The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kknbgtebal, 2023-02-26 20:10:34

ASPIRASI PENA 2022

TAHUN 2022

Unit BriSK Kolej Komuniti Nibong Tebal bersama-sama BriSK Kolej Komuniti negeri Pulau Pinang telah menjalankan Program Kesukarelawan Pasca Banjir negeri Kelantan pada 17 Mac 2022. Program ini diadakan dengan menjalankan kutipan sumbangan daripada seluruh warga kolej bagi membantu warga PolyCC di negeri Kelantan yang terlibat dengan banjir. Tabung kemanusiaan ini telah digerakkan selama 5 hari bermula Isnin sehingga Jumaat. Kutipan sumbangan dibuat dari kelas ke kelas dan mendapat sambutan yang baik dari kalangan staf dan pelajar. Sumbangan ini diserahkan bersamasama dengan sumbangan lain dari Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti Seberang Jaya, Kolej Komuniti Tasek Gelugor & Kolej Komuniti Bayan Baru. Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ts. Jasni selaku Timbalan Pengerusi Polycc Negeri Pulau Pinang bertempat di Kolej Komuniti Jeli, Kelantan. Turut hadir bersama ialah En. Muhamad Nur Arsh, Pengarah Kolej Komuniti Bukit Mertajam merangkap Pengerusi BRISK Kolej Komuniti Pulau Pinang, En. Zahrul, Pengarah Kolej Komuniti Tasek Gelugor, En. Anuar Shukri, Pengarah Kolej Komuniti Nibong Tebal, pegawai-pegawai dan kakitangan Kolej Komuniti Pulau Pinang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbang. Semoga sumbangan ini boleh membantu meringankan beban warga yang terlibat. Selain itu, diharapkan program seperti ini akan melahirkan warga KKNT yang sentiasa prihatin dan suka membantu mereka yang memerlukan, melahirkan rasa tanggungjawab di kalangan warga KKNT untuk membantu dan memberikan sokongan moral buat warga POLYCC yang kesusahan serta menaikkan nama Kolej Komuniti sebagai institusi yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak lokek membantu. ASPIRASI PENA 2022 83 PROGRAM : TABUNG KEMANUSIAAN BANJIR NEGERI KELANTAN SEMPENA PROGRAM KESUKARELAWAN BriSK KOLEJ KOMUNITI PULAU PINANG – MENYANTUNI PELAJAR & STAF POLYCC PASCA BANJIR NEGERI KELANTAN TAHUN 2022. TARIKH : 17 MAC 2022 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI JELI, KELANTAN. DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD HAFIZE BIN ARIFIN


Telah berlangsung pada 20 April 2022 bersamaan 18 Ramadan 1443 hijrah, Program Mengacau Bubur Lambuk anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KKNT dan Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BRiSK) KKNT bersama Masjid As-Solihin Kepala Gajah, Simpang Ampat, Pulau. Pinang. Program ini bertujuan untuk menyantuni komuniti setempat dengan penyediaan bubur lambuk selain mengeratkan silaturrahim antara warga KKNT dan penduduk sekitar Simpang Ampat. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelawan, patriotisme serta memupuk perpaduan di kalangan warga KKNT selain menerapkan konsep prihatin dan peka di kalangan pelajar bahawa masih ada di kalangan komuniti yang kurang berkemampuan. Program seperti ini juga menjadi platform yang sesuai untuk merapatkan ukhuwah di kalangan warga Kolej Komuniti Nibong Tebal bersama komuniti setempat serta melahirkan warga kolej yang sentiasa prihatin, penyayang, suka tolong-menolong serta mencintai aktiviti amal jariah. Proses penyediaan bubur lambuk bermula daripada proses awal memasak sehinggalah proses membungkus dan mengedar bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Bandar Tasek Mutiara. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ahli kariah Masjid As-Solihin, Kg. Kepala Gajah, Simpang Ampat atas kesudian menerima warga KKNT untuk sama-sama menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua warga KKNT kerana menyokong program ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan impak yang baik sempena bulan Ramadan yang mulia ini. ASPIRASI PENA 2022 84 PROGRAM : PROGRAM MENGACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA MASJID AS-SOLIHIN KAMPUNG KEPALA GAJAH TARIKH : 20 APRIL 2022 TEMPAT : MASJID AS-SOLIHIN KAMPUNG KEPALA GAJAH, SIMPANG AMPAT, P. PINANG. DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD HAFIZE BIN ARIFIN


Bencana banjir lumpur yang melanda daerah Baling, Kedah pada 4 Julai 2022 sangat mengejutkan dan mendatangkan banyak kemusnahan harta benda kepada penduduk di beberapa kampung di sana. Justeru itu Unit Briged Kesukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) Kolej Komuniti Nibong Tebal telah melancarkan Kutipan Derma Kilat Tabung Bencana Kemanusiaan Banjir Daerah Baling, Kedah. Tabung derma kilat ini telah digerakkan pada 6 Julai 2022 dengan kutipan derma daripada seluruh warga kerja KKNT. Hasil kutipan derma ini digunakan untuk pembelian bekalan barangan seperti makanan kering serta air minuman yang akan dihantar kepada pusat banjir di Baling. Pembelian barangan ini berdasarkan kepada senarai barangan keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir. Penyerahan barangan sumbangan telah dilaksanakan oleh Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Nibong Tebal iaitu En. Mohd Afiq Bin N Hashim di Kolej Komuniti Bukit Mertajam yang bertindak sebagai Pengerusi BriSK Kolej Komuniti Pulau Pinang serta pusat pengumpulan sumbangan Kolej Komuniti Pulau Pinang. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga KKNT yang menderma dan diharapkan sumbangan ini dapat membantu memenuhi sedikit sebanyak keperluan buat mangsa-mangsa banjir. Semoga program sebegini dapat melahirkan warga KKNT yang sentiasa prihatin dan suka membantu mereka yang memerlukan serta dapat melahirkan rasa tanggungjawab di kalangan warga KKNT untuk membantu dan memberikan sokongan moral buat komuniti yang kesusahan. ASPIRASI PENA 2022 85 PROGRAM : TABUNG KEMANUSIAAN BANJIR BALING, KEDAH TARIKH : 6 JULAI 2022 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM, P. PINANG DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD HAFIZE BIN ARIFIN


ASPIRASI PENA 2022 86 PROGRAM : KEJOHANAN PETANQUE PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG TARIKH : 22 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS) TEMPAT : PADANG PETANQUE, KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA DISEDIAKAN OLEH : PUAN ROZARINA BINTI RUSLAN Sukan Petanque diperkenalkan di negara Malaysia pada tahun 1987 oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pada pertengahan tahun 1989, YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua ANGKASA telah memperkenalkan sukan ini kepada koperasi di Malaysia. Selepas beberapa bulan diperkenalkan, sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan negara. Permainan petanque ini telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara sukan baru. Sejak permainan petanque ini dibawa masuk ke negara Malaysia, ANGKASA telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan sukan petanque ini. Terdapat beberapa usaha-usaha yang telah dilakukan oleh ANGKASA dalam sukan petanque ini. Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain. Kolej Komuniti Nibong Tebal telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Petanque Peringkat Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang dan telah memenangi hadiah tempat Ketiga. Kejohanan berlangsung di Padang Kolej Komuniti Seberang Jaya dengan dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya iaitu Ts Husaini Aza Bin Mohd Adam. Kejohanan disertai oleh enam Kolej Komuniti Pulau Pinang dengan menegetengahkan bakat pelajar sebagai persediaan untuk ke kejohanan Sukan Kolej Komuniti (KSKK) atau sekarang di kenali sebagai Sukan Politeknik dan Kolej Komuniti (Polycc).


