The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin Versi 1.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JTM MPJ, 2023-10-10 04:14:42

Jasin Smart City

Buku Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin Versi 1.0

Keywords: Jasin Smart City,Bandar Pintar Jasin

ISI KANDUNGAN Struktur Tadbir Urus MPJ Struktur Urus Bandar Pintar Jasin Peranan Jawatankuasa Bandar Pintar Jasin 33 34 35 Pelan Tindakan Kerajaan Pintar Pelan Tindakan Ekonomi Pintar Pelan Tindakan Mobiliti Dan Infrastruktur Digital Pintar Pelan Tindakan Kehidupan dan Komuniti Pintar Pelan Tindakan Persekitaran Pintar 14 17 19 23 27 Visi Dan Misi Objektif Komponen Bandar Pintar Teras Pembangunan Bandar Pintar Jasin Rumusan Strategi, Program dan Indikator Sasaran Senarai Pendek 8 8 9 10 11 12 Jasin - Selayang Pandang Daerah Kecil dan Mukim Definasi Bandar Pintar Kepentingan Bandar Pintar Hierarki Perancangan dan Pembangunan Negara Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia Blueprint Melaka Digital 2035 2 3 4 4 4 5 6 Pengenalan Sesi Libat Urus Perutusan YB Sains, Teknologi, Inovasi Dan Komunikasi Digital Negeri Melaka Kata Aluan Yang Dipertua MPJ i ii iv v


PENGENALAN Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 adalah satu inisiatif yang dirangka untuk dijadikan panduan dalam membangunkan bandar Jasin sebagai sebuah bandar yang pintar dan berdaya saing. Pelan tindakan ini bertujuan untuk menghadapi cabaran dan peluang yang akan muncul pada tahun 2035 dan seterusnya. Pelan ini dirangka selari dengan Blueprint Melaka Digital 2035 dan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia melalui dua aspek utama iaitu teknologi dan pembangunan bersepadu. Dalam aspek teknologi, pelan ini akan merangka pembangunan infrastruktur digital serta teknologi terkini kepada penduduk dan perniagaan di Jasin. Ini termasuklah kemudahan akses internet pantas, rangkaian pintar bukan sahaja di bandar tetapi juga bg penduduk dikawasan luar bandar. Selain itu, pelan ini juga bukan saja memberi tumpuan kepada pembangunan bersepadu dalam bidang ekonomik yang inklusif, dinamik dan berkembang maju tetapi turut serta mengekalkan warisan budayanya yang unik. Pelan diharap mampu mendorong pertumbuhan industri inovatif dan berdaya saing tinggi di Jasin sekaligus mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan penduduk. Dalam usaha mencapai matlamat pelan ini, komitmen yang berterusan dan usaha bersepadu oleh semua pihak adalah penting dalam merealisasikan impian untuk menjadikan Jasin sebagai sebuah bandar pintar yang dinamik, mampan dan berdaya tahan. i


SESI LIBAT URUS Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 ii


iii


PERUTUSAN EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL NEGERI MELAKA YB DATUK FAIRUL NIZAM BIN ROSLAN Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia, Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat. Tahniah diucapkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin dan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Jasin atas usaha membangunkan Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035. Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 ini mencerminkan visi dan misi yang jelas dalam mencorakkan Jasin menjelang tahun 2035. Pelan ini disediakan untuk memastikan seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin terus berkembang pesat, menjadi tempat yang lebih baik untuk penduduknya dan generasi akan datang. Pelan ini memberi hala tuju yang mapan dalam membangunkan infrastruktur digital, sistem pengangkutan, sistem ekonomi, kelestarian alam dan kehidupan sosial warganya. Kepada seluruh warga Jasin, marilah kita bersamasama menyokong pelan ini dengan penuh semangat dalam usaha Majlis Perbandaran Jasin untuk menjadikan Jasin sebagai tempat yang dinamik, lestari, pintar dan berdaya saing. Tahniah kepada Majlis Perbandaran Jasin dan semua jabatan dan agensi di dalam daerah Jasin atas usaha dan kerjasama semua dalam menerbitkan pelan ini. Semoga usaha ini akan memberi manfaat yang besar kepada Jasin dan seluruh komunitinya. Sekian, terima kasih. Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 iv


KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN JASIN YBrs. TUAN ROSEMANIZAM BIN MOHAMMED NALIF Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, buku PPelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 akhirnya berjaya diterbitkan secara rasmi. Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 merupakan sebuah dokumen perencanaan yang menguraikan langkah-langkah konkrit yang akan diambil oleh Majlis Perbandaran Jasin dalam rangka mengembangkan dan mengimplementasikan konsep bandar pintar di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin. Dokumen ini dibangunkan untuk memandu dan memacu pembangunan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin mengikut hala tuju bandar pintar dengan memperincikan strategi, program, inisiatif, dan sasaran yang harus dicapai dalam beberapa tahun ke depan menjelang 2035. Melalui pelan ini, Jasin dijangka akan memiliki sistem pengangkutan awam yang lebih efisien, capaian internet dan komunikasi yang lebih efisien, pembangunan infrastruktur digital yang lebih cepat dan terancang, sistem perniagaan yang lebih baik dan persekitaran kehidupan warganya yang lebih selamat dan selesa. Pelan ini menzahirkan komitmen Majlis Perbandaran Jasin kepada seluruh warga Jasin untuk memastikan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin membangun seiring kepesatan teknologi semasa. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah memberi kerjasama yang penuh dalam usaha Majlis Perbandaran Jasin untuk membangunkan dokumen Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035. Komitmen dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar kita dapat merealisasikan semua impian yang telah didokumenkan melalui pelan ini. Sekian, terima kasih. v


