Prinsip Autonomi
MADHESH(28DDT22F1005)
HARISH(28DDT22F1026)
HARIHARAN(28DDT22F1009)
1.
Isi Kandungan
1.Nama Ahli Kumpulan 3
2.Penghargaan 4
3.Objektif Kajian 5
4.Apa Itu Prinsip Autonomi ? 6
5.Pengenalan 7
6.Konsep Prinsip Autonomi 8
7.Dari Segi Moral 9
8.Contoh Situasi Prinsip Autonomi 10-12
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
9.Rujukan 13
10.Kesimpulan 14
2.
Nama Ahli Kumpulan
MADHESH RAO A/L
(28DDT22F1005)
SUBRAMANIAM
HARRISHRAJ A/L
PUVANESAN (228DDT22F1026)
HARIHARANN A/L
SIVAKUMAR
(28DDT22F1009)
3.
Penghargaan
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata.
Saya sembah pembuka bicara.
Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana dengan berkat
dan keizinan darinya, maka kami telah dapat menyiapkan
tugasan Kerja Kursus E-Folio Pendidikan Moral dengan
jayanya.Tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak
manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman
semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Faisal, Pensyarah
Matapelajaran Pendidikan Moral(MPU23142), di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami.
Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlangsung. Beliau juga turut
membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran
agar memperoleh hasil kajian yang cemerlang. Selain itu,
tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang
member sokongan dari segi fizikal dan mental sepanjang
penghasilan tugasan ini.
Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat kami
rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap
kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata
membuahkan hail dengan kejayaan kami menyiapkan
tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak,
tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.
4.
OBJEKTIF
KAJIAN
Tujuan kami membuat kajian ini adalah untuk
menerangkan Prinsip Autonomi. Secara khususnya
objektif kajian bagi penyelidikan ini adalah yang seperti
berikut:
1. Mengenal pasti pengenalan Prinsip
Autonomi dan kepentingannya.
2.Menerangkan sistem pendidikan yang
digunakan dalam mewujudkan integrasi
nasional.
3.Memberikan contoh - contohPrinsip
autonomi.
5.
Apa itu Prinsip Autonomi ?
Auto bererti “sendiri” dan nomos bererti “peraturan dan
undang-undang.” Berdasarkan pengertian autonomi ini,
prinsip autonomi memberikan ruang kepada individu untuk
berfikir dan membuat keputusan, bertindak di atas asas
pemikirannya sendiri, bebas membuat keputusan dan tidak
bergantung kepada sesiapa
6.
PENGENALAN
Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan
dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau
sebaliknya. Sebenarnya, konsep ini bermaksud, membenarkan
seseorang individu tersebut untuk bebas membuat apa yang
diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu
dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia
adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau
paksaan. Atau, dalam lain perkatan, apakah jenis kemahuan yang
inigin dibuat atau apakah jenis paksaan yang perlu diketepikan?
( Hena et.al, 1992)
Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan
sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang
disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada
autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yang
berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional
dan adil. Individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral,
tetapi hanya mematuhi perintah daridapa kuasa luar. ( Koo, 1990)
Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi
perkara- perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan
kebajikan orang lain. Terutama sekali sekiranya tindakan seseorang
tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu
yang berkepentingan kepada diri sendiri, maka ia boleh dikatakan
sebagai menyalahgunakan konsep autonomi tersebut.
7.
KONSEP PRINSIP
AUTONOMI
Konsep autonomi melibatkan pertimbangan
serta kebebasan dalam memilih untuk
melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya
-Membenarkan seseorang individu tersebut
untuk bebas membuat apa yang diingini atau
memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu
dihalang daripada melakukan apa yang
dirasakannya baik
8.
DARI SEGI
MORAL
● Konsep pertimbangan bebas dan bebas
memilihsesuatu, agar individu itu tidak melakukan
sesuatuatas paksaan daripada pihak luar
●Pertimbangan atau tindakan seseorang
tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral
↓
jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh
paksaan dari luaran
atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli
● Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini
tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh
meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan diri dan orang
lain.
-menyalahgunakan prinsip autonomi
9.
CONTOH SITUASI
PRINSIP AUTONOMI
CONTOH 1
Narren memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa
merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok
bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi
kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah
dipengaruhi oleh sesiapapun.
10.
CONTOH 2
Frederik memilih pergi menyertai
kelas Wu Shu pada setiap hujung
minggu selama 2 jam sehari. Dia
memberi perhatian semasa dalam kelas
Wu Shu dan belajar teknik Wu shu
dengan bersungguh-sungguh. Dia
berbuat demikian bukan kerana mahu
menunjukkan diri dan bergaduh
dengan orang lain. Dia berbuat
demikian adalah disebabkan oleh dia
menyedarkan bahawa Wu Shu dapat
menyihatkan badan di samping dapat
mempertahankan diri semasa waktu
kecemasan.
