The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SINOPSIS NOVEL JALAN KE PUNCAK (HANIF 2JZ)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akimahmad9907, 2021-05-28 12:53:01

SINOPSIS NOVEL JALAN KE PUNCAK (HANIF 2JZ)

SINOPSIS NOVEL JALAN KE PUNCAK (HANIF 2JZ)

SINOPSIS NOVEL
JALAN KE PUNCAK

NAMA : MUHAMMAD NURHANIF BIN MOHAMAD
NAIMY
KELAS : 2 AL JAZARI

BAB 1 – BAGAIKAN MIMPI

• Laiman dari Sabah, menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di

Sarawak mengikuti bidang Kejuruteraan di university.Dia berkawan baik dengan
Sukri.Laiman bercerita bahawa selepas pengajian dia akan berehat sebentar.Dia
teringat akan Chow Chin yang menjadi jutawan dan ingin menjadikan contoh
kepada dia. Pada pandangan Laiman, orang yang berijazah atau tidak berijazah,
akan maju jika bijak dan rajin berusaha .

BAB 2 - SESAL

• Pengurus syarikat minyak tempat Laiman membuat latihan praktikal menyukai

Laiman kerana kecekapannya.Tetapi Laiman tidak bangga dengan pujian
tersebut.Laiman akrab dengan gadis bernama Soniah.Suatu hari,dia keluar ke
restoran Bersama Soniah.Soniah menyebutkan tentang Muluk.

• Sebenarnya,Soniah ingin menceritakan sesuatu tentang Muluk.Namun dia

berfikir agar tidak bercerita tentang apa apa.Setelah mereka pulang,Laiman
masih berfikir tentang Muluk.

BAB 3 – MUSIBAH

• Tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman dua minggu yang lepas, tiba-tiba

terbakar. Laiman berada di Kuching semasa loji itu terbakar.Sukri bimbang akan
Laiman kerana pengurus mencari Laiman semasa kebakaran itu. Sukri menemui
Laiman setelah dia balik dari Kuching lalu menceritakan tentang apa yang
berlaku.Laiman berasa hairan akan kebakaran itu.Sukri meminta untuk Laiman
memberitahu pengurus bahawa bukan dia yang buat.

BAB 4 - HASRAT

• Laiman berbual-bual dengan Soniah di sebuah restoran dan meceritakan

rancangan masing - masing.Laiman terperanjat apabila Soniah mengambil
bidang yang sama.Soniah berasa tersinggung apabila Laiman mengatakan
bidang kejuteraan susah.Namun,perbualan mereka elok Kembali.Apabila
mereka keluar dari restoran itu,Laiman menceritakan tentang kebakaran yang
berlaku dan pengurus tidak menyalahkannya

BAB 5 - PULANG

• Laiman berubah setelah tamat pengajiannya dan diapulang ke kampungnya di
Sabah.

BAB 6 - TENTANGAN

• Bapa Laiman, Pak Kiassim, tidak suka Laiman bekerja di kampung terutamanya

dalam bidang perladangan.Tetapi Laiman mempunyai pandangan lain.dia
mendapat tahu bahawa Muluk ditangkap polis.
rupa-rupanya Muluk cemburu melihat Laiman dan Soniah akrab bagaikan
pasangan kekasih semasa berada di Sarawak.Laiman mendapat tawaran
bekerja dia jabatan pertanian dan Laiman menolaknya. dia bercadang hendak
menternak lebah madu dan ikan air tawar di sebelah tanah Pak Sahok.

BAB 7- RESAH

• Penolakan Laiman terhadap tawaran pekerjaan bergaji menimbulkan kemarahan

bapanya, Pak Kiassim.Laiman mengatakan bahawa belum sampai masa untuk
dia terima tawaran itu.Dia berkata bahawa dia ingin berehat dan itu membuatkan
Pak Kassim marah.Laiman tidak mendengarkan nasihat bapanya,lalu dia pergi
keluar dan berjumpa dengan dengan Milan.Milan berjanji akan membantu
Laiman.