01 ˆ Jasin - Selayang Pandang ˆ Daerah Kecil dan Mukim ˆ Definasi Bandar Pintar ˆ Kepentingan Bandar Pintar ˆ Hierarki Perancangan dan Pembangunan Negara ˆ Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia ˆ Blueprint Melaka Digital 2035


JASIN- SELAYANG PANDANG Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin. Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%) dalan negeri Melaka, diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (bahagian barat), Daerah Muar, Johor (bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (bahagian utara). Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim. Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar. Pembangunan di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian. Jumlah keseluruhan 678 Kawasan MPJ (KM Persegi) Peratus Keluasan 41.47 Daerah Jasin Kawasan Parlimen 2 Di Bawah Tadbiran MPJ Mukim Di Bawah 20 Tadbiran MPJ Dun Di Bawah 6 Tadbiran MPJ Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 2


DAERAH KECIL DAN MUKIM-MUKIM Pada masa kini, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin meliputi satu (1) Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sg. Rambai dan 19 mukim, yang merangkumi 13 pusat petempatan utama. Mukim yang terbesar dalam kawasan kajian ialah Mukim Nyalas dengan keluasan 8,066.34 hektar manakala Mukim Tedong merupakan mukim yang terkecil dengan keluasan 254.79 hektar. 3


“Bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemajuan teknologi untuk menangani isu-isu perbandaran dan meningkatkan tahap kehidupan, pertumbuhan ekonomi, kemampanan alam sekitar dan pengurusan bandar yang lebih efisien dan selamat” Sumber : Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM) 2019-2025 KEPENTINGAN BANDAR PINTAR Mengatasi cabaran bandar yang timbul dari pembandaran yang pesat DEFINASI BANDAR PINTAR HIERARKI PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA Memenuhi agenda Nasional dan Global Menerima pakai trend pembangunan global yang baru Mempromosikan ekonomi Meletakkan bandar di Malaysia setanding dengan bandar besar lain Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 4


RANGKA KERJA BANDAR PINTAR MALAYSIA RKBPM 2019-2025 merupakan dokumen peringkat negara atau kementerian yang menggariskan dasar bagi memandu pelaksanaan dan pembangunan bandar pintar di Malaysia bagi menangani cabaran perbandaran dan meletakkan kedudukan bandar-bandar di Malaysia setaraf dengan bandar pintar global Rangka Kerja Peringkat Nasional yang berperanan sebagai panduan dan rujukan khususnya kepada PBT, PBN, Kementerian & Jabatan, Pemain Industri, Ahli Akademik serta pihak berkepentingan untuk merancang dan membangunkan bandar pintar yang holistik di Malaysia. Polisi Bandar Pintar 16 Strategi Bandar Pintar 36 Domain Pintar 7 Inisiatif Bandar Pintar 112 7 Agenda Utama 5


BLUEPRINT MELAKA DIGITAL 2035 Blueprint Melaka Pintar 2035 (SMB2035) ialah dokumen strategi yang disediakan oleh negeri Melaka berfungsi sebagai panduan bagi transformasi digital Melaka serta mengekalkan warisan budayanya yang unik dan ekonomik yang inklusif, dinamik dan berkembang maju. 20 Strategik Pelan Tindakan 78 Projek Jangka Pendek 22 Pemacu Perubahan 4 Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 6


02 ˆ Visi Dan Misi ˆ Objektif ˆ Komponen Bandar Pintar ˆ Teras Pembangunan Bandar Pintar Jasin ˆ Rumusan Strategi, Program dan Indikator Sasaran ˆ Senarai Pendek


MISI DAN VISI BANDAR PINTAR MAJLIS PERBANDRAAN JASIN Fokus pelaksanaan bandar pintar di daerah Jasin adalah mewujudkan persekitaran yang pintar, selamat, dan berinovasi melalui penerapan teknologi digital meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menggalakkan pembangunan berkelanjutan melalui pendekatan bandar pintar. Visi dan Misi Pelan Tindakan Bandar Pintar MPJ 2024-2035 adalah seperti berikut: Jasin ke arah bandar pintar yang lebih efisien dan berorientasikan perkhidmatan digital kepada rakyat secara menyeluruh Komited untuk memajukan perbandaran melalui pengembangan infrastruktur digital dan implementasi Teknologi IOT di dalam semua sektor termasuk sistem pengangkutan, sistem rangkaian dan sistem kehidupan OBJEKTIF BANDAR PINTAR MAJLIS PERBANDRAAN JASIN Meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan digital bagi menangani pelbagai jurang digital melalui inisiatif pendigitalan. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan masyarakat pintar melalui digitalisasi dan inovasi bagi menyokong pembangunan bandar pintar secara efektif dan inklusif. Menyediakan pembangunan bandar yang lestari serta mesra alam seiring pembangunan mampan dalam mewujudkan masyarakat rendah karbon. Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 8


