The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hakimi6152, 2022-05-18 12:05:08

E-FOLIO GROUP 1

E-FOLIO GROUP 1

SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SESI II 2021/2022

JABATAN PENGAJIAN AM

TAJUK TUGASAN:

RUKUN NEGARA

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN KHAIRUL BARIAH BINTI NOR

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. PENDAFTARAN
AMIRUL SYAMIL BIN MOHD QISTI 13DEP21F1013

SHEIKH HAKIMI BIN SHEIKH AMRAN 13DEP21F1007
13DEP21F1031
MUHAMMAD IRFAN RAFIQ BIN
BUSTAMAN

ISI KANDUNGAN
• OBJEKTIF
• HASIL PEMBELAJARAN
• PENDAHULUAN
• MAKSUD RUKUN NEGARA
• SEJARAH RUKUN NEGARA
• PRINSIP RUKUN NEGARA
• KEPENTINGAN RUKUN NEGARA
• MENERAPKAN RUKUN NEGARA DALAM MASYARAKAT
• RUMUSAN
• RUJUKAN

OBJEKTIF

Rukun Negara ini dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh dan lebih erat
dalam kalangan masyarakat. Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara
jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan
Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu objektif masyarakat Malaysia yang mahu
dibentuk dan Lima Prinsip Rukun Negara.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Dapat mengetahui maksud rukun negara
2. Dapat mengetahui sejarah rukun negara
3. Dapat menjelaskan tentang prinsip dan kepentingan rukun negara
4. Dapat menerapkan rukun negara dalam masyarakat

PENDAHULUAN

Rukun negara merupakan perkara asas yang harus diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Rukun negara
dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi
identiti rakyat malaysia.

Terdapat pelbagai matlamat yang dapat diperoleh daripada rukun negara. Antara matlamat rukun negara
ialah mewujudkan masyarakat malaysia ke arah mencapai perpadua lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, digariskan lima prinsip rukun negara yang perlu difahami dan
dihayati oleh setiap lapisan masyarakat.

MAKSUD RUKUN NEGARA

Rukun negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 ogos 1970. Rukun
Negara diperkenalkan berikutan melemahkan perpaduan antara kaum di peristiwa 13 mei 1969 yang
telah Malaysia. Tujuan utama rukun negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh.
Oleh itu, prinsip-prinsip dalam rukun negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan
kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan malaysia.

Melalui rukun negara, Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya, demokratik, iaitu dengan mencipta satu memelihara satu cara hidup
masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu
cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden dalam
rangkaian kehidupan. Terdapat lima prinsip dalam rukun negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat
malaysia iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan,
kedaulatan undangundang, kesopanan dan kesusilaan.

SEJARAH RUKUN NEGARA

Disytiharkan pada 31 Ogos 1970 Tragedi 13 mei berpunca daripada
kempen pilihanraya yang

menimbulkan isu perkauman
sensitif.

Rukun negara dibentuk dengan Matlamat rukun negara ialah
tujuan utama iaitu membentuk mewujudkan masyarakat Malaysia
perpaduan kukuh dalam kalangan ke arah mencapai perpaduan yang
rakyat dan menjadi identiti rakyat
lebih erat.
Malaysia.

Oleh itu, telah digariskan 5 prinsip Rukun negara dihasilkan
rukun negara yang perlu difahami berdasarkan kepada
dan dihayati oleh setiap lapisan
keperluan Agama, Bangsa
masyarakat. dan Negara

Ideologi ini tercetus dalam mesyuarat
pertama MPN pada 27 Januari 1970
dan disytiharkan secara rasmi oleh
YDPA pada 31 Ogos 1970 pada hari
sambutan Kemerdekaan Malaysia

PRINSIP RUKUN NEGARA

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan
rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan
(atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama
telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip
Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang
boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang
padu.

Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina
keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan.
Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama,
sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan
bertolak ansur atau saling bertoleransi.

2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan
Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara.
Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk
Parlimen di negara ini.

Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam
soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia,
jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu
membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara”
yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau
dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk
negara demi keamanan dan kemajuan. Pegangan yang teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat
melahirkan rakyat seperti berikut:

i. Menghormati harta awam
ii. Menghormati simbol simbol kedaulatan negara
iii. Mematuhi undang - undang
iv. Produktif
v. Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti sosial, ekonomi dan politik yang
diceburinya.
vi. Sanggup menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari sebarang ancaman oleh kuasa luar.
viii. Bersifat altruistik
ix. Mengutamakan kebaikan masyarakat dan negara tanpa perasaan prejudis dan perkauman.

