SENARAI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK KIJAL 2 2 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 3 3 ATUR CARA MAJLIS 4 4 PROFIL SEKOLAH 5 5 ANUGERAH KECEMERLANGAN 6 6 JAWATANKUASA INDUK PIBG 7 7 JAWATANKUASA KERJA 8—9 8 NOTIS MESYUARAT AGUNG 10 9 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 11 10 AHLI JAWATANKUASA PIBG 12 11 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 13 11 LAPORAN AKTIVITI PIBG 14– 19 12 UCAPAN ALUAN TUAN PENGETUA (MESY KALI KE-31) 20—21 13 UCAPAN YDP PIBG (MESY KALI KE-31) 22 14 UCAPAN PERASMI 23 15 MINIT MESYUARAT AGUNG 24—27 16 AKAUN PENDAPATAN & PERBELANJAAN 28—33 17 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 34 18 CADANGAN & USUL 35—38 19 PENGHARGAAN 39 1
2 KATA ALU-ALUAN PENGETUA Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kita kehadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-32 dapat diterjemahkan pada hari ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 ini. Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Dikesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari semasa ke semasa supaya SMK Kijal menjadi sebuah sekolah yang gemilang. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaankejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi Kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan Kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sekian, terima kasih. ‘ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD’
KATA ALU-ALUAN YDP Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul lagi bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG SMK Kijal kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugasan yang lain. Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa berkongsi idea dan pendapat yang bernas demi melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum SMK Kijal. Saya menyeru kepada ibu bapa agar membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Sokongan daripada ibu bapa penting sebagai pemangkin kejayaan anak-anak. Saya yakin dengan pentadbiran yang berwibawa akan memberikan kejayaan kepada anak-anak di sekolah ini. PIBG memainkan peranan yang sangat penting dalam menjalinkan pemuafakatan dengan pihak sekolah supaya SMK Kijal dapat mencapai visinya. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah. PIBG juga merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan sekolah. Akhir kata, saya selaku YDP PIBG sekali lagi menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Kijal terus melakar kejayaan. Saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. Saya mewakili ibu bapa mengucapkan tahniah kepada warga pendidik dan pelajar SMK Kijal atas kejayaan yang telah dicapai pada tahun ini. Semoga SMK Kijal terus menempa kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. 3
4 ATUR CARA MAJLIS 8.00 Pagi : Pendaftaran Ibu Bapa, Guru dan Penerima Anugerah 8.45 Pagi : Ketibaan Tetamu VIP : Ucapan Aluan Pengacara Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri : Bacaan Doa : Ucapan Aluan Pengetua SMK Kijal Cikgu Noorihan binti Mohamed @ Mohd Harun : Ucapan YDP PIBG SMK Kijal Tuan Haji Hassan bin Ali : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Kijal Oleh Tn Hj Kasman b Embong : Tayangan Montaj Sekolah : : : Penyampaian Sijil AJK PIBG Sesi 2022/2023 Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SPM 2022 Penyampaian Sijil Penghargaan Guru SPM 2022 12.00 Tengahari : Mesyuarat Agung PIBG SMK Kijal kali ke-32 : Cabutan Bertuah : Jamuan : Bersurai
PROFIL SEKOLAH SMK KIJAL (KIJAL TRUST SCHOOL) 5 STATISTIK BILANGAN PELAJAR 2023 TING 1 2 3 4 5 PKIBP JUMLAH BIL KELAS 7 7 6 7 6 3 36 BIL PELAJAR 233 219 202 175 176 30 1035 STATISTIK BILANGAN PELAJAR ASRAMA 2023 LELAKI PEREMPUAN 77 71 JUMLAH : 148 NAMA PENGETUA : CGU NOORIHAN BT MOHAMED@MOHD HARUN KOD SEKOLAH : TEA 2026 NO TEL/ FAX : 09-8589235/09-8589891 E-MAIL : [email protected] LAMAN WEB SEKOLAH : http//www.smk.kijal.blogspot.com FACEBOOK : SMK KIJAL SEKOLAH AMANAH MALAYSIA TARIKH MULA DIBUKA : DISEMBER 1991 GRED SEKOLAH : A (Mulai 1998) KATEGORI : LUAR BANDAR/SEKOLAH HARIAN ASRAMA : ASRAMA HARIAN
6 ANUGERAH KECEMERLANGAN Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2022. Anugerah Guru SPM 2022
JAWATANKUASA INDUK PIBG 2022/2023 7 Ex-officio : Cg Noorihan bt Mohamed@ Mohd Harun (Pengetua SMK Kijal) Pengerusi : Tn Haji Hassan b Ali (YDP PIBG ) Naib Pengerusi : Tn Haji Razali b Taib (NYDP PIBG) Setiausaha : Cg Saffezan bt Mohamad Saffini Bendahari : Cg Norihan bt Awang Bendahari Bas : Cg Mariani bt Mohd Arif Pemeriksa Kira-kira 1 : Cg Hasmida bt Hassan Pemeriksa Kira-kira 2 : Pn Norama bt Mohd AJK Ibu bapa : En Razali b Sulong : En Bahari b Awang : Pn Jusnata’ Aina bt Mohd : En Azalan b Dahari : Pn Rosmawati bt Hamzah : Pn Sharifah Norlaili bt Tuan Ganti : En Shafie b Draman : En Mohd Najib b Ismail AJK Guru : Cg Anisah bt Yahya : Cg Rohani bt Abdul Kadir : Cg Mohd Jaafar b Shaari : Cg Mohd Zulhilmi b Mamat