KOMPONEN BANDAR PINTAR Pembangunan Bandar Pintar di Malaysia memberi penekanan kepada tujuh (7) komponen utama iaitu Smart Economy, Smart Living, Smart Environment, Smart People, Smart Governance, Smart Mobility dan Smart Digital Infrastructure. y Pendigitalan Dokumentasi Dan Perkhidmatan Perbandaran y Perkongsian, Intergrasi Data Dan Data Terbuka y Pengukuhan Tadbir Urus dan Keselamatan Siber KERAJAAN PINTAR y Pembangunan Aplikasi Bersepadu y Pemerkasaan Pembayaran Tanpa Tunai EKONOMI PINTAR y Pengurusan Trafik dan Pengangkutan Pintar y Pengurusan Pengangkutan Mesra Alam INFRASTRUKTUR DIGITAL PINTAR y Peningkatan Kualiti Sistem Komunikasi dan Tahap Liputan y Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi MOBILITI PINTAR y Komuniti Pintar y Pendidikan Berteraskan Pembangunan Modal Insan Berkemahiran Teknologi Digital KOMUNITI PINTAR y Pendigitalan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan y Pemerkasaan Tahap Keselamatan Komuniti KEHIDUPAN PINTAR y Pengurusan Alam Sekitar dan Risiko Bencana y Pemerkasaan Pengurusan Tenaga Pintar y Bandar Mampan dan Rendah Karbon PERSEKITARAN PINTAR 9


Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 TERAS PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR JASIN Teras pembangunan dan keperluan bandar pintar adalah berbeza mengikut bandar. Dalam konteks global, bandar pintar digunakan sebagai salah satu pendekatan untuk menangani isu-isu perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. 10


RUMUSAN STRATEGI, PROGRAM DAN INDIKATOR SASARAN Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 telah menggariskan 15 Strategi, 33 Indikator dan 48 program yang meliputi 7 Program Jangka Masa Pendek (2024-2027), 11 Program Jangka Masa Sederhana (2024-2030) serta 30 Program Jangka Masa Panjang (2024-2035) berdasarkan kepada 7 Komponen Bandar Pintar bagi meneracu pembangunan Bandar Pintar Jasin yang komprehensif selari perkembangan teknologi yang dinamik. 15 Strategi PERSEKITARAN PINTAR 2 STRATEGI 12 PROGRAM 5 INDIKATOR EKONOMI PINTAR 1 STRATEGI 7 PROGRAM 7 INDIKATOR KERAJAAN PINTAR 3 STRATEGI 11 PROGRAM 5 INDIKATOR MOBILITI DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL PINTAR 5 STRATEGI 9 PROGRAM 7 INDIKATOR KEHIDUPAN DAN KOMUNITI PINTAR 4 STRATEGI 9 PROGRAM 7 INDIKATOR 48 PROGRAM 7 PROGRAM JANGKA PENDEK 11 PROGRAM JANGKA SEDERHANA 30 PROGRAM JANGKA PANJANG 11


Perkhidmatan pembayaran secara dalam talian. Perkongsian data Majlis Perbandaran Jasin yang telah dianalisa kepada pihak berkepentingan melalui media sosial MPJ Perkongsian data secara interaktif dengan pihak berkepentingan di sudut informasi lobi MPJ Mendigitalkan dokumen pentadbiran Mewujudkan suatu platform perkongsian dokumen terbuka (cloud / drive) Memperkukuh penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus keselamatan siber Membangunkan sistem sewaan dewan MPJ permohonan permit mendirikan khemahPermohonan gotong-royong SENARAI PROJEK 7 PROGRAM JANGKA PENDEK 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 12


03 ˆ Pelan Tindakan Kerajaan Pintar ˆ Pelan Tindakan Ekonomi Pintar ˆ Pelan Tindakan Mobiliti Dan Infrastruktur Digital Pintar ˆ Pelan Tindakan Kehidupan dan Komuniti Pintar ˆ Pelan Tindakan Persekitaran Pintar


KERAJAAN PINTAR STRATEGI 1 MELUASKAN SKOP KERAJAAN DIGITAL DAN MENINGKAT KUALITI UNTUK MENGOPTIMUMKAN PERKHIDMATAN BIL PROGRAM AKTIVITI/INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Pembangunan aplikasi bersepadu untuk kegunaan pelanggan MPJ 1. Penentuan skop dan spesifikasi projek serta kaedah pembiayaan kos 2. Pelantikan vendor/ perunding/ in-house 3. Pelancaran, publisiti dan perluasan projek 4. Pemantauan dan penilaian (GV - 23) Aplikasi bersepadu MPJ yang mengandungi sekurang-kurangnya 6 modul utama iaitu: 1. Cukai taksiran 2. Caruman Bantu Kadar 3. Sewaan 4. Lesen perniagaan 5. Kompaun 6. Permit bangunan sementara 2024 2028 PTM 2. Mengemaskini laman sesawang atau portal MPJ untuk kegunaan pelanggan MPJ Mengemaskini laman sesawang MPJ (GV - 23) Dikemaskini sekurangkurangnya sekali seminggu atau mengikut keperluan 2024 2028 PTM 3. Perkhidmatan pembayaran secara dalam talian 1. Kaedah pembayaran secara dalam talian diperluaskan 2. Menambah perkhidmatan yang boleh dibayar secara dalam talian (FNC - 22) Pelanggan menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam talian sepenuhnya 2024 2024 PW 4. Perkhidmatan di MPJ dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya (end to end) Pelantikan pembekal sistem untuk penambahan modul perkhidmatan dalam talian (GV - 24) 80% perkhidmatan yang disenarai dalam Piagam Pelanggan MPJ dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya. 2024 2028 PTM Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 14