BAB 8 – TEKAD

• Rancangan Laiman untuk menternak ikan air tawar menghadapi masalah.Pak

Sahok tidak mengizinkan dia untuk bercucuk tanam di tanah paya itu.Laiman
melawan tetapi Laiman masih hormat terhadap Pak Sahok.Laiman dan Milan
memilih pilihan lain.mereka membicarakan tentang kebun tembikai dan ternakan
madu lebah.Milan merasa bimbang kerana rancangan mereka terlalu
banyak.Laiman mengatakan bahawa tenaga budak – budak yang gagal dalam
peperiksaan dapat digunakan

BAB 9 - PUJUK

• Laiman susah hati kerana rancangan ternakan ikan air tawar masih tidak dapat

dimulakan kerana gagal memujuk Pak Sahok .Laiman terfikir untuk memujuk
Pak Sahok lagi.Pada sebelah malam,Pak Kassim menanyakan tentang
kemajuan Laiman.Laiman menceritakan bahawa Pak Sahok merupakan
halangan terbesar terhadap projek mereka.Apabila Pak Kassim menanyakan hal
kebun tembikai, Laiman menceritakan bahawa projek itu Berjaya.Laiman terkejut
bahawa bapanya akan pergi memujuk Pak Sahok pada esok hari.

BAB 10 - HARAPAN

• Projek tembikai Laiman berjay.a pihak jabatan pertanian tertarik dan berjanji

akan membantu Laiman.Pak Sahok mengizinkan Laiman untuk membuat projek
di sebelah tanahnya.Sebulan kemudian,jentera pengorek tanah dating.Laiman
mengupah anak muda untuk menjadi pekerjanya.Laiman menumpukan akan
ternakan ikan dan udang manakala tanaman kebun tembikai diserahkan kepada
bapanya.

BAB 11 - GALAU

• Milan susah hati kerana Kedek dan Muali membuat keputusan akan

meninggalkan projek mereka .Laiman tidak kecewa mendengar keputusan
mereka.Bagi Laiman masalah itu ialah masalah biasa.Milan berasa mereka tidak
wajar membuat perkara itu.Laiman pesan kepada Milan agar tidak berdendam.

BAB 12 - TABAH

• Mail, abang Laiman balik dari bandar, mereka berbual-bual.Pak Kassim menyuruh

mereka pergi ke Kampung Bawang kerana ada kematian.penduduk disitu melakukan adat
berjaga 7 malam.Laiman tidak keberatan untuk melalukan tetapi dia tidak suka kerana
ada yang bermain terup semasa berjaga.Sebelum Mail pulang,Mail pergi melawat ke
kolam ternakan itu,abangnya berpesan agar Laiman bersungguh sungguh dengan
kerjayanya dan tidak mempedulikan mulut orang kampung.

BAB 13 - LUMAYAN

• Laiman berniaga kuih di Gerai Pitas kerana urusan kolam ternakan ikan tidak

banyak , lagipun urusan itu telah diserahkan kepada seorang pemuda
kampung.Laiman dan Milan saling mempercayai.Laiman menunjukkan wang
akaun simpanan mereka yang berjumlah RM10,000.00.Laiman bercadang untuk
membeli lori.

BAB 14 - SINAR

• Laiman memilih untuk bercucuk tanam sebagai kerja sambilan.Dia tidak risau

kerana ternakan ikannya akan membuahkan hasil tidak lama lagi.Laiman
berterima kasih kepada Pak Sahok kerana menyokongnya. Bagi Laiman, projek
ternakan ikan air tawar bukanlah satu-satunya projek usahanya.Mujurlah dia
menjadi peraih pisang,kelapa dan produk produk lainnya.Dengan adanya lori,ia
memudah Laiman pergi ke mana – mana untuk mengambil barang – barang
yang diperlukan.

BAB 15 – IMPIAN TERLAKSANA

• Laiman berjaya sebagai penternak ikan air tawar, pemilik kedai makan, dan pemborong

kelapa.Projeknya selalu dikunjungi oleh jabatan pertanian dan mendapat pujian dari orang
kampung.Laiman menjadi contoh kepada anak muda dikampung itu. Dia memberikan
tunjuk ajar kepada Kedek dan Muali yang meninggalkannya. Laiman mendapat tahu
bahawa Soniah akan berpindah ke Kota Kinabalu kerana membantu menguruskan
syarikat bapa saudaranya. Laiman berharap Soniah datang kerana dia merindui gadis itu.
Ketika Laiman sedang termenung memikirkan Soniah, Milan datang dengan membawa
surat dari Jabatan Pertanian. Laiman berasa terperanjat kerana surat itu menyatakan
bahawa projek Laiman akan menjadi contoh di daerah situ. ada kemungkinan projek itu
akan diperbesar dan menjadi projek terbesar di Sabah.

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH☺


Click to View FlipBook Version