MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Kementerian Kesihatan Malaysia KUMPULAN KERJA TEKNIKAL GARIS PANDUAN PEMAKANAN JAWATANKUASA PENYELARAS KEBANGSAAN UNTUK MAKANAN DAN PEMAKANAN (NCCFN) H eal t h y eat in g f or al l 2 Oktober 2023 (Isnin) 8.30 pagi - 1.30 tengah hari AUDITORIUM KOMPLEKS E, PUTRAJAYA DIRASMIKAN OLEH: YBHG. DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN KETUA PENGARAH KESIHATAN
AGENDA MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Pendaftaran peserta Masa Perkara Seminar Siri Panduan Diet Malaysia dan Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women (HER) Ucapan alu-aluan dan pembukaan seminar oleh : Puan Rusidah Binti Selamat Pengarah Bahagian Pemakanan, KKM Pembentangan ringkasan eksekutif MDG for Children and Adolescents dan Q&A oleh : Emeritus Prof. Dr. Mohd Ismail Noor Pengerusi MDG for Children and Adolescents Pembentangan ringkasan eksekutif MDG for Older Persons dan Q&A oleh : Prof. Dr. Norimah A. Karim Pengerusi MDG for Older Persons Pembentangan ringkasan eksekutif Maternal Dietary Guidelines for Malaysia (MDGM) dan Q&A oleh : Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff Pengerusi Maternal Dietary Guidelines for Malaysia (MDGM) Bacaan doa Pengenalan Siri Panduan Diet Malaysia (Malaysian Dietary Guidelines) oleh : Emeritus Prof. Dr. Mohd Ismail Noor Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Garis Panduan Diet Malaysia (KKTGP) X-break Pembentangan ringkasan eksekutif MDG for Vegetarian dan Q&A oleh : Prof. Madya Dr. Mahenderan Appukutty Pengerusi MDG for Vegetarian 8.30 pagi 9.00 pagi 9.05 pagi 9.15 pagi 9.30 pagi 10.00 pagi 10.05 pagi 10.35 pagi 11.05 pagi 2
AGENDA MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Taklimat Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women (HER) oleh: Puan Zaiton Hj. Daud Timbalan Pengarah Cawangan Pemakanan Keluarga Bahagian Pemakanan, KKM Masa Perkara Seminar Siri Panduan Diet Malaysia dan Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women (HER) Bacaan doa Ucapan dan pelancaran Siri Panduan Diet Malaysia oleh: YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Penyampaian cenderahati dan sijil kepada pembentang oleh Pengarah Bahagian Pemakanan, KKM Ketibaan dif-dif kehormat Kata-kata aluan oleh: YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan (NCCFN) 11.35 pagi 11.50 pagi 12.30 tengah hari 1.30 tengah hari Majlis Pelancaran Siri Panduan Diet Malaysia dan Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women (HER) Lawatan ke booth pameran Makan tengahari dan bersurai 3
PROFIL PEMBENTANG 4
MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) EMERITUS PROF. DR. MOHD ISMAIL NOOR Pengerusi Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents) Dr. Mohd Ismail Noor ialah Profesor Emeritus dalam bidang Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di mana beliau telah berkhidmat selama 35 tahun (1976-2011). Beliau juga merupakan Adjunct Professor di Taylor's University (2023-2024). Kepakaran beliau adalah dalam bidang keperluan tenaga, obesiti dan status pemakanan kumpulan populasi terpilih. Prof. Ismail telah menerbitkan kira-kira 100 refereed journal manuscripts. Beliau banyak memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pemakanan untuk aktiviti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Garis Panduan Pemakanan (NCCFN) sejak 1996 dan telah berkhidmat di beberapa TWG di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Pengasas Persatuan Pemakanan Malaysia, NSM (1985-1993), Presiden NSM (1994-1995) dan Naib Presiden NSM (1996-2020). Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Majlis IUNS (1997-2001) dan Presiden FANS (1993-1995). Prof. Ismail merupakan Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia- MASO (1996- 2021). Selain itu, beliau ialah Setiausaha Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Obesiti (IASO) yang kini dikenali sebagai Persekutuan Obesiti Dunia (WOF) (2010- 2014), selain menjadi Setiausaha Pengasas Persatuan Asia-Oceania untuk Kajian Obesiti (AOASO) 1998 -2002 dan Naib Presiden (2002-2006) serta Presiden (2014-2018). Di atas sumbangan beliau dalam bidang pemakanan, beliau telah dianugerahkan Fellow NSM (2000), Fellow MOSTA (2002), Fellow MSA (2003), Fellow International Union of Nutritional Sciences, FIUNS (2005), Fellow, Academy of Sciences Malaysia, FASc (2006), Profesor Emeritus dalam Pemakanan dari UKM (2014), Koresponden Asing, Akademi Perubatan Perancis, Perancis (2017), Fellow MASO (2022) dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Persekutuan Persatuan Pemakanan Asia (FANS), China (2023) 5
MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja Malaysia terus berdepan dengan masalah beban berganda malpemakanan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pengambilan nutrien yang mencukupi membolehkan kanak-kanak dan remaja mencapai pertumbuhan optimum dan fungsi kognitif dalam kehidupan mereka; untuk hidup, membesar, berkembang secara fizikal dan mental, belajar sebanyak mungkin, bermain, mengambil bahagian dan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Sebaliknya, kanak-kanak yang mengalami masalah beban berganda malpemakanan, tidak akan dapat mencapai potensi optimum. Beban berganda malpemakanan yang berterusan dalam kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan masalah kesihatan termasuk penyakit tidak berjangkit (NCD), apabila mereka dewasa kelak. Masalah beban berganda malpemakanan terutamanya bantut dan susut dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun masih berterusan dan memerlukan perhatian yang serius. Siri Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) melaporkan trend peningkatan bantut daripada 17.5% pada 2006 kepada 20.7% pada 2016 dan meningkat kepada 21.8% pada 2019. Walau bagaimanapun, prevalens susut telah menurun daripada 13.2% pada 2006 kepada 11.5% pada tahun 2016 dan 9.7% pada tahun 2019. NHMS (2019) juga melaporkan 14.8% kanak-kanak berumur 5 hingga 17 tahun mengalami obesiti, meningkat daripada 2011 (6.1%) dan 11.9% dalam tinjauan 2015 pada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Antara penyebab malnutrisi boleh dikaitkan dengan status sosio-demografi yang rendah, amalan pemakanan bayi dan kanak-kanak yang kurang baik, serta amalan penjagaan kanak-kanak yang tidak sesuai, ketidakjaminan makanan, dan pengetahuan tentang pemakanan yang rendah dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak. Pengambilan diet yang sihat, amalan pemakanan yang sesuai dan gaya hidup aktif sepanjang perjalanan hidup membantu mencegah malnutrisi dalam semua bentuk serta pelbagai NCD dan keadaan lain. Bagi memastikan amalan pemakanan dapat terus diamalkan dalam kumpulan ini, ibu bapa, penjaga di pusat asuhan, guru, profesional kesihatan serta kanak-kanak dan remaja itu sendiri perlu bersama-sama memainkan peranan ke arah mencapai matlamat ini. ABSTRAK 6