KERAJAAN PINTAR STRATEGI 2 MELUASKAN PLATFORM PERKONGSIAN DATA DI ANTARA JABATAN KERAJAAN DAN SWASTA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG LEBIH CEPAT DAN TEPAT BIL PROGRAM AKTIVITI/INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Perkongsian data Majlis Perbandaran Jasin yang telah dianalisa kepada pihak berkepentingan melalui media sosial MPJ 1. Perancangan bersama pembekal sistem 2. Pelaksanaan dan publisiti (GV - 23) Sekurang-kurangnya 1 set data setahun 2024 2025 PKM 2. Perkongsian data secara interaktif dengan pihak erkepentingan di sudut informasi lobi MPJ 1. Perancangan bersama pembekal sistem 2. Pelaksanaan dan publisiti (GV - 23) Sekurang-kurangnya 1 set data sebulan 2024 2024 PKM 15


KERAJAAN PINTAR STRATEGI 3 MENGUKUHKAN STRUKTUR TADBIR URUS SECARA BERTERUSAN DENGAN MEMPERTINGKATKAN AMALAN TADBIR URUS YANG BAIK BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Mendigitalkan dokumen pentadbiran Memo dan dokumen disediakan dalam talian (GV - 23) Penggunaan oleh semua kakitangan 2024 2024 PP 2. Mewujudkan suatu platform perkongsian dokumen terbuka (cloud / drive) Memo dan dokumen disediakan dalam talian (GV - 23) Penggunaan oleh semua kakitangan 2024 2024 PP 3. Memperkukuh penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus keselamatan siber Mempertingkan keupayaan keselamatan siber (firewall/ anti virus) (GV - 26) Mengurangkan ancaman penggodam 2024 2024 PTM 4. Membangunkan C o m m a n d Centre MPJ Penyediaan Command Centre (CC) MPJ (GV - 26) Penyediaan kemudahan Command Centre MPJ di Tingkat 1 Bangunan Stor. 2026 2035 PTM / PDRM 5. Menyediakan dashboard analitik untuk Command Centre MPJ Pembangunan dashboard dan analisis data bagi mengenalpasti maklumat terperinci pelanggan MPJ (GV - 24) Data tunggakan bayaran seperti : y Cukai y Sewa y Lesen y Kompaun 2026 2035 PTM / PPH / PKP / PPK Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 16


EKONOMI PINTAR STRATEGI 1 MEMPERHEBAT EKONOMI DIGITAL MELALUI APLIKASI PINTAR DAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN DIGITAL BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Pelaksanaan permohonan dan semakan kelulusan secara atas talian Melaksanakan Sistem e-Lesen, sewaan, permit bangunan sementara untuk membuat permohonan/ pembaharuan lesen perniagaan/permit bangunan sementara/ sewaan gerai MPJ yang dilengkapi dengan fungsi bayaran secara atas talian (online) (GV - 23) 100% perlaksanaan ke atas pemohonpemohon baru • 2024 - 30 % • 2025 - 2028 - 60 % • 2029 - 2030 - 100% 2024 2030 PTM / PKP / PPH / PKB / JKT 2. Pemakluman berkaitan lesen/sewaan/ permit bangunan sementara secara dalam talian Melaksanakan pemakluman kelulusan dan maklumat semasa berkaitan lesen/sewaan/permit bangunan sementara secara SMS / Email (GV - 23) 100% pemakluman kelulusan secara SMS / Email • 2024 - 30 % • 2025 - 2028 - 60 % • 2029 - 2030 - 100% 2024 2028 PKP / PPH / PKB 3. Pelaksanaan aktiviti perniagaan dan pembayaran secara atas talian Pembayaran menggunakan e-Payment melalui aplikasi e-MPJ/ Jompay/ PBTpay/ Melakapay/ QRpay (FNC - 22) 100% pembayaran tanpa tunai • 2024 - 50 % • 2025 - 2028 - 100 % 2024 2028 PTM / PW 4. Pelaksanaan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan tanpa had masa Penyediaan kiosk bayaran dan perkhidmatan (FNC - 22) 1 kiosk dalam tempoh 5 tahun 2025 2035 PW / PTM 17


EKONOMI PINTAR STRATEGI 1 MEMPERHEBAT EKONOMI DIGITAL MELALUI APLIKASI PINTAR DAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN DIGITAL BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 5. Pelaksanaan polisi / dasar data terbuka kepada semua kontraktor / pembekal perkhidmatan Kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan MPJ perlu mengamalkan polisi / dasar data terbuka (ECN - 1) 100% kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan MPJ • 2024 - 2025 - 30 % • 2026 - 2030 - 30 % • 2031 - 2035 - 40% 2024 2035 PW / CIDB 6. Pembangunan sistem / aplikasi bagi pemantauan penyewaan premis milik MPJ Pembangunan aplikasi bagi membolehkan pengguna menyemak status penyewaan dan penyata akaun Sewa premis. (GV - 23) Golongan penyewa • 2024 - 2025 - 30 % • 2026 - 2030 - 30 % • 2031 - 2035 - 40% 2024 2035 PTM / PPH / JKT 7. Pembangunan sistem / aplikasi bagi pemantauan aktiviti perniagaan Pembangunan aplikasi myPatil membolehkan pemegang taruh (stake holder) mendapat maklumat yang terkini bagi urusan rekod dan pemantauan. (GV - 23) Golongan peniaga • 2024 - 2025 - 30 % • 2026 - 2030 - 30 % • 2031 - 2035 - 40% 2024 2035 PTM / PKP / PPK / PPH / PKB / JKT Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 18