8 JAWATANKUASA KERJA SAMBUTAN PENGURUSAN SEKOLAH YDP, NYDP DAN AJK PIBG PENYEDIAAN BUKU PELAPORAN CG KAMILAH BT SALLEH (K) CG NUR AIN AKMAL BINTI CHE KAMALUDIN CG FATIMAH HUSNA BT SALLAHUDDIN CG SITI HAFIZA BT IBRAHIM CG SHARIFAH AISYAH SHAFINI BT SYED MUSTAFA EN AHMAD SYAZWAN B AHMAD MURSHIDI PN NURAMIRA ATIQAH BINTI OTHMAN CIK NUR AMIRA BT MOHD ROBI PN NURUL ASMILAH BT RAMLI PN TENGKU NABILAH BT TENGKU ZULKEPLEE FOTOGRAFI / DOKUMENTASI CG NOR SUAKMA BT JAAFAR (K) CG MAIZATUL ASLAMIAH BT GHAZALI PENDAFTARAN GURU, IBU BAPA & PENERIMA HADIAH USTZH NIK MAYANI BT NIK WAN KU (K) CG SITI IZA ZURIA BT IBRAHIM (TING 1) CG ROSNI BT MAT RADIN (TING 2) CG NURUL AIN JANNAH BT MOKHTAR (TING 3) CG ROHANI BT ABDUL KADIR (TING 4) GURU KELAS TINGKATAN 5 (TING 5) CG AZILAWATI BT MOHAMED (GURU & PENERIMA ANUGERAH) CG BALKHIS BT MOHAMAD SOPI (PPKI) MONTAJ & POWERPOINT CG ZURAIDA BT JAAFAR (K) CG AMIRUL HAFEZ B GHAZALI CG WAN SURYANI BT WAN MOHD BACAAN DOA CG MUSTAQIM B MUSTAPAR TN HAJI RAZALI BIN TAIB JEMPUTAN CG SAFFEZAN BT MOHAMAD SAFFINI CG ANISAH BT YAHYA PENCATAT MINIT MESYUARAT & UCAPAN CG MANISAH BT ABDUL WAHAB (K) CG MARIAM BT MUSA CG HAFIZAN BT HARUN USTZH RITA ZAHARAH BT AWANG PENYAMPAIAN SIJIL, HADIAH & CENDERAHATI CG KUSUMAWATI BT MOHD NOR (K) CG ZUMASNORA BT WARIS CG SURYANI BT SAHAMUDIN CG NURUL FARIHAH BT JUSOH HIASAN PENTAS / BACKDROP CG ROHANA BT ISMAIL ( K) CG SYAHAIZAD BT SALLEH PN WAN SALFARIZA BT WAN HUSIN PENETAPAN TARGET CG NOR HAZWANI BT NGAH (5AQ) CG BADARIAH BT SALIM (5AH) CG NURUL ASHIKIN BT YUSOF (5AA) CG AZIZAH BT OMAR(5AB) CG MARINA BT MOHD (5AMH) CG SALASIAH BT SALLEH (5AM) PENGACARA MAJLIS CG MOHD JAAFAR B SHAARI CG MAZIANA BT A BAKAR PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM) CG SAHIRAN BT IBRAHIM (K) CG CHE MARIA IDAYU BT CHE HARUN PN ROSAINI BT UMAR PN ZULAIHA BT AWANG EN HASMADI B AB HALIM
9 JAMUAN IBU BAPA & PELAJAR CG HASMIDA BT HASSAN (K) CG MUHD HAIRUL B DAHLAN CG JASNI BT MAT ALI BACKDROP/BANNER CG MOHD RIDUAN B ZAKARIA CG MUHAMAD SHAHARIN B ABU HANIPAH KIRAAN UNDI CG ROSMAFAIZATUL DIANI BT CHE DIN CG MOHD FAIZAL BT MAMAT SOAL SELIDIK IBU BAPA CG MIMILIANI BT WAN ALI USUL CG KAMILAH BT SALLEH (K) CG WAN SURYANI BT WAN MOHD SIJIL CG KUSUMAWATI BT MOHD NOR (K) CG NORZAH BT MUHAMAD (SIJIL AJK PIBG) CG NOLIA BT MOHAMAD NAWAWI (SIJIL GURU SPM 2022) CG MARIYANI BT MAMAT (SIJIL PELAJAR CEMERLANG SPM ) PHOTOBOOTH CG YASMIN BT YUSOF (K) CG NUR ATIQAH BT NOORHISHAM PN ZAIDA ANANI BT ZAILANI PN MATITAH BT IDRIS EN MOHD SUBAHA B AB RAHMAN JAMUAN VIP / AJK PIBG USTZH NIK MAYANI BT NIK WAN KU (K) CG NURUL MASTURAH BT MOHTAR CG MARIANI BT MOHD ARIF PRAMUSAJI (4 ORANG PELAJAR) JAMUAN GURU CG NOR EDAYU BT NAWAWI CG SUAIBATULKHIBTIAH BT IBRAHIM KOMPANG DAN BUNGA MANGGAR CG NUR SHEILLA WIDAYU BT MD NAWAWI (K) CG ZUBAIDAH BT MUDA SIARAYA/PA SISTEM/MUZIK IRINGAN CG MOHD SANUSI B DERAMAN (K) CG MUHD NURASRI IZAINI B ZULAINI CABUTAN BERTUAH CG NORIHAN BT AWANG (K) CG ROZITA BT AWANG CG MOHD ZULHILMI B MAMAT PN NURUL ADILA BT ISMAIL SUSUN PELAJAR DAN GURU SPM CG ASZURA NOOR ZITA BT ABU AMRAH ( K) CG NOR HAZWANI BT NGAH CG AZILAWATI BT MOHAMED PENAJAAN PN NORAMA BT MOHD (K) PN ROSMAWATI BT HAMZAH PN JUSNATA’ AINA BT MOHD PN SHARIFAH NOR LAILI BT TUAN GANTI EN BAHARI B AWANG EN AZALAN B DAHARI EN MOHD NAJIB B ISMAIL EN RAZALI B SULONG EN SHAFIE B DRAMAN PN ROBIAHBT ISMAIL PN FAHIZAN BT ISMAIL PERSIAPAN TEMPAT (SELEPAS) USTZH TUAN ARIZA BT TUAN JUSOH (K) CG NIK ZALIHA BT NIK MUSTOFFA USTZH NUR DIYANAH BT MOHD A’ARIF JAWATANKUASA KERJA
Semua Ibu Bapa/ Penjaga Tuan, MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Pihak sekolah dan PIBG SMK Kijal akan mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Kijal kali ke-32 tahun 2023 mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 24 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 Pagi Tempat : Dewan Ibnu Sina, TATIUC Perasmi : Tuan Haji Kasman bin Embong Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran, JPNT. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir. Semoga kehadiran tuan dapat memeriahkan lagi majlis ini. Kerjasama tuan/ puan didahului ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ( NOORIHAN BINTI MOHAMED @ MOHD HARUN ) Pengetua SMK Kijal 10 NOTIS MESYUARAT AGUNG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal 24100 Kemaman, Terengganu Darul Iman Tel: 09-858 9235 Emel: [email protected] Ruj.Kami : SMKK 900/01/04 Jld.2(28 ) Tarikh : 08 Jun 2023