ASPIRASI PENA 2022 87 PROGRAM : KEJOHANAN BOWLING PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL TAHUN 2022 TARIKH : 22 DISEMBER 2022 (KHAMIS) TEMPAT : OLE-OLE SUPERBOWL, MYDIN MEGAMALL BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH : PUAN ROZARINA BINTI RUSLAN Kejohanan Bowling peringkat Kolej Komuniti Nibong Tebal bagi Tahun 2022 telah berlangsung pada 22 Disember bertempat di Ole-Ole Superbowl Mydin Mall Bukit Mertajam Pulau Pinang. Kejohanan disertai oleh pelajar dan staff KKNT seramai 60 orang. Permainan ini ada 10 frames yang membolehkan pemain membuat 2 kali balingan bagi setiap satunya. Setiap pemain diberi peluang untuk menjatuhkan sebanyak-banyak pin yang boleh bagi mengumpul mata pada setiap balingan. Jika pemain dapat menjatuhkan kesemua pin pada balingan pertama ia di sebut sebagai STRIKE. Namun jika pemain dhanya dapat menjatuhkan sebahagian sahaja dan bakinya di jatuhkan pada balingan kedua, ia disebut sebagai SPARE. Permainan kali ini memerlukan sebanyak 14 lanes yang mana setiap lane mempunyai 4 orang pemain yang telah disusun oleh AJK Teknikal. Setiap pemain perlu menghabiskan sebanyak 3 games untuk menentukan jatuhan pin terbanyak. Pemenang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti di bawah :- Kategori Pemenang JOHAN: KUMPULAN 11 - KHAIRUNWARA, AZMINA, HAIRIL SYAZWAN & ENCIK MOHD AFIQ NAIB JOHAN : KUMPULAN 13 - NURUL NASUHA, IMAN HANIEF, ENCIK RAZLAN & PUAN ROZARINA TEMPAT KETIGA : KUMPULAN 5 - ALYA NABILA, HAIRIL HUZAIRI, PUAN NURSABRINA & ENCIK MOHD FAIZAL JATUHAN PIN TERBANYAK (LELAKI) : ENCIK RAZLAN BIN BURHAUMUDIN JATUHAN PIN TERBANYAK (PEREMPUAN) : PUAN NURHANIM BINTI MD AKHIR TOP LONGKANG (LELAKI) : MOHAMMAD HANIF IRFAN BIN HASAN TOP LONGKANG (PEREMPUAN) : AMIRA FARHANA BINTI ZULKORNAIN


ASPIRASI PENA 2022 88 PROGRAM : KEJOHANAN BADMINTON KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL 2022 TARIKH : 15 JUN 2022 TEMPAT : JESSELBALL PEARL CITY SPORTS CENTRE, PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH : CIK NUR ILI SHAMIMI BINTI JAMAL NASIR & ROZARINA BINTI RUSLAN


ASPIRASI PENA 2022 89 PROGRAM : KEJOHANAN BADMINTON KOLEJ KOMUNITI PULAU PINANG 2022 TARIKH : 20 JUN 2022 TEMPAT : JESSELBALL PEARL CITY SPORTS CENTRE, PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH : CIK NUR ILI SHAMIMI BINTI JAMAL NASIR & ROZARINA BINTI RUSLAN


PROGRAM : PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA STAF KKNT DARI UNIT KEBAJIKAN KKNT TARIKH : SEPANJANG 2022 DISEDIAKAN OLEH : PUAN ZARITH SOFIA BINTI RAHIM Unit Kebajikan Staf telah diwujudkan diatas inisiatif keprihatinan semua terhadap kebajikan sesama sendiri staf dan pensyarah KKNT. Segala jenis bantuan dan sumbangan disalurkan melalui unit ini, antaranya bantuan bencana alam, kematian ahli keluarga staf, sakit dan juga kelahiran anak. Dimana sedikit sebanyak dapat membantu keluarga KKNT disaat memerlukan, walaupun sumbangan tersebut tidak sebesar mana. Tidak lama sebelum ini, dunia telah dikejutkan dengan satu virus yang mampu membawa maut. Coronavirus adalah satu keluarga besar virus yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan seperti Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome-related Coronavirus (MERS-CoV). Coronavirus terbaharu dan menjadi pandemik di seluruh dunia kini dikenali sebagai Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). COVID-19 telah mula dikesan di negara China dengan kes pertama disahkan pada 7 Januari 2020 di Wuhan, Hubei, China. Dalam tempoh tiga (3) minggu seterusnya, kes-kes disahkan di Thailand, Nepal, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Perancis, Vietnam, Malaysia, Australia, Canada, Cambodia, Sri Lanka dan Jerman. Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020. Sehingga kini, penyakit COVID19 masih lagi menular di Malaysia. Sejak 20 September 2020, Malaysia sudah memasuki permulaan gelombang ketiga COVID-19 susulan peningkatan mendadak kes jangkitan virus COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa terus menjalankan program dan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Virus Covid-19 yang melanda dunia sebelum ini, turut memberi kesan ke atas staf dan juga para pensyarah. Dengan itu, Unit Kebajikan KKNT telah bertindak menghulurkan bantuan sumbangan yang berupa bahan mentah, ubat-ubatan serta barangan sanitasi yang merupakan antara barangan yang penting ketika pesakit Covid-19 berkuarantin. Sumbangan disalurkan terus ke pintu pagar rumah masing-masing, sejurus berita mengenai mereka yang disahkan positif diterima. ASPIRASI PENA 2022 90 En.Subohan 21.02.2022 Pn Azila 21.02.2022 Pn. Azila 21.02.2022 Pn. Azila 21.02.2022 Pn. Azila 21.02.2022 Cik Siti Salwa 07.03.2022


ASPIRASI PENA 2022 91 Pn. Rozarina 03.03.2022 Pn. Norlia 03.03.2022 Pn. Norlia 03.03.2022 Pn. Fara 08.03.2022 Pn. Fara 08.03.2022 Pn. Syahida 08.03.2022 Kutipan Kilat kepada Maksu 09.03.2022 Cik Nur Ili Syamimi 16.03.2022 Cik Nurul Syifa 23.03.2022 Pn. Maria 23.03.2022 Pn. Kalsom 13.04.2022 Pn. Emyzatul Najlaa’ 15.05.2022 Pn. Nurhanim 5.08.2022


Program Latihan Kemahiran & Keusahawanan empowerNCER adalah program anjuran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER Malaysia) dengan kerjasama Pejabat Daerah Seberang Prai Selatan, manakala Universiti Malaysia Pahang dilantik sebagai konsultasi program. Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) dipilih sebagai pusat pemberi latihan yang mana menyediakan fasiliti dan tenaga pengajar sepanjang 3 bulan program berlangsung. Latihan kemahiran yang dipilih difokuskan kepada belia dan B40 di daerah Seberang Prai Selatan bagi Kursus Penyediaan Makanan dan Kursus Pastri dan Bakeri. Program yang ditaja sepenuhnya oleh NCER Malaysia dan dikelolakan oleh UMP Advance ini sepatutnya berlangsung pada Mac 2021, walau bagaimanapun terpaksa di tunda sehingga hujung tahun 2021 disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid’19 dilaksanakan. Kursus-kursus yang dijalankan adalah secara bermodul mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebanyak 11 kursus bagi program Penyediaan Makanan dan 9 kursus bagi program Pastri dan Bakeri. Pada 11 Disember 2021 satu taklimat perlaksanaan telah diberikan oleh UMP Advance dan Ketua Unit PSH, Pn Kalsom Binti Othman kepada 60 orang peserta program secara atas talian. Keseluruhannya program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun dalam situasi pandemik terdapat kekangan dan cabaran daripada penyertaan peserta yang terkesan dengan jangkitan virus Covid’19. Unit PSH mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, pembantu pengajar dan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung. Semua peserta amat berpuas hati sepanjang mengikuti setiap kelas kemahiran sepanjang 3 bulan berlangsung. ASPIRASI PENA 2022 92 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN & KEUSAHAWANAN empowerNCER 2021-2022 TARIKH : 18 DISEMBER 2021 – 20 FEBRUARI 2022 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


