The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by limwyyyyy, 2021-09-14 03:56:46

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Pengenalan

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj nama yang cukup dekat di hati rakyat
Malaysia. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai
"Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". Beliau mempunyai darah
keturunan raja, iaitu merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu pada zaman beliau, beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia
yang pertama. Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha
mencapai kemerdekaan negara amat penting.

Biodata Pelajar

Nama : Lim Wen Ying
Tingkatan : 5
Tarikh Lahir : 18-06-2004
Agama / Bangsa : Cina
No. Telefon : 012-7370885
Sekolah : SMK Dato’ Penggawa Timur

Biodata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah
Tarikh Lahir : 08-02-1903
Pendidikan : 1911 = Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916 = Penang Free School, Penang
1925 = Lulus B.A. dari University Cambridge
1945 = Lulus LLB dari Inner Template, London

Kerjaya : 1946 – Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai
Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB)
Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden seksyen Selangor

1951 – Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa UMNO
1956 – Rombongan Merdeka ke London
1957 – MERDEKA, PERDANA MENTERI PERTAMA
1962 – Rombongan ke London (GAGASAN MALAYSIA)
1963 – Gagasan Malaysia (16-09-1963)
1970 – Bersara dari politik

Rasionalisasi pemilihan tokoh

Saya telah memilih Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu merupakan
seorang tokoh kemerdekaan di Malaysia kerana Tunku banyak berkorban dan
memberkan sumbangan yang besar untuk negara. Beliau sebagai seorang
pemimpin yang berusaha gigih dan sentiasa bersedia untuk menghadapi
pelbagai cabaran dengan tenang. Sikap Tunku menepati pepatah “kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”

Kelebihan Tokoh

Bukti Kredibiliti Tokoh

Jasa dan sumbangan tokoh

Jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah memberikan
kesan yang besar sehingga hari ini. Bagi dasar pembentukan Malaysia, beliau
telah disuarakan oleh Tunku sendiri dan Persekutuan Tanah Melayu telah
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada mulanya, dasar
pembentukna Malaysia telah membentuk satu gagasan di mana Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
tetapi telah ditolak oleh pihak Bitish dengan alasan bahawa Singapura
diketepikan daripada gagasan tersebut. Akhirnya, Sabah dan Sarawak
menerima gagasan ini dan Menyusun satu memorandum untuk dihantar ke
Suruhanhan Cobbald untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
supaya membuat syor perlembagaan yang baru.

Setelah membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan
pelbagai dasar untuk memantapkan pembangunan Malaysia. Antaranya ialah
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Ini merupakan Dasar Ekonomi
Baru, ia diperkenalkan adalah untuk menstabilkan ekonomi Malaysia dan
mengekang kemiskinan yang pada ketika itu. Selain itu ialah Dasar Luar
Negara. Tunku Abdul Rahman diperlihatkan dari sisi kepimpinan untuk
hubungan dasar luar Malaysia lebih ke arah kebaratan.

Akhir sekali, Dasar Pembentukan Malaysia ini telah menjadi tunjang dan akar
utama dalam penubuhan setiap dasar di Malaysia. Kesan positif Dasae
Pembentukan Malaysia dapat dilihat sehingga kini yakni kestabilan ekonomi,
keharmonian dan kegemilangan Malaysia di mata dunia.

Penutup

Tunku telah meninggal dunia pada 06-12-1990 Ketika usianya meningkat kira-
kira 87 tahun. Beliau sempat menyaksikan tiga orang penggantinya sebagai
Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri. Tunku sesungguhnya boleh
dibanggakan kerana beliaulah yang Berjaya dalam membentuk Malaysia yang
merdeka. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia, kita mesti mengambil
contoh kebaikan dan kesungguhan Tunku untuk mengekalkan kedudukan
negara dan sentiasa membebaskan kita daripada penjajahan kuasa asing.


Click to View FlipBook Version