KITA KAN KAWAN Y U S N I Z A S U M A Y A 2 8 1 2 2 0
Di kampung sentosa, terdapat dua orang sahabat yang berkawan rapat iaitu Niza dan Koh. Mereka merupakan pelajar aktif dalam sukan larian padang. Koh merupakan anak kedua dari empat adik beradik dan Niza merupakan anak tunggal. Perwatakan Niza dan Koh adalah berbeza.
Niza merupakan anak tunggal kepada Makcik Siti dan Pakcik Hazmi. Pakcik Hazmi dan Makcik Siti amat menyayangi Niza dan menjaga Niza seperti menatang minyak yang penuh.
Niza dan Koh merupakan rakan sekelas, Niza merupakan ketua kelas 4 Cempaka. Cikgu Azlin merupakan guru kelas mereka. Hari ini merupakan hari dimana Cikgu Azlin akan memberi tahu keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi subjek sains. Antara Niza dan Koh, Niza merupakan pelajar yang selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan tersebut. BABAK 1: DI KELAS
Tetapi pada pertengahan tahun yang lepas Koh terlihat lebih rajin dan sentiasa memberi perhatian di dalam kelas berbanding Niza. Niza terlalu selesa dan yakin dia akan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang walaupon tidak memberikan perhatian dan malas membuat kerja sekolah yang diberikan gurunya. Dalam suasana yang bising didalam kelas tiba-tiba menjadi senyap apabila Cikgu Azlin masuk ke dalam kelas mereka. ‘’ Bangunnn, Selamat Pagi Cikgu!’’ kata Niza dan diikuti rakan rakan kelasnya yang lain. ‘’ Selamat Pagi Semua, Silakan duduk. Harini cikgu akan beritahu kamu semua keputusan peperiksaan subjek Sains bagi peperiksaan lepas.’’ Kata Cikgu Azlin. ‘’ Kamu rasa siapa akan dapat markah tertinggi untuk peperiksaan lepas?’’ tanya Niza kepada Koh. ‘’ Siapa lagi kalau bukan kamu Niza haha setiap kali peperiksaan kan kamu yang selalu mendapat keputusan terbaik hehe.’’ Kata Koh.
Akhirnya, Cikgu Azlin pon memberitahu keputusan peperiksaan tersebut. ‘’Sila berikan tepukan kepada Koh, Koh mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan yang lepas. Tahniah Koh!’’ ‘’Niza! Aku dapat keputusan terbaik!’’ senyum sampai ke telinga Koh memberitahu Niza. Niza sangat terkejut dengan keputusan tersebut, dan mula berasa tidak senang hati melihat Koh yang gembira kerana mendapat keputusan terbaik didalam kelas. Tetapi keputusan Niza pada peperiksaan lepas tidak memberangsangkan seperti selalunya, menyebabkan Niza tidak senang hati melihat Koh. Niza mula bermasam muka dan menjadi dingin. ‘’Tidak mengapa buat sesiapa yang tidak mendapat keputusan yang baik pada peperiksaan lepas, kamu semua boleh cuba lagi untuk peperiksaan akhir tahun. Jangan berputus asa okay?’’ ‘’Baik cikgu’’ Balas semua pelajar didalam kelas tersebut.
