The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Aspirasi Pena 2020-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kknbgtebal, 2022-02-17 02:22:44

Aspirasi Pena

Aspirasi Pena 2020-2021

AspirasiPena

2020&
2021

Cetakan Pertama, 2022

Diterbitkan oleh:

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN KORPORAT
KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL
No. 2, Jalan Tasek SS1,
Bandar Tasek Mutiara,
14120 Simpang Ampat,
Pulau Pinang.

Tel : 04-5082284
Faks : 04-5083032

© 2022 Kolej Komuniti Nibong Tebal

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia

e-book Aspirasi Pena 2021-2022

Aspirasi 2020-2021

Pena

Prakata Pengarah

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya, Kolej Komuniti Nibong
Tebal (KKNT) berjaya menerbitkan Aspirasi Pena. Penerbitan Aspirasi Pena ini merupakan
kompilasi rencana bagi program-program yang telah dijalankan oleh KKNT disamping
rencana penulisan yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada pembaca. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
Sidang Redaksi atas penghasilan Aspirasi Pena ini.

KKNT memainkan peranan penting dalam mengeratkan bersama masyarakat setempat
dengan mengadakan program komuniti yang bermanfaat. Penganjuran program-program
bukan sahaja mampu memupuk semangat kekitaan malah meningkatkan tahap sosio-ekonomi
masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang budaya dan bangsa. Selain itu, KKNT sentiasa
meneruskan langkah proaktif menganjurkan kursus pendek termasuklah kursus masakan,
komputer, dan Autocad kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur dan
jantina.

Saya amat berbangga dengan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh warga KKNT
bagi menjayakan semua program yang dilaksanakan. Pihak pengurusan KKNT sentiasa
mempraktikkan budaya kesegeraan dalam merekod segala pelaporan dan dapat digunakan untuk
menghasilkan Laporan Tahunan untuk diterbitkan. Saya berharap kecemerlangan ini akan
berterusan pada masa akan datang dan menjadikan KKNT sebagai sebuah kolej yang unggul dan
disanjung tinggi.

Akhir kata, saya berharap Aspirasi Pena ini akan menjadi anjakan paradigma kepada KKNT untuk
bergerak ke hadapan bagi merealisasikan visi dan misi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti. Sekalung tahniah dari saya kepada semua pihak secara langsung mahupun tidak
langsung yang telah membantu dalam menerbitkan Aspirasi Pena ini. Harapan saya agar
Aspirasi Pena ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada semua pembaca.

Sekian, terima kasih.

ANUAR SHUKRI BIN AHMAD
Pengarah
Kolej Komuniti Nibong Tebal
Kementerian Pengajian Tinggi

v EDISI 2020

Senarai Kandungan

01 Prakata Pengarah

02 Sidang Redaksi

03 01 - 03
Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Presentation that is

04 04 - 09
Unit Pengurusan Maklumat Dan Korporat

05 10 - 12
Lawatan Dan Kunjungan

06 13 - 16
Unit Keusahawanan

07 17 - 20
Unit Peperiksaan Dan Penilaian

08 21
Unit Audit Dalam

09 22
Unit Ambilan Pelajar

10 23 - 27
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan

11 28 - 32
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

v EDISI 2021

Senarai Kandungan

01 33 - 35
Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Presentation that is

02 36 - 42
Unit Pengurusan Maklumat Dan Korporat

03 43 - 44
Unit Pembangunan

04 45
Lawatan Dan Kunjungan

05 46 - 48
Unit Keusahawanan

06 49 - 54
Unit Peperiksaan Dan Penilaian

07 55
Unit Audit Dalam

08 56 - 57
Unit Ambilan Pelajar

09 58
Unit Pengajian Am

10 59 - 61
Unit Perhubungan Industri dan Alumni

11 62
Unit Kualiti

12 63 - 74
Unit Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

13 75 - 76
Unit Briged Kesukarelawan Brisk Kolej Komuniti

14 77 - 89
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Sidang Redaksi Pengerusi
2020 Encik Anuar Shukri bin Ahmad

Timbalan Pengerusi
Ts. Azila binti Yahaya

Ketua Editor
Puan Nurhanim binti Md. Akhir

Editor (Teknikal)
Puan Zarith Sofia binti Rahim

Editor
Puan Noremilia binti Mohd Ali

Puan Nurhanim binti Md Akhir

Cik Vilasini a/p Bala Krishnain

Puan Zarith Sofia binti Rahim

Cik Siti Salwa binti Mehat

Puan Norlia binti Md Bidi

Encik Mohd Hafize bin Arifin

Puan Syahida binti Abu Bakar

Puan Nur Sabrina binti Che Abd Halim

Puan Kalsom binti Othman

Rekabentuk Grafik
Puan Nurhanim binti Md Akhir

Sidang Redaksi Pengerusi
2021 Encik Anuar Shukri bin Ahmad

Timbalan Pengerusi
Ts. Azila binti Yahaya

Ketua Editor
Puan Nurhanim bt Md. Akhir

Editor (Teknikal)
Puan Zarith Sofia binti Rahim

Editor
Puan Noremilia binti Mohd Ali

Puan Nurhanim binti Md Akhir

Cik Vilasini a/p Bala Krishnain

Puan Norfarandila binti Basri

Puan Zarith Sofia binti Rahim

Cik Siti Salwa binti Mehat

Puan Norlia binti Md Bidi

Encik Mohd Hafize bin Arifin

Puan Syahida binti Abu Bakar

Encik Shahrul Ramadzan bin Soib

Puan Nur Sabrina binti Che Abd Halim

Encik Mohd Afiq b N Hashim

Puan Kalsom binti Othman
Rekabentuk Grafik

Puan Nurhanim binti Md Akhir

2020

Unit Pentadbiran
Dan Kewangan

EDISI 2020

PENGENALAN OBJEKTIF UNIT
Unit Pentadbiran terdiri daripada
Unit Pentadbiran Am dan Unit Pengurusan pentadbiran dan kewangan merupakan salah satu Unit yang penting di
Kewangan. Unit ini memberikan mana ia merupakan tonggak utama dalam pengurusan di sesebuah jabatan.
perkhidmatan sokongan kepada
anggota Kolej Komuniti Nibong Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran
Tebal dengan menguruskan hal-hal dan pengurusan termasuk pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, pengurusan
Pentadbiran dan Kewangan stor, permohonan kenderaan jabatan, urusan perkhidmatan anggota, perjawatan,
jabatan. bayaran gaji, laporan penilaian prestasi, perancangan perbelanjaan, tatatertib dan
lain-lain.
UNIT
PENTADBIRAN DAN Ia perlu dilaksanakan mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
Setiap kakitangan yang dilantik perlu menjalankan tugas-tugas yang diberikan
KEWANGAN dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.
NOREMILIA BINTI MOHD ALI
Pengurusan Kewangan juga perlu diurus dengan efektif bagi memastikan setiap sen
peruntukan yang diterima dibelanja dan diurus mengikut arahan perbendaharaan
yang ditetapkan dan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa. Kecekapan
dalam pengurusan kewangan ini merupakan intipati utama Kolej Komuniti
Nibong Tebal.

