The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kknbgtebal, 2024-06-14 03:29:24

ASPIRASI PENA 2023

TAHUN 2023

Cetakan Pertama, 2023 Diterbitkan oleh: UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN KORPORAT KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL No. 2, Jalan Tasek SS1, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang. Tel : 04-5082284 Faks : 04-5083032 © 2023 Kolej Komuniti Nibong Tebal Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia e-book Aspirasi Pena 2023


Prakata Pengarah Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya, Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) berjaya menerbitkan Aspirasi Pena 2023. Naskah ini merupakan kompilasi rencana bagi program-program yang telah dijalankan oleh KKNT sepanjang tahun disamping rencana penulisan yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada pembaca. KKNT memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan silaturrahim selain menjadi penyedia pendidikan TVET kepada masyarakat setempat dengan mengadakan program komuniti yang bermanfaat. Penganjuran program-program bukan sahaja mampu memupuk semangat kekitaan malah meningkatkan tahap sosio-ekonomi masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang budaya dan bangsa. Seluruh warga KKNT sentiasa proaktif untuk menganjurkan kursus pembelajaran sepanjang hayat seperti peningkatan kemahiran dan kursus selepas pasca pandemik yang berteraskan IR4.0 kepada semua lapisan masyarakat. Saya amat berbangga dengan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh warga KKNT bagi menjayakan semua program yang dilaksanakan. Pihak pengurusan KKNT sentiasa mempraktikkan budaya kesegeraan dalam merekod segala pelaporan dan dapat digunakan untuk menghasilkan Laporan Tahunan untuk diterbitkan. Saya berharap kecemerlangan ini akan berterusan pada masa akan datang dan menjadikan KKNT sebagai sebuah kolej yang unggul dan disanjung tinggi. Akhir kata, harapan saya agar Laporan Tahunan ini dapat menjadi inspirasi kepada KKNT bagi merealisasikan visi dan misi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menerbitkan Laporan Tahunan ini. Semoga Laporan Tahunan ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada semua. InsyaAllah. Sekian, terima kasih. RAZLAN BIN BURHAUMUDIN Pengarah Kolej Komuniti Nibong Tebal Kementerian Pendidikan Tinggi


Senarai Kandungan Unit Pembangunan Unit Keusahawanan 0 Unit Peperiksaan Dan Penilaian Unit Audit Dalam Unit Ambilan Pelajar 01 Prakata Pengarah 10 - 19 20 - 22 23 - 28 29 - 36 37 38- 39 Unit Kualiti 45 - 46 51 Jawatankuasa Anti rasuah (JAR) Unit Pengurusan Maklumat Dan Korporat 40 - 41 Pengajian Am 42 - 44 Unit Perhubungan Industri Dan Alumni Unit Brigad Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) 47 - 50 52 Unit Promosi 53 - 54 Unit Kulinari 55 Unit Akademik 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 0414 0415 0416 0417 04 Sidang Redaksi 01 - 09 Unit Pentadbiran Dan Kewangan


Sidang Redaksi 2023 Pengerusi Encik Razlan bin Burhaumudin Editor Puan Noremilia binti Mohd Ali Timbalan Pengerusi Encik Mohamad Afiq bin N Hashim Tc. Nurhanim binti Md Akhir Ketua Editor Tc. Nurhanim bt Md. Akhir Puan Mohanavalli A/P Perumal Editor (Teknikal) Encik Mohd Hafize bin Arifin Puan Norfarandila binti Basri Rekabentuk Grafik Tc. Nurhanim binti Md Akhir Cik Siti Salwa binti Mehat Puan Norlia binti Md Bidi Encik Mohd Hafize bin Arifin Puan Syahida binti Abu Bakar Encik Shahrul Ramadzan bin Soib Puan Nur Sabrina binti Che Abd Halim Encik Mohamad Afiq bin N Hashim Puan Emyzatul Najlaa’ binti Roslin Cik Nurul Syifa binti Md Nasir


