The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Puan Norfaridatul Akma Hasim, 2019-09-24 01:33:46

skema 1

EKSPERIMEN: VOLTAN VS ARUS (HUKUM OHM)

Rajah menunjukkan satu mentol disambungkan ke satu sel kering 1.5 V, didapati nyalaan mentol
kurang terang. Kemudian mentol disambungkan ke satu bateri 12 V seperti yang ditunjukkan
dalam rajah (b) dan didapati mentol menyala dengan lebih terang.

(a) (b)

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas:

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai, [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]

(c) Dengan menggunakan radas seperti voltmeter, dawai konduktor dan lain-lain, terangkan
satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang anda nyatakan dalam (b)

Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:

i) Tujuan eksperimen

ii) Pembolehubah dalam eksperimen

iii) Senarai radas dan bahan

iv) Susunan radas

v) Prosedur eksperimen termasuk satu kaedah mengawal pembolehubah
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas

vi) Cara anda menjadualkan data

vii) Cara anda menganalisis data

[10 markah]

EKSPERIMEN : VOLTAN VS ARUS (HUKUM OHM)

INFERENS : Beza keupayaan dipengaruhi oleh arus

HIPOTESIS : Jika arus bertambah, maka beza keupayaan bertambah

TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan antara arus dan beza keupayaan

PEMBOLEHUBAH : Manipulasi : Arus,
Bergerakbalas : Beza keupayaan, // Voltan,
Dimalarkan : Rintangan,

RADAS DAN Sel kering / bateri, pemegang bateri, ammeter, voltmeter, rheostat, dawai
BAHAN konstantan s.w.g 28, suis, wayar penyambung dan pembaris meter

SUSUNAN RADAS : Dry Cells Ammeter

PROSEDUR Rheostat

Voltmeter
: 1. Mulakan eksperimen dengan laraskan rheostat sehingga mendapat bacaan arus,

= 0.2 A
2. Ukur dan rekod beza keupayaan, dengan menggunakan voltmeter
3. Ulang eksperimen dengan melaraskan rheostat untuk mendapatkan bacaan arus,
. = 0.4 A, 0.6 A, 0.8 A dan 1.0 A

PENJADUALAN : Arus, / A Beza keupayaan, / V
DATA 0.2
0.4
0.6
0.8
1.0

ANALISA DATA :
/ V

/ A (Sila plot data pada kertas graf
yang telah disediakan)

LANGKAH Pastikan mata berserenjang dengan peralatan ammeter dan voltmeter untuk
BERJAGA-JAGA mengelakkan ralat paralaks


Click to View FlipBook Version