Justeru, adalah menjadi KPI utama pihak pengurusan Kolej untuk mencapai
pengurusan kewangan berstatus cemerlang. Semua pihak perlu memahami dan
menyusun strategi bagi merealisasikan hasrat tersebut.

MAKLUMAT PERGERAKAN PEGAWAI

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TARIKH CATATAN
PERUBAHAN

PERTUKARAN KELUAR

1. NORZAIFAHARINA BINTI PEMBANTU OPERASI BERTUKAR KELUAR KERANA
MOHAMAD ZAHIDI GRED N11 10.08.2020 MENERIMA JAWATAN PEMBANTU

TADBIR (P/O) GRED N19 (KPSL)

PERTUKARAN MASUK

1. MOHD AFIQ BIN N HASHIM PENSYARAH GRED 27.08.2020 LANTIKAN BARU
DH41

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN
2020 (PRESTASI 2019)

BIL. NAMA JAWATAN GRED
1 NUR SABRINA BINTI CHE ABD HALIM PENSYARAH DH44
2 MOHD HAFIZE BIN ARIFIN PENSYARAH DH41

1 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PERJAWATAN 2020 GRED JUMLAH
DH44 1
BIL NAMA JAWATAN DH41 1
1. PENGARAH DH44 1
2. TIMBALAN PENGARAH DH44 1
3. PEGAWAI PENGAMBILAN PELAJAR DH44 1
4. PEGAWAI PEMBANGUNAN PELAJAR DH44 1
5. PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI DH48 1
6. PEGAWAI PEPERIKSAAN DH44 3
7. PENSYARAH PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DH41 5
N29 1
. FA29 1
8. PENSYARAH, PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI FA29 1
9. PENSYARAH, PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI JA29 1
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR W29 1
11. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT N17 2
12. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KUP) S19 1
13. PENOLONG JURUTERA N11 0
14. PENOLONG AKAUNTAN (KUP) H11 1
15. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
16. PEMBANTU PUSTAKAWAN
17. PEMBANTU OPERASI
18. PEMANDU

2 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

AKTIVITI UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN TAHUN 2020

MESYUARAT PENGURUSAN TAHUN 2020 TARIKH
15.01.2020
BIL PERKARA 04.03.2020
1. Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2020 11.08.2020
2. Mesyuarat Pengurusan Bil.2/2020 02.11.2020
3. Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2020
4. Mesyuarat Pengurusan Bil.4/2020

MESYUARAT PENGURUSAN JAWATANKUASA KEWANGAN DAN AKAUN 2020

BIL PERKARA TARIKH
1. Mesyuarat JPKA Bil.1/2020 (Suku Keempat) 08.01.2020
2. Mesyuarat JPKA Bil.2/2020 (Suku Pertama) 07.04.2020
3. Mesyuarat JPKA Bil.3/2020 (Suku Kedua) 01.07.2020
4. Mesyuarat JPKA Bil.4/2020 (Suku Ketiga) 02.10.2020

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI
NIBONG TEBAL

BIL PERKARA TARIKH
1. Perjumpaan Bil.1/2020 03.07.2020
2. Perjumpaan Bil. 2/2020 02.10.2020

3 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2020

Unit Pengurusan
Maklumat Dan Korporat

EDISI 2020

PENGENALAN UNIT PENGURUSAN OBJEKTIF UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN KORPORAT
MAKLUMAT DAN KORPORAT
 Menentukan hala tuju, menyelaras dan memantau pelaksanaan
Unit Pengurusan Maklumat Dan inisiatif ICT melalui Jwatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPT
Korporat Kolej Komuniti Nibong
Tebal ditubuhkan bertujuan  Menyediakan infrastruktur dan kemudahan ICT yang selamat,
sebagai penyelesai perkhidmatan dipercayai dan tersedia
ICT yang menyokong semua
bahagian di KKNT.  Memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT yang
efektif

 Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras
dengan strategi Organisasi

 Mentadbir dan menyelenggara system aplikasi/ system
maklumat organisasi

 Memantau, mengurus dan menilai program atau projek-projek
ICT

 Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan
keselamatan ICT

UNIT RM 7,3510.00
PENGURUSAN MAKLUMAT DAN (OS26000)

KORPORAT RM(O1S297,0A06d010d.)0C0ontents Title

NURHANIM BINTI MD AKHIR RM(O1S258,0A00d00d0.)0C0ontents Title

BIL MAKLUMAT PERALATAN ICT FASA FASA KUANTITI RM 90.00
(SEWAAN) 2 3 (OS29000)
31 15 46
1. KOMPUTER PENTADBIRAN 13 6 19 RM 150.00
2. KOMPUTER KEJURUTERAAN 4 - 4 (OS35000)
3. NOTEBOOK 2 2 4
4. PENCETAK (HITAM) - 2 2
5. PENCETAK (WARNA) 50 25 75

JUMLAH KESELURUHAN

MAKLUMAT PERBELANJAAN
TAHUN 2020

4 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : LIBRARY DAY 2020
TARIKH : 17 JANUARI 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

Pihak Perpustakaan telah menganjurkan hari terbuka mulai jam 9.30 pagi
hingga 12 tengah hari. Majlis dirasmikan oleh Encik Samsul bin Abd Rashid
Pengarah Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT).

Objektif penganjuran program

Merapatkan hubungan antara Perpustakaan dengan Warga KKNT, di samping
mempromosikan koleksi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Pelbagai acara menarik berbentuk informatif dan interaktif diadakan
diantaranya lawatan sekitar perpustakaan, kuiz teka jumlah muka surat buku,
pendaftaran keahlian dan juga u-pustaka.

PERPUSTAKAAN OBJEKTIF PROGRAM

VILASINI  Sebagai inisiatif untuk mendekatkan perpustakaan dengan warga
A/P BALA KRISHNAIN KKNT bagi memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi
secara terus ke Perpustakaan.

 Para pengguna juga mendapatkan sebarang informasi, mengajukan
pertanyaan dan pendapat serta mengetahui lebih mendalam
mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

5 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : DEKLAMASI SAJAK & SELFIE MERDEKA
TARIKH : OGOS - SEPTEMBER 2020
TEMPAT : PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran program pada bulan kemerdekaan peringkat
kolej adalah bertujuan untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara.

Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk memperingati sejarah negara
dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air
di samping menanam semangat patriotik dalam kalangan pelajar-pelajar
Kolej Komuniti Nibong Tebal.

PERPUSTAKAAN OBJEKTIF PROGRAM

VILASINI  Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.
A/P BALA KRISHNAIN  Memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar- pelajar

menunjukkan bakat dalam bidang pengucapan dan multimedia.
 Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik

dan budaya

6 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
TARIKH : SEPTEMBER - OKTOBER 2020
TEMPAT : GOOGLE FORM (ONLINE)

MATLAMAT

Sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan
tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan pelajar dan staf kolej.
Sejajar dengan visi tersebut satu program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10
Minit’ telah diadakan bermula 29 September 2020 sehingga 5 Oktober 2020
secara atas talian.

Dengan menyertai aktiviti-aktiviti galakan membaca yang dijalankan, pelajar
akan sedar akan kepentingan budaya membaca yang dapat menjana
pemikiran.

PERPUSTAKAAN OBJEKTIF PROGRAM

VILASINI  Membina tabiat membaca dengan tujuan untuk memberikan
A/P BALA KRISHNAIN pendedahan tentang kemahiran membaca yang meliputi beberapa
aspek penilaian kemahiran membaca, menulis dan mencari
maklumat dalam kalangan para pelajar.

 Menggalakkan kolej terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca.

v

v Aspirasi Pena
7 Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : KUIZ SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
TARIKH : 12-30 OKTOBER 2020
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE FORM)

MATLAMAT

Kuiz Maulidur Rasul ini diadakan bagi menguji tahap pengetahuan para
peserta mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad SAW bersempena
memperingati hari kelahiran baginda.
Di samping itu, para peserta juga dapat menerapkan sifat-sifat yang mulia ke
dalam diri dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan sepanjang
kehidupan kelak.

Dengan program Maulidur rasul pada tahun ini dengan hasrat mengemudi
pelajar-pelajar kearah Cintakan Rasul Junjungan Mulia Nabi Muhammad
SAW. Seramai 43 pelajar telah menyertai kuiz online ini.

PERPUSTAKAAN OBJEKTIF PROGRAM

VILASINI  Pelajar dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi
A/P BALA KRISHNAIN Muhammad saw.

 Menimbulkan semangat, jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan
tinggi di kalangan pelajar.

 Melahirkan masyarakat berukhuwwah dalam warga pendidik
melalui konsep perpaduan ummah dan akhlak mulia.

8 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : WALL OF INSPIRATION
TARIKH : DISEMBER 2020
TEMPAT : PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

MATLAMAT

Program ini telah dijalankan sepanjang bulan disember 2020. Melalui
program ini pelajar mendapat peluang untuk berkongsi kata-kata inspirasi,
motivasi dan hikmah.

Kata-Kata motivasi yang bertulis disudut yang disediakan memberi semangat
kepada pengguna yang berkunjung ke perpustakaan. Secara tidak langsung
program ini membantu memberi semangat kepada pelajar - pelajar yang
patah semangat

PERPUSTAKAAN OBJEKTIF PROGRAM

VILASINI  Bagi bermotivasi kepada pelajar - pelajar KKNT
A/P BALA KRISHNAIN  Memberi peluang bagi berkongsi ilmu
 Kata-kata motivasi dan inspirasi membantu pelajar-pelajar menjalani

kehidupan ini dengan fokus

9 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2020

Lawatan
&

Kunjungan

EDISI 2020

PROGRAM : LAWATAN PEMANTAUAN PENGURUSAN PENGOPERASIAN
INSTITUSI SEMASA DAN PASCA PERINTAH KAWALAN
TARIKH PERGERAKAN (PKP) WABAK COVID-19 BAGI POLITEKNIK DAN
TEMPAT KOLEJ KOMUNITI
: 23 JULAI 2020
: SEKITAR KKNT

Kehadiran para pegawai terdiri daripada En.Azad,En. Hafiz dan En.Fazli dari
Bahagian Dasar Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti bagi tujuan
Lawatan Pemantauan Pengurusan Pengoperasian Institusi Semasa Dan Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak Covid-19 Bagi Politeknik Dan
Kolej Komuniti serta Lawatan Tapak Kerja-Kerja Penyelenggaraan Aset Tak
Alih pada 23 Julai 2020 hari Khamis jam 9.00 pagi.

Lawatan bermula dengan taklimat ringkas dari pengarah,juga taklimat dari
pihak Bahagian Dasar JPPKK tentang pelaksanaan SOP untuk PKP wabak
COVID-19. Selesai kedua-dua taklimat, pegawai-pegawai dari Bahagian Dasar
JPPKK telah dibawa ke sekitar kolej. Bagi melihat sendiri persediaan kolej bagi
menghadapi pendaftaran pelajar serta pembukaan semester baru Ogos ini.
Lawatan tamat sekitar jam 12.30 tengah hari.

UNIT Lawatan pemantauan ini adalah bertujuan sebagai persediaan kepada
KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN institusi di bawah Politeknik dan Kolej Komuniti sebelum pembukaan institusi
sepenuhnya kepada warga institusi.
KORPORAT
Hal ini melibatkan pengurusan pengoperasian institusi semasa dan pasca
ZARITH SOFIA BINTI RAHIM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak COVID-19 bagi Politeknik dan
Kolej Komuniti serta mengamalkan langkah kesihatan dan keselamatan bagi
segala aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dan pergerakan warga di
dalam kampus.

10 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

Sesi lawatan ke bilik dapur masakan, PROGRAM : PROGRAM ENTREPRENUER TALENT SEMPENA LAWATAN
pameran produk Keusahawanan TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI KE KOLEJ KOMUNITI
TARIKH NIBONG TEBAL
Alumni KKNT dan CEDev. TEMPAT : 16 OGOS 2020
: PERKARANGAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL
SETIAUSAHA
PROGRAM Program Lawatan Kerja Program Keusahawanan YB. Timbalan Pengajian Tinggi
NORLIA BINTI MD BIDI ke Institusi Pengajian Tinggi Zon Utara berlangsung pada 15-16 Ogos 2020.
Secara amnya, matlamat program yang melibatkan 1 politeknik dan 3 kolej
komuniti adalah untuk meninjau perkembangan semasa dan pelaksanaan
program keusahawanan. Lawatan tersebut diiringi oleh pegawai-
pegawai kanan termasuk Setiausaha Sulit Kanan, Tuan Haji Muhammad
Anuar bin Abdul Hamid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Encik Ong Eu Leong dan
Pegawai Khas (TVET) Encik Abdul Hadi bin Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan
Pendidikan Pengajian Tinggi, Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, diiringi Ir.
Mohd Fadli bin Osman, Ketua Penolong Pengarah Unit Tadbir Institusi,
Bahagian Governan dan Kecemerlangan. Lawatan diadakan bagi melihat
perkembangan kolej komuniti dan bagi memastikan kewujudannya dapat
memberi impak yang besar kepada komuniti setempat selain
meninjau program-program keusahawanan yang dianjurkan oleh KKNT.

