PELANCARAN DAN KEJURULATIHAN
PROGRAM MENINGKATKAN
KESEDARAN KESEJAHTERAAN
PSIKOLOGI GURU
#3A
(Sedar, Peka, Tindak)
1
PENGENALAN
• Kesejahteraan diri adalah elemen penting untuk memastikan
setiap individu memiliki kehidupan yang berkualiti.
• Tindakan mengenepikan aspek psikologi dalam kerja harian
memberikan kesan yang negatif dalam keharmonian sesebuah
organisasi.
• Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri telah memandang
serius isu stres dalam kalangan warga pendidik.
. Program ini dilaksanakan berdasarkan cabutan daripada Mesyuarat
Susulan Jemaah Menteri Bil. 20/2018 bertarikh 23 November 2018
yang mengarahkan BPsK untuk membangunkan Pelan Tindakan
Meningkatkan Kesihatan Mental Guru.
2
PENGENALAN
• Kajian daripada Bahagian Psikologi & Kaunseling pada
tahun 2018 telah mendapati bahawa seramai 4.4%
daripada 14,00 responden guru telah mengalami tahap
stress yang tinggi. Sementara 47.7% lagi berada pada
tahap stress sederhana.
• Warga KPM perlu dibantu untuk mengurus konflik
intrapersonal dan interpersonal agar isu-isu yang mereka
hadapi dapat ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya.
• BPsK mengambil inisiatif merancang, merangka dan
melaksanakan program Meningkatkan Kesedaran
Kesejahteraan Psikologi Guru yang akan dirasmikan oleh
Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan
Malaysia pada 10 Julai 2019 (Rabu).
3
Pelancaran Program
• Untuk memastikan Program ini digerakkan secara menyeluruh dan
sepadu di seluruh negara, Pelancaran Program Meningkatkan
Kesejahteraan Psikologi Guru perlu dilancarkan oleh Yang Berhormat
Menteri Pendidikan.
• Pelancaran oleh Yang Berhormat Menteri sangat signifikan dan
bermakna bagi gelombang program ini ke seluruh peringkat warga KPM
khususnya para guru dan murid di sekolah kerana:
i. berlakunya penurunan arahan pelaksanaan kepada semua Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri.
ii. sebagai titik tolak kepada tindakan KPM melaksanakan arahan Yang
Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya melaksanakan program
meningkatkan kesejahteraan mental masyarakat melalui kementerian
masing-masing.
iii. mencetuskan gelombang kesedaran, kepekaan dan tindakan
meningkatkan kesejahteraan Psikologi di semua peringkat di KPM hingga
ke akar umbi.
4
Rasional
• Kesejahteraan diri adalah hak setiap insan dan mereka perlu
diberi peluang untuk mendapatkan sentuhan kaunseling dan
psikologi dalam membina semula struktur diri yang sejahtera.
• Guru merupakan tulang belakang kepada kejayaan KPM dalam
mencapai visi. Justeru, emosi yang stabil dan terurus
sewajarnya perlu dimiliki oleh mereka agar fokus mereka
dalam merealisasikan visi KPM terlaksana dengan cemerlang.
• Program yang memberikan pendedahan berkaitan dengan
teknik-teknik atau kemahiran yang perlu dalam mengurus
emosi boleh membantu guru dalam meningkatkan
kesejahteraan psikologi mereka.
5
Objektif Program
Mengenal pasti Memperoleh PROGRAM
tahap kesedaran berkaitan MENINGKATKAN
kesejahteraan pentingnya KESEJAHTERAAN
psikologi dan mengamalkan gaya PSIKOLOGI GURU
kesihatan mental hidup sihat dan #3A
menjaga Sedar, Peka, Tindak
Mengenal pasti kesejahteraan diri
simptom dan gejala
yang menyebabkan Mempelajari
ketidakstabilan emosi, kemahiran daya
pemikiran dan tingkah tindak diri untuk
laku diri sendiri dan mengurus
orang lain kesejahteraan diri &
mengenal pasti
keunikan dan
potensi diri
6
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri
PROGRAM
KESEJAHTERAAN
PSIKOLOGI
PSIKOPENDIDIKAN
7
PROGRAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI
Kaunselor Organisasi Daerah akan TAHUN 2019
diberikan TOT berkaitan dengan
program ini. BULAN TAJUK
Ogos Pengurusan stres
Kaunselor Organisasi Daerah perlu September
Oktober Komunikasi
meyampaikan maklumat ini Kesihatan Mental (Pengenalan)
kepada semua PGB di Daerah
masing-masing.
Pengetua / Guru Besar perlu
menyampaikan kesemua info ini TAHUN 2020
kepada guru-guru.
Bahan yang dibekalkan berupa
pamplet dan slaid. BULAN TAJUK
Januari Pengurusan kewangan
Guru-guru akan menyampaikan Februari
Gaya Hidup Sihat
maklumat kepada murid-murid Mac Pengurusan Kemarahan
April
merentas kurikulum dan Mei Kebimbangan
Jun Kemurungan
kokurikulum. Julai Kekeluargaan
Ogos Kepuasan Bekerja
Guru Bimbingan dan Kaunseling Kasih Sayang / Personal Touch
akan membantu Pengetua / Guru
Besar dalam melaksanakan
program dan aktiviti yang
dirancang oleh pihak sekolah
dalam memberi psikopendidikan
kepada semua guru dan murid.
8
PENUTUP
Sesungguhnya pelaksanaan program ini sangat penting dalam membantu
meningkatkan kesedaran guru-guru untuk menjaga aspek kesejahteraan psikologi
mereka seperti kemampuan untuk menangani stres, mengelakkan konflik,
meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri
dalam kehidupan. Ini dapat membantu merealisasikan visi KPM dalam memastikan
pendidikan terus berkualiti dan merancakkan proses kemenjadian murid di negara
ini.
9