SEK. KEB. MALAWA KOTA KINABALU Perasmi: EN ABDUL AZIZ BIN SARUDIN YDP PIBG SK MALAWA TARIKH : 04.02.2023 (SABTU) MASA : 7.30 PAGI –12.30 TGH TEMPAT : DEWAN SRI MALAWA, SK MALAWA
ISI KANDUNGAN : 1. Aturcara Majlis 2. Ucapan Alu-aluan Guru Besar 3. Ucapan Alu-aluan YDP PIBG 4. Agenda Mesyuarat Agung PIBG. 5. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung 2023 6. AJK PIBG Sesi 2021/2022 7. Minit Mesyuarat Agung 2022 8. Laporan Kewangan 2021/2022 9. Laporan Aktiviti 2021/2022 10. Perbahasan Usul (Jika Ada) 11. Senarai Nama Guru-Guru SK Malawa 12. Penghargaan
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-26 SESI 2022/2023 7.00 Pagi : Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga. 7.20 Pagi : Ketibaan Barisan Pentadbir Dan YDP PIBG. 7.30 pagi : Bacaan Doa Oleh Ustaz Kassim Salleh : Ucapan Alu-Aluan En Mazlan Bin Osman Guru Besar SK Malawa. : Ucapan Alu-Aluan En Abdul Aziz Bin Saruddin YDP PIBG SK Malawa. : Mengesahkan Dan Menerima Laporan Tahunan Setiausaha PIBG bagi sesi2021/2022. : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Setiausaha PIBG. : Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Bagi Tahun 2022 hingga 2023. : Perbahasan Usul ( jika ada) : Pembubaran Ajk Pibg Sesi 2022/2023. : Pemilihan Ajk Pibg bagi tahun 2023/2024. : Pemilihan Juruaudit Dalaman Pibg 2023/2024. : Ucapan Penangguhan
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Malawa Kota Kinabalu. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa ataupun waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada pagi ini. Ibu bapa yang hadir pada pagi ini sebenarnya adalah ibu bapa yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Di sini saya ingin hulurkan sejambak bunga tanda penghargaan kepada YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staff sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Terima kasih tidak terhingga daripada saya. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac dengan memilih dan melantik AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Disamping itu harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM. Perkara-perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu : 2 Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan. Disamping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah.
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Saya Guru Besar SK Malawa Kota Kinabalu dan Penasihat PIBG dikehendaki memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 ini kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa. Tuan-tuan dan Puan-Puan, sesungguhnya majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang telah saya terangkan tadi. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan bayaran persekolahan bagi Tahun 2023/2024. Seperti arahan JPN, permohonan kutipan ini mesti dihantar ke JPN. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkankan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid. Tuan-tuan dan puan-puan, harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anakanak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, diharapkan tahun ini kepimpinan baru JK PIBG dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti Program Motivasi, Kecemerlangan Akademik, Sukan, Hari Anugerah Sekolah dan sebagainya. Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan murid-murid sekolah ini akan cemerlang dalam bidangbidang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puanpuan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap guruguru di sekolah ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puanpuan tidak akan dipersiakan dan didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ini akan dapat berjalan lancar dan teratur. Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.
UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih pengacara majlis. Yang berusaha, Guru Besar SK Malawa Encik Mazlan Bin Osman, Yang dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran, Datin Rainih Binti Zulkifli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Puan DK Asni Binti Ag Ahmad. Penolong Kanan Kokurikulum Puan Maureen Peter, Penolong Kanan Petang, Puan Wanda Maria Lim, Penolong Kanan PPKI Puan Maslinah Undang, Barisan guru-guru dan ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa serta hadirin yang dikasihi. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah Taufik-Nya dapat kita berkumpul lagi di Majlis Mesyuarat Agung pada tahun ini.Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kerana di beri peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2021/2022, disamping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para ibu bapa. Selain itu , perjumpaan ini juga membolehkan kdua-dua belah pihak berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi pertasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembanguna infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SK Malawa.
UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak dapat memberikan pendapat dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para ibu bapa agar sntiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah.Mencapai kejayaan yang kita impikan bukanlah sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-dua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat diraelisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. Dengan harapan itu,dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Malawa kali ke-26 , sesi 2022/2023. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuantuan dan puan-puan, sekiranya disepanjang ucapan saya ini terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan. Izinkan saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Sekian,terima kasih.