Bagi memastikan para pelajar mempunyai asas keusahawanan yang baik, pelbagai inisiatif
telah diadakan oleh KKNT. Antara yang utama adalah penubuhan Pusat Perkembangan
Keusahawanan atau Centre of Entrepreneurship Development ringkasnya dikenali sebagai
CEDev yang menjadi pusat rujukan keusahawanan yang memberi tumpuan kepada
pembangunan dan perkembangan proses keusahawanan dalam membentuk budaya
keusahawanan dalam kalangan pelajar. Selain itu, Inkubator Makanan telah diadakan di
KKNT dengan kerjasama Pak Mat Western Restoran dan Alumni KKNT.

Sedikit sumbangan juga telah diberikan bagi memastikan KKNT terus berdaya saing dalam
membantu komuniti setempat dalam penyediaan kemahiran yang diperlukan.

11 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : LAWATAN KERJA SUSULAN YB DATO’ MANSOR BIN HAJI
OTHMAN
TARIKH : 28 NOVEMBER 2020
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KKNT

Lawatan Kerja Susulan YB Dato’ Mansor Bin Haji Othman kali ini, adalah bagi
meninjau isu pembangunan sediada. Bangunan yang kondusif amat penting
bagi memastikan segala perkhidmatan yang ditawarkan adalah lebih baik dan
berkesan kepada komuniti setempat.

Cadangan beliau untuk memindahkan Kolej Komuniti ke lokasi yang lebih
strategik kerana bangunan sedia ada kurang memuaskan dan berdekatan
pasar awam.

Antara yang turut dibincangkan adalah penambahan beberapa tawaran
kursus baharu dan promosi untuk menarik lebih ramai pelajar dalam
kawasan Nibong Tebal meningkatkan kemahiran.

#kitajagakita

UNIT
KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN

KORPORAT

ZARITH SOFIA BINTI RAHIM

12 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2020

Unit
Keusahawanan

EDISI 2020

PROGRAM : PROGRAM KEUSAHAWANAN ‘I’m Boleh’
TARIKH : 08.08.2020
TEMPAT : KK NIBONG TEBAL

Peserta Program Keusahawanan “I’m Boleh” adalah seramai 50 orang yang
terdiri daripada pelajar semester satu, dua dan tiga yang melibatkan
keseluruhan program Sijil Kulinari yang ada di KKNT. Skop penglibatan
agensi / rakan kerjasama yang turut terlibat dalam pelaksanaan Program
Pembudayaan keusahawan ini adalah dari Usahwan dalam bidang Kulinari.
Perkongsian ilmu dan pengalaman dari usahawan berjaya, Pengarah Urusan
Pak Mat Western Restoran, Nor Qaiyum bin Muhamad. Penceramah
menerangkan dunia keusahawanan yang sebenar dan beberapa
perkongsian pengalaman untuk menarik minat pelajar dalam bidang
keusahawanan.

Selain itu, penceramah berkongsi ilmu berkaitan keusahawanan dan strategi
untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Pelajar diberi bimbingan melalui sesi
ceramah, perkongsian ilmu, dan permainan perniagaan untuk mengukur
sejauh mana kefahaman pelajar mengenai konsep keusahawanan yang
disampaikan.

UNIT KEUSAHAWANAN KOLEJ OBJEKTIF PROGRAM
KOMUNITI NIBONG TEBAL & UNIT
 Dalam usaha mencapai hasrat melahirkan graduan holistik, seimbang dan berciri
PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN usahawan, program ini dirangka menjadi salah satu alternatif kepada pelajar untuk
ALUMNI membina jatidiri dan mempunyai nilai keusahawanan.

SITI SALWA BINTI MEHAT  Menyediakan medium pelaksanaan perniagaan sebenar berdasarkan modul kemahiran
SHAHRUL RAMADZAN BIN SOIB yang dipelajari di kolej komuniti (doing business while studying).

 Memberi fokus ke arah melahirkan usahawan job creators di dalam bidang kemahiran dari
kolej komuniti.

13 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : ENTREPRENEURAL EXPLORACE KKNT 2020
TARIKH : 03.10.2020
TEMPAT : KK NIBONG TEBAL

Peserta Program Keusahawanan ENTREPRENEURAL EXPLORACE KKNT 2020
adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada pelajar semester satu, dua dan
tiga yang melibatkan keseluruhan program Sijil Kulinari yang ada di KKNT.
Aktiviti explorace ini berbalik kepada keyword asasnya iaitu “EXPLORE” dan
“RACE” yang membawa maksud mendalami kekuatan dan kelemahan diri
dan berusaha meningkatkan diri ke arah yang lebih dan menjadi yang
terbaik. Pelajar diberi taklimat dan penerangan dalam bentuk bengkel atau
kelas dan dikendalikan oleh pensyarah yang bertugas. Sesi berjalan mengikut
modul yang telah diatur. Aktiviti explorace ini lebih kepada membina team
building sesama ahli, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal
ahli, membuktikan keazaman dan fokus peserta bahawa, 'Nothing is
Impossible'.

UNIT KEUSAHAWANAN KOLEJ Objektif lainnya juga ialah melihat kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis
KOMUNITI NIBONG TEBAL pada setiap ahli dan kumpulan. Tugasan yang diberikan oleh jurulatih atau
fasilitator merupakan gabungan aktiviti yang dipadukan bagi menguji
SITI SALWA BINTI MEHAT ketahanan dan kreativiti para peserta. Melalui program ini pelajar dapat
meluaskan pemahaman pelajar dan mengamalkan prinsip asas perniagaan
dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau
pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.