Prof. Dr. Norimah telah bersara sebagai Profesor Pemakanan pada tahun 2020 selepas 35 tahun berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya menyertai International Medical University (IMU) sebagai Profesor Pemakanan dan telah bersara dari IMU pada Februari 2023. Semasa di UKM, beliau pernah memegang beberapa jawatan seperti Ketua Program Pemakanan, Pengerusi Pusat Pengajian Sains Penjagaan Kesihatan dan Ketua Pengurusan Kualiti. Beliau juga merupakan seorang penyelidik yang aktif dalam mengetuai dan menguruskan projek penyelidikan, baik geran nasional mahupun antarabangsa serta menyelia ramai pelajar lepasan ijazah di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Beliau telah menerbitkan lebih daripada 200 papers in refereed journals. Beliau juga dijemput untuk menilai tesis sarjana dan PhD di universiti kebangsaan serta universiti antarabangsa. Aktiviti penyelidikan beliau ini diteruskan semasa di IMU. Sumbangan kepakaran dalam bidang pemakanan beliau telah diluaskan di bawah aktiviti Kementerian Kesihatan Malaysia. Prof. Norimah merupakan Pengerusi, Kumpulan Kerja Teknikal Penyelidikan Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga penulis utama di dalam salah satu mesej utama Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-Kanak dan Remaja. Beliau kini telah dilantik sebagai pengerusi Panduan Diet Malaysia untuk Warga Emas (Malaysian Dietary Guidelines for Older Persons). Tambahan pula, beliau merupakan pengarang utama dalam RNI terbitan 2005 dan 2017 serta pengarang utama bahagian komponen pemakanan dalam semakan Strategi dalam Pencegahan Obesiti di Malaysia (SPOM). Prof. Norimah merupakan Felo Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO). Dalam persaraannya, beliau masih terlibat secara aktif dalam aktiviti mempromosi dan mendidik Pemakanan dan Kesihatan. Beliau telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai pemakanan kepada pelbagai komuniti dan terus melakukannya secara sukarela. MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) PROF. DR. NORIMAH A. KARIM Pengerusi Panduan Diet Malaysia untuk Warga Emas (Malaysian Dietary Guidelines for Older Persons) 7
MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Panduan Diet Malaysia untuk Warga Emas Panduan Pemakanan untuk Warga Emas Malaysia 2023 ialah Panduan Diet Malaysia yang pertama untuk warga emas (60 tahun ke atas) di Malaysia. Berdasarkan banci penduduk tahun 2020, warga emas membentuk 10.3% daripada jumlah penduduk Malaysia. Sama seperti populasi dewasa, warga emas menghadapi masalah beban berganda malpemakanan dengan risiko kesihatan yang lain seperti kehilangan jisim otot, kekurangan vitamin D serta penyakit tidak berjangkit berkaitan diet (hipertensi, diabetes mellitus dan penyakit kardiovaskular). Mereka juga berpotensi mengalami kemurungan dan sindrom empty nest yang juga boleh menggangu status pemakanan, kesihatan dan kualiti hidup mereka. Kajian Tinjauan Kebangsaan dan Kesihatan Morbiditi (2018) baru-baru ini yang fokus kepada populasi warga emas melaporkan bahawa 5.2% adalah kurang berat badan, 37.0% berat badan berlebihan, 17.6% obes dan 36.4% adalah obesiti abdomen. Hanya segelintir daripada mereka yang dapat memenuhi saranan keperluan pengambilan buah-buahan (sekurang-kurangnya 2 hidangan sehari) dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari) iaitu 10.8% dan 10.9%. Pada masa yang sama, terdapat peningkatan terhadap makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan minyak tepu. Oleh itu, Panduan Diet Malaysia untuk Warga Emas dibentuk untuk memberikan saranan khusus tentang pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk golongan warga emas yang sihat. Ia bertujuan untuk mengelakkan pelbagai masalah penyakit serta memastikan warga emas dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. ABSTRAK 8
