The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadluqmanhg, 2021-01-24 16:56:18

PROTOTYPE

PROTOTYPE

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

MELAKA

Di Melaka, rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan rumah Melayu Melaka. Ia-
nya masih terdapat di seluruh Melaka hingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batu-

nya yang disalut dengan jubin beraneka warna yang diimport dari Cina dan India.

Rumahnya yang asli mengguakan 12 atau 16 batang tiang utama pada bangunan induk
atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri daripada rumah ibu, ruang tengah

dan dapur

Pembahagian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi di hadapan, adakalanya di tam-
dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah tedapat sebuah bilik dan di antara r-

umah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.
Terdapat di ruang tengah sebuah ruang di antara bumbung dengan bilik di panggil per-
an atau loteng. Kegunaan ruang tersebut selain sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabi-

la terdapat majlis juga sebagai tempat simpanan barang-barang.

Rumah ini biasanya dibina dari kayu Cengal, Meranti dan Damar Laut.

1

2

RUMAH

LIMAS

JOHOR

Di Johor terdapat rumah-rumah berbentuk limas, mudah dikenali kerana bumbungnya
mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas menu-
run ke cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya dihiasi dengan ukiran-ukiran. Rumah je-

nis ini terdapat di daerah pontian.
Ciri-ciri utama rumah ini ialah mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan
di bahagian hujung serambi ialah ruang anjung. Ruang serambi ini dipisahkan oleh dinding
dengan ruang ibu rumah. Manakala ibu rumah dan ruang dapur dipisahkan oleh ruang sel-

ar atau selasar.
Bahan binaannya adalah adalah dari kayu cengal, keranji, penak, meranti dan lain-lain.

3

4

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

NEGERI SEMBILAN

Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk ru-
mah adat yang terdapat di Minangkabau, Sumatra. Bentuknya adalah memanjang dan bu-
mbungnya sedikit melengkung di sebelah hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus

dan tinggi.
Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Rumah ibu
mengandungi ruang serambi dan anjung. Rumah tengah pula terdiri dari satu ruang kecil

dan sebuah bilik.
Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung ya-
ng di panggil peran atau loteng. Ruang tersebut adalah merupakan tempat tidur anak-anak

gadis dan juga tempat simpan barang-barang.

5

6

RUMAH

PANJANG

IBAN

SARAWAK

Rumah Panjang merupakan rumah tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deretan be-
rpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keisitimewaan tersendiri ma-
upun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan
adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana

masyarakat luar

Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu bel-
ian yang mudah didapati di kepulauan Borneo. Bumbungnya dari daun Rumbia seperti Biru

,Pantu, Mulong dan jenis daun tebal.

Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh
yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tang-

ga rumah kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.

Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai
(ruang terbuka) dan bilik. Bahagian diatas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagain

tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.

7

8

RUMAH

TRADISIONAL

KADAZAN

SABAH

Salah satu rumah tradisional berbagai kaum di Sabah ialah rumah Dusun Lotud yang
terdapat di Tuaran. Rumah berkenaan adalah merupakan rumah tradisi kaum terbesar di

Sabah iaitu Dusun dan Kadazan

Rumah jenis ini mempunyai 16 tiang utama pada rumah ibu. Tiang yang digunakan ada-
lah merupakan kayu bulat daripada kayu Bakau atau Tembusu. Penutup bumbung adalah
dari atap Nipah atau Rumbia di mana tulang belakang atap diperbuat daripada buluh. Ru-
ang rumah terdiri daripada serambi dan pelantar di bahagian hadapan dan di bahagian te-
ngah meliputi ruang makan dan bilik. Diatas ruang makan dan ruai dipanggil peran yang

digunakan untuk menyimpan padi dan hasil tani lain.

Dinding rumah dibuat daripada pelepah rumbia yang tua dengan rupa bentuk yang me-
mbulat. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu.

9

10

RUMAH

LIMAS

TERENGGANU

Di Terenggnu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu. Salah satunya ialah
Rumah Limas Bungkus yang terdapat di daerah Besut. Ianya menjadi pilihan utama dan po-
pular bagi orang-orang Melayu sejak kurun 20an. Kini tidak ada lagi rumah jenis ini yang

dibina, malah rumah-rumah yang sedia ada telah dinina sejak 40 atau 50 tahun lalu.
Ianya mudah dikenali. Bumbungnya terdiri dari sebuah perabung lurus dan bersambung

pula dengan empat buah perabung yang turun ke cucuran atap yang turun ke cucuran atap
yang dihias dengan ukiran-ukiran. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk. Ada empat

tepat. Ruangnya terdiri dari anjung, beranda, rumh tengah dan rumah dapur.

Rumah ini dibina dari kayu Cengal, Meranti dan Kapur. Atapnya dari atap Senggora ya-
ng diperolehi dari negeri Thai dan ada juga dari atap genting tanah tempatan.

11

12

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

PERLIS

Di Perlis terdapat rumah tradisional melayu yang dikenali rumah pannjang yang berusia
lebih 70 tahun. Rumah jenis ini semakin pupus.

Rumah bumbung panjang ini mengandungi banyak tiang, adakalanya berjumlah 24 ba-
tang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar,

dihadapinya dipasang tebar layar yang berbentuk V terbalik.

Tebar layar merupakan sebahagian daripada tutup dinding bumbungnya yang diperbuat
dari pelupuhnya yang diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut, dindingnya daripada
kelarai, atapnya daripada rumbia atau nipah dan adakalanya menggunakan genting sengora

Kompenen bangunan rumah berkenan terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur. Rumah
ibu mengandungi ruang yang disebut ruang leper (serambi), bilik, ruangtengah dan ruang
tamu. Rumah tidak tersekat tetapi telah dipisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang.