Seramai 60 peserta terlibat mengikuti program yang mana dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Penyediaan Makanan & Pastri & Bakeri. Kursus yang dilaksanakan pada minggu pertama program ini ialah :- a) Program Penyediaan Makanan – Kursus Chicken Finger & Union Ring Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan makanan pembuka selera ala-ala barat. Ianya juga boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta selepas tamat kursus. Pengajar : Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin Pembantu Pengajar : Norlia Binti Md Bidi Pelajar membantu : 1. Nur Azmina Binti Abd. Hamid 2. Nuraqilah Syamimi Binti Yusoff 3. Nur Hirdina Binti Azizan 4. Nurul Syamillya Binti Bani Yamin b) Program Pastri & Bakeri – Kursus Blackout Chocolate Cake Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan kek dan boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar : En Afiq Bin N Hashim Pembantu Pengajar : Cik Nurul Syifa Binti Md Nasir Pelajar membantu : 1. Mohammad Hairil Syazwan Bin Muzammir 2. Muhammad Akmal Hafiz Bin Kamarul Hisham 3. Muhammad Firdaus Hafiy Bin Mohd Fauzi 4. Siti Zulaikha Binti Ahmad Zamri ASPIRASI PENA 2022 93 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 1) TARIKH : 18 & 19 DISEMBER 2021 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


a.) Program Penyediaan Makanan – Kursus Ukiran Buah Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan ukiran buah dan boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar : Cik Nurul Syifa Binti Md Nasir Pembantu Pengajar: Pn Syahida Binti Abu Bakar Pelajar membantu : 1. Muhammad Akmal Hafiz Bin Kamarul Hisham 2. Muhammad Firdaus Hafiy Bin Mohd Fauzi 3. Siti Zulaikha Binti Ahmad Zamri 4. Nurul Balqis Binti Abdul Nasir 5. Nur Alia Binti Ahmad Fareez b.) Program Penyediaan Makanan – Kursus Penghasilan Produk Perapan BBQ Objektif: Kursus ini diadakan untuk pengetahuan tambahan kepada para peserta dalam penghasilan produk perapan ayam, daging dan kambing dan ia juga boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar: Pn Zarith Sofia binti Rahim Pembantu Pengajar : Pn Emyzatul Najlaa Pelajar membantu: 1. Irfan 2. Danish 3. Habib 4. Ajmal ASPIRASI PENA 2022 94 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 2) TARIKH : 8 & 9 JANUARI 2022 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : CIK NURUL SYIFA BINTI MD NASIR


a) Program Pastri & Bakeri – Kursus Penghasilan Mini Burncheese Cake Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan produk pastri iaitu mini burncheese kek. Peserta juga mempelajari bagaimana untuk menambah nilai (add value) pada produk sedia ada. Selain itu, kursus ini dapat membantu penambahbaikan pembungkusan dan pengkomersialan produk usahawan. Pengajar : Cik Siti Salwa Bt Mehat Pembantu Pengajar: Pn Syahida Binti Abu Bakar Pelajar membantu : 1. Irdina 2. Anis 3. Nabila 4. Anatasha 5. Munawarah 6. Afiqah b) Program Penyediaan Makanan – Kursus Bebola & Kek Ikan Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan bebola ikan dan kek ikan serta boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar: Pn Azila Binti Yahya Pembantu Pengajar : Pn Norlia Binti Md Bidi Pelajar membantu: 1. Hanif Izzuddin bin Badli 2. Muhammad Afif bin Azhari 3. Mohammad Hairil Syazwan bin Muzammil ASPIRASI PENA 2022 95 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 2 & 3) TARIKH : 8 & 15 JANUARI 2022 TEMPAT : KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


a) Kursus Pengucapan Awam Siri I (Pidato & Manifesto) Objektif: Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar (JPP) untuk mempelajari ilmu pengucapan awam seperti pidato, manifesto dan pengucapan awam. Pelajar juga dapat mengasah bakat yang ada selepas mempelajari teknik yang betul dalam pengucapan awam. Impak dari kursus ini, peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebagai persediaan menghadapi proses pilihan raya kampus. Pengajar : Cik Nur Ili Shamimi Binti Jamal Nasir Pembantu Pengajar: En Mohd Afiq Bin N Hashim b) Kursus Pengucapan Awam Siri II (Pengacaraan Majlis) Objektif: Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar (JPP) untuk mempelajari ilmu pengucapan awam iaitu pengacaraan majlis. Peserta di dedahkan dengan mempelajari elemen-elemen dalam pengacaraan majlis seperti nada suara, sebutan, bahasa dan lain-lain. Pelajar juga dapat mengasah bakat yang ada selepas mempelajari teknik yang betul semasa mengacara majlis. Impak dari kursus ini, peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebagai persediaan dalam mengendalikan majlis-majlis atau program kolej pada masa akan datang. Pengajar : Cik Nur Ili Shamimi Binti Jamal Nasir Pembantu Pengajar: En Mohd Afiq Bin N Hashim ASPIRASI PENA 2022 96 PROGRAM : KURSUS PENGUCAPAN AWAM SIRI I DAN II TARIKH : 27 MAC 2022 TEMPAT : ATAS TALIAN (MICROSOFT TEAMS) DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD AFIQ BIN N HASHIM


a) Kursus Pembinaan Proposal dan Laporan Objektif: Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar (JPP) untuk mempelajari teknik-teknik dalam penyediaan kertas kerja aktiviti dan laporan selepas aktiviti dilaksanakan. Kursus ini amat penting kepada pelajar JPP sebagai persediaan mereka bagi melaksanakan aktiviti dan program JPP yang akan datang. Impak dari kursus ini peserta dapat mempraktikkan pengetahuan yang di pelajari menyediakan kertas kerja dan laporan untuk semua aktiviti JPP. Pengajar : Cik Nur Ili Shamimi Binti Jamal Nasir Pembantu Pengajar: En Mohd Afiq Bin N Hashim b) Kursus Pembinaan Minit Mesyuarat Objektif: Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar (JPP) untuk mempelajari teknik menulis minit mesyuarat dengan menggunakan format yang betul. Impak dari kursus ini, peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebagai persediaan dalam mengendalikan untuk semua mesyuarat yang dianjurkan oleh JPP pada masa akan datang. Pengajar : Cik Nur Ili Shamimi Binti Jamal Nasir Pembantu Pengajar: En Mohd Afiq Bin N Hashim ASPIRASI PENA 2022 97 PROGRAM : KURSUS PEMBINAAN PROPOSAL, LAPORAN DAN MINIT MESYUARAT TARIKH : 2 APRIL 2022 TEMPAT : BILIK KULIAH KKNT DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD AFIQ BIN N HASHIM


a) Program Pastri & Bakeri – Kursus Kek & Dekorasi Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta menghias kek untuk majlis keraian atau jualan. Peserta juga mempelajari bagaimana untuk menambah nilai (add value) pada produk sedia ada di samping mempelajari teknik-teknik dalam menghias kek cawan. Selain itu, kursus ini dapat membantu penambahbaikan pembungkusan dan pengkomersialan produk-produk peserta. Pengajar : Cik Nurul Syifa Binti Md Nasir Pembantu Pengajar: Pn Kalsom Binti Othman Pelajar membantu : 1. Nurul Athirah Syazwani binti Ahmad Irwan 2. Muhammad Akmal Hafiz Bin Kamarul Hisham 3. Muhammad Firdaus Hafiy Bin Mohd Fauzi 4. Siti Zulaikha Binti Ahmad Zamri b) Program Penyediaan Makanan – Kursus Chicken Chop Objektif: Kursus ini memberi kemahiran kepada peserta untuk menyediakan hidangan utama masakan barat. Selain protein sebagai sumber utama, hidangan ini juga mempunyai karbohidrat dan sayuran. Peserta dapat mempelajari teknik memasak ayam dan cara menghidang atau membungkus dan ianya boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar: Pn Zarith Sofia Binti Rahim Pembantu Pengajar : En Mohd Afiq Bin N Hashim Pelajar membantu: 1. Mohd Ajmal 2. Nur Anis Athirah 3. Nur Syamilya 4. Nurul Balkis ASPIRASI PENA 2022 98 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 3) TARIKH :15 & 16 JANUARI 2022 TEMPAT : DAPUR PASTRI KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