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG :Ucapan Alu-Aluan En Mazlan Bin Osman Guru Besar SK Malawa. : Ucapan Alu-Aluan En Abdul Aziz Bin Saruddin YDP PIBG SK Malawa. : Mengesahkan Dan Menerima Laporan Tahunan Setiausaha PIBG bagi sesi2021/2022. : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Setiausaha PIBG. : Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Bagi Tahun 2022 hingga 2023. : Perbahasan Usul ( jika ada) : Pembubaran Ajk PIBG Sesi 2022/2023. : Pemilihan Ajk PIBG bagi tahun 2023/2024. : Pemilihan Juruaudit Dalaman PIBG 2023/2024. : Ucapan Penangguhan
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG 2023 PENASIHAT : En. Mazlan Bin Osman (Guru Besar) PENGERUSI : En. Abdul Aziz Bin Sarudin (YDP PIBG) NAIB PNGERUSI : Dato’ Dr Abdul Sani Bin Yahmin (NYDP PIBG) Datin Raini Binti Zulkifly (GPK1) Pn. DK Asni Binti Ag Ahmad (GPK HEM) Pn. Maureen Peter Limpas (DPK KOKUM) Pn. Wanda Maria Lim (GPK PETANG) SETIAUSAHA : En. Mohd Sallehudin Bin Rasmin BENDAHARI : Cik. Ernah Binti Wagimim PENGACARA MAJLSI PENGERUSI SEMENTARA Pn. Alinah Binti Awal En. Mohd Sallehudin Bin Rasmin BACAAN DOA Ustaz Kassim Bin Salleh PENYELARAS TEKNIKAL En. Norbert Sinteh En. Ruslin Bin Salleh En. Mohd Hasrull Bin Abdul Wahab En. Mohd Firdaus Bin Mohd Rusli PENYELARAS MULTIMEDIA En. Fazlye Gubal Bin Jafer En. Andy Roy Samuel PENYELARAS BUKU PROGRAM Pn. Jubaidah Binti Yassin Pn. Rahimah Binti Morobistah Pn. Siti Zulaikha Binti Azid PENYELARAS SURAT MENYURAT En. Tyickrie @ Jyickrie Bin Matinggong PENYELARAS PENYEDIAAN DEWAN En. Mohd Jainie Bin Pasal Semua guru lelaki siding pagi & petang) PENYATA KEWANGAN Cik. Ernah Binti Wagimin Pn. Wilma Jibin PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn. Suliani Binti Hasib Pn. Norhafizah Binti Ramli Pn. Edawati Binti Patrick Pn. Rozianah Binti Safihie PENCATAT KEHADIRAN IBU BAPA Pn. Jessicca Tokiroi Cik. Harajah Binti Hassan Pn. Endang Sri Sulastri Binti Muryono Pn. Rutinah Binti Tuoh
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG 2023 PENYELARAS JAMUAN Pn. Saugi Binti Rosman Pn. Siti Aminah Binti Tajuddin Pn. Siti Hajar Binti Abdul Ghani BACAAN DOA Ustaz Kassim Bin Salleh PENYELARAS TEKNIKAL En. Norbert Sinteh En. Ruslin Bin Salleh En. Mohd Hasrull Bin Abdul Wahab En. Mohd Firdaus Bin Mohd Rusli JURU GAMBAR En. Mohd Ainol Hayat Bin Ahmad Zubaidi En. Muhammad Faizal Bin Abdul Sani En. Muhammad Zulhilmi Bin Zakari HADIAH/CABUTAN BERTUAH/SIJIL Pn. Siti Nurazlinawaty Binti Narawi Pn. Ain Milneh Otod Pn. Dayang Rezawani Binti Abang Bakeri Pn. Gracia Anak Daniel Pn Siti Ramalang Sbnpe Pn. Chong Mei Ling PENYEDIAAN SIJIL AJK PIBG Pn. Rozianah Binti Safihie Pn. Kattrychia Binti Sipawa PENYELARAS MAJLIS DAN PROTKOL En. Mohd Sallehudin Bin Rasmin
AJK PIBG 2021/2022 YDP PIBG : En. Abdul Aziz Bin Sarudin (YDP PIBG) TIMBALAN YDP PIBG : Dato’ Dr Abdul Sani Bin Yahmin SETIAUSAHA : En. Mohd Sallehudin Bin Rasmin BENDAHARI : Cik. Ernah Binti Wagimim JURU AUDIT DALAMAN : Pn. Wilma Jibin AJK : En. Jaidi Bin Ruslin Pn. Milneh Otod Pn. Siti Nurazlinawaty Binti Narawi Endang Sri Sulastri Binti Muryono Pn. Rutinah Binti Tuoh En.. Jasrin Bin Keram En. Norbert Sinteh En..Kassim Bin Salleh En. Mohd Jainie Bin Pasal En. Tyickrie @ Jyickrie Bin Matinggong Pn. Jubaidah Binti Yassin