PENGENALAN Unit Pentadbiran terdiri daripada Unit Pentadbiran Am dan Unit Kewangan. Unit ini memberikan perkhidmatan sokongan kepada anggota Kolej Komuniti Nibong Tebal dengan menguruskan hal-hal Pentadbiran, Sumber Manusia dan Kewangan jabatan. OBJEKTIF UNIT Pengurusan pentadbiran dan kewangan merupakan salah satu unit yang penting di mana ia merupakan tonggak utama dalam pengurusan di sesebuah jabatan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan termasuk pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, pengurusan stor, permohonan kenderaan jabatan, urusan perkhidmatan anggota, perjawatan, bayaran gaji, laporan penilaian prestasi, perancangan perbelanjaan, tatatertib dan lain-lain. Ia perlu dilaksanakan mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa. Setiap kakitangan yang dilantik perlu menjalankan tugas-tugas yang diberikan dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab. Pengurusan Kewangan juga perlu diurus dengan efektif bagi memastikan setiap sen peruntukan yang diterima dibelanja dan diurus mengikut arahan perbendaharaan yang ditetapkan dan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa. Kecekapan dalam pengurusan kewangan ini merupakan intipati utama Kolej Komuniti Nibong Tebal. Justeru, adalah menjadi KPI utama pihak pengurusan Kolej untuk mencapai pengurusan kewangan berstatus cemerlang. Semua pihak perlu memahami dan menyusun strategi bagi merealisasikan hasrat tersebut. ASPIRASI PENA 2023 1 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI PENGENALAN & OBJEKTIF


ASPIRASI PENA 2023 2 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI CARTA ORGANISASI


ASPIRASI PENA 2023 3 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI NAMA JAWATAN GRED PENGISIAN PERJAWATAN


ASPIRASI PENA 2023 4 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI PERANCANGAN BUJET ABM 2023


ASPIRASI PENA 2023 5 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI BERTUKAR MASUK / LAPOR DIRI BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TARIKH PERUBAHAN CATATAN 1. MOHANAVALLI A/P PERUMAL PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19 01.01.2023 Bertukar masuk dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Bertam (Kejururawatan). 2. AZIZUL AZUAN BIN AZIZ JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT22 (TBK1) 20.03.2023 Bertukar masuk dari Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan. 3. NORA EZZATI BINTI AZMI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41 04.09.2023 Bertukar masuk dari Kolej Komuniti Sabak Bernam. PERTUKARAN KELUAR BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TARIKH PERUBAHAN CATATAN 1. VILASINI A/P BALAKRISHNAIN PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19 01.01.2023 Bertukar keluar ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Bertam Kejururawatan). 2. MARIA BINTI ABD HALIM PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29 (KUP) 20.03.2023 Bertukar keluar ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan. 3. AZILA BINTI YAHAYA PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH44 (MEMANGKU) 03.07.2023 Bertukar keluar ke Kolej Komuniti Bandar Baharu. 5 BERTUKAR MASUK / KELUAR


ASPIRASI PENA 2023 7 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI ASPIRASI PENA 2023 6 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI BIL PERKARA TARIKH 1. Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/2021 12.01.2021 2. Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2021 03.05.2021 3. Mesyuarat Pengurusan Bil. 3/2021 04.08.2021 4. Mesyuarat Pengurusan Bil. 4/2021 23.11.2021 BIL PERKARA TARIKH 1. Mesyuarat JPKA Bil.1/2021 (Suku Keempat) 12.01.2021 2. Mesyuarat JPKA Bil.2/2021 (Suku Pertama) 31.03.2021 3. Mesyuarat JPKA Bil.3/2021 (Suku Kedua) 05.07.2021 4. Mesyuarat JPKA Bil.4/2021 (Suku Ketiga) 05.10.2021 MESYUARAT PENGURUSAN KOMUNITI NIBONG TEBAL MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN AKTIVITI


7 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI ASPIRASI PENA 2023 PEMERIKSAAN DALAMAN 308 Pemeriksaan Dalaman AP308 dijalankan oleh Ketua Jabatan atau wakil yang dilantik seperti yang terkandung dalam Arahan Perbendaharaan 308. Pemeriksaan ini telah dilakukan oleh Ketua Jabatan pada 02 November 2023. PEMERIKSAAN MENGEJUT 309 Dijalankan oleh Ketua Jabatan sekurang-kurangnya setiap enam bulan berdasarkan Arahan Perbendaharaan 309. Pemeriksaan ini telah dilakukan oleh Ketua Jabatan pada 20 Jun 2023 dan 30 Oktober 2023. AKTIVITI