3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran
Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi
yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1)
Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai
kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan
terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang
dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman.
Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi sebagai mana yang dinyatakan dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, iaitu :
a) Konsep raja berperlembagaan.
b) Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam pembanggunan sosio ekonomi terjamin.
c) Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping perkembangan bahasa-bahasa lain tidak
dihalang.
d) Agama islam sebagai agama rasmi disamping kebebasan beragama diamalkan.

e) Hak asasi rakyat terjamin
f) Hak kerakyatan dan sistem pemeritahan.

4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi
memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap
rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender
mahupun kedudukan (status sosial).

Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa
kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi
iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua
warganegara Malaysia.

Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar
undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan
Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan
kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam
pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas
menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam dan sebagainya.

5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu

yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak
masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang
berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik,
terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara

sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-
persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa,
kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.

Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral
tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan
mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi,
saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat
mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat.

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

1) Ianya sebagai ideologi kebangsaan
Dengan pelbagai perbezaan di antara masyarakat yang tinggal di Malaysia, sebuah ideologi
kebangsaan diperlukan supaya dapat menyatukan pemikiran dan melahirkan semangat cinta akan
negara.

2) Mewujudkan perpaduan kaum
Setiap warganegara perlu mendukung cita-cita dalam membentuk satu negara yang bersatu tanpa
mengira perbezaan kaum dan kepercayaan masing-masing. Sikap hormat-menghormati harus
diamalkan dalam masyarakat.

3) Memelihara cara hidup demokratik
Seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan hak asasi
warganegara asalkan tidak melanggar undang-undang negara serta batasan agama.

4) Keadilan menjadi tunjang
Setiap anggota masyarakat mempunyai peluang dan ruang yang sama untuk menikmati perolehan
dan kekayaan negara. Begitu juga dengan hukuman yang sama rata terhadap pelaku jenayah yang
melanggar undang-undang negara.

5) Membentuk sikap liberal dalam masyarakat
Rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing selari
dengan matlamat perpaduan negara. Justeru, kita perlu mempelajari agama, adat resam dan
kebudayaan yang dimiliki supaya dapat memahami dan menghormati antara satu sama lain.

6) Membina masyarakat progresif
Demi mencapai kemajuan dan bersaing diperingkat global, rakyat Malaysia perlulah bersikap secara
terbuka dengan keperibadian yang utuh serta nilai-nilai pekerti yang baik. Dengan ini pasti rakyat
Malaysia pasti dapat melahirkan kejayaan-kejayaan untuk negara Malaysia.

MENERAPKAN RUKUN NEGARA DALAM MASYARAKAT

Mengadakan Kempen Kesedaran Tujuan: Untuk menanamkan dan menghayati Prinsip Rukun
Negara dalam diri individu.Masyarakat zaman sekarang tidak ambil peduli tentang rukun Negara
dankesejahteraan Malaysia. Bahkan adadikalangan mereka yang masih tidakmenghafal Prinsip Rukun
Negara walaupunsudah lama menetap di Malaysia.Oleh itu, pihak berkuasa boleh mengambilberat dan
mengadakan kempen-kempenuntuk memupuk sifat patriotik dalam diri seseorang. Dengan cara ini
boleh memupukperpaduan kaum dan memastikan rakyatMalaysia mengetahui tentang maksud rukun
Negara.

Seterusnya ialah dengan melalui Pendidikan di sekolah, pusat pengajian tinggi dan lain lain.
Contohnya melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam mata pelajaran Pendidikan
Sivik&Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral.Dengan ini ianya dapat memastikan warga
pendidikkhususnya para pelajar memahami dan menghormati prinsip Rukun Negara. Para gurujuga
mestilahbersifat lebih bertanggungjawab dengan tidak menggantikan subjek Pendidikan Sivik dan
Moral dengan subjek teras yang lain dengan alasan subjek teras lebih penting. Para
guru di sekolah juga mesti mengambil berat dan menerangkan lebih dalam tentang kebaikan Rukun
Negaradan maksudnya kepada para pelajar.

RUMUSAN

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.Tragedi ini
telah menyebabkansemua rakyat Malaysiamengetahui betapa pentingnya bersatu - padu danhidup
dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga - mencurigai antara satu sama lain.
Perpaduan kaum pula adalah matlamat pentingyang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuahnegara itu akan menjadi
lemah,sukar untuk dibangunkan danmudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu
sendiri.

RUJUKAN

• https://www.kln.gov.my/web/esp_madrid/news-from-mission/-/blogs/objektif-
danprinsiprukun-negara

• http://wiyashinee.blogspot.com/2015/09/kesimpulan.html
• http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/lima-prinsip-rukun-negara.html
• https://www.ipendidikan.my/rukun-negara.html

• https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my


Click to View FlipBook Version