MOBILITI DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL PINTAR STRATEGI 1 MEMPERKUKUHKAN INFRASTRUKTUR DIGITAL UNTUK MENINGKATKAN LIPUTAN, KUALITI PERKHIDMATAN DAN RANGKAIAN PERHUBUNGAN BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Perluasan Program ‘Smart Urban’ Pelaksanaan syaratsyarat Smart Urban kepada Pelan Kebenaran Merancang bagi syarat-syarat komponen (UP - 73) Kelulusan pelan di peringkat endorsement 2026 2035 PBD / PJ / PKB MOBILITI DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL PINTAR STRATEGI 2 MEMPERLUASKAN SKOP KESELAMATAN SIBER DALAM MENANGANI ANCAMAN KESELAMATAN MASA HADAPAN UNTUK TINDAK BALAS YANG BERKESAN BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Pendigitalan sistem street light Pemasangan lampu LED dilengkapi sensor dan rangkaian data bagi mengurangkan risiko vandalisme dan jenayah (EGY - 13) Perlaksanaan pemasangan lampu LED 20 unit di Bangunan MPJ 2026 2035 PJ / JKR / TNB Perlaksanaan pemasangan lampu LED 100 unit di Parkland Botanikal / Scientex 2026 2035 PJ / JKR / TNB 2. Peningkatan tahap keselamatan ICT Naiktaraf infrastruktur ICT supaya mematuhi piawaian keselamatan siber (SF - 40) • Kajian naiktaraf dilaksanakan pada setiap tahun • Security Posture Assessment dilaksanakan pada setiap tahun 2024 2035 PTM 19


MOBILITI DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL PINTAR STRATEGI 3 MENINGKATKAN PENGGUNAAN SOLUSI TEKNOLOGI UNTUK PENGANGKUTAN AWAM DAN LOGISTIK BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Pelaksanaan sistem ‘Smart Parking’ Penyediaan aplikasi untuk kupon digital melalui aplikasi GOPAYY (GV - 24) Pembayaran letak kereta secara digital melalui aplikasi (TnGo, FPX, Kad kredit/debit , ewallet, QR Pay) (TR - 63) Fasa 1 (2024-2027) y Bandar Merlimau y Bandar Jasin Fasa 2 (2028-2035) Kesemua Bandar & Pekan Kecil Dalam Daerah Jasin 2024 2035 PTM / PPK / PJ Pembayaran secara digital melalui aplikasi (TnGo, FPX, Kad kredit/ debit , ewallet, QR Pay) (TR - 62) Bayaran seperti : y Kompaun y Cukai y Sewaan y Kupon Letak Kereta 2024 2035 PTM / PPK / PJ Pemasangan Kiosk Digital bagi pelbagai bayaran agensi (cukai tanah, bil utiliti, PBT Negeri Melaka) (FNC - 22) Pemasangan Kiosk Digital 1 unit di kawasan pejabat MPJ 2024 2035 PTM / PPK / PJ Pemakaian Body Worn Camera (SF - 37) Penggunaan Body Worn Camera 12 unit untuk kakitangan Jabatan Penguatkuasaan 2024 2035 PTM / PPK / PJ Kaedah Penguatkuasaan letak kereta secara digital (ECN - 3) Penggunaan aplikasi GOFORCE 2024 2035 PTM / PPK / PJ 2. Penyediaan kemudahan ‘Smart e-Healing Station’ Pemasangan wifi melalui sambungan gentian optik bagi menyebarluas capaian internet kepada premis-premis (TR - 60) • Bandar Jasin (1) • Bandar Jasin Bestari (1) • Parkland Botanikal (3) • Scientex (3) • Bandar Baru Merlimau Utara (2) 2025 2035 PBD / PJ / PTM / MICTH Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 20


MOBILITI DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL PINTAR STRATEGI 4 MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON DARIPADA PENGANGKUTAN AWAM DAN SWASTA BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Pembinaan stesen ‘EV Charging’ Pelaksanaan pembinaan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik di Pejabat MPJ (EGY - 17) Fasa 1 (2024-2027) • Kawasan Pejabat MPJ 2024 2027 PTM / PPK / PJ Fasa 2 (2028-2030) y Bandar Jasin Bestari (1) y Bandar Baru Merlimau Utara (1) 2028 2030 PTM / PPK / PJ Fasa 3 (2031-2035) • Bandar Baru Jasin 3 (1) • Bandar Baru Merlimau (1) 2031 2035 PTM / PPK / PJ 21