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON PULAU PINANG Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Pulau Pinang telah berlangsung pada 17 Julai 2023 (Isnin) di Hotel Ixora, Pulau Pinang. Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail. Tahniah & syabas diucapkan kepada Pn Azila binti Yahaya & Pn Noremilia binti Mohd Ali iaitu penerima APC bagi Kolej Komuniti Nibong Tebal yang menerima hadiah Sijil Penghargaan dan Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1000. ASPIRASI PENA 2023 8 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI AKTIVITI


DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOREMILIA BINTI MOHD ALI ASPIRASI PENA 2023 9 Hari Semakan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan Kolej Komuniti Nibong Tebal Tahun 2023 telah diadakan pada 01 hingga 02 November 2023 selama dua (2) hari. Seramai 25 orang kakitangan telah membuat semakan buku perkhidmatan masing-masing dan memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung. AKTIVITI


DISEDIAKAN OLEH : Tc. NURHANIM BINTI MD AKHIR PENGENALAN UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN KORPORAT Unit Pengurusan Maklumat Dan Korporat Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) ditubuhkan bertujuan sebagai penyelesai perkhidmatan ICT yang menyokong semua bahagian di KKNT. OBJEKTIF UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN KORPORAT • Menentukan hala tuju, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPT; • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan ICT yang selamat, dipercayai dan tersedia; • Memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT yang efektif; • Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras dengan strategi organisasi; • Mentadbir dan menyelenggara sistem aplikasi / sistem maklumat organisasi; • Memantau, mengurus dan menilai program atau projek-projek ICT; • Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan keselamatan ICT; • Mengendalikan aktiviti galakan membaca; • Mengurus pinjaman dan pemulangan bahan cetakan; • Memberi khidmat nasihat kepada pengguna perpustakaan dalam pencarian maklumat bahan pembelajaran; • Menyelia dan mengurus rekod statistik penggunaan perpustakaan; • Menyediakan kad keahlian perpustakaan kepada pengguna perpustakaan; • Bertanggungjawab bagi pemuliharaan / pembaikan buku dilakukan; • Promosi sistem digital untuk pencarian bahan pembelajaran (u-pustaka, eeexplore, emerald insight); • Membuat senarai dan perincian terhadap perolehan bahan cetakan melalui pembelian dan sumbangan ASPIRASI PENA 2023 10 SISTEM RANGKAIAN KAMPUS (70MBPS) SISTEM INTRANET (SELURUH KAMPUS) WIFI HOTSPOT (SELURUH KAMPUS) MAKMAL KOMPUTER (33 BUAH PC)


ASPIRASI PENA 2023 11 JUMLAH PERBELANJAAN NO. MAKLUMAT PERALATAN ICT (SEWAAN) FASA 3 FASA 4 KUANTITI 1. KOMPUTER PENTADBIRAN 13 15 28 2. KOMPUTER KEJURUTERAAN 31 6 37 3. NOTEBOOK 4 1 4 4. PENCETAK (HITAM) 2 4 4 5. PENCETAK (WARNA) 3 2 JUMLAH KESELURUHAN 50 29 75 [OS 24000] SEWAAN Easy to change colors, photos and Text. [OS 26000] BEKALAN BAHAN MENTAH DAN BAHANBAHAN UNTUK PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN [OS 27000] BEKALAN DAN BAHAN-BAHAN LAIN [OS 28000] PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KECIL YANG DIBELI [OS 29000] PERKHIDMATAN IKHTISAS DAN PERKHIDMATAN LAIN YANG DIBELI DAN HOSPITALITI [OS 35000] HARTA MODAL-HARTA MODAL YANG LAIN [OS 42000] PEMBERIAN DALAM NEGERI RM3 RM 600.00 RM3,486.00 RM 120.00 RM 500.00 RM - PERALATAN ICT (SEWAAN) DISEDIAKAN OLEH : Tc. NURHANIM BINTI MD AKHIR


ASPIRASI PENA 2023 12 KEMUDAHAN UNIT ICT Makmal Komputer Rangkaian Tanpa Wayar (Wifi) Capaian Internet 70Mbps Perpustakaan Video Kolaborasi Monograf Perkhidmatan Rakaman & Video Streaming Bilik Latihan ICT (Educate ICT Knowledge Training Room) Imbas Dokumen dan Burn CD DISEDIAKAN OLEH : Tc. NURHANIM BINTI MD AKHIR