14 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

Perniaga belia yang memerlukan PROGRAM : SOCIAL ENTERPRISE @ COMMUNITY (SE@C) PROJEK 3P
bantuan telah di kenal pasti iaitu TARIKH : 08.10.2020
Puan Noor Asyfa Binti Ismail dan Siti TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL, KAFE CIK BUNGA DAN
Nurfarahanim Binti Azman telah
dikenalpasti. Mereka merupakan BENGKEL BAKED BY ASYFA
peniaga kecil- kecilan produk
makanan. Antara produk yang dijual Projek ini dibantu oleh lima orang pelajar kolej komuniti dan tiga
adalah tart cheese dan cream puff. orang pensyarah yang telah menjalani latihan pengurusan dan
kemahiran berdasarkan projek yang akan dilaksanakan.
Memandangkan Kolej Komuniti
Nibong Tebal menawarkan Kusus Pasukan SE@C Kolej Komuniti Nibong Tebal menghulurkan bantuan kepada
Seni Kulinari ini merupakan satu usahawan komuniti dari segi pemasaran dan kemahiran memasak.
platfom yang baik kepada
usahawanan dalam membantu Perniaga dibekalkan ilmu berkaitan pemasaran dan pasukan Program 3P
panjangkan ilmu pengetahuan akan membuat pemasaran kepada peniaga terpilih seperti online marketing
berkaitan makanan seperti (FB advertisment, Instagram, Food Panda), offline marketing seperti flyer,
mencipta menu baru dan business kad dan banner dan membuat video pemasaran yang menarik.
mengembangkan produk.

UNIT KEUSAHAWANAN KOLEJ Peningkatan kemahiran serta pengetahuan masakan dikongsikan kepada
KOMUNITI NIBONG TEBAL usahawan komuniti melalui pensyarah-pensyarah yang berkemahiran.
Program ini berjaya mewujudkan ekosistem keusahawanan dan membantu
SITI SALWA BINTI MEHAT komuniti yang terpilih bagi menjana pendapatan melalui perniagaan dan
kemahiran.
Selain itu, program ini dapat memberi latihan dan bimbingan dalam
meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti menerusi perniagaan.

15 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : MOLEK FUSION CAFÉ INCUBATOR CLASSROOM 2020
TARIKH : SEPANJANG TAHUN 2020
TEMPAT : PERKARANGAN KK NIBONG TEBAL

Peserta Program Incubator Classroom Molek Fusion Food adalah seramai 20
orang yang terdiri daripada pelajar semester satu ambilan Julai 2020 yang
terdiri daripada pelajar program Sijil Kulinari yang ada di KKNT. Skop
penglibatan agensi/rakan kerjasama yang turut terlibat dalam pelaksanaan
Program Incubator Classroom Molek Fusion Food ini adalah dari Usahwan
dalam bidang Kulinari. Perkongsian ilmu dan pengalaman dari usahawan
berjaya, Encik Muhammad Syafiq bin Zahidi pemilik D'NAS Caterer.

Usahawan katering ini berkongsi ilmu berkaitan keusahawanan dan strategi
untuk berjaya dalam perniagaan kambing dan daging perap. Pelajar diberi
bimbingan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan,
pembuatan dan pengendalian bahan mentah seperti daging dan kambing
supaya produk yang dihasilkan sedap, lazat dan berkualiti ketika tiba pada
pelanggan.

UNIT KEUSAHAWANAN KOLEJ OBJEKTIF PROGRAM
KOMUNITI NIBONG TEBAL
 Dalam usaha mencapai hasrat melahirkan graduan holistik, seimbang dan berciri
SITI SALWA BINTI MEHAT usahawan, program ini dirangka menjadi salah satu alternatif kepada pelajar untuk
membina jatidiri dan mempunyai nilai keusahawanan.

 Menyediakan medium pelaksanaan perniagaan sebenar berdasarkan modul
kemahiran yang dipelajari di kolej komuniti (doing business while studying).

 Memberi fokus ke arah melahirkan usahawan job creators di dalam bidang kemahiran
dari kolej komuniti.

16 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2020

Unit Peperiksaan
Dan Penilaian

EDISI 2020

PROGRAM : PROGRAM SHAPING TOMORROWS LEADER SIRI 2/2020
TARIKH : 14-16 FEBRUARI 2020
TEMPAT : DEWAN KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA

UNIT Program SHAPING TOMORROW’S LEADER SIRI 2/2020 yang dianjurkan
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN oleh Unit Peperiksaan Dan Penilaian dengan kerjasama Unit Peperiksaan
Kolej Komuniti Pulau Pinang untuk membantu pelajar-pelajar kolej
NORLIA BINTI MD BIDI komuniti yang daripada pelbagai bidang supaya dapat memperbaiki prestasi
kecemerlangan mereka di semester berikutnya. Program ni adalah ekoran
daripada perkara berbangkit dalam mesyuarat jawatankuasa peperiksaan
kolej yang mana keputusan Sesi Jun 2019 tidak begitu
memberangsangkan dan kebanyakan pelajar mendapat Purata Nilai Mata
(PNM) <3.00 bagi semester tersebut.

Program ini juga bertujuan untuk memberikan idea, pendedahan serta teknik
dan kaedah baru dalam menguasai sesuatu subjek.Program ini dapat
memberi motivasi kepada pelajar yang kurang berprestasi untuk
meningkatkan pencapaian mereka.Di samping itu program ini turut
digariskan sebagai Continous Quality Improvement(CQI) bagi program-
program akademik yang dijalankan di Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang.

Berdasarkan graf bar di atas dapat disimpulkan bahawa, daripada 5 orang
pelajar Kolej Komuniti Nibong Tebal yang telah mengikuti Program Shaping
Tomorrow’s Leader 2020 hanya 3 orang pelajar iaitu sebanyak 60% yang telah
menunjukkan peningkatan dalam Purata Nilai Mata bagi semester semasa iaitu
Sesi Disember 2019. 2 orang pelajar lagi tidak dapat menunjukkan keputusan
yang meberangsangkan disebabkan faktor masalah keluarga dan masalah lain
yang di luar jangkaan. Objektif program telah tercapai dalam meningkatkan
kecemerlangan akademik pelajar mengikut sasaran yang ditetapkan.

17 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : PROGRAM TAGLINE YOUR MESSAGE 2020 PERINGKAT ZON
UTARA
TARIKH : 22 JULAI 2020
TEMPAT : DEWAN KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA

Program Tagline Your Message 2020 merupakan program anjuran
Unit Peperiksaan Bersama Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Negeri Pulau
Pinang. Ia merupakan satu keperluan untuk pembangunan pentadbiran dan
pengurusan peperiksaan kolej komuniti dalam menyokong lonjakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi). Program
ini adalah salah satu laluan alternative bagi peserta untuk berkongsi
idea ataupun “best practice” yang diamalkan oleh kolej masing-masing
dalam memantapkan pengurusan unit peperiksaan. Selain itu juga
pembentang juga akan membentangkan hasil dapatan kajian tindakan
yang telah dilakukan untuk menambahbaik system pengurusan peperiksaan
dan memperkasakan system pengurusan yang sedia ada serta sedang
dilaksanakan. Program ini turut akan memastikan peserta akan dapat idea
untuk pengurusan yang lebih efisyen dalam unit peperiksaan manakala
kekangan yang dihadapi akan dibincangkan Bersama untuk mendapatkan
penyelesaian yang terbaik untuk dimanfaatkan bersama.