11 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 Agenda 1 Ucapan Alu-Aluan YDP PIBG Sesi (2022/2023) Agenda 2 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-31 Agenda 3 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 28 Februari 2023 Agenda 4 Perkara-perkara berbangkit Agenda 5 Membahas dan menerima usul-usul Agenda 6 Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 Pelantikan Pengerusi Sementara (Cg Jaafar bin Shaari) Pemilihan AJK PIBG baru sesi 2023/2024 • Memilih 1 orang Pengerusi PIBG • Memilih 1 orang Naib Pengerusi PIBG • Memilih 7 orang AJK wakil ibu bapa • Memilih 1 orang pemeriksa kira-kira (wakil ibu bapa) (Pemilihan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, 5 orang wakil guru dan 1 orang pemeriksa kira-kira – wakil guru akan diputuskan oleh Lembaga Tadbir Sekolah) Agenda 7 Ucapan Penangguhan
12 AJK PIBG SESI 2022/2023 BIL NAMA JAWATAN 1 TN. HJ. HASSAN B ALI YANG DIPERTUA 2 TN.HJ. RAZALI B TAIB NAIB YANG DIPERTUA 3 CG SAFFEZAN BT MOHAMAD SAFFINI SETIAUSAHA 4 CG NORIHAN BT AWANG BENDAHARI 5 CG MARIANI BT MOHD ARIF BENDAHARI BAS 6 CG HASMIDA BT HASSAN PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 (GURU) 7 PUAN NORAMA BT MOHD PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 (IBU BAPA) 8 CG ANISAH BT YAHYA AJK GURU 9 CG ROHANI BT ABDUL KADIR AJK GURU 10 CG MOHD ZULHILMI B MAMAT AJK GURU 11 CG MOHD JAAFAR BIN SHAARI AJK GURU 12 ENCIK RAZALI B SULONG AJK IBU BAPA 13 ENCIK BAHARI B AWANG AJK IBU BAPA 14 PUAN JUSNATA’ AINA BT MOHD AJK IBU BAPA 15 ENCIK AZALAN B DAHARI AJK IBU BAPA 16 PUAN ROSMAWATI BT HAMZAH AJK IBU BAPA 17 PUAN SHARIFAH NORLAILI BT TUAN GANTI AJK IBU BAPA 18 ENCIK SHAFIE B DRAMAN AJK IBU BAPA 19 ENCIK MOHD NAJIB B ISMAIL AJK IBU BAPA
13 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG BIL NAMA 1 25/9/2022 2 9/1/2023 3 14/3/2023 4 24/5/2023 1 TN. HJ. HASSAN B ALI / / / / 2 TN.HJ. RAZALI B TAIB / / / / 3 CG SAFFEZAN BT MOHAMAD SAFFINI / / / / 4 CG NORIHAN BT AWANG X / X / 5 CG MARIANI BT MOHD ARIF / / / / 6 CG HASMIDA BT HASSAN / / / / 7 PUAN NORAMA BT MOHD / X X / 8 CG ANISAH BT YAHYA / / / X 9 CG ROHANI BT ABDUL KADIR / / X / 10 CG MOHD ZULHILMI B MAMAT / / X X 11 CG MOHD JAAFAR BIN SHAARI / / X X 12 ENCIK RAZALI B SULONG X / X / 13 ENCIK BAHARI B AWANG X X X X 14 PUAN JUSNATA’ AINA BT MOHD X / / / 15 ENCIK AZALAN B DAHARI X X / X 16 PUAN ROSMAWATI BT HAMZAH X / X / 17 PUAN SHARIFAH NORLAILI BT TUAN GANTI / X X X 18 ENCIK SHAFIE B DRAMAN X X X X 19 ENCIK MOHD NAJIB B ISMAIL / / / /
14 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 AKTIVITI KURIKULUM BIL TARIKH PROGRAM 1 10/1/2022 Program Gilapan Permata Pelajar Elit SPM 2021 2 28/2/2022 Program Sentuhan Kasih Calon SPM 2021 bersama Pengetua 3 28/2/2022 Bicara Santai Sentuhan Emosi Pelajar Asrama Tingkatan 5 Calon SPM 2021 Bersama GBK 4 16/6/2022 Majlis Penyampaian Keputusan Peperiksaan SPM 2021 4 17/6/2022 Hari Anugerah SPM 2021 5 17/6/2022 Hari Penetapan Target SPM 2022 6 5/7/2022 Program Motivasi dan hala tuju SPM bersama MSU College tahun 2022 7 27/7/2022 Program Motivasi dan hala tuju SPM 2022 8 48/8/2022 Taklimat Pelajar SPM 2022 Bersama Pihak Pengurusan Sekolah 9 1-3/9/2022 Kem Tuju Cemerlang Pelajar SPM 2022 10 6/10/2022 Program Temu Murni & Slot Motivasi Keibubapaan calon SPM 2022 11 9-10/10/2022 Kem Lonjakan Prestasi Pelajar SPM 2022 12 15/10/2022 Program SKOR A Bank Rakyat SPM 2022 13 31&1/11/2022 Kem Gilap Potensi pelajar SPM 2022 14 21/11/2023 Sentuhan Kasih Pelajar Elit SPM 2022 15 28/11/2022 Program Pemukiman Pemuafakatan
15 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 AKTIVITI KURIKULUM BIL TARIKH PROGRAM 16 7/12/2022 Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan PVMA KOHORT 2020/2021 17 11- 13/12/2022 Program Kem Kecemerlangan SPM 2022 ‘Genggam A’ 18 11-13/12/2022 Pecutan Awal SPM 2022 19 11/1/2023 Lawatan Sentuhan Kasih Pegawai PPD Kemaman 20 14/1/2023 Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 SPM 2022 21 19/1/2023 Program Temu murni dan Motivasi Keibubapaan murid Tingkatan 5 22 6 /2/2023 Program Amanat Pegawai PPD Kemaman kepada Calon-calon SPM 2022 23 9/2/2023 Solat Hajat Perdana SPM 24 15/2/2023 Majlis Restu Ilmu SPM 2022 25 22/3/2023 Sentuhan Cakna SPM 2023 Bersama Tuan Pengetua 26 23/5/2023 Program Singgah Sayang SPM 2023 27 8/6/2023 Majlis Pengumuman & Penyampaian Keputusan SPM 2022 & Pameran Kerjaya 2023