WIFI BILIK JPP ASPIRASI PENA 2023 13 DIAGRAM WIFI NETWORK KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL WIFI PENTADBIRAN WIFI BILIK MESYUARAT WIFI BILIK PENSYARAH WIFI BILIK PEGAWAI WIFI BILIK KULIAH 4A WIFI BILIK KULIAH 6A WIFI PERPUSTAKAAN WIFI RESTORAN WIFI MAKMAL KOMPUTER WIFI BILIK JPP DISEDIAKAN OLEH : Tc. NURHANIM BINTI MD AKHIR WIFI BILIK E-TECH


Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan Perpustakaan Digital Negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di www.upustaka.gov.my. Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital. Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal, surat khabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan. Bagi tujuan mempromosikan portal ini, pihak perpustakaan telah menganjurkan kuiz berdasarkan pangkalan data ini untuk pelajar. ASPIRASI PENA 2023 TARIKH : 2 FEBRUARI 20233 TEMPAT : BILIK SYARAHAN,KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : MOHANAVALLI PERUMAL 14 KUIZ CELIK U-PUSTAKA


Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah puasa Ramadan sebulan penuh dan zakat fitrah. Kedatangan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berhasil menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu. Bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan ini, pihak perpustakaan telah menganjurkan kuiz secara atas talian untuk pelajar. ASPIRASI PENA 2023 15 TARIKH : 24 MAC 2023 TEMPAT : ATAS TALIAN (KAHOOT!) DISEDIAKAN OLEH : MOHANAVALLI PERUMAL KUIZ KAHOOT! SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN


TARIKH : 18 MEI 2023 TEMPAT : PERPUSTAKAAN, KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : MOHANAVALLI PERUMAL Sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan para pelajar dan masyarakat. Sejajar dengan visi tersebut satu program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ telah diadakan pada 18 Mei 2023 oleh pihak perpustakaan. ‘Baca Bina Insan’ telah dipilih sebagai tema pada tahun ini. Pembacaan bahan bacaan dan ilmiah serentak dilaksanakan seluruh rakyat Malaysia bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, 10 minit sahaja berjaya membudayakan amalan membaca di pelbagai peringkat usia dan golongan bangsa. Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan seterusnya menjadi penanda aras masyarakat proaktif dan berilmu. ASPIRASI PENA 2023 16 PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT


ASPIRASI PENA 2023 17 TARIKH : 18 MEI 2023 TEMPAT : ATAS TALIAN (KAHOOT!) DISEDIAKAN OLEH : MOHANAVALLI PERUMAL Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Kita harus menghargai bahasa ini sebagai bahasa yang melambangkan identiti negara dan memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pemerkasaan penggunaan Bahasa Melayu juga turut memberi manfaat penting dalam aspek pembangunan negara dan keharmonian rakyat Malaysia. Sehubungan dengan ini, pihak perpustakaan telah menganjurkan kuiz penggunaan tatabahasa yang betul untuk meningkatkan kemahiran bertatabahasa dan dalam masa yang sama menanamkan minat dan sayangkan Bahasa Melayu yang kaya dengan nilai seni dan budaya yang kita tidak sedari. KUIZ KAHOOT BETULKAN ! YANG BIASA


Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka disambut pada 31 Ogos setiap tahun sebagai memperingati jasa-jasa pejuang negara di samping membangkitkan semangat patriotism serta penyatuan kaum yang amat sinonim dengan peristiwa tersebut. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-66 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”. Sehubungan dengan ini, pihak perpustakaan telah mengadakan kuiz kemerdekaan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini. TARIKH : 23 OGOS 2023 TEMPAT : BILIK SYARAHAN, KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : MOHANAVALLI PERUMAL ASPIRASI PENA 2023 18 KUIZ SEMPENA HARI KEMERDEKAAN


TARIKH : 06 OKTOBER 2023 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : MOHANAVALLI PERUMAL Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan masyarakat berbilang kaum. Secara umumnya penduduk-penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, etnik dan budaya. Kaum Melayu, Cina dan India adalah kaum utama yang terdapat di Malaysia. Di samping itu, kaum Iban, Bajau, Kadazan dusun, Murut, Dayak dan beberapa lagi kaum yang ada di negeri Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, pihak perpustakaan telah menganjurkan kuiz kahoot! yang bertajuk “Kenali Makanan Malaysia”. Dengan kuiz seumpama ini, pelajar dapat mengenali warisan kepelbagaian makanan dan mengetahui budaya kaum di Malaysia. ASPIRASI PENA 2023 19 KUIZ KENALI MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA


ASPIRASI PENA 20233


PENGENALAN UNIT PEMBANGUNAN Unit Pembangunan Kolej Komuniti Nibong Tebal ditubuhkan bertujuan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan serta projek-projek pembangunan dijalankan mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan serta memastikan jadual kerja penyelenggaraan berkala dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Unit pembangunan juga merancang projek-projek melalui peruntukan yang diberi bagi memastikan semua prasarana dan kemudahan yang terdapat di Kolej Komuniti Nibong Tebal sentiasa dalam keadaan bersedia semasa sesi PdP dan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak Kolej. Ia diharapkan dengan kerja-kerja penyelenggaraan dan projek yang dilaksanakan ini dapat memberi keselesaan kepada semua warga kolej serta dapat meningkatkan kualiti dan tahap keselamatan persekitaran serta memberi imej yang baik di mata masyarakat dengan kemudahan yang terdapat di Kolej Komuniti Nibong Tebal. OBJEKTIF UNIT PEMBANGUNAN ✓ Menyediakan perkhidmatan fasiliti terbaik ✓ Merangka dan mentadbir persekitaran kolej yang kondusif agar memberi keselesaan yang menyumbangkan ke arah kecemerlangan akademik ✓ Memastikan kemudahan infrastruktur, peralatan dan aset kerajaan diselenggara ✓ Menjalankan kerja-kerja pembaikan peralatan dan aset kerajaan. KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :- ➢ Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran ➢ Penyelenggaraan Pembaikan Elektrik ➢ Penyelenggaraan Pembaikan Awam ➢ Penyelenggaraan dan pembaikan penghawa dingin ➢ Penyelenggaraan Peralatan PdP dan Sistem LPG ➢ Penyelenggaraan pembasmian anai-anai ➢ Pembaikan kecemasan lantai pejabat pentadbiran ASPIRASI PENA 2023 20 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORFARANDILA BINTI BASRI PENGENALAN & OBJEKTIF


ASPIRASI PENA 2023 21 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORFARANDILA BINTI BASRI OS 28000 RM 350565 OS 26000 RM 6000 OS 28000 (BGK) RM 85055 Pembahagian Peruntukan Mengikut OS Yang Diterima PERUNTUKAN UNIT PEMBANGUNAN


KERJA-KERJA PEMBAIKAN KECEMASAN LANTAI PENTADBIRAN KERJA-KERJA WIRING DI BENGKEL MASAKAN ASPIRASI PENA 2023 22 GAMBAR-GAMBAR PENYELENGGARAAN


ASPIRASI PENA 2022 ASPIRASI PENA 2022


PROGRAM : PROGRAM LITERASI KEWANGAN SEMPENA GLOBAL MONEY WEEK 2023 TARIKH : 20 MAC 2023 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : CIK SITI SALWA BINTI MEHAT Warga Kolej Komuniti Nibong Tebal hari ini telah bersama-sama dengan warga Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia menjayakan Program Literasi Kewangan AKPK sempena Global Money Week 2023. Program anjuran bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ini telah melakar sejarah sebagai program Literasi Kewangan Pertama melibatkan penyertaan tertinggi dan dijalankan serentak di seluruh negara dalam Malaysia Book of Records. ASPIRASI PENA 2023 23


PROGRAM : PROGRAM REAL-WORLD BUSINESS EXPOSURE AND TRAINING FOR TVETPRENEUR TARIKH : 05 MEI 2023 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : CIK SITI SALWA BINTI MEHAT Sesi Perkongsian daripada usahawan jemputan, Iffah Bakery, Kulim. Usahawan menyampaikan ilmu dan pengalaman dalam bidang perniagaan dan bagaimana untuk menghasillkan signature produk bagi sebuah perniagaan. Penghasilan produk yang mempunyai nilai komersial yang baik secara langsung akan meluaskan peluang pasaran sama ada secara online atau offline. Wakil daripada Agensi Tekun Nasional Pulau Pinang iaitu Pegawai Eksekutif Pembangunan Usahawan, Dzulmasri Bin Adnan turut berkongsi kemudahan pembiayaan secara mudah kepada semua pelajar. Banyak kebaikan melalui pembiayaan Tekun Nasional yang dikhaskan kepada bumiputera melalui berbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang usahawan dan kelebihan tersebut seperti modal perniagaan, berbagai peluang bisnes, menjana pendapatan, pembiayaan memulakan perniagaan, khidmat bimbingan dan jaringan usahawan. Latihan perniagaan dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan latihan perniagaan. Pelajar diberikan tapak berniaga di sekitar kawasan kolej untuk memasarkan produk makanan yang telah di inovasi. Aktiviti ini dapat mengukuhkan pemahaman di mana pelajar dapat menzahirkan idea kreatif serta membentangkan pemasaran produk, secara tidak langsung dapat melahirkan usahawan dari kalangan pelajar Kolej Komuniti. ASPIRASI PENA 2023 24


