KERAJAAN KEDAH,
KELANTAN, NEGERI
SEMBILAN DAN PERLIS
BAB Disediakan oleh:
8 Cikgu Noridah Mohamed Yusof
8.2 HUBUNGAN KERAJAAN KEDAH,
KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG LAIN
Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis
menjadi kerajaan yang berdaulat. Setiap kerajaan
memantapkan pemerintahan dengan
mengadakan hubungan dalam aspek diplomatik
dan perdagangan dengan negeri-negeri Melayu
yang lain. Terdapat tiga asas hubungan ini, iaitu
keserumpunan, geografi dan agama.
01
ASAS HUBUNGAN
Tujuan
❑ Pada peringkat awal pengasasan, setiap
kerajaan menjalinkan hubungan luar kerana
hendak memperkukuh kedaulatan.
❑ Pemerintah telah menghantar utusan ke
negeri Melayu yang lain bagi mendapatkan
pengiktirafan kedaulatan kerajaan.
❑ Kestabilan dalam negeri kemudiannya
mendorong pemerintah berusaha menjalinkan
hubungan luar untuk kemakmuran negeri.
Keserumpunan
❑ Persamaan dalam aspek
bahasa dan budaya
mendorong wujud hubungan
dengan negeri-negeri Melayu
yang lain.
❑ Persamaan ini memudahkan
interaksi sesama kerajaan.
❑ Setiap kerajaan bersikap
toleransi dalam menerima
amalan budaya kerajaan lain.
Geografi ❑ Kepentingan sungai ini
mendorong setiap negeri
❑ Sempadan antara negeri yang berusaha menjamin
berjiran memudahkan keselamatan laluan tersebut.
perhubungan.
❑ Pembentukan pelabuhan di
❑ Antara tarikan perhubungan pinggir sungai telah
termasuklah hasil sumber alam menggalakkan hubungan
dan sumber bumi. dengan negeri berjiran dan
kuasa luar.
❑ Sungai penting sebagai laluan
perhubungan yang dikongsi
secara bersama-sama antara
negeri.
Agama ❑ Berkongsi institusi
pendidikan agama
❑ Berlaku melalui menerusi kehadiran
penerimaan Islam oleh penuntut dari pelbagai
pemerintah. wilayah.
❑ Diperkukuhkan dalam
kegiatan keagamaan
menerusi peranan
ulama.
02
HUBUNGAN
DIPLOMATIK
Kerajaan Kedah, Kelantan,
Negeri Sembilan dan Perlis telah
menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negeri-negeri Melayu
yang lain. Hubungan diplomatik
dijalinkan menerusi pengiktirafan
kerajaan Melayu yang lain,
bantuan pertahanan dan
perkahwinan diraja.
Cara Jalinan Hubungan ❑ Pada tahun 1775, Sultan Terengganu
Diplomatik telah mengiktiraf kerajaan Kelantan
yang telah disatukan di bawah
1. Pengiktirafan pemerintahan Long Yunus.
Pengiktirafan bertujuan mengabsahkan
sultan sebagai pemerintah. Hal ini
mewujudkan hubungan antara kerajaan
berdaulat yang mempunyai taraf yang
sama. Contohnya:
❑ Pada abad ke-15, Sultan Mahmud Shah,
pemerintah Kesultanan Melayu Melaka
telah mengiktiraf kerajaan Kedah
sebagai kerajaan yang berdaulat,
manakala kerajaan Kedah mengakui
pertuanan Sultan Melaka.
2. Pertahanan 3. Perkahwinan
Pertahanan merupakan aspek penting Perkahwinan diraja antara sesebuah
dalam memastikan kelangsungan kerajaan merupakan amalan tradisi kerajaan
sesebuah kerajaan. Hubungan pertahanan negeri-negeri Melayu. Perkahwinan diraja
yang diwujudkan dapat mengekalkan akan mengukuhkan hubungan dan
kedaulatan sesebuah kerajaan daripada menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan.
campur tangan kuasa lain. Contohnya: Contohnya:
❑ Long Yunus mendapat bantuan ❑ Onang Kening, iaitu puteri Kelantan
ketenteraan daripada kerajaan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud
Terengganu dan kerajaan Reman di Shah dari Melaka. Hasil perkahwinan ini
Hulu Perak dalam usaha untuk melahirkan Raja Muzaffar yang
menyatukan Kelantan. kemudiannya menjadi Sultan Perak yang
pertama.