Pada setiap petang, Niza dan Koh akan pergi bersama sama untuk latihan sukan larian di sekolah mereka. Niza dan Koh selalu menjadi pilihan guru guru mereka untuk mewakili sukan larian apabila tiba Hari Sukan Tahunan. Niza mewakili rumah sukan Merah, manakala Koh mewakili rumah sukan Kuning. Pada pukul 5 petang Koh datang ke rumah Niza untuk mengajak Niza ke sekolah mereka untuk Latihan sukan. Semasa Koh tiba dirumah Niza, Niza sedang minum petang bersama mak dan ayahnya. ‘’ Hai Niza, Hai makcik dan pakcik’’ Sapa Koh ketika tiba didepan rumah Niza. ‘’ Hai Koh jemputlah masuk, mari makan bersama ada kuih dan teh panas ni’’ kata Pakcik Hazmi. ‘’ Tak apa lah pakcik kami dah lambat ni hehe’’ Balas Koh kepada pakcik Hazmi. ‘’ Niza pergi dulu mak, ayah’’ Kata Niza kepada mak dan ayahnya. BABAK 2 : DI KAMPUNG
Dalam perjalanan ke sekolah mereka, Koh dan Niza terserempak dengan Diya, rakan sekelas mereka. ‘’ Hai Niza dan Koh, kalian hendak kemana? Tanya Diya kepada mereka berdua. ‘’Hai Diya, kami hendak ke Latihan sukan.’’ Kata Niza dan Koh kepada Diya. ‘’Ouh kalian wakil untuk hari sukan sekolah kan? Kemana mana pon mesti kalian bersama kan hehe Bagai dakwat dan kertas ’’ kata Diya Niza tersenyum sinis dengan kata-kata Diya. Kerana masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan Koh yang lebih baik darinya. ‘’Hihi Selamat tinggal Diya kami gerak dulu ya sudah lambat ni.’’ Kata Koh kepada Diya Koh tidak tahu bahawa Niza tidak berpuas hati dengannya, dan bersikap seperti biasa.
Akhirnya Niza dan Koh tiba di padang sekolah mereka. Niza dan Koh beredar ke tempat berkumpul rumah sukan masing masing untuk bersiap sedia. Seterusnya, guru yang bertugas memberi arahan supaya atlet-atlet bersiap sedia dengan pemanasan badan masing-masing. Hari ini merupakan pertandingan larian untuk pemilihan wakil yang akan mewakili sekolah mereka ke peringkat daerah. Akhirnya, tiba giliran Koh dan Niza bertanding bagi penentuan siapa yang akan mewakili sekolah mereka ke peringkat daerah. Niza sangat yakin bahawa dia akan mewakili sekolah mereka ke peringkat daerah. ‘’Diminta pelajar yang terlibat untuk bersedia di trek larian, kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.’’ Kata Cikgu Afif. BABAK 3 : DI PADANG
Akhirnya, acara larian pon dimulai. ‘’Ke garisan! Sedia! Mula!’’ kata Cikgu Arif. Koh mendahului di tempat pertama, dikuti oleh Niza dan 2 orang wakil rumah sukan yang lain. Tiba di garisan penamat Koh mendapat tempat yang pertama lalu bersorak gembira. Tetapi tidak bagi Niza, dia mendengus marah apabila Koh mendapat tempat pertama dalam larian tersebut. Koh melihat reaksi Niza yang marah dengan pencapaiannya lalu terkejut dan kecewa kerana Koh selalu meraikan pencapaian Niza apabila Niza mendapat apa apa kejayaan tetapi tidak baginya
. Keputusan larian tadi diumumkan oleh Cikgu Afif. ‘’Peserta yang memenangi acara larian tadi akan mewakili sekolah kita ke peringkat daerah, berikan tepukan kepada Koh Kai Ling dari rumah kuning.’’ Umum Cikgu Afif. Selepas pengumuman dibuat Niza terus meninggalkan padang dan pergi ke tandas. Niza bermonolog di dalam hati. ‘’Kenapa semua benda Koh saja yang dapat terbaik, keputusan peperiksaan dan keputusan larian sukan pon dia juga!’’ Semasa waktu untuk pulang, Niza berjalan meninggalkan Koh dibelakangnya. Koh pun mulai heran dengan tindakan Niza yang secara tiba tiba melayan dia dengan dingin. ‘’Niza, tunggulah aku! Kenapa kau marah aku ni? Kau tak suka aku terima semua pencapaian ni?’’ tanya Koh kepada Niza. Tetapi Niza hanya diam membisu dan meneruskan perjalanannya.
BABAK 4 : DI KAMPUNG Di persimpangan jalan ada sebuah kereta yang laju meluru kearah Niza dan Koh. Niza hanya berjalan tanpa pedulikan keadaan sekeliling. ‘’Niza! Kereta!” jerit Koh lalu menarik Niza dari belakang yang hampir dilanggar oleh kereta yang laju tersebut dan mereka jatuh di tepi jalan itu. Kereta tersebut membunyikan hon yang panjang dan memarahi mereka berdua supaya berhati-hati ketika dijalan. Niza terkejut dengan tindakan Koh dan melihat lengan Koh yang berdarah dan luka akibat menyelamatkannya dari dilanggar kereta tersebut. ‘’Kau kenapa?! Nak mati kah?’’ Marah Koh pada Niza lalu berlalu pergi meninggalkan Niza di tepi jalan itu.
