JABATAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
MPU23012 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
E-FOLIO
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
KOD & KURSUS MPU23012 & PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
NAMA & 1.MUHAMMAD SYAMIL HAIQAL BIN MOHD ZAHIR
NO.MATRIK (15DEM19F1001)
2.NORDIANA BINTI RAMLI
(15DEM19F1021)
3. MUHAMMAD AKHMAL BIN ROSLE
(15DEM19F1037)
4. MUHAMMAD FARHAN WAQIUDDIN BIN ARMAN
(15DEM19F1039)
KELAS DEM5B
PENSYARAH PUAN SALWA AMIRAH BINTI AWANG
SESI 1 2021/2022
ISI KANDUNGAN
1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
1. SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
2. KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA
2.1 ETNIK MELAYU
2.2 ETNIK INDIA
2.3 ETNIK CINA
2.4 ETNIK MINORITI
3 KESIMPULAN
4 RUJUKAN
5 LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang
kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad
ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Pada tahun 1948, seorang
pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau
berhubung masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan
membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi
masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusiayang
bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem
politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa,
idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minimadalam urusan tertentu
seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga
dibahagikan mengikut garis perkauman.
Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad
ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun padapertengahan
abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran
dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di
Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.
PENDAHULUAN
Hubungan etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana
keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan
sosial yang baik. Menurut Shamsul Amri(2012), keupayaan Malaysia mengekalkan
kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun
dengan pesat. Malaysia juga Berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan
sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.
Kehidupan manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks. Persaingan dan
konflik antara etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara yang
berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, perpaduan menjadi
cabaran dalam pembinaan negara bangsa. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbagai-bagai kaum, kita perlu mempelajari dan memahami latar belakang,
kebudayaan, adat resam, pantang larang dan sebagainya bagi mengekalkan
perpaduan yang dicapai sejak merdeka lagi.
1. Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia
Sejarah awal penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan
penduduk asal negara ini, iaitu orang asli. Orang asli yang juga dikenali sebagai
orang Melayu Proto memiliki ciri-ciri yang tidak jauh bezanya dengan orang Melayu
Moden. Kehadiran kaum-kaum lain seperti etnik Cina dan India pula telah banyak
mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu. Proses
perubahan ini dapat dilihat menerusi pembentukan masyarakat berbilang kaum di
negara ini.
Pembentukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat dikesan sejak awal
Masihi menerusi kegiatan perdagangan. Oleh sebab Tanah Melayu terletak di
lokasi yang strategik, iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan di antara Timur
dan Barat, maka Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para
pedagang dari India, China, Eropah dan Arab. Kehadiran orang Cina di Tanah
Melayu bermula menerusi hubungan keselamatan antara Maharaja China dengan
Kerajaan Melayu Melaka. Orang India pula bertapak di Tanah Melayu sejak abad
ke-4.
Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa kerajaan Melayu Tua seperti Kerajaan
Kedah, Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima
pengaruh Hindu-Buddha yang dibawa oleh pedagang India. Keagungan Kerajaan
Melayu Melaka pada abad ke-15 telah membawa ramai pedagang asing berhijrah
ke Melaka. Mereka terdiri daripada pedagang yang datang dari China, India, Arab
serta Eropah dan juga pedagang dari wilayah Kepulauan Melayu.
2. Komposisi Etnik di Malysia
Etnik utama penduduk Malaysia terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India.
Etnik Melayu merupakan penduduk asal dan menjadi kumpulan terbesar di
Malaysia. Etnik Cina dan India masing-masing berasal dari negara China dan
India. Oleh sebab berlaku proses migrasi, kedua-dua etnik ini telah
berkembang dan menjadi penduduk Tanah Melayu sejak pemerintahan
Inggeris.
2.1 Etnik Melayu
Etnik Melayu berasal daripada berbagai-bagai keturunan, iaitu Melayu
Proto(Melayu Purba atau Melayu Asli), Melayu Deutero(Melayu Lama) dan
Melayu Moden yang dating dari Timur Tengah, India, China dan Eropah.
Mereka berhijrah ke Kawasan Asia Tenggara dan berkemungkinan menjadi
orang pertama di Tanah Melayu atau mungkin bercampur dengan penduduk
tempatan sehingga menjadi orang jati Asia Tenggara.
Mengikut Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin(2018), kaum Melayu
merupakan penduduk asal Tanah Melayu. Dengan itu, nama Tanah Melayu
diambil bersempena dengan penduduk asalnya iaitu orang Melayu. Dari
sudut sejarah, orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal
negara ini yang dikenali sebagai peribumi atau bumiputera.
Etnik Melayu terdiri daripada Melayu Proto, iaitu sekumpulan masyarakat
yang berhijrah dari Yunan, Taiwan dan tempat yang jauh seumpama itu.