UNIT
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

NORLIA BINTI MD BIDI

18 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : BENGKEL PEMANTAPAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)
PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL
TARIKH : 12/11/2020
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN

Program ini memberi pendedahan kepada semua staf akademik tentang
kepentingan OBE dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Seterusnya adalah
untuk menyemak secara sistematik aktiviti P&P dan penilaian kursus supaya
selaras dengan hasil pembelajaran kursus (Course Learning Outcomes). Selain itu,
pemantapan semula penggunaan JSU dalam pembangunan soalan peperiksaan
juga menjadi salah satu objektif bengkel ini diadakan. Banyak penambahbaikan
terutama dari segi pengeluaran laporan yang berkait dengan pencapaian Hasil
Pembelajaran Kursus dan juga Hasil Pembelajaran Program secara
keseluruhannya. Penceramah Jemputan adalah Puan Khairul Ashikin Binti
Abdullah Suhaimi dari Kolej Komuniti Chenderoh.

Dalam bengkel ini, semua staf akademik terlibat didedahkan dengan Pemantapan
Outcome Based Education (OBE), Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan
Teknik Penulisan Item Penilaian bagi Sijil Kulinari. Bengkel ini juga menekankan
Teknik penulisan item yang betul mengikut Struktur dan Silibus terkini yang
digunapakai oleh Kolej Komuniti Nibong Tebal.

UNIT
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

NORLIA BINTI MD BIDI

19 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : MAJLIS APRESIASI SISWA KK NIBONG TEBAL TAHUN 2020
TARIKH : 14 DISEMBER 2020
TEMPAT : DEWAN KULIAH KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

Kolej Komuniti telah mula melahirkan lulusan dalam pelbagai bidang dan bagi
menghargai lulusan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan
mengadakan majlis konvokesyen setiap tahun bermula 2004. Justeru, majlis
konvokesyen ini dirancang untuk meraikan lulusan Kolej Komuniti Nibong
Tebal yang berjaya menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Majlis ini
merupakan majlis penganugerahan dan penghargaan yang dinantikan oleh
setiap pelajar yang berjaya menamatkan pengajian. Penyampaian anugerah
dan Sijil Kolej Komuniti kepada pelajar Kolej Komuniti Nibong Tebal yang telah
tamat belajar bagi kohort 15 dan kohort 16.

Akibat dari Pandemik Covid-19, Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Nibong Tebal
mengambil inisiatif mengadakan Majlis Apresiasi Kolej Komuniti Nibong Tebal
bagi meraikan kejayaan graduan-graduan ini yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang menamatkan pelajaran. Walaubagaimanapun, penganjuran majlis
ini tetap mengikut garis panduan serta SOP yang ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara dengan mengadakan majlis dalam skala yang kecil sahaja.

UNIT KOHORT 15
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN PENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG :

NORLIA BINTI MD BIDI MUHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD ZAINI
ADNAN IDZNI BIN JA'AFAR

KOHORT 16
PENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG :
TUAN MAWADDAH AMIRAH BINTI TUAN MAT

20 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2020

Unit
Audit Dalam

EDISI 2020

PENGENALAN PROGRAM : AUDIT DALAM BAGI INSTRUMEN KESEPUNYAAN DAN
KESERAKANAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL TAHUN 2020
Audit Dalam Kolej Komuniti TARIKH : 20-24 JULAI 2020
Nibong Tebal adalah badan bebas TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL
yang menjalankan penilaian
objektif dan aktiviti perundingan Proses Audit Dalam bagi Instrumen Kesepunyaan dan Keserakanan Kolej
bagi tujuan untuk menambah nilai Komuniti Nibong Tebal telah berlangsung dengan jayanya bermula 20 Julai
dan mempertingkatkan operasi sehingga 24 Julai 2020.
organisasi. Ia membantu organisasi
mencapai objektifnya melalui Sesi audit dalam ini adalah sebagai langkah awal persediaan bagi
pendekatan audit yang berdisiplin menghadapi Audit Kesepunyaan dan Keserakanan serta Audit Pematuhan
dan sistematik untuk menilai dan MQA kelak.
mempertingkatkan keberkesanan
risiko pengurusan, kawalan dan Proses Audit Dalam telah dijalankan oleh seramai 5 orang auditor yang
proses tadbir urus. Hasil daripada diketuai oleh En. Mohd Hafize Bin Arifin, Puan Syahida Binti Abu Bakar, Cik
auditan adalah dalam bentuk Siti Salwa Binti Mehat, Puan Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin dan Puan Zarith
laporan. Sofia Binti Rahim.

UNIT Proses audit ini merangkumi proses pengauditan bagi 6 instrumen yang
AUDIT DALAM terdiri daripada Instrumen Tadbir Urus dan Kecemerlangan Institusi,
Instrumen Penaziran Akademik (PeNA), Instrumen Kolaborasi dan
MOHD HAFIZE BIN ARIFIN Kebolehpasaran, Instrumen Pembelajaran Sepanjang Hayat, Instrumen
Pengurusan Ambilan & Pembangunan Pelajar, dan Instrumen
Pemantauan Institusi ICT.

21 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2020

Unit
Ambilan Pelajar

EDISI 2020

OBJEKTIF PROGRAM : PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN LAPOR DIRI PELAJAR
SENIOR SESI JUN 2020
1. Memastikan pelajar dapat TARIKH
didaftarkan dalam hari yang TEMPAT : 5 & 6 OGOS 2020
sama. : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

