The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by que din, 2023-10-28 00:33:29

Buku Program YPM 2023 v4

Buku Program YPM 2023 v4

KATA ALU-ALUAN PENGETUA Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi MRSM Kota Kinabalu telah diberi peluang mengelolakan Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2023. Terima kasih kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada maktab ini bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai penyelaras program murni ini bagi sesi 2023. Saya juga memanjatkan kesyukuran kerana Program Tuisyen Pintar edisi 2023 ini terus mendapat kerjasama yang amat baik daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar serta 103 orang pelajar daripada sembilan buah sekolah menengah di daerah Papar. Pembelajaran secara bersemuka sepanjang sesi yang bermula dari 24.9.2023 sehingga 22.10.2023. Konsep pembelajaran sepanjang hayat (long life learning) kini sebenarnya amat bertepatan dengan kemahiran yang terkandung dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Kita harus percaya bahawa kemahiran ini memerlukan setiap individu khususnya pelajar menentukan apa-apa yang perlu dipelajari, mencari maklumat atau bahan untuk dipelajari, mempunyai kemahiran pembelajaran kendiri dan yang paling mustahak bermotivasi tinggi. Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2023 ini juga turut melibatkan peranan pelajar cemerlang MRSM Kota Kinabalu yang berfungsi sebagai mentor bagi slot mentor menti. Di sini jelas menunjukkan bahawa, penglibatan pelajar sebagai pembimbingrakan sebaya juga menjadi asas pembentukan budaya bermasyarakat sekali gus melatih anak-anak muda ini menjadi aset negara yang suka berkongsi kemahiran dan menyalurkan khidmat bakti kepada negara. Akhir kata, semoga pelaksanaan Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2023 yang telahpun berakhir pada 22 Oktober 2023 yang lalu, telah memberikan manfaat kepada semua yang terlibat. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang samasama menjayakan program ini. Kepada calon-calon SPM 2023, semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kalian. Sekian, terima kasih. AMIRUDDIN BIN MOHD. GHAZALI Pengetua MRSM Kota Kinabalu Sabah


KATA ALU-ALUAN PENGARAH MARA NEGERI SABAH Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji dan rasa bersyukur saya zahirkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2023 telah dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya. Penganjuran program ini merupakan wahana perkongsian pintar khususnya dalam aspek akademik antara pendidik di MRSM Kota Kinabalu dengan pelajar-pelajar terpilih dari sekolah-sekolah menengah terpilih di daerah Papar, Sabah. Program ini telah menyaksikan bahawa konsep Corporate Social Responsibility sememangnya menjadi teras utama bagi Yayasan Pelajaran MARA (YPM) untuk membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik terutamanya dalam kalangan pelajar bumiputera dapat dicapai. Oleh hal yang demikian, saya mengharapkan agar para pelajar yang terlibat dalam program ini telah dapat meraih dan memanfaatkan isi pembelajaran dengan semaksimum mungkin. Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2023 merupakan lanjutan daripada program sama yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Melalui program ini, kita mengharapkan agar kerjasama yang terjalin antara YPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar, dapat menjadi jambatan kukuh kepada kita untuk terus berkongsi kemahiran dan maklumat sekali gus melahirkan lebih ramai anak tempatan yang memahat nama sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara objektif dalam perlaksanaan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari sekolah harian biasa merasai suasana belajar di MRSM serta mendapat ajaran daripada guru-guru cemerlang MRSM/PPD yang berkonsepkan mentor dan menti. Pada masa yang sama dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar terutama dalam subjek kritikal. Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus memastikan pelaksanaan program ini dapat direalisasikan sepertimana yang disasarkan. Semoga jasa dan bakti yang anda berikan akan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. DR. SHAHRIZIN BIN HAJI ABDUL SARHADAT Pengarah Mara Negeri Sabah.


Program Tuisyen adalah merupakan salah satu program di bawah Program Pintar @KKDW secara percuma berkonsepkan Corporate Sosial Responsibility (CSR). Program tuisyen ini dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama dan penyelarasan bersama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Program tuisyen mensasarkan pelajar-pelajar calon SPM dari keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2016 lagi. Program ini memberi peluang yang terbaik kepada pelajar untuk mengikuti kelas tuisyen dengan lebih sistematik di bawah pengawasan dan pengalaman mengajar guru-guru pakar yang dilantik. Penyertaan individu dan badan-badan korporat untuk menaja program tuisyen ini sangat-sangat dialu-alukan kerana ianya dapat mengembangluaskan faedah program ini untuk dinikmati oleh lebih ramai pelajar. Konsep Program Tuisyen PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM @KKDW 2023


ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN


BIL SEKOLAH 1 SMK TAKIS 2 SMK BENONI 3 SMK ST MARY LIMBAHAU 4 SMK KINARUT 5 SMKA TUN DATU MUSTAPHA 6 SMK PENGALAT PAPAR 7 SMK KIMANIS 8 SMAN ISLAMIAH PAPAR 9 SMAN TOH PUAN HAJJAH RAHMAH SENARAI SEKOLAH TERLIBAT


SENARAI NAMA PESERTA


SENARAI NAMA PESERTA


SENARAI NAMA PESERTA


JAWATANKUASA INDUK PROGRAM


SENARAI NAMA MENTOR SUBJEK KIMIA & SEJARAH RACHAEL LOWELLA MUHAMMAD IZZUDDIN BIN SABLI NOOR AZIAN HAZIQ BIN AZLAN NIKE DESY NILAWATI FUTRI STALEH STANLEY SUBJEK MATEMATIK & BAHASA INGGERIS NUR KHAIRUNNISA BINTI ROSDEY NICOLLETA LAYUN DAVID CRISSIE SHENNIE CHIN MOHAMMAD DANIEL BIN MOHAMAD MUHAMMAD ZAHIN BIN AMIR DIHRRAN CHONG YUN SIONG


SENARAI NAMA TENAGA PENGAJAR SUBJEK SEJARAH Encik Mohd Zul Fadlan Bin Abu Hassan Puan Ermie Binti Eddy


SENARAI NAMA TENAGA PENGAJAR SUBJEK MATEMATIK Puan Nurhazirah Binti Mohd Zamri Puan Razlina Binti Jamaludin


SENARAI NAMA TENAGA PENGAJAR SUBJEK BAHASA INGGERIS Puan Hasidah Ratna Binti Hashim Puan Qistina Ain Peter Abdullah Puan Floriney Daniel


SENARAI NAMA TENAGA PENGAJAR SUBJEK KIMIA Puan Nur Azua Binti Abdul Samat Puan Nor Fazirah binti Mohd Karim


SEKALUNG PENGHARGAAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM @KKDW BAGI TAHUN 2023. KALAU ADA SUMUR DI LADANG, BOLEHLAH SAYA MENUMPANG MANDI, KALUA ADA UMUR YANG PANJANG BOLEHLAH KITA BERJUMPA LAGI,


Click to View FlipBook Version