SENARAI NAMA GURU-GURU SK MALAWA GURU BESAR : EN.MAZLAN BIN OSMAN PK PENTADBIRAN : DATIN RAINI BINTI ZULKIFLY PK HEM : PN. DK ASNI BINTI AG AHMAD PK KOKUM : PN. MAUREEN PETER LIMPAS PK PETANG : PN. WANDA MARIA LIM PK PPKI : PN. MASLINAH UNDANG GURU-GURU SESI PAGI PN. ALINAH AWAL EN. ANDY ROY S.SAMUEL PN. ASNEH ZAKARIA PN. CHONG MEI LING PN. CYNYHIANA JOHN PN. DOREEN MELIA AK RAWING PN. ESTHER FRANCIS NONOI PN. EVELYN DIAN PN. EMILY MAJAIN EN. FAZLYE GUBAL FUDZLA ADENAN PN. HANAWATI BINTI NAHA PN. HAZRIAWATI NAZRIA IPN. NTAN NOOR HANIS IPN. RINE PIUS PN. JURISTINA AKANG EN. JYCKRIE MATINGGONG EN. KASSIM SALLEH EN. MOHD ERWAN JAINI PN. MUNIRAH ABDUL RAHMAN PN. NORAYATI MOHD ISA EN. NOORHAJI MAHDI PN. NOORSYAHRIZZA MAHMOOD PN. NOR HASNY ABD RAHMAN EN. NORBERT SINTEH EN. NORSHIDI MAJID GURU-GURU SESI PAGI PN. NOORHAYATI BINTI HUSSIN PN. NURUL HIDAYAH WASLI PN. NURSUHANA SULAIMAN EN. NORIFED EDEH PN. RUSLIN SALLEH PN. RAFIDAH RAZALI PN. RATNA VEBRINA BARAHIM EN. REDZUAN SABIRIN PN. SAMSIAH ABDUL GANI PN. SITI RAMALANG SBNPE PN. SITI HAJAR JIRUN PN. SURAYA JELANI PN. SYAWARI SUFI PN. ZAIDAH @IDAH BINTI ESUN PN. ROZIANAH SAFIHIE PN. NORASHIMAH ISMAIL PN. SYAZWANI BINTI SABLI PN. GRACIA ANAK DANIEL CIK. ISRA’ BINTI SARID EN. MOHD FIRDAUS B. MOHD RUSLI
SENARAI NAMA GURU-GURU SK MALAWA GURU-GURU SESI PETANG PN. ALINAH ABDUL RAHMAN EN. ALBERT ANGGUN PN. ANASTASIA JUNARDI PN. BRELLYENA JED IMON PN. CATHERINE TEO SAT PN. CHIN MOI LEN PN. DAIMEH BAGU PN. DG HADIZAH AHMAD PN. DG REZAWANI ABANG PN. EDAWATI BINTI PATRICK PN. ERNIZAH MAJOK CIK. HARAJA HASSAN PN. JUBAIDAH YASSIN PN. KATTRYCHIA SIPAWA PN. LEE LI HSIA PN. LIANAH LIGING PN. MAHIRAH JIKIN PN. MASNURUL FAEZAH EN. MOHD ARIF MUKHTAR EN. MD GANI BIN PAYAK EN. MOHD HASRULL EN. MOHD JAINIE PASAL EN. MOHD SALLEHUDIN PN. NOR AIN JUNIAN PN. NORASYKHEN ASPAR PN. NORATA GOYI PN. NORHAFIZA BT RAMLI PN. NUR SIRAHIDAHARLINA PN. RAHIMAH MOROBISTAH PN. SAHANA SAMAT PN. SITI AMINAH TAJUDDIN PN. SITI HAJAR ABD GHANI PN. SITI ZULAIKHA AZID PN. SULIANI BINTI HASIB PN. SYALASIAH RAUDIN PN. ROHAYU TAMIRIN EN. PAIRIN KITINGON GURU-GURU SESI PETANG EN. MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDUL SANI EN. MOHD AINOL HAYAT BIN AHMAD ZUBAIDI EN. MUHAMMAD ZULHILMI BIN ZAKARI CIK. MERYSIA BINTI KETERIM PN. JESSICCA TOKIROI PN. CYLORLINE RAYNOR GURU-GURU PRA SEKOLAH PN. NORWIDAH ABUBASAL PN. HASHIMAH BINTI HARUN PN. ZAIMAH TAHIR PN. SAUGI HJ ROSMAN PN. SITI ZURAIDAH MALI GURU-GURU PPKI SEKOLAH PN. AIDAH BINTI TARIF EN. GUADIK ANSIW PN. KHAIRUNNISA BINTI MAHYA PN. MARYANI KASIRUN EN. MUHD IRFAN WONG PN. MASNINA BINTI NAUB PN. NURHAZIRAH MD NOR PN. NURSYAMIMI SAIYIDAH PN. NOR FARAHIN ABDUL JALIL CIK.SITI LIANAH MAJNIE
PENGHARGAAN Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : Yang Dipertua dan Ahli Jawatan Kuasa PIBG Sk Malawa Guru Besar Penolong-penolong Kanan Guru-guru dan kakitangan Sk Malawa Semua ibu bapa yang telah memberikan Kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis kita pada hari ini. Serta Semua pihak yang membantu dari segi kewangan, material dan sokongan moral dalam menjayakan mesyuarat ini dengan jayanya. Terima Kasih