2. Memastikan pelajar Hari Pendaftaran Pelajar merupakan hari permulaan pelajar mendaftar untuk
didaftarkan dalam program sesi baharu dan diadakan setiap kali adanya sesi pengambilan pelajar.
yang betul. Pendaftaran pelajar bagi sesi Jun 2020 telah dilaksanakan pada 5 & 6 Ogos
2020 mengikut amalan norma baharu. Pelaksanaan hari pendaftaran pelajar
3. Memastikan Jawatankuasa telah dilaksanakan mengikut Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian
menjalankan tugas dengan Institusi Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Wabak Covid 19 Bagi
baik. Politeknik dan Kolej Komuniti dan juga SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Malaysia.
4. Memastikan proses
pendaftaran berjalan lancar. Saringan suhu, daftar masuk menggunakan aplikasi mysejahtera dan
pemakaian pelitup muka dilaksanakan kepada semua warga KKNT, pelajar dan
5. Memastikan program diadakan waris sebelum memasuki premis KKNT. Pelajar telah hadir mengikut jadual
mengikut Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh Unit Pengambilan bagi memastikan jarak sosial
Pengurusan Pengoperasian dapat dipraktikkan semasa pendaftaran.
Institusi Semasa dan Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan Norma ambilan bagi Program Kulinari sesi Jun 2020 adalah seramai 15 orang
Wabak Covid 19 Bagi Politeknik berdasarkan Surat Rujukan Norma JPPKK.BAPP.800-2/1/2(64). Seramai 20
dan Kolej Komuniti. orang pelajar baharu telah mendaftar pada Hari Pendaftaran Pelajar Sesi Jun
2020 dan telah mencapai 133% dari norma pengambilan pelajar. Manakala
UNIT bagi pelajar senior, keseluruhan pelajar mendaftar adalah seramai 51 orang.
PENGAMBILAN Semua pelajar dapat didaftarkan pada hari yang sama dalam Program yang
betul dan telah berjaya menyelesaikan yuran pengajian. Keseluruhannya hari
SYAHIDA BINTI ABU BAKAR pendaftaran berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang amat baik
daripada semua Jawatankuasa.

22 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2020

Unit
Penyelidikan, Inovasi

Dan Komersialan

EDISI 2020

POSTER PERTANDINGAN PROGRAM : INOVASI iCOMPEX 2020
PERINGKAT : KEBANGSAAN
TARIKH : 24-26 MAC 2020
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN

Penyertaan tunggal Kolej Komuniti Nibong Tebal telah memenangi Pingat
Emas di NATIONAL INOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH
EXHIBITION 2020 (iCompEx 2020)

TAJUK INOVASI : SISTEM E - EASE ORDER (E-EO)
KELAS D : ICT & MULTIMEDIA
PINGAT : EMAS

NAMA PESERTA:
Norlia Binti Md Bidi
Nur Ili Shamimi Binti Jamal Nasir
Nurul Syifa Binti Md Nasir
Samsul Bin Abd Rashid
Nurhanim Binti Md Akhir
URL : https://youtu.be/zifTaIVPFzw

KETUA PROJEK
INOVASI iCOMPEX 2020

NORLIA BINTI MD BIDI

23 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

IMPAK PROGRAM : KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HORIZON BAHARU
PERINGKAT : KEBANGSAAN
PEMBUKTIAN TARIKH : 26 - 28 OKTOBER 2020
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN
PEMBUKTIAN
KETUA PROJEK KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HORIZON BAHARU
PERINGKAT KEBANGSAAN KIKHB 2020
INOVASI KIKHB2020 KIK memberi penekanan kepada keberkesanan perkhidmatan dan kecekapan
NORLIA BINTI MD BIDI penyampaian perkhidmatan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat.

TAJUK INOVASI: SISTEM E - EASE ORDER (E-EO)
KELAS : PENCIPTAAN
PINGAT : SILVER

Pelaksanaan KIK mampu memberi impak positif kepada prestasi
penyampaian perkhidmatan sektor awam terutamanya di politeknik dan kolej
komuniti. Keberkesanan pelaksanaan KIK memerlukan mekanisme
pemantauan yang efektif bagi mencapai objektif pelaksanaan KIK yang
dihasratkan.

NAMA PESERTA:
Norlia Binti Md Bidi
Nur Ili Shamimi Binti Jamal Nasir
Nurul Syifa Binti Md Nasir
Samsul Bin Abd Rashid
Nurhanim Binti Md Akhir

24 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

POSTER PERTANDINGAN PROGRAM : NATIONAL INVENTION & INNOVATION COMPETITION
EXHIBITION AND ROBOT SUMO 2020 (NICERS’20)
PERINGKAT : KEBANGSAAN
TARIKH : 5 NOVEMBER 2020
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN

NATIONAL INVENTION & INNOVATION COMPETITION EXHIBITION AND
ROBOT SUMO 2020 (NICERS’20) merupakan penganjuran edisi kedua selepas
kejayaan penganjuran edisi pertama pada Tahun 2018.

TAJUK INOVASI: SISTEM E - EASE ORDER (E-EO)
KELAS D: ICT
PINGAT : EMAS

NAMA PESERTA:
Norlia Binti Md Bidi
Nurul Syifa Binti Md Nasir
Nur Ili Shamimi Binti Jamal Nasir
Nurhanim Binti Md Akhir

Na'aimah Binti Hamid

KETUA PROJEK
INOVASI NICERS’20

NORLIA BINTI MD BIDI

25 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

POSTER PERTANDINGAN PROGRAM : INTERNATIONAL VIRTUAL EDUCATION INVENTION,
INNOVATION AND DESIGN COMPETITION (IVEDIIC2020)
TARIKH : 25 NOVEMBER 2020
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN

International Virtual Education Invention, Innovation and Design
Competition (iVEDIIC2020), organized by Faculty of Education, UiTM.

TAJUK INOVASI : SISTEM E - EASE ORDER (E-EO)
KELAS : ICT
PROJECT ID : P178/A/1012
PINGAT : SILVER

NAMA PESERTA:
Norlia Binti Md Bidi
Nurhanim Binti Md Akhir
Samsul Bin Abd Rashid
Anuar Shukri bin Ahmad

KETUA PROJEK
INOVASI IVEDIIC2020

NORLIA BINTI MD BIDI

26 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

POSTER PERTANDINGAN PROGRAM : INTERNATIONAL CREATIVE AND INNOVATIVE PRODUCT
EXHIBITION (ICrIPE 2020)
PERINGKAT : ANTARABANGSA
TARIKH : 21-23 DISEMBER 2020
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN
TEMA : DEVELOPING A CREATIVE AND INNOVATIVE CREATION
SUSTAINABILITY THROUGH INVENTION, INNOVATION AND
DESIGN.

Acara ini dihoskan bersama oleh Forum Kerjasama Pendidikan Tinggi Medan (FKTP) dan
Persatuan Teknologi Malaysia (TAM). Peserta antarabangsa adalah dari Kanada, Afrika,
Korea Selatan, Laos, Indonesia dan Malaysia. Lebih kurang 16 kategori dalam
pertandingan ini, pasukan KKNT bertanding dalam Kategori 12 Culinary & Hospitality.

