The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziqasrul04, 2022-08-04 08:29:18

Kajian kes etika profesional

Kajian kes etika profesional

BILL TAJUK MUKA
SURAT
1. PENGENALAN
2. ISU DISIPLIN PEKERJA 1-2
3. FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN 3-5
4. HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN
5. PENYELESAIAN MASALAH 6
6. 7
7. REFLEKSI 8
RUJUKAN
9

10

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk

membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama,norma-norma

masyarakat dan undang-undang sesebuah negara.namun begitu sesuatu yang

mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar;apatah lagi banyak unsur lain

yang mempengaruhi perkembangan mental mereka.gejla seperti ponteng

sekolah,ponteng kelas,melawan guru,bersikap anti-

sosial,bergaduh,membuli,merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering

diperkatakan.Pekerjaan adalah satu keperluan yang teramat penting kepada

manusia. Kehidupan kita bergantung kepada kerja. Ini kerana ia merupakan

sumber ekonomi untuk keperluan. Pekerjaan juga boleh mengangkat status

dan pengiktirafan seseorang individu dalam masyarakatnya. Selainitu,

pekerjaan juga meletakkan nilai dan harga diri seseorang.Agama amat

menggalakkan setiap penganutnya bekerja dan tidak meminta-minta. Ia

merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan amanah.

Dengan pekerjaan inilah kita dapat memberi nafkah untuk diri dan keluarga di

samping membangun ekonomi bangsa serta negara.kebanyakan mereka yang

berjaya adalah orang yang berdisiplin dalam kerja. Dengan memiliki disiplin

membolehkan seseorang itu menjadi pekerja yang berkreativiti dan

berkualiti.Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini memerlukan

banyak kemahiran dan pengalaman diperoleh dengan adanya DISIPLIN.Disiplin

atau tatatertib pekerja merujuk pada kepatuhan pekerja kepada dasar-dasar,

peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur organisasi bagi tujuan menjaga

ketenteraman di tempat kerja agar piawai-piawai dan objetif-objektif organisasi

dapat dicapai. Tujuan utama sistem displin adalah untuk memastikan tingkah

laku kerja para pekerja tidak bercanggah dengan matlamat-matlamat
organisasi.Tindakan disiplin merupakan hukuman majikan yang dikenakan
terhadap pekerja dengan sebab prestasi yang tidak memuaskan atau kerana
salah laku. Prestasi yang tidak memuaskan dikatakan berlaku apabila
seseorang pekerja sentiasa gagal melakukan tugas-tugasnya dengan cara yang
memuaskan, mengikut piawai-piawai yang ditetapkan oleh organisasi. Dalam
keadaan yangdemikian, pihak majikan harus mengenal pasti dan menentukan
sebab-sebab berlakunya prestasi yang tidak memuaskan itu dan berusaha untuk
mengatasi masalah tersebut.

1. Selalu Datang Lewat Ke Pejabat
-Hal ini terjadi mungkin disebabkan fakor kesesakan jalan raya, tak ada kenderaan
dan bangun lambat ke tempat kerja

2. Penampilan Yang Selekeh
-Sambil lewa dengan perwatakan sebagai seorang pekerja seperti rambut tak
terurus danbaju yang kedut ketika sedang bekerja

3. Tidur Di Tempat Kerja
-Waktu lepas kerja tak digunakan sebaiknya malah sering melepak selepas waktu
kerja sehingga lewat malam.

4. .Bergaduh Dengan Pekerja Lain
-Bergaduh yang berlaku mungkin dari faktor tekanan kerja dan sering tidak puas hati
denganpekerja lain dalam skop tugas yang dijalankan

5. Mencuri Barang Syarikat

-Pekerja yang tidak amanah akan melakukan perbuatan ini mungkin faktor
kekurangan wanguntuk menampung keluarga

Di samping faktor-faktor yang dinyatakan, masalah disiplin pekerja yang kurang
memuaskan adalah disebabkan oleh individu pekerja sendiri. Contoh masalah
disiplin yang sering berlaku ialah masalah kewangan ataupun peribadi, masalah
rumah tangga, penagihan dadah atau alkohol, dan juga sifat-sifat peribadi pekerja
yang kurang memberi tumpuan dan perhatian kepada kerja.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, tindakan disiplin yang adil mestilah
mempunyai sistem yang progresif, iaitu mengikut tahap kesalahan yang dilakukan.
Bagi kakitangan awam, seksyen 36 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
& Tatatertib) menggariskan sembilan jenis hukuman atau tindakan disiplin yang
boleh dikenakan oleh Lembaga Tatatertib iaitu:

(i)Amaran

(ii)Celaan

(iii)Denda

(iv)Lucut Gaji

(v)Hentikan Kenaikan Gaji

(vi)Tangguhkan Kenaikan Gaji

(vii)Turun Gaji

(viii)Turun Pangkat

(ix)Buang Kerja

Sebelum tindakan disiplin diambil terhadap pekerja, siasatan yang menyeluruh perlu
dilakukan untuk tujuan keadilan. Penyiasatan perlulah mengikut prosedur yang wajar
dan berpandukan kepada pronsip-prinsip yang ditetapkan dalam Tatacara untuk
Keharmonian Perusahaan dan kes-kes Mahkamah Perusahaan (Poon, 1994)

1. Teori Keperibadian Mulia

Teori keperibadian mulia ini menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari
segi falsafah moral iaitu mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai. Sebagai
contoh seorang pekerja yang jujur dalam segala perbuatannya ketika bekerja dan
keikhlasannya dalam membantu para pekerja lain.2.

2. Teori Wajiban (Deontologis)

Teori wajiban juga merupakan merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip
moral dan kewajipan moral. Selain itu kita sebagai manusia mempunyai suatu
kewajipan yang sepatutnya dilakukan. Di samping itu, manusia beribadah kepada
tuhan kerana ia merupakan kewajipan manusia untuk menyembah tuhannya, kerana
perbuatan tersebut akan mendapat pahala. Sebagai contoh, seorang pekerja yang
mempunyai masa rehatnya dengan menunaikan fardhu solat zohor.3.

3. Teori Hak Asasi

Teori ini adalah berkonsepkan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa
tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak yang
masing-masing. Selain itu,hak negatif yang mana seseorang itu bertanggungjawab
untuk tidak mengganggu kehidupanorang lain, hal ini dikatakan beliau hanya melihat
aspek sesuatu keadaan yang menghalang individu mencampuri urusan orang lain.
Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai hak asasi untuk mendapatkan
gajinya dari majikan.



Etika sebagai disiplin ilmu, berhubungan dengan kajian secara kritis tentang adat
kebiasaan,nilai-nilai dan norma-norma dan perilaku manusia yang dianggap baik
atau tidak baik.Sebagai ilmu, etika belum semapan ilmu fisika atau ilmu ekonomi.
Dalam etika masih dijumpai banyak teori yang menjelaskan suatu tindakan, sifat,
atau objek perilaku yang sama dari sudut pandang atau prespektive yang berlainan.
Berbagai teori etika yang muncul antara lain karena adanya perbedaan prespektif
dan penafsiran tentang apa yang menjadi tujuan akhir hidup umat manusia, seperti
teori egoisme, utilitarianisme, deontologi, teorihak, teori keutamaan,dan teori etika
teonom. Disamping itu, sifat teori dalam ilmu etika masih lebih banyak untuk
menjelaskan sesuatu, belum sampai pada tahap untuk meramalkan, apalagi untuk
mengontrol suatu tindakan atau perilaku.

Perkembangan ilmu etika menjadi salah kaprah karena hanya dilandasi oleh hakikat
manusia utuh yaitu suatu paradigma tentang hakikat manusia yang hanya
mengandalkan kekuatan pikiran untuk mencari kebenaran, mengejar makna hidup
duniawi, dan melupakan potensi kekuatan spiritual, kekuatan tak terbatas, kekuatan
Tuhan dalam diri manusia tersebut. Semua teori etika yang pada awal
kemunculanya bagaikan potongan-potongan terpisah dan berdiri sendiri, ternyata
dapat dipadukan karena sifatnya yang saling melengkapi. Etika absolut dapat
didefinisikan sebagai paham etika yang menekankan bahwa prinsip moral itu
universal, berlaku untuk siapa saja, dan di mana saja, tidak ada tawar-menawar
dalam prinsip ini, juga tidak tergantung pada adanya kondisi yang membuat prinsip
moral dapat berubah sewaktu-waktu. Sedangkan etika relatif mengungkapkan
bahawa tidak ada prinsip atau nilai moral yang berlaku umum. Hakikat manusia utuh
adalah keseimbangan ,keseimbangan antara hak dan kewajiban, keseimbangan
tujuan duniawi dan rohani, keseimbangan antara kepentingan individu dan
kepentingan masyarakat, serta hidup adalah suatu proses evolusi kesedaran.

 https://pdfcoffee.com/kajian-kes-9-pdf-free.html
 https://www.academia.edu/37738886/PENGENALAN
 https://www.scribd.com/document/398385368/teori-etika
 https://www.scribd.com/document/405773005/ETIKA-KERJA
 https://ilabur.com/isu-disiplin-pekerja/


Click to View FlipBook Version