TOKOH PENDIDIKAN
IBU ZAIN
PENDAHULUAN Buku skrap sejarah ini dilaksanakan bagi
memberi maklumat tentang tokoh perjuangan
pilihan saya iaitu Zainun Mushi Abdullah atau
lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Beliau merupakan
tokoh pendidik dan politik wanita terkenal di
negara kita.
Sepanjang saya mendapatkan maklumat
berkaitan Ibu Zain samaada melalui buku dan di
internet, saya dapat memperluaskan pengetahuan
saya tentang tokoh-tokoh perjuangan
kemerdekaan, pendidikan dan kemajuan di
negara kita. Di samping itu juga, dengan
terhasilnya buku skrap ini, iainya dapat
menaikkan semangat cintakan tanah air dalam
diri saya dan dapat berkongsi pengetahuan
kepada pembaca.
BIODATA NAMA: Nur Aufa Afrina Bt Mohd Hazali
UMUR: 11 Tahun
TARIKH LAHIR: 4 December 2010
PENDIDIKAN:
PRA Sekolah Kota Kulai
Sekolah Kebangsaan Kota kulai
Sekolah Rendah Laksamana, Kota Tinggi
TEMPAT TINGGAL: Kulai, Johor
HOBI: Bermain Basikal
CITA-CITA: Cikgu
BIODATA IBU ZAIN Ibu Zain merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik. Ayahnya,
Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Ibu Zain bertuah
kerana Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi
pentingnya pendidikan di kalangan anak-anaknya, tidak kira lelaki
mahupun perempuan. Malah, ayahnya melanggar tradisi masyarakat
Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan dari belajar, selain
daripada belajar mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman merupakan
seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu. Guru bahasa pada
masa itu digelar 'munshi'. Daripada beliaulah, Ibu Zain mendapat
pendidikan tidak formal.
NAMA: Zainon binti Munshi Sulaiman
TARIKH LAHIR: 22 Januari 1903
TEMPAT LAHIR: Nyalas, Melaka, Negeri-negeri Selat, British Malaya
(kini Malaysia)
TARIKH KEMATIAN: 2 April 1989
di Makam Mahmoodiah,Johor Baharu
PENDIDIKAN: Institusi Raffles, Malay College Kuala Kangsar,
Universiti Kebangsaan Singapura, Lincoln's Inn
PEKERJAAN: Pendidik dan Bekas Ahli Parlimen
PASANG: Haji Amin bin Ahmad (k. 1934; m. 1945)
ANAK: 3 orang (termasuk Adibah Amin)
SUMBANGAN DAN JASA Sumbangan dan jasa dalam bidang pendidikan
IBU ZAIN
Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di
Sekolah Perempuan Bandar Maharani.
Tahun 1924, beliau dilantik menjadi Guru Besar sekolah yang
sama. Kemudiannya, dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia bagi
sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi
seluruh negeri Johor. Di sana, beliau mengasaskan sekolah agama
petang dan menjadi penyelia kegiatan tersebut. Selain itu, sekolah
tersebut juga menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di
Johor.
Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara
mereka yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru
Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau
menambat keyakinan ahli, untuk melantiknya sebagai Presiden
pertama persatuan itu. Beliau juga menubuh dan menyandang
jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu
selama 19 tahun sejak tahun 1930.
Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk
wanita, bergelar "Bulan Melayu". Dengan daya juang yang tinggi,
beliau merupakan salah seorang perintis UMNO dan Ketua Kaum Ibu,
UMNO (sekarang Ketua Wanita UMNO).
ANUGERAH Anugerah yang diperolehi :
Di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau
telah diberikan beberapa penghormatan dari dalam dan luar
negara. Antaranya:
Pingat Ibrahim Sultan (1947), Johan Mangku Negara (1958),
pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar dan pingat
Tun Fatimah (1974),
Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat
Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya,
Ijazah Kehormat Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan
Malaysia (1975),
Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa
gelaran Tan Sri (1979).
MPSI memberi anugerah Suluh Budiman (1980).
Universiti Kebangsaan telah menubuhkan Kolej Ibu Zain (KIZ),
pada April 1994. Kolej ketujuh itu ditubuhkan itu dinamakan
sempena nama Ibu Zain bagi mengenang jasa beliau.
Tokoh Pendidikan Malaysia
PENUTUP DAN RUJUKAN Penutup
Sekian,untuk tatapan pembaca semua. Semoga bermanfaat dan
dapat mengenali tokoh kemerdekaan negara kita dengan lebih
mendalam. Kegigihan dan ketabahan beliau dalam mengharungi
pelbagai rintangan dalam memupuk masyarat pentingnya bidang
pendidikan kepada semua rakyat Malaysia janganlah kita
lupakan. Kita perlu sematkan dan tanamkan di hati sanubari pada
setiap generasi yang mendatang akan cintakan tanah air kita.
Rujukan :
https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Edu_Guru_PHOTO1.htm
https://www.thestar.com.my/news/nation/2007/01/28/ibu-zains-
blazing-trail
https://www.majalahlabur.com/inspirasi/kenali-ibu-zain-yang-
merupakan-seorang-tokoh-pendidikan/
Tan Sri Hajah Zainun bt Munshi Sulaiman Tan Sri Hajah Zainun bt
Munshi Sulaiman
1.^ Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran, By Abdul Rahman
Haji Abdullah
2.^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-08.
Dicapai pada 2018-08-13.