The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linyamie, 2023-11-29 00:31:30

2023 Persaraan Cikgu Noraini

Persaraan Cikgu Noraini

Keywords: pencen,persaraan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat & inayahNya saya dapat mencoretkan sepatah dua kata dalam buku ini untuk tatapan kita bersama. Sebagai seorang warga pendidik yang berkhidmat selama 33 tahun 11 bulan 27 hari, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesihatan yang baik dan terus dapat berkhidmat hingga ke hari ini. Alhamdulillah, walaupun selepas ini saya bukan lagi ‘guru berjawatan’ tetapi gelaran ‘guru’ akan saya bawa ke mana-mana dan terus mencurahkan bakti saya kepada yang memerlukan. Pekerjaan sebagai seorang guru adalah pekerjaan yang mulia. Guru berperanan mendidik anak-anak murid tidak kira asal keturunan, pangkat dan darjat, miskin atau kaya, agama dan juga bangsa. Tanggungjawab yang tiada sempadan ini menjadikan guru seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai tahap komitmen yang amat tinggi serta tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran tidak kira guru itu berkhidmat di bandar ataupun di luar bandar. Peranan guru pada zaman ini adalah lebih mencabar sejajar dengan dasar-dasar baru kerajaan untuk melahirkan pelajar yang holistik demi masa depan negara. Justeru, guru seharusnya akur dengan perubahan masa dan bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu terutama dalam era sains dan teknologi ini. Kita bermula dengan guru biasa namun guru biasa inilah yang telah melahirkan banyak cendekiawan di alam maya ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan membimbing saya dalam menjalankan tugas seharian. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin hingga ke hari persaraan saya. Panggilan keramat ‘cikgu’ tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat saya. In Shaa Allah... Sekian Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang benar NORAINI BINTI AB RAHIM


Tanggal 19 Oktober 1965 bertempat di Kota Bharu, Kelantan, lahirlah seorang puteri sulung daripada lapan adik-beradik bagi pasangan Encik Ab Rahim bin Che Talib dan Puan Ramlah binti Yaacob. Anak tersayang, Noraini diasuh dan dididik dengan kasih sayang, diberi ilmu dan didikan yang sempurna serta dipupuk dengan disiplin yang tinggi oleh kedua ibu bapa beliau. Memulakan pendidikan awal di SK Sungai Embak, Kuala Krai bermula tahun 1972. Beliau meneruskan pengajian di peringkat menengah di SMK Kuala Krai pada tahun 1978. Kemudian beliau menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Kamil Pasir Putih pada tahun 1983. Berbekalkan keputusan yang cemerlang, beliau telah ditawarkan untuk mengikuti Kursus Diploma Pendidikan Sains di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 3 tahun bermula tahun 1985 sehingga tahun 1988. Pada 16 April 1992, beliau mendirikan rumahtangga dengan cinta hatinya Encik Mohd Rozani bin Othman. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Amirul Arif (30 tahun), Muhammad Asyraf (29 tahun), Muhammad Adib (24 tahun), Muhammad Danial (21 tahun) dan Muhammad Syakir (18 tahun). Sejarah perkhidmatan beliau dalam pendidikan bermula di SMK Manik Urai (3.12.1989-31.12.1992). Selain daripada itu, beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah lain iaitu SMK Kompleks Mengabang Telipot (1993-2003), SK Jalan Kebun Lama, Klang (2004-2009) dan SK Rhu Sepuluh (2009-2010) Pada tahun 2011, beliau telah berpindah ke SK Padang Kemunting yang merupakan sekolah terakhir beliau sehinggalah ke detik persaraan ini. Tanpa mengira usia, Cikgu Noraini Ab Rahim terus mengorak langkah lebih jauh dengan meneruskan pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Matematik pada tahun 2012-2016 di IPGKDRI dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) dibawah KPM secara PJJ ketika berumur 47 tahun. Cikgu Noraini Ab Rahim seorang pendidik yang lemah lembut dan penyayang tetapi tegas dalam mendidik murid-muridnya. Beliau juga sentiasa mempamerkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Justeru itu, beliau telah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2002 di SMK Kompleks Mengabang Telipot dan tahun 2015 di SK Padang Kemunting sebagai tanda penghargaan jasa dan pengorbanan beliau dalam dunia pendidikan selama 33 tahun11 bulan 27 hari.


10:00 pagi : Murid berkumpul & mengambil tempat untuk perarakan Ketibaan para tetamu jemputan 10:30 pagi : Ketibaan yang dirai Cikgu Noraini binti Ab Rahim : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa Ustaz Haji Mahadzir bin Othman : Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Adik Tuan Alif Daniel bin Tuan Mohd Anuar : Ucapan Wakil Murid Adik Qist Rumaysa binti Mohd Syafiq : Ucapan Guru Besar Cikgu Hajah Husni binti Yusof : Ucapan PPDKN Cikgu Hassin bin Mohd Din : Persembahan Multimedia & Bacaan Biodata : Ucapan yang dirai Cikgu Noraini binti Ab Rahim : Persembahan Murid : Acara Memotong Pulut Kuning : Penyampaian Hadiah/Cenderahati : Sesi Fotografi : Majlis bersalam-salaman : Punch Card Terakhir/Murid Bersurai : Jamuan Guru & VIP 1:00 t/hari : Bersurai “ Send Off ”