Mereka kelihatan seperti orang Melayu dan turut berbahasa Melayu. Orang
Melayu Proto ini telah berkembang sehingga membentuk suku kaum
Semang, Senoi, Temiang, Jakun, Orang Laut dan Orang Sungai.
2.2 Etnik India
Etnik India ialah etnik ketiga terbesar di Malaysia. Etnik ini masuk ke
Semenanjung Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu,
Indonesia dan buruh ladang. British membawa masuk orang India ke Tanah
Melayu untuk bekerja sebagai buruh binaan, membina dan membaiki jalan
raya dan jambatan, serta bekerja di ladang tebu, kopi dan teh. Namun begitu,
ramai dalam kalangan etnik ini bekerja di ladang-ladang tebu, kopi dan teh
milik orang Eropah. Pihak British juga membawa masuk orang Ceylon(Sri
Lanka) untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital dan kakitangan
perkhidmatan kereta api. Jawatan ini memerlukan orang yang berpendidikan
Inggeris. Bagi suku Malayalee yang berpendidikan pula, mereka diambil untuk
mengawal selia ladang-ladang atau estet-estet kepunyaan Inggeris. Suku
Malayalee yang datang dari wilayah Malabar ialah masyarakat yang
beragama Islam dan dikenal sebagai Malabari. Ada sebahagian daripada
mereka telah membuka kedai makan atau restoran.
Selain itu, terdapat masyarakat Punjabi yang datang ke Semenanjung Tanah
Melayu sebagai anggota polis dan memberikan khidmat pengangkutan, iaitu
kereta lembu sebagai pengangkutan utama yang menghubungkan antara
Kawasan perlombongan dengan pangkalan-pangkalan di sepanjang sungai.
Hampir 90% etnik India di Malaysia berasal dari bahagian selatan India, iaitu
wilayah Tamil Nadu, Andhra Pradesh serta Malabar dan hamper 80%
masyarakat Tamil menganut agama Hindu.
2.3 Etnik Cina
Etnik Cina merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik Melayu dan
bumiputera. Mereka yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu pada
abad ke-19 merupakan ushawan Cina atas tujuan ingin bekerja sebagai
pelombong. Etnik Cina ini amat patuh kepada pembesar Melayu. Namun
begitu, keadaan berubah setelah mereka diberi konsesi untuk mengusahakan
lombong bijih timah di negeri Melayu. Perang saudara kerap berlaku dan
pergaduhan di Kawasan perlombongan menjadi kucar-kacir. Akhirnya, British
terpaksa campur tangan dan menggalakkan lebih ramai etnik Cina datang ke
negeri Melayu. Kehadiran orang Cina juga semakin meningkat kerana
permintaan bijih timah yang semakin tinggi di England. Ramai imigran Cina
yang masuk ke negara ini untuk bekerja dalam industry perlombongan.
Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu semakin ramai ekoran pihak British
juga beranggapan bahawa mereka ialah golongan yang rajin bekerja dan
berusaha.
Etnik Cina turut berhijrah ke negeri Melayu untuk mencari rezeki kerana
ketika itu negara China sering dilanda malapetaka, bencana alam dan perang
saudara. Selain itu, beberapa factor lain yang mendorong mereka berhijrah
ialah:
a) Kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup di China sehingga menyebabkan
ramai petani kehilangan tanah akibat cukai yang tinggi dan tidak mampu
membayarnya.
b) Ketidakstabilan politik dan huru-hara telah mengancam kehidupan
menyebabkan mereka berhijrah ke tempat yang lebih selamat.
c) Permintaan bijih timah yang tinggi di Eropah mengakibatkan British
terpaksa membawa masuk lebih ramai buruh asing terutama dari China
untuk bekerja di lombong bijih timah.
2.4 Etnik Minoriti
Selain orang Melayu, India dan Cina, terdapat juga etnik minority, iaitu
orang asli yang pertama dipercayai menetap di Semenanjung Tanah
Melayu pada kira-kira 1000M. Sejarah membuktikan bahawa negara ini
merupakan salah sebuah kediaman yang terawal di Nusantara. Terdapat
penemuan kesan peninggalan prasejarah di Lenggong, Perak dan Gua
Niah, Sarawak. Penduduk terawal di negara ini ialah orang asli di
Semenanjung Tanah Melayu, orang Punan di Sarawak serta orang
Rungus di Sabah.
KESIMPULAN
Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula
apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan
British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan
bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah
negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang
kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat
luar.
Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu.
Namun pada pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India
secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.
Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada
kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita
melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke
Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya
baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru
struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia
terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah
melayu adalah melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80
kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga
bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu
dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang
lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.
RUJUKAN
• http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
• https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com/
LAMPIRAN