PROGRAM : JOM BELAJAR NIAGA MULA BERNIAGA TARIKH : 15 JUN 2023 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : CIK SITI SALWA BINTI MEHAT Program JOM BELAJAR NIAGA MULA BERNIAGA merupakan program keusahawanan yang menekankan cara mudah untuk mula meniaga. Menggunakan simulator perniagaan yang mudah difahami pelajar dan kaedah yang seronok dan tidak bosan. Info yang dibekalkan sangat komprehensif dan berkesan. Hasil daripada program ini, para pelajar lebih yakin dan bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan. ASPIRASI PENA 2023 25


PROGRAM : KEUSAHAWANAN ONLINE SESI II 2022/2023 TARIKH : 16 JUN 2023 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : CIK SITI SALWA BINTI MEHAT Pembentangan Jualan Keusahawanan Online. Mendedahkan pelajar dengan peralatan digital dan platform yang sesuai untuk digunakan bagi memasar produk jualan masing-masing. Pelajar dapat membina keyakinan diri berhadapan kamera dan membuat jualan secara langsung menggunakan ‘Facebook Live’. ASPIRASI PENA 2023 26


PROGRAM : PROGRAM LEZTOP START UP BIZ TVET POLYCC ZON PULAU PINANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SEBERANG PERAI. TARIKH : 5-7 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : POLITEKNIK SEBERANG PRAI DISEDIAKAN OLEH : CIK SITI SALWA BINTI MEHAT Program Leztop Start Up Biz TVET POLYCC Zon Pulau Pinang menjalankan perniagaan di Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai. Perniagaan inkubator bidang makanan daripada Kolej Komuniti Nibong Tebal di bawah bimbingan mentor Cik Siti Salwa Binti Mehat telah menghasilkan produk Royal Brownchee yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Antara pelajar yang terlibat Khairunwara Najwa Binti Ahmad Affandi, Nik Nor Syahirah Binti Nik Mansor, Nurul Nasuha Binti Sha'ari, Danish Aiman Bin Rosli dan Muhammad Luqman Haqim Bin Ahmad Lutfi. ASPIRASI PENA 2023 27


PROGRAM : GRADUATION CEREMONY PROGRAM LEZTOP 1.0 START UP BIZ TVET POLYCC ZON PULAU PINANG 2023 TARIKH : 14 DISEMBER 2023 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG DISEDIAKAN OLEH : SITI SALWA BINTI MEHAT ASPIRASI PENA 2023 28 Tahniah diucapkan kepada para pelajar kerana mendapat Anugerah Produk Inovasi Terbaik bagi Perniagaan Inkubator Makanan iaitu produk Dolminis Crispy. Terima kasih juga diucapkan kepada Tn. Pengarah En. Razlan, mentor keusahawanan Cik Siti Salwa Binti Mehat dan semua warga KKNT dalam membantu serta memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar dalam menjayakan projek inovasi Dolminis ini. Antara pelajar yang terlibat Khairunwara Najwa Binti Ahmad Affandi, Nik Nor Syahirah Binti Nik Mansor, Nurul Nasuha Binti Sha'ari, Danish Aiman Bin Rosli dan Muhammad Luqman Haqim Bin Ahmad Lutfi. Keunikan produk Dolminis adalah penggunaan bahan premium serta tiada bahan pewarna terlarang, menginovasikan produk dodol untuk dijadikan snek harian selain daripada makanan tradisi yang dihidangkan ketika hari perayaan dan tekstur yang rangup diluar dan lembut serta lemak di dalam.