16 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 AKTIVITI HAL EHWAL MURID BIL TARIKH AKTIVITI 1 24/1/2022 Taklimat kesedaran Buli Tahun 2022 2 25/1/2022 Agihan Bantuan Awal persekolah Tahun 2022 Secara Drive Thru 3 27/1/2022 Lawatan Dan Pemantauan Asrama SMK Kijal Oleh JPNT 4 21/2/2022 Penyerahan Bantuan Zakat Sumbangan Hextar Kimia Kepada 30 orang pelajar KTS 5 31/3/2022 Pengoperasian Awal Persekolahan 6 5/4/2022 Pelancaran Program Ihya Ramadan & Outreach Ramadan 7 17/4/2022 Taklimat Disiplin (Roadshow) 8 18/4/2022 Pemantauan Pencalonan PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 9 25/4/2022 Majlis Iftar Jamaie Pelajar Asrama SMK Kijal 10 27/4/2022 Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Outreach Ramadan 1443H 11 18/5/2022 Mesyuarat Agung Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 12 30/5/2022 Majlis Pelantikan Watikah Pemimpin Muda 2022 13 17/6/2022 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 & Anugerah Kecemerlangan SPM 2021 14 23/6/2022 Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang & Sambutan Hari Lahir Bulan Jun 15 5/7/2022 Program Motivasi Dan Hala Tuju SPM 2022
17 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 AKTIVITI HAL EHWAL MURID BIL TARIKH AKTIVITI 16 20/7/2022 Ceramah Kesihatan Mental I Love My Self 17 Setiap Bulan 2022 Proram Hafazan Murid Asrama 18 1/8/2022 Kunjung Bantu Pertandingan E-Karnival PPDa Peringkat Negeri Terengganu 19 2/8/2022 Program Sambutan Maal Hijrah 1444H 20 3/8/2022 Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2022 21 17/8/2022 Program Intervensi Sifar Murid Cicir Anjuran JPNT 22 18/8/2022 Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera Sepakat & Selamat 23 18/8/2022 Majlis Penyerahan Bantuan Zakat Sumbangan Bank Rakyat Kerteh 24 22/8/2022 Lawatan Penanda Aras SMK Paka Ke Laman Minda Sihat SMK Kijal 25 1-31/10/2022 Sambutan Bulan Kebangsaan Asrama 26 18/10/2022 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 27 18/10/2022 Latihan Kawad Kebakaran SMK Kijal 2022 28 30/10/2022 Anugerah Sekolah Ikon 3K 2022 29 31/10/2022 Program Memasak Bubur Asyura Asrama SMK Kijal 30 16/11/2022 Program Motivasi Sentuhan Rohani Murid Terbilang Pelajar Tingkatan 3
18 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 AKTIVITI KOKURIKULUM BIL TARIKH AKTIVITI 1 01/11/2022 Pertandingan Hafazan anjuran Puteri Islam 2 02/8/2022 Ceramah Maal Hijrah anjuran Panitia Pendidikan Islam 3 02/11/2022 Pertandingan Senamrobik anjuran Kelab Olahraga 4 04/10/2022 Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah anjuran Kadet Remaja Sekolah 5 05/4/2022 Menghasilkan kad ucapan Ihya Ramadhan 6 05/7/2022 Pertandingan Binaan Straw anjuran Kadet Polis 7 06/4/2022 Pertandingan Pantun Tulisan Jawi 8 10/8/2022 Gotong royong cegah Aedes 9 12/4/2022 Mereka cipta sajak dan syair Ihya Ramadhan 10 13/4/2022 Membuat logo kelab masing-masing 11 13/9/2022 Pertandingan Kembara Sejarah anjuran Panitia Sejarah 12 14/9/2022 Aktiviti membuat silang kata, mencari perkataan dan istilah 13 15/6/2022 English Book Review bagi Tingkatan 4 dan 5 serta Drawing Book Cover bagi Tingkatan 1,2 dan 3 14 17/5/2022 Pertandingan Kad Kreatif Hari Guru anjuran Kaspa 15 17/8/2022 Pertandingan Hias dan Reka Bendera Kreatif Plastesin Bulan Kemerdekaan anjuran Persatuan Sejarah 16 18/10/2022 Fire drill Bersama Unit 3K 17 19/7/2022 Pertandingan Simpulan Ikatan anjuran Kadet Bomba 18 19/10/2022 Pertandingan Gemilang Jawi anjuran Persatuan Pendidikan Islam 19 20/4/2022 Pertandingan Kuiz Alam Sekitar dan melukis Poster Alam Sekitar oleh Kelab Kitar Semula 20 20/7/2022 Ceramah Minda Sihat ‘I Love Myself’
19 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 AKTIVITI KOKURIKULUM BIL TARIKH AKTIVITI 21 20/9/2022 Pertandingan Tanjak Merdeka anjuran Pandu Puteri 22 20/9/2022 Pertandingan Nasyid anjuran Kelab Kebudayaan 23 21/6/2022 Pra Kejohanan Olahraga 24 21/9/2022 Penutup Bulan Kemerdekaan 25 22 - 24/9/2022 Perkhemahan Unit Beruniform BCamp 2022 26 22/6/2022 Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah 27 23/8/2022 Pertandingan Kraftangan Facemask Merdeka anjuran PBSM 28 24/5/2022 Taklimat Silat Cekak Ustaz Hanafi dan Penyampaian hadiah Kad Kreatif Hari Guru 29 24/8/2022 Pertandingan Sukan Rakyat 30 26 – 30/6/2022 Kejohanan Olahraga MSSD 31 27/4/2022 Membuat sampul duit raya 32 29/3/2022 Mengenalpasti logo unit beruniform secara online 33 29/5/2022 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 34 30/8/2022 Pertandingan Nyanyian Patriotik anjuran Panitia Sejarah 35 30/8/2022 Pendaftaran ahli Kelab Sukan Dan Permainan secara online 36 4/11/2023 Hari sukan negara (Pertandingan bola sepak, Bola jaring, Petanque dan catur) 37 4/5 - 15/11/2022 Pertandingan e bandar teknologi hijau peringkat kebangsaan (Penganjur) 38 5/11/2023 Pertandingan Kemuning Hill Challenge peringkat negeri (Penganjur)