❑ Pelantikan Long Gaffar dari kerajaan
Reman sebagai Perdana Menteri
Kelantan merangkap Panglima Perang
telah membantu mengekalkan
keamanan di Kelantan.
❑ Che’ Ku Wan, iaitu puteri Long Yunus
dikahwinkan dengan Tengku
Muhammad, putera Sultan Terengganu.
❑ Raja Perlis, iaitu Raja Syed Hussin
berkahwin dengan Tengku Nor Asiah,
iaitu cucunda kepada Sultan Abdullah
Mukarram Shah, Sultan Kedah Ke-20.
03
HUBUNGAN
PERDAGANGAN
Kerajaan Kedah, Kelantan,
Negeri Sembilan dan Perlis juga
menjalinkan hubungan
perdagangan dengan negeri-
negeri Melayu yang lain.
Hubungan perdagangan
dijalinkan menerusi pembinaan
pelabuhan dan hasil
perdagangan tempatan.
1. Pelabuhan Kedah
Hubungan antara kerajaan berlaku ❑ Pangkalan Lembah Bujang,
melalui aktiviti perdagangan di Pangkalan Kuala Merbok
pelabuhan. Pelabuhan-pelabuhan terletak di Sungai Merbok.
ini menjadi asas kepada
pembentukan hubungan dengan ❑ Pangkalan Kuala Muda di
pedagang tempatan seperti Sungai Muda.
Melaka, Perak dan Johor serta
pedagang luar dari Siam, China, ❑ Sultan Muhammad Jiwa (1472-
Arab dan Kemboja. 1506) telah memperkemaskan
penggunaan mata wang Kedah
di pelabuhan.
Kelantan Negeri Sembilan
❑ Pangkalan Galoh yang bermaksud
❑ Pangkalan di Sungai Linggi.
Pangkalan Permata dibina di ❑ Pedagang Rembau menguasai
Sungai Kelantan.
aktiviti perdagangan dengan
❑ Menggunakan mata wang logam pedagang luar.
dinar dalam urusan perdagangan
sejak tahun 1181.
Perlis
❑ Pelabuhan Kuala Perlis di Sungai
Perlis.
❑ Pekan Kangar yang terletak di
pertemuan cabang anak Sungai
Perlis menjadi tempat pertemuan
pedagang.
2. Barang Dagangan Kedah
Kekayaan hasil bumi dan ❑ Kedah memperdagangkan
kepelbagaian jenis barang beras, garam, damar, kapur
dagangan menjadi tarikan barus dan emas urai. Manakala
pedagang tempatan dan dari pedagang dari Perak dan
luar Alam Melayu. Keperluan Melaka membawa barang
terhadap barang dagangan ini dagangan seperti arang kayu,
mendorong berlakunya papan dan ikan kering.
hubungan perdagangan antara
kerajaan. ❑ Kedah juga merupakan
pembekal gading dan gajah
bagi perdagangan entrepotnya.
Kelantan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri
❑ Kelantan memperdagangkan Sembilan dan Perlis telah menjalin
hubungan diplomatik dan perdagangan
emas dan dikunjungi oleh dengan negeri-negeri Melayu yang lain.
pedagang dari dalam dan luar Hubungan diplomatik ini telah
Kepulauan Melayu. menjamin kedaulatan kerajaan-
kerajaan ini kekal hingga kini.
Perlis Hubungan perdagangan pula telah
❑ Perlis memperdagangkan beras menyumbang kepada kemakmuran dan
perkembangan kerajaan.
dan bijih timah dengan negeri
jiran dan Siam.
Negeri Sembilan
❑ Negeri Sembilan
memperdagangkan bijih timah,
sirih, kayu gaharu dan kapur
barus dengan Johor dan Melaka.
Terima kasih!
LATIHAN
12.8.2021