PROF. MADYA DR. MAHENDERAN APPUKUTTY Pengerusi Panduan Diet Malaysia untuk Vegetarian (Malaysian Dietary Guidelines for Vegetarian) MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Dr. Mahenderan Appukutty merupakan Profesor Madya di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Beliau merupakan Naib Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM). Dr. Appukutty telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM), beliau merupakan Pengasas dan mantan Naib Presiden Persatuan Komposisi Badan Malaysia (MSBC). Beliau telah dipilih ke Persekutuan Persatuan Pemakanan Asia (FANS) sebagai Ahli Majlis Eksekutif (2019-2023). Pada tahun 2021, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Saintifik Wilayah ILSI SEA. Beliau telah berkhidmat dalam Jawatankuasa Penjagaan Klinikal bagi Persekutuan Obesiti Dunia dan mantan Ahli Majlis Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) dari 2006 hingga 2020. Minat dan tumpuan penyelidikan Dr. Appukutty adalah pada functional food dan sains sukan. Beliau telah dianugerahkan sebagai Felo Persatuan Pemakanan Malaysia pada 2016 dan Felo Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2022. Beliau telah mempengerusikan Garis Panduan Pemakanan Vegetarian Malaysia (KKM) dan menyumbang sebagai penulis utama dalam Garis Panduan Pemakanan Malaysia. Selain itu, beliau telah berkhidmat dalam pembinaan kapasiti pakar pemakanan di rantau ini (Program Kepimpinan Nutrisi Asia Tenggara, SEAMEO-RECFON, Indonesia) dan juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Program Kepimpinan Pemakanan Malaysia (MyNLP) dan Program Kepimpinan Pemakanan Kesihatan Awam Asia Tenggara (SEAPHN). LP). Dr. Appukutty memegang PhD dalam bidang Sains Pemakanan yang memfokuskan kepada pemakanan, imuniti dan prestasi senaman dari Universiti Kebangsaan Malaysia, selain mempunyai MSc dalam Sains Sukan dari Universiti Sains Malaysia dan BSc (Kepujian) dalam Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dari Universiti Putra Malaysia. 9
MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Panduan Diet Malaysia untuk Vegetarian Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat populasi dalam negara yang mengamalkan amalan pemakanan vegetarian. Tiada definisi yang tepat untuk istilah vegetarian tetapi ia biasanya digunakan untuk menggambarkan diet makanan berasaskan tumbuhan yang tidak mengandungi makanan berasaskan haiwan seperti daging, ikan dan ayam. Amalan ini telah dikaitkan dengan manfaat kesihatan, kepercayaan budaya dan agama, dan keprihatinan terhadap alam sekitar serta kebajikan haiwan. Banyak kajian dan pemerhatian mendapati bahawa vegetarian secara amnya mempunyai pengambilan makanan tumbuhan yang lebih tinggi terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran, yang kaya dengan fitokimia. Terdapat hasil kajian yang menunjukkan amalan pemakanan vegetarian dapat meningkatkan tahap kesihatan individu yang mengamalkannya. Penyakit kronik seperti obesiti, penyakit arteri koronari, hipertensi, diabetes, kanser dan kadar kematian adalah lebih rendah dalam kalangan vegetarian. Memandangkan kini terdapat banyak bukti untuk menyokong manfaat kesihatan diet vegetarian, lebih ramai orang mula mengamalkan pelbagai bentuk diet vegetarian. Walau bagaimanapun, perancangan menu dan saranan pemakanan yang lebih teliti adalah perlu untuk memastikan bahawa mereka akan dapat memenuhi keperluan nutrisi harian. Oleh itu, MDGV 2023 dibentuk dengan mengambil kira latar belakang budaya, agama dan amalan makanan yang berbeza. Matlamat utama garis panduan ini adalah untuk menyediakan panduan praktikal untuk merancang diet berasaskan tumbuhan agar ianya seimbang tanpa menjejaskan kesihatan individu selain mengekalkan kesihatan, mencegah penyakit kronik dan mencegah kekurangan pemakanan. ABSTRAK 10
MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) PROF. DR. ZALILAH MOHD SHARIFF Pengerusi Panduan Diet Malaysia untuk Maternal (Maternal Dietary Guidelines for Malaysia) Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff ialah seorang profesor dalam bidang Pemakanan Komuniti di Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Beliau aktif dalam penyelidikan dengan pengkhususan dalam pemakanan ibu dan anak, sekuriti makanan di peringkat isi rumah dan pendidikan pemakanan. Sehingga kini, penyelidikannya merangkumi kajian kohort, qualitative inquiries, tinjauan komuniti, intervensi pendidikan pemakanan dan ujian suplemen dalam kalangan wanita dan kanak-kanak, termasuk komuniti orang asli. Beliau telah menerbitkan banyak peer-reviewed articles dalam jurnal antarabangsa dan tempatan dan lain-lain termasuk buku, bab buku, modul pendidikan pemakanan dan penulisan popular dan berkhidmat sebagai ahli dalam lembaga editorial untuk Jurnal Pendidikan dan Tingkah Laku Pemakanan (sekarang) dan Jurnal Pemakanan Malaysia (sebelumnya). Sumbangan beliau di bawah aktiviti pemakanan anjuran Kementerian Kesihatan adalah sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Latihan Pemakanan (KKM) semenjak tahun 2014 hingga kini. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Makanan dan Pemakanan (NCCFN), Kumpulan Kerja Teknikal untuk Keselamatan Makanan dan Pemakanan, ahli jawatankuasa Kumpulan Kerja Teknikal Dasar Pemakanan Negara, Jawatankuasa Kecil Teknikal untuk Mineral dan Unsur Surih (RNI), ahli jawatankuasa Kerja Teknikal Penyelidikan Pemakanan Malaysia, Jawatankuasa Teknikal Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja dan Jawatankuasa Teknikal untuk Garis Panduan Diet Malaysia untuk Maternal. Beliau ialah seorang ahli Persatuan Pemakanan Malaysia (dan Fellow dilantik) dan Akademi Pemakanan dan Dietetik USA. 11
MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Panduan Diet Malaysia untuk Maternal Pemakanan wanita dalam usia reproduktif adalah penting kerana ia bukan sahaja memastikan wanita mendapat kesihatan yang optimum, terutamanya sebelum, semasa dan selepas kehamilan, tetapi juga kesihatan dan pemakanan anak-anak mereka dan generasi akan datang. Tinjauan Kebangsaan dan Kesihatan Morbiditi (NHMS 2011, 2015, 2019) melaporkan bahawa trend peningkatan obesiti adalah lebih tinggi pada wanita (17.6%, 20.6%, 24.7%) berbanding lelaki (12.7%, 15.0%, 15.3%), prevalens kurang berat badan dalam kalangan wanita menunjukkan trend menurun daripada 9.1% (2011) kepada 5.7% (2019). Berdasarkan NHMS 2016, obesiti ibu meningkat daripada 5.9% pada wanita berumur 15-19 tahun kepada 27.6% pada wanita berumur 40-44 tahun. Prevalens kebangsaan hiperglikemia dan hipertensi semasa kehamilan juga meningkat daripada 13.5% (2016) kepada 27.1% (2022) dan 5.8% (2016) kepada 6.5% (2022). Pemakanan ibu yang lemah meningkatkan risiko hasil kehamilan yang buruk yang boleh memberi kesan sepanjang hayat ke atas kesihatan dan pemakanan wanita dan anak. Memandangkan keperluan pemakanan semasa hamil dan selepas bersalin, terutamanya penyusuan susu, adalah lebih tinggi, pendekatan khusus untuk saranan pemakanan diperlukan untuk membimbing wanita hamil dan selepas bersalin dalam memenuhi keperluan pemakanan mereka. Panduan Diet Malaysia untuk Maternal (MDGM) bertujuan untuk menyediakan cadangan saintifik tetapi praktikal mengenai pemakanan sihat dan gaya hidup aktif untuk wanita umur reproduktif (15 – 49 tahun). Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), MDGM menggabungkan elemen sistem makanan mampan yang menggalakkan penggunaan makanan yang tersedia, boleh diakses, berpatutan, sihat dan sesuai dengan budaya untuk penduduk. MDGM juga menangani keperluan tenaga dan nutrien, pengurusan berat badan, keselamatan makanan dan aktiviti fizikal semasa mengandung dan selepas bersalin melalui lima mesej utama yang disokong oleh cadangan dan tindakan yang berkaitan. Dengan pembangunan MDGM ini, ia dijangka menjadi rujukan utama profesional kesihatan dalam mempromosikan kesihatan dan pemakanan optimum wanita dalam usia reproduktif di Malaysia. ABSTRAK 12