a) Program Pastri & Bakeri – Kursus Donut Topping & Bombolini Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan donut topping dan bombollini serta boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta. Peserta juga mempelajari bagaimana untuk menambah nilai (add value) pada produk sedia ada di samping mempelajari teknik-teknik dalam menghias donut ala-ala Big Apple. Selain itu, kursus ini dapat membantu penambahbaikan pembungkusan dan pengkomersialan produk-produk peserta. Pengajar : Cik Nur Nadhirah Binti Azmi Pembantu Pengajar: Cik Siti Salwa Binti Mehat Pelajar membantu : 1. Nurul Syifa 2. Muhammad Ilmam 3. Muazam Shah b) Program Pastri & Bakeri – Kursus Penghasilan Pie & Tart Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan pie dan tart. Peserta dapat mempelajari: i. Mengenalpasti bahan-bahan penghasilan tart dan pie ii. Mengenal perbezaan antara pie dan tart iii. Mengenal terma dalam penghasilan tart seperti blind bake, straight bake, creaming method, rubbing in method iv. Menghasilkan sugar crust, filling bagi ketiga2 jenis pie dan tart iaitu cheese tart, lemon meringue pie dan banoffee pie. serta boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar: En Mohd Afiq Bin N Hashim Pembantu Pengajar : Pn Emizatul Najlaa’ Binti Roslin Pelajar membantu: Pelajar SKU 2 ASPIRASI PENA 2022 99 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 3 & 4) TARIKH : 15 & 21 JANUARI 2022 TEMPAT : DAPUR KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


a) Program Pastri & Bakeri – Kursus Pelbagai Roti/Ban Manis & Pedas Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran dan keusahawanan dalam menghasilkan pelbagai bun manis dan pedas. Selain itu ianya sebagai titik mula utk peserta menjana pendapatan. Kursus ini anjuran NCER dan KKNT telah dilantik sebagai pusat latihan.Selain itu, kursus ini dapat membantu penambahbaikan pembungkusan dan pengkomersialan produk-produk sedia ada peserta. Pengajar : Pn Nursabrina Binti Che Abd Halim Pembantu Pengajar: Pn Kalsom Binti Othman Pelajar membantu : 1. Nurul Alia 2. Nurul Balkis 3. Zulaikha b) Program Penyediaan Makanan – Kursus Penghasilan Nasi Kerabu Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan Hidangan Set Nasi Kerabu serta boleh menjadi salah satu sumber pendapatan peserta. Pelbagai teknik meyediakan hidangan nasi ini dipelajari dan semoga dapar dipraktikkan oleh peserta apabila tamat kursus kelak. Pengajar: Pn Rozarina Binti Ruslan Pembantu Pengajar : Pn Norlia Binti Md Bidi Pelajar membantu: 1. Danish 2. Munawwarah 3. Muazam ASPIRASI PENA 2022 100 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 5) TARIKH : 29 JANUARI & 30 JANUARI 2022 TEMPAT : DAPUR KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


a) Program Pastri & Bakeri – Kursus Pizza & Sauces Objektif: Kursus ini mendedahkan peserta dengan kemahiran membuat pizza menggunakan doh yang diuli sendiri. Peserta juga ditunjukkan kemahiran untuk menghasilkan sos pizza sendiri di samping pelbagai bahan tambah(topping) di atas pizza. Peserta boleh mempraktikkan kemahiran ini dengan menjual pizza secara kecil-kecilan. Pengajar : En. Mohd Hafize Bin Arifin Pembantu Pengajar: En Shahrul Ramadzan Bin Soib Pelajar membantu : 1. Nurul Alia Sofia 2. Nur Azmina 3. Siti Zulaikha 4. Athirah Shazwani b) Program Penyediaan Makanan – Kursus Hidangan Lengkap Nasi Kandar Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan masakan india iaitu hidangan nasi kandar seperti nasi kandar, ayam masak madu, daging masak hitam, dalca sayur dan teh herba. Selain itu, peserta dapat mengenal bahan dan kegunaannya serta mereka akan memperoleh kemahiran dalam penghasilan nasi kandar dengan pelbagai lauk-pauk. Pengajar: Chef Shaik Bran Bin Mohamed Pembantu Pengajar : Siti Salwa Bt Mehat Pelajar membantu: 1. Nurul Syamillya 4. Nur Faizah 7. Anatasya 2. Nur Hirdina 5. Muhammad Izzat 3. Munawarah 6. Muhammad Afwan ASPIRASI PENA 2022 101 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 6) TARIKH : 5 & 6 FEBRUARI 2022 TEMPAT : DAPUR KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


a) Program Pastri & Bakeri –Kursus Aneka Kuih Talam Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan pelbagai jenis kuih talam terutamanya talam viral seperti Talam Puding Marble dan Talam Cendol Mama, serta boleh menjadikan salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar : Pn Rahanita Binti Abd Rahman Pembantu Pengajar: Pn Zarith Sofia Binti Rahim Pelajar membantu : 1. Mohd Ajmal 2. Nur Azmina b) Program Penyediaan Makanan – Kursus Miang Plao Pao Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan pelbagai jenis masakan terutamanya makanan viral seperti Hidangan Miang Plao Pao serta boleh menjadikan salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar: Pn Rozarina Binti Ruslan Pembantu Pengajar : Pn Norlia Binti Md Bidi Pelajar membantu: 1. Nurul Syamillya 2. Mohd Danish Imran 3. Mohd Izzat Akbar 4. Siti Zulaikha ASPIRASI PENA 2022 102 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 7) TARIKH :12 & 13 FEBRUARI 2022 TEMPAT : DAPUR KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


a) Program Pastri & Bakeri –Kursus Muffins & Sconnes Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan muffin pelbagai perasa dan juga scones yang enak dijadikan sebagai menu minum petang. Peserta boleh mempraktikkan semua kemahiran yang telah diajar serta boleh menjadikan salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar : Pn Nursabrina Binti Che Abd Halim Pembantu Pengajar: Pn Syahida Binti Abu Bakar Pelajar membantu : 1. Mohd Ajmal 2. Mohd Zaid b) Program Penyediaan Makanan – Kursus Masakan Jepun: Sushi Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan masakan Jepun iaitu sushi. Makanan ini amat popular di Malaysia dan kini bukan sahaja masyarakat bandar yang menggemarinya malahan di akwasan luar bandar juga telah dijual sushi. Kursus ini memberi idea baharu kepada peserta untuk menambah pendapatan dengan menjual sushi versi Melayu serta boleh menjadikan salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar: Pn Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin Pembantu Pengajar : Pn Rozarina Binti Ruslan Pelajar membantu: 1. Nurul Syamillya 2. Nur Azmina 3. Nur Hirdina 4. Nur Aqilah Shamimi ASPIRASI PENA 2022 103 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 2 & 5) TARIKH : 9 & 29 JANUARI 2022 TEMPAT : DAPUR KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


a) Program Penyediaan Makanan –Kursus Set Talam Western Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan pelbagai jenis kuih talam terutamanya talam viral seperti Talam Puding Marble dan Talam Cendol Mama, serta boleh menjadikan salah satu sumber pendapatan peserta. Pengajar : En Hafize Bin Arifin Pembantu Pengajar: En Shahrul Ramadzan Bin Soib Pelajar membantu : 1. Mohd Danish Imran 2. Nur Azmina 3. Nur Alia Sofia 4. Jioysna b) Program Penyediaan Makanan – Kursus Nasi Ayam Panggang Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan pelbagai jenis masakan terutamanya makanan pelbagai etnik dan kaum seperti Hidangan Roasted Chicken Rice serta boleh menjadikan salah satu sumber pendapatan peserta.. Pengajar: Cik Siti Salwa Binti Mehat Pembantu Pengajar : Pn Rozarina Binti Ruslan Pelajar membantu: 1. Munawwarah 5. Muhammad Afwan 2. Mohd Danish Imran 6. Muhammad Hasbi 3. Mohd Izzat Akbar 7. Muhammad Afwan 4. Nur Faizah ASPIRASI PENA 2022 104 PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN empowerNCER (MINGGU 7) TARIKH :12 & 13 FEBRUARI 2022 TEMPAT : DAPUR KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