MOBILITI DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL PINTAR STRATEGI 5 MELAKSANAKAN PENYELENGGARAAN PINTAR, PEMBAIKAN DAN BAIK PULIH PINTAR (MRO) UNTUK SISTEM DAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Pelaksanaan sistem ‘Smart e-Traffic’ Penentuan spesifikasi dan pelan pelaksanaan Penentuan spesifikasi dan pelan pelaksanaan 2024 2035 PJ / JKR Pemasangan sensor dan capaian rangkaian 5G di setiap lampu trafik (TR - 64) Fasa 1 (2027-2028) y Kawasan Pejabat MPJ 2027 2028 PJ / JKR Fasa 2 (2028-2030) y Bandar Jasin Bestari (1) y Bandar Baru Merlimau Utara (1) 2029 2030 PJ / JKR Fasa 3 (2031-2035) y Bandar Baru Jasin 3 (1) y Bandar Baru Merlimau (1) 2031 2035 PJ / JKR 2. Pelaksanaan sistem ‘Smart e-Traffic’ Pembangunan aplikasi dan dashboard bagi pencerapan data (TR - 64) Pembangunan aplikasi dan dashboard bagi pencerapan data 2026 2035 PBD / PJ / JKR 3. Pelaksanaan sistem ‘Smart e-Bus’ Perlaksanaan paparan ETA (TR - 61) Lokasi cadangan: • Jasin Sentral • Merlimau Sentral 2024 2035 PPK / PANORAMA Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 22


KOMUNITI DAN KEHIDUPAN PINTAR STRATEGI 1 MENGGALAKKAN KEMAHIRAN DAN CELIK DIGITAL UNTUK KOMUNIKASI DAN AKSES MAKLUMAT YANG LEBIH BAIK DALAM KOMUNITI BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Melaksanakan Kampung Digital Penentuan skop dan spesiikasi projek y Publisiti dan perluasan projek y Pelaksanaan (POP – 32) Semua kampung dalam pentadbiran MPJ 2024 2035 PTDJ 2. Pembangunkan portal MyJasin Penentuan skop dan spesiikasi projek serta kaedah pembiayaan kos y Publisiti dan perluasan projek y Pelaksanaan dan publisiti (CUL – 51) Produk pelancongan - tempat-tempat menarik • Tempat penginapan • Info Kecemasan • Info Pengangkutan 2024 2031 PKM / SKMM / BPP / BTMK 23


KOMUNITI DAN KEHIDUPAN PINTAR STRATEGI 2 MENGURANGKAN JURANG SOSIAL BAGI GOLONGAN TERPINGGIR BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Pemasangan gentian optik di kawasan pedalaman Perluasan capaian internet melalui sambungan gentian optik bagi menyebar luas capaian internet di premis-premis perniagaan. (TEL – 55) Pelaksanaan berdasarkan DUN Kategori jangka masa pendek 1- Merlimau 2- Bemban 3- Asahan Kategori jangka masa sederhana 1- Rim Kategori jangkamasa panjang 1- Sg Rambai 2- Serkam 2024 2024 2024 2028 2031 2035 PBD / PKB / KUO / MITCH TELCO 2. Mendirikan menara/ pencawang telekomunikasi Perluasan capaian internet melalui percambahan menara / pencawang bagi menyebar luas capaian internet di premis-premis perniagaan (POP – 35, TEL – 55) Pelaksanaan berdasarkan DUN Kategori jangka masa pendek 1- Merlimau 2- Bemban 3- Asahan Kategori jangka masa sederhana 1- Rim Kategori jangkamasa panjang 1- Sg Rambai 2- Serkam 2024 2024 2024 2028 2031 2035 PBD / PKB / MITCH / TELCO Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 24


KOMUNITI DAN KEHIDUPAN PINTAR STRATEGI 3 MEMPERKUKUH KESELAMATAN DALAM MENINGKATKAN KUALITI HIDUP BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Pemasangan CCTV bersasar di kawassan bandar dan pekan/ kampung Melaksanakan pemasangan sistem CCTV di kawasan bersasar (SF - 37, SF - 41) Pelaksanaan berdasarkan DUN / zon Kategori jangka masa pendek 1. Merlimau 2. Bemban 3. Rim 4. Bandar Jasin Bestari 5. Parkland Botani Kategori jangka masa sederhana 1- Serkam Kategori jangkamasa panjang 1- Asahan 2- Sg Rambai 2024 2024 2024 2028 2032 2035 PTM / PJ / KPKT 2. Penggantian LED untuk lampu-lampu awam Mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di kawasan berisiko tinggi (EGY – 13) Pelaksanaan berdasarkan DUN Kategori jangka masa pendek 1- Merlimau 2- Bemban 3- Rim Kategori jangka masa sederhana 1- Serkam Kategori jangkamasa panjang 1- Asahan 2- Sg Rambai 2024 2024 2024 2028 2032 2035 PJ 25