Puan Zaiton Daud telah tamat pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Makanan dan Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pemakanan Komuniti daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2008. Beliau telah berkhidmat selama 29 tahun sebagai Pegawai Pemakanan iaitu di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan beliau kini merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pemakanan di Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak tahun 2012. Dengan latar belakang dalam bidang Pemakanan Komuniti, beliau memimpin Cawangan Pemakanan Keluarga di Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertanggungjawab dalam pembentukan dasar, perancangan dan pelaksanaan program pemakanan semua peringkat umur, seperti promosi penyusuan susu ibu dan pemakanan kanak-kanak, program intervensi untuk kanak-kanak yang kurang pemakanan, program makanan sekolah, kafeteria sihat, program pemakanan wanita umur reproduktif dan wanita hamil serta program pengiodinan garam secara universal (USI). Beliau sangat bersemangat dan aktif terlibat dalam Akreditasi Penilaian Kebangsaan bagi Hospital Rakan Bayi sebagai Penilai Kebangsaan. Beliau turut terlibat dalam penyelidikan, dan advokasi kepada masyarakat. MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) PUAN ZAITON DAUD Timbalan Pengarah Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia 13
MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN (HER) Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women (HER) Kesinambungan dan terjemahan kepada peneribitan Panduan Diet Malaysia untuk Maternal, Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women atau singkatannya dikenali sebagai “HER” telah dibentuk dengan memberi penekanan kepada pemakanan sihat wanita umur reproduktif (Women Reproductive Age, WRA) berumur 15 hingga 49 tahun. Inisiatif HER adalah merupakan usaha yang diambil untuk mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang semakin serius dalam kalangan WRA yang memberi implikasi kepada generasi seterusnya sekiranya tidak ditangani segera. Pelaksanaan inisiatif ini seterusnya dapat meningkatkan status kesihatan dan pemakanan rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan WRA dan generasi akan datang. WRA berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan sepanjang kitaran hidup. Anemia bagi pelbagai kumpulan umur di Malaysia dikategorikan berada pada masalah kesihatan awam tahap sederhana dengan nilai prevalen antara 20 - 39% berdasarkan indeks Public Health Significance (WHO,2011). Hasil NHMS 2019 menunjukkan, anemia dalam kalangan remaja perempuan (15-17 tahun) adalah sebanyak 34.5% dan 29.9% dalam kalangan WRA. Manakala masalah anemia dalam kalangan ibu hamil adalah sebanyak 19.3% pada tahun 2022. Dalam masa yang sama, WRA juga turut mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti serta penyakit tidak berjangkit (NCD) disebabkan pemakanan. Hasil NHMS jelas menunjukkan WRA di Malaysia mempunyai tahap kesihatan yang kurang memuaskan dalam persediaan mereka untuk memasuki fasa kehamilan. Selari dan bertepatan dengan slogan HER, “Wanita Sihat Melahirkan Generasi Sihat”, Insiatif HER telah merangka tiga strategi iaitu strategi pertama ialah memperkukuhkan jaringan sebaran maklumat pemakanan dalam kalangan wanita, #HERNutrition. Pemerkasaan kendiri #HERSelfcare merupakan strategi kedua dengan cara menggalakkan wanita untuk melakukan pemeriksaan kendiri dan saringan kesihatan secara berkala dan strategi ketiga ialah pemerkasaan komuniti melalui penyediaan persekitaran yang menyokong dan kondusif untuk wanita membudayakan amalan pemakanan sihat di tempat kerja melalui #HER@Work, di pusat pengajian menerusi #HER@Campus dan di komuniti dengan #HER@Community. ABSTRAK 14