20 UCAPAN ALUAN PENGETUA CG HJH NOORIHAN BT MOHAMED@MOH HARUN (MESYUARAT AGUNG KALI KE-31) Tuan Pengetua mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kijal kali ke-31 pada hari ini serta mengucapkan salam sejahtera dan selamat petang, salam MPG, salam Kemaman Unggul dan salam Sinergi Pemacu KTS Sejahtera. Puan pengetua mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Bin Said, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kijal Merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Terengganu (KETENGAH), En Abu Hurairah bin Abu Bakar, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah mewakili PPD Kemaman, Tn. Hj. Hassan bin Ali, YDP PIBG SMK Kijal, Wan Ridhuan bin Muhammad, Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Kemaman, barisan pentadbir dan AJK PIBG SMK Kijal, guru-guru dan ibu bapa yang telah hadir pada petang tersebut. Pengetua mewakili warga Kijal Trust School mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Bin Said, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kijal kerana sudi menerima undangan sekolah dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31 dan Anugerah Kecemerlangan SPM 2021. Semoga dengan kehadiran YB DATO memberi inspirasi kepada semua ibu bapa/penjaga dan warga sekolah untuk terus berganding bahu bagi memastikan kemenjadian murid terus dibangunkan. Sesungguhnya peranan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan guru serta masyarakat setempat seharusnya sentiasa kukuh. Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan permuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah. Pengetua turut memaklumkan bahawa fasa pandemik Covid-19 telah berakhir maka pada tahun ini (2022). Oleh itu, pihak sekolah dapat mengadakan mesyuarat agung PIBG secara terbuka dan bersemuka seterusnya dapat bersama-sama berkumpul di kantin sekolah memandangkan Dewan Unggul sekolah tidak mampu untuk menampung kapasiti tetamu yang hadir pada hari ini di samping kedaan di dalamnya yang agak panas apabila menjelang tengah hari. Pengetua turut mewakili pihak sekolah untuk berkongsi kecemerlangan yang telah diraih oleh pihak sekolah tahun 2022 dengan semua yang hadir iaitu bermula pada bulan Januari hingga hari ini yang melibatkan kurikulum, Hal Ehwal Murid dan kokurikulum. Berikut antara kejayaan yang telah dicapai: - Pengurusan PIBG Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Peringkat Daerah Dan mewakili daerah Kemaman ke peringkat Negeri Sempena Hari Guru tahun 2022. - Naib Johan Negeri (Hafazan Perempuan) dalam Pertandingan E-Mahrajan (Asrama) - Naib Johan Kategori P18 (Acara Pertandingan Merentas Desa peringkat daerah) - Johan Kategori L15 PPKI. (Acara Pertandingan Merentas Desa peringkat daerah dan akan mewakili daerah Kemaman ke peringkat negeri) Tuan Pengetua juga memaklumkan tentang keputusan peperiksaan SPM 2021. Calon sekolah adalah seramai 170 orang. SMK Kijal telah berjaya mencapai keputusan yang cukup membangga memandangkan peperiksaan SPM tahun 2021 merupakan calon kumpulan pertama menduduki peperiksaan SPM format KSSM.
21 UCAPAN ALUAN PENGETUA CG HJH NOORIHAN BT MOHAMED@MOH HARUN (MESYUARAT AGUNG KALI KE-31) SMK Kijal telah berjaya melahirkan: 11 orang - 5A (9 subjek yang diambil) 2 orang - 6A (9 subjek yang diambil) 3 orang - 7A (9 subjek yang diambil) 4 orang - 8A. (9 subjek yang diambil) 97 orang lulus semua mata pelajaran 14 orang mendapat sekurang-kurangnya C 160 orang layak mendapat sijil Gred Purata Sekolah (GPS) – 5.19 Tuan Pengetua merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak. Apabila pihak kerajaan mengumumkan bahawa negara sudah mula melangkah ke fasa endemik, Tuan Pengetua memaklumkan bahawa segala program yang tersekat dan tidak dapat direalisasikan selama dua tahun sebelum ini, kini dibuka semula. Sekolah tidak mempunyai dewan yang dapat menampung kapasiti murid sekolah iaitu seramai 1005 orang daripada tingkatan 1 sehingga 5 yang turut merangkumi murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk menjalankan sebarang program/ aktiviti mahupun majlis kerana hanya dapat menampung kapasiti dalam 100 orang sahaja bagi satu-satu masa. Selain itu, keadaan dewan yang agak panas menjelang tengah hari menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan murid mahupun tetamu sendiri. Manakala dataran perhimpunan pula tempat diadakan perhimpunan sekolah sama ada untuk perhimpunan rasmi (Ahad) dan aktiviti Bacaan Yaasin Harian sebelum masuk ke kelas pada setiap hari. Kebiasaannya dataran perhimpunan ini akan mula panas pada pukul 8.30 pagi kerana berpayungkan langit. Situasi ini mengganggu keselesaan dan fokus murid untuk mengikuti apa-apa program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tuan Pengetua sekali lagi mewakili warga sekolah memohon jika ibu bapa/penjaga dapat menyumbang untuk tabung pembinaan bumbung berstruktur SMK Kijal kelak.