PROGRAM : MAJLIS KONVOKESYEN KOMEMORATIF KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2023 TARIKH : 19 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 telah dijalankan bermula 17 September 2023 (Raptai) dan Majlis Konvokesyen pada 18 sehingga 21 September 2023 (8 Sidang). Kolej Komuniti Nibong Tebal telah diberi kepercayaan memegang Jawatankuasa Pengurusan Anugerah (Induk). Majlis Konvokesyen Zon Pulau Pinang diadakan pada 19 September 2023 (Selasa) bertempat di Dewan Tuanku Canselor, USIM Nilai. ZON PULAU PINANG Anugerah Ketua Pengarah : Nurul Balqis Binti Abdul Nasir Anugerah Usahawan : Nurul Anis Binti Shamsudin Anugerah Pelajar Cemerlang (Kohort 6) : Nurul Balqis Binti Abdul Nasir Anugerah Pelajar Cemerlang (Kohort 5) : Muhammad Danish Imran Bin Jaáfar ASPIRASI PENA 2023 29


PROGRAM : BENGKEL SEMAKAN DATA LULUSAN KOLEJ KOMUNITI ZON PULAU PINANG LULUSAN FEBRUARI 2023 (KOHORT 6) TARIKH : 15 FEBRUARI 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI Bengkel Pemgumpulan dan Semakan Data telah diadakan di Kolej Komuniti Nibong Tebal bagi Lulusan Kolej Komuniti Zon Pulau Pinang. Kolej Komuniti Nibong Tebal dilantik sebagai pengelola Bengkel Zon Pulau Pinang dan dilaksanakan oleh Pegawai Peperiksaan, Pn Norlia Binti Md Bidi selaku Pegawai Teknikal Kolej Komuniti. Bengkel ini melibatkan semua Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti Pulau Pinang. Bengkel Semakan Data Lulusan Februari 2023 (Kohort 6) telah diadakan pada 15 Februari 2023. ASPIRASI PENA 2023 30


PROGRAM : MESYUARAT JAWATANKUASA PEPERIKSAAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL SESI II 2022/2023 TARIKH : 13 JULAI 2023 KHAMIS TEMPAT : BILIK MESYUARAT KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Peringkat Kolej Komuniti Nibong Tebal Bil.2/2023 telah dilaksanakan pada 13 Julai 2023, Khamis. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah KKNT dan semua pensyarah terlibat dalam mesyuarat tersebut bagi membincangkan isu-isu berkaitan penilaian pelajar bagi Sesi II 2022/2023. Mesyuarat tersebut mengesahkan data bagi lulusan ini dan membincangkan perancangan Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 yang akan dilaksanakan. Laporan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) bagi Unit Peperiksaan juga telah dibentangkan. ASPIRASI PENA 2023 31


PROGRAM : MESYUARAT JAWATANKUASA PEPERIKSAAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL SESI I 2022/2023 TARIKH : 19 JANUARI 2023 KHAMIS TEMPAT : BILIK MESYUARAT KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Peringkat Kolej Komuniti Nibong Tebal Bil.1/2023 telah dilaksanakan pada 19 Januari 2023 (Khamis) jam 10.00 pagi bertempat Bilik Mesyuarat KKNT. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah dan semua pensyarah terlibat bagi membincangkan isu-isu dan permasalahan pelajar. Agenda : 1. Aluan Pengerusi 2. Pembentangan Minit Mesyuarat 3. Pembentangan dan pengesahan Keputusan Peperiksaan Semester I 2022/2023 4. Pengesahan Markah Latihan Industri 5. Pembentangan CLO dan PLO - KPro 6. Hal-hal lain Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah: 1. Pencalonan pelajar AKP dan APC bagi lulusan Konvokesyen Tahun 2023 2. Tahap keberkesanan kaedah pembelajaran yang dijalankan. 3. Penyelarasan nota-nota pembelajaran bagi semester seterusnya. 4. Mengenalpasti pelajar yang perlu diberi perhatian 5. Maklumbalas kurikulum 6. CQI - Penambahbaikan Kualiti Berterusan 7. Pelaporan SPAK (Sistem Penasihatan Akademik) 8. Cadangan ujian psikologi kaedah gaya pembelajaran pelajar. 9. Masalah disiplin pelajar cadangan penyelesaian. 10. Penyelarasan Jadual Kelas Sesi II 2022/2023 11. Calon pemilihan JPP berdasarkan prestasi penilaian dan Ujian Psikologi Kepimpinan ASPIRASI PENA 2023 32