EMPAT SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA 15
MESEJ UTAMA 1 Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga berusia 2 tahun MESEJ UTAMA 2 Beri makanan pelengkap yang bersesuaiAn kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 2 tahun MESEJ UTAMA 3 Makan pelbagai jenis makanan mengikut saranan pengambilan MESEJ UTAMA 4 Capai berat badan yang sihat untuk pertumbuhan optimum MESEJ UTAMA 5 Bergerak aktif setiap hari MESEJ UTAMA 6 Makan sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya setiap hari MESEJ UTAMA 7 Makan secukupnya nasi, bijirin lain, produk berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian PANDUAN DIET MALAYSIA UNTUK KANAK-KANAK DAN REMAJA 16
MESEJ UTAMA 8 Makan ikan, telur, daging tanpa lemak dan ayam, kacang dan kekacang yang kaya dengan protien dalam jumlah yang disarankan. MESEJ UTAMA 9 Ambil susu dan produk tenusu setiap hari MESEJ UTAMA 10 Pilih pelbagai jenis lemak dan minyak dalam jumlah yang bersesuAian MESEJ UTAMA 11 Hadkan pengambilan garam dan sos dalam hidangan harian MESEJ UTAMA 12 Ambil makanan dan minuman yang rendah gula MESEJ UTAMA 13 Minum banyak air setiap hari MESEJ UTAMA 14 Ambil makanan dan minuman yang selamat MESEJ UTAMA 15 Mendidik kanak-kanak dan remaja tentang penggunaan maklumat pemakanan pada label makanan PANDUAN DIET MALAYSIA UNTUK KANAK-KANAK DAN REMAJA 17
MESEJ UTAMA 1 Makan pelbagai jenis makanan yang berkhasiat mengikut keperluan sajian anda MESEJ UTAAMA 2 Kekalkan berat badan dan komposisi tubuh untuk penuaan yang sihat MESEJ UTAMA 3 Aktifkan diri secara fizikal untuk kesihatan optimum MESEJ UTAMA 4 Minum air kosong yang mencukupi setiap hari MESEJ UTAMA 5 Ambil makanan dan minuman yang rendah lemak, garam dan gula MESEJ UTAMA 6 Amalkan keselamatan makanan semasa membeli, menyedia, memasak dan menyimpan makanan PANDUAN DIET MALAYSIA UNTUK WARGA EMAS 18
MESEJ UTAMA 1 Makan pelbagai jenis makanan mengikut saranan sajian MESEJ UTAMA 2 Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari MESEJ UTAMA 3 Makan secukupnya nasi, bijirin lain, produk berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian MESEJ UTAMA 4 Makan legum dan kacang dalam kuantiti yang mencukupi serta telur dalam jumlah yang sederhana MESEJ UTAMA 5 Minum susu dan makan produk tenusu dalam jumlah yang mencukupi MESEJ UTAMA 6 Ambil jumlah dan jenis lemak yang bersesuaian di dalam diet MESEJ UTAMA 7 Guna maklumat pada label secara berkesan PANDUAN DIET MALAYSIA UNTUK VEGETARIAN 19
MESEJ UTAMA 1 Pilih pelbagai jenis makanan bagi memenuhi keperluan tenaga untuk kehamilan Sihat dan semasa penyusuan MESEJ UTAMA 2 Pilih makanan yang pelbagai dan padat nutrien MESEJ UTAMA 3 Capai berat badan optimum untuk kehamilan sihat MESEJ UTAMA 4 Kekal aktif secara fizikal MESEJ UTAMA 5 Pilih makanan yang bersih dan selamat PANDUAN DIET MALAYSIA UNTUK MATERNAL 20
21 SILA IMBAS KOD QR UNTUK DAPATKAN RISALAH SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA Siri Panduan Diet Malaysia
22 SILA IMBAS KOD QR UNTUK DAPATKAN DALAM BENTUK DIGITAL Inisiatif Pemakanan Sihat Wanita
CATATAN 23
Kementerian Kesihatan Malaysia KUMPULAN KERJA TEKNIKAL GARIS PANDUAN PEMAKANAN JAWATANKUASA PENYELARAS KEBANGSAAN UNTUK MAKANAN DAN PEMAKANAN (NCCFN) H eal t h y eat in g f or al l NutritionistKKM