The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuhashada80, 2019-04-22 21:41:09

RAYUAN HAJI 2017

RAYUAN HAJI 2017

NURUL HUDA BINTI HAJI MD SALEH

No Akaun : 630501032210035

No. K/P : 800515-07-5008

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH JAYA TARIKH : 12 RABIUL AKHIR 1438 /
68000 AMPANG 16 JANUARI 2017
SELANGOR
Tel : 0123269291

KEPADA :

Bahagian Operasi Domestik Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
(U.P : Unit Urusan Haji)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/Puan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI PADA TAHUN 1438 HIJRAH / 2017 MASIHI

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2) Saya telah membuat pendaftaran haji dan telah disenaraikan pada tahun 2009 Masihi.
Akan tetapi saya tidak dapat pergi menunaikan haji pada tahun tersebut kerana saya berada
di Maktab Perguruan dan masih belajar. Oleh itu, saya amat berharap dan merayu jasa baik
pihak tuan agar memberi peluang saya untuk menunaikan fardhu haji pada tahun 2017 ini.
Ini kerana saya sudah bersedia dan simpanan yang dibuat juga telah mencukupi.
Memandangkan keadaan kesihatan saya yang masih baik, saya memohon agar diberi
peluang untuk menunaikan fadhu haji pada tahun ini.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin membawa suami saya sebagai mahram saya. Butiran
beliau adalah seperti berikut :

Nama : KAMAR SHAHROM BIN KAMARUZAMAN
No. Akaun : 060801000089448
No. K/P : 810305-14-5003
Pertalian : Suami (Mahram)

Pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai
dan diucapkan ribuan terima kasih. Besarlah harapan kami sekiranya impian kami
menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin Allah.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang Benar,

(NURUL HUDA BINTI HAJI MD SALEH)

No. IC : 800515-07-5008

No. H/P : 0123269291


Click to View FlipBook Version