KOMUNITI DAN KEHIDUPAN PINTAR STRATEGI 4 MELUASKAN KEMUDAHAN INTERAKTIF DAN DIGITAL UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN GAYA HIDUP UNTUK SEMUA LAPISAN UMUR BIL PROGRAM AKTIVITI/ INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Membangunkan eLibrary Penentuan jenis penerbitan e-book (ED – 6) Penduduk dalam Kawasan pentadbiran MPJ 2024 2028 PKM / PERPUSTAM 2. Membangunkan sistem 1. sewaan dewan MPJ 2. permohonan permit mendirikan khemah 3. Permohonan gotong-royong 1- Penentuan skop dan spesiikasi projek serta kaedah pembiayaan kos 2- Publisiti dan perluasan projek 3- Pelaksanaan (SR – 36) y Dewan milik MPJ y Komuniti Taman 2024 2025 PLB / PPK / PTM / PP 3. Membangunkan platform eHealth 1. Penentuan skop dan spesiikasi projek serta kaedah pembiayaan kos, 2. Publisiti dan perluasan projek 3. Pelaksanaan (H – 27) Komuniti Jasin (134 ribu orang) • 3 tahun pertama 25% daripada komuniti Jasin • 7 tahun seterusnya 35% daripada komuniti Jasin • Tahun seterusnya 40% daripada komuniti Jasin 2025 2035 PKM / JKNM Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 26


PERSEKITARAN PINTAR STRATEGI 1 MENGGABUNGKAN PENDEKATAN INOVATIF UNTUK PEMULIHARAAN SUMBER ASLI, PENGURANGAN RISIKO BENCANA DAN TINDAKAN IKLIM BIL PROGRAM AKTIVITI/INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Smart Bin Deep Collection Penggunaan Sistem Smart Deep Collection (SDCS) kepada semua pemain industri utama yang menghasilkan sisa pepejal dalam kawasan pentadbiran MPJ (tertakluk kepada pemohon-pemohon baharu sahaja) (SW – 47) Hebahan kepada semua pemain industri baru 2024 2030 PLB 2. Pemakluman berkaitan lesen/sewaan/ permit bangunan sementara secara dalam talian Melaksanakan pemakluman kelulusan dan maklumat semasa berkaitan lesen/ sewaan/ permit bangunan sementara secara SMS / Email (GV - 23) 30% pelaksanaan ke atas pemohonpemohon baharu 2025 2030 PLB 3. Penggunaan lampu jimat tenaga (LED) di dalam kelulusan pelan lampu awam M e w a j i b k a n penggunaan lampu jimat tenaga (LED) di dalam kelulusan pelan lampu awam. (EGY – 14) 100% permohonan pelan lampu awam menggunakan lampu jimat tenaga (LED) 2024 2035 PJ 4. Pelaksanaan penilaian MURNINets i. Merangkumi 6 Dimensi, 22 Tema dan 43 Petunjuk untuk Tindakan penyediaan data. ii. 27 petunjuk untuk Tindakan PBT dan 16 oleh PlanMsia (UP – 73) Mencapai tahap kemapanan lebih 90% setiap tahun 2024 2035 PBD / PLAN Malaysia 27


PERSEKITARAN PINTAR STRATEGI 1 MENGGABUNGKAN PENDEKATAN INOVATIF UNTUK PEMULIHARAAN SUMBER ASLI, PENGURANGAN RISIKO BENCANA DAN TINDAKAN IKLIM BIL PROGRAM AKTIVITI/INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 5. Sistem Amaran Bencana (Banjir Kilat) Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana (SF – 40) Mengurangkan impak kejadian banjir kilat melalui pemakluman amaran awal banjir serta penentuan tindak balas kecemasan dan bantuan melalui pengurangan kos pembaikan sekurangkurang 50%. 2030 2035 PJ / JPS 6. Bandar Selamat Pelaksanaan projek fizikal Bandar Selamat 1. Pencahayaan; 2. Laluan pejalan kaki khusus; 3. Rel penghadang; 4. Tempat letak motorsikal berkunci; 5. Papan tanda keselamatan; 6. Cermin keselamatan. CCTV 1 projek fizikal setiap tahun 2024 2028 PBD / PJ Meningkatkan pendidikan kesedaran awam melalui hebahan/publisiti 1 program setahun 2024 2028 PBD / PDRM Mesyuarat Jawatankuasa peringkat jabatan yang dianggotai oleh Ahli Majlis (SF – 37, POP - 34) 6 kali setahun 2024 2028 PBD Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 28


PERSEKITARAN PINTAR STRATEGI 1 MENGGABUNGKAN PENDEKATAN INOVATIF UNTUK PEMULIHARAAN SUMBER ASLI, PENGURANGAN RISIKO BENCANA DAN TINDAKAN IKLIM BIL PROGRAM AKTIVITI/INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 7. Sistem Pengawalan Kualiti Udara y Platform perkongsian data bagi sistem pemantauan awal trend perubahan kualiti udara secara real time sebagai tindak balas amaran awal impak pencemaran. y Pemasangan boleh diintegrasikan dengan Smart Pole (EV – 19) Sesi libat urus bersama dengan JAS 2025 2026 PBD / JAS Kajian penentuan lokasi smart pole 2027 2030 PBD / PKB Pemasangan smart pole 2030 2031 PBD / PKB Pemantauan IPU bawah 50 2032 2035 PBD 8. Digital Park y Smart Booth yang mengandungi elemen pintar seperti smart lighting, wifi, full charging, panic button, informasi QR Code dan pemantauan kualiti udara y Aplikasi Digital Park yang mengandungi maklumat kawasan lapang, laluan basikal atau pejalan kaki, aktiviti yang di adakakan, kemudahan, cuaca dan tempahan (ED – 6, ECN – 1, CUL - 50) y Bagi memastikan saluran maklumat kepada pengguna dapat dilaksanakan secara cepat dan pantas y Meningkatkan kehadiran serta kesedaran pengunjung dan interaksi komuniti pada masyarakat setempat y Menambahbaik gaya hidup masyarakat setempat 2030 2035 PJ / PLB / JLN / PTM / JAS / JKNM 29