13

14

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

PULAU PINANG

Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bent-
uk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Meyusu te-

tapi semua jenis rumah ini kian pupus.
Rumah Serambi Gajah Menyusu dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya di mana b-
umbung ibu kelihatan tinggi dari bumbung serambi. Rumah Bumbung Gajah Menyusu, bu-
mbungnya kelihatan tinggi rendah seperti seekor gajah yang sedang menyusuka anaknya.

Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dind-
ingnya dipasasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala komponen bangunan-

nya terdiri dari ruang ibu dan dapur.
Pembahagian ruangnya terdiri dari ruang rumah tangga terletak dihadapan ruang sera-

mbi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur.
Bahan-bahn rumah ialah dari kayu seperti Cengal dan Merantu manakala atapnya dari

Rumbia.

15

16

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

PERAK

Di Perak terdapat satu bentuk rumah tradisional Melayu yang berusia tua dipanggil Ru-
mah Kutai. Rumah ini hanya terdapat berhampiran tebing sungai Perak iaitu di daerah Ten-

gah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar.

Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya di pasang ta-
bir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tabir layar ter-
dapat pula arang parabuang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai seb-

agai tempat menyimpan barang-barang.

Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula te-
rdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur

yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.

Bahan-bahan binaan ialah dari kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangk-
a bumbung manakala dindingnya dari pelupuh dan atapnya ialah Rumbia.

17

18

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

PAHANG

Rumah tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Jenis rum-
ah ini kian pupus. Ianya terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya ham-

pir seratus tahun.

Rumah jenis ini berbumbung panjang manakala di tepi dinding depasang tabir layar dan
terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari ruang rumah ibu, mengandungi
ruang-ruang tertentu. Di bahagian hadapan sekali ialah ruang serambi diikiuti oleh ruang i-
bu, mengandungi ruang dipanggil pentas dan perbalai. Di belakangnya pula ialah ruang kel-

ek anak atau serambi belakang.

Bagi rumah dapur ia mengandungi ruang penanggah serta pelantar. Ruang-ruang ini di-
gunakan untuk menanti, memasak dan sebagainya.

19

20

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

KELANTAN

Di Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang
dan Rumah Tiang Dua Belas. Bentuk kedua-duanya tidak banyak beza, Rumah Tiang Dua
Belas ini hanya terdapat di beberapa kampung dan Bandar Kota Bahru, usianya hampir 100

tahun dan ianya sudah tidak banyak lagi.
Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu 6 tiang serambi 6 tiang p-
anjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya di pasang tabir layar. pa-
da pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemelih

ibu dan sepasang pemelih serambi.
Dindingnya menggunakan jenis panel kayu berukir. Bumbungnya pula adalah dari atap

Senggora.

Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang me-
ngandungi ruang selasar (serambi), rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah teng-

ah dan rumah dapur tidak berbilik-bilik atau tersekat.

21

22

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

KEDAH

Rumah Panjang Kedah hampir sama bentuknya dengan Rumah Panjang Perlis, kecuali
sekadar perbezaan pada susunan ruangnya sahaja.

Rumah Panjang Kedah bentuknya memanjang, bumbungnya panjang lurus mendatar
menggunakan tabir layar uang dibuat dari pelupuh berbentuk segi tiga atau huruf ā€˜V’ terba-

lik. Bumbung dapurnya rendah sedikit dari bumbung ibu seakan-akan kelihatan seperti bu-
mbung rumah gajah menyusu yang terdapat di Pulau Pinang.

Rumah Panjang Kedah terdiri dari beberapa ruang iaitu ruang iaitu ruang lepar dan ru-
ang rumah tangga terletak di hadapan; manakala ruang dapur terletak di bahagian belaka-

ng.
Rumah Panjang Kedah mempunyai banyak tiang biasanya lebih 20 tiang pada rumah ib-
unya. Bahan-bahan binaan rumah ialah dari kayu Cengal, Meranti, Damar Laut, dan buluh

manakala atapnya diperbuat dari Rumia, Nipah dan genting Senggora.

23

24

RUMAH

BUMBUNG

PANJANG

SELANGOR

Di beberapa buah kampung di Selangor masih terdapat rumah-rumah tradisional Mela-
yu yang berusia lebih 60 tahun. Rumah jenis ini mempunyai kaitan rapat dengan rumah-ru-

mah tradisional Melayu di Melaka dan Negeri Sembilan kerana pertalian sejarah.
Rumah tradisional Melayu Selangor yang asli terdiri dari tiga komponen iaitu rumah ib-
u, rumah tengah dan rumah dan rumah dapur. Rumah ibu mempunyai ruang serambi bera-
dah, anjung dan bilik. Rumah tengah terdiri dari ruang rumah tangga, bilik dan ruang ten-
gah (laluan) yang bersambung antara rumah ibu dan dapur. Rumah dapur disebelah belaka-

ng merupakan tempat memasak.
Rumah jenis ini juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnya
menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak

dipasang dinding tabir layar berlapis dua.
Rumah tradisional Melayu Selangor mempunyai rumah ibu terdiri di atas 12 tiang utama
iaitu 6 tiang panjang dan 6 serambi sama naik. Kayu-kayu yang digunakan ialah Cengal, Gi-
am, Damar Laut, Meranti, Kapur, Kempas manakala tapnyaa dari Rumbia dan Nipah.

25

26


Click to View FlipBook Version