ATUR CARA PENTADBIRAN BUKU PROGRAM Cikgu Norlinda binti Mohammad “BUNTING” Cikgu Noor Salihah binti Wan Hassan JEMPUTAN/SURAT-MENYURAT Puan Nor Azita binti Jusoh Puan Norlita binti Mat Ali Tuan Haji Ambak bin Ismail KOMPANG/BUNGA MANGGAR Cikgu Mohamad Asri bin Mat Amin Ustazah Asmahan binti Haris Fadzillah PENYAMBUT TETAMU Cikgu Hajah Husni binti Yusof Ustaz Sa’ari bin Husin Cikgu Wan Mardie bin Wan Yusof Cikgu Nasri bin Mohamad Cikgu Norhaya binti Yusof Encik Muhammad Nazri bin Ismail (YDP) Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar (NYDP) Cikgu Mat Sabri bin Ismail (Pengerusi KGK) PENGERUSI MAJLIS Cikgu Mohamad Nor bin Awang Ustazah Siti Noraishah binti Abdul Mutalib BACAAN DOA Ustaz Haji Mahadzir bin Othman BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN Ustaz Mohd. Badri bin Abu Bakar PENGERUSI: Cikgu Hajah Husni binti Yusof TIMBALAN PENGERUSI: Cikgu Nasri bin Mohamad NAIB PENGERUSI 1: Cikgu Wan Mardie bin Wan Yusof NAIB PENGERUSI 2: Ustaz Sa’ari bin Husin NAIB PENGERUSI 3: Cikgu Norhaya binti Yusof PENGERUSI KGK: Cikgu Mat Sabri bin Ismail PENYELARAS: Cikgu Norlinda binti Mohammad SETIAUSAHA: Ustazah Siti Noraishah binti Abdul Mutalib BENDAHARI: Cikgu Siti Ainsah binti Hussin


TEKS UCAPAN MURID & BIODATA YANG DIRAI Cikgu Rosdilla binti Sari MONTAJ / TAYANGAN MULTIMEDIA Ustazah Nuur Hana binti Ismail SIAR RAYA Cikgu Faizal bin Md. Zin Ustaz Ahmad Hisham bin Usoh@Yusoff PERSEMBAHAN MURID /GURU Cikgu Munirah binti Mohamad Cikgu Faizal bin Md. Zin Ustazah Nuur Hana binti Ismail (Muzik) PENTAS/BACKDROP & KERETA BERHIAS Cikgu Rosmawani binti Sapia’in Ustazah Subihah binti Jusoh Cikgu Siti Nur Farhanah binti Omar Baki Ustaz Muhamad Rizal bin Abu Seman Puan Noor Shafawati binti Hashim Pekerja Swasta PERSIAPAN TEMPAT Ustaz Haji Zainuddiyar@Mohd Nazimi Abd Manan Cikgu Zawawi bin Omar Cikgu Juhaimi bin Jaafar Ustaz Roslan bin Omar Pekerja Swasta HADIAH & CENDERAHATI Cikgu Noor Salihah binti Wan Hassan Cikgu Siti Ainsah binti Hussin Cikgu Norhazini binti Mokhtar Cikgu Siti Zaharah binti Jaffar Cikgu Pasidah binti Muda Ustazah Faridatul Aini binti Alias Ustazah Siti Adawiyah binti Otheman Ustazah Norkamilah binti Mohamad PERARAKAN & KAWALAN MURID Ustaz Roslan bin Omar Cikgu Mohamad Asri bin Mat Amin Cikgu Zawawi bin Omar Cikgu Juhaimi bin Jaafar Ustaz Safwan bin Zakaria Puan Siti Zuliana binti Johan Puan Masmira binti Md Sharif Puan Rohaida binti Embong Puan Nurul Nadiera binti Hashim JURUFOTO Ustaz Mohd Shaifudin bin Ibrahim Cikgu Mohammad Izatt Mustaqim Mohamed Taha Cikgu Munirah binti Mohamad (Video) DOKUMENTASI Ustazah Siti Noraishah binti Abdul Mutalib JAMUAN Cikgu Asmalainie binti Asli (Murid) Cikgu Junaidah binti Yunus@Junus (Guru & VIP) Cikgu Sarina binti Othman Ustazah Zainun binti Awang Ustazah Silawati binti Jusoh Ustazah Nur Syamila Farhana binti Mohd Norizan Ustazah Siti Noor Ayuni binti Mohd Ghazali


Guru ibarat sang mentari Hilang dicari hadirnya ceria jati diri Guru ibarat permata Sinarnya terselah merata-rata Guru ibarat lampu elektrik Mengajar mendidik tanpa serik Guru ibarat sesudu gula Kemanisannya diingat sampai bila-bila Guru ibarat bintang cemerlang Walau pun bersara jasamu tetap dikenang


Jasamu Tetap Dikenang... Segala bakti yang engkau curahkan mengajar mendidik anak bangsa segala jasa yang engkau taburkan menjadi kenangan tak akan kami lupakan Engkau laksana pelita di malam gelita memancarkan sinar sepenuh rela jiwamu tabah hatimu cekal kasihmu dan semangatmu berkobar yang tak pernah mengenal erti putus asa yang tak pernah meminta puji dan puja Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami sepanjang hayat mekar di sudut hati tiap sepatah katamu mengisi erti tiap madahmu mengandungi hikmat pembentuk peribadi penegak kebenaran pengatur hidup petunjuk kebahagiaan Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan terkumpul dari seribu hati menjadi satu menadah tangan dengan doa restu kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan kepadamu yang berjiwa mulia pembimbing petunjuk ke arah maju jaya Jujur dan ikhlas engkau berbakti di kota di hujung pelusuk negeri cekal dan tabah menempuh dugaan hidupmu bagaikan pelita di tengah malam membakar diri menerangi yang kelam


Click to View FlipBook Version