22 UCAPAN YDP PIBG TN HJ HASSAN BIN ALI (MESYUARAT AGUNG KALI KE-31) Beliau mengucapkan rasa syukur kerana tahun ini mesyuarat agung PIBG dapat dilaksanakan secara bersemuka setelah memasuki fasa endemik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga pendidik SMK Kijal kerana berusaha dan mampu untuk memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat pada hari ini. Beliau juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang menunjukkan kerjasama yang baik hadir ke mesyuarat agung PIBG kali ke-31 pada hari ini. Seterusnya, beliau juga mewakili seluruh ibu bapa SMK Kijal mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru SMK Kijal yang sentiasa tanpa jemu mendidik anak-anak mereka dengan tekun. Beliau percaya dengan usaha yang gigih dari guru-guru dapat mewujudkan pencapaian akademik yang baik dan membuka mata masyarakat luar untuk memilih SMK Kijal sebagai sekolah pilihan untuk anakanak mereka menimba ilmu. Ucapan tahniah juga disampaikan kepada pihak sekolah kerana berjaya melahirkan 4 orang pelajar mendapat 8A dalam SPM 2021 baru-baru ini. Selain itu, beliau juga menyeru kepada semua ibu bapa untuk sama-sama memberi kerjasama dan kepercayaan kepada guru-guru bagi memastikan kejayaan anak-anak mereka. Akhir sekali, beliau mendoakan agar perjalanan majlis mesyuarat PIBG pada hari ini berjalan dengan lancar dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir pada hari ini.
23 Beliau merakamkan ucapan terima kasih, syabas dan tahniah kepada pengerusi majlis, barisan pentadbir, seluruh warga pendidik, semua ibu bapa dan anak-anak pelajar atas komitmen yang terbaik dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-31. Beliau juga memanjatkan kesyukuran kerana semua pihak dapat berkumpul dalam melaksanakan dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini kembali bersemuka. Beliau memaklumkan kebanyakannya gerak kerja yang dilaksanakan oleh PIBG dan juga rakan-rakan guru kepimpinan sekolah telah membuktikan kejayaan apabila pencapaian yang cemerlang yang dirangkul oleh calon -calon SPM 2021. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puan Pengetua dan guru-guru atas kecaknaan dan juga usaha yang telah dilaksanakan bagi memastikan semua murid di SMK Kijal tidak tercicir daripada pendidikan. Tahap kemenjadian pelajar semakin mantap hasil daripada komitmen yang tidak berbelah bagi daripada guru-guru di SMK Kijal. Beliau turut menzahirkan rasa terharu atas komitmen yang terbaik yang telah diberikan oleh guru-guru dan mengharapkan agar pihak PIBG dan ibu bapa juga dapat memberi komitmen, sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah. Beliau amat berbesar hati untuk memberi sumbangan berupa TABLET dengan anggaran harga RM 700 kepada 4 pelajar cemerlang SPM yang memperoleh 8A dalam SPM 2021. Beliau juga berhasrat untuk memberi sumbangan wang tunai RM 300 kepada setiap pelajar yang memperoleh pencapaian 5A dalam SPM 2021. Beliau berharap dengan sedikit imbuhan yang dihulurkan oleh DUN akan menyuntik semangat kepada calon SPM akan datang untuk terus mencapai kejayaan cemerlang. Beliau turut mengingatkan kepada semua ibu bapa agar tidak culas untuk membayar yuran PIBG yang dikenakan oleh pihak sekolah. Jumlah tersebut tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan pelbagai program dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk kemenjadian murid – murid di SMK Kijal. Seterusnya, beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG dan Jawatan Kuasa PIBG yang tidak jemu-jemu membantu pihak sekolah dalam pelbagai perkara untuk memastikan kecemerlangan anak-anak di SMK Kijal. Ucapan terima kasih juga turut diberikan kepada ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat hari ini kerana memberi kecaknaan yang sangat hebat selaku ibu bapa terhadap perkembangan pendidikan anak-anak di SMK Kijal ini . Beliau mengingatkan kepada ibu bapa agar sering memberi sokongan padu kepada anak- anak dan menasihatkan anak- anak supaya belajar bersungguh- sungguh dan menggunakan peluang yang ada untuk mencapai kejayaan yang membanggakan. Beliau memohon kepada semua ibu bapa yang hadir supaya menggunakan medan ini sebaik mungkin untuk berbincang, berbicara, melontarkan pendapat serta memberikan pandangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di SMK Kijal. Sebagai kesimpulannya, beliau amat mengharapkan kerjasama yang baik dan erat di antara pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa dalam memastikan kemenjadian pelajar dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum dapat ditingkatkan dan direalisasikan dengan sepenuhnya. UCAPAN PERASMI YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID S.S.M.Z.,D.P.M.T.A.S.M.P.J.K, Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal Merangkap Pengerusi Lembaga lemajuan negeri Terengganu (KETENGAH ) (MESYUARAT AGUNG KALI KE-31)