Program ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan disalurkan kepada pemimpin masyarakat dalam Parlimen Nibong Tebal. Pemimpin masyarakat bagi Parlimen Nibong Tebal adalah Allahyarhamah Cik Sopiah yang mana beliau tidak sempat meneruskan program ini apabila jatuh sakit. KEMAS Nibong Tebal telah mengambil inisiatif meneruskan usaha Allahyarhamah dengan mengadakan kursus ini. Dalam program ini, tiga DUN terlibat yang melibatkan komuniti wanita yang terdiri daripada suri rumah, belia dan warga emas. Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang kraftangan iaitu membuat gelang tangan kristal. Kemahiran yang diperolehi boleh dijadikan sebagai punca pendapatan sampingan. Selain menganjurkan program ini, KKNT mengambil kesempatan untuk mempromosi pengambilan pelajar sepenuh masa ke Kolej Komuniti Nibong Tebal. 7/4/2022 – DUN Sungai Acheh Pengajar : Pn Che Rasidah Bin Md Radzi Penyelaras : Pn Rozarina & Pn Zarith Sofia 17/4/2022 – DUN Sungai Bakap Pengajar : Pn Che Rasidah Bin Md Radzi Penyelaras : Pn Kalsom Binti Othman 29/5/2022 – DUN Jawi Pengajar : Pn Che Rasidah Bin Md Radzi Penyelaras : Pn Norlia & Cik Nur Ili Shamimi ASPIRASI PENA 2022 105 PROGRAM : PROGRAM EMPOWERMENT WOMEN PARLIMEN NIBONG TEBAL (KURSUS PENGHASILAN GELANG KRISTAL) TARIKH : 7,17 APRIL & 29 MEI 2022 TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT DUN SUNGAI ACHEH DAN SUNGAI BAKAP DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


Program PEKB adalah program keusahawanan anjuran bersama Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya & Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) dan memilih KKNT sebagai pusat pemberi latihan kemahiran kepada golongan B40 dan peserta e-Kasih di sekitar Pulau Pinang. Program ini memberi peluang kepada penjaja dan peniaga kecil mendalami bidang perniagaan makanan dan keusahawanan. KKNT telah dikunjungi oleh Setiausaha Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya iaitu Dato’ Mahathir Bin Badrul Zaman bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan. Program ini merupakan salah satu aktiviti persatuan bagi memberi khidmat masyarakat kepada peserta melalui dana yang disalurkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). Hasil perbincangan, program ini akan berlangsung selama satu minggu yang mana peserta akan diajar 2 modul: a) Modul masakan – 4 kursus b) Modul Keusahawanan – 3 kursus Semoga bantuan dan usaha yang dilaksanakan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua peserta untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. ASPIRASI PENA 2022 106 PROGRAM : MESYUARAT PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) TAHUN 2022 BERSAMA WAKIL PERTUBUHAN JARINGAN PAKAR BERJAYA, KUALA LUMPUR. TARIKH : 30 MEI 2022 TEMPAT : KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN


Program PEKB ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya & Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) dan memilih KKNT sebagai pusat pemberi latihan kemahiran kepada golongan B40 dan peserta e-Kasih di sekitar Pulau Pinang. Seramai 16 orang peserta diberi kemahiran masakan melalui kursus-kursus berikut: a) Kursus Aneka Roti Dan Bun b) Kursus ‘Mix Platter Western’ c) Kursus Gimbap d) Kursus ‘Trio Dessert in Box’ Para peserta juga bertuah kerana dikunjungi tetamu kehormat serta berpeluang beramah mesra bersama Presiden Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya iaitu Dato’ Sri Mahadi Bin Badrul Zaman & Dato’ Mahathir Bin Badrul Zaman. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. ASPIRASI PENA 2022 107 PROGRAM : PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) TARIKH : 10 JUN 2022 TEMPAT : KKNT DISEDIAKAN OLEH : CIK NURUL SYIFA BINTI MD NASIR


PROGRAM : PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) TARIKH : 11 - 13 JUN 2022 TEMPAT : KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN ASPIRASI PENA 2022 108 a) Kursus Western Platter Set Objektif: Peserta diberi kemahiran menghasilkan set hidangan utama masakan barat iaitu Western Platter Set. Para peserta mempelajari teknik dalam penghasilan masakan barat secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber pendapatan peserta. Pengajar : Pn Rozarina Binti Ruslan Pembantu Pengajar: Cik Siti Salwa Binti Mehat b) Kursus Pastri Trio Dessert in Box Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan 3 jenis kek cawan iaitu burn cheese kek, kek oreo dan kek blackout chocolate. Kek ini diletakkan di dalam satu kotak yang boleh dijual terus serta boleh menjadikan salah satu sumber pendapatan peserta.. c) Kursus Gimbap Objektif: Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan makanan Korea iaitu Gimbap. Peserta didedahkan dengan teknik yang betul dalam penyediaan makanan popular ini. Peserta yang berani mencuba boleh menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan.


PROGRAM : MAJLIS PENUTU PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) TARIKH : 13 JUN 2022 TEMPAT : KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN ASPIRASI PENA 2022 109 Program PEKB yang telah berlangsung selama satu minggu telah mendapat maklum balas yang baik daripada semua peserta. Mereka amat teruja kerana dapat mempelajari masakan yang belum pernah mereka makan atau sediakan. Pihak penganjur begitu terharu dengan beberapa pengakuan peserta bahawa mereka menyimpan makanan yang dimasak untuk dibawa pulang ke rumah dan tidak dimakan selepas kursus. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua peserta PEKB kerana berjaya menghadiri 4 kursus yang telah dijalankan pada 10-13/6/2022 selain kursus keusahawanan yang dilaksanakan oleh pihak pertubuhan sendiri. Majlis penutup ringkas PEKB pada hari ini dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Pengarah Program yang juga merupakan Ketua Unit PSH, Pn Kalsom binti Othman. Para pengajar dan peserta juga dijemput memberikan maklum balas serta pandangan terhadap kursus-kursus yang dijalankan. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil oleh Timbalan Pengarah KKNT, Ts Azila Binti Yahaya kepada para peserta. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan memberi manfaat kepada semua peserta. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program PEKB ini.


