Taysir

5. Rumusan

6. Rujukan

2

1. Pengenalan
Syariat Islam tidak mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan
sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu yang tidak bertepatan
dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka.

Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan
berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak
mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan
menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna.

Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat
dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh
seseorang mukallaf adalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-
mana cara sekalipun.

Al-masyaqqah tajlibu al-taysir termasuk antara lima kaedah fiqh yang disebut sebagai al-qawaid
al-kubra. Kaedah ini bermaksud kesukaran membawa keringanan. Secara tidak langsung, kaedah ini
memberikan gambaran bahawa Islam mempunyai ciri al-wasatiyyah iaitu kesederhanaan, jadi segala
perintah dalam agama sesuai dengan batas kemampuan manusia.

Malah, Islam juga agama yang waqi’ iaitu berpijak di bumi yang nyata dan langsung tidak
membebankan manusia. Jadi, segala bebanan di luar kemampuan akan digantikan dengan keringanan
yang dipanggil juga sebagai al-rukshah. Bagi kaedah ini, apabila seseorang berada dalam kesusahan, maka
harus bagi orang tersebut melakukan pekara-perkara yang tidak dibenarkan sebelum ini.

Antara dalil rujukan bagi kaedah ini adalah seperti berikut:
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

‫ٱ ۡل ُع ۡ رس ِب ُك ُم ُي ِري ُد رورل ٱ ۡل ُي ۡ رس ِب ُك ُم ٱَّل ُل ُي ِري ُد‬

“…Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran…”
(Surah al-Baqarah 2:185)

Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

3

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah agama yang mudah.” (Hadis riwayat Ahmad)
2. DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR) ‫التيس ُي تجلب المشقة‬
(KESUKARAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN)

Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan. Manakala dari sudut istilah pula
masyaqqah digunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang pada kebiasaannya mampu dilakukan,
tetapi dalam kes tertentu ia telah terkeluar dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang
mukallaf mengalami kesukaran untuk melaksanakannya.

Kaedah ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan/kesukaran membawa kepada
keringanan. Selain itu juga, kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan
dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya.
Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.
Bahkan, ia selaras dengan kaedah dengan lafaz kaedah:

(‫به الأمر سقط فعله العباد على يشق مأمور كل إن‬، ‫)عنه النه سقط إجتنابه عليهم شق منه وكل‬
Maksudnya :
“Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia
mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya dan segala perkara tegahan membebankan hambanya
menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.

Dalam konteks yang lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh
mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan ketika seseorang itu
berada dalam kesempitan dan kesukaran.

4

3. Aplikasi kaedah Al-Mashaqqah Tajlibu Al-Taysir
Melalui kaedah Al-Masyaqqah ini dapat kita aplikasikan dalam pengurusan harian kita. Islam
mengharamkan kita untuk melakukan sesuatu perkata yang boleh membawa kemudaratan kepada diri
sendiri sama ada kepada orang lain. Perkara yang membawa kita kepada kemudaratan tersebut
akan memberikan impak ataupun kesan-kesan yang negatif terhadap agama. Aplikasi kaedah ini banyak
berkaitan dengan pekerja-pekerja yang bekerja disesebuah pengurusan.

i. Keringanan yang berupa pengguguran pertanggungjawaban. Berkemungkinan ada sesetengah
daripada pekerja yang mengalami masalah peribadi seperti masalah keluarga. Permasalahan
seperti ini harus diberikan perlepasan agar mereka dapat menyelesaikan masalah mereka
dengan tenang tanpa memikirkan soal pekerjaan buat sementara waktu. Dengan itu, majikan
haruslah memberi perlepasan kepada pekerja dengan memberikan cuti sementara bagi mereka
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, dengan perlepasan seperti ini tidak
akan menjejaskan pekerja apabila dia membuat sesuatu pekerjaannya.

ii. Keringanan yang berupa pengurangan pertanggungjawaban. Keringanan ini terlihat sama
dengan keringanan yang pertama tetapi apa yang membezakannya adalah keringanan ini
lebih kepada pekerja yang masih lagi mampu atau bekeperluan untuk datang ke
tempat kerja. Sebagai contoh, dengan menempatkan pekerja yang menghadapi masalah
sakit kaki di tingkat bawah agar menyenangkan pekerja tersebut untuk bergerak. Jadi, dia
tidak perlu bersusah-payah menaiki tangga ke tingkat atas untuk melakukan pekerjaannya.