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE—31 Tarikh : 17 Jun 2022 (Jumaat) Masa : 2:30 petang Tempat : Kantin, SMK Kijal Perasmi : Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Bin Said S.S.M.Z.,D.P.M.T.A.S.M.P.J.K, Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal Merangkap Pengerusi Lembaga kemajuan Negeri Terengganu ( KETENGAH ) 1.0 Ucapan alu-aluan YDP PIBG 1.1 Tuan Haji Hassan bin Ali mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang berkelapangan kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Kijal Kali Ke -31 seterusnya memberi kepercayaan kepada beliau untuk mempengerusikan mesyuarat ini. 2.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Tahunan kali ke-30 2.1 Cikgu Saffezan bt Mohammad Saffini telah membentangkan minit mesyuarat untuk dibaca dan disahkan. 2.2 Pencadang : Encik Razali bin Sulong 2.3 Penyokong : Encik Razali bin Taib 3.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG kali ke-30 3.1 Cikgu Norihan bt Awang telah membentangkan Penyata Kewangan berakhir 28.2.2022 untuk disahkan. 3.2 Pencadang : Encik Razali bin Sulong 3.3 Penyokong : Encik Razali bin Taib 3.4 Tuan Haji Hassan b Ali mencadangkan kutipan sumbangan PIBG seperti berikut: 3.5 Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara cadangan kutipan tersebut. 24 TINGKATAN JUMLAH KUTIPAN Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5 Sumbangan PIBG Rm 50 bagi satu keluarga (Lima Puluh Ringgit Sahaja) Tingkatan 5 Dana Kecemerlangan Akademik RM 50 bagi setiap pelajar (Lima Puluh Ringgit Sahaja) Tingkatan 1, 2, 3, & 4 Dana Kecemerlangan Akademik RM 30 bagi setiap pelajar (Tiga Puluh Ringgit Sahaja)
25 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE—31 4.0 Perkara-perkara berbangkit TIADA 5.0 Membahas dan menerima usul 5.1 DATARAN PERHIMPUNAN YANG TIDAK KONDUSIF Pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti dan perhimpunan murid di ruang terbuka yang tidak berbumbung semestinya tidak selesa dan sesuai. 5.2 Cadangan : Memandangkan sekolah tidak mempunyai dewan sekolah yang khas bagi pelbagai tujuan perhimpunan dan aktiviti , dicadangkan agar pihak sekolah 5.2.1 membina dan menambahbaik dataran perhimpunan sedia ada kepada Dataran berbumbung. 5.2.2 Menyediakan satu tempat berhimpun yang lebih selesa , kondusif , selamat dan lengkap untuk murid-murid dan guru- guru. Pembentang usul : Pn. Sharifah Norlaili binti Tuan Ganti Pencadang usul : 1) Pn. Sharifah Norlaili binti Tuan Ganti 2) Pn. Mohd Latiff bin Zakaria 3) Pn. Samsiah binti Deraman Maklum balas : Usul telah diterima dan akan dibahaskan oleh AJK yang baru dilantik. 6.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2021 / 2022 6.1 AJK Sesi 2021/2022 telah dibubarkan oleh Cikgu Jaafar bin Shaari mewakili Tn Hj. Hasan bin Ali. 6.2 Encik Razali bin Sulong mencadangkan supaya Cikgu Mohd Jaafar dilantik sebagai pengerusi sementara untuk meneruskan agenda mesyuarat ini – sokongan sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
26 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE—31 7.0 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2022 / 2023 7.1 Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/2023 7.1.1 Pengerusi : Tn Hj. Hassan bin Ali Dicadang oleh : Encik Razali bin Sulong Disokong oleh : Puan Siti Mariam binti Bidin 7.1.2 Naib Pengerusi : Tuan Haji Razali bin Taib Dicadang oleh : Encik Razali bin Sulong Disokong oleh : Sebulat suara ahli mesyuarat 7.1.3 AJK Ibu bapa : En. Mohd Najib bin Ismail Dicadang oleh : En. Razali bin Sulong Disokong oleh : Sebulat suara 7.1.4 AJK Ibu bapa : Pn. Sharifah Norlaili binti Tuan Ganti Dicadang oleh : En. Razali bin Sulong Disokong oleh : Sebulat suara 7.1.5 AJK Ibu bapa : En. Shafie bin Draman Dicadang oleh : En. Razali bin Sulong Disokong oleh : Sebulat suara 7.1.6 AJK Ibu bapa : En Razali bin Sulong Dicadang oleh : Jusnata Aina binti Mohd Disokong oleh : Sebulat suara 7.1.7 AJK ibu bapa : Pn Jusnata Aina binti binti Mohd Dicadang oleh : Rosmawati binti Hamzah Disokong oleh : Sebulat suara 7.1.8 AJK Ibu bapa : Pn. Rosmawati binti Hamzah Dicadang oleh : Jusnata Aina binti Mohd Disokong oleh : Sebulat suara 7.1.9 AJK ibu bapa : En. Azalan bin Dahari Dicadang oleh : Jusnata Aina binti Mohd Disokong oleh : sebulat suara 7.1.10 AJK ibu bapa : En. Bahari bin Awang Dicadang oleh : Pn. Hasmida binti Hassan Disokong oleh : Sebulat suara
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE—31 7.2 Barisan AJK baharu adalah seperti berikut : Penasihat : Cikgu Hajah Noorihan binti Mohamed @ Mohd Harun (Pengetua SMK Kijal) Yang dipertua : Tuan Haji Hassan bin Ali Naib Yang Dipertua : Tuan Haji Razali bin Taib Setiausaha : Cikgu Saffezan binti Mohamad Saffini Bendahari : Cikgu Norihan binti Awang Bendahari Bas : Cikgu Mariani bt Mohd Arif Pemeriksa Kira-Kira : Cikgu Hasmida bt Hassan (Guru) Pemeriksa Kira-Kira : Puan Norama binti Mohd (Ibu Bapa) AJK GURU : Cikgu Mohd Jaafar bin Shaari Cikgu Mohd Zulhimi bin Mamat Cikgu Anisah binti Yahya Cikgu Rohani bt Abdul Kadir 8.0 Ucapan penangguhan 8.1 Tuan Haji Hassan bin Ali mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya melaksanakan mesyuarat agung pada petang ini. 8.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan berharap ibu bapa sentiasa berusaha dan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pihak sekolah untuk melonjakkan kecemerlangan anak- anak dan sekolah. 8.3 Tuan Haji Hassan juga mengingatkan kepada ibu bapa agar sama – sama membantu pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah disiplin anak- anak dan tanggungjawab ibu bapa amat besar untuk kemenjadian anak- anak. 8.4 Tuan Haji Hassan juga mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan semua pihak terutamanya ADUN Kijal, AJK yang terlibat serta guru-guru dalam menjayakan agenda cabutan bertuah. Beliau juga memaklumkan bahawa cabutan bertuah adalah sumbangan daripada pelbagai pihak bukannya dari wang kutipan PIBG. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6: 00 petang. 27