PROGRAM : KURSUS PENGHASILAN PES MASAKAN-KUZI, BERIANI, IBU SAMBAL & GARAM MASALA TARIKH : 10 JUN 2022 TEMPAT : DAPUR MASAKAN KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN 0 ASPIRASI PENA 2022 110 Kursus ini adalah anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (PPPWNPP) dibawah program Psikososial Skuad Waja Santuni Komuniti Wanita Daerah Seberang Perai Selatan. Ianya melibatkan 20 peserta dari kalangan Suri Rumah & Perniaga Kecil Daerah Seberang Perai Selatan. Peserta diberi kemahiran dalam penyediaan Pes Masakan @ Pes Ibu Sambal, Pes Garam Masala & Pes Kuzi dengan kerjasama PACBE Nibong Tebal. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah PPPWNPP & di iringi Timbalan Pengarah PPPWNPP serta Timbalan Pengarah Kolej Komuniti. Modul meliputi pengiraan kos, penyediaan bahan, pemprosesan & packing serta kaedah & peluang pemasaran. Program diadakan secara 'hand on' oleh semua perserta di ruang Latihan Kulinari Kolej Komuniti Nibong Tebal. Kursus ini dikendalikan oleh Pn Rahanita Binti Abd Rahman selaku tenaga pengajar dan dibantu oleh Pn Azila Binti Yahya serta dibantu oleh 4 orang pelajar semester 1.


PROGRAM : KURSUS ASAS SUNTINGAN VIDEO MENGGUNAKAN SMARTPHONE TARIKH : 26 JUN 2022 TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN DAERAH SPS DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI ASPIRASI PENA 2022 111 Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Seberang Perai Selatan yang merupakan salah satu program Kelab Rakan Muda. Peserta yang hadir terdiri daripada belia dan pelajar ILP di sekitar daerah SPS. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan pengarah KKNT selaku tenaga pengajar di samping Pn Norlia dan Pn Maria sebagai penyelaras kursus. Peserta diajar cara-cara untuk menyunting gambar dan video menggunakan aplikasi VE. Aplikasi ini memudahkan pengguna menyunting gambar dan video dengan hanya menggunakan telefon pintar.


PROGRAM : KURSUS GRILLED CHICKEN TORTILLA WRAP TARIKH : 28 JULAI 2022 TEMPAT : PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAP DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI ASPIRASI PENA 2022 112 Kursus ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap. Peserta program adalaterdiri pelajar-pelajar pendidikan khas (OKU & autism) yang terdiri daripada murid berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Peserta diajar bagaimana untuk menyediakan hidangan makan pagi yang ringkas dan berkhasiat. Semua murid amat gembira kerana dapat menyediakan sendiri makanan mereka di samping bantuan daripa guru-guru PPKI. Tenaga Pengajar : Pembantu Tenaga Pengajar (Pelajar) En Mohd Afiq Bin N Hashim 1. Nurul Balqis Binti Abdul Nasir En Mohd Hafize Bin Arifin 2. Nurul Syamillya Binti Bani Yamin Pembantu Tenaga Pengajar : 3. Muhammad Afif Bin Azhari Pn Kalsom Binti Othman 4. Muhammad Zulhairi Bin Junaidi Pn Norlia Binti Md Bidi


PROGRAM : BENGKEL ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER & ASAS MICROSOFT OFFICE TARIKH :10 SEPTEMBER 2022 TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN MARIA BINTI ABD HALIM ASPIRASI PENA 2022 113 Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan aplikasi asas komputer melibatkan penggunaan Microsoft Office Word dan Power Point. Ianya membantu pelajar meningkatkan kemahiran penggunaan komputer seterusnya dapat memenuhi keperluan asas bagi menyediakan tugasan bagi Program Sijil Kulinari. Peserta : Pelajar Semester 1 Sesi I 2022/2023 Tenaga Pengajar : Puan Norlia Binti Md Bidi & Puan Nurhanim Binti Md Akhir Penyelaras : Puan Maria Binti Abd Halim


PROGRAM : PROGRAM JOMNIAGA@NCER DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG. TARIKH : 26 OGOS – 11 SEPTEMBER 2022 TEMPAT : ATAS TALIAN (MICROSOFT TEAMS) DISEDIAKAN OLEH : ASPIRASI PENA 2022 114 Program yang dianjurkan oleh UMP Advance Education & NCER Pulau Pinang dengan kerjasama KKNT sebagai pusat pemberi latihan kepada peserta program terpilih. Program ini berlangsung selama 8 kali pertemuan yang mana peserta adalah terdiri daripada dua kumpulan peserta iaitu: a) Peserta Daerah Seberang Perai Selatan – Kursus Bakeri & Pastri b) Peserta Pulau Aman – Kursus Penyediaan Makanan & Pastri Peserta yang ditaja diberi latihan kemahiran bagi persediaan untuk membuka perniagaan sendiri atau telah membuka secara kecil-kecilan. Tenaga pengajar yang terlibat ialah Cik Nurul Syifa, En Mohd Hafize, Pn Emyzatul Najlaa’, Pn Shazana, Cik Nadhirah, Pn Azila di samping beberapa orang penyelaras kursus. Terima kasih kepada semua pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan program ini.


PROGRAM : PROGRAM KEMAHIRAN TAHFIZ DAN SEKOLAH PONDOK (PKTP 2022) TARIKH : 5 NOVEMBER & 7-9 DISEMBER 2022 TEMPAT : BILIK MASAKAN KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN ROZARINA BINTI RUSLAN ASPIRASI PENA 2022 115 Program PKTP merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) bertujuan memberi kemahiran nilai tambah kepada semua pelajar tahfiz dan pondok di sekolah sekitar Seberang Perai Selatan (SPS). Secara keseluruhannya impak program ini banyak memberi peluang kepada pelajar Tahfiz & Pondok untuk menambah pengetahuan dan kemahiran memandangkan segelintir daripada mereka memang tidak pernah mengendalikan tugasan menghasilkan satu hidangan masakan yang lengkap, menghasilkan gubahan kreatif dan belum pernah mempelajari ilmu asas komputer. Empat buah sekolah tahfiz telah terpilih dengan lima kursus telah ditawarkan bagi menjayakan program ini pada tahun 2022 iaitu: a) Akademi Tahfiz Mutiara (ATM) b) Maahad Tahfiz Saidatina Aisyah Lilbanat (MATSAL) & Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhsiah Tahfiz Sains (SMA MATSA) c) Maahad Tahfiz Saidatina Aisyah Lilbanat (MATSAL) & Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhsiah Tahfiz Sains (SMA MATSA) d) Pondok Al-Iman Tahfiz Centre


PROGRAM : BENGKEL HALA TUJU UNIT PSH TAHUN 2023 TARIKH : 25-26 NOVEMBER 2022 TEMPAT : CHALET ATUK DOLAH, KAMPAR PERAK. DISEDIAKAN OLEH : CIK NURUL SYIFA BINTI MD NASIR ASPIRASI PENA 2022 116 Bengkel Hala Tuju Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) KKNT Tahun 2023 adalah satu program anjuran Unit Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Nibong Tebal. Tujuan bengkel adalah bagi membuat perancangan aktiviti-aktiviti kursus pendek yang akan dijalankan pada tahun 2023 melibatkan kakitangan dan pelajar agar dapat memenuhi keperluan komuniti dan bersesuaian dengan KPI (Petunjuk Prestasi Utama). Bengkel ini diharap menjadi landasan untuk Unit PSH bergerak bersama semua kakitangan untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi. Menerusi bengkel ini diharap dapat membantu dari segi pengumpulan maklumat-maklumat dan data-data yang dikumpulkan semasa proses perancangan, akan memudahkan pihak pengurusan unit untuk mengenalpasti kekuatan dan kepakaran yang ada pada tenaga pengajar dan boleh di ketengahkan dalam penyebaran ilmu kemahiran kepada komuniti setempat. Selain itu, perancangan hala tuju unit juga boleh dijadikan asas untuk memudahkan pihak pengurusan tertinggi kolej untuk membuat penilaian dan mengukur prestasi keseluruhan unit PSH.