11.
CONTOH 3
Norhadi memilih tidak membakar
sampah-sarap atau membuang
sampah-sarap dengan merata-rata
dan sesuka hati. Hal ini kerana dia
menyedari bahawa perbuatan ini
akan menyebabkan bumi kita
“sakit”. Dia mempunyai ilmu
pengetahuan tentang melindungi
alam sekeliling dengan sempurna
tetapi bukan disebabkan takut
akan dihukum atau diberi dendaan
oleh pihak berkuasa.
12.
RUJUKAN
1.http://treebuilder.blogspot.com
2.https://www.scribd.com/presentation/372
834248/Prinsip-Moral-Autonomi
3.http://lovemoral1314.blogspot.com
13.
KESIMPULAN
SEBAGAI KESIMPULAN, BOLEHLAH DIKATAKAN BAHAWA
KEMORALAN BERMAKSUD MENGIKUTI SECARA REFLEKTIF SEGALA
PERATURAN MASYARAKAT DAN MEMUPUK SIFAT-SIFAT MURNI
ATAU SIKAP SERTA CIRI-CIRI WATAK YANG BOLEH DIPUJI DAN
SECARA SEJAGAT DISAHKAN SEBAGAI BERMORAL. PERATURAN-
PERATURAN DAN SIFAT-SIFAT MURNI INI ADALAH SELARAS JUGA
DENGAN PRINSIP-PRINSIP YANG DIGUBAL SECARA NYATA DAN
RASIONAL SEPERTI PRINSIP AUTONOMI. TETAPI RUJUKAN
KEPADA PRINSIP-PRINSIP MORAL YANG ASAS INI TIDAKLAH
DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MEMPERTIMBANGKAN
SITUASI ATAU KEADAAN DI MANA INDIVIDU ITU BCRADA.
PERATURAN-PERATURAN MORAL YANG PERLU DIIKUTI OLCH
INDIVIDU DAN SIFAT-SIFAT MURNI YANG PATUT DIPUPUKNYA
ADALAH YANG DEMIKIAN DIBENTUK OLEH KEADAAN SITUASI
YANG MENGEMUKAKAN MASALAH MORAL; TETAPI PERATURAN-
PERATURAN DAN SIFAT-SIFAT MURNI ITU AKHIRNYA
DITENTUKAN OLEH PRINSIP-PRINSIP MORAL YANG TELAH DIPILIH
OLEH INDIVIDU TERSEBUT.
INDIVIDU YANG DIKATAKAN BERMORAL MERUPAKAN SEORANG
YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMAHAMI AKAN KEPERLUAN
PERATURAN-PERATURAN TERTENTU DALAM MASYARAKAT,
TETAPI INDIVIDU INI TIDAKLAH PULA MENGIKUTI PERATURAN-
PERATURAN ITU TANPA BERFIKIR DAN DENGAN CARA TIDAK
KRITIKAL. INDIVIDU BERKENAAN JUGA MEMPU-NYAI SIFAT-SIFAT
MURNI YANG BOLEH DIPUJI, IAITU SEORANG YANG BERWATAK
ALTRUISTIK-AUTONOMOUS. APABILA BERHADAPAN DENGAN ISU
DAN DILEMA MORAL, INDIVIDU INI DAPAT MEMBUAT TANGGAPAN
TENTANG KEADAAN SITUASI YANG MENGEMUKAKAN MASALAH
ITU, PERTIMBANGAN DAN KEPUTUSAN YANG DIAMBILNYA
SECARA SENGAJA DAN BEBAS MESTILAH AKHIRNYA DITENTUKAN
OLEH PRINSIP-PRINSIP MORAL SEPERTI AUTONOMI, KEADILAN
DAN ALTRUISME. SELECAPAI SESUATU KEPUTUSAN YANG
DIPERTIMBANGKANNYA SEBAGAI BENAR, INDIVIDU INI PATUT
BERTINDAK TERHADAP KEPUTUSAN ITU. RINGKASNYA, INDIVIDU
YANG MATANG DARI SEGI MORAL IALAH INDIVIDU YANG
BERAUTONOMOUS, ADIL DAN ALTRUISTIK DALAM PENTAAKULAN,
PERASAAN DAN TINGKAH LAKUNYA, DI SAMPING MEMPUNYAI
RASA KESAL APABILA TERPAKSA MELAKUKAN SESUATU
(WALAUPUN DITENTANG OLEH KEMAHUANNYA SENDIRI) KERANA
KONFLIK MISALNYA , DI ANTARA NILAI DENGAN
TANGGUNGJAWAB.
14.
15.