The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahbatrisyia5, 2022-03-18 20:52:58

PENDIDIKAN ISLAM SEM 2 IBADAH HAJI DAN UMRAH

PB PI SEM 2 IBADAH HAJI DAN UMRAH

IBADAH HAJI DAN
UMRAH

NAMA : NURUL IZZAH BATRISYIA BONTI AZMI
NO.IC : 050329100230
KELAS : 1 SVM LL

MAKSUD HAJI DAN UMRAH

Ibadah haji adalah perbuatan mengunjungi Baitullah (Kaabah) untuk mrngerjakan ibadah-ibadah tertentu,pada
masa-masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Ibadah umrah merupakan amalan menziarahi Kaabah di masjidil haram untuk mengerjakan ibadah tertentu
dengan syarat tertentu pada bila-bila masa.
Perkara yang membezakan antara ibadah haji dan ibadah umrah hanyalah pada waktu pelaksanaannya.Waktu
mengerjakan ibadah haji adalah mulai 1 Syawal sehingga 17 Zuljijjah manakala bagi ibadah umrah,ianya boleh
dilaksakan pada bila-bila masa.

SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH

Seseorang individu muslim itu dianggap wajib mengerjakan ibadah haji dan ibadah umrah sekiranya memenuhi
syarat-syarst berikut :

o ISLAM : Tidak sah atau tidak wajib kepada orang kafir atau murtad (keluar agama islam).

o BERAKAL : Tidak sah atau tidak wajib bagi orang gila atau tidak waras.

o BALIGH : Tidak diwajibkan kepada kanak-kanak.Tepapi jika dilaksanakan,ianya sah dan tidak
menggugurkan kefarduan.

o MERDEKA : Tidak diwajibkan keatas hamba.Tetapi jika dilakukan,sah haji dan dapat pahala.

o ISTITHA`AH : Berkuasa atau bekemampuan mengerjakan haji dan umrah.Tidak diwajibkan keoada mereka

yang belum mencukupi syarat-syarat kemampuan.

Istitha`ah atau syarat berkemampuan terbahagi kepada dua :

o Bertkemampuan dengan sendiri.
o Berkemampuan dengan bantuan orang lain. (upah haji)

Berkemampuan dengan sendiri :

o Mampu membayar segala perbelanjaan bermula dari keluar rumah hinngga pulang Kembali.
o Mempunyai bekalan atau perbelanjaan yang mencukupi bagi saran nafkah orang dibawah tanggungannya.
o Aman perjalanan pergi dan pulang.
o Sihat tubuh badan yang memungkinkan dia beribadah.
o Mempunyai masa bagi mengerjakan haji dan umrah.
o Wanita mendapat izin daripada wali-nya
o Wanita ditemani mahram-nya

Berkemampuan dengan bantuan orang lain :

Ianya bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat dari segi kewangan untuk mengerjakan haji dan umrah
tetapi tidak sempat mengerjakannya kerana :
o Uzur syar`ie.
o Sakit tiada harapan untuk sembuh.
o Terlalu tua.
o Telah meninggal dunia.

RUKUN HAJI

I. Niat ihram mengerjakan haji
II. Wkuf di arafah
III. Tawaf di kaabah.
IV. Sai`e antara safa dan warwah
V. Bercukur atau menggunting sebahagian rambut.
VI. Tertib

PERKARA WAJIB HAJI

Ibadah haji dan umrah bukan sahaja mempunyai rukun-rukun masing-masing bahkan juga mempunyai wajib-
wajibnya yang mesti dilaksanankan.sebagaimana yang diktahui,jika sebahagian rukun maka hsji atau umrahnya
tidak sah atau batal.Sebaliknya jika sebahagian wajib haji dan umrah tidak dilakukan,haji atau umrah masih sah
tetapi wajib membayar dam (denda).

Wajib haji ada enam (6) perkara :
I. Niat ihram di miqat tertentu
II. Bermalam di mudzalifah
III. Mdlontar jumlah aqabah
IV. Bermalam di mina selama dua tau tiga malam tasyriq,iaitu pada 11,12 dan 13 zulhijjah
V. Melontar tiga jumrah pada hari tasyriq
VI. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram

RUKUN UMRAH

I. Niat ihram mengerjakan umrah
II. Tawaf
III. Sai`e
IV. Bercukur atau menggunting sebahagian rambut
V. Tertib

PERKARA WAJIB UMRAH

Wajib umrah ada dua perkara :
I. Niat ihram di miqat
II. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram

LARAGAN-LARANGAN SEMASA IHRAM

Setelah seorang itu berniat haji atau umrah,maka wajib baginya untuk mematuhi larangan-larangan semasa dalam ihram.
I. Menutup kepala atau sebahagian kepala
II. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki
III. Menutup muka bagi perempuan
IV. Memakai sarung tangan
V. Memakai bau-bauan
VI. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut
VII. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada tubuh
VIII. Mengerat atau membuang kuku
IX. Memotong,menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di tanah haram
X. Memburu binatang yang halal dimakan
XI. Bersetubuh
XII. Melakukan perkara-perkara seblum persetubuhan seperti bercium,berkucupan atau berpelukan yang menaikkan syahwat
XIII. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain

CARA MELAKSANAKAN IBADAH HAJI
DAN UMRAH

1. Ifrad
Haji ifrad adalah mengerjakan haji dan umrah secara bersingan.Sama ada melakukan umrah sebelum masuk
bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan umrah.Kebaikan mengerjakan haji secara ifrad
adalah ianya lebih afdal adalah ianya lebih afdhal dan Jemaah tidak dikenakan denda.

2. Tamattu;
Haji tamattu`bermaksud “besenang-senang” mengerjakan umrah dahulu pada bulan haji diikuti dengan
mengerjakan haji.Kebaikan mengerjakan haji Tamattu` ialah ianya memberi kelapangan kepada Jemaah haji
dalam mengerjakan ibadah haji.Mereka boleh menginggalkan ihram umrah tetapi dikenakan denda (dam)

3. Qiram
Haji qiran bermaksud perlaksanaan haji dan umrah secara serentak,iaitu satu tawaf,satu sai`ie dan satu
bergunting.Kebaikan qiran adalah ianya memberi kesenangan dan kemudahan kepada Jemaah haji.Masa
pelaksanaan haji menjadi singkat tetapi dikenakan denda (dam).

4. Haji sahaja

5. Nilai murni
Berazam untuk menunaikan haji dan umrah


Click to View FlipBook Version