PROGRAM : PROGRAM KEUSAHAWANAN KOMUNITI TAHUN 2022 TARIKH : 12 NOVEMBER – 13 DISEMBER 2022 TEMPAT : DAPUR MASAKAN KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN ASPIRASI PENA 2022 117 Program Keusahawanan Komuniti (PKK-Mencipta Usahawan) adalah satu program anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini adalah suatu usaha murni bagi mewujudkan masyarakat Malaysia berbudaya keusahawanan dalam menghadapi persaingan globalisasi masa kini. Program Keusahawanan Komuniti menjadi fokus utama di kolej komuniti untuk melahirkan usahawan yang berjaya. Agenda penerapan, pembudayaan, peningkatan dan pengukuhan aktiviti keusahawanan adalah penting bagi memastikan modal insan yang dilahirkan mempunyai pemikiran, nilai usahawan yang berjaya dan mengamalkan budaya kerja berprestij tinggi. OBJEKTIF 1) Membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif berteraskan keusahawanan. 2) Melahirkan usahawan yang berkemahiran tinggi di kalangan komuniti setempat. 3) Membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti setempat. 4) Memberi pendedahan dan bimbingan pengurusan perniagaan kepada komuniti setempat. Rasional KKNT memilih bidang pemprosesan makanan dan kulinari kerana tenaga pengajar kolej ini mempunyai kepakaran dalam bidang kulinari dan ingin berkongsi ilmu dengan tenaga luar berkiatan pemprosesan makanan. Selain itu, program ini memberi pengalaman baharu kepada tenaga pengajar KKNT untuk melatih dan melahirkan usahawan di kalangan komuniti dan alumni. Ini berbeza dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang melibatkan pelajar sepenuh masa. Konsep pembelajaran adalah secara bermodular yang mana peserta akan didedahkan dengan kursus kemahiran menghasilkan produk, penyimpanan, pembungkusan seterusnya ke peringkat pemasaran. Elemen keusahawanan juga akan diterapkan semasa kursus berlangsung sebagai pengetahuan kepada peserta untuk menjana pendapatan dan seterusnya membuka perniagaan. Pada program ini sebanyak dua modul telah ditawarkan iaitu : 1) Modul Pemprosesan Makanan a) Kursus Kuih-muih Sejuk Beku b) Kursus Penghasilan Keropok Lekor & Bebola Ikan c) Kursus Pes Masakan Serbaguna d) Kursus Mee Kuning e) Kursus Masakan Miang Plao Pao 2) Modul Keusahawanan a) Kursus Kenali Potensi Diri b) Kursus Bussiness Model Canvas & Asas Buku Tunai c) Kursus Latihan Pengendali Makanan


PROGRAM : PROGRAM KEUSAHAWANAN KOMUNITI TAHUN 2022 TARIKH : 13 DISEMBER – 17 DISEMBER 2022 TEMPAT : DAPUR MASAKAN & BILIK RESTORAN KKNT DISEDIAKAN OLEH : PUAN KALSOM BINTI OTHMAN ASPIRASI PENA 2022 118


ASPIRASI PENA 2022 119 PROGRAM : PROMOSI PENGAMBILAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2021 TARIKH : 16/6/2022 (KHAMIS) TEMPAT : SEKOLAH SEKITAR SEBERANG PERAI SELATAN DISEDIAKAN OLEH : PUAN ZARITH SOFIA BINTI RAHIM Program promosi ini adalah program yang dijalankan setiap tahun oleh Unit Promosi Kolej Komuniti Nibong Tebal dengan menghantar surat-surat permohonan rasmi bagi mengadakan promosi ke sekolah sekitar SPS, bersempena dengan pengumunan keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara sekolah yang bersetuju untuk terlibat tahun ini ialah: 1. SMK Tun Syed Sheh Barakbah 2. SMK Sungai Acheh 3. SMK Tasek 4. SMK Machang Bubuk 5. SMK Bandar Tasek Mutiara 6. SMK Saujana Indah Transkrian Wakil kolej yang terdiri daripada para pensyarah dan staf sendiri telah hadir ke beberapa buah sekolah di sekitar SPS bagi menyalurkan informasi berkaitan kemasukan pelajar baharu kepada calon-calon SPM 2021. Diharapkan segala maklumat yang disampaikan sepanjang program ini dapat membantu para pelajar untuk memilih hala tuju pengajian serta kerjaya mereka akan datang. KKNT sedia menerima kehadiran anak-anak pelajar sekalian Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program promosi ini


ASPIRASI PENA 2022 120 PROGRAM : PROGRAM JERAYAWARA: TOWNHALL-JOM BERSEKOLAH BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG TARIKH : 19 JULAI 2022 (Selasa) TEMPAT : DEWAN DATO HAJI SALLEH, PERMATANG KELING, 14300 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH: PUAN ZARITH SOFIA BINTI RAHIM Program ini bertujuan membantu murid-murid yang telah tercicir dan berisiko cicir dari sistem persekolahan. Kolej Komuniti Nibong Tebal bersama institusi pendidikan seluruh Pulau Pinang telah hadir menjayakan pameran & promosi pengambilan bagi menyalurkan info berkaitan hala tuju serta pilihan destinasi pengajian pelajar. Pegawai terlibat: -Syahida Binti Abu Bakar -Nurul Syifa Binti Md Nasir Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang kerana menjemput Kolej Komuniti serta semua yang hadir & menjayakan program ini.


ASPIRASI PENA 2022 121 PROGRAM : SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022 PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN TARIKH : 20 OGOS 2022 TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA JAWI, PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH : PUAN ZARITH SOFIA BINTI RAHIM Hari Belia Negara disambutpada15 Mei setiaptahun. Sambutan ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara. Merangkumi penyertaan secara fizikal dan virtual kebangsaan, negeri dan daerah. Bertemakan ‘Ini Masa Kita’ yang bermaksud Masa muda inilah waktu yang terbaik untuk belia di negara kita melaksanakan aktiviti kebaikan yang menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara. Serta mengoptimakan masa muda yang ada untuk berbakti kepada negara. Kemeriahan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan 2022 dengan pelbagai acara diadakan bagi menghargai golongan belia di kawasan sekitar daerah Seberang Perai Selatan. Sambutan berlangsung dengan jayanya dengan ribuan pengunjung dan peserta yang telah membanjiri Kompleks Rakan Muda Jawi.Turut hadir Yang Berhormat Dato' Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air dan En. Muhammad Iswadi bin Aljuhari, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Kolej Komuniti Nibong Tebal telah hadir menjayakan pameran dan promosi pengambilan bagi menyalurkan info berkaitan hala tuju serta pilihan destinasi pengajian pelajar. Pegawai terlibat: - Zarith Sofia Binti Rahim Terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang kerana menjemput Kolej Komuniti serta semua yang hadir & menjayakan program ini.


ASPIRASI PENA 2022 122 PROGRAM : PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) 2022 PERINGKAT SPS TARIKH : 25 SEPTEMBER 2022 (AHAD) TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA JAWI, PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH : PUAN ZARITH SOFIA BINTI RAHIM Program ini mensasarkan orang awam dan kanak-kanak di mana program ini lebih ke arah aktiviti fizikal serta penyampaian maklumat berkaitan kesihatan. Kolej Komuniti Nibong Tebal telah hadir menjayakan pameran & promosi pengambilan bagi menyalurkan info berkaitan hala tuju serta pilihan destinasi pengajian pelajar. Pegawai terlibat: -Zarith Sofia Binti Rahim Terima kasih kepada Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan kerana menjemput Kolej Komuniti serta semua yang hadir & menjayakan program ini.