Telah berlangsung Bengkel Persediaan Pengauditan Intrepretasi Instrumen Penaziran Akademik (PeNA) pada 27 Jun 2023 (Selasa). Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian sebagai pemantapan pengetahuan pensyarah dalam sistem akademik di Kolej Komuniti. Bengkel ini menampilkan Cik Nurul Syifa, Pn. Emyzatul, Pn. Norlia dan Pn. Nur Sabrina sebagai penceramah. Antara pengisian bengkel ini adalah pemantapan pengetahuan mengenai Hasil Pembelajaran Program (HPP), Hasil Pembelajaran Kursus (HPK), Kluster MQF 2.0, Domain Pembelajaran dan lain-lain garis panduan lebih terperinci. Bengkel seumpama ini adalah kali kedua diadakan pada tahun 2023 untuk memastikan para pensyarah memahami dan mengaplikasikan garis panduan kurikulum dalam PdP masing-masing dan juga sebagai persediaan menghadapi Audit Penaziran Akademik pada 4 Julai 2023. Dapatan daripada Audit iPeNA, Unit Peperiksaan telah dinilai dan mendapat markah 100% dan penemuan Amalan Baik iaitu Penggunaan Lembaran Markah Google Drive (PB). ASPIRASI PENA 2023 33 PROGRAM : BENGKEL PERSEDIAAN PENGAUDITAN INSTRUMEN PENAZIRAN AKADEMIK (PENA) DAN TAKLIMAT AMALAN BAIK RANCANGAN MENGAJAR & PEMANTAPAN OBE TARIKH : 27 JUN 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI


Bengkel Pengumpulan dan Semakan Data telah diadakan di Kolej Komuniti Nibong Tebal bagi Lulusan Kolej Komuniti Zon Pulau Pinang. Kolej Komuniti Nibong Tebal dilantik sebagai pengelola Bengkel Zon Pulau Pinang dan dilaksanakan oleh Pegawai Peperiksaan, Pn. Norlia Binti Md Bidi selaku Pegawai Teknikal Kolej Komuniti. Bengkel ini melibatkan semua Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti Pulau Pinang. Bengkel Semakan Data Lulusan Sesi II 2022/2023 diadakan pada 25 Julai 2023. ASPIRASI PENA 2023 34 PROGRAM : BENGKEL SEMAKAN DATA LULUSAN KOLEJ KOMUNITI ZON PULAU PINANG LULUSAN II 2022/2023 TARIKH : 25 JULAI 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI


Taklimat Peperiksaan / Penilaian Akhir bagi Sesi I 2023/2024 telah berlangsung pada Tarikh : 08 Disember 2023 (Jumaat) Tempat : Bilik Kuliah 6 Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Norlia Binti Md Bidi selaku Pegawai Peperiksaan. Taklimat telah disampaikan kepada semua pelajar berkaitan dengan prosedur berkaitan proses peperiksaan akhir bagi Sijil Kulinari dan juga pengemaskinian maklumat diri dalam sistem CCMS. ASPIRASI PENA 2023 35 PROGRAM : TAKLIMAT PEPERIKSAAN/PENILAIAN AKHIR SESI I 2022/2023 TARIKH : 08 DISEMBER 2023 TEMPAT : BILIK KULIAH 6A DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI


Sekitar Taklimat Unit Peperiksaan dan Outcome Based Education (OBE) bagi Sesi I 2023/2024 yang disampaikan oleh Pegawai Peperiksaan Puan Norlia Binti Md Bidi kepada pelajar ambilan baharu sempena Minggu Aspirasi Siswa. ASPIRASI PENA 2023 36 PROGRAM : TAKLIMAT UNIT PEPERIKSAAN DAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) BAGI SESI I 2023/2024 TARIKH : 24 OGOS 2024 TEMPAT : BILIK KULIAH 6A DISEDIAKAN OLEH : PUAN NORLIA BINTI MD BIDI


ASPIRASI PENA 2023


ASPIRASI PENA 2023 4337 PROGRAM : AUDIT DALAM INSTRUMEN KESEPUNYAAN DAN KESERAKANAN KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL TAHUN 2023. TARIKH : 4 - 6 DISEMBER 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD HAFIZE BIN ARIFIN


Click to View FlipBook Version