PERSEKITARAN PINTAR STRATEGI 2 MEMUPUK MASYARAKAT RENDAH KARBON MELALUI PROGRAM DEKARBONISASI DI SEMUA PERINGKAT PEMBANGUNAN BIL PROGRAM AKTIVITI/INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 1. Local Agenda 21 y Gotong royong yang melibatkan Ahli majlis, agensi dan komuniti y Mesyuarat Jawatankuasa peringkat jabatan yang dianggotai oleh Ahli Majlis dan wakil agensi luar (POP – 33) 24 program setiap tahun 3 mesyuarat setiap tahun 2024 2028 PKM 2. Program Bangunan Hijau (Vista Alamanda) Peratusan bangunan yang dibina atau yang dinaiktaraf dalam tempoh 5 tahun mengikut Garis Panduan Meterai Hijau Melaka (EV – 18) Semua bangunan kerajaan dalam Daerah Jasin mendapat pengiktirafan Meterai Hijau Melaka 2024 2035 PBD 3. Green Centre (Pusat Kitar Semula Majlis Perbandaran Jasin) y Penyediaan perkhidmatan bagi program 3R, Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Sisa Fabrik dan kompos y Pusat Penyebaran maklumat (EGY – 15) Pelaksanaan program 2 kali setahun 2024 2035 PBD Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 30


PERSEKITARAN PINTAR STRATEGI 2 MEMUPUK MASYARAKAT RENDAH KARBON MELALUI PROGRAM DEKARBONISASI DI SEMUA PERINGKAT PEMBANGUNAN BIL PROGRAM AKTIVITI/INDIKATOR SASARAN TAHUN LAKSANA PENYELARAS TAHUN MULA TAHUN SIAP 4. Garis Panduan LCCF Pelaksanaan program promosi perbandaran rendah karbon (EV – 18) 1 program 2024 2035 PBD Mewujudkan garis panduan perbandaran rendah karbon (EV – 18) 1 program 2024 2035 PBD Penjanaan sistem pengukuran jumlah pelepasan karbon (EV – 18) 1 program 2024 2035 PBD 31


04 ˆ Struktur Tadbir Urus MPJ ˆ Struktur Urus Bandar Pintar MPJ ˆ Peranan Jawatankuasa Bandar Pintar MPJ


33 Tadbir urus Majlis Perbandaran Jasin diterajui oleh Yang Dipertua dengan sokongan oleh seorang Setiausaha. Seramai sebelas (11) orang Pengarah Jabatan dan tiga (3) orang Ketua Unit telah dilantik bagi memastikan setiap pelan perancangan yang teh dirangka dapat dilaksanakan secara efektif. STRUKTUR TADBIR URUS MAJLIS PERBANDARAN JASIN YANG DIPERTUA AHLI MAJLIS SETIAUSAHA Ketua Unit Pusat Setempat Ketua Unit Undang-Undang Ketua Unit Audit Dalam Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Perkhidmatan Pengarah Jabatan Kewangan Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Pengarah Jabatan Kejuruteraan Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pengarah Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan Pengarah Jabatan Kawalan Perniagaan Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Pengarah Jabatan Korporat dan Khidmat Masyarakat Pengarah Jabatan Penguatkuasaan


Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 Versi 1.0 34 Tadbir urus berkaitan bandar pintar Majlis Perbandaran Jasin akan dipantau sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Bandar Pintar MPJ. Pelaporan dan pemantauan pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035 akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kerja(Working Committee) yang akan diperincikan dan ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Ketua Kluster yang telah dilantik. Urus setia utama bagi Jawatankuasa Bandar Pintar MPJ adalah di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa MPJ. Jawatankuasa ini ini akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin. STRUKTUR TADBIR URUS BANDAR PINTAR MPJ YANG DIPERTUA SETIAUSAHA JTM & JPBD (URUSETIA BERSAMA) KETUA KLUSTER


35 Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Bandar Pintar MPJ adalah seperti berikut: PERANAN JAWATANKUASA BANDAR PINTAR MPJ A. PERANAN URUSETIA 1. Memacu pembangunan dan kemajuan daerah Jasin sebagai bandar pintar; 2. Membangunkan Pelan Tindakan Bandar Pintar Jasin 2035; 3. Menyelaras pelaporan pencapaian tahunan; 4. Menyelaras semua pelaksanaan program / projek Pintar di kawasan pentadbiran MPJ. B. PERANAN KETUA KLUSTER 1. Mempengerusikan Mesyuarat Komponen (Tahunan) ; 2. Mengkoordinasikan perancangan, pemantauan progres pelaksanaan setiap Pelan Tindakan dan melaporkan kepada urusetia; 3. Menyelaras segala perancangan program / projek Pintar bersama urusetia dari masa ke semasa. C. PERANAN AHLI KOMPONEN 1. Melaksanakan program tahunan yang dirancang bersama ketua kluster; 2. Memberikan input pelaksanaan dan perancangan inisiatif pintar sedia ada oleh jabatan; 3. Memberikan input progres dan pencapaian Pelan Tindakan kepada Ketua Kluster;


Click to View FlipBook Version