iii. Keringanan yang berupa penggantian pertanggungjawaban. Biar kita ambil contoh, seperti
pekerja muslim yang ingin mengambil cuti untuk menyambut HariRaya Aidilfitri. Tugas mereka
digantikan dengan pekerja yang bukan Islam. Sebaliknya, jika pekerja bukan Islam seperti orang
Cina yang ingin bercuti untuk menyambut perayaannya seperti Tahun Baru Cina, digantikan
dengan pekerja yang berbangsa lain seperti India atau Melayu yang tidak menyambut
perayaan tersebut. Maka ini tidak akan menyebabkan pekerjaan mereka menjadi
tertangguh.

5

4. Isu semasa Al-Mashaqqah Tajlibu Al-Taysir
Isu semasa yang seterusnya ialah penjawat awam boleh bekerja dari rumah jika

keadaan memerlukan. Artikel ini dikeluarkan pada 4 Januari 2021 dimana Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata bahawa pekerja perkhidmatan
awam boleh bekerja dari rumah jika mereka dibolehkan atau mendapat arahan daripada ketua
jabatan masing-masing. Kini, kita tahu bahawa dunia mengalami virus Covid-19 dimana covid ini juga
menyerang negara kita. Semenjak berlakunya virus ini, semua masyarakat harus mengawal
pergerakan mereka iaitu mereka harus sentiasa berada di rumah unuk keselamatan. Jika seseorang
pegawai tidak dapat untuk menghadirkan diri ke pejabat disebabkan mereka berada di kawasan yang
dikenakan perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan pergerakan mereka terhalang, maka
situasi ini boleh dipertimbangkan. Penjawat awam boleh bekerja dari rumah jika terdapat
pemulihan pejabat akibat oleh kerosakan-kerosakan tertentu di pejabat. Pegawai yang dibenarkan
bekerja dari rumah, perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu mereka harus sentiasa berada
di dalam rumah dalam tempoh yang ditetapkan dan mereka mudah untuk dihubungi dalam
waktu kerja. Menurut Tan Sri Mohd Khairul Adib, sekiranya majikan atau ketua mereka
mengarahkannya untuk bekerja dalam tempoh yang munasabah, maka pegawai hendaklah sentiasa
bersedia untuk hadir ke tempat kerja. Katanya lagi, bekerja dari rumah ini adalah supaya menambah
baik kesejahteraan pekerja sebagai alternatif cara bekerja baharu. Isu ini berkaitan dengan kaedah Al-
Masyaqqah Tajlibu Al-Taisir iaitu keringanan yang berupa pemilihan alternatif. Pada pekerja yang
menghadapi masalah di rumah tetapi mereka masih lagi mahu bekerja, maka mereka boleh bekerja
dari rumah dengan kebenaran daripada ketua atau majikan masing-masing. Akhirnya, pekerja
lebih mudah untuk melakukan kerja mereka walaupunharus menyiapkan kerja tersebut di rumah.
Oleh itu, keringanan seperti ini tidak akan membebankan para pekerja dalam pengurusan mereka.

6

5. Rumusan
Kesimpulannya, prinsip kaedah masyaqqah tajlibul al-taisir banyak didasarkan hukum-hukum Islam
dan terbit daripadanya segala hukum kemudahan, kesenangan dan keringanan asas atau dalil kaedah
ini bahawa meletakkan bebanan dengan perkara yang susah menjadi kesukaran dan masyaqqah ke
atas hamba-hamba mukallifin dan ianya hendaklah dihindarkan daripada mukallaf.

Dalil yang menunjukkan perkara di atas memang banyak terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur’an
dan hadis Rasulullah s.a.w yang membuktikan kepada kita unsur kemudahan, kesenangan dan
keringanan syariat Islam sebaliknya syariat itu tidak dikuatkuasakan untuk kesusahan dan kepayahan.

7

6. Rujukan
http://raudhahal-ilm.blogspot.com/2011/03/masyaqqah-tajlibu-al-taisir.html
https://iluvislam.com/jom-belajar-kaedah-fiqh-al-masyaqqah-tajlibu-al-taysir/
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/islam-and-
managament/aplikasi-kaedah-al-massyaqqah-isu-semasa/21119516

8


Click to View FlipBook Version