The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusmalizamatsaad, 2019-03-18 01:15:40

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 2 2019

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 2 2019

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 2/2019
SMK SULTAN AHMAD TAJUDDIN

Tarikh : 16.1.2019
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat 2

Kehadiran : 1. Tn.Hj. Sulaiman B. Abd. Hamid - Pengetua

2. Tn. Hj. Samat B. Hassan - Pen. Kanan Pentadbiran

3. En.Ramlan B. Osman - Pen. Kanan HEM

4. En. Husnisham B. Yusof - Pen. Kanan Kokurikulum

5. En. Suhaimi B. Mahmud - Pen. Kanan Tingkatan 6

6. Pn. Yusmaliza Bt. Mat Saad - GKM Bahasa

7. Pn. Lizana Bt Awang - GKM Kemanusiaan

8. Pn. Norizan Bt Ibrahim - GKM Sains dan Matematik

9. En. Abdul. Rani B. Hj. Hanafi - GKM Teknik &Vokasional

10. Ku Sulong Bon Ku Johari - Kaunselor

Tidak Hadir (bersebab)

1. Pn. Hajah Anisah Bt Yahya - Pen. Kanan Petang (Sesi ptg)
2. En. Rusafzanizam Bin Che Kasa - Kaunselor (Sesi Petang)

Agenda I: Perutusan Pengerusi

1. Tuan Pengetua (TP) memulakan mesyuarat dengan bacaan al- Fatihah. Beliau mengucapkan salam
dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pentadbir .

Agenda II: Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu

2. TP meminta semua pentadbir membaca minit mesyuarat yang lalu.
3. En. Abdul. Rani B. Hj. Hanafi mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disokong oleh

En. Ramlan bin Osman.

Agenda III: Perkara- perkara Berbangkit

4. TP meminta semua pentadbir membangkitkan hal- hal dalam minit yang lalu jika ada.
5. TP membangkitkan perkara(89) berkaitan label pintu untuk setiap kelas untuk guru kelas dan

pentadbir dan juga perkara (90) berkaitan Poster Motivasi yang ditaja oleh pentadbir. Kaunselor dan
Pn. Lizana menyatakan semuanya dalam proses penyediaan.

Tindakan : Kaunselor dan GK Kemanusiaan

Agenda IV: Hal-hal Berkaitan Pengurusan
6. TP menyatakan terdapat beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini:

a. Progran Tahunan Sekolah dan Cuti Peristiwa
b. SKPMg2
c. Buku Rekod Mengajar
d. PLC dan pemantauan PdPc
e. Pemantauan PKB
f. Pengurusan Asrama
g. Pengurusan Panitia

Program Tahunan Sekolah

7. TP memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG mesti diadakan sebelum berakhirnya bulan Mac.

Beliau juga memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan bersama Hari

Kokurikulum iaitu pada 17 Mac.

8. En. Suhaimi mencadangkan agar Hari Penetapan Target diadakan berasingan daripada program-

program lain agar mencapai objektif program

9. En. Ku Sulong mencadangkan Hari Penetapan Target diadakan bersama Program Jaya Waris iaitu

pada 24 Februari.

10. TP menetapkan beberapa tarikh penting berkaitan program sekolah

a. Sukan Sekolah - 14.2.2019

b. Mesyuarat Agung PIBG - 17.3.2019

c. Hari Kokurikulum - 17.3.2019

d. Penetapan Target - 24.2.2019

e. HAK - 21.4.2019 (Dalaman)

Cuti Peristiwa

11. TP memaklumkan bahawa sekolah akan mengambil 4 hari cuti peristiwa:
a. Sukan
b. PIBG/Koko
c. HAK
Makluman : Semua Pentadbir

SKPMg2

12. TP meminta semua pentadbir merujuk surat KPM yang bertarikh 14.1.2019 yang dimasukan dalam

Telegram pentadbir. TP memberi tumpuan kepada surat tersebut yang bertarikh 31.12.2018 nombor

3, menjelaskan bahawa semua dokumen pengurusan sekolah boleh disimpan dalam bentuk format

digital

13. SKPMg2 akan dilaksanakan dalam 2 fasa

a. Jan - Mac

b. Ogos - November

14. TP meminta supaya PK1 menyelesaikan urusan Penilaian Kendiri. Pencerapan akan dibuat 2 kali sahaja

a. April - Julai

b. Ogos - November

Makluman : Semua Pentadbir

Pemantuan PKB

15. TP memaklumkan bahawa pemantauan PKB berbeza daripada SKPMg2 kerana PKB dibuat setiap
bulan dan berjalan seperti biasa tetapi menggunakan instrument SKPMg2. Pemantauan boleh dibuat
mulai minggu depan

16. TP meminta agar pentadbir melihat amalan terbaik yang dilakukan oleh guru agar boleh dikongsi
bersama. Pentadbir diminta untuk berbincang dengan guru berkaitan kelemahan. Kekuatan guru pula
harus diketengahkan.
Makluman dan Tindakan : Semua Pentadbir

PLC dan Pemantauan PdPc

17. TP memaklumkan bahawa pada bulan ini akan dimulakan ‘Learning Walk’. TP meminta Cikgu Rani
dan Cikgu Norizan membuat jadual PLC untuk setiap bulan serta menetapkan kelas dan kumpulan
Tindakan : GKM Sains matematik dan GKM Tekvo

18. TP akan memaklumkan kepada semua guru tentang PLC dan pemantauan.

Buku Rekod Mengajar (BRM)

19. TP memaklumkan bahawa hampir 80% guru telah menghantar BRM. Mulai minggu ini, semua
pentadbir akan menyemak BRM mengikut jadual yang ditetapkan. TP juga memaklumkan berkaitan
eRPH dan beliau akan meminta bantuan Cikgu Khairul Hafifi menjelaskan kepada guru- guru
Tindakan : Semua Pentadbir

Pengurusan Asrama.

20. TP meminta agar PK HEM membuat jadual pemantauan pentadbir ke asrama
Tindakan : PK HEM

Pengurusan Panitia

21. TP meminta agar semua GKM hadir semasa mesyuarat panitia masing- masing.

Tindakan : Semua GKM

Agenda VI : Hal-hal lain

22. TP memaklumkan berkaitan acara Merentas Desa yang akan diadakan ,tidak melibatkan murid- murid
yang tidak sihat atau yang mempunyai masalah kesihatan.
Tindakan : PK Koko

23. TP juga memaklumkan berkaitan penggunaan wassap. Sekiranya memerlukan tindakan segera
eloklah terus berjumpa orang berkenaan kerana kadang- kadang wassap yang dihantar tidak mendapat
respon.

24. Cikgu Husnisham menyuarakan permintaan Ustazah Roshidah agar Larian Merentas Desa dimulakan
dengan bacaan Yasin tetapi TP meminta agar tidak membaca Yasin kerana bimbang acara akan
bermula lewat dan panas. Bacaan Yasin akan diadakan pada minggu depan

25. Cikgu Husnisham juga meminta agar pentadbir yang membuat relief dan ingin memberi kepadanya
agar memberi 2 waktu berkembar.

26. TP juga memaklumkan jika dia tidak hadir ke sekolah, tidak perlu membuat relief untuknya kerana di
dalam jadualnya sudah ada pengganti

27. Cikgu Samat meminta semua pentadbir menghantar laporan PKB 2018 kepadanya untuk persediaan
pemantauan yang mungkin akan datang dari JPN.. Beliau juga meminta agar semua pentadbir
mengemas kini eoperasi sebelum akhir bulan ini.
Tindakan : Semua Pentadbir

28. TP meminta PK HEM menyiapkan borang untuk bantuan persekolahan sebelum akhir bulan Februari.
PK HEM memaklumkan tempoh yang diberi hingga bulan Jun. Pelajar yang layak antara 620-630
orang murid.
Tindakan : PK HEM

29. Pn. Lizana meminta supaya duit lebihan Program Peningkatan Prestasi 2018 digunakan untuk
membuat program kepada mereka lebih awal. Ada permintaan daripada guru- guru untuk
menggunakan duit tersebut untuk kecerian kelas. TP dan semua sepakat tidak boleh digunakan untuk
keceriaan kelas sebab duit daripada pelajar tahun lepas.

30. Cikgu Ku Sulong mencadangkan agar pelajar terbaik Tingkatan 3 dan 5 pada tahun ini dianjurkan
satu program lawatan ke mana-mana untuk memberi pendedahan kepada mereka terutama dalam
bidang Sains. Duit peningkatan Tingkatan 3 2018 digunakan untuk Kem Kemahiran Teknik Belajar
untuk mereka pada tahun ini di tingkatan 4.
Tindakan : Kaunselor

31. Cikgu Suhaimi mencadangkan agar pelajar yang dalam target kualiti diadakan kem di luar kepada
mereka.

32. Cikgu Rani pula mencadangkan memberi hadiah lumayan kepada mereka yang mendapat semua A
dalam peperiksaan awam

33. TP memaklumkan mengenai ‘Vending Machine Air Tin’ yang diletakkan di kantin akan tamat pada
bulan Januari ini. Beliau turut menyatakan bahawa beliau akan menyarankan kepada pihak koperasi
agar tidak menjual air minuman manis dan berkarbonat di koperasi

34. TP memaklumkan bahawa tahun ini merupakan tahun akhir tender kantin sekolah. TP meminta
supaya mencari input untuk dibincangkan dalam mesyuarat kantin nanti.

Agenda VII : Penutup

35. TP mengucapkan terima kasih atas sumbangan idea semua pentadbir dan menganggap bahawa
mesyuarat ini amat penting untuk kecemerlangan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.50 pagi

Disediakan oleh

……………………………………..
(YUSMALIZA BINTI MAT SAAD)

Disemak oleh:

……………………………………………
(TUAN HAJI SAMAT BIN HASSAN)


Click to View FlipBook Version