Malam pon menjelang tiba, ibu Niza sedang menggoreng bihun dan menyuruh Niza untuk menghantar bihun tersebut ke rumah Koh. Namun, Niza memberitahu ibunya bahawa dia dan Koh sedang bergaduh dan bukan dalam keadaan yang baik. Setelah siap memasak Puan Siti pon memanggil Pakcik Hazmi untuk makan. Pakcik Hazmi pon datang ke meja makan untuk makan dan Puan Siti memberitahu Pakcik Hazmi yang anaknya bergaduh dengan Koh. Lalu Pakcik Hazmi dan Puan Siti pon menasihati anak mereka agar tidak memanjangkan pergaduhan mereka kerana mereka sudah berkawan dari kecil lagi. ‘’Sudah sudah lah bergaduh, tidak baik memutuskan hubungan dan bergaduh terlalu lama dengan orang yang kamu sudah kenal dari kecil lagi, lagipon kamu sepatutnya meraikan pencapaian Koh sepertimana dia raikan kamu’’ nasihat Pakcik Hazmi kepada anaknya. BABAK 5 : DI KAMPUNG
‘’Betul tu Niza, kenapa tiba-tiba kamu bersikap begini, buanglah sikap iri hati dan sikap yang tidak baik ianya hanya akan merosakkan hubungan persahabatan kamu dan Koh, Koh pon bukanlah orang asing yang kita baru kenal kan?’’ Kata Makcik Siti. ‘’Baiklah mak dan ayah, Niza minta maaf. Niza tidak tahu kenapa tiba-tiba saja perasaan ini datang.’’ Kata Niza kepada mak dan ayahnya. ‘’Mana bekas untuk Koh tu Niza nak hantarkan pada dia’’ Minta Niza pada Makcik Siti. Niza pon pergi ke rumah Koh untuk menghantarkan bekal bihun goreng yang digoreng oleh Makcik Siti. Setibanya di rumah Koh, Niza pon mengetuk pintu Koh. Lalu pintu pon dibuka oleh Koh.
’Hai Koh, ini ada bekal bihun goreng, mak aku bekalkan.’’ Kata Niza kepada Koh ‘’ Hai Niza, terima kasih. Susah susah ja kau hantar ke rumah.’’ ‘’ Lengan kau okay ke? Masih sakit? Aku nak minta maaf sebab sikap aku yang buruk harini, tidak sepatutnya aku ada perasaan yang tak baik dekat kau’’ kata Niza kepada Koh. ‘’ Lengan aku okay je, kau tu okay tak? Jangan la macam tu lagi, risau aku. Kita dah lama berkawan, aku tak mahu persahabatan kita hancur macam tu je.’’ Kata Koh kepada Niza ‘’ Ya la, salah aku, aku minta maaf tau, tahniah Koh atas pencapaian kau, kau layak untuk dapat semua tu hehe terbaiklah!’’ Kata Niza kepada Koh ‘’Tengoklah kawan siapa hehe’’ kata Koh kepada Niza ‘’Kawan aku lah, kita kan kawan hehe’’ Balas Niza
Dan pada akhirnya, Niza dan Koh pon berbaik dan tidak lagi bergaduh kerana hal hal yang kecil. Mereka sentiasa menyokong pencapaian dan sentiasa menjadi kawan yang baik. Mereka sama sama menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Niza pon lebih bertolak-ansur dan saling hormatmenghormati antara satu sama lain. Pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita ini adalah, kita hendaklah membuang perasaan yang tidak baik seperti iri hati supaya tidak berlakunya pergaduhan. Selain itu, sebagai pelajar kita hendaklah seimbangkan diri dalam sukan dan juga akademik supaya pelajaran kita tidak terabai. Kita hendaklah menjadi pelajar yang berdisiplin dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan semasa bergelar seorang pelajar.