The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR : Dato Abdul Rahman bin Dato' Wan Andak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norarinamohdsaleh, 2021-04-20 02:15:32

TOKOH PEMIMPIN JOHOR : DATO ABDUL RAHMAN BIN DATO WAN ANDAK

TOKOH PEMIMPIN JOHOR : Dato Abdul Rahman bin Dato' Wan Andak

BIODATA

B



PENDAHULUAN
Abdul Rahman bin Andak (1850 - 10 September 1930) yang bergelar Datuk Seri Amar DiRaja
adalah pembesar di Johor. Bapa beliau ialah Dato Wan Andak Bin Daeng Meng berketurunan
Bugis Champa/Kembayat. Isteri pertama Dato Wan Andak bernama Hawa Binti Abdullah, adik
kepada Ana Binti Abdullah (ibu Dato Jaafar Bin Mohamad). Ana dan Hawa merupakan sepupu
kepada Dato Bentara Luar Mohd Salleh Bin Panglima Perang Raja Perang dan Rejab Bin Panglima
Perang Dapat. Abdul Rahman merupakan anak dari isteri pertama. Selain dari Abdul Rahman,
adik beradiknya adalah Salamah, Safiah, Mohamed dan Halimah. Adik beradik berlainan ibu pula
adalah Ahmad, Abu Bakar dan Kelsom. Beliau telah mendapat pendidikan di England. Oleh itu,
beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor.

Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar DiRaja ini adalah mengawal hubungan
yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan
sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.
Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri
Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat
tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Pada tahun 1934 Dato' Abdul Rahman bin Andak menetap di London dan berkahwin dengan
Gustel Reis. Beliau telah mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Henry, Mansour and Walter. Beliau
meninggal dunia di London pada 10 September 1930 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam
di Woking London. Begitulah sejarah seorang tokoh berjasa di Johor sehingga nama beliau
diabadikan sebagai salah satu nama jalan yang penting, di mana terletaknya Kediaman Rasmi
Menteri Besar Johor.

1

BIODATA TOKOH

NAMA : Abdul Rahman bin Andak
GELARAN : Dato Sri Amar DiRaja Abdul Rahman Andak
TARIKH LAHIR : 13 Jun 1859
TARIKH MENINGGAL DUNIA : 10 September 1930 9 (berumur 71 tahun)
NAMA ISTERI : Che Lembek dan Auguste Reis
NAMA ANAK-ANAK : 1) Rahmah Abdul Rahman

2) Henry Abdul Rahman
3) Mandor Abdul Rahman
4) Walter Abdul Rahman
NAMA IBU : Hawa binti Abdullah
NAMA BAPA : Andak bin Meng
JAWATAN : 1) Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
2) Penasihat Sultan Abu Bakar sejak tahun 1894
3) Penasihat Sultan Ibrahi

2

PENDIDIKAN TOKOH
Dato Abdul Rahman bin Andak adalah Anak Johor pertama yang telah mendapat pendidikan di
England pada tahun 1871. Setelah tamat pengajiannya, Andak direkrut ke dalam Perkhidmatan
Awam Johor pada tahun 1878. Abdul Rahman memulakan kerjayanya dalam JCS dan berakhir
dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

3

KERJAYA TOKOH

Bidang Pemerintahan

Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran
di England dalam tahun 1870-an. Beliau memulakan kerjayanya dalam JCS dan berakhir dengan
jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan
muslihat penjajah Inggeris, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab
menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan British dalam tahun
1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am
Inggeris. Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal
hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan
sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.
Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri
Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat
tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Bidang perbahasaan

Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa ditubuhkan Abdul Rahman bersama Muhammad Ibrahim Munsyi dengan tujuan
memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan Johor, ia tidak sahaja selaku badan
pengkaji dan pembelajaran agar pengetahuan baharu lebih mudah disebarkan kepada orang
Melayu.

Dalam badan ini telah berlakunya perkenalan konsep-konsep daripada pengetahuan ini
melalui penciptaann istilah atau perkataan yang tersedia dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa
Melayu termasuk "setiausaha", "pejabat", "kerja raya" dan sebagainya. Pada tahun 1934 nama
pertubuhan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja.

4

SUMBANGAN TOKOH
Tahun 1888 = Mengasaskan pakatan belajar mngajar pengetahuan Bahasa Melayu Diraja .
Tahun 1893 = Memperkenalkan Johor di mata dunia dengan mempromosikan busana Negeri Johor .
Tahun 1894 = Menyampaikan ceramah di London ketika memperkenalkan peta Johor yang dilakar oleh

Dato` Bentahara Luar .
Tahun 1895 = Panel yang merangka undang-undang tubuh kerajaan Negeri Johor.

5

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG
Generasi kini perlulah mempunyai sikap ketegasan yang ditunjukkan oleh Dato` Abdul Rahman
Bin Dato` Wan Andak dalam masa beliau mempertahankan kerajaan Negeri Johor dari pengaruh
jahat Inggeris . Selain itu, Dato Abdul Rahman bin Dato Wan Andak yang mrupakan Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor telah memegang amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Sultan Johor
dengan sangat baik dan amanah. Sifat amanah terhadap tugas yang diterima hendaklah dicontohi
oleh setiap generasi masa kini.

6

PENUTUP
Dato` Abdul Rahman Bin Dato` Wan Andak ialah seorang pemimpin yang bertanggungjawab,
amanah , tegas dan mempunyai pendirian yang sangat teguh dalam menjalankan tugas pemimpin
pada masa kini perlu dijadikan Dato` Abdul Rahman Bin Dato` Wan Andak sebagai contoh dalam
menjalankan tugas yang lebih telus dan amanah .

7

RUJUKAN
Abdullah Zakaria Ghazali ( 1997 ). Istana dan Politik Johor . Selangor : Yayasan Penataran Ilmu.
Amat Johari Moain ( 2009 ). Sejarah Perancangan Bahasa Melayu di Negeri Johor. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka .
Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman –Permata Johor ( 2018 ). Diperoleh pada 15 April , 2021 daripada
https://www.thepatriots.asia/dato-seri-amar-diraja-abdul-rahman-permata-johor/

8


Click to View FlipBook Version