28 AKAUN PENDAPATAN & PERBELANJAAN
29 AKAUN PENDAPATAN & PERBELANJAAN
30 AKAUN PENDAPATAN & PERBELANJAAN
AKAUN PENDAPATAN & PERBELANJAAN 31
32 AKAUN PENDAPATAN & PERBELANJAAN
33 AKAUN PENDAPATAN & PERBELANJAAN
34 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 / 2024 PENASIHAT : CG NOORIHAN BT MOHAMED@MOHD HARUN YANG DIPERTUA :…………………………………………… NAIB YANG DIPERTUA :…………………………………………… SETIAUSAHA KEHORMAT : ………………………………………… BENDAHARI KEHORMAT : ……………………………………………………. AJK IBU BAPA /PENJAGA 1………………………………………… 2………………………………………… 3………………………………………… 4………………………………………… 5………………………………………… AJK GURU 1………………………………………… 2………………………………………… 3………………………………………… 4………………………………………… PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU) 1. …………………………………………………. PEMERIKSA KIRA-KIRA (IBUBAPA) 2…………………………………………
35 CADANGAN & USUL Pihak sekolah telah menerima : 1. Satu (1) usul untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 32. 2. Enam (6) cadangan daripada ibu bapa dan telah pun dijawab oleh pihak pengurusan sekolah. 3. Sepuluh (10) cadangan dan usul terpaksa ditolak kerana tidak mematuhi akta dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kementerian dan sekolah. USUL 1: Isu: SMK Kijal tidak mempunyai dewan bagi menempatkan bilangan pelajar seramai 1035 orang dan guru seramai 77 orang. Untuk sekian lamanya, warga sekolah terpaksa menggunakan dataran perhimpunan untuk majlis perhimpunan rasmi, perhimpunan pagi dan banyak lagi program sekolah yang lain. Keadaaan ini menyebabkan murid-murid dan guru-guru terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, kadang kala terpaksa berpanas dan kadang kala berhujan. Malah, keadaan ini turut menjejaskan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah termasuk aktiviti ko kurikulum. Justeru, amat penting pembinaan dewan serba guna/tertutup ini agar murid-murid dapat mengikuti sebarang program anjuran pihak sekolah dengan lebih selamat, selesa dan efektif. Cadangan Usul: Memandangkan sekolah tidak mempunyai dewan sekolah yang khas bagi perbagai tujuan perhimpunan aktiviti, saya mewakili pihak sekolah mengusulkan supaya 1. Membina dan menambahbaik dataran perhimpunan sedia ada kepada Dataran Berbumbung. 2. Menyediakan satu tempat perhimpunan yang lebih selesaa, kondusif, selamat dan lengkap untuk pelajar-pelajar dan guru-guru. Pencadang Usul : Cg. Wan Mohd Nasran bin Sulaiman
36 CADANGAN & USUL BIL PEMBAWA CADANGAN CADANGAN DAN TINDAKAN 1 Pn Zam Zuraini bt Long Cadangan: Kantin beroperasi pada waktu rehat kedua bagi kelas-kelas KKQ dan PVMA yang tamat sesi persekolahan selepas jam 3.00 petang. Tindakan: Pihak sekolah akan cuba untuk berbincang dengan pihak pengurusan kantin bagi menambah masa operasi jualan. 2 En Abdul Rahman bin Ali Cadangan: Menambahbaik kemudahan tandas pelajar seperti pintu tandas yang tidak berfungsi serta tekanan air yang sangat rendah. Tindakan: Pihak sekolah telahpun menyenggara dsn membaiki kemudahan semua tandas secara berperingkat pada tahun lepas dan akan terus diselenggara berdasarkan peruntukan kewangan yang diluluskan. CADANGAN DAN TINDAKAN:
37 CADANGAN & USUL BIL PEMBAWA CADANGAN CADANGAN DAN TINDAKAN 3 Pn Norazlina bt Hashim Cadangan: Makluman pembatalan kelas perlu dibuat lebih awal bagi memberi peluang ibu bapa bersedia dan merancang masa untuk menjemput anak balik sekolah. Tindakan: Pihak sekolah telah membuat makluman berkaitan dengan perkara di atas selewat-lewatnya sehari sebelum. 4 1.Mohd Azri bin Zakaria 2.Mohd Johari bin Ismail Cadangan: Mempertingkatkan keselamatan pelajar semasa menggunakan jalan raya semasa datang dan balik sekolah. Tindakan: Pihak sekolah telah mengambil tindakan Bersama sama dengan pihak kontraktor keselamatan. Selain daripada itu, pelajar diberi ingatan dari semasa ke semasa berkaitan dengan keselamatan semasa melintas jalan dengan selamat. Pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa juga dapat memberi bekerjasama dalam meningkatkan keselamatan anak-anak.
38 BIL PEMBAWA CADANGAN CADANGAN DAN TINDAKAN 5 En. Zakaria bin Sulong Cadangan: Menyediakan “water cooler” di sekolah untuk memberi kemudahan pelajar untuk mendapatkan air minuman. Tindakan: Pihak sekolah telah menyediakan air kosong secara percuma di teduhan minda dan kantin sekolah. Selain daripada itu, air mineral juga dijual di koperasi sekolah dan mesin berbayar semasa waktu rehat dan selepas waktu persekolahan. Pihak sekolah juga berharap ibu bapa dapat membekalkan air dari rumah bagi menggalakkan anak-anak meminum air kosong yang sihat. . 6 1.Pn. Zalinah bt Harun 2.En. Abu Bakar bin Ngah Cadangan: Pihak kantin perlu menyediakan pelbagai menu makanan yang seimbang dan bergizi demi menjamin kesihatan pelajar-pelajar. Selain daripada itu, menu makanan yang pelbagai akan menarik minat pelajar untuk bersarapan dan makan di kantin sekolah. Tindakan: Perbincangan dengan pihak pengusaha kantin telah dibuat dan bersetuju untuk mempelbagaikan menu makanan dengan harga yang berpatutan. CADANGAN & USUL
PIBG SMK Kijal mengucapkan jutaan TERIMA KASIH Kepada; Semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini. Semua dermawan yang menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan semua program PIBG bagi sesi 2022 / 2023. Semua ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan usaha permuafakatan ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa hadapan SINERGI PEMACU KTS SEJAHTERA #Cakna&Prihatin