ASPIRASI PENA 2022 123 PROGRAM : BATTLE OF THE CHEFS 2022 TARIKH : 5-7 OGOS 2022 (JUMAAT-AHAD) TEMPAT : GURNEY PARAGON MALL, PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH : CIK NURUL SYIFA BINTI MD NASIR Persatuan Chef Pulau Pinang (PCA) sekali lagi mempersembahkan kepada anda acara tandatangan dwitahunan kami “BATTLE OF THE CHEFS” 2022 yang merupakan edisi ke-18 sejak tahun 1988, jadual dari 5hb – 7hb Ogos 2022 diadakan Gurney Paragon, Pulau Pinang. BATLLE OF THE CHEFS 2022 disokong oleh World Association of Chefs Societies (WACS) sebagai Continental Category Culinary Competition; and National Culinary Competition event disokong oleh Malaysia Department of Skills Development (DSD), Ministry of Human Resource (MoHR). Pertempuran Chef juga mendapat sokongan penuh oleh banyak pihak berkuasa tempatan, agensi dan organisasi untuk membuat acara tersebut dengan jayanya. Battle of the Chefs (BOTC) 2018 menerima lebih daripada 1500 penyertaan berdaftar yang datang daripada 140 organisasi yang mana lebih 32 negara dan 13 Negeri Malaysia bertanding dalam lebih 60 kategori masakan kelas pertandingan. Pada tahun 2018, panel Hakim Antarabangsa telah memberikan 88 pingat Emas, 204 Pingat Perak, 368 Pingat Gangsa dan 372 Diploma - berjumlah 1032. Turut antara yang menarik ialah WACS Seminar Penghakiman, Seminar Kesedaran Halal, Seminar Keselamatan & Kebersihan Makanan dan banyak lagi yang berkaitan aktiviti yang akan kami umumkan tidak lama lagi. Tahun ini BOTC menambah kategori dan kelas baharu yang menekankan kemahiran chef junior iaitu Omelet Perancis & Telur Benedict; Kategori Cabaran Master Chefs Jepun untuk sekurang-kurangnya 7 paparan dan kelas amali. Dalam retrospektif ini, saya sangat berharap BOTC 2022 akan menjadi pemangkin dalam membawa kemahiran dan kualiti masakan rakyat Malaysia khususnya di Negeri-Negeri Utara. Peluang dan platform untuk semua cef muda yang berbakat dan chef profesional untuk berkongsi dan bertukar-tukar kreativiti, kemahiran dan pengetahuan dengan organisasi berkaitan. Kolej Komuniti Nibong Tebal telah mendaftar 10 penyertaan pelajar bagi mendedahkan pelajar kepada pertandingan peringkat antarabangsa dan meningkatkan jati diri serta keyakinan pelajar. Kategori yang didaftarkan adalah Hot Pasta Dish Challenge (Authentic Italian Taste or Fusion), Main Course (Chicken, Beef, Lamb), Breakfast French Omelet dan Individual Fruit & Vegetable Carving. Kejayaan yang telah diraih oleh KKNT ialah 3 pingat perak, 4 pingat gangsa, 2 diploma dan 1 penyertaan. Semoga pertandingan seperti ini dapat disertai lagi kerana sangat bagus dalam membuka ruang dan peluang kepada pelajar dalam meningkatkan kemahiran dan disiplin pelajar, membuka minda dan kreativiti, serta keyakinan pelajar sebagai persediaan menjadi seorang Culinary Practitioner yang berjaya apabila tamat belajar nanti.


ASPIRASI PENA 2022 124 PROGRAM : PROGRAM SAFE FOOD BENTO BOX CHALLENGE DAN AKTIVITI PASS BOOK TARIKH : 20 SEPTEMBER 2022 (SELASA) TEMPAT : MYDIN MALL BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH : CIK NURUL SYIFA BINTI MD NASIR Kolej Komuniti Nibong Tebal telah menghantar dua pasukan bagi penyertaan Safe Food Bento dan lima orang bagi Pertandingan Passbook sempena sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Pulau Pinang. Penglibatan KKNT adalah sebagai sokongan penuh aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang. Pasukan Bento kolej yang diberikan nama Sakura Squad dan Magic Box telah memenangi saguhati dalam acara ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang terdiri daripada : Sakura Squad: 1. NUR HIRDINA BT AZIZAN (SKU3) 2. NURAQILAH SYAMIMI BT YUSOFF (SKU3) Magic Box: 1. KHAIRUNWARA NAJWA BT AHMAD AFFANDI (SKU1) 2. MAIZATUL AYUNI BT MOHD RAZI (SKU1) Peserta Passbook merangkap penyokong: 1. AFIF MUHAIMIN B. AHMAD SUHAIMI (SKU1) 2. MUHAMMAD NAZIF B. MUHAMAD NOR (SKU1) 3. DANISH AIMAN B. ROSLI (SKU1) 4. MUHAMMAD LUQMAN HAQIM B. AHMAD LUTFI (SKU1) 5. NUR ATIRAH FARISHA BT. KAMARULSAZLAN (SKU1) Keterlibatan kesemua pelajar di atas amatlah membanggakan, tahniah diucapkan kepada Pasukan Safe Food Bento yang mendapat saguhati dan jutaan terima kasih bagi para pelajar yang hadir sebagai penyokong. Pihak kolej juga berasa bangga kerana keterlibatan pelajar semester 1 dalam acara yang dianjurkan, seterusnya memberi suntikan semangat bagi menyertai pelbagai lagi pertandingan akan datang.


ASPIRASI PENA 2022 125 PROGRAM : ANUGERAH AKADEMIA POLYCC 2022 TARIKH : 18 OKTOBER 2022 (SELASA) TEMPAT : SHAH ALAM CONVENTION CENTER (SACC) DISEDIAKAN OLEH : EN MOHD AFIQ BIN N HASHIM & CIK NURUL SYIFA BINTI MD NASIR Pada tahun 2019, Mesyuarat Jemaah Menteri yang bertarikh 18 September 2019 melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju agar 5 Oktober setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Akademia dan bulan Oktober setiap tahun sebagai Bulan Akademia. Selain itu, Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.23/2019 bertarikh 2 Oktober 2019 telah menggalakkan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) turut mengadakan Sambutan Hari Akademia bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pendidik dalam melahirkan modal insan negara. Pelbagai usaha telah giat dilaksanakan oleh semua pihak termasuk politeknik dan kolej komuniti bagi memeriahkan Sambutan Hari Akademia yang disambut sepanjang bulan Oktober ini. Antaranya adalah menerusi sambutan Hari Akademia peringkat institusi, penganjuran pertandingan serta penyampaian anugerah kepada para pensyarah yang cemerlang. Pada tahun ini, buat pertama kalinya, JPPKK akan melaksanakan Sambutan Hari Akademia peringkat JPPKK dan kemuncak sambutan adalah dengan mengadakan AA JPPKK iaitu satu platform yang bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada PPPT tidak kira yang berkhidmat di peringkat jabatan, politeknik mahupun kolej komuniti. AA JPPKK yang bakal diperkenalkan ini akan memberi penghargaan kepada PPPT yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti Kesukarelawanan, Kokurikulum, Keusahawanan, Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), Penyelidikan dan Inovasi, Penerbitan, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolaborasi, Pensyarah Harapan dan Cemerlang serta Tokoh Akademia TVET. Pencapaian yang telah diperoleh ini bukan sahaja mampu mengharumkan nama institusi sekaligus JPPKK. Kolej Komuniti Nibong Tebal telah mencalonkan beberapa kategori dan 2 orang pensyarah iaitu Pn Kalsom Binti Othman (Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)) dan Cik Nurul Syifa Binti Md Nasir (Anugerah Pensyarah Harapan) telah tercalon sebagai calon senarai pendek (Top 5) dan dijemput menghadiri sesi temu bual calon Anugerah Akademia Peringkat JPPKK (AA JPPKK) Tahun 2022 pada 21 September 2022 (Rabu). Kemudian, kedua-dua calon telah mendapat jemputan ke Majlis Akademia PolyCC Tahun 2022 pada 18 Oktober 2022 di Shah Alam Convention Center (SACC) sebagai calon senarai pendek (Top 3). Diharap Sambutan Hari Akademia ini akan dapat memberikan motivasi kepada semua akademia di politeknik dan kolej komuniti untuk terus berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh agar prestasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dapat terus ditingkatkan pada tahun-tahun akan datang.


Click to View FlipBook Version