The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

'Flipbook' ini mengandungi perkara-perkara yang terdapat dalam Majlis Program Dekad Bahasa Kebangsaan 2021 anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPGKTHO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainakhairy10, 2021-04-07 12:51:00

Majlis Program Dekad Bahasa Kebangsaan 2021

'Flipbook' ini mengandungi perkara-perkara yang terdapat dalam Majlis Program Dekad Bahasa Kebangsaan 2021 anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPGKTHO

MAJLIS PROGRAM DEKAD BAHASA
KEBANGSAAN

(PERINGKAT IPGKTHO)

Disediakan oleh:-
1. Nur Aina Solehah Binti Khairi Salam

2. Ummu Habibah Binti Nasruddin
3. Claudia Wendy Anak Libin
4. Evana Angel Johnny

KATA ALU-ALUAN MAJLIS

Kata Alu-aluan
Majlis

Bismillahiramirahhim
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis

Yang Dihormati Tuan Mohd Yusoff Bin Dagang
Ketua HEP IPG Kampus Tun Hussein Onn

Yang Berusaha Pn Siti Dahlia Binti Abdullah
Ketua Jabatan Pengajian Melayu

1. Syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat
berkumpul dalam Majlis Program Dekad Kebangsaan Bahasa Kebangsaan (Peringkat IPGKTHO) anjuran
Jabatan Pengajian Melayu 2021.

Kata Alu-aluan
Majlis

2. Untuk maklumat semua, majlis ini diadakan bertujuan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Hussein Onn yang gigih berusaha bagi
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita yang berdaulat ini. Tidak
ketinggalan juga kepada semua warga IPG Tun Hussein Onn yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

3. Jawatankuasa Pelaksana Program Dekad Bahasa Kebangsaan peringkat IPG Kampus Tun Hussein Onn
dibentuk adalah untuk meningkatkan dan memperkembangkan bahasa Melayu sejajar dengan Pembangunan
dan kemajuan negara. Dalam konteks ini, Bahasa dan Sastera merupakan unsur penting kebudayaan dan
tamadun bangsa pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, Dewan Bahasa dan Pustaka
ditubuhkan atas kesedaran bahawa persediaan perlu dimulakan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu bagi sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Dalam hubungannya, dengan majlis kita pada hari ini, dasar bahasa kebangsaan telah memperlihatkan hasil
yang nyata.

Kata Alu-aluan
Majlis

Dengan adanya bahasa kebangsaan, perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan
telah dapat diwujudkan. Majlis Program Bahasa Kebangsaan anjuran IPG Kampus Tun Hussein Onn ini akan
melibatkan banyak aktiviti yang turut mengembangkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan secara
meluas.

Antara aktiviti tersebut adalah pemupukan bakat seni, kemahiran berkarya, kemahiran berfikiran secara kritis
dan kreatif serta membudayakan ilmu. Saya percaya melalui aktiviti atau program ini akan dapat
memperkasakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Akhirnya, saya berharap dan berdoa agar Program Dekad Bahasa Kebangsaan ini dapat menyedarkan seluruh
warga IPGKTHO tentang pentingnya mengisi Dasar Bahasa Kebangsaan yang telah terbentuk dan dapat
membentuk perpaduan rakyat serta dapat mengisi erti kemerdekaan yang kita capai melalui pelaksanaan
fungsinya sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu.

Sekian Terima Kasih.

OBJEKTIF PENGANJURAN
MAJLIS DEKAD BAHASA MELAYU

KEBANGSAAN PERINGKAT
IPGKTHO

OBJEKTIF PENGANJURAN MAJLIS DEKAD BAHASA
MELAYU KEBANGSAAN PERINGKAT IPGKTHO

JAWATANKUASA

Pengerusi - Claudia Wendy Anak Libin (Ketua Jabatan Pengajian Melayu)
Timbalan Pengerusi - Nur Aina Solehah Binti Khairi Salam (Ketua Protokol Jabatan Pengajian Melayu)
Setiausaha - Evana Angel Johnny (Setiausaha Jabatan Pengajian Melayu)
Bendahari - Ummu Habibah Binti Nasrudin ( Bendahari Jabatan Pengajian Melayu)
Ahli-Ahli - Agatha Tiong Wei Ting
- Arlianah Binti Dzunaidde
- Irine Malis Binti Muhammad Khairil
- Jess Kho Hui Xin
- Laila Nadia Binti Norahmad
- Nor Intan Syakila Binti Zakaria
- Nur Aina Adriana Binti Mohd Rosdi
- Nur Alyaa Nadia Binti Bahaludin
- Nur Auni Hanun Binti Muhamad Sabri

JAWATANKUASA

Ahli- Ahli -Nur Aziqa Binti Nazri
-Nur Fahima Ayuni Binti Sulwadi
-Nur Fariesha Binti Amar
-Nur Husna Maisarah Binti Ahmad
-Nur’iza Husna Binti Mohd Anor
-Nurul Yusrina Binti Yussuf
-Nurlelah Binti Mohammad
-Syafiqah Binti Ibrahim
-Siti Aisyah Binti Mohd Rizal
-Siti Aosyah Binti Nasrudin

TEMA DAN
SAMBUTAN

TEMA

‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’

‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.
menggambarkan langkah kita mengharungi era
baharu;

‘Cita’ menggambarkan keinginan, hasrat dan harapan masyarakat dalam usaha
untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu. ‘Citra’ memaparkan kepelbagaian
dan kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan. ‘Cinta’ pula
menunjukkan minat dan sayang akan nilai dan seninya bahasa Melayu yang indah.

SAMBUTAN • Pertandingan Sajak Bahasa Melayu
(persembahan) • Pertandingan/ Pesta Pantun
• Pidato Bahasa Melayu
• Syarahan Bahasa Melayu

(BERTEMAKAN BAHASA KEBANGSAAN)

ATUR CARA MAJLIS

ATUR CARA MAJLIS

7.00 - 7.30 pagi : Ketibaan tetamu

7.30 - 8.00 pagi : Perarakan masuk perasmi dan dif-dif jemputan

8.05 - 8.15 pagi : Nyanyian lagu Negaraku , lagu Bangsa Johor dan Lagu IPGKTHO

8.15 - 8.20 pagi : Bacaan doa

8.20 - 8.40 pagi : Ucapan Perasmian

8.40 - 9.45 pagi : Pertandingan sajak , pidato , pantun dan syair

9.50 - 10.10 pagi : Penyampaian cendera kenangan dan hadiah kepada pemenang pertandingan

10.10 - 10.35 pagi : Jamuan Ringan

10.40 pagi : Majlis dijangka selesai

PENGHARGAAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan
tetamu kehormat yang sudi hadir ke Majlis Program Dekad
Bahasa Kebangsaan ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak
langsung dalam majlis ini.

Dengan bacaan doa itu tadi, hadirin dipersilakan menjamu
selera di ruang makan yang disediakan.

Saya selaku wakil pihak majlis menyusun 10 jari tanda
kemaafan andai ada terlanjur tingkah dan bicara sepanjang
majlis berjalan. Moga berjumpa di lain ketika.

Sekian, Wabillahitaufik, Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version