KKNT memenangi pingat EMAS untuk Kategori 12 dan memenangi "Best in Category"
untuk Kategori 12 Culinary & Hospitality di mana dapat mendahului dua pasukan lain
yang memenangi emas dari Politeknik dan UiTM dalam kategori yang sama.

Produk ini adalah cetusan idea dari bahan buangan iaitu biji betik dari Kelas Semester 2,
Topik Fruit Platter Arrangement. Kami mendapat idea untuk menghasilkan pre-mixed
pelbagai guna. Oleh itu, kami menambahbaik inovasi pre-mixed kami dengan
memasukkan extrak biji betik yang dapat menghasilkan brownies dan smoothies
berkhasiat.

KETUA PASUKAN
NURSABRINA BINTI CHE ABD HALIM

AHLI
SITI SALWA BINTI MEHAT
SYAHIDA BINTI ABU BAKAR
NUR ZALIKHA BINTI YAHAYA

27 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2020

Unit

Pembelajaran Sepanjang

Hayat (PSH)

EDISI 2020

PROGRAM : KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN ‘BORN FUTURE ENTREPRENEUR’
TARIKH : 11 JANUARI 2020
TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

Kursus ini merupakan anjuran Unit PSH Kolej Komuniti Nibong Tebal dan Unit
Keusahawanan. Peserta kursus terdiri daripada 50 orang pelajar KKNT.
Para peserta didedahkan dengan teknik-teknik :

a) Meningkatkan kemahiran dalam bidang kursus
b) Memahami teknik asas
c) Mampu menjana pendapatan sampingan
d) Memberi asas keusahawanan berdasarkan bidang kursus
e) mempelajari dan memahami asas pengoperasian perniagaan

Semoga ianya memberi pengalaman dan pengetahuan berguna kepada
semua pelajar. Ilmu yang diperolehi boleh digunakan untuk mereka
menceburi bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan setelah tamat
pengajian.

UNIT
PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT

KALSOM BINTI OTHMAN

28 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : KURSUS ASAS PEMBUATAN MINI PIZZA (PETITE PIZZA)
TADIKA PASTI AS-SOLIHIN
TARIKH : 29 JANUARI 2020
TEMPAT : RESTORAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

Kursus ini merupakan anjuran Unit PSH Kolej Komuniti Nibong. Peserta kursus
terdiri daripada 40 orang pelajar daripada Tadika PASTI As-Solihin Bandar Tasik
Mutiara.

Objektif kursus ini ialah memberi kemahiran asas menghasilkan mini pizza
kepada pelajar tadika dari PASTI As-Solihin Bandar Tasik Mutiara. Pelajar
dengan mempelajari cara:

a) Menghasilkan doh pizza
b) Membuat topping pizza
c) Membakar pizza

UNIT Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada
PEMBELAJARAN SEPANJANG pembelajaran sebenar menghasilkan pizza. Semoga ianya memberi
pengalaman dan pengetahuan berguna kepada semua pelajar. Ianya
HAYAT merupakan salah satu daripada silibus kokurikulum yang ada di tadika.

KALSOM BINTI OTHMAN

29 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : KURSUS MASAKAN JEPUN - SUSHI
TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
TEMPAT : RESTORAN KKNT

Kursus Sushi adalah aktiviti bulanan KKNT yang mana ianya amat mendapat
sambutan dari komuniti setempat. Walaupun penghasilan sushi
memerlukan beberapa kemahiran, namun bahan-bahan pembuatannya
mudah diperolehi di pasaran.

Objektif kursus ini memberi kemahiran menghasilkan makanan dari negara
Jepun memberi pengalaman baharu kepada peserta.

Selain dapat mengetahui bahan-bahan yang digunakan, peserta tidak ragu-
ragu untuk makan di luar sana dan boleh menghasilkan sendiri makanan ini
di rumah bagi menjimatkan kos.

UNIT
PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT

KALSOM BINTI OTHMAN

30 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : KURSUS KEK & DEKORASI

TARIKH KEK MARBLE
TEMPAT DEKORASI KEK FRESH FLAN FRUIT
: 5 SEPTEMBER 2021
: DAPUR PASTRI KKNT

Kursus yang mendedahkan kemahiran menghasilkan kek asas dan
kemahiran menghias kek buah-buahan segar. Peserta adalah terdiri
daripada belia dan wanita anjuran Persatuan Hindu Sangam Malaysia
Cawangan Batu Kawan. Peserta amat berbangga dan berpuas hati kerana
dapat membuat dan menghias kek mereka sendiri.

Kursus yang ditaja oleh Persatuan Hindu Sangam ini bertujuan memberi
peluang kepada belia, suri rumah kaum India menjana pendapatan sendiri
dengan jualan kek hiasan yang dipelajari.

UNIT
PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT

KALSOM BINTI OTHMAN

31 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

EDISI 2020

PROGRAM : PROGRAM BAKTI SISWA POLYCC @ KOMUNITI 2020
TARIKH : 25-27 SEPTEMBER 2020
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH SUNGAI ACHEH, NIBONG TEBAL,

PULAU PINANG

PROGRAM BAKTI SISWA POLYCC @ KOMUNITI merupakan anjuran Bahagian
Ambilan & Pembangunan Pelajar JPPKK yang dikelolakan oleh Politeknik
Seberang Prai bersama-sama Politeknik & Kolej Komuniti Pulau Pinang.

Sebanyak 18 aktiviti telah dilaksanakan merangkumi aktiviti CSR dan
kemahiran-kemahiran asas yang terdapat di Politeknik & Kolej Komuniti.
Kursus-kursus tersebut adalah Kursus Masakan, Kursus Jahitan, Kursus
Servis Kenderaan Ringan, Kursus Multimedia, Kursus Fotografi, Kursus
Solekan dan Kursus Asas Komputer. Kemahiran dan latihan ini terbuka
kepada semua komuniti, belia, warga emas dan usahawan sekitar Sungai
Acheh yang mana ianya memberi nilai tambah kepada mereka untuk
menjana dan menambah pendapatan selain meningkatkan taraf hidup.

UNIT KKNT merupakan Ketua Jawatan Kuasa Kursus Pendek yang mana telah
PEMBELAJARAN SEPANJANG melaksanakan Kursus Masakan Barat dan Kursus Penghasilan Kimbap.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB
HAYAT Dato’ Mansor Bin Othman yang juga sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal.

KALSOM BINTI OTHMAN Semoga program seperti ini memberi impak yang tinggi kepada komuniti
setempat untuk menimba ilmu dan kemahiran yang diberikan secara
percuma.

32 Aspirasi Pena
Kolej Komuniti Nibong Tebal

2021

Unit Pentadbiran
Dan Kewangan


Click to View FlipBook Version