The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Khaireen isma
1 svm Landskap

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahbatrisyia5, 2022-03-24 09:19:06

HAJI DAN UMRAH

Khaireen isma
1 svm Landskap

PENDIDIKAN ISLAM IBADAH
HAJI DAN UMRAH

KHAIREEN ISMA DANIELYA BINTI ISMAIL
050521-14-0486
SEMSESTER 2

MAKSUD HAJI DAN UMRAH

Ibadah haji adalah perbuatan mengunjungi Baitullah (Kaabah) untuk
mengerjakan ibadah-ibadah tertentu,pada masa-masa tertentu
dengan syarat-syarat tertentu.
Ibadah umrah merupakan amalan menziarahi Kaabah di masjidil
haram untuk mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat tertentu
pada bila-bila masa.

SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH

Seseorang individu muslim itu dianggap wajib mengerjakan ibadah haji dan ibadah umrah
sekiranya memenuhi syarat-syarst berikut :

ISLAM : Tidak sah atau tidak wajib kepada orang kafir atau murtad (keluar
agama islam).

BERAKAL : Tidak sah atau tidak wajib bagi orang gila atau tidak waras.

BALIGH : Tidak diwajibkan kepada kanak-kanak.Tepapi jika dilaksanakan,ianya
sah dan tidak menggugurkan kefarduan.

MERDEKA : Tidak diwajibkan keatas hamba.Tetapi jika dilakukan,sah haji dan dapat
pahala.

ISTITHA`AH : Berkuasa atau bekemampuan mengerjakan haji dan umrah.Tidak
diwajibkan mereka yang belum mencukupi syarat-syarat kemampuan.

Istitha`ah atau syarat berkemampuan terbahagi kepada dua :

o Bertkemampuan dengan sendiri.
o Berkemampuan dengan bantuan orang lain. (upah haji)

BERKEMAMPUAN DENGAN DIRI
SENDIRI

o Mampu membayar segala perbelanjaan bermula dari keluar
rumah hinngga pulang Kembali.

o Mempunyai bekalan atau perbelanjaan yang mencukupi
bagi saran nafkah orang dibawah tanggungannya.

o Aman perjalanan pergi dan pulang.
o Sihat tubuh badan yang memungkinkan dia beribadah.
o Mempunyai masa bagi mengerjakan haji dan umrah.
o Wanita mendapat izin daripada wali-nya
o Wanita ditemani mahram-nya

Berkemampuan dengan bantuan orang lain :

Ianya bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat dari segi
kewangan untuk mengerjakan haji dan umrah tetapi tidak sempat
mengerjakannya kerana :
o Uzur syar`ie.
o Sakit tiada harapan untuk sembuh.
o Terlalu tua.
o Telah meninggal dunia.

RUKUN HAJI

I. Niat ihram mengerjakan haji
II. Wukuf di arafah
III. Tawaf di kaabah.
IV. Sai`e antara safa dan warwah
V. Bercukur atau menggunting sebahagian rambut.
VI. Tertib

PERKARA WAJIB HAJI

Ibadah haji dan umrah bukan sahaja mempunyai rukun-rukun masing-masing bahkan
juga mempunyai wajib-wajibnya yang mesti dilaksanankan.sebagaimana yang
diktahui,jika sebahagian rukun maka hsji atau umrahnya tidak sah atau batal.Sebaliknya
jika sebahagian wajib haji dan umrah tidak dilakukan,haji atau umrah masih sah tetapi
wajib membayar dam (denda).

Wajib haji ada enam (6) perkara :
I. Niat ihram di miqat tertentu
II. Bermalam di mudzalifah
III. Mdlontar jumlah aqabah
IV. Bermalam di mina selama dua tau tiga malam tasyriq,iaitu pada 11,12 dan 13 zulhijjah
V. Melontar tiga jumrah pada hari tasyriq
VI. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram

RUKUN UMRAH

I. Niat ihram mengerjakan umrah
II. Tawaf
III. Sai`e
IV. Bercukur atau menggunting sebahagian rambut
V. Tertib

PERKARA WAJIB UMRAH

Wajib umrah ada dua perkara :
I. Niat ihram di miqat
II. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa

dalam ihram

LARAGAN-LARANGAN SEMASA
IHRAM

Setelah seorang itu berniat haji atau umrah,maka wajib baginya untuk
mematuhi larangan-larangan semasa dalam ihram.
I. Menutup kepala atau sebahagian kepala
II. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi

lelaki
III. Menutup muka bagi perempuan
IV. Memakai sarung tangan
V. Memakai bau-bauan

I. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut

II. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu
pada tubuh

III. Mengerat atau membuang kuku

IV. Memotong,menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di
tanah haram

V. Memburu binatang yang halal dimakan

VI. Bersetubuh

VII. Melakukan perkara-perkara seblum persetubuhan seperti
bercium,berkucupan atau berpelukan yang menaikkan syahwat

VIII. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau
mewakili orang lain

CARA MELAKSANAKAN IBADAH
HAJI DAN UMRAH

1. Ifrad
Haji ifrad adalah mengerjakan haji dan umrah secara bersingan.Sama ada melakukan

umrah sebelum masuk
bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan umrah.Kebaikan

mengerjakan haji secara ifrad
adalah ianya lebih afdal adalah ianya lebih afdhal dan Jemaah tidak dikenakan denda.

2. Tamattu;
Haji tamattu`bermaksud “besenang-senang” mengerjakan umrah dahulu pada bulan haji

diikuti dengan
mengerjakan haji.Kebaikan mengerjakan haji Tamattu` ialah ianya memberi kelapangan

kepada Jemaah haji
dalam mengerjakan ibadah haji.Mereka boleh menginggalkan ihram umrah tetapi

dikenakan denda (dam)

3. Qiram
Haji qiran bermaksud perlaksanaan haji dan umrah secara serentak,iaitu satu tawaf,satu

sai`ie dan satu
bergunting.Kebaikan qiran adalah ianya memberi kesenangan dan kemudahan kepada

Jemaah haji.Masa
pelaksanaan haji menjadi singkat tetapi dikenakan denda (dam).

4. Haji sahaja

5. Nilai murni

Berazam untuk menunaikan haji dan umrah


Click to View FlipBook Version