The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Puan Norfaridatul Akma Hasim, 2019-09-24 02:14:41

skema 3

EKSPERIMEN: RINTANGAN VS PANJANG DAWAI

Rajah (a) menunjukkan pondok A disinari oleh lampu yang disambung ke bateri oleh wayar
penyambung yang pendek. Rajah (b) menunjukkan pondok B disinari oleh lampu yang disambung
ke bateri oleh wayar penyambung yang panjang.

(a) (b)

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas:

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai, [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]

(c) Dengan menggunakan radas seperti ammeter, dawai konstantan dan lain-lain, terangkan
satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang anda nyatakan dalam (b)

Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:

i) Tujuan eksperimen

ii) Pembolehubah dalam eksperimen

iii) Senarai radas dan bahan

iv) Susunan radas

v) Prosedur eksperimen termasuk satu kaedah mengawal pembolehubah
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas

vi) Cara anda menjadualkan data

vii) Cara anda menganalisis data

[10 markah]

EKSPERIMEN : RINTANGAN VS PANJANG DAWAI

INFERENS : Rintangan dipengaruhi oleh panjang dawai

HIPOTESIS : Jika panjang dawai bertambah, maka rintangan bertambah

TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan antara panjang dawai dan rintangan

PEMBOLEHUBAH : Manipulasi : Panjang dawai,

Bergerakbalas : Rintangan,
Dimalarkan : Luas keratan rentas dawai, // Suhu,

RADAS DAN : Sel kering / bateri, pemegang bateri, ammeter, voltmeter, rheostat, dawai
BAHAN konstantan s.w.g 28, suis, wayar penyambung, jockey dan pembaris meter

SUSUNAN RADAS ;

PROSEDUR : 1.. Mulakan eksperimen dengan panjang dawai, = 10.0 cm. Laraskan rheostat
sehingga mendapat bacaan arus, = 0.5 A

2. Ukur beza keupayaan, dengan menggunakan voltmeter.

Kira rintangan, dengan menggunakan formula

3. Ulang eksperimen dengan menukarkan wayar konatantan dengan panjang yang
berbeza = 20.0 cm, 30.0 cm, 40.0 cm dan 50.0 cm

PENJADUALAN : Panjang dawai, / cm Rintangan, / 
DATA 10.0
20.0
30.0
40.0
50.0

ANALISA DATA :
/ 

(Sila plot data pada kertas graf
yang telah disediakan)

/ cm

LANGKAH Pastikan mata berserenjang dengan peralatan ammeter dan voltmeter untuk mengelakkan
BERJAGA-JAGA ralat paralaks


Click to View FlipBook Version