Pertukangan Perak
En. Zaini Arif bin Ghazali
En. Zaini Arif bin Ghazali memulakan kerjaya sebagai seorang artisan pertukangan perak setelah menamatkan pengajian beliau di Perbadanan Kraftangan cawangan Kelantan pada tahun 1994 - 1995.
Mempunyai pengalaman bekerja di Jeddah, Arab Saudi dan mahir dalam teknologi pertukangan logam emas dan perak.
Kini dengan bantuan adik beliau, En. Azhar bin Ghazali beliau meneruskan minat, pengalaman dan kemahiran beliau dengan menjadi usahawan pertukangan perak di Ketereh, Kota Bahru, Kelantan.
40 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
Pertukangan Logam Perak
Pertukangan Perak
41
Pertukangan logam seperti perak, tembaga, emas dan besi adalah satu bentuk kesenian dan warisan tradisional. Ia bermula sejak zaman 800 Sebelum Masihi lagi dan terus berkembang sehingga kini. Perkembangan ini membantu ramai ahli masyarakat terlibat secara langsung dan ianya menjadi industri kampung.
#mywarisanku #pertukanganperak
Klik pautan video untuk menonton video ini sekarang!
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=P0AOOvBi81c
42 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
Produk pertukangan perak dua beradik ini memang tidak asing lagi di Kerteh, Kelantan. Dek kerana hasil kerja yang halus dan dinamik , produk air tangan mereka tersembunyi 1001 nilai estetika tersendiri. Agak-agaknya, serumit mana proses pembuatan pertukangan perak ni?
Klik video dibawah ini dan kita tonton perkongsian daripada artisan pertukangan perak ini!
Pertukangan Perak | Kisah Bermula (1/4) 1:50 min
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=u8osLP4WtXU
Pertukangan Perak 43
44 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
Produk dari logam perak digemari oleh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan bangsa. Antara produk dari hasil pertukangan perak adalah cincin, gelang tangan, kerongsang dan anting-anting.
Klik pautan video dibawah untuk menonton video ini sekarang!
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=m5A5eUb-3rk&list=PLUrvj2ClPu0F2vy-b6zany56B3FY2ka_S&index =3
Tahukah anda?
Pertukangan dan seni ukiran perak memperlihatkan seni-rupa, rekabentuk dan motif yang unik. Ia melambangkan identiti warisan tradisi yang mempunyai banyak makna. Untuk mengetahui mengenai makna disebalik rekacorak dan motif seni ukiran perak, sila klik pautan berikut; chrome-extension://oemmndcbldboiebfnladdacbdf madadm/https://ir.unimas.my/id/eprint/20013/2/Mot if%20ukiran%20perak%20(24%20pages).pdf
Pertukangan Perak | Asal Usul (2/4) 0:48 min
Pertukangan Perak
45
46 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
Proses pembuatannya yang agak rumit dan memerlukan fokus serta ketelitian menjadikan tidak ramai yang berminat untuk menjalankan perusahaan pertukangan perak ini.
Klik video dibawah ini dan jom kita ketahui tentang pembuatan cincin dengan teknik moden sekarang!
Pertukangan Perak | Pembuatan Cincin (3/4) 2:23 min
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=P3p1mpAJUeM
Pertukangan Perak 47
48 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
Pertukangan Perak | Pesanan & Harapan (4/4) 0:40 min
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=Zt9hzvU-ypg
Kini kesenian dan pertukangan perak juga digunakan untuk menghasilkan produk cenderahati dan barangan keperluan dapur seperti teko, sudu dan garpu, tempat membasuh tangan dan barang perhiasan. Walaupun kedua-dua artisan pertukangan perak ini bukan lahir dari keluarga pembuat produk perak, mereka tetap mahu meneruskan warisan tradisi ini. Semoga lebih banyak lagi generasi muda yang berminat dengan pertukangan perak dan harapan agar industri ini terus berkembang di Malaysia.
Pertukangan Perak 49
WARISANKU: KELANTAN
Negeri Kelantan adalah antara negeri yang terkenal dan kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian warisan tradisional. Kelantan juga merupakan Gedung Budaya negara. Negeri ini kaya dengan pelbagai warisan dan sejarah termasuk warisan pra-sejarah dan warisan kebudayaan yang tinggi. Warisan kita ada dimana-mana, yang penting adalah untuk kita mencari, mengetahui dan menghayati setiap warisan dan sejarah negara. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti mengetahui kebudayaan dan kesenian warisan tradisional kita, dan menghargainya. Berbalik kepada warisan negeri Kelantan, tahukah anda bahawa negeri Kelantan juga dikenali sebagai Gedung Budaya? Apa hebatnya Gedung Budaya ini dan kenapa agaknya Kelantan digelar sebagai Gedung Budaya? Kelantan mempunyai beberapa warisan hebat yang tidak terdapat di negeri lain atau negara lain. Antara warisan-warisan tersebut adalah dikir barat, main peteri, wayang kulit, mak yong, dikir laba, rebana mangkuk dan tarian wau bulan. Jadi apakah lagi warisan yang ada di negeri Kelantan dan warisan yang sepatutnya kita harus kekalkan sehingga bila-bila?
Untuk memelihara warisan, ianya bukanlah kerja yang mudah tetapi
jika rakyat sesebuah negeri itu dapat bersatu-padu dan bekerjasama serta menghargai sejarah yang ada, pasti sejarah bukan hanya sekadar satu mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah. Malah ia juga merupakan satu warisan kita yang penting kerana daripada warisan kita dapat mengetahui bahawa begitu banyak sekali pencapaiaan masyarakat terdahulu sebelum kita mencapai kemodenan dan kejayaan sebagai sebuah negara yang sentiasa membangun dan maju.
Jadi ketahuilah warisan dan khazanah negara, kerana tanpa warisan kita seperti manusia tanpa asal-usul. Terima kasih.
My Digital Story Book: WARISANKU Kelantan membawakan penceritaan dan kisah para Adi Guru dan artisan bagi warisan Rebana Ubi, Wau Puyuh, Ayaman Mengkuang dan Pertukangan Perak.
Negeri Kelantan dikenali juga sebagai Gedung Budaya.
50 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
TOKOH LAGENDA DAN ADI GURU KELANTAN
Adiguru merupakan satu gelaran yang dianugerahkan kepada seseorang individu sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia. Adiguru juga memegang kedudukan sama seperti tokoh. Pelantikan gelaran adiguru dan tokoh diambil kira daripada beberapa kriteria sebelum diiktiraf secara rasmi. Disini kami kongsikan beberapa tokoh lagenda dan adi guru di negeri Kelantan yang berjaya mengangkat warisan negeri Kelantan sehingga ke hari ini.
Rebana Ubi warisan kesenian tradisional kebanggan negeri Kelantan.
Allahyarham Tuan Haji Mahmood bin Abdul Latif
Beliau merupakan seorang tokoh tersohor dari Kelantan yang dikagumi dek kerana kemahirannya dalam bermain dan membuat rebana ubi. Allahyarham yang lahir pada tahun 1930 ini mendapat lantikan pertama daripada Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru Kraf Rebana Ubi pada tahun 1996. Beliau dilantik sebagai adiguru bagi menghargai jasa beliau dalam terus memperjuangkan seni warisan rebana ubi ini. Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Pak Mud sangat terkenal kerana sifat ketokohan, keterampilan dan pengalaman beliau semasa hayatnya. Negara telah kehilangan seorang individu yang amat penting dalam dunia rebana ubi pada 28 Januari 1998.
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 51
Encik Mat Yaacob bin Awang Besar
Beliau merupakan seorang adiguru rebana ubi yang juga berasal dari Kelantan. Encik Mat Yaacob mula menceburi bidang kraf rebana ubi sejak kecil lagi dengan mengikuti bapa dan bapa saudaranya membuat serta memainkan rebana ubi. Beliau dilahirkan pada tahun 1942 dan mula menceburkan diri seawal usia beliau 12 tahun. Pelantikan beliau sebagai Adiguru Kraf Rebana Ubi adalah pada tahun 2006 oleh Kraftangan Malaysia. Kemahiran luar biasa beliau dalam mengikat kulit kerbau yang telah kering pada badan rebana ubi menjadikan beliau individu yang sangat dikagumi bukan sahaja dalam masyarakat setempat tetapi juga dalam kalangan pengusaha rebana ubi yang lain. Kelebihan yang beliau ada tidak dimiliki oleh orang lain. Disebabkan itu tempahan rebana ubi beliau menerima permintaan yang tinggi dari dalam dan luar Negara.
Encik Shafie Bin Jusoh
Bermula dengan mengikuti rakan-rakan bermain wau di bendang, siapa sangka adiguru tersohor ini akhirnya terlalu
Wau Puyuh wau rasmi negeri Kelantan.
meminati dan mula menceburkan diri di dalam dunia kraf wau tradisional. Encik Shafie bin Jusoh yang berasal dari negeri Kelantan ini mula mengasah bakat diri sendiri ketika beliau berusia 22 tahun. Kedatangan pelancong luar negara yang berminat dengan keunikan permainan wau ketika dimainkan oleh beliau menjadi titik permulaan perusahaan wau tradisional beliau sehingga ke persada antarabangsa. Encik Shafie yang lahir pada tahun 1947 ini dianugerahkan sebagai Adiguru Kraf Wau Tradisional oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2006. Keunikan wau yang beliau hasilkan telah membawa beliau kepada pelantikan duta MAS. Beliau pernah dijemput dan ditaja oleh MAS untuk ke negara-negara luar
52 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
bagi membuat demonstrasi permainan wau.
Encik Samat Bin Man
Individu bernama Encik Samat bin Man yang berasal dari negeri Perlis ini lebih gemar dikenali sebagai Pak Non. Pak Non sangat terkenal dalam bidang pembuatan wau di negeri sebelah utara. Beliau mula bergiat aktif sejak tahun 1972. Pada asalnya, beliau mempelajari ilmu pembuatan wau daripada orang Kelantan yang sering datang ke Perlis. Antara pencapaian kebanggaan beliau adalah apabila beliau menerima tempahan untuk mengukir wau sebagai simbol kepada logo syarikat Malaysia Airline System (MAS). Selain daripada itu, beliau juga aktif dalam menjadi juri pertandingan wau dan tenaga pengajar di kursus-kursus yang dianjurkan badan-badan kerajaan. Sifat dedikasi dan tanggungjawab beliau dalam penghasilan wau sejak tahun 1972 lagi melayakkan diri beliau untuk menerima gelaran Adiguru Kraf pada tahun 2018.
Puan Aminah bt Ali
Beliau merupakan seorang adiguru
dan tokoh ternama dalam seni anyaman mengkuang. Puan Aminah bt Ali yang berasal dari Rusila, Terengganu. Beliau dilahirkan pada tahun 1944. Beliau telah memegang gelaran Tokoh Anyaman Kelarai yang diiktiraf oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan Tokoh Kraf Anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga dalam pertandingan Pertukangan Tangan Sezaman anjuran Muzium Negara pada tahun 1982. Pengalaman beliau di dalam dunia anyaman bermula sejak 40 tahun yang lalu.
Kelsom Binti Abdullah
Puan Hajah Kalsom binti Abdullah merupakan salah seorang usahawan kraf anyaman yang masih bergiat aktif sehingga ke hari ini. Beliau merupakan anak kelahiran Terengganu yang dilahirkan pada 20 Mac 1954 di Cendering, Kuala Terengganu. Dikhabarkan pelantikan pertama beliau sebagai Adiguru Kraf Anyaman adalah pada tahun 2018. Puan Hajah Kelsom merupakan seorang yang pakar dalam anyaman pandan dan mengkuang. Penganugerahan sebagai seorang adiguru diberikan atas sebab sumbangan beliau yang telah banyak membuka peluang kepada suri rumah dan individu-individu yang memerlukan sumber pendapatan tambahan dan sepenuh masa. Beliau juga pernah
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 53
Antara produk Anyaman Mengkuang yang popular di Malaysia.
ke Negara Bangladesh dan German untuk memberi tunjuk ajar cara pembuatan anyaman mengkuang.
Tokoh Pertukangan Perak
Allahyarham Tuan Haji Ab. Manan Bin Haji Yakub
Allahyarham Tuan Haji Ab. Manan Bin Haji Yakub atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Teh merupakan seorang anak jati kelahiran Kampung Sireh , Kota Bharu. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1944 dan mula terlibat dengan pertukangan perak seawal usia 7 tahun. Bermula dengan hanya memerhati kerja pertukangan bapanya, akhirnya beliau mula serius mendalami pertukangan perak ketika beliau berusia 14 tahun. Selepas bapanya meninggal dunia, beliau lah yang gigih meneruskan usaha bapanya untuk memastikan
kraf tradisional ini terus dipertahankan. Selain bergiat aktif dalam perbadanan dan beberapa pertubuhan, allahyarham juga sangat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Kebolehan dan kepakaran beliau melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Tukang Perak Khas Istana Negeri Kelantan dimana beliau menghasilkan tempahan produk perak khusus untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan. Allahyarham dilantik sebagai Adiguru Kraf Perak oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2008. Pada tahun 2011, beliau telah dianugerahkan Tokoh Kraf Negara iaitu pada tahun yang sama beliau meninggal dunia.
54 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
Rebana Ubi Malaysia dipercayai berasal dari Kelantan. Kebanyakan Rebana Ubi dibuat dari kayu merbau. Ia mula tercipta apabila pada zaman dahulu, penduduk kampung melihat burung menebuk lubang pada pokok kayu. Asal pembuatan Rebana Ubi ini bermulai dari pembuatan kokun. Kokun adalah alat bunyi yang boleh diketuk dan dipalu dan diperbuat daripada buloh. Rebana Ubi dahulunya digunakan untuk mengumumkan perkhabaran atau berita tentang masuknya waktu azan dan berita kematian. Ia juga dimainkan dimajlis-majlis keramaian termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan, gotong-royong seperti memindah rumah dan lain-lain. Selain daripada itu Rebana Ubi adalah simbol dan alat muzik yang menyatukan persahabatan, kekeluargaan dan kejiranan antara kumpulan-kumpulan rebana ubi dari kampung-kampung di negeri Kelantan. Untuk menghasilkan sebiji Rebana Ubi, sebatang pokok merbau akan dipotong dan ditebuk menggunakan mesin gergaji rantai. Badan pokok merbau pula akan dilarikkan dengan menggunakan mesin pelarik dan pisau pahat serta alat perkakasan dan mesin khas. Untuk menyiapkan sebiji Rebana Ubi, ianya harus melalui lima proses penting yang menggunakan
mesin-mesin yang dibuat khas untuk tujuan ini. Ia perlu menggunakan alat pemukul yang diperbuat daripada kayu kerdas. Kayu pemukul kerdas ini digunakan untuk mengetuk pengikat kulit kerbau yang menjadi lapisan gendang Rebana Ubi. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk penalaan bunyi Rebana Ubi itu sendiri. Manakala kayu leban digunakan untuk membuat baji, iaitu sebatang kayu yang dipasang diantara celahan-celahan rotan yang mengikat sekeliling badan Rebana Ubi. Baji ini dipanggil Baji Ajar dan ianya bersaiz lebih panjang dan lebih besar dari baji lain. Kayu pemukul kerdas digunakan untuk mengetuk setiap baji-baji Rebana Ubi bagi menghasilkan suara gendang dan paluan Rebana ubi yang enak didengar. Kulit Rebana Ubi pula perlu dijahit ke badan Rebana Ubi untuk dijadikan lapisan gendang. Sebelum ianya dijahit, si pembuat Rebana Ubi perlu menebuk lubang dikulit kerbau untuk memudahkan proses jahitan. Untuk menjahit kulit kerbau ke badan Rebana Ubi, kayu nangka digunakan sebagai bahan perantara bagi proses jahitan dan proses mengikat rotan dibadan Rebana Ubi. Untuk mengikat rotan agar ianya tegang, baji kecil yang dipanggil pementing digunakan dan diketuk menggunakan alat pemukul kerdas. Pemeting juga digunakan
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 55
Kayu leban digunakan untuk membuat baji, iaitu sebatang kayu yang dipasang diantara celahan-celahan rotan yang mengikat sekeliling badan Rebana Ubi. Baji ini dipanggil Baji Ajar dan ianya bersaiz lebih panjang dan lebih besar dari baji lain. Kayu pemukul kerdas digunakan untuk mengetuk setiap baji-baji Rebana Ubi bagi menghasilkan suara gendang dan paluan Rebana ubi yang enak didengar.
Kulit Rebana Ubi pula perlu dijahit ke badan Rebana Ubi untuk dijadikan lapisan gendang. Sebelum ianya dijahit, si pembuat Rebana Ubi perlu menebuk lubang dikulit kerbau untuk memudahkan proses jahitan. Untuk menjahit kulit kerbau ke badan Rebana Ubi, kayu nangka digunakan sebagai bahan perantara bagi proses jahitan dan proses mengikat rotan dibadan Rebana Ubi.
56 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
Wau Puyuh merupakan sejenis layang-layang yang terkenal di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis wau di negeri Kelantan selain wau puyuh. Antara wau yang popular adalah Wau Bulan, Wau Kekek, Wau Kebayak dan Wau Jala Budi. Wau Puyuh merupakan wau tradisional yang dimainkan di Malaysia sejak turun temurun lagi. Oleh sebab itu, wau puyuh diperkenalkan sebagai wau rasmi bagi negeri Kelantan. Secara fizikalnya, bentuk wau puyuh dan wau bulan boleh dikatakan sama. Tetapi perbezaannya hanyalah pada bahagian ekornya dimana bahagian ekor wau puyuh lebih melengkung berbanding wau bulan.
Perkataan ‘wau’ berasal daripada
perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai). Oleh kerana negeri-negeri pantai timur dan utara seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah kebanyakannya menggunakan dialek tersebut, perkataan ‘wau’ diguna pakai di negeri-negeri itu. Yang menariknya, nama wau ini juga dikatakan diambil daripada bunyi yang dihasilkan oleh busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur menghasilkan satu bunyi yang berirama ‘wau’.
Terdapat empat bahagian utama dalam pembuatan wau iaitu kepala, badan dan sayap, pinggang dan ekor. Pembuatan sesebuah wau memakan masa agak lama memandangkan ia perlu melalui beberapa langkah sebelum membentuk sebuah wau. Bermula dengan kerja-kerja memilih buluh,
Wau Puyuh gergasi yang juga dikenali sebagai Wau Sobek kerana corak dan tampalan kertas dibadan wau tersebut.
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 57
meraut buluh, membuat rangka, menampal rangka, membuat corak, menampal corak dan akhirnya memasang teraju.
Untuk menghasilkan wau, rangka badan wau perlu dibuat dahulu dengan menggunakan buluh. Kebiasaannya, buluh duri adalah jenis buluh yang amat sesuai untuk digunakan sebagai rangka. Ini kerana buluh duri mudah dilenturkan berbanding buluh lain. Manakala buluh betung matang pula akan digunakan sebagai tulang belakang wau kerana buluh betung matang adalah sejenis buluh yang kuat dan tidak mudah patah. Tetapi untuk wau yang bersaiz besar selalunya akan menggunakan buluh betung matang sebagai rangka dan juga tulang belakang wau kerana ia lebih kuat dan kukuh. Selepas ditebang, dipotong dan dibersihkan, batang buluh perlu dijemur untuk memastikan buluh-buluh tersebut kering sepenuhnya.
Rangka yang telah siap kemudiannya akan ditampal dengan kertas nipis atau lutsinar mengikut warna yang bersesuaian. Lapisan asas dimulakan dengan menampal lapisan kertas berkilat diikuti dengan tampalan corak yang menggunakan warna yang berbeza daripada lapisan pertama tadi. Corak-corak tersebut akan ditebuk barulah ditampal di atas lapisan sebelumnya. Ukiran atau corak pada
badan wau adalah elemen utama yang menjadikan wau unik dan istimewa. Antara corak-corak yang selalu digunakan adalah corak awan larat, pucuk rebung, bunga cengkih, bunga seri pagi dan bermacam lagi.
Proses yang terakhir pula adalah proses memasang tali teraju pada wau. Bagi pemasangan tali teraju, terdapat dua tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Tali teraju akan diikat di antara bahu kepak dan tulang belakang di bahagian bawah wau. Keselarasan tali-tali ini diikat akan mengimbangi wau tersebut. Selepas proses pemasangan tali teraju siap, maka wau tersebut lengkap sepenuhnya.
Jika dahulu, permainan wau ini sekadar dikenali di negara-negara tertentu sahaja. Tetapi kini permainan wau sudah menempa nama lebih meluas ni negara-negara maju yang lain. Permainan wau ini bukan sahaja dimainkan untuk tujuan hiburan tetapi ia juga dimainkan untuk tujuan pertandingan dimana Malaysia pernah menjadi tuan rumah pertandingan wau sedunia. Dalam pertandingan wau, terdapat beberapa kategori wau yang dipertandingkan. Antaranya adalah wau yang dipertandingkan dari segi ketinggian, pertandingan berdasarkan kecantikan dan kehalusan , serta pertandingan dari
58 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
Antara corak Wau Sobek yang direka dan dihasilkan oleh artisan Wau Puyuh, En. Mahazis Mat Desa di bengkelnya.
Kertas berwarna termasuk yang berwarna emas digunakan untuk membuat Wau Sobek. Manakala corak rekaan adalah hasil dari kreativiti En. Mahazis sendiri.
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 59
Cincin adalah antara produk yang paling popular yang dihasilkan oleh para Pertukangan Perak di negeri Kelantan.
Seni pertukangan logam perak sudah bertapak di Malaysia sejak berkurun lamanya. Perkembangannya boleh dikatakan selari dengan perkembangan industri pertukangan logam yang lain seperti emas dan tembaga. Penggunaan bahan logam perak pada ketika dahulu jika difikir kembali, sememangnya merupakan sesuatu perkara yang mustahil untuk dihasilkan. Hal ini kerana untuk melebur logam perak dan membuat ia menjadi barangan perhiasan atau keperluan memerlukan kemahiran dan kepandaian kerana sifat logam adalah sangat keras.. Selain daripada itu, kemudahan yang ada pada zaman dahulu jika dibandingkan dengan zaman kini amat berbeza. Apabila masyarakat
melayu mula mendalami dan mahir dalam pertukangan perak pada zaman dahulu, tidak mustahillah ia sangat menarik untuk diperkatakan ketika itu.
Seni ini adalah salah satu cabang seni yang terkenal di negeri Kelantan. Walaupun pertukangan logam perak sudah wujud lebih lama, tetapi seni ukirannya masih lagi baharu jika dibandingkan dengan seni ukiran lain. Pertukangan logam perak mendapat pengaruh yang kuat daripada tamadun hindu dimana ketika itu pertukangan emas dan tembaga sudah dahulu menempa nama. Bukan sahaja terkenal kerana pembuatan perhiasan perak, negeri Che Siti Wan Kembang ini juga
60 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
terkenal dengan pembuatan perkakasan perak. Bagi sesetengah penduduk kampung di sesetengah kawasan, hasil barangan buatan logam perak ini merupakan mata pencarian utama mereka.
Terdapat beberapa kampung yang masih lagi aktif menjalankan perusahaan barangan logam perak sehingga kini seperti Kampung Sireh, Kampung Morak dan Kampung Badang. Jika dahulu , logam perak ini hanya dilihat sebagai matawang sahaja tetapi kini hasil logam perak ini penggunaannya lebih meluas sesuai mengikut peredaran masa. Hari ini kita boleh lihat logam perak dijadikan barang keperluan dapur, barang perhiasan, senjata dan juga digunakan sebagai cenderahati. Selain daripada itu, logam perak juga digunakan untuk membuat alat-alat kebesaran diraja seperti keris, pedang dan cokmar.
Dalam pertukangan perak, elemen utama yang menaikkan nilai barangan bukan hanya bergantung kepada rekabentuk semata-mata. Seni ukiran yang diolah pada sesuatu ciptaan juga memainkan peranan penting. Tukang-tukang perak melayu kebanyakannya menggunakan motif alam semula jadi sebagai asas untuk menghasilkan sesuatu rekacorak. Motif alam semulajadi ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga.
Pertukangan logam perak ini melibatkan banyak proses yang memerlukan kesabaran dan ketelitian. Bermula dari proses melebur perak sehinggalah ke proses pembentukan kepada barang yang diinginkan. Jika dilihat satu persatu proses-proses yang dilakukan, wajarlah kiranya seni ini masih lagi bertahan dan mendapat permintaan yang tinggi sehingga ke hari ini. Kalau dahulu, hanya golongan bangsawan yang mampu untuk menggunakan barangan yang diperbuat daripada logam perak, tetapi kini dengan perubahan gaya hidup masyarakat kraftangan logam perak ini dipersembahkan dengan pelbagai fungsi dan
penggunaan.
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 61
Ini adalah antara proses mengilatkan cincin perak.
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih
YBhg. Dato' Shahira Ahmed Bazari
Pengarah Urusan Yayasan Hasanah
Puan Zainariah Johari
Naib Presiden Kanan dan Ketua Seni, Warisan dan Budaya, Yayasan Hasanah
Tim ArtsFAS, Yayasan Hasanah
En. Mohd Syazwi Mohd Rafee Cik Hannis Hisham
Cik Hasbe Zuraiha Abu Bakar Cik Azeera Agullana Azman
Profesor Dr Zoraini Wati Abas
Penasihat Projek dan Pengarah Urusan, Zeta Studios Sdn Bhd
Artisan Negeri Kelantan
En. Mohd Nor Zakaria - Rebana Ubi
En. Aswawi bin Isa - Aktivis Kesenian Muzik Tradisional En. Mahazis Mat Desa - Wau Puyuh
Nik Asiah Nik Chik - Anyaman Mengkuang
En. Zaini Arif Ghazali - Pertukangan Perak
En. Azhar Ghazali - Pertukangan Perak
Unit Pengoperasian Dasar Pendidikan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia
Cik Suriana Mohd Asari - Ketua Penolong Pengarah
En. Shah Rafi Ihsham Shah Chandran - Penolong Pengarah
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 63
En. Mohd Nor Zakaria dan Rebana Ubi
64 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
En. Mahazis Mat Desa dan Wau Puyuh
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 65
Nik Asiah Nik Chik dan Anyaman Mengkuang
66 Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan
En. Zaini Arif Ghazali & En. Azhar Ghazali dan Pertukangan Perak
Warisan Kraf & Persembahan Kesenian